Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : Hasliza Binti Julaihi


PROGRAM

: PISMP

NAMA SEKOLAH : SK Siol Kanan, Kuching, Sarawak.


NAMA PROJEK / AKTIVITI : Pembinaan trek larian balapan untuk Hari Sukan sekolah
TEMPOH PELAKSAAN : 24 September 2015 hingga 9 Oktober 2015
OBJEKTIF :
Membekalkan pengetahuan dan pengalaman berkaitan dengan pengurusan
trek larian balapan padang untuk Hari Sukan Sekolah.
Memberikan maklumat kepada guru pelatih berkenaan dengan cara-cara
pembinaan trek padang mengikut ukuran yang betul berdasarkan ketetapan
yang ditentukan oleh MSSM.
Membantu meningkatkan kemahiran mengukur dalam kalangan guru pelatih.
Mengaitkan kemahiran di padang dengan kemahiran Matematik guru pelatih
iaitu kemahiran mengira sudut bagi membina lengkuk bulatan pada trek
larian.
Meningkatkan hubungan silaturrahim antara guru pelatih dengan guru-guru
dan kakitangan sekolah SK Siol Kanan.
STRATEGI PELAKSAAN :
1. Sediakan segala alatan yang diperlukan bagi memudahkan kerja-kerja
pengukuran dan pembinaan trek di atas padang.
2. Ukur keluasan padang menggunakan pita ukur.
3. Lukis pelan trek 200 meter mengikut keluasan padang
4. Ukur segi empat 50x31.2 meter di tengah-tengah padang kemudian
tandakan dengan memancang kayu dan diikat menggunakan tali rapia
5. Gelek panjang segi empat menggunakan kapur
6. Dapatkan radius lebar segi empat. Kemudian, gunakan pita ukur dan
jalankan penggelek bersama-sama pita ukur untuk mendapatkan separuh
bulatan pada sisi segi empat.
7. Ukur 1.22 meter dari garisan dalam segi empat, kemudian ulang langkah 5
dan 6 untuk membuat lorong seterusnya sehingga lorong 8.
8. Setelah selesai membuat garisan hingga lorong 8, bina garisan penamat dan
Staggered permulaan bagi acara 200 meter.
9. Ukur 3.159 dari garisan penamat pada lorong 2 kemudian gelek gaisan
menggunakan kapur.
10. Tambahkan 3.159 pada ukuran staggered dalam lorong 3. Ulang langkah 9
hingga staggered ke 8 dalam lorong 8.

11. Ukur lorong pertama mengelilingi trek mengikut lawan jam hingga 100meter
dan bina staggered dari lorong 1 hingga lorong lapan.
12. Tandakan 10meter di hadapan staggered dan 10 meter di belakang
staggered dengan garisan putus-putus sebagai zon penukaran baton.
13. Ulang langkah 12 hingga lorong 8.

REFLEKSI :
Kekuatan Projek/Aktiviti
Semasa saya menjalankan aktiviti pembinaan trek larian balapan ini, saya
mendapati bahawa saya telah memperoleh banyak ilmu pengetahuan serta
input yang baru berkaitan dengan pengurusan padang. Saya telah
mengetahui bagaimana cara untuk membuat ukuran yang betul bagi
membina trek balapan di padang sekolah rendah. Pengetahuan sebegini
amat penting dalam mempersiapkan diri saya sebagai seorang bakal guru
agar sentiasa bersedia dalam pelbagai cabaran apabila saya mengajar di
sekolah nanti. Sebelum ini saya tidak mempunyai pengetahuan langsung
berkaitan dengan pembinaaan trek balapan. Dengan adanya pelaksaan
projek sebegini, saya dapat menambah banyak ilmu pengetahuan dan
pengalaman yang baru untuk dibawa ke sekolah apabila saya menjadi
seorang guru kelak.
Kelemahan Projek/ Aktiviti
Namun terdapat beberapa kelemahan semasa saya menjalankan projek ini.
Antaranya adalah kekurangan

bahan bagi membina trek larian balapan.

Bahan-bahan yang diperlukan seperti cat semburan tidak mencukupi. Selain


itu, cuaca yang berjerebu dan kurang sihat menyebabkan saya terpaksa
membuat penangguhan projek pembinaan trek tersebut.

Hal ini menyebabkan tempoh yang diambil bagi membina trek larian balapan
ini memakan masa yang lama dan tidak dapat mengikut pelan perancangan
yang telah dirancang. Faktor padang yang kurang baik seperti tanah yang
becak dan tidak rata menyebabkan sukar untuk saya membuat ukuran dan
melakar pada kawasan padang tersebut.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi mengatasi kelemahan projek ini, saya mencadangkan agar pihak pengurusan
sukan dan kokurikulum sekolah menyediakan dana untuk membeli kelengkapan yang
mencukupi bagi pembinaan trek balapan pada masa yang akan datang agar tidak
berlakunya masalah kekurangan bahan untuk membina trek. Selain itu, kawasan tanah yang
tidak rata dan berlubang-lubang sepatutnya perlu ditambahbaik dengan menimbus tanah
yang lain bagi menjadikan kawasan padang yang akan dibina trek menjadi rata. Hal ini
dapat memudahkan dalam melakukan ukuran yang tepat serta lakaran yang kemas pada
kawasan padang.

KESIMPULAN
Ringkasnya, projek pembinaan trek larian balapan ini memberikan saya banyak input
dan pengalaman yang baru dalam pengurusan kokurikulum di sekolah nanti. Saya berharap
agar projek sebegini dapat membantu saya dan guru pelatih yang lain dalam
mempersiapkan diri untuk ke sekolah nanti. Pelaksaan projek sebegini dapat meningkatkan
kemahiran mengukur di luar bilik darjah selain dapat memberikan pengalaman berkaitan
dengan pembinaan trek larian balapan.

Anda mungkin juga menyukai