Anda di halaman 1dari 5

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan diiringi Tuan Guru Besar bergerak

masuk ke dalam dewan.

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh dan


salam sejahtera

Yang Berusaha, En. Burhanurdin bin Hasan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Darulaman Heights,
Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan, guru-guru serta anak didik yang
dirahmati ALLAH sekalian,
                                                                                      
Selamat Datang ke : Majlis ”Perpisahan sempena Pertukaran” Encik Ku
Halim bin Ku Ariffin.

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada pagi berbahagia ini, marilah
sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh AL-
Fadhil Ustaz Dhiyauddin bin Ahmad.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Dhiyauddin atas bacaan doa itu
tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan sebuah perjalanan

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Tibalah kita ke majlis ucapan.


Dijemput Tuan Guru Besar,Encik Burhanurdin bin Hasan, untuk
menyampaikan ucapan, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas nasihat dan titipan
rasa yang disampaikan.

Bukan kota sebarang kota,


Kota tebina di dalam taman,
Bukan kata sebarang kata,
Kata bermadah jadi pedoman.

Tanpa melengahkan masa,pihak majlis berbesar hati mempersilakan yang


diraikan Encik Ku Halim bin Ku Arifin
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En.Ku Halim atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Yang Diraikan En. Muhammad Hissam atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Bagi memeriahkan majlis,dijemput


____________________________________________________________
____________________________________________________________

____________________________________________________________
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai
tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan iaitu Encik Ku Halim
bin Ku Arifin.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan Tuan Guru Besar untuk mengiringi Yang Diraikan  Encik Ku
Halim untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan Tuan Guru Besar untuk menyampaikan cenderamata dari


pihak sekolah
……………Terima Kasih.

Dipersilakan __________________ untuk menyampaikan cenderamata


dari pihak pentadbir.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan __________________untuk menyampaikan cenderamata dari


pihak PIBG
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan __________________untuk menyampaikan cenderamata dari


pihak ________________________.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan __________________untuk menyampaikan cenderamata dari


pihak pejabat.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan __________________untuk menyampaikan cenderamata dari


pihak __________________________.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan __________________ untuk menyampaikan cenderamata


dari pihak ______________________.
…………….Terima Kasih.
Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan sumbangan
peribadi
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan sumbangan


peribadi
…………….Terima Kasih.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus


untuk Yang Diraikan En. Ku Halim bin Ku Arifin.Kepada guru-guru atau
murid –murid yang ingin memberikan hadiah kepada Encik Ku Halim ,boleh
serahkan selepas majlis selesai.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi.
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Kenangan bersama teruslah disimpan.

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih
diucapkan kepada Yang diraikan Encik Ku Halim bin Ku Arifin kerana sudi
bersama kita pada pagi ini .
Kami semua mendoakan agar Encik Ku Halim ceria di tempat baharu
tetapi bukanlah asing bagi beliau.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu


`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai