Anda di halaman 1dari 3

Kebangkitan Nasionalisme

Maksud Nasionalisme
 Perasaan cinta yang mendalam akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan
membebaskan tanah air daripada penjajah.
 Melibatkan pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan budaya asing.
 Gerakan untuk melahirkan perasaan kekitaan dengan menggunakan persamaan
kebudayaan dan pengalaman sejarah.
 Bertujuan membebaskan bangsa dan negara dan membina bangsa yang bersatu dan
negara berdaulat.
Pendapat tokoh
Tokoh Pandangan
Hans Kohn  Gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya
kepada negara atau bangsanya.
Profesor William R.Roff  Kesedaran dan ketegasan diri pada dekad terakhir
Perang Dunia Kedua
 Ancaman terhadap hak kepentingan orang Melayu
serta faktor ekonomi
 Akibat kebimbangan masyarakat terhadap sekularisme
dan imperialisme Barat.
Dato’ Onn Jaafar  Hendak menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap
dan kuat
 Boleh berdiri di atas tapak kaki sendiri
 Mengambil tempat yang sebenar di sisi bangsa-bangsa
lain yang tegap dan bersatu.
Dr. Burhanuddin al- Helmi  Hendaklah ada persatuan dan perpaduan yang kuat,
National Fronts.
 Tenaga yang menentang penjajahan hendaklah
digunakan untuk mencapai kemerdekaan dengan
berpegang pada tatatertib dan adab sopan bangsa
Melayu dan agama Islam.
 Menebus, merebut dan merampas kembali hak mutlak
bangsa kita yang ditenggelamkan.
Dr.R.Suntharalingam  Fenomena sejagat yang mengikitiraf hak setiap bangsa
di dunia ini untuk menubuhkan negaranya sendiri dan
memindahkan kedaulatan kepada rakyat.
 Menuntut kesetiaan ulung individu disalurkan kepada
negara bangsa itu.
Profesor Datuk Zainal Abidin  Bukanlah gejala baharu hasil penggabungan Tanah
Abdul Wahid Melayu oleh British
 Bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
 Kesetiaan kepada raja merupakan ciri nasionalisme
Melayu
 Orang melayu berpegang kepada faham kebangsaan
yang bersifat ke ‘Tanah Melayuan’.
Profesor Emeritus Tan Sri  Merujuk kepada perjuangan orang Melayu bagi
Dr.Khoo Kay Kim mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara
sendiri.
Perkembangan idea Nasionalisme di Barat

Revolusi Keagungan (1688) - Raja James II


Revolusi Amerika (1776) - George Washington

Revolusi Perancis (1789) - Jean Jacques Rousseau & Voltaire

Revolusi Keagungan (1688)


 Berlaku disebabkan oleh keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi
rakyat
 Tercetus berikutan pemerintahan Raja James II membelakangkan parlimen semasa
menggubal undang – undang.
 Ahli parlimen bangkit menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak dengan sokongan
Mary II dan Raja William of Orange (Belanda)
 Sokongan berkurangan, Raja James II melarikan diri ke Perancis.
 Dikenali sebagai Revolusi Keagungan kerana peralihan kuasa secara aman.
 Mary II dan Raja William of Orange – konsep kedaulatan parlimen dan sistem raja
berperlembagaan.
 Bill of Rights digubal
 Memberi keutamaan kepada parlimen menggubal undang- undang dan hak mengutip
cukai.
Raja James II
Penentangan
membelakangkan
Penentangan oleh disokong oleh Mary
parlimen semasa
ahli parlimen II dan Raja William
mengubal undang-
of Orange
undang

Raja James Peralihan kuasa


Bill of Rights
melarikan diri ke tanpa pertumpahan
digubal
Perancis darah

Memberikan keutamaan kepada


parlimen menggubal undang-
undang dan hak mengutip cukai

Revolusi Amerika (1776)


 Merupakan reaksi orang Amerika menentang penjajahan British.
 Disebabkan oleh tindakan British tidak melindungi hak penduduk Amerika yang
merupakan sebahagian daripada empayar British.
 Terdapat 13 buah tanah jajahan British di Amerika.
 Menentang akta yang diperkenalkan untuk memungut cukai.
 Akta Pelayaran, Akta Setem, Akta Gula dan Akta Teh.
 ‘Tiada cukai tanpa perwakilan’ kerana tiada wakil Amerika dalam parlimen British.
 Pemimpin menubuhkan kongres yang diketuai oleh George Washington.
 Mengisytiharkan perang terhadap British untuk memperjuangkan kemerdekaan
Amerika.
 Kongres meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas
Jefferson pada Julai 1776.
 Perisytiharan menegaskan jika sesebuah kerajaan tidak dapat menjamin hak kehidupan,
kebebasan dan kebahagian maka hak penduduk untuk membentuk kerajaan baharu.
 Revolusi Amerika berakhir pada 1783.
 British mengakui kemerdekaan Amerika.
 13 buah bekas tanah jajahan digabungkan dan diberikan nama baharu sebagai Amerika
Syarikat yang memperkenalkan sistem demokrasi.

Amerika menentang penjajahan British

British tidak melindungi hak penduduk Amerika

13 buah tanah jajahan British di Amerika

Menentang akta yang diperkenalkan untuk memungut cukai

George Washington menubuhkan kongres

Mengisytiharkan perang terhadap British

Anda mungkin juga menyukai