Anda di halaman 1dari 2

Faktor-faktor Tercetus Pemberontakan Boxer di China 1900

1. Sentimen Anti-Asing Tidak puas hati penduduk kerana sikap bongkak dan tamak orang-orang Barat. Syarat-syarat Perjanjian Nanking dan Tientsin lebih memihak kepada kuasa Barat dan satu penghinaan terhadap orang China. Sentimen memuncak apabila kuasa-kuasa Barat mendapat konsesi di China. Penduduk bimbang China akan dibahagi-bahagikan dalam kalangan kuasa Barat. Contoh Rusia mendapatkan wilayah Sinkiang, Jerman mendapatkan wilayah Tsingtao, Perancis mendapat Teluk Kwang Chow dan Britain mendapat pelabuhan Wei Hai Wei. 2. Sokongan Kerajaan Manchu Mendapat sokongan petani dan tuan-tuan tanah serta sarjana serta pembesar istana, contoh Maharani Dowegar Tzu Hsi, Putera Chuang, Putera Kang-I dan Gabenor Shangtung iaitu Li Peng Heng. Pegawai-pegawai Manchu disingkirkan dari jawatan penting kerana tempat mereka digantikan dengan golongan terpelajar. Maharani Dowager mengarahkari golongan tentera membantu pemberontakan Boxer. 3. Sentimen Anti-Kristian Melalui Perjanjian Whangpao yang ditandatangani dengan Perancis dan Konvensyen Peking menyebabkan agama Kristian mendapat keistimewaan di China. Agama Kristian bertentangan dengan falsafah tradisional China seperti Confucius, Budhisme dan Taoisme. Orang-orang China Kristian sering bersikap sombong dan menyifatkan diri mereka lebih tinggi darjatnya daripada masyarakat China asal. , Kemarahan memuncak apabila golongan paderi campur tangan dalam pertikaian yang melibatkan orang-orang China Kristian. Ini Uianggap keterlaluan kerana mencabar undang-undang dan kehakiman China.

4. Kemerosotart Ekonomi Kedatangan kuasa Barat menyebabkan kemelesetan ekonomi yang serius. Perjanjian Nanking menyebabkan Barat menguasai pasaran kerana harga barang lebih murah dan berkualiti. Negara China menghadapi ketidakseimbangan perdagangan. China terpaksa bayar -anti rugi perang, ini menyebabkan masalah semakin kritikal. China juga terpaksa meminjam wang dari luar dan menggalakkan kemasukan pelabur asing. Walaupun ekonomi maju tetapi pasaran dikuasai penuh oleh orang-orang asing. Pengenalan sistern pengangkutan moden seperti jalan keretapi dari Peking ke Hankow, jalan raya Grand Canal menghubungkan utara dan selatan dan pengenalan kapal wap telah menjejaskan pendapatan penduduk tempatan yang mengendalikan pengangkutan tradisional seperti kereta lembu, kereta kuda, tongkang dan sampan. 5. Bencana Alam Bencana alam seperti kemarau dan banjir, menambah bebanan kepada rakyat. Contoh banjir sekitar Sungai Hwang Ho dan Sungai Yang-Tze. Menyebabkan kemusnahan kampung, tanaman dan binatang ternakan. Sebahagian besar penduduk China mengalami kebuluran, kesengsaraan dan kemusnahan harta benda. Penderitaan ini meningkatkan kejadian rompakan oleh kongsi-kongsi gelap. Penduduk China menyalahkan semua ini kepada kehadiran kuasa Barat kerana berlaku kemusnahan tersebut. Menurut kepercayaan kuno China, bencana alam yang berlaku kerana kutukan Tuhan, disebabkan tempat kediaman mereka diceroboh oleh kuasa-kuasa Barat. Mereka juga percaya bahawa perlombongan dan pembinaan jalan telah menyinggung perasaan dewa dewi kerana telah menjejaskan keseimbangan Yin dan Yang. Untuk mengelakkan kejadian berulang, orang-orang asing perlu dihapuskan.

Anda mungkin juga menyukai