Anda di halaman 1dari 9

TALIBUN

KEINDAHAN DAN
KEMAKMURAN NEGERI
Maksud

◦ Talibun ini mengisahkan tentang keindahan sesebuah negeri yang


bernama Teluk Bidang Kota Lama.Keindahan tersebut dapat dilihat
dari aspek persekitaran dan sempadan yang ada.Keadaan kawasan
negeri tersebut mempunyai keistimewaan tertentu berbanding dengan
tempat lain.
◦ Suasana kota ini digambarkan sangat aman dan sentosa dalam
kehidupan yang bahagia.Cuacanya yang tenang dan dingin
menyebabkan kota ini damai.Perkataan `medan’ boleh diertikan
sebagai persempadanan bagi sesebuah negeri yang diperintah.`Rantau’
pula adalah gambaran keluasan kawasan negeri berkenaan.
◦ `Tebing’ pula dilihat sangat indah seolah-olah seperti diraut.Keadaan
ini menambah keindahan pemerian sesebuah negeri kerana tercipta
sebegitu rupa.
◦ Batu digambarkan mempunyai pelbagai kegunaannya antaranya untuk
melontar objek seperti balam (sejenis pokok kayu) dan juga sebagai
peluru untuk menentang musuh.Jika batu tersebut tidak kena pada
sasaran ia akan kembali menutupi tanah.`Ibu ayam’ memberi
gambaran pemerintah pemerintah termasuk menterinya yang berusaha
menjaga keselamatan rakyat daripada ancaman musuh.`Punai’ pula
gambaran kepada angkatan tentera yang mempertahankan negeri
tersebut.
◦ Hasil negeri makmur diibaratkan seperti pokok kundur dan labu yang
memeberi gambaran walaupun pokoknya kecil tetapi mampu berbuah
lebat dan besar.Ia menunjukkan bahawa sesebuah negeri yang
makmur adalah negeri yamg mempunyai hasil mahsul yang
banyak.Selain sumber rezeki yang merata-rata sama ada di darat dan
juga di laut termasuklah lembu dan kerbau yang banyak.Di hutan pula
pelbagai persekitaran yang aman dan seimbang
KEPENTINGAN KARYA DALAM
KONTEKS SARWAJAGAT
◦ Menjelaskan bahawa sesebuah negara yang aman dan damai
adalah disebabkan oleh pemerintahannya yang bijaksana dalam
pemerintahannya.
◦ Memberi nasihat kepada masyarakat agar sentiasa bersyukur
dengan apa yang sedia ada.
◦ Memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya menghargai
tanah air mereka.
CIRI CIRI TALIBUN
◦ Berbentuk bebas
◦ Talibun ini mempunyai serangkap sahaja dan 17
baris
◦ Setiap baris mempunyai 4-6 patah perkataan dan
setiap baris mempunyai 8-15 suka kata (8 baris 6 ,
15 baris 13)
◦ Rima akhirnya pula tidak menentu
◦ Nada : mendayu-dayu , lembut
ASPEK ESTETIK DALAM KAJIAN
UNSUR ESTETIKA BAHASA
◦ Unsur bunyi
Asonansi >perulangan bunyi vokal
Contoh: tebingnya tinggi bagai diraut (pengulangan vokal `I’ sebanyak 5 kali)
Asonansi >perulangan bunyi konsonan
Contoh: cari di darat boleh di darat (pengulangan konsonan`d’sebanyak 4 kali)
◦ Unsur estetika bahasa
Simile >perbandingan secara langsung
Contoh: rantaunya luas bagai dibentang (baris 2)
Epifora >perulangan di akhir baris
Contoh: yang kecil pelontar balam
jikalau untung kena ke balam
Anafora >perulangan kata di awal baris
Contoh: jikalau untung kena ke balam (baris 7)
jikalau tidak ke ke tanah (baris 8)
Inversi >pembalikan rangkai kata
Contoh: kecil pohon besar buahnya (baris 12)
= pohon kecil,buahnya besar
NILAI KEMANUSIAAN DAN
KEMASYARAKATAN
◦ Kemanusiaan
1. Menghargai tanah air
2. Kebijaksanaan dalam menghadapi cabaran
◦ Kemasyarakatan
1. Kepentingan kerjasama dan perpaduan
2. Bersyukur dengan nikmat dan kekayaan negeri
PEMIKIRAN MASYARAKAT
1. Negeri yang luas terbentang dengan
pemandangan yang indah.
2. Terdapat banyak binatang ternakan , binatang
yang liar di kandang atau di hutan.
3. Negeri yang memperolehi rezeki yang melimpah
ruah.
4. …
5. …

Anda mungkin juga menyukai