Anda di halaman 1dari 18

1

1.0 Pendahuluan

Generasi yang tidak berfikir tidak akan menghasilkan idea-idea yang bermakna. Tabiat

membaca adalah asas penting kepada penjanaan budaya ilmu dan pembinaan tamadun

manusia. Aktiviti membaca bagaikan mempunyai kunci untuk mencapai kesejahteraan

diri, masyarakat dan negara. Tabiat membaca dapat mengubah pemikiran atau minda

seseorang individu dan mempengaruhi pembangunan sesebuah negara dan bangsa.

Klein dalam Farida Rahim (2005:3), menyatakan bahawa membaca dapat

didefinisikan sebagai suatu proses. Pengetahuan yang dimiliki oleh pembaca dan

informasi dari teks memainkan peranan yang penting dalam membentuk makna. Harris

dan Sipay (1980) pula menjelaskan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh

tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Membaca

sebagai proses membentuk makna dan proses memilih dan mengambil tindakan

merupakan dua perspektif yang harus kita tinjau bagi memahami konsep membaca

dengan lebih jelas.

Secara umumnya, membaca merupakan kegiatan harian kita untuk mendapatkan

sebarang maklumat daripada bahan-bahan bacaan yang kita baca. Sebagai contohnya,

surat khabar, majalah, buku dan sebagainya. Proses membaca dapat didefinisikan

sebagai satu proses pemahaman pembaca terhadap kandungan bahan-bahan bacaan yang

dibaca. Pembaca akan cuba memahami segala informasi yang terkandung dalam bahan

bacaan mereka.

Membaca merupakan satu interaksi antara pembaca dengan bahan-bahan bacaan

yang mereka baca (Anderson dan Pearson 1984). Interaksi ini lebih dikenali sebagai satu
2

proses pembentukan dan pemberian makna antara bahan-bahan yang seseorang itu

membaca dengan pengalaman latar pembaca-pembaca tersebut. Aktiviti membaca dan

proses pembentukan makna mempunyai pertalian yang rapat dalam konteks ini. Hal ini

kerana proses tersebut tidak dikenali sebagai proses membaca jika kita tidak memahami

makna pembacaan dahulu.

Pengetahuan latar yang wujud dalam diri seseorang pembaca dapat membantu

dalam memahami makna terhadap kandungan pembacaan dalam proses membaca.

Pengetahuan latar ini merujuk kepada maklumat yang terkandung dalam minda

seseorang. Ianya dapat digerakkan oleh perkataan, ayat, dan paragraph dalam bahan

yang dibaca oleh penulis. Tambahan pula, jikalau seseorang itu mempunyai konsep

terhadap sesuatu objek, maka dia dapat memahami sesuatu dengan lebih jelas.

*Sumber daripada blog http://norzaitiey.blogspot.my/2014_05_01_archive.html

* Blog Keterampilan Membaca

http://totallyspices13.blogspot.my/2013/05/apakah-yang-dimaksudkan-dengan.html
3

1.1 Latar Belakang Kajian

Matlamat membaca ialah untuk membolehkan palajar memahami mesej di dalam teks.

Keupayaan untuk memahami kandungan di dalam teks bergantung pada pengalaman

latar yang ada pada pelajar tentang tajuk yang dibaca, jenis bahan bacaan dan apa tujuan

dia membacanya.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan pelbagai jenis program dan

aktiviti galakan membaca di sekolah-sekolah semenjak dahulu lagi. Pelbagai

aktiviti membaca telah dan sedang dijalankan secara terasing di sekolah-

sekolah sehingga kini. Matlamat utama adalah untuk mewujudkan tabiat membaca yang

berterusan dalam kalangan pelajar sekolah. Pihak sekolah perlu mempelbagaikan aktiviti

membaca supaya pelajar dapat menjana idea yang kreatif lagi inovatif.

1.2 Pernyataan Masalah Kajian

Pada zaman era reformasi ini, tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia berada di

tahap yang amat membimbangkan terutama sekali dalam kalangan pelajar sekolah. Isu

yang sering diperkatakan dalam kalangan pelajar sekolah ini, ialah sikap pelajar yang

tidak mahu membaca. Rata-rata golongan belia pada hari ini lebih terdedah kepada

hiburan yang lebih tertumpu kepada digital dan juga gadget elektronik. Mereka tidak

lagi menemukan keseronokan dalam membaca sebagai hobi di waktu lapang apatah lagi

sebagai sumber hiburan.

Acapkali kedengaran topik dan juga perbualan seharian masyarakat kita pada

hari ini adalah lebih berpaksikan dan bertunjangkan maklumat yang diperolehi daripada
4

Facebook dan Twitter. Adakah senario ini akan berterusan tanpa sebarang sekatan

dan tindakan yang wajar perlu diambil oleh pihak-pihak tertentu?

Sebagai rakyat Malaysia yang kini sedang memperlengkapkan diri menuju

wawasan 2020, tabiat malas membaca ini perlu dikikis sama sekali kerana terdapat

pelbagai faedah serta manfaat membaca yang mana salah satunya adalah dapat

melahirkan generasi yang berilmu dan berwawasan.

Masalah malas membaca memberikan kesan yang tidak baik terhadap penjanaan

belia sesebuah negara. Pelajar yang kurang membaca sering ketinnggalan mengenai

maklumat-maklumat terkini yang berlaku di dalam negara mahupun luar negara.

Mungkin sifat untuk merasakan tidak ada kepentingan untuk membaca

merupakan antara faktor utama pelajar sekoah kurang membaca. Tujuan kajian ini

adalah untuk mengenal pasti sebab-sebab kekurangan minat membaca dalam kalangan

pelajar dan sebab-sebab ia tidak diamalkan dari sejak kecil lagi.

1.3 Objektif Kajian

1. Mengenal pasti kesan-kesan tabiat kurang membaca.

2. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kurangnya tabiat membaca.

3. Mengenal pasti cara-cara untuk meningkatkan tabiat membaca dan kebaikan

membaca.
5

1.4 Batasan Kajian

Kajian yang telah dijalankan ini adalah tertakluk kepada beberapa batasan atau had dan

masalah tertentu. Kajian ini adalah kajian tinjauan yang dibuat ke atas pelajar tingkatan

tiga hingga lima Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist ACS Ipoh yang kurang

minat membaca.

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini memberi kepentingan kepada para pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah secara

umumnya. Berdasarkan masalah kajian dan objektif kajian di atas, perlulah kajian

dibuat tentang galakan amalan membaca dalam kalangan pelajar. Membaca merupakan

suatu proses untuk memperolehi ilmu dan maklumat melalui bahan-bahan bercetak atau

media elektronik.

Budaya membaca dalam kalangan pelajar harus dipupuk untuk membentuk

masyarakat yang berpengetahuan. Tahap pembacaan pelajar masih lagi rendah dan perlu

dijana untuk memupuk minat mereka. Bagi menggalakkan pelajar membaca pihak

sekolah perlu mempelbagaikan aktiviti atau cara yang boleh menarik minat pelajar.

Selain daripada sekolah institusi keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam

mewujudkan budaya membaca dalam kalangan pelajar. Pertandingan penulisan cerpen

atau puisi perlu dipertingkatkan untuk penglibatan pelajar menunjukkan kebolehan dan

menghargai bakat mereka. Perlaksanaan program budaya membaca seperti Balai bacaan,

sudut membaca, keratan akhbar, lawatan ke Perpustakaan Negara dan Program Nadi

Amalan Membaca (NILAM) perlu diaktifkan di sekolah bagi penglibatan pelajar.


6

1.6 Definisi Istilah

1.6.1 Minat

Minat adalah sumber motivasi yang mendorong seseorang untuk melakukan apa yang

ingin dilakukan ketika bebas memilih. Ketika seseorang menilai bahawa sesuatu akan

bermanfaat, maka akan menjadi berminat, kemudian hal tersebut akan mendatangkan

kepuasan. Menurut Hurlock (1993) mengemukakan bahawa minat merupakan hasil dari

pengalaman belajar, bukan hasil bawaan sejak lahir. Hurlock (1993) juga menekankan

pentingnya minat bahawa minat menjadi sumber motivasi kuat bagi seseorang untuk

belajar.

1.6.2 Membaca

Satu minat atau amalan yang dijalankan oleh orang ramai. Tujuannya adalah untuk

mendapat pengetahuan, keseronokan, idea-idea daripada bahan bacaan atau mengisi

masa lapang dimana ia bergantung kepada peribadi. Smith (Ginting, 2005) menjelaskan

bahawa membaca adalah suatu proses membangun pemahaman dari teks yang tertulis.

1.6.3 Pelajar

Menurut Zainal Abidin (1995), ajar adalah kata asal bagi pelajar yang bermaksud

didik, latih, pelihara, jaga, asuh, bimbing, hukum, pukul dan marah. Pelajar pula

bermaksud penuntut, murid, orang yang sedang mengaji, orang yang menyelidiki ilmu,

mahasiswa / mahasiswi, anak murid, kadet dan anak sekolah.


7

2.0 Tinjauan Kajian Berkaitan

Yusof Boon & Salamat Mohd Sahlan (2010) mengkaji tentang budaya membaca dalam

kalangan pelajar-pelajar 4 SPH Program Khas Pensiswazahan Guru Universiti Teknologi

Malaysia.

Mereka mengatakan bahawa terdapat tiga aspek yang memainkan peranan

penting dalam memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar iaitu faktor dalaman,

luaran serta sokongan. Tetapi hasil kajian mereka menunjukkan bahawa faktor dalaman

yang harus diberi perhatian utama di samping faktor luaran juga yang mempengaruhi

budaya membaca. Selain itu, mereka juga mendapat tahu tahap pelajar-pelajar terhadap

budaya membaca berada di tahap yang sederhana melalui kajin tersebut.

Loges Sockalingam (2011) mengatakan bahawa salah satu cara untuk memupuk sikap

minat membaca dalm kalangan pelajar adalah melalui Program Nilam. Hal ini demikian

kerana ia dapat menjana minda pelajar supaya lebih kreatif dalam penulisan serta

dapatmelahirkan pelajar yang berketrampilan dalam semua bidang.

Beliau juga mengatakan Program NILAM akan menjadi satu landasan yang

terbaik untuk menyuburkan budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah.

Zamri Mahamod & Afendi Hamat (2011) mengkaji faktor dan kesan masalah membaca

dalam kalangan murid sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam. Mereka

mengatakan bahawa dapatan kajian mereka menunjukkan bahawa faktor utama

wujudnya masalah membaca dalam kalangan murid adalah disebabkan oleh faktor

individu, psikologi, faktor kaedah pengajaran guru, masa pengajaran, faktor


8

persekitaran, dan buku teks bacaan yang digunakan. Selain itu, kajian mereka

menjelaskan bahawa kaedah pengajaran guru bahasa perlu diperbaiki dan ditingkatkan

bagi mengatasi masalah membaca.


9

3.0 Metodologi Kajian

Metodogi kajian merupakan suatu proses, suatu set perkakasan bagi melaksanakan suatu

penyelidikan dan perolehan maklumat, serta juga suatu seni bagi melaksanakan suatu

karya sains (Adams dan Schvaneveldt, 1985). Secara umumnya, terdapat dua jenis

kaedah kajian iaitu kaedah lapangan dan perpustakaan. Kaedah lapangan adalah kaedah

yang dilakukan dengan membuat lawatan ke kawasan kajian tersebut. Kaeadah

perpustakaan pula dikenali sebagai kajian pencarian maklumat di perpusakaan yang

melibatkan bahan bacaan seperti jurnal, tesis dan buku ilmiah.

3.1 Pengenalan

Dalam bab ini dijelaskan secara ringkas tentang bahagian-bahagianyang terkandung

seperti pemilihan reka bentuk kajian iaitu kuantitatif. Di sini juga dihuraikan tentang

bagaimana prosedur-prosedur pengumpulan data dirancang dan dilaksanakan. Bab ini

juga turut menjelaskan tentang instrumen-instrumen yang digunakan di samping

penjelasan mengenai analisis data.

3.2 Metodologi

Kaedah yang dipilih untuk melaksanakan kajian ini adalah kaedah kuantitatif. Menurut

(Neuman, 2000) kaedah ini merupakan suatu pertanyaan terhadap masalah yang

telah dikenalpasti yang mana berdasarkan kepada pengujian suatu teori yang digubah

oleh pembolehubah, diukur melalui perwakilan nombor, dan dianalisa menggunakan

teknik statistik.
10

3.2.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merupakan satu strategi atau rancangan bagaimana untuk

menjalankan sesuatu kajian yang melibatkan pemilihan dan pembahagian sampel. Reka

bentuk kajian ini menggunakan model ADDIE. Model ini dipetik daripada kertas kerja

Ahmad Yazid Ahmad @ Abdul Rahman (2014). Saya mengambil pakai model ini

sebagai prinsip kajian saya. Antara sebab dan faktor memilih model ADDIE adalah

kerana model ini merupakan suatu model reka bentuk instruksi yang bersistem dan

membantu dalam melaksanakan tugas untuk merekabentuk dan membangunkan kajian

ini. Secara amnya, model ADDIE boleh diwakili oleh aliran kerja seperti yang

ditunjukkan di bawah (Baharuddin et al, 2001; Hodell, 2006)


11

3.2.2 Subjek Kajian

Dalam kajian ini pelajar tingkatan tiga hingga lima Sekolah Menengah Kebangsaan

Methodist ACS Ipoh akan dinilai dari segi minat mereka dalam membaca buku atau

bahan-bahan ilmiah yang lain. Selain itu, aspek-aspek seperti kesan-kesan tabiat kurang

membaca, faktor-faktor yang mempengaruhi kurangnya tabiat membaca dan cara-cara

untuk meningkatkan tabiat membaca serta kebaikan membaca juag akan diutamakan

dalam kajian ini.

3.2.3 Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan instrumen borang soal selidik. Menurut Openheim (1983),

penggunaan soal selidik dapat meliputi sampel yang besar dengan kos yang sederhana

dan juga dapat memberikan persampelan yang lebih tepat. Borang soal selidik ini terdiri

daripada lampiran A dan B dimana pelajar-pelajar akan menandakan jawapan yang betul

dalam borang yang telah diedarkan. Borang soal selidik diberikan kepada 30 orang

responden yang sudi bekerjasama. Responden akan diberi masa untuk menjawab semua

soalan dalam borang soal selidik dan akan dikutip semula.

Lampiran A dalam soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat latar

belakang responden seperti jantina, kaum dan tempat tinggal. Instrumen yang digunakan

dalam bahagian ini adalah Item Pilihan Tunggal (single-choice item).


12

Bahagian B dalam soal selidik ini berpandukan kepada soalan-soalan yang berkaitan

dengan minat membaca dalam kalangan pelajar tingkatan tiga hingga lima Smk Acs

Ipoh.

3.3 Tempat Kajian

Kajian ini bersumberkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist ACS Ipoh.

Pemilihan sekolah ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah faktor

sumber kepakaran yang merujuk kpada barisan pendidik yang lebih berpengalaman.

Selain itu, lokasi tempat kajian terletak berhampiran dengan tempat tinggal pengkaji.

Justeru, ia dapat menjimatkan kos kajian.

3.4 Kaedah Kajian

Terdapat dua jenis kaedah kajian dalam kajian ini, iaitu kaedah lapangan dan

perpustakaan. Kaedah lapangan adalah kaedah yang dilakukan dengan membuat lawatan

ke kawasan kajian tersebut. Penyelidik menjalankan kajian lapangan untuk mendapatkan

maklumat, gambaran serta data yang lebih tepat mengenai penyelidikan yang dijalankan

ini. Kaeadah perpustakaan pula dikenali sebagai kajian pencarian maklumat di

perpusakaan yang melibatkan bahan bacaan. Penyelidik telah menjalankan kajian

perpustakan untuk mencari dan mendapatkan maklumat yang tepat dan berkaitan dengan

kajian kes yang dijalankan. Antara bahan yang terlibat dalam pencarian maklumat ialah

tesis, buku, akhbar, jurnal, majalah dan internet.

3.5 Prosedur Kajian


13

Prosedur pengumpulan data akan dijalankan dengan cara yang teratur. Hal ini demikian,

kerana pengkaji telah mengatur semua proses bagi memastikan kajian ini dapat

dijalankan dengan lancar. Pertama, pengkaji telah menetapkan subjek dan lokasi kajian.

Kemudian, pengkaji akan mendapatkan kebenaran dari pihak universiti bagi

menjalankan kajian ini.

Setelah mendapat kebenaran, pengkaji akan mendapatkan persetujuan dengan

pihak yang berada di lokasi kajian untuk mendapatkan tarikh dan masa yang sesuai bagi

melaksanakan kajian. Seterusnya, selepas mendapat tarikh dan masa yang telah

dipersetujui, pengkaji akan pergi ke lokasi kajian. Ketika berada di lokasi kejadian,

barulah pengkaji akan menjalankan kajian dengan menyoal selidik kumpulan-kumpulan

sasaran yang ditetapkan oleh pengkaji.

Rajah 3.5.1: Prosedur Kajian


14

Setelah menjalankan kajian, segala dapatan kajian akan dikumpulkan oleh pengkaji.

Pengumpulan dapatan kajian mestilah dilakukan agar tidak akan berlaku kehilangan

sebarang bukti-bukti bahawa kajian telah dilaksanakan. Seterusnya, pengkaji akan

menganalisis dapatan-dapatan kajian tersebut dengan menggunakan prosedur yang telah

ditetapkan oleh pengkaji.

3.6 Proses Menganalisis Data

Proses penganalisisan data merupakan aspek yang terpenting dalam melaksanakan

kajian. Setelah melaksanakan kajian, segala dapatan-dapatan kajian perlulah dianalisis

dengan menggunakan prosedur yang tertentu bagi menjawab persoalan yang terdapat

pada objektif kajian. Dalam kajian ini, pengkaji telah menganalisis data dengan cara:

1. Satu set borang telah disediakan untuk analisis borang soal selidik.

2. Data berkenaan akan disemak satu persatu.

3. Pengiraan dilakukan semula untuk mendapatkan data yang sah.

4. Data yang telah siap dimasukkan ke dalam perisian SPSS.

5. Analisis SPSS versi 19 dijalankan.

4.0 Kesimpulan

Bahagian yang berikut ini akan memberikan kesimpulan terhadap kajian yang akan

dilakukan. Kajian yang akan dilaksanakan ini bertujuan untuk mengenal pasti minat

membaca dalam kalangan pelajar tingkatan tiga hingga lima yang hanya tertumpu di

Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist ACS Ipoh.

Dari segi pernyataan masalah, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal mengenal

pasti sebab-sebab kekurangan minat membaca dalam kalangan pelajar dan sebab-sebab

ia tidak diamalkan dari sejak kecil lagi. Pengkaji juga telah menetapkan objektif kajian
15

agar kajian yang dijalankan ini akan dapat memberi kepentingan kepada pihak-pihak

yang tertentu.

Pengkaji turut menceritakan secara ringkas tentang sorotan-sorotan kajian lepas

yang telah dilaksanakan oleh pengkaji-pengkaji yang sebelum ini. Seterusnya, pengkaji

juga memerihalkan penggunaan kaedah yang dipilih bagi menjalankan kajian ini. Selain

itu, prosedur lain seperti prosedur kajian dan prosedur menganalisis data turut ditetapkan

oleh pengkaji agar kajian yang dijalankan ini akan bergerak dengan lancar dan sempurna

dengan jayanya.
Elemen-elemen lain seperti elemen yang terdapat pada bahagian lampiran juga

telah ditetapkan oleh pengkaji. Contohnya, borang soal selidik yang mempunyai

beberapa soalan yang bertujuan untuk menjawab kepada objektif kajian yang telah

ditetapkan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa segala keperluan untuk menjalankan

kajian ini telah disediakan oleh pengkaji agar memastikan kelancaran dan kelicinan

ketika menjalankan kajiannya.


16

Rujukan

Yusof Boon & Salamat Mohd Sahlan (2010). Budaya Membaca Dalam Kalangan

Pelajar- Pelajar 4 SPH Program Khas Pensiswazahan Guru Universiti

Teknologi Malaysia.

Zamri Mahamod & Afendi Hamat (2011). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 89. ISSN:

2180-4842, Vol. 1, Bil. 1 (Mei 2011): 89-107.

Loges Sockalingam (2011). Kajian KPD 3026 Pengajaran,Teknologi dan Penaksiran 2.

Keryn Edna binti Richard (2015). Kajian Terhadap Tahap Minat Membaca Di Kalangan

Murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat.

Blog Keterampilan Membaca dilayari melalui

http://totallyspices13.blogspot.my/2013/05/apakah-yang-dimaksudkan-dengan.html

pada Mei 2, 2013.

Osman Muhammad (2012). Portfolio Universiti Kebangsaan Malaysia 2012.


17

Ahmad Yazid Ahmad @ Abdul Rahman (2014). Pelaksanaan Bacaan Pantas Di Sekolah

Terpilih: Kajian Terhadap Pencapaian Peserta1. Seminar Kepustakawanan

Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti.

Rujukan

Yusof Boon & Salamat Mohd Sahlan (2010) Budaya Membaca Dalam Kalangan
Pelajar-Pelajar 4 SPH Program Khas Pensiswazahan Guru Universiti Teknologi
Malaysia.

Zamri Mahamod & Afendi Hamat (2011). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 89. ISSN:
2180-4842, Vol. 1, Bil. 1 (Mei 2011): 89-107.

Loges Sockalingam (2011). Kajian KPD 3026 - Pengajaran,Teknologi dan Penaksiran

2.

Keryn Edna binti Richard (2015). Kajian Terhadap Tahap Minat Membaca Di Kalangan
Murid SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat.

Blog Keterampilan Membaca dilayari melalui


http://totallyspices13.blogspot.my/2013/05/apakah-yang-dimaksudkan-dengan.html
pada Mei 2, 2013.

Osman Muhammad (2012). Portfolio Universiti Kebangsaan Malaysia 2012.

Ahmad Yazid Ahmad @ Abdul Rahman (2014) Pelaksanaan Bacaan Pantas Di Sekolah
Terpilih: Kajian Terhadap Pencapaian Peserta. Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Inisiatif Khidmat Maklumat Sehenti.

1
18

Anda mungkin juga menyukai