Anda di halaman 1dari 1

TAJUK

:PEMIKIRAN&KREATIVITI

PENULIS : KHUAN WAI BING & OMAR


ABDULL KAREEM
PENERBIT : ARAS MEGA SDN BHD
PEMBACA : Pn. YUSAIRAH ISMAIL

Buku ini bertemakan kemahiran berfikir dan aplikasinya dalam pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah. Rose & Nichol (1997) mengatakan bahawa kejayaan dalam
abad ke-21 akan banyak bergantung kepada setakat mana setiap insan dapat
menguasai

kemahiran-kemahiran

dan

pendekatan-pendekatan

bagi

setiap

pengetahuan dan kemahiran baru serta mempunyai kecerdasan bagi mengatasi segala
kompleksiti dan ketidaktentuan.
Jika dilihat fenomena ini secara positif, kekayaan negara kita merupakan jumlah
kesemua otak rakyatnya serta kreativiti dan kemahiran daripada mereka. Dengan
perkataan lain, keupayaan negara kita yang paling baik ialah keupayaan rakyatnya
secara kolektif untuk belajar dengan pantas serta menyesuaikan diri dengan penuh
kebijaksanaan dalam situasi-situasi yang tidak boleh diramalkan. Malangnya, focus
utama semua insititusiinstitusi pengajian tinggi ialah menentukan apa yang perlu
dipelajari oleh para pelajar dan apa yang seharusnya mereka fikirkan. Sepatutnya, pada
zaman ketika perubahan berlaku dengan begitu pantas, penekanan utama harus
diberikan kepada pengajaran dan latihan cara-cara untuk berfikir. Menurut Alvin Toffler
(1970) dalam buku ini mengatakan bahawa di masa akan datang, seseorang itu buta
huruf bukan kerana tidak boleh membaca, tetapi kerana dia belum belajar bagaimana
untuk belajar.
Di dalam buku ini juga banyak isu-isu pemikiran terkini yang mana akan dapat
memperluaskan pemikiran manusia secara kreatif dan kritis. Di samping, dikaitkan
kefahaman mengenai proses-proses pemikiran yang dilalui oleh seseorang insan itu.
Sudah tentu buku ini mampu menjawab kesemua persoalan dalam pemikiran pembaca
dan banyak manfaat akan didapati menerusi pembacaan buku ini.

Anda mungkin juga menyukai