Anda di halaman 1dari 2

Interaksi dan Penampilan LINUS

1.1

Pengenalan

Bab pertama kajian ini adalah untuk menjelaskan latar belakang kajian, permasalahan kajian,
objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, definisi
istilah dan definisi pembolehubah kajian.

1.2

Latar belakang kajian

Beberapa penyelidikan dan kajian telah dijalankan oleh beberapa pengkaji mengenai literasi
awal kanak-kanak. Kebanyakan kajian yang dijalankan adalah bagi membantu meningkatkan
tahap pembacaan dan perancangan pembelajaran yang bersesuaian untuk kanak-kanak.
Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa proses pembelajaran membaca dan menulis
telah bermula awal dalam perkembangan kanak-kanak iaitu sejak kanak-kanak belum
melangkah ke alam persekolahan (Amir Hamzah, 2004; Muhammad Raus. 2008 & Tay,
2006). Pada zaman moden ini, literasi adalah amat penting dalam kehidupan manusia. Oleh
itu, seseorang itu harus menyedari dan memiliki kemahiran literasi sejak dari awal lagi kerana
tanpa kemahiran tersebut, seseorang itu akan mengalami pelbagai kesukaran untuk menjalani
kehidupan harian di negara moden.

Melalui Mahzan Arshad (2012), Isahak Haron et. al. (2006) menyatakan bahawa
kanak-kanak yang memiliki pengalaman dan kemahiran literasi awal yang baik dapat

membaca dengan lancar. Namun begitu, pada peringkat awal kanak-kanak, apabila kita
memperkatakan tentang literasi awal, kita lebih cenderung untuk membincangkan tentang
penguasaan tahap awal pembacaan kanak-kanak sahaja. Walhal, tahap literasi awal kanakkanak tidak hanya tertumpu pada kemahiran membaca sahaja tetapi turut melibatkan
kemahiran lain iaitu kemahiran bahasa lisan, kemahiran menyoal dan menjawab serta
kemahiran berfikir secara kritikal.

Anda mungkin juga menyukai