Anda di halaman 1dari 4

Sebenarnya, tanpa kita sedar masalah jerebu berpunca daripada perbuatan dan salah

laku manusia sendiri iaitu pertamanya melalui pembakaran hutan secara besar-besaran
tanpa menghiraukan dan mengambil berat kesan terhadap alam sekitar. Contohnya,
kepada negara Singapura dan Malaysia seringkali menjadi masalah tahunan dengan
berlakunya asap tebal, selalunya bermula pada pertengahan tahun apabila peladang
Indonesia mengambil jalan mudah dengan melakukan pembersihan ladang secara
murah dengan hanya membakarnya. Lingkaran asap jerebu dari kawasan kebakaran di
Sumatera Tengah, Wilayah Riau, Indonesia hingga ke selatan Pantai Barat
Semenanjung telah ditunjukkan dan maklumat diperolehi daripada ASEAN Specialised
Metereological Centre (ASMC). Masalah jerebu ini sangat membimbangkan
warganegara Malaysia dengan keadaan yang berlaku.             Saban tahun negara kita
seringkali mengalami masalah jerebu yang sudah menjadi fenomena cuaca pada setiap
tahun. Acap kali negara kita dilanda jerebu seolah-olah fenomena ini seperti sudah
termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara disebabkan kehadiran partikel dan
habuk-habuk terampai di atmosfera seperti debu, habuk, gas-gas dan zarah di dalam
keadaan udara zarah kering. Tahap kualiti udara di Malaysia akan ditunjukkan oleh
Indeks Pencemaran Udara (IPU). IPU 101-400 adalah tahap kualiti udara yang teruk.
Namun, realitinya kesihatan rakyat akan berada di dalam bahaya jika keadaan udara
yang berjerebu penuh dengan partikel asing. Persoalannya, apakah punca-punca
berlaku dan terjadinya masalah jerebu di negara ini?

                      Selain itu, keadaan jerebu akan semakin menjadi-jadi apabila ada faktor
yang memburukkan lagi keadaan iaitu pembakaran secara terbuka tanpa kawalan yang
dilakukan oleh masyarakat Malaysia. Kebiasaannya pihak yang ingin menghapuskan
sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada milik individu ataupun
pemilik kilang melakukan pembakaran terbuka ini. Contohnya, pembakaran terbuka
dilakukan di belakang kawasan rumah mereka sendiri oleh sesetengah anggota
masyarakat. Sikap terlalu malas oleh segelintir masyarakat untuk membawa sampah
sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula
telah membawa kepada pembakaran terbuka. Ada juga pemilik kilang papan, kain dan
sebagainya yang bertindak dengan membakar sendiri bahan buangan kilang  mereka.
Sifat kurang bertanggungjawab dan tidak mengambil peduli akan asap yang terhasil
daripada pembakaran terbuka sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu
yang lebih teruk. Asap daripada pembakaran terbuka ini hanya bukan bersifat setempat
sahaja teatpi akan ditiup angin dan dibawa jauh dan meliputi kawasan yang sangat luas.
Natijahnya, asap yang dilepaskan ke udara adalah akibat daripada pembakaran terbuka
dan mengakibatkan berlakunya jerebu.

                       Tambahan pula, masalah jerebu juga diakibatkan oleh jumlah kenderaan


di jalan raya yang semakin meningkat yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Di Malaysia, jumlah kenderaan di jalan raya adalah sebanyak 9.3 juta dan menyebabkan
pengeluaran gas berbahaya iaitu 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium
dioksida pada setiap hari. Keadaan jerebu bertambah parah dan serius dengan
kesesakan lalu lintas kerana asap masih tetap dikeluarkan yang akan mencemarkan
udara walaupun kenderaan tidak bergerak. Bertambahnya jumlah kenderaan di jalan
raya akan menyebabkan peningkatan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos
kenderaan dan seterusnya berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon
dan akhir sekali tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Kesannya, udara menjadi tebal
dan jerebu berlakulah di negara kita.
                           Selain itu, punca utama jerebu adalah daripada kawasan perindustrian
yang tidak mengawal pengeluaran asap seperti kawasan perindustrian yang
mengunakan arang batu dan minyak. Udara di negara kita telah dicemarkan yang
berpunca daripada asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara akibat perbuatan dan
sikap pengusaha kilang yang seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing. Wang yang banyak tidak sanggup dibelanjakan oleh mereka untuk
mendapatkan alat penapisan asap bagi proses penapisan asap yang dikeluarkan
sedangkan mereka mengetahui terkandungnya nitrogen dan sulfur dioksida di dalam
asap-asap ini yang boleh mengakibatkan jerebu. Situasi menjadi semakin buruk apabila
corong asap yang dipasang terlalu rendah oleh pihak pengusaha kilang yang tidak
beretika sehingga asap beracun disalurkan ke udara. Contoh situasi ini seperti di
kawasan Lembah Klang dan Seguntor di Sandakan.

                       Konklusinya, konsep bagai aur dengan tebing haruslah dipraktikkan dan


ditanam dalam diri semua pihak demi mengatasi masalah jerebu ini. Kesejahteraan dan
keharmonian negara dapat dijamin melalui usaha ini. Bagi mengatasi masalah jerebu
dari terus menghantui dan membelenggu negara kita, pihak kerajaan khususnya perlu
mengambil langkah yang lebih drastik dan efektif. Demi memastikan kemajuan negara,
rakyat yang sihat tubuh luar dan dalam merupakan tonggak utama sesuia dengan
slogan ‘Rakyat Sihat Negara Maju’.

Jerebu ialah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain
zarah mencemar kejelasan langit. [1] Kod panduan Organisasi Meteorologi Dunia ("World
Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori
kabus , kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan
salji. [2] Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah habuk, debu dan asap berkumpul pada hari
yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi
pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali
sebagai asbut. Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu
lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap
perindustrian dan kenderaan.
       Sebenarnya, masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia sendiri iaitu pertamanya
melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam
sekitar.  Contohnya, asap tebal hampir menjadi masalah tahunan kepada Singapura dan Malaysia,
selalunya bermula pada pertengahan tahun apabila peladang di Indonesia membersihkan ladang
secara murah dengan membakarnya.  Maklumat daripada ASEAN Specialised Meteorological Centre
(ASMC) juga menunjukkan lingkaran asap jerebu dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera
Tengah, Indonesia hingga ke selatan Pantai Barat Semenanjung.  Keadaan ini telah menyebabkan
Malaysia mengalami masalah jerebu yang membimbangkan.

         Selain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialah  tindakan  masyarakat yang melakukan
pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi.
Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah
sarap atau bahan buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang. Contohnya, sesetengah
anggota masyarakat melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri.
Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau
pusat pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan sebagainya bertindak
membakar sendiri bahan buangan kilang mereka.  Mereka tidak betanggungjawab dan tidak
mengambil kisah jika asap daripada pembakaran terbuka itu sedikit demi sedikit membawa kepada
masalah jerebu.  Mereka juga  terbuka itu sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu.
Mereka juga tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja
tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini
mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan jerebu.

      Tambahan pula,  peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh
selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta
buah kenderaan di jalan raya dan telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan
sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan keadaan jerebu
bertambah parah kerana kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap yang mencemarkan
udara.  Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang
dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap
di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas.  Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal
dan berlakulah jerebu di negara kita.

       Seterusnya,  pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan
perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu turut menjadi punca utama jerebu.   Sikap
pengusaha kilang yangbagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan
asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara dan telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka
tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk
menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini
mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu.
Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang
terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara.  Contoh kawasan perindustrian ialah
Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang.
          Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk mengatasi
masalah jerebu ini.  Usaha ini sangat penting demi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran
negara.  sebelum terlambat, sebelum nasi menjadi bubur, , pihak kerajaan terutamanya
perlu mengorak langkah drastik bagi mengatasi masalah jerebu ini dari terus-menerus menghantui
negara kita.  Rakyat yang sihat merupakan tonggak utama untuk memastikan kemajuan negara
kerana 'Rakyat Sihat Negara Maju'.

Anda mungkin juga menyukai