Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

SITI ZUBAIDAH BINTI AHMAD DON


1. Nama Guru

ISLAM MELAHIRKAN PEMIMPIN


2. Judul 3. Bidang: KEPIMPINAN
YANG ADIL DAN
BERTANGGUNGJAWAB
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Islam Hadhari bermaksud suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang
bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada ruang lingkup tamadun Islam, bagi melahirkan individu dan
masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani) akhlak, intelektual dan material, mampu
berdikari, berdaya saing melihat ke hadapan (futuristik), inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran
semasa secara bijaksana, rasional, objektif dan praktikal.”

Islam memberi penekanan kepada konsep keadilan. Pemimpin yang adil wajar disokong dan berhak
untuk menerajui negara. Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan adil
serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan
perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik, maju, dan dirahmati Allah S.W.T.

Salah satu komponen terpenting dalam kepemimpinan itu adalah manusia (insan). Oleh itu, pemimpin
berakhlak dan beretika wajib dibentuk melalui suatu program dan pemantauan. Pemimpin kaya (umrani),
tetapi kurang sifat madaninya (kemanusiaan) akan menghancurkan masyarakat atau tamadun.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Keadilan dalam setiap tindakan.


2. Tanggungjawab dalam melaksanakan segala tugas yang diamanahkan.
3. Mewujudkan persekitaran negara/sekolah yang aman dan harmoni dalam masyarakat yang berbilang
kaum.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Sebagai seorang guru, saya mestilah berlaku adil kepada semua pelajar tanpa melihat pada keturunan,
warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin, kaya atau perbezaan agama dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan.

2. Untuk menjadi contoh yang terbaik kepada pelajar, saya seharusnya menunjukkan nilai-nilai murni seperti
bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan, berakhlak mulia, amanah dan sentiasa menasihati
pelajar supaya taat kepada Tuhan dan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-
Nya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(SITI ZUBAIDAH BINTI AHMAD DON ) ( )

Anda mungkin juga menyukai