Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Terima kasih saya ucapkan kepada pengerusi majlis.

Yang diraikan Pn. Nor Zalina binti Baharuddin, Guru Besar SK Haji Salleh Masri.

Yang berusaha :

Encik Muhamad Nasir bin Ghazali, Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Pn. Wahidah binti Mustafa, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Datin Wira Zanariah binti Ibrahim, Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru SK Haji Salleh Masri yang disayangi serta sahabat-sahabat seperjuangan sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita
berkumpul bersama-sama dalam Majlis Persaraan Pn. Nor Zalina binti Baharuddin pada hari
yang penuh bermakna hari ini.

Saya Nur Amanina Husna binti Mohd Rizan selaku wakil murid SK Haji Salleh Masri ingin
merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada insan yang diraikan Pn. Nor
Zalina binti Baharuddin atas ilmu yang telah diberikan selama ini. Sesungguhnya segala ilmu
yang dicurahkan amat bermakna buat kami. Hanya doa mampu kami titipkan kepadamu cikgu
sebagai ganti atas segala pengorbanan dan curahan ilmu yang pernah diberikan. Semoga Allah
merahmati setiap apa yang dilakukan oleh Cikgu selepas ini dan sentiasa diberikan kesihatan
tubuh badan yang baik untuk meneruskan kehidupan selepas bersara nanti.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benarlah kata pepatah yang patah kan
tumbuh yang hilang akan berganti namun yang hilang tidak akan sama walabagaimanapun akan
tetap kekal abadi. Begitulah juga dengan bersaranya Pn. Nor Zalina binti Baharuddin selepas
ini, maka tiada lagi bayangan cikgu selepas ini tetapi memori kita bersama tetap utuh di ingatan
kami semua murid.

Sebelum mengakhir ucapan, izinkan saya berpantun buat insan yang diraikan.

Buah pauh delima batu,

Anak sembilang di tapak tangan,

Walau jauh beribu batu,

Hilang di mata di hati jangan.

Salam kemaafan kami hulurkan,

Semoga kemesraan terus berpanjangan,

Ilmu diberi harap halalkan,

Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Sekian sahaja ucapan saya selaku wakil murid. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada Pn.
Nor Zalina binti Baharuddin dan Selamat Bersara saya ucapkan. Sekian terima kasih.
TEKS UCAPAN WAKIL MURID

MAJLIS PERSARAAN

PN. NOR ZALINA BINTI


BAHARUDDIN

Anda mungkin juga menyukai