Anda di halaman 1dari 4

Sekolah Kebangsaan Binjai Jaya

Parit 16 45300 Sungai Panjang


Selangor Darul Ehsan

KERTAS KERJA
PROGRAM LIFE AFTER BALIGH
(kursus pemantapan reproduksi remaja)
TARIKH : 7 November 2018
HARI : Rabu
MASA : 8.00 pagi – 1.30 tengah hari
Tempat : Dewan SK Binjai Jaya

ANJURAN BERSAMA
PROGRAM SEKOLAH ANGKAT ZAKAT SELANGOR(PROSAZ) 2018
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBJ
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
PANITIA SAINS
LIFE AFTER BALIGH

KURSUS PEMANTAPAN REPORDUKSI REMAJA


1. PENGENALAN

Perubahan diri dalam aspek fizikal, mental dan emosi ketika usia
meningkat dari kanak-kanak kepada remaja merupakan suatu fitrah yang
sememangnya dikurniakan oleh Allah swt. Perubahan ini akan lebih ketara
apabila seorang remaja itu mula memasuki usia baligh. Barangkali ramai di
kalangan kita yang memandang enteng tentang perubahan memasuki usia
baligh ini. Usia baligh adakalanya berlalu begitu sahaja khususnya bagi
seorang anak lelaki. Sebahagian remaja usia baligh sekadar perubahan
fizikal tanpa diiringi dengan sifat kematangan bersedia menerima
tanggungjawab dan penambahan amal dalam kehidupan. Justeru remaja
perlu dilengkapi dengan tips dan persediaan dalam meniti usia baligh. Ibu
bapa pula merupakan guru utama yang perlu memberi bimbingan.
Akhirnya remaja perlu menyedari tanggungjawab mereka kepada Allah
SWT dan rasulNya. Secara tidak langsung LAB dilakasanakan bagi
menangani gejala sosial remaja yang semakin bermaharajalela di negara
kita. Sehubungan dengan itu, kami telah menginisiatifkan sebuah program
yang diberi nama LIFE AFTER BALIGH (LAB) bertujuan untuk
membimbing remaja memahami, menghayati dan menghargai usia
baligh yang sedang mereka lalui. Program ini direkabentuk dengan
kehadiran kedua-dua pihak anak remaja dan ibu-bapa di sesi penutup
untuk memberi impak maksima kepada kesedaran tanggungjawab usia
baligh. Semenjak diperkenalkan pada tahun 2009, sehingga kini, LAB
telah diadakan sebanyak 350 kali di seluruh Malaysia.

2. OBJEKTIF

a) Memberi kefahaman tentang perubahan semasa usia REMAJA.


b) Memberi kefahaman tentang peranan & tanggungjawab peserta
setelah AKIL REMAJA
c) Meningkatkan tanggungjawab membimbing anak yang sudah REMAJA
d) Memberi tips-tips menjaga etika & gaya hidup remaja yang sudah
baligh

3. MATLAMAT

Memperkukuh kesedaran dan keazaman dalam kalangan ibu bapa akan


keperluan memainkan tanggungjawab yang lebih efektif dalam usaha ke
arah memastikan pembentukan sahsiah yang unggul dalam kalangan
anak-anak sehingga mendapat keredaan Allah S.W.T.

4. SASARAN :
Murid tahun 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Binjai Jaya
5. MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh : 7 November 2018 (Rabu)


Masa : 8.00 Pagi Hingga 1.30 Petang
Tempat : Dewan Seri Binjai , Sekolah Kebangsaan Binjai Jaya
Anjuran : Program Sekolah Angkat Zakat Selangor(Prosaz) 2018
Bersama Unit Bimbingan Dan Kaunseling Skbj , Panitia
Pendidikan Islam Dan Panitia Sains

6. SENARAI AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : En. Ajni Bin Ishak (Guru Besar)


Pengerusi : En. Ibrahim Bin Ismail (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : En. Mohamad Nasimussobah Bin A.Beni
(GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : Tuan Hj Jamauddin Bin Abd Rahim
(GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 3 : Pn.NorHayati Binti Abd Hamid
(Penyelaras PPKI)
Setiausaha : Pn. Radin Mahya Hanani Binti R. Mahmud
Bendahari : En Jamaluddin Bin Abu Bakar
Ahli Jawatan Kuasa : 1) En . Syamsul Afandi Bin Badul Zaman
: 2) Pn. Nor Mahanom Binti Ahmad Subaili
: 3) En. Shamsul Kamal Bin Mohamed Sirat
4) Ahmad Zhafri bin Md Noor

7. KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH


1. Seminar dan aktiviti RM 1500.00
2. Makanan dan minuman RM 80.00
Jumlah RM 1580.00

8. PENUTUP

Semoga program Life After Baligh ini memberikan manfaat yang


berkekalan kepada murid-murid dalam menempuhi fasa menuju ke alam
remaja yang serba mencabar itu.
Diesediakan oleh ,

______________________________
(Radin Mahya Hanani binti R. Mahmud)
Penyelaras PROSAZ 2018

ULASAN KETUA JABATAN/ GURU BESAR


………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………

SYOR

Ketua Jabatan dipohon dan bersetuju untuk :


1. Mengadakan Program Life After Baligh
2. Dengan anggaran perbelanjaan RM 1580.00

PERMOHONAN DIPERSETUJUI/ TIDAK DIPERSETUJUI

……………………………………

Anda mungkin juga menyukai