Anda di halaman 1dari 4

BAB 2 ULUM SYARIYYAH - (SYARIAH ISLAM)

Konsep Syariah
T.4 BAB 2 a. Definisi
b. Prinsip-prinsip syariah
c. Tujuan syariah

SINOPSIS

Menjelaskan kepada pelajar mengenai definisi, prinsip-prinsip dan tujuan-tujuan


syariah serta dalil-dalil yang berkaitan.
.

HASIL PEMBELAJARAN

1) Menjelaskan definisi syariah


2) Menjelaskan prinsip-prinsip syariah
3) Menjelaskan tujuan syariah.

ISI PENGAJARAN

a. Definisi Syariah

Perkataan syariah dari segi bahasa dapat diertikan sebagai jalan yang lurus,
seperti firman Allah s.w.t. dalam surah al-Jathiah, ayat 18, yang bermaksud :

“ Kemudian Kami jadikan kamu di atas suatu jalan yang lurus


(syariat) maka hendaklah kamu mengikutinya dan jangan sekali-
kali mengikut kehendak mereka yang tidak mengetahui”.

Menurut istilah, syariah berasal dari perkataan syara’ ( ‫ ) شرع‬yang bermaksud


“ Segala hukum atau peraturan atau undang-undang yang diturunkan oleh Allah
melalui Nabi Muhammad s.a.w. untuk seluruh umat manusia ”

b. Prinsip Syariah

Syariah mempunyai prinsip-prinsipnya yang khusus iaitu seperti berikut:

i. Al-Syumul ‫( الشمول‬menyeluruh) iaitu syariah yang dibawa oleh Rasulullah


saw meliputi semua bidang untuk keperluan hidup manusia. Ianya meliputi
hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia sesama manusia dan
hubungan manusia dengan alam sekitar. Pelaksanaannya juga menyeluruh
kepada semua warga negara sama ada Muslim atau Bukan Muslim, sesuai
pada setiap masa, tempat dan keadaan tanpa mengira bangsa dan warna
kulit.

ii. Adamul-Haraj ‫ـرج‬


َ ‫( َع َدم ال َح‬Tidak susah) iaitu syariah yang dibawa tidak tidak
menyusahkan dan menyulitkan serta bersesuaian dengan kemampuan
manusia. Umpamanya solat wajib dilaksanakan lima waktu sehari semalam
tetapi sekira ada kesulitan dan rintangan kerana musafir maka boleh
dilakukan secara jamak atau qasar, zakat hanya diwajibkan kepada orang
yang kaya dan berkemampuan sahaja manakala yang miskin tidak wajib
malahan mereka berhak menerima zakat pula dan sebagainya.

iii. Qillatut-Takalif ‫التَكاليف‬ ‫ِقلَّة‬ (Sedikit tanggungjawag) iaitu tanggungan


kewajipan yang terdapat dalam syariat Islam terbatas bersesuaian dengan
keperluan dan keupayaan manusia. Undang-undang itu didapati dalam
bentuk perintah, larangan dan pilihan. Semua syariat itu untuk kepentingan
dan kemaslahatan hidup manusia dalam pelbagai segi seperti nyawa, akal,
kehormatan, harta dan agama. Allah hanya menggariskan dasar dan prinsip
sahaja dalam banyak perkara dan ini memberi ruang yang luas kepada umat
Islam menentukan sesuatu perkara mengikut mana yang difikirkan baik dan
membawa keharmonian bagi masyarakat dan Negara.

iv. At-Tadarruj ‫( الـت َ َد ُّرج‬Beransur-ansur) iaitu syariat Islam secara beransur-ansur


dan bertahap dalam pelaksanaannya. Umpamanya Rasulullah saw terlebih
dahulu menerapkan konsep tauhid dan memperkukuhkan aqidah kepada
masyarakat Arab di Mekah sebelum melaksanakan penyusunan dan
peraturan syariah yang berhubung dengan pembinaan masyarakat dan
negara di Madinah. Begitu juga dalam bentuk pengharaman arak, dimulai
dengan menimbulkan kesedaran terhadap bahaya arak diikuti dengan
larangan meminumnya pada masa tertentu dan akhirnya diharamkan
sepenuhmya kerana bahayanya yang besar terhadap individu dan
masyarakat.

v. Al-Adalah ‫( ال َعـدالة‬Adil) iaitu syariat hukumnya tetap dan keadilannya


menyeluruh tanpa mengira tahap kedudukan dan pangkat. Bila syariat
dilaksanakan dengan keadilan yang hakiki, semua manusia mendapat
perlindungan undang-undang Ilahi bebas bergerak dan menikmati hak-hak
yang telah ditentukan oleh Islam.

c. Tujuan dan Maslahah Syariah Islam

Pada umumnya, syariah bertujuan untuk menjaga maslahat dan kebajikan


manusia. Kebajikan manusia mencakupi aspek agama, nyawa, akal, harta dan
keturunan.

i. Agama. Hukum syariah mengandungi konsep aqidah yang terkandung dalam


dua kalimah syahadah.. Untuk menghayati agama, syariah menyentuh tentang
hukum solat, puasa, zakat dan haji. Untuk mengekalkan kemurnian agama,
syariah menyentuh tentang jihad, berusaha melakukan amar makruf dan nahi
mungkar.

ii. Nyawa. Syariah merangkumi hukum-hukum jenayah terhadap nyawa dan tubuh
badan serta tuduhan palsu.

iii. Akal. Syariah menggalakkan berfikir untuk meningkatkan daya fakir. Untuk
kemurnian akal. Syariah mengharamkan perkara-perkara yang merosakkan akal
seperti meminum minuman yang memabukkan, juga mengharamkan
kepercayaan karut dan tahyul kerana boleh merosakkan akal dan aqidah.

iv. Keturunan. Syariah menyusun peraturan perkahwinan dan perceraian. Untuk


memastikan kemurnian dan kesihatan, syariah mengharamkan perhubungan
seks luar nikah dan homoseks.
v. Harta. Syariah menggalakkan seseorang bekerja kuat dan mengumpulkan harta
dan dengan itu, harta tersebut dapat mengeluarkan zakat bagi memenuhi
tuntutan rukun Islam dan meringankan beban kemiskinan umat. Untuk menjaga
keselamatan harta, syariah memperuntukkan hukum bagi kesalahan mencuri,
merompak, menyamun, menipu, pecah amanah dan rasuah.

AKTIVITI

Bincangkan kesan meninggalkan perlaksanaan syariat Islam terhadap


masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai