Anda di halaman 1dari 2

BAB 2 ULUM SYARIYYAH - (AQIDAH)

Konsep Aqidah
T.I BAB 2 a. Definisi aqidah
b. Sumber aqidah

SINOPSIS

Menjelaskan kepada pelajar mengenai definisi, sumber dan kepentingan aqidah


Islam.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Pelajar dapat menyatakan definisi aqidah


2. Pelajar dapat menyenaraikan sumber aqidah
3. Pelajar dapat menjelaskan kepentingan aqidah

ISI PEMBELAJARAN

Definisi aqidah

1. Bahasa

Perkataan aqidah berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu "aqada” yang bererti
ikatan atau simpulan. Perkataan ini juga digunakan pada sesuatu yang maknawi
seperti akad nikah dan akad jual beli. Dari ikatan atau simpulan yang maknawi ini
maka lahirlah aqidah iaitu ikatan atau simpulan khusus dalam kepercayaan.
2. Istilah

Aqidah bermaksud kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa
seseorang sehingga tidak mungkin tercerai atau terurai. Ataupun boleh didefinisikan
dengan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat atau nilai-nilai yang
mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki, yang kudus dan suci seperti yang
diwajibkan oleh syara" iaitu beriman kepada Allah swt, rukun-rukun Iman, rukun-
rukun Islam dan perkara-perkara ghaibiyyat

Sumber Ilmu Aqidah

Terdapat dua sumber yang utama iaitu:

1. al-Quran,
2. al-Hadith Nabawi dan

Nama lain bagi ilmu aqidah

1. Ilmu Usuluddin,
2. Ilmu Kalam,
3. Makrifatullah,
4. Ilmu Sifat Dua Puluh,
5. Ilmu Tauhid dan lain-lain.

Kesemua nama tersebut ada maksudnya yang tersendiri yang akhirnya


menetapkan bahawa Allah yang tetap disembah maha esa dan berkuasa. Ilmu
Tauhid sebagai contoh sebagai ilmu yang dengannya kita dapat menetapkan
aqidah-aqidah agama dengan dalil-dalil yang bersifat mutlak.

Anda mungkin juga menyukai