Anda di halaman 1dari 16

FALSAFAH ILMU

1.1 KONSEP ASAS ILMU

Pendahuluan

Kedatangan Islam membawa gesaan menuntut, menyebar dan memuliakan ilmu. Wahyu yang
pertama iaitu ayat 1-5 surah Al-„Alaq dengan jelas mewajibkan pencarian ilmu.

‫ك ْاْلَ ْك َرُْم * الَّ ِذي‬ ٍ َ‫ن َعم‬


َْ ‫قْ *ا ْق َْأرْ َوَرُّب‬ ِ ‫ان‬
ْْ ‫ْم‬ َ ‫نس‬
َ ‫اْل‬ ِْ ‫ق‬ َْ َ‫قْ * َخم‬ َ ‫اسِْم َرِّب َكْالَّ ِذ‬
َ َ‫يْخم‬ ْ ‫ا ْق َْأرْ ِب‬
‫ْما لَْْم َي ْعمَْْم‬
َ ‫ان‬
َ ‫نس‬ ِْ ‫َعمََّْم ِبا ْل َقمَِْم * َعمََّْم‬
َ ‫اْل‬

Maksudnya : “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan


(sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu
Yang Maha Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan
manusia apa yang tidak diketahuinya”.

Oleh itu agama Islam ini dapatlah dikatakan sebagai tertegak atas dasar ilmu atau
pengetahuan. Tanpa ilmu dan pengetahuan kita tidak akan dapat mengenal Khaliq dan
seterusnya tidak dapat berbakti kepadaNya. Perkataan “ilmu” disebut kira-kira 750 kali dalam
Al-Quran melalui pelbagai bentuk (Muhammad Dawilah,1993:9). Orang yang berilmu
diberikan pujian dan dipandang mulia di sisi Islam. Hal ini dapat kita lihat melalui banyak
ayat Al-Quran antaranya,

Firman Allah s.w.t :

ْ‫أَمَّهْ ٌَُُ قَاوِجٌ آوَاء انهٍَّْمِ صَاجِذاً ََقَائِماً ٌَحْزَسُ انْآخِشَةَ ٌَََشْجُُ سَحْمَتَ سَبًِِّ قُمْ ٌَم‬
ِ‫ٌَضْخَُِي انَّزٌِهَ ٌَعْهَمُُنَ ََانَّزٌِهَ نَا ٌَعْهَمُُنَ إِوَّمَا ٌَخَزَكَّ ُش أَُْنُُا انْؤَنْبَاب‬

Maksudnya: “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak
berilmu”.
(Surah al-Zumar : 9)
ِ‫َّكشُ إِالَّ أُ َْنُُاْ األَنْبَاب‬
َّ ‫ٌُؤحًِ انْحِكْمَتَ مَه ٌَشَاءُ ََمَه ٌُ ْؤثَ انْحِكْمَتَ َفقَذْ أَُ ِحًَ خٍَْشاً كَثٍِشاً ََمَا ٌَز‬

Maksudnya:“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang


dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan bererti ia telah diberikan
kebaikan yang banyak”.
(Surah al-Baqarah : 269 )

FirmanNya Allah.

ُ‫إِوَّمَا ٌَخْشَى انهًََّ مِهْ عِبَادِيِ انْعُهَمَاء‬

Maksudnya: “ Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu”.
(Surah al-Faatir : 28)

a. Definisi Ilmu

Dari segi bahasa :-

Berasal daripada Bahasa Arab iaitu


“ Alima ) ‫ ( عهم‬, ya‟lamu ) ‫( ٌعهم‬, „ilman ) ‫( عهما‬, „alimun ) ‫” ( عانم‬

Bahasa Inggeris iaitu

“ Science ”

Dari segi istilah :-

Imam Al-Ghazali mendefinisikan ilmu sebagai hakikat semua benda. Beliau juga
mengatakan ilmu yang paling sempurna ialah ilmu yang dimiliki oleh Allah s.w.t.

Ibnu Khaldun mendefinisikan ilmu sebagai sesuatu yang dapat dipelajari oleh manusia sama
ada menggunakan akal fikiran, pancaindera, pengalaman-pengalaman, mahupun dengan
pertolongan wahyu Ilahi.

S.M. Naquib Al-Attas mendefinisikan ilmu sebagai ketibaan sesuatu makna ke dalam jiwa
seseorang hasil daripada maklumat atau ketibaan oleh hati tentang makna sesuatu.

Qadi Abd Jabbar mendefinisikan ilmu sebagai suatu kepercayaan yang memuaskan jiwa ,
bahawa objek yang dipercayai itu adalah menepati perkara yang sebenarnya menurut realiti
yang berlaku.
Prof Dr. Othman Bakar mendefinisikan ilmu sebagai kalimah Allah yang pengertiannya
amat luas, hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Kesimpulan definisi ilmu menurut perspektif barat dan Islam :

Perspektif Barat : Ilmu adalah pengetahuan yang dapat diperolehi melalui pengalaman ,
perolehan maklumat secara dapatan empirikal dan bagaimana manusia memikirkan tentang
sesuatu melalui kaedah tertentu. Barat hanya menerima ilmu melalui perkara yang dapat
diukur, dibuktikan dalam makmal sahaja. Mereka menolak perkara-perkara ghaib seperti
akhirat, syurga, neraka dan seumpamanya kerana perkara tersebut tidak dapat dibuktikan
secara empirik dan saintifik.

Perspektif Islam : Suatu himpunan pengetahuan manusia hasil usaha pemahaman manusia
yang lengkap merangkumi semua aspek, struktur, sistem, hukum-hukum yang berkaitan
dengan sesuatu yang dikaji dan diselidiki sehingga dapat memberi keyakinan di hati untuk
mengamalkannya dengan benar dan ilmu tidak hanya terbatas pada dapatan empirik sahaja.

Pembahagian Ilmu

Imam Al-Ghazali membahagikan ilmu kepada dua kategori besar iaitu :-

i. Ilmu Fardu Ain


ii. Ilmu Fardu Kifayah

i. Ilmu Fardu Ain

 Berkaitan dengan ajaran agama yang asas dan perlu bagi setiap hamba Allah.
 Ilmu yang berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah.
 Juga dikenali sebagai ilmu wahyu.
 Ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang Islam.
 Contoh : Aqidah, Syariat dan Akhlak.

ii. Ilmu Fardu Kifayah

 Berkaitan dengan urusan keduniaan yang perlu bagi umat Islam.


 Ilmu yang diperolehi melalui akal manusia.
 Perlu untuk kesempurnaan hidup manusia.
 Kewajipan menuntut ilmu ini hanya terbatas ke atas segolongan manusia sahaja.
 Contoh : Ilmu Kemasyarakatan, Ilmu Sains Tabii , Sains Fizik , Sains
Gunaan , Ekonomi , Pentadbiran Dan Sebagainya.

Pembahagian lain Imam Al-Ghazali membahagi ilmu kepada dua bahagian.

i. Ilmu Syariah

- Ilmu ini diperolehi daripada nabi atau rasul bukan melalui akal, ujikaji dan
sebagainya. Semua ilmu syariah adalah sahih.
ii. Ilmu Ghair Syariah
- Ilmu ini adalah ilmu keduniaan dan dibahagikan kepada 3 hukum :

 Terpuji ( mahmudah ) seperti perubatan, ekonomi dan seumpamanya.


 Dikeji ( mazmumah ) seperti ilmu sihir, tangkal, nujum, ramalan dan
seumpamanya.
 Harus ( mubah ) seperti ilmu kesusasteraan, sejarah dan sebagainya.

Ibnu Khaldun membahagikan ilmu kepada dua bahagian iaitu

i. Ilmu Naqliah ( al-Quran dan al-Sunnah )


ii. Ilmu Aqliah.

Ilmu Naqliah terbahagi kepada dua kategori :

 Ilmu bersumberkan syariat ( wahyu ) seperti al-Quran dan al-Sunnah


 Ilmu bukan bersumberkan wahyu seperti Ulumul Hadis, Ilmu Usul Fiqh, Ilmu Fiqh,
Ilmu Kalam dan Ilmu Tasawuf.

Ilmu Aqliah pula adalah hasil daripada akal dan pemikiran manusia yang berhubung rapat
dengan kemajuan dan peradaban manusia.

Ilmu Aqliah terbahagi kepada empat kategori :

 Ilmu Logik ( Mantiq )


 Ilmu Fizik
 Ilmu Metafizik ( Perkara Ghaib )
 Ilmu Pembelajaran

b. Tujuan Utama Ilmu

i. Mengenal Pencipta

ُ‫ٌ َُ انَّزِي بَ َعثَ فًِ انْؤُمٍٍِِّّهَ سَصُُالً مِّىٍُْمْ ٌَخْهُُ عَهٍٍَِْمْ آٌَاحًِِ ٌََُزَكٍٍِِّمْ ٌََُعَهِّمٍُُم‬
ٍ‫انْكِخَابَ ََانْحِكْمَتَ ََإِن كَاوُُا مِه قَبْمُ نَفًِ ضَهَالٍ مُّبٍِه‬

Maksudnya : ”Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di
antara mereka, yang membacakan ayat-ayatNya kepada mereka, menyucikan mereka
dan mengajarkan mereka Kitab dan hikmah (Al Sunnah). dan Sesungguhnya mereka
sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata”.
( Surah al-Jumuah : 2 )
Tujuan utama ilmu ialah untuk mengenal Allah s.w.t.
 Manusia dibekalkan dengan akal yang mempunyai keupayaan yang amat dahsyat.
 Untuk mengenal Allah s.w.t tidaklah perlu untuk menggunakan akal yang tinggi.
 Akal sentiasa menghubungkan segala pengetahuannya dengan kebesaran dan
keagungan Allah s.w.t.
 Kewajipan manusia untuk mengenal Allah s.w.t melalui ilmu yang benar dengan
menggunakan akal dan pancaindera yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.

ii. Menghubungkan Ilmu Dengan Allah s.w.t

 Menghubungkan kembali ilmu itu dengan penciptaNya kerana ilmu datang dari Allah
s.w.t.
 Allah s.w.t bersifat dengan maha mengetahui, tiada suatupun yang terlindung
daripada pengetahuanNya.
 Manusia tidak boleh lupa bahawa Allah s.w.t. yang menciptakan manusia dan
mengajar kepada manusia yang pertama iaitu Nabi Adam a.s beberapa ilmu.
 Kita wajib menghubungkan ilmu dengan Allah s.w.t (Yang bersifat ‟Aliman) agar
tidak tersesat jalan.

iii. Mencapai Kebenaran

 Mencari ilmu adalah untuk sampai kepada kebenaran (al-Haqq) dan keyakinan (al-
Yaqin).
 Melalui ilmu segala kepalsuan dan kebatilan dapat dihapuskan.
 Ilmu mampu mengeluarkan seseorang daripada keraguan kepada keyakinan.
 Kebenaran yang mutlak dan pasti adalah daripada Allah s.w.t.

iv. Berilmu dan Beramal

 Berilmu sahaja tidak memadai kerana tuntutan ke atas ilmu ialah melaksanakan
kefahaman dan roh itu sendiri.
 Orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya merupakan suatu kekejian.
 Orang yang berilmu tetapi tidak beramal mendapat celaan dan ancaman dari Allah
s.w.t.

v. Membentuk Kerohanian

 Al-Quran seringkali menjelaskan bahawa ilmu dapat membentuk kerohanian


seseorang yang akan menyebabkan rasa takut kepada Allah s.w.t.
 Ilmu yang mengabaikan nilai-nilai kerohanian akan tempang kerana manusia bukan
terbina daripada unsur jasmani semata-mata bahkan dilengkapkan dengan unsur
rohani.
 Kebahagiaan hidup selalunya dirujuk kepada kebahagian rohani iaitu ketenangan
jiwa.
Kepentingan Ilmu Pengetahuan

 Individu

i. Mempunyai akhlak yang baik.


ii. Dipandang mulia dan menjadi sumber rujukan.
iii. Disayangi Allah dan rasul.
iv. Membentuk individu yang berkeperibadian mulia .

 Masyarakat

i. Memupuk perpaduan di kalangan masyarakat.


ii. Membentuk masyarakat yang harmoni dan aman sentosa.
iii. Melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif.
iv. Melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berilmu.

 Negara

i. Membentuk sebuah negara yang setanding di mata dunia.


ii. Dihormati oleh negara luar dan dipandang mulia.
iii. Memenuhi wawasan negara untuk melahirkan individu yang berjaya.
iv. Pembangunan dan kemajuan dapat dijalankan dengan sempurna.

Sifat Ilmu

i. Rabbaniyyah (Ketuhanan)

 Ilmu dalam Islam bersumberkan dari Allah s.w.t.


 Ia bersifat Rabbaniyyah atau ketuhanan.
 Al-Quran dan al-Sunnah menjadi sumber ilmu yang utama.
 Rabbani juga meliputi dari segi penggunaan ilmu itu sendiri.
 Ilmu digunakan untuk kebaikan manusia dan alam seluruhnya.
 Apabila ilmu tidak dikaitkan dengan Allah s.w.t, manusia akan menjadi takbur dengan
kelebihan yang ada padanya.
 Matlamat ilmu adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.

ii. Terbuka

 Sumber untuk memperolehi ilmu adalah sentiasa terbuka dan tidak terbatas kepada al-
Quran dan al-Sunnah sahaja.
 Islam memberikan kebebasan kepada manusia untuk mengambil ilmu dari sumber
yang benar sama ada melalui kajian, pemerhatian dan seumpamanya.
 Walau bagaimanapun, hasil atau dapatan dari sumber yang bertentangan dengan
kenyataan al-Quran dan al-Sunnah adalah ditolak.
 Sumber ilmu tidak semestinya daripada orang Islam sahaja bahkan Islam
menggalakkan umatnya untuk mengambil ilmu dari siapa sahaja asalkan tidak
bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.

iii. Syumul (Menyeluruh)

 Islam menerima dan mengiktiraf semua ilmu yang bermanfaat.


 Ilmu bersifat syumul atau menyeluruh.
 Islam mengutamakan ilmu agama tanpa mengabaikan ilmu keduniaan .
 Islam amat menekankan ilmu fardu kifayah disamping ilmu fardu ain.
 Tanpa ilmu fardu kifayah , ilmu fardu ain tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

c. Adab-Adab Menuntut Ilmu

i. Berniat Ikhlas

 Setiap muslim wajib mengikhlaskan niat menuntut ilmu kerana Allah.


 Rasulullah s.a.w pernah memberi amaran bahawa Allah akan menyediakan tempat di
dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata
tanpa memikirkan maslahat Islam dan umatnya.
 Orang yang benar-benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki
sifat-sifat terpuji.

 Firman Allah s.w.t :

‫ََاعْهَمُُاْ أَنَّ انهًَّ ٌَعْهَمُ مَا فًِ أَوفُضِكُمْ فَاحْزَسَُيُ ََاعْهَمُُاْ أَنَّ انهًَّ غَفُُسٌ حَهٍِ ٌم‬

(Surah al Baqarah : 235)

Maksudnya : “Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam
hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.”

 Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang
yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang
beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.

ii. Tekun Berusaha Dan Tawakkal

 Sentiasa bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu tanpa mengira keadaan dan


masa.
 Menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan bahan-bahan ilmiah.
 Mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu dan bukan
sebaliknya.
 Mencontohi ulama‟-ulama‟ silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah.
 Sentiasalah bertawakkal kepada Allah s.w.t dalam menuntut ilmu.
 Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin,
tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah s.w.t
sepenuh hati.
 Tekun berusaha mencari majlis ilmu.

‫ إرا‬: ‫ قال سصُل اهلل صهى اهلل عهًٍ َصهم‬: ‫عه ابه عباس سضً اهلل عىٍما قال‬
‫ مجانش‬: ‫ ٌا سصُل اهلل َما سٌاض انجىت ؟ قال‬: ‫ قانُا‬.‫مشسحم بشٌاض انجىت فاسحعُا‬
.‫انعهم‬
Maksudnya : Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. , katanya : Rasulullah s.a.w.
bersabda : “ Jika kamu melalui taman syurga , maka berhentilah kamu ”. Para
sahabat bertanya : “ Ya Rasulullah , apakah taman syurga itu ? Beliau menjawab:
“Majlis-majlis Ilmu”.

(Hadith riwayat Al- Tabrani )

iii. Menjauhi Maksiat

 Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma‟ruf dan nahi mungkar dalam diri dan
suasana sekeliling.
 Ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita
sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa.
 Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan
menutup segala jalan menuju ke arahnya.
 Jangan terlalu mengambil mudah terhadap perkara maksiat yang boleh
menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar.

iv. Menjauhi Pertengkaran Dan Perbantahan

 Perkara ini perlu dijauhkan kerana ia tidak mendatangkan kebaikan.


 Amalan ini juga menjadikan hati keras, mewariskan kedengkian dan menyebabkan
kemarahan.
 Pendapat boleh dikemukakan dengan cara berhikmah dan soal diterima orang atau
sebaliknya adalah perkara lain.
 Firman Allah s.w.t :

‫ضهُ إِنَّا انَّزٌِهَ ظَهَمُُا مِىٍُْمْ ََقُُنُُا آمَىَّا‬


َ ْ‫ََنَا حُجَادِنُُا أٌَْمَ انْكِخَابِ إِنَّا بِانَّخًِ ًٌَِ أَح‬
َ‫حهُ نًَُ مُضْهِمُُن‬
ْ َ‫بِانَّزِي أُوزِلَ إِنٍَْىَا ََأُوزِلَ إِنٍَْكُمْ ََإِنٍَُىَا ََإِنٍَُكُمْ ََاحِذٌ ََو‬

Maksudnya : ”Janganlah kamu membantah Ahli Kitab itu melainkan dengan cara
yang paling baik”.

(Surah al-Ankabut : 46)


v. Memilih Teman Yang Soleh

 Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan.


 Hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam menuntut ilmu.
 Luqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang
alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah s.w.t menurunkan
keberkatan kita turut sama memperolehinya.
 Orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila
berlakunya kesilapan dan kesalahan.
 Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh
Imam Tarmizi dan Abu Daud : ”Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya.
Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.”

vi. Memperbanyakkan Zikrullah

 Sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas
solat walaupun ringkas kerana ulama‟ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini
kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan
perasaan ingin memuhasabahkan diri dengan amalan seharian.
 Tanpa wirid yang ma‟thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak
berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan
yang telah diperintahkan oleh Rabbul „Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-
lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah
mengabaikan solat.
 Bacalah al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan
penawar segala penyakit.
 Mengamalkan perkara sunnah dalam setiap gerak kerja kita seharian akan sentiasa
diberkati dan diredhai oleh Allah s.w.t dan makhlukNya.

vii. Menjaga Kehormatan

 Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain.
 Menutup segala keaiban diri dan orang lain akan membawa kepada keredhaan Allah
s.w.t.
 Seseorang yang dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah s.w.t. sahaja yang
mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian.
 Mereka yang jauh daripada rahmat Allah s.w.t., akan dipenuhi dengan perkara yang
kurang baik dan derita.

viii. Doa Dan Keredhaan Ibubapa

 Sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam
perkara yang tidak menyalahi syariat Islam.
 Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya
serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat.
 Sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita.
 Rasulullah s.a.w :
‫رضا الرب يف رضا الوالدين و سخطه يف سخطهما‬

Maksudnya : ”Keredhaan Allah s.w.t. bergantung kepada keredhaan ibubapa dan


kemurkaan-Nya bergantung kepada kemurkaan mereka ”

( Hadith riwayat Al Tarmizi )

ix. Menghormati Guru

 Wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak
menyalahi kehendak Islam.
 Patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza.
 Merendah diri terhadap guru walaupun lebih muda dari segi umur.
 Sentiasa memuliakan dan menghormati orang yang berilmu.
 Tidak meninggalkan majlis ilmu sebelum mendapat kebenaran dari guru.
 Beradab dari segi cara duduk atau cara bercakap dalam majlis ilmu.

x. Beramal Dengan Segala Ilmu Yang Diperolehi

 Hendaklah mengamalkan segala ilmu yang dipelajari sebaik mungkin.


 Sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan
ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah
berhala.
 Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah
maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh
Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan
penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat.
 Jangan jadikan ia sebagai wasilah untuk mengejar kekayaan dunia semata-semata.

d. NILAI ILMU

 Persoalan aksiologi (teori nilai) yang besar ialah menentukan sesuatu nilai pada ilmu.
 Pengaruh tamadun dan semasa ( zaman )yang menentukan nilai sesuatu ilmu.
 Dalam Islam, keutamaan ilmu adalah pada Ilmu Fardu Ain yang berhubung dengan
pengetahuan agama yang asas seperti akidah, syariah dan akhlak.
 Selepas ilmu Fardu Ain diikuti oleh ilmu Fardu Kifayah atau ilmu keduniaan yang
menyokong kepada pelaksanaan ilmu fardu ain.
Kedudukan Orang Berilmu

Kedudukan orang yang berilmu dilihat dalam dua aspek :

i. Orang berilmu yang terpuji.


ii. Orang berilmu yang dikeji.

Orang berilmu yang terpuji :

 Ilmuan yang terpuji adalah orang yang berfungsi atau menunaikan tanggungjawab
terhadap diri dan masyarakatnya.
 Mempunyai tanggungjawab moral yang menyentuh nilai-nilai dasar seperti
keikhlasan, kebenaran, kejujuran, amanah, kegigihan dan seumpamanya.
 Allah s.w.t mengangkat martabat orang yang berilmu. Sebagaimana firmanNya,

‫ٌَا أٌٍََُّا انَّزٌِهَ آمَىُُا إِرَا قٍِمَ نَكُمْ حَفَضَّحُُا فًِ انْمَجَانِشِ فَافْضَحُُا ٌَفْضَحِ انهًَُّ نَكُ ْم‬
َ‫ََإِرَا قٍِمَ اوشُزَُا فَاوشُزَُا ٌَ ْشفَعِ انهًَُّ انَّزٌِهَ آمَىُُا مِىكُمْ ََانَّزٌِهَ أَُحُُا انْعِهْم‬
ٌ‫دَسَجَاثٍ ََانهًَُّ بِمَا حَعْمَهُُنَ خَبٍِش‬

(Surah al-Mujadalah : 11)

Maksudnya : ”Wahai orang-orang yang beriman, Apabila diminta kepada kamu


memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah
seboleh-bolehnya, supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan
apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat
orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu
pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah
Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan".

Orang berilmu yang dikeji :

 Ilmu tidak semestinya membentuk peribadi ilmuan tersebut tetapi ilmuan tersebut
hendaklah berkelakuan selari dengan ilmunya.
 Orang berilmu yang dikeji apabila amalannya tidak selari dengan ilmunya.
 Orang berilmu juga dikeji apabila ia lari daripada tanggungjawab sosial dan agama.
 Dalam tradisi keilmuan Islam, golongan ilmuan yang tidak bertanggungjawab
terhadap ilmunya dan tidak berfungsi dengan sepatutnya dikenali sebagai ulama al-
Su‟ atau ulama jahat.
 Antara ciri-ciri ulama al-Su‟ ialah :

i. Mementingkan dunia.
ii. Tidak mengamalkan ilmunya.
iii. Menyembunyikan ilmunya.
iv. Bersifat riya‟dengan ilmunya.
e. Cabaran dalam menuntut ilmu

1. Niat yang rosak bukan kerana Allah


2. Ingin terkenal
3. Malas menghadiri majlis ilmu
4. Mensia-siakan kesempatan belajar pada waktu lapang dan beralasan dengan
kesibukan
5. Bosan dalam menuntut ilmu
6. Merasakan dirinya hebat
7. Tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari
8. Berputus asa dan rendah diri
9. Bertangguh
10. Belajar dengan ahlul bid‟ah
11. Tergesa-gesa untuk menguasai sesuatu ilmu
12. Tidak berpersatuan

f. Akibat tidak menuntut ilmu

Orang yang tidak menuntut ilmu akan menjadi orang yang jahil.

1. Orang jahil tidak dapat mengenal Allah SWT dengan sebenar- benarnya juga tidak
dapat mentauhidkan-Nya secara rububiyah, uluhiyah dan sifat-sifat-Nya.. Malah
dia tidak mengetahui segala suruhan dan larangan Allah.
2. Orang jahil tidak dapat membezakan antara yang benar dan yang salah, antara hak
dan batil sehinggakan mereka bertindak menurut akal dan hawa nafsu semata-
mata.
3. Amal ibadahnya boleh menjadi tidak sah kerana dia tidak mengetahui syarat dan
rukun sesuatu ibadat
4. Orang jahil mudah terlibat dengan amalan-amalan bid‟ah dan khurafat yang
mendedahkannya kepada perbuatan syirik kerana dia tidak mengetahui ajaran
Islam yang sebenar
5. Orang jahil tidak mengetahui tujuan hidupnya di dunia ini. Sehinggakan dia sibuk
mengejar kehidupan dunia dan mengabaikan akhirat yang kekal abadi hanya
kerana kejahilannya terhadap hari akhirat.
5. Kehidupannya terumbang ambing dan tidak menentu. Peluang untuk mendapat
pekerjaan menjadi tipis. Sehingga dia terjebak dalam kancah kemiskinan, sukar
menyara kehidupan dirinya dan keluarganya.
6. Peningkatan masalah sosial dalam kalangan masyarakat akibat jahil dalam agama.
7. Daya saing tenaga kerja menjadi rendah. Peluang untuk menjawat jawatan yang
lebih baik tidak mampu menjadi kenyataan. Dia hanya dapat bekerja di peringkat
bawahan.
5. Dipandang rendah oleh masyarakat
– masyarakat tidak dapat menaruh harapan yang tinggi untuk membantu mereka
– menganggap kehadiran mereka tidak penting.
1.2 SUMBER ILMU

Terbahagi kepada tiga sumber iaitu :

 Wahyu
 Akal
 Indera

KONSEP WAHYU : ( al-Quran dan al-Sunnah )

Wahyu ialah pemberitahuan Allah s.w.t kepada para rasul-Nya tentang segala
petunjuk dan pengetahuan yang dikehendakiNya secara luar biasa.

i. Al-Quran

 Al-Quran adalah kalam Allah s.w.t. yang bermukjizat, diwahyukan kepada Nabi
Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril a.s, dalam Bahasa Arab, diriwayatkan
secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah.
 Selain merupakan kitab petunjuk, al-Quran juga adalah kitab yang mengandungi
konsep-konsep asas ilmu seperti proses kejadian manusia.
 Perincian ilmu secara teknikalnya ditinggalkan oleh Allah s.w.t kepada manusia
untuk memikirkannya dengan menggunakan kekuatan akal.

Kelebihan Al-Quran

 Jaminan kekal dan terpeliharanya al-Quran


 Firman Allah s.w.t :

َ‫إِوَّا وَحْهُ وَزَّنْىَا انزِّكْشَ ََإِوَّا نًَُ نَحَافِظُُن‬


Maksudnya : “Sesungguhnya Kamilah (Allah) yang menurunkan al-Zikr
( al-Quran ) dan sesungguhnya Kamilah yang memeliharanya”.
(Surah al Hijr : 9 )

 Allah s.w.t. dan Rasul memuji orang yang belajar dan mengajar al-Quran.
 Membaca al-Quran adalah ibadah.
 Al-Quran merupakan sumber utama dalam pelbagai bidang ilmu kerana kesahihannya
contohnya Ilmu Sains ( proses kejadian manusia, kejadian siang dan malam )
 Sabda Rasulullah s.a.w :

ِ‫تَرَكِتُ فِيكُمِ أَمِرَيِنِ لَنِ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكِتُمِ بِهِمَا كِتَابَ اللَِّه وَسُنَّةَ نَبِيِّه‬
Maksudnya : “ Aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara, kamu tidak akan
sesat selama mana kamu berpegangdengan kedua-duanya iaitu kitabullah (al Quran )
dan sunnah nabiNya”.
(Hadith riwayat Malek)

ii. Al-Sunnah

 Al-Sunnah merupakan sumber kedua dalam perundangan Islam selepas al-Quran.


 Al-Sunnah ialah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sama ada
perkataan, perbuatan,sifat dan pengakuan nya.
 Al-Sunnah juga banyak memperkatakan seluruh bidang termasuk kesihatan,
kemasyarakatan, akhlak dan lain-lain.
 Firman Allah s.w.t. :

ُ‫ََمَا آحَاكُمُ انشَّصُُلُ فَخُزَُيُ ََمَا وٍََاكُمْ عَىًُْ فَاوخٍَُُا ََاحَّقُُا انهًََّ إِنَّ انهًََّ شَذٌِذ‬
ِ‫انْعِقَاب‬

Maksudnya : “ Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka
terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka
patuhilah larangannya….”

(Surah al Hasyr : 7)

KONSEP AKAL

 Menurut pandangan Islam akal adalah sumber ilmu yang memiliki kemampuan
terbatas.
 Antara kelebihan akal ialah melihat dan menilai kebesaran Allah s.w.t.. Namun
demikian akal adalah terbatas dan tidak bersifat mutlak.

 Firman Allah s.w.t :

# ِ‫ألسْضِ ََاخْ ِخالَفِ انهٍَّْمِ ََانىٍََّاسِ ٌََاثٍ نِّؤَُْنًِ األنْبَاب‬ َ ‫إِنَّ فًِ خَهْقِ انضَّمَاََاثِ ََا‬
ِ‫َكشَُنَ فًِ خَهْقِ انضَّمَاََاث‬ َّ ‫انَّزٌِهَ ٌَزْ ُكشَُنَ انهًَّ قٍَِاماً ََقُعُُداً ََعََهىَ جُىُُبِ ٍِمْ ٌَََخَف‬
ِ‫طالً صُبْحَا َوكَ َفقِىَا عَزَابَ انىَّاس‬
ِ ‫ألسْضِ سَبَّىَا مَا خََه ْقجَ ٌَزا بَا‬
َ ‫ََا‬

Maksudnya : ”Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih


bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,
191(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam
keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi
(seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia,
Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari siksa neraka”.

( Surah Ali Imran : 190 dan 191)

 Golongan rasionalisme mengatakan bahawa hanya melalui sumber akal sahajalah


manusia dapat memperolehi pengetahuan bahkan pengetahuan akal yang paling benar
dan sahih.

KONSEP INDERA

 Indera ialah pengalaman pancaindera atau deria.


 Pengetahuan melalui pancaindera dikenali sebagai pengetahuan aposteriori kerana ia
datang selepas melalui pengalaman terlebih dahulu.
 Pengetahuan pancaindera ialah semua pengetahuan yang diperolehi manusia melalui
kelima-lima pancainderanya iaitu mata, hidung, rasa ( kulit ), telinga dan lidah.
 Menurut Imam Al-Ghazali ilmu melalui indera ialah usaha untuk mendapatkan
gambaran atau memerhati hakikat sesuatu benda.
 Indera terbahagi kepada dua iaitu Indera Lahiriyah dan Indera Batiniyah.
 Indera lahiriyah akan menyerap sifat lahiriyah objek tertentu kemudian akan
meransang daya rasional pula.
 Indera batin menghuraikan makna-makna di dalam objek itu.

c. Hiraki Ilmu

 Dalam menentukan hiraki ilmu, terdapat perbezaan ketara antara Islam dan Barat.
 Perbezaan ini disebabkan berbeza dari segi penekanan dan susunannya.
 Barat meletakkan sumber dari akal dan pengalaman indera pada tahap teratas, lebih
tinggi dari sumber wahyu.
 Ini kerana falsafah kebendaan mereka yang hanya menerima ilmu dari sumber
empirik sahaja iaitu indera dan akal.
 Islam meletakkan sumber wahyu sebagai hiraki yang paling atas atau utama.
 Menurut Islam secara tertibnya hierarki ilmu dapat disusun seperti berikut :

i. Ilmu wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah


ii. Ilmu indera
iii. Ilmu akal
KESIMPULAN

Ilmu adalah suatu anugerah Allah s.w.t. yang agung kepada manusia sejak Nabi
Adam a.s lagi. Dengan ilmu manusia bukan sahaja mampu untuk memahami sesuatu yang
tidak mereka fahami sebelumnya bahkan mereka tahu menggunakan sesuatu yang
dianugerahkan kepada mereka. Dengan ilmu pengetahuan juga manusia dapat mengenali
Allah s.w.t. yang mencipta seluruh makhluk di muka bumi ini. Ilmu adalah bersepadu , tidak
terpisah dari agama , nilai moral dan akhlak. Pemisahan akan menyebabkan ilmu hilang
manfaatnya dan membawa kesengsaraan kepada manusia. Oleh itu, antara agenda besar umat
Islam kini ialah pengislaman ilmu iaitu mengembalikan ilmu itu kepada Penciptanya.
Sesungguhnya dari Allah s.w.t. ilmu itu datang dan menjadi kewajipan kita untuk
menghubungkan kembali ilmu itu kepada Penciptanya

RUJUKAN .

1. Al-Quran
2. Tafsir al Quran Pimpinan Rahman
3.. Abdullah Al-Qari Bin Hj Salleh, 1978, Dasar-dasar Pendidikan Islam.
4. Dr. Asma Hasan Fahmi, 1979, Sejarah Filsafah Pendidikan..
5. Dr. Haron Din, 1985, Manusia dan Islam.
6. Imam Al-Ghazali, Terjemahan Syed Muhamad Dawilah Syed Abdullah.
Ihya ulumuddian.
7. Ramli Bin Awang,Esa Bin Khalid, Md Abbas Bin Abd Latiff, Ahmad Kilani Bin
Mohamed, Mahusssain Bin Mohd Zin, 1996, Konsep Ilmu dan Kosmologi.

Anda mungkin juga menyukai