Anda di halaman 1dari 18

PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN

(CTU 152)

GROUP ASSIGNMENT:
KONSEP ILMU & PENDIDIKAN

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK

ALEEYA SAFIYA BINTI SUHAZLAN


2020484506
DEWI BALQIS BINTI JAMALLUDIN
2020654176
MOHAMMAD EZUDDIN HAKIM BIN MD. 2020699028
AIIZAIUDDIN

DISEDIAKAN UNTUK:
SIR AHMAD ZAHIR SYAHMI
1.0 PENGENALAN

Kedatangan Islam membawa gesaan menuntut, menyebar dan memuliakan ilmu. Wahyu yang
pertama iaitu ayat 1-5 surah al-Alaq dengan jelas mewajibkan pencarian ilmu.
‫سانَ َما لَ ْم يَ ْعلَ ۗ ْم‬ ْ ‫ق | اِ ْق َر ْأ َو َربُّ َك ااْل َ ْك َر ۙ ُم | الَّ ِذ‬
َ ‫ي َعلَّ َم ِبا ْلقَلَ ۙ ِم | َعلَّ َم ااْل ِ ْن‬ ٍ ۚ َ‫سانَ ِمنْ َعل‬
َ ‫ق ااْل ِ ْن‬ َ ۚ َ‫ي َخل‬
َ َ‫ق | َخل‬ ْ ‫اِ ْق َر ْأ بِا‬
ْ ‫س ِم َربِّكَ الَّ ِذ‬
Maksudnya: “bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; bacalah dan Tuhanmu Yang Maha
Pemurah, Yaang mengajar manusia melalui pena dna tulisan, dia mengajarkan manusia apa
yang tidak diketahuinya”.

Oleh itu, agama Islam ini dapatlah dikatakan sebagai tertegak atas dasar ilmu atau
pengetahuan. Tanpa ilmu dan pengetahuan kita tidak akan dapat mengenal Khaliq dan seterusnya
tidak dapat berbakti kepadaNya. Perkataan “ilmu” disebut kira-kira 750 kali dalam al-Quran
melalui pelbagai bentuk (Muhammad Dawilah, 1993:9). Orang yang berilmu diberikan pujian
dan dipandang mulia di sisi Islam. Hal ini dapat kita lihat melalui banyak ayat al-Quran
antaranya,

Firman Allah SWT:


َ ‫أَ َّمنْ ه َُو قَانِتٌ آنَاء اللَّ ْي ِل‬
ْ َ‫سا ِجداً َوقَائِما ً يَ ْح َذ ُر اآْل ِخ َرةَ َويَ ْر ُجو َر ْح َمةَ َربِّ ِه قُ ْل َه ْل ي‬
‫ستَ ِوي الَّ ِذينَ يَ ْعلَ ُمونَ َوالَّ ِذينَ اَل َي ْعلَ ُمونَ إِنَّ َما‬
َ ُ
ِ ‫يَتَ َذ َّك ُر أ ْولُوا اأْل ْلبَا‬
‫ب‬
Maksudnya: “(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada
waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan
rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang
mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang
dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”
)Surah al-Zumar: 9(
Firman Allah SWT:

ِ ‫ُّيؤْ تِى ا ْل ِح ْك َمةَ َمنْ يَّش َۤا ُء ۚ َو َمنْ يُّؤْ تَ ا ْل ِح ْك َمةَ فَقَ ْد اُ ْوتِ َي َخ ْي ًرا َكثِ ْي ًرا ۗ َو َما يَ َّذ َّك ُر آِاَّل اُولُوا ااْل َ ْلبَا‬
‫ب‬
Maksudnya: “Allah memberikan hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barangsiapa diberi
hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat
mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal sehat.”
)Surah al-Baqarah: 269(
FirmanNya lagi.
‫س َوال َّد َو ۤا ِّب َوااْل َ ْن َع ِام ُم ْختَلِفٌ اَ ْل َوانُ ٗه َك ٰذلِ ۗ َك اِنَّ َما يَ ْخشَى هّٰللا َ ِمنْ ِعبَا ِد ِه ا ْل ُعلَمٰۤ ؤ ُۗا اِنَّ هّٰللا َ َع ِز ْي ٌز َغفُ ْو ٌر‬
ِ ‫َو ِمنَ النَّا‬
Maksudnya: “Dan demikian (pula) di antara manusia, makhluk bergerak yang bernyawa dan
hewan-hewan ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Di antara hamba-
hamba Allah yang takut kepada-Nya, hanyalah orang yang berilmu. Sungguh, Allah Maha
Perkasa, Maha Pengampun.”
)Surah al-Fatir: 28(

Perkataan ilmu dari segi bahasa adalah berasal dari perkataan arab seperti, alima (‫ )علم‬,
ya’lamu (‫)يعلم‬, ‘ilman(‫ )علما‬atau ‘alimun(‫ )عالم‬yang bermaksud mengetahui atau perbuatan yang
bertujuan untuk mengetahui sesuatu dengan sebenarnya. Manakala dari segi istilah pula ilmu
memberi erti tentang segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah
SWT yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang
memiliki aspek lahiriah dan batin. Secara umumnya, ilmu didefinasikan sebagai pengetahuan
dan kepandaian mengenai sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan
metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan yang berkait dengan bidang ilmu
tersebut.

Ilmu terbahagi kepada dua perspektif iaitu perspektif barat dan islam. Dari perspektif
barat ilmu adalah pengetahuan yang dapat diperolehi melalui pengalaman, perolehan maklumat
secara dapatan empirik dan bagaimana manusia memikirkan tentang sesuatu melalui kaedah
tertentu. Barat hanya menerima ilmu melalui perkara yang dapat diukur, dibuktikan dalam
makmal sahaja. Mereka menolak perkara - perkara ghaib seperti akhirat, syurga, neraka, dan
seumpamanya kerana perkara tersebut tidak dapat dibuktikan secara empirik dan saintifik.
Manakala dari perspektif islam pula ilmu adalah suatu himpunan pengetahuan manusia hasil
usaha pemahaman manusia yang lengkap merangkumi semua aspek, struktur, sistem, hukum-
hukum yang berkaitan dengan sesuatu yang dikaji dan diselidiki sehingga dapat memberi
keyakinan di hati untuk mengamalkannya dengan benar dan ilmu tidak hanya terbatas pada
dapatan empirik sahaja.

Pendidikan (Tulisan Jawi: ‫ديقن‬HH‫ )ڤندي‬merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran


kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian
pengetahuan, pertimbangan, kemahiran dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan
adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi. Pendidikan sering berlaku di bawah
bimbingan pendidik, tetapi pelajar juga dapat mendidik diri mereka sendiri. Pendidikan boleh
berlaku dalam situasi formal atau tidak formal dan setiap pengalaman yang mempunyai kesan
formatif terhadap cara seseorang berfikir, merasakan, atau bertindak dapat dianggap sebagai
pendidikan. Metodologi pengajaran dipanggil pedagogi.
2.0 SUMBER-SUMBER ILMU DALAM ISLAM

Terdapat tiga sumber ilmu dalam Islam iaitu wahyu, akal dan pancaindera. Sumber ilmu yang
lain boleh diterima jika tidak bertentangan dengan sumber pertama iaitu al-Quran dan as-Sunnah
yang sahih.

2.1 WAHYU
Wahyu ialah pemberitahuan Allah SWT kepada para rasul-Nya tentang segala petunjuk dan
pengetahuan yang dikehendaki-Nya secara luar biasa. Wahyu merupakan sumber rujukan ilmu
yang terutama dan tertinggi. Wahyu Allah SWT bersifat benar dan mutlak. Wahyu Allah SWT
meliputi semua bidang ilmu pengetahuan antaranya ilmu ibadah, ilmu aqidah, ilmu muamalat,
ilmu ekonomi, ilmu akhlak dan lain-lain. Wahyu Allah SWT sesuai digunakan dan diikuti pada
semua keadaan tempat dan masa. Sumber ilmu yang lain boleh diterima jika tidak bertentangan
dengan sumber pertama iaitu al-Quran dan as-Sunah yang sahih.

i. AL-QURAN
Al-Quran adalah kalam Allah SWT yang bermukjizat, diwahyukan kepada Nabi
Muhammad S.A.W. secara beransur-ansur melalui Malaikat Jibril A.S dalam bahasa
Arab. Al-Quran diriwayatkan kepada manusia secara mutawatir dan membacanya juga
adalah satu ibadah. Al-Quran diturunkan untuk membimbing manusia dari kejahilan
kepada kebenaran. Selain merupakan kitab petunjuk, al-Quran juga adalah kitab yang
mengandungi konsep-konsep asas ilmu seperti proses penciptaan manusia. Perincian ilmu
secara teknikalnya ditinggalkan oleh Allah SWT kepada manusia untuk memikirkannya
dengan menggunakan kekuatan akal.

Kelebihan Al-Quran
Al-Quran tidak akan hilang dan berubah sehingga akhir zaman. Tidak seperti kitab-kitab
lain yang telah diubah oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Seperti kitab
Zabur, Taurat dan Injil yang diturunkan untuk Nabi-nabi terdahulu. Allah s.w.t. berfirman
di dalam Al-Quran dari surah Al-Hijr, ayat 9 yang bermaksud: “sesungguhnya Kamilah
yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. Selain itu,
membaca Al-Quran juga merupakan sebuah ibadah. Sesungguhnya orang yang belajar
dan mengajar Al-Quran adalah sebaik-baik amalan. Daripada Uthman Bin ‘Affan r.a.
telah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik manusia di antara kamu orang yang
mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”. (Hadith Uthman bin Affan
ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Fadhail Al-Quran, Bab
Khairukum Min Ta’alum Al-Quran Wa A’lamahu, No hadith 5028)
ii. AS-SUNNAH
As-sunnah merupakan sumber kedua dalam perundangan Islam selepas Al-Quran. As-
sunnah ialah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW sama ada
perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifatnya. Segala perbuatan yang baginda
laksanakan adalah untuk menerangkan maksud dan kehendak al-Quran. As-sunnah juga
banyak memperkatakan seluruh bidang termasuk kesihatan, kemasyarakatan, akhlak dan
lain-lain.

Firman Allah SWT:


‫يل َك ْى‬ ِ ِ ‫سب‬
َّ ‫ين َوا ْب ِن ال‬ ِ ‫ول َولِ ِذى ا ْلقُ ْر ٰبى َوا ْليَ ٰتمٰ ى َوا ْل َم ٰس ِك‬
ِ ‫س‬ُ ‫سولِ ِهۦ ِمنْ أَ ْه ِل ا ْلقُ ٰرى فَلِلَّ ِه َولِل َّر‬ ُ ‫َّمٓا أَفَٓا َء هَّللا ُ ع َٰلى َر‬
ۢ
ِ ‫ش ِدي ُد ا ْل ِعقَا‬
‫ب‬ ُ ‫اَل يَ ُكونَ دُولَةً بَيْنَ اأْل َ ْغنِيَٓا ِء ِم ْن ُك ْم ۚ َو َمٓا َءا ٰتى ُك ُم ال َّر‬
َ َ ‫سو ُل فَ ُخ ُذوهُ َو َما نَ ٰهى ُك ْم َع ْنهُ فَا ْنتَ ُهوا ۚ َواتَّقُوا هَّللا َ ۖ إِنَّ هَّللا‬
Maksudnya: “Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta
penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu
bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak
yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan
yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari
kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu
maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka
patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah
amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).”
)Surah al-Hasyr: 7(
2.2 AKAL
Akal merupakan salah satu anugerah Allah S.W.T. kepada manusia berbanding makhluk yang
lain. Akal yang sihat & aktif mudah menanggapi ilmu pengetahuan. Antara kelebihan akal ialah
melihat dan menilai kebesaran Allah SWT. Namun demikian akal adalah terbatas terutama untuk
menanggapi perkara ghaib seperti ketuhanan, kenabian, roh, akhirat dan hikmah. Akal juga tidak
bersifat mutlak.

Allah SWT berfirman:


ۡ‫ ٱلَّ ِذينَ يَ˜ ۡ˜ذ ُكرُونَ ٱهَّلل َ قِ ٰيَ ٗم˜ ا َوقُ ُع˜˜ودٗ ا َو َعلَ ٰى ُجنُ˜˜وبِ ِهم‬١٩٠ ‫ب‬ ِ َ‫ت أِّل ُ ْولِي ٱأۡل َ ۡل ٰب‬ ِ َ‫ض َو ۡٱختِ ٰل‬
ٖ َ‫ف ٱلَّ ۡي˜ ِل َوٱلنَّ َه˜˜ا ِر أَل ٓ ٰي‬ ِ ‫ت َوٱأۡل َ ۡر‬ ِ ‫س ٰ َم ٰ َو‬ ۡ
ِ ‫إِنَّ فِي َخل‬
َّ ‫ق ٱل‬
ُ ‫ض َربَّنَا َما َخلَ ۡقتَ ٰ َه َذا ٰبَ ِطاٗل‬
َ ‫س ۡب ٰ َحنَ َك فَقِنَا َع َذ‬ ِ ‫ت َوٱأۡل َ ۡر‬ ِ ‫س ٰ َم ٰ َو‬ ۡ
‫اب ٱلنَّا ِر‬ ِ ‫َويَتَفَ َّكرُونَ فِي َخل‬
َّ ‫ق ٱل‬
Maksudnya: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam
dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (yaitu) orang-orang yang
mengingat Allah ambal berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka
memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah
Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa
neraka”.
)Surah Ali Imran: 190 dan 191(
Dari sudut kebenaran, ilmu rasional amat berperanan dalam memberi keterangan tentang
kejadian alam fizikal. Islam menolak fahaman golongan rasionalisme kerana mereka mengatakan
bahawa hanya melalui sumber akal sahajalah manusia dapat memperolehi pengetahuan akal yang
paling benar dan sahih. Pengutusan rasul adalah untuk membimbing akal.

2.3 PANCAINDERA
Pengetahuan melalui pancaindera dikenali sebagai pengetahuan aposteriori kerana ia datang
selepas melalui pengalaman terlebih dahulu. Pengetahuan pancaindera ialah semua pengetahuan
yang diperolehi manusia melalui kelima-lima pancainderanya iaitu mata, hidung, rasa (kulit),
telinga dan lidah. Ilmu juga boleh diperolehi melalui pengamatan, pembacaan, penglihatan dan
pancaindera yang lain.

Menurut imam Al-Ghazali ilmu melalui pancaindera ialah usaha untuk mendapatkan
gambaran atau memerhati hakikat sesuatu benda. Maklumat yang terhasil menerusi pancaindera
merupakan sumber pertama dalam proses intelektual. Akal merumuskan dan membuat
kesimpulan berdasarkan penggunaan pancaindera. Islam menolak aliran emperisisme yang
radikal yang berpegang bahawa kebenaran adalah bersumberkan pancaindera semata-mata.
3.0 PEMBAHAGIAN ILMU DALAM ISLAM

Menurut Imam Al-Ghazali, beliau membahagikan ilmu kepada dua kategori besar iaitu Ilmu
Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah.

Ilmu Fardhu Ain berkait rapat dengan ajaran agama yang asas dan perlu bagi setiap hamba
Allah SWT. Ia juga merupakan ilmu yang berdasarkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Selain itu,
ilmu fardhu ain juga dikenali sebagai ilmu wahyu kerana ia merupakan ilmu yang wajib
dipelajari oleh setiap orang Islam. Antara contoh-contoh ilmu fardhu ain ialah Aqidah, Syariah
dan Akhlak. Ilmu Fardhu Kifayah pula berkaitan dengan urusan keduniaan yang perlu bagi umat
Islam. Ia merupakan ilmu yang diperolehi melalui akal manusia dan diperlukan untuk
kesempurnaan umat Islam. Kewajipan menuntut ilmu ini hanya terbatas ke atas segolongan
manusia sahaja. Contoh ilmu fardhu kifayah: Ilmu Kemasyarakatan, Ilmu Sains Tabii, Sains
Fizik, Sains Gunaan, Ekonomi, Pentadbiran dan lain-lain.

Dua pembahagian ilmu lain oleh Imam Al-Ghazali adalah Ilmu Syariah dan Ilmu Ghair
Syariah. Pertama sekali, Ilmu Syariah merupakan ilmu yang diperolehi daripada Nabi atau Rasul
bukan melalui akal, ujikaji dan sebagainya. Semua ilmu syariah tersebut adalah sahih manakala
Ilmu Ghair Syariah merupakan ilmu keduniaan dan terbahagi kepada 3 hukum iaitu terpuji
(mahmudah), dikeji (mazmumah) dan harus (mubah). Contoh-contoh bagi tiga hukum di atas
adalah:
 Terpuji (mahmudah) – perubatan, ekonomi dan seumpamanya.
 Dikeji (mazmumah) – ilmu sihir, tangkal, nujum, ramalan dan seumpamanya.
 Harus (mubah) – ilmu kesusasteraan, sejarah dan sebagainya.

3.1 KONSEP SAINS SEBAGAI ILMU


Konsep sains sebagai ilmu telah dibahagikan kepada dua iaitu al-Quran sebagai ayat maqru’ah
dan alam sebagai ayat manzurah.
Maqru’ah bermaksud ayat-ayat al-Quran yang terdiri daripada 114 surah dengan ayatnya
yang berjumlah sebanyak 6236 yang ditanzilkan. Menurut ayat suci al-Quran, memahami alam
tabii tidak akan membuahkan sebarang hasil kecuali apabila ia membantu kita untuk memahami
segala kebijaksanaan-Nya dan mendekatkan lagi seluruh umat Islam kepada Allah SWT. Selain
itu, dengan memahami alam tabii dapat membantu manusia untuk mengenali pencipta seluruh
alam dan dapat memanfaatkan segala pemberian Allah SWT demi kebahagiaan dan kehidupan
yang lebih baik.
Firman Allah SWT:

Maksud: “Lalu Ia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa; dan Ia memberitahu kepada
tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. Dan Kami hiasi langit yang
dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang
serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Fussilat 41 :12)
Firman Allah SWT lagi:

Maksud: “Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-
pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu
sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
(Surah Nuh 71 :15)
Manzurah pula dimaksudkan dengan ayat-ayat atau segala tanda kewujudan Allah SWT
yang terdapat di dalam alam yang dapat dilihat dan dicerap dengan pancaindera. Alam semesta
merupakan kitab-Nya yang terbuka luas lagi bersifat wahyu yang perlu dikaji oleh setiap umat
Islam untuk memahami kebenaran tentang kekuasaan Allah SWT. Justeru, segala tanda
kekuasaan-Nya merupakan symbol-simbol petunjuk kepada mereka yang ingin berfikir, beriman
dan berilmu serta menggunakan anugerah akal yang diberikan kepada setiap manusia untuk
menyelidik alam. Kerana sifat symbol-simbol yang mempunyai nilai saintifik memudahkan
manusia memahaminya secara luas.

Allah SWT berfirman:

Maksud: Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari
kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu
adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz).
(Surah Al-Israa’ 17 :58)
Maksud: (Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta
orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah
menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha
berat seksaNya.
(Surah Al-Anfaal 8 :52)

3.2 PENGENALAN SAINTISME


Saintisme berasal dari perkataan inggeris iaitu ‘scientism’ bermaksud aliran pemikiran yang
mengagungkan sains moden yang mengutamakan kaedah empirikal dan ia juga memisahkan
sains moden daripada etika, menafikan peranan Allah SWT dari alam tabii dan menyahkan
elemen- elemen metafizik daripada alam dalam kajian mereka.
Sains menurut Islam adalah ilmu pengetahuan tertentu, yang lahir hasil dari gabungan
unsur fizik dan metafizik. Ia juga merupakan keharmonian antara falsafah dan sains yang pada
prinsipnya selaras dengan ajaran dan konsep dasar dalam Islam dan setiap tindakan manusia
terhadap alam, dilihat daripada perspektif yang menitikberatan kesan dan akibat terhadap alam.
Malahan, ilmu sains juga mempunyai hubungan yang kuat dengan kepercayaan beragama Islam
dan perlu dilaksanakan mengikut garis panduan moral dan etika yang betul.
Bagi peranan sains islam pula adalah seperti membantu manusia mengenali Allah sebagai
Pencipta dan memahami persoalan tauhid. Selain itu, ia menegakkan hakikat kebenaran,
membawa manusia bersifat tafakkur dan memenuhi keperluan material dan membantu
perlaksanaan syariah. Justeru, ia menghubungkan nilai etika sains berserta dengan agama, al-
Quran dan as-Sunnah. Malahan, saintisme memenuhi keperluan manusia kepada konsep
keindahan dan memudahkan kehidupan manusia.
3.3 KESAN SAINTISME
Kesan-kesan saintisme wujud dalam islam dan pendidikan. Dari segi islam, kesan saintisme
adalah kekeliruan ilmu, merosakkan akidah dan dekonstruksi ilmu. Ia suatu pembuktian hanya
berdasarkan pancaindera semata-mata dan menganggap subjek agama sebagai ilmu sampingan
maka jatuhlah hukum haram kepadanya. Mereka yang mengamalkan saintisme hanya
menggunakan sains sebagai satu ilmu yang sah dan benar berbanding ilmu agama sebenar.
Malah, mereka membuat falsafah untuk memecahkan perkara yang dianggap seabagai masalah
Tuhan dengan kaedah rasionalisme dan empirikisme dan ilmu dikaburkan maknanya dan
dianggap neutral. Dari segi pendidikan pula, ia merupakan penggubal sistem pendidikan lebih
mengutamakan disiplin sains tabii. Saintisme adalah kayu ukur kemajuan dan pembangunan
berasaskan acuan materialistik. Ia dijadikan sebagai sumber rujukan pengajaran yang lebih
kepada cara Barat dan kurang dan menekankan nilai akhlakiah. Orientasi pendidikan mereka
menerapkan ‘dualisme’ dan ukuran prestasi university mereka berasaskan pencapaian kuantitatif
iaitu ranking.

Tujuan utama ilmu ialah untuk mengenal Allah SWT untuk memanfaatkan keupayaan
akal yang amat dahsyat yang diberikan kepada golongan manusia. Untuk mengenal Allah SWT
tidak perlu menggunakan akal yang tinggi kerana akal sentiasa menghubungkan segala
pengetahuannya dengan kebesaran dan keagungan-Nya. Ia juga merupakan kewajipan manusia
untuk mengenal Allah SWT melalui ilmu-ilmu yang benar dengan menggunakan akal dan
pancaindera yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Selain itu, menghubungkan ilmu dengan Allah
SWT adalah salah satu tujuan utama ilmu. Menghubungkan kembali ilmu-ilmu itu dengan
Pencipta-Nya kerana ilmu tersebut datang dari-Nya. Dia juga bersifat Maha Mengetahui, tiada
suatu perkara pun yang terlindung daripada pengetahuan-Nya. Manusia juga tidak boleh lupa
bahawa Allah SWT yang menciptakan manusia dan mengajar kepada manusia pertama iaitu
Nabi Adam a.s beberapa ilmu. Walhal, sebagai manusia kita perlulah menghubungkan ilmu
dengan Allah SWT (yang bersifat ‘Aliman) agar tidak tersesat jalan.
4.0 PENDEKATAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

4.1 PENGENALAN TA’LIM


Ta’lim secara Bahasa berarti pengajaran, secara istilah pula bererti pengajaran yang bersifat
pemberian atau penyampaian perngertian, pengetahuan dan keterampilan. Ta’lim ia
menyampaikan ilmu agama melalui hadis hadis Nabi Muhammad S.A.W dimana bertujuan
untuk menghidupkan kembali roh-roh kita agar sentiasa mengingati Allah dan patuh kepadaNya.

Pendekatan atau Approach dalam Bahasa Inggeris iaitu “Came near”(menghampiri), “go
to”(jalan ke) dan “way path”(erti jalan). Dalam pengertian ia bermaksud bahawa approach ialah
cara menghampiri atau mendatangi sesuatu. H.M Habib Thaha mendefinisikan pendekatan
adalah salah satu cara pemprosesan subjek atau objek untuk mencapai tujuan. Pendekatan ini
juga bererti cara kita pandang terhadap sesuatu masalah. Pendekatan adalah apa yang hendak ia
kerjakan dan bagaimana ia akan kerjakan sesuatu.

Penggunaan istilah “pendekatan” memiliki erti yang berbeza-beza bergantung kepada apa
yang menjadi tema perencanaan kerja dan kajian permikiran yang akan dikembangkan. Dalam
konteks, approach dipahami sebagai cara atau strategi yang digunakan pendidik untuk membuat
pembelajar lebih berkesan dan effisien. Dengan begini, approach dapat menjadi langkah operasi
pembelajaran yang tertentu. Sedemikian rupa, untuk memecahkan masalah untuk mencapai
tujuan belajar yang tertentu. Pendidikan Islam dalam pandangan yang sebenarnya adalah satu
sistem Pendidikan yang memungkinkan seseorang dapat mengarahkan jalan kehidupannya
kepada sesuai dengan cita-citanya supaya mudah membentuk kehidupannya sesuai dengan ajaran
islam.

ٓ
َ ٰ ۡ‫ض ُهمۡ َعلَى ۡٱل َم ٰلَئِ َك ِة فَقَا َل أَ ۢنبِٔـُُٔ˜ونِي بِأ َ ۡس َمٓا ِء ٰ َٓهؤُٓاَل ِء إِن ُكنتُم‬
  َ‫ص ِدقِين‬ َ ‫َو َعلَّ َم َءا َد َم ٱأۡل َ ۡس َمٓا َء ُكلَّ َها ثُ َّم ع ََر‬
Dan Dia ajarkan kepada Adam nama-nama (benda) semuanya, kemudian Dia perlihatkan kepada
para malaikat, lalu berfirman, “Sebutkan kepada-Ku nama semua (benda) ini, jika kamu yang
benar!”
)surah al-baqarah ayat 31(
4.2 TARBIYAH
Tarbiyah berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud Pendidikan manakala orang yang
mendidik pula dinamakan sebagai murabbi. Tarbiyah merupakan satu proses mendidik seseorang
dengan ilmu dan pemikiran islam serta melaksanakannya dalam kehidupan seharian. Tarbiyah
bukan sekadar pada aspek teori atau pemikiran sahaja malah turut merangkumi aspek amali iaitu
mengamalkan islam secara sempurna. Menurut Ali Abd al-Halim Mahmud, Tarbiyah bererti
uslub yang terbaik di dalam proses berinteraksi dengan fitrah kemanusiaan dalam bentuk
pengucapan secara langsung mahupun tidak langsung agar masyrakat dapat megikuti
berdasarkan garis panduan yang tidak bertentangan dengan syariat Allah S.W.T unuk membawa
perubahan di dalam diri ke arah yang lebih baik.

Tarbiyah bertujuan mendidik masyarakat agar menjadikan islam sebagai cara hidup dan
pegangan mereka serta mengaplikasikannya dalam masyarakat sehingga terserlah sahsiah
Islamiyah dalam semua keadaan. Berdasarkan itu pengkaji mengklasifikasikan Tarbiyah kepada
dua bentuk ia matlamat umum dan khusus

4.3 MATLAMAT UMUM


Menurut Kamus Dewan, matlamat ialah sesuatu yang hendak dicapai iaitu hasik daripada proses
yang berlaku dalam Tarbiyah. Di antara matlamat Tarbiyah secara umum beribadah kepada
Allah berdasarkan syariat. Beribadah kepada Allah berpandukan syariat yang telah diturunkan
kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah matlamat umum Tarbiyah yang paling utama. Ia dapat
dihasilkan melalui gabungan beberapa elemen seperti Iman, Islam, Ihsan, Adil, Amar ma’ruf dan
nahi mungkar serta jihad fi sabilillah.

Hikmat kejadian manusia adalah sebagai khilafah Allah S.W.T di alam ini. Tugas ini
hanya dapat direalisasikan dengan memakmurkan bumi Allah S.W.T serta memanfaatkan apa
yang diberikanNya di dunia ini untuk kegunaan manusia. Allah telah memilih manusia sebagai
makhluk pilihan di alam ini. Sesuai dengan pengtaklifan sebagai khalifah, maka manusia turut
dibekalkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan, kepakaran dan kebolehan agar mereka mampu
melaksanakan tugas khalifah dan memakmurkan bumi dengan baik.

Tujuan Allah S.W.T menjadikan manusia secara berpuak-puak dan berqabilah adalah
supaya mereka saling berta’ruf dan kenal antara satu sama lain. Natijah daripada matlamat inilah
yang bolehkan agama Allah tersebar luas dan manusia menerima Islam sebagai jalan yang lurus
dan bersesuaian dengan fitrah mereka. Islam amat menitikberatkan persoalan hubungan sesame
manusia dan hidup bermasyarakat tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, budaya, adat dan
kedudukan. Ketinggian kedudukan seseorang itu bukan diukur dari aspek kedudukan, darjat dan
kuasa malah sebaliknya diukur dari aspek ketinggian ketaqwaannya kepada Allah S.W.T.
Menurut Islam, kepimpinan atau imamah wajib dibentuk bagi melaksanakan dua
tanggungjawab yang besar iaitu untuk memelihara agama dan menguruskan siyasah dunia.
Memelihara agama bermaksud menjaga, mengembang, mempetahankan dan melaksanakan
syariat agama dalam semua bidang kehidupan sama ada aspek peribadi keluarga, masyarakat dan
negara serta dunia. Manakalah siyasah dunia pula bererti mengendalikan urusan pentadbiran,
pemerintahan dan pembangunan yang melibatkan soal kehidupan, pembangunan material,
kemajuan dan peradaban berasaskan kepada nilai-nilai agama dan prinsip-prinsip syariat.

Ibn Taimiyah menyebutkan bahawa syariat Islam didatangkan kepada umat Islam bagi
melengkapkan kebaikan dan menyekat keburukan. Perutusan Nabi Muhammad S.A.W
meerupakan satu rahmat kepada makhluk seluruh alam

4.4 MATLAMAT KHUSUS


Matlamat Tarbiyah secara khusus ialah matlamat Tarbiyah yang dicapai dari aspek haraki. Ia
terbahagi kepada tiga aspek iaitu aspek keahlian iaitu melahirkan ahli yang memahami atau
bersedia untuk memahami Islam dan penjuangannya. Seterusnya aspek Jama’ah dan aspek
kemasyarakatan dan social iaitu menempatkan ahli yang ditarbiyah di sekolah, institusi,
universiti, kilang, premis perniagaan, ladang, perbadanan dan agensi kerajaan agar mencurahkan
khidmat bakti dan menjadi contoh teladan yang baik kepada masyarakat serta membekalkan
jama’ah dengan ahli yang mempunyai kepakaran dalam bidang dakwah dan penerangan, amal
dan harakah, pengurusan dan pentadbiran, politik, sosial dan kemasyarakatan, ekonomi,
akademik, Pendidikan, pembinaan dan sukan
4.4 TA’DIB
Pengertian konsep ta’dib ini dibangunkan dari makna kata dasar adaba – ya’dibu – ta’diban yang
bermaksud penyucian atau membersihkan seseorang daripada kekotoran. Ta’dib dari segi
terminologi membawa maksud suatu proses mendidik atau membentuk. Seseorang individu yang
terdidik mempunyai kemampuan untuk mengembangkan segala potensinya ke arah pembentukan
peribadi, sikap dan sahsiah selaras dengan acuan pembentukan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Makna adaba menunjukkan pengertian pendidikan yang integratif. Di antara maknanya


ialah kesopanan, kemesraan dan kehalusan budi pekerti. Ia juga sinonim dengan makna akhlak.
Adab juga dikaitkan dengan dunia sastera. Ia dijelaskan sebagai pengetahuan tentang hal-hal
yang indah yang dapat mencegah dari kesalahan-kesalahan. Seorang sasterawan disebut adib. Al-
Jurjani juga mendefinisikan ta’dib sebagai suatu proses memperoleh ilmu pengetahuan
(ma’rifah) yang dipelajari untuk mencegah seseorang daripada terjerumus ke dalam pelbagai
bentuk kesalahan.

Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, pendidikan adalah ‘penyemaian dan


penanaman adab’ dalam diri seseorang. Ini disebut dengan ta’dib. 4 Melalui analisis
semantiknya, al-Attas mentakrifkan adab – yang mengambil kira unsur-unsur keilmuan,
kerohanian dan akhlak seperti yang telah digunakan oleh Rasulullah s.a.w dan para ilmuwan
terdahulu. Al-Quran menegaskan bahawa contoh yang paling ideal bagi orang yang beradab ialah
Nabi Muhammad s.a.w, yang disebut sebagai Manusia Sempurna atau Manusia Universal (al-
Insan alKulliy) 6 oleh kebanyakan sarjana Muslim. Baginda menerima didikan langsung
daripada Allah swt. Justeru itu, pembentukan dan pengaturan pendidikan dan ilmu pengetahuan
dalam sistem pendidikan Islam haruslah mencerminkan Manusia Sempurna

Menurut Ibn Maskawayh, istilah ta’dib digunakan untuk menunjukkan pendidikan


intelektual, spiritual dan sosial, sama ada bagi anak-anak mahupun orang dewasa.7 Al-Farabi
pula mendefinisikan ta’dib sebagai aktiviti yang bertujuan menghasilkan suatu watak yang
bersumber daripada sikap. akhlak. Ta’dib berbeza dengan ta’lim (pengajaran) walaupun ta’lim
telah termasuk di dalamnya. Makna kedua-dua istilah ta’lim dan tarbiyah, telah termasuk dalam
makna ta’dib.

Menurut al-Attas, konsep ta’dib adalah istilah yang paling tepat untuk pendidikan Islam,
berbanding dengan tarbiyah atau ta’lim. Hal ini kerana, struktur konsep ta’dib sudah
mengandungi unsur-unsur ilmu (‘ilm), pengajaran (ta’lim) dan penyuburan yang baik (tarbiyah).
11 Hasan Langgulung juga bersetuju bahawa istilah ta’dib lebih tepat untuk pendidikan kerana
ta’dib bukan sekadar mengajar dan tidak pula meliputi makhluk lain selain manusia. Istilah
ta’dib telah merangkumi istilah tarbiyah dan ta’lim serta mempunyai hubungan yang rapat
dengan konsep ilmu dalam Islam.
5.0 KESIMPULAN

Ilmu pengetahuan adalah sesuatu yang utama, mulia dan penting. Ianya juga adalah satu
anugerah Allah S.W.T yang agung kepada manusia sejak Nabi Adam A.S. lagi. Dengan
mempunyai ilmu pengetahuan manusia bukan sahaja mampu untuk memahami sesuatu yang
tidak mereka fahami sebelumnya bahkan mereka tahu menggunakan sesuatu yang dianugerahkan
kepada mereka. Selain itu, manusia juga dapat mengenali Allah S.W.T. yang mencipta seluruh
makhluk di muka bumi ini. Ilmu adalah bersepadu, tidak terpisah dari agama, nilai moral dan
akhlak. Pemisahan akan menyebabkan ilmu hilang manfaatnya dan membawa kesengsaraan
kepada manusia.

Oleh sebab itu, semua manusia harus menyadari tentang hal ini untuk membentuk
individu yang berpengetahuan. Paling tidak setiap pendidik pada Lembaga Pendidikan manapun
harus menyadari akan keutamaan dan pentingnya ilmu lalu menyalurkannya kepada peserta
sesame sehingga fungsi ilmu pengetahuan dan manfaat dapat dirasakan secara menyeluruh,
bukan sekadar formal sahaja. Firman Allah dalam Al-Quran serta hadis-hadis Rasulullah serta
pandangan ulama, sebagaimana dipaparkan di atas adalah bukti akan keutamaan, kemulian dan
pentingnya ilmu bagi seluruh kehidupan. Ia adalah kunci bagi kebahagian dan keselamatan dunia
serta akhirat. Seperti yang telah disampaikan di muka bumi bahawa semua orang harus
menyadari dan menyakini akan keutamaan dan pentingnya ilmu terutama bagi golongan
pendidik.

Anda mungkin juga menyukai