Anda di halaman 1dari 11

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH

Diploma Seni Lukis Dan Seni Reka

(Kepentingan Ilmu dan Pendidikan terhadap perkembangan


tamadun Islam)
CTU 151
NAMA AHLI KUMPULAN :
1) SYAZWANI IZZATI BT SUHAILI
2) NURUL FAZIRAH BT RAZALI
3) NUR SYAFIYAH BT MOHAMAD KAMAL

NAMA PENSYARAH :
DR. MOHAMMAD SYUKRI BIN JALIL

MARKAH ANALISIS AYAT (CTU151)

1. PENDAHULUAN 2M

2. ISI/HURAIAN DAN
8M
PERBAHASAN

3. KESIMPULAN/CADANGAN 1M

4. RUJUKAN/BIBLIOGRAFI 4M

5. ETIKA PROFESIONAL 4M

JUMLAH 20M

1
ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Pengenalan/Pendahuluan 3-6

2 Pengajaran + Huraian 7

3 Kesimpulan/Cadangan 8-10

4 Rujukan/Bibliografi 10

2
PENGENALAN

Ilmu dari sudut bahasanya adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu calima, yang berarti
mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu yang
sebenarnya (betul). Manakala dari segi istilah bermaksud tentang segala pengetahuan atau
kebenaran tentang sesuatu yang datang daripada Allah S.W.T yang diturunkan kepada rasul-
rasul dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batiniah.

Ilmu didefinisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang disusun
secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk
menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu tersebut. Menurut Islam, ilmu
pengetahuan juga merupakan kayu ukur yang jelas bagi membezakan antara individu yang lain.
Ini telah pun dijelaskan oleh Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud :

“Katakanlah, adakah sama orang - orang yang menegetahui dengan orang - orang yang tidak
megetahui” ( al - Zumar : 9 )

Dalam zaman moden ini pengertian ilmu telah disempitkan dan dimodenkan kepada
pengetahuan maklumat dan kemahiran sahaja. Dalam pengertian barat moden, ilmu hanyalah
merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta pula merujuk kepada
perkara-perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris. Kewujudan
perkara lain di luar keupayaan pancaindera tersebut dianggap bukan fakta dan tidak termasuk
dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan mereka secara automatik ajaran agama terkeluar
daripada takrif dan ruang lingkup ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan semata-mata.

Islam telah menghimpun antara agama dan ilmu. Tidak ada sebarang penentangan antara
agama dan ilmu kerana dalam Islam, agama itu sendiri adalah ilmu dan ilmu adalah agama.
Ilmu menurut perspektif Islam dikenali sebagai sifat, proses dan hasil. Manakala istilah ilmu
dalam Islam merangkumi pelbagai perkara iaitu al-Quran, syariah, sunnah, iman, ilmu
kerohanian, hikmah, makrifat, pemikiran, sains dan pendidikan.

3
KEPENTINGAN ILMU

Mengikut pandangan Islam, sumber sebenar ilmu ialah daripada Allah SWT iaitu Tuhan Yang
Maha Mengetahui. Allah SWT menganugerahkan makna tentang sesuatu perkara kepada
sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.

Daripada Muawiyah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang dikehendaki oleh
Allah memperolehi kebaikan Allah menjadikannya pandai dalam hal keagamaan”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sumber-sumber ilmu dalam Islam dapat dibahagikan kepada ilmu wahyu, ilmu ilham dan ilmu
akal.

ILMU WAHYU

1. Ilmu paling tinggi yang datang secara langsung dari Allah SWT

2. Menyentuh realiti dan tak mampu difikirkan oleh akal manusia

3. Menceritakan tentang hakikat Allah dan sifat-sifatNya

4. Menyentuh tentang perkara-perkara alam ghaib seperti alam kubur dan seumpamanya

5. Menjelaskan tentang kewajipan asasi yang mesti ditunaikan kepada Allah SWT

6. Mengajar manusia untuk menjauhi perkara-perkara yang dilarangNya

7. Orang yang mendapat ilmu wahyu hanyalah para Rasul dan nabi

ILMU ILHAM

1. Ilmu yang didatangkan oleh Allah SWT ke dalam minda atau kalbu seseorang yang
dikehendakiNya

2. Dikenali sebagai ilmu ladunni atau ilmu kashshaf

3. Orang yang dianugerahkan dengan ilmu ini akan mengetahui sesuatu peristiwa terlebih
dahulu sebelum peristiwa itu berlaku

4. Ilmu ini tidak boleh mengatasi ilmu wahyu

4
5. Jika sesuatu maklumat yang diperolehi daripada ilmu ini bercanggah sama ada dengan al-
Quran atau al-Sunnah, maka ilmu ilham mesti ditinggalkan

6. Kedudukannya lebih rendah dari ilmu wahyu

7. Orang yang mendapat ilmu ilham ialah para wali Allah sahaja. Mereka diberikan ilmu tersebut
kerana kesucian hati, kekuatan amalan dan kedudukan yang hampir dengan Allah SWT.

ILMU AKAL

1. Ilmu yang berada pada tahap ketiga dan terakhir ialah ilmu akal atau ilmu akli .

2. Ilmu ini juga bersumberkan Allah SWT dan manusia perlu berusaha mendapatkannya
dengan belajar, berfikir dan membaca .

3. Ilmu ini diperolehi dengan proses dan aktiviti berfikir dengan menggunakan akal yang logik .

4. Ilmu ini menyentuh tentang realiti yang zahir dan fizikal iaitu perkara yang wujud dan
fenomena yang berlaku di alam fizikal ini sahaja

5. Ilmu akal tidak meliputi ilmu tentang alam ghaib

6. Ilmu ini diperolehi oleh sesiapa sahaja yang sanggup berusaha bagi memperolehnya. Orang
yang mempunyai ilmu akal dan memanfaatkannya untuk tujuan yang baik masih tetap lebih
tinggi kedudukannya di sisi Allah daripada orang yang tidak berilmu.

Antara nikmat kurniaan Allah terhadap manusia ialah memperolehi ilmu pengetahuan
terutamanya yang berkaitan dengan agama. Orang yang mendapat kebaikan dan petunjuk
daripada Allah SWT ialah mereka yang dapat mendalami ilmu agama dan beramal dengannya.
Ilmu adalah suatu nikmat yang paling besar yang dikurniakan oleh Allah ke atas sesiapa yang
dikehendaki.

1. Quran Surah Mujadalah Ayat 11:

1 1嶸 嘸࡬ 1‴ㄶ࡬ 1‴ 1 1‴ㄶ ‴ 嘸 ‴ ′ ‴

Artinya : Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang
diberi ilmupengetahuan beberapa derajat (Q.s. al-Mujadalah : 11) Baca juga tentang Ayat Al-
Quran Tentang Cinta Sejati, Ayat Tentang Jodoh Dalam Islam, dan Ayat Tentang Kematian
Dalam Islam

5
2. Quran Surah Ali Imraan Ayat 18:

嘸䁛 1 㷟 㷟 1 ‴ ⿏ 䁢⿏ 㷟 䳌 1 ‴‴‴ 嘸 1‴ ‴ ⿏ 䁢⿏ ࡬ ࡬ ㄶ˴

“Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang
menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang
demikian itu). Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana.” [Ali Imraan : 18

3. Quran Surah Thaha Ayat 114:

䳌 ࡬㷟 ‴

“Dan katakanlah (wahai Nabi Muhammad) tambahkanlah ilmu kepadaku.” [Thaaha : 114]

4. Quran Surah Az-Zumar Ayat 9:

‴ 1‴ ‴ 1 ‴

“Katakanlah, apakah sama antara orang yang mengetahui dengan orang yang tidak tahu.”

[Az Zumar : 9]

Hadits Tentang Pentingnya Menuntut Ilmu Terdapat salah satu hadits yang diriwayatkan oleh
Imam Muslim dalam shahihnya, dari hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Sesungguhnya
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Barangsiapa yang menempuh suatu perjalanan dalam rangka untuk menuntut ilmu maka Allah
akan mudahkan baginya jalan ke surga. Tidaklah berkumpul suatu kaum disalah satu masjid
diantara masjid-masjid Allah, mereka membaca Kitabullah serta saling mempelajarinya kecuali
akan turun kepada mereka ketenangan dan rahmat serta diliputi oleh para malaikat. Allah
menyebut-nyebut mereka dihadapan para malaikat.”

6
Pengajaran dan Huraian

Oleh itu, sejak kemunculan Nabi Adam a.s Islam telah mengingatkan umatnya agar menuntut
ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad. Dengan kata lain, pembelajaran menurut Islam ini
berlaku sepanjang hayat. Rasulullah SAW bukan sahaja menggalakkan umat Islam, malahan
mewajibkan setiap individu menuntut ilmu pengetahuan dan menyampaikannya. Islam melihat
ilmu sebagai suatu yang suci serta bernilai dalam kehidupan seseorang Muslim. Orang yang
berilmu diberi kedudukan yang paling tinggi serta dijadikan sebagai saksi kepada manusia lain,
beserta Allah dan para malaikat. Mereka juga diberi kedudukan yang teristimewa selepas para
nabi dan rasul. Khususnya kepada umat Rasulullah SAW. Mereka diberi tanggungjawab oleh
Allah s.w.t. untuk meyampaikan seruan, memimpin umat dan mentadbirkannya selepas
kewafatan baginda iaitu Rasulullah SAW. Maksudnya, merekelah pewaris yang mempusakai
tugas Rasulullah SAW selepas kewafatan baginda. Para nabi tidak meninggalkan harta untuk
diwarisi, tetapi meninggalkan ilmu dan hukum syariat untuk terus kita amalkan di muka bumi ini.
Ia merupakan warisan yang paling beharga untuk kita .

“Para ulama’ adalah pewaris nabu. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham (wang ringgit) .
Tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa mengambilnya , ia telah mendapat habuan yang
menguntungkan .” (Riwayat al-Tirmizi)

Imam al-Ghazali menyatakan, tiada martabat yang lebih tinggi daripada martabat kenabian
dan tidak ada kemuliaan yang lebih mulia daripada menjadi pewaris martabat kenabian. Begitu
juga orang yang memiliki ilmu pengetahuan akan menjadi seorang yang berguna kepada
agama, diri sendiri, masyarakat dan negara. Jika seseorang individu menggunakan ilmu
pengetahuan dengan sebaik mungkin , setiap kualiti yang dihasilkan di dalam sesuatu
pekerjaannya akan lebih meningkat dan mempunyai nilaian yang tinggi dalam setiap urusan
kehidupan. Oleh itu, manusia memerlukan ilmu pengetahuan sebagai bimbingan untuk mencari
kebenaran dan reda Yang Maha Esa.

7
Kesimpulan dan Cadangan

Kesimpulan

Pujangga Hamka berkata “Orang yang pengetahuannya sedikit kerap kali menyangka dirinya
telah mengetahui semua. Tetapi orang yang telah mendalami ilmunya tidak berani lagi
mengatakan bahawa dia tahu segalanya. Bahkan dia lebih berani berkata, “Banyak yang belum
saya ketahui.”

Selain itu, dalam Islam mengalakkan umatnya agar menuntut ilmu Fardhu Kifayah iaitu ilmu
duniawi seperti membaca, menulis serta mengira supaya tidak ketinggalan jauh ke belakang. Di
samping itu, dengan menuntut ilmu kita boleh menjadi insan yang berguna dan mampu
membina kemajuan untuk masyarakat dan negara. Sebagai contoh yang dilakukan oleh
cendekiawan Islam dahulu seperti Ibnu Sina, Ibnu khaldun, Al khawarizmi dan lain-lain.

Kata Imam Syafie “Ilmu yang sebenar-benarnya ialah ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah.
Tidak kiralah ilmu ukhrawi seperti tauhid dan ilmu duniawi seperti sains dan matematik kerana
kedua-dua jenis ini mengajar kita kewujudan dan kekuasaan Allah yang tiada batas.”

Sebagai kupasan topik ini iaitu sumber keilmuan dan pendidikan, sebagaimana yang dapat kita
ketahui ilmu adalah suatu anugerah ALLAH subhanahu wa ta’ala yang sangat agung dan
ternilai kepada manusia sejak Nabi Adam AS lagi. Hal ini keran dengan ilmu manusia bukan
sahaja mampu memahami sesuatu perkara yang tidak meraka ketahui sebelumnya, bahkan
dengan ilmu mereka dapat menggunakan sesuatu yang ada dimuka bumi ini yang telah
dianugerahkan kepada ALLAH subhanahu wa ta’ala ysng mencipta sekalian alam. Selain itu
hanya dengan ilmu, dapat membawa keamanan dan kemajuan kepada sesebuah negara,
disamping mengangkat darjat seseorang disisi ALLAH dan manusia. Disamping itu,
penggunaan ilmu ke jalan yang benar dapat mendekatkan lagi hubungan kita denga pencipta
Yang Maha Esa, justeru membawa kita kejalan syurga. Oleh itu sewajarnyalah kita
menggunakan ilmu itu dengan baik dan tidak menyia-yiakannya kerana ilmu yang baik
mendatangkan untung yang baik untuk diri sendiri, masyarakat, negara dan agama yang
bersesuaian dan bertepatan dengan kehendak serta tuntutan ALLAH subhanahu wa ta’ala.

8
Cadangan memantapkan pembelajaran ilmu dalam tamadun Islam

i. Memantapkan sistem kurikulum pelbagai disiplin dan pendekatan pembelajaran bagi


pelajar. Penggunaan kaedah seperti pembelajaran berasaskan masalah dan kajian kes
serta pembelajaran secara berpasukan adalah digalakkan bagi meningkatkan kemahiran
berfikir secara kritis dan saintifik, menguruskan maklumat, menambah keyakinan melalui
penulisan dan pengucapan serta mahir berinteraksi.

ii. Memantapkan Skim Latihan Graduan terutamanya untuk graduan dalam bidang bukan
profesional melalui program latihan bercorak nilai tambah seperti persijilan profesional bagi
bidang teknologi maklumat dan komunikasi, perisian komputer dan perakaunan untuk
meningkatkan kebolehpasaran graduan.

iii. Meneruskan penggabungan program konvensional dengan profesional seperti kejuruteraan


dengan perakaunan, undang-undang dengan pengurusan, undang-undang sivil dengan
syariah dan pengajian Islam dengan perniagaan.

iv. Menggalakkan IPT menyediakan pengalaman pembelajaran yang membolehkan pelajar


menguasai satu bahasa ketiga seperti bahasa Mandarin, Arab, Jepun, Perancis dan
Sepanyol, di samping penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia dengan
menyediakan sokongan infrastruktur yang mantap..

v. Memantapkan sistem penilaian pelajar dengan memberikan perhatian kepada taksiran


pencapaian semua hasil pembelajaran. Hal ini memerlukan IPT menggunakan pelbagai
kaedah penilaian selain ujian bertulis.

vi. Kaedah student centered learning (SCL). Menurut Zarina Muhammad (2007) penggunaan
kaedah student centered learning (SCL) atau pengajaran berpusatkan pelajar adalah
antara kaedah yang dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti kursus Tamadun Islam.
Kaedah konvensional yang berpusatkan pensyarah atau guru sebenarnya tidak
menggalakkan pelajar memberi pendapat mereka sendiri dalam proses pembelajaran
walaupun kemungkinan besar mereka mempunyai idea dan maklumat yang sedia ada
dalam diri mereka berdasarkan pengalaman hidup ataupun pemerhatian. Kaedah SCL
lebih mendorong berlakunya komunikasi dua hala yang akan membantu para pelajar
menerima isi pengajaran dan menginterpretasi pemahamannnya dengan tepat dan jelas.
Kaedah ini boleh diterapkan melalui soalan perbincangan, pertanyaan, PBL dan
pembentangan.

9
vii. Penggunaan e-learning. E-learning ataupun e-pembelajaran ialah suatu konsep
pembelajaran, latihan atau program pendidikan yang dilakukan menggunakan media
elektronik sebagai pengantaraan untuk keseluruhan pergerakan data dan maklumat
pengajaran daripada pensyarah kepada pelajar dan sebaliknya (Jamaludin Mohaiadin
(2000). Pengajaran berasaskan e-learning akan melibatkan penggunaan komputer dan
internet; selain peralatan elektronik lain yang bersesuaian dalam pengajaran dan
pembelajaran. Bahan-bahan pengajaran dimuatnaik dalam laman e-learning, mengadakan
ujian secara online, menyediakan video pengajaran adalah antara kaedah yang boleh
diterokai bagi meningkatkan lagi minat mendalami ilmu ketamadunan. Bahan-bahan e-
learning ini dapat dicapai dengan mudah melalui telefon pintar akan membantu pelajar
untuk mengulangkaji kursus ini dengan lebih berkesan.

Rujukan / Bibliografi

1. Rosnani Hashim. 2006. Falsafah penyelidikan pendidikan dari perspektif Islam: Konsep
dan matlamat. Jurnal Pendidikan Islam. Jil. 12. Bil. 1. Julai 2006.

2. Ashraf, S.H. 1985. New Horizons in Muslim Education. Cambridge: Hodder and Stoughton,
The Islamic Academy.

3. Syahrul Riza. 2008. Konsep pendidikan Islam menurut pemikiran Ibn Khaldun: Suatu
Kajian terhadap elemen-elemen kemasyarakatan Islam. Tesis Sarjana. Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia.

4. Mohd Nasir Ayub 2020. Pengenalan Tamadun dan Pemikiran Islam Kontemporari . Salmah
Hussin . 2020. Pemikiran Tamadun Islam. Bab 4. hlm. 119-120

5. Thoha, Chabib H.M. 1996. Kapita Selekta Pendidikan Islam. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
Wan Mohd. Nor Wan Daud. 1990. Budaya ilmu sebagai asas pembangunan tamadun.
Jurnal Pendidikan Islam, Jil. 3. Bil. 1, hlm. 51-67.

Laman web

1. http://alqolam.com

2. http://dalamislam.com

3. http://azizharjinesei2015oktober.blogspot.com/2015/10/konsep-ilmu-dalam-tamadun-
islam.html

10
11

Anda mungkin juga menyukai