Anda di halaman 1dari 25

CTU 151

AS1172B
KEPENTINGAN ILMU PENDIDIKAN DALAM
KEMAJUAN SESEBUAH TAMADUN

NO. NAMA KAD MATRIK

1. SITI NURHIDAYAH BINTI RAZALI 2018692956

2. SITI NURUL IZZAH BINTI SAHUDINSARET 2018259388

3. ZAKIAH ANATASIA BINTI MOHAMED NADZRI 2018447834

4. NUR SHUHAILA HANIS BINTI MOHAMAD ROSLI 2018408834

NAMA LECTURE : UZTAZ MUHAMAD MUZAKIR BIN UTHMAN


ISI KANDUNGAN

NO. ISI KANDUNGAN M/S

1. PENGENALAN

2. DEFINISI

3. SUMBER-SUMBER ILMU DALAM TAMADUN ISLAM

4. KEPENTINGAN ILMU DALAM TAMADUN

5. PEMBAHAGIAN ILMU DALAM ISLAM

6. KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

7. FAKTOR-FAKTOR PENGALAKKAN ILMU PENDIDIKAN DALAM


SESEBUAH TAMADUN

8. KESAN PENGABAIAN ILMU PENDIDIKAN

9. KESIMPULAN

10. RUJUKAN
PENGENALAN

Kedatangan Islam membawa gesaan menuntut, menyebar dan memuliakan ilmu.


Wahyu yang pertama iaitu ayat 1-5 surah Al-‘Alaq dengan jelas mewajibkan pencarian
ilmu. Oleh itu agama Islam ini dapatlah dikatakan sebagai tertegak atas dasar ilmu atau
pengetahuan. Tanpa ilmu dan pengetahuan kita tidak akan dapat mengenal Khaliq dan
seterusnya tidak dapat berbakti kepadaNya. Perkataan “ilmu” disebut kira-kira 750 kali
dalam Al-Qur’an melalui berbagai bentuk.

Orang yang berilmu diberikan pujian dan dipandang mulia di sisi Islam. Hal ini dapat
kita lihat melalui banyak ayat Al-Qur’an antaranya, Firman Allah S.W.T yang
bermaksud: “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak
berilmu”.  (Az-Zumar:9) Firman Allah S.W.T maksudnya: “Allah memberikan hikmah
(ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang
diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-
Baqarah:269) Firman-Nya lagi maksudnya: “Hanya sanya orang yang takut kepada
Allah ialah orang yang berilmu”.   (Al-Faatir:28)

Ilmu merupakan perkara yang paling penting kepada semua manusia. Jika kita kembali
kepada sejarah Rasulullah S.A.W. surah pertama yang diturunkan kepada baginda
adalah Surah Al-Alaq dimana ayat pertama yang bermaksud “Bacalah..”  Ayat ini
menunjukkan bahawa Allah S.W.T telah memerintahkan hambanya agar menuntut ilmu
dengan membaca.

Kewajipan menuntut ilmu ini dapat dinyatakan melalui sepotong Hadis yang bermaksud
“Menuntut ilmu itu wajib ke atas semua muslim”. Dengan yang sedemikian, dapat kita
simpulkan bahawa bidang pendidikan merupakan bidang yang penting dalam agama
Islam, hinggakan terdapat sepotong Hadis yang berbunyi “Menuntut ilmu itu dari buaian
hingga ke liang lahad”.

Ilmu merupakan satu cabang yang penting dalam sesebuah negara bagi melahirkan
satu masyarakat yang berilmu serta bertamadun. Dengan adanya pendidikan, sesuatu
masyarakat itu tidak akan dipandang rendah oleh masyarakat lain.  Ilmu juga dapat
merubah kedudukan sesuatu masyarakat kepada yang lebih baik.

Sebelum kedatangan Islam, keadaan masyarakat Arab pada masa itu dilihat sebagai
masyarakat yang kurang bertamadun. Keadaan masyarakat yang mengamalkan
kepercayaan karut membentuk masyarakat tersebut menjadi kurang bertamadun.
Pembunuhan bayi perempuan, arak, judi, serta bertelagah sesama bangsa menjadi
kebiasaan mereka. Namun, setelah hadirnya cahaya Islam, dengan mementingkan
penguasaan Ilmu, maka keadaan masyarakat Arab tersebut berubah menjadi satu
masyarakat yang bertamadun dan digeruni oleh masyarakat lain.
DEFINISI

Dari segi bahasa, ilmu berasal dari perkataan ‘Alima-Ya’lamu-‘Ilman yang bererti
mengetahui. Ilmu adalah bentuk kalimah isim “Masdar ghoiru mim” yang bererti
pengetahuan. Ilmu adalah cahaya Allah dan merupakan salah satu dari Asmaul husna.
Jadi, orang yang berilmu, kedudukannya di hadapan Allah SWT lebih tinggi daripada
orang yang tidak berilmu, seperti firman Allah dalam surah al-Mujadalah ayat 11,” Allah
akan dan terus mengangkat (kedudukan) orang-orang yang beriman dari kamu sekalian
dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa derajat”.

Secara bahasa adalah lawan dari Al Jahl (kebodohan): iaitu mengetahui sesuatu sesuai
dengan keadaan yang sebenarnya dengan pengetahuan yang pasti.

Secara istilah dijelaskan oleh sebahagian ulama bahwa ilmu adalah ma’rifat
(pengetahuan) sebagai lawan dari al jahl (ketidaktahuan). Menurut ulama yang lainnya
ilmu itu lebih jelas dari apa yang diketahui.

Adapun ilmu yang kita maksud adalah ilmu syar’i, ertinya adalah ilmu yang diturunkan
Allah kepada Rasul-Nya berupa keterangan dan petunjuk. Maka ilmu yang di dalamnya
terkandung pujian dan sanjungan adalah ilmu wahyu iaitu ilmu yang diturunkan Allah
saja. Nabi Shalallahu ‘Alaihi wa Salam bersabda :” Barang siapa orang yang
dikehendaki kebaikan oleh Allah maka Allah akan menjadikan dia faham tentang
agamanya.”Dalam hadis lainnya beliau bersabda :” Sesungguhnya para nabi tidak
mewariskan dinar atau dirham, hanyalah yang mereka wariskan adalah ilmu , maka
baranga siapa yang telah mengambil ilmu maka dia telah mengambil kebaikan yang
banyak.”

Satu hal yang sudah kita ma’lumi bahwa yang diwariskan oleh para nabi hanyalah ilmu
tentang syariat Allah Azza Wajalla dan bukan yang lainnya. Maka para nabi tidaklah
mewariskan ilmu teknologi kepada manusia atau yang berkaitan dengannya.

Dengan demikian maka ilmu syar’i adalah ilmu yang di dalamnya terkandung pujian dan
sanjungan bagi para pemiliknya, akan tetapi sekalipun demikian saya tidak mengingkari
bahawa ilmu yang lainnya pun mengandung faedah, akan tetapi faedah itu memiliki
dua batasan. Bila dia bisa membantu dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah dan
membela agama-Nya dan bermanfaat bagi manusia maka ilmu itu merupakan ilmu
yang baik. Terkadang mempelajarinya menjadi wajib dalam kondisi tertentu apabila hal
itu termasuk dalam firman Allah : ”Dan hendaklah kalian mempersiapkan kekuatan
dalam menghadapi mereka semampu kalian berupa pasukan berkuda….. “ (Al Anfal :
60).
Banyak ulama yang menerangkan bahwa mempelajari teknologi merupakan fardhu
kifayah, hal itu disebabkan karena manusia pasti mempunyai peralatan memasak,
minum dan yang lainnya yang bermanfaat bagi mereka. Maka apabila tidak ada orang
yang menggarap industri di bidamg ini maka mempelajarinya jadi fardhu kifayah. Ini
adalah materi yang diperdebatkan oleh para ulama. Sekalipun demikian maka saya
ingin katakan bahwa ilmu yang di dalamnya terkandung pujian dan sanjungan adalah
ilmu syar’i yang merupakan pemahaman tentang kitab Allah dan sunnah Rasul
Shalallahu ‘Alaihi wa Salam, adapun ilmu selain itu bisa menjadi alat kebaikan atau alat
kejelekan,maka hukumnya sesuai dengan pemanfaatannya.

Selain itu, terdapat beberapa pebahagian ilmu menurut beberapa cendiakawan agung:

Al-Kindi membuat pembahagian ilmu kepada dua, iaitu ilmu berkaitan teori, tabi’ie
matematik dan metafizik, dan ilmu yang bersangkutan dengan praktikal, akhlak, sains
rumahtangga dan perancangan Bandar.

Ibn Khaldun, meletakkan ilmu berkaitan dengan naqli, al-Quran, tafsir, Hadith, nasikh
dan mansukh, sanad, ilmu kalam, tasauf dan lain-lain dalam satu disiplin.

Sementara ilmu ‘aqli, matematik, algebra, muamalah, faraid, kejuruteraan, sains


gunaan, perubatan dan lain-lain diletakkan dalam satu disiplin yang lain.

Ilmuan Islam, dua aspek utama pembahagian ilmu Islam iaitu ilmu fardhu ‘ain dan
fardhu kifayah.

Ilmu fardhu ‘ain ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap umat Islam, lelaki dan
wanita, iaitu ilmu yang berkaitan dengan aqidah, syarak dan akhlak.

Ilmu fardhu kifayah ialah ilmu yang mewajibkan penuntutannya kepada golongan yang
tertentu sahaja.
SUMBER-SUMBER ILMU DALAM TAMADUN ISLAM

A. AL-QURAN

Sumber utama ilmu dalam tamadun Islam datangnya dari Al-Quran1. Dari segi bahasa
“Al-Quran” berasal dari perkataan al-qiraah yang bererti bacaan, tetapi lafaz Al-Quran
bermaksud yang dibaca. Dari segi istilah Al-Quran ialah kalam Allah yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam bahasa Arab dan sampai kepada kita secara
mutawir.

Di dalam Al-Quran terkandung ajaran Islam yang merangkumi konsep ketuhanan,


pengetahuan tentang alam ghaib, asas perundangan, muamalah, tauhid akidah dan
panduan hidup manusia dialam ini.Al-Quran menunjukkan bagaimana hubungan antara
makluk dan Tuhan sepatutnya dikendalikan dan bagaimana manusia harus berinteraksi
sesama manusia dengan makluk yang lain.

Al-Quran merupakan mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w yang kemukjizatnya


berkekelan sepanjang zaman. Ia merupakan daya penggerak kepada umat Islam untuk
melakukan sesuatu urusan dan menjadi sumber dan pencetus kebanyakan bidang ilmu
yang lain. Oleh itu, adalah wajar dikatakan Al-Quran sebagai sumber inspirasi dalam
membina tamadun Islam kerana pendorong dan penggerak utama umat Islam ialah Al-
Quran.
Pelopor-pelopor Ilmu Ulum Al-Quran ialah :

i) Khalifah Al-Rasyidin yang empat, Ibnu Abbas, Ibnu Mas’ud, Zaid bin Tabit, Udai bin
Kaab, Abu Musa al-Asy’ari dan Abdullah bin Zubir

ii) Di kalangan tabiin ialah Mujahid, Ata’ bin Yasar, Ikrimah, Qatadah, Hassan Basri,
Said bin Jubir, Zaid bin Aslam dan Malik bin Anas.

iii) Kemudian muncul Ibnu Jarir al-Tabari, dengan Tafsir al-Tabari yang merupakan
suatu tafsir yang lengkap.

Walaupun Al-Quran menyentuh berbagai-bagai tajuk, namun tiga topik yang terpenting
yang menjadi tema utama di dalam al-Quran ialah tauhid, pedoman hidup yang dibawa
oleh Rasul-rasul dan pembalasan di dalam akhirat. Al-Quran menegaskan bahawa
segala amalan di dunia ini tiada ertinya jika tidak mengikut petunjuk dan jalan yang
benar. Dengan berteraskan tauhid dan kepercayaan adanya pembalasan yang setimpal
pada hari akhirat, al-Quran meletakkan asas-asas kepada sistem akhlak, sosial, politik,
ekonomi yang menyeluruh untuk dijadikan panduan hidup1.

Firman Allah yang bermaksud: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama tuhanmu
yang mencipta (sekalian makluk). Dia mencipta manusia daripada (darah) yang
menempel; Bacalah, dan Tuhanmu adalah Maha Pemurah, Yang mengajar manusia
melalui pena, Ia mengajar menusia apa yang tidak mereka ketahui.”

Ayat ini adalah lima ayat lima al-Quaran pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad.
Pertama-tama sekali ditekankan bahawa Tuhan adalah pencipta dan yang lain adalah
makluk. Juga dinyatakan bahawa Tuhan adalah maha pemurah, penyayang dan tidak
memusuhi makluknya. Kemudian al-Quran menekankan bahawa Tuhan mahu umatnya
memberi perhatian tentang kepentingan pena dalam penyebaran ilmu. Akhir sekali
segala ilmu datangnya dari Allah s.w.t.Manusia boleh berusaha untuk mendapatkan
ilmu melalui penyelidikan, pemikiran dan sebagainya tetapi pada hakikatnya ilmu yang
sebenar datangnya dari Allah s.w.t.

Ayat al-Quran mengenai ilmu :

Allah mengangkat martabat orang berilmu serta diletakkan ditempat yang tinggi. Maka,
dengan ilmu jugalah seseorang itu dipandang tinggi dan dihormati. Di sini, Allah telah
menerangkan melalui beberapa firmanNya : Diangkat darjatnya: “Allah mengangkat
beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu
pengetahuan” Surah al mujahadah:11 

Ilmu dapat membezakan taraf dalm kalanan manusia: “Katakanlah adakah sama orang-
orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang
mendapat perngakatan dan petunjuk hanyalah dikalangan hambanya yang berilmu dan
bijaksana” Surah al Zumar:9

Membentuk peribadi yang baik dan menjadikan seseorang itu bertakwa dan cintakan
ALLAH Subhanahu wa ta’ala dan Rasul-NYA “Seseungguhnya yang takutkan ALLAH
daripada hamba-nya ialah orang yang berilmu” Surah al-Fathir:28

B. AL HADIS DAN AS SUNNAH

Menurut Prof. Dr. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy menyatakan bahwa yang dimaksud dengan
“ilmu Hadits” itu ialah : “Ilmu yang berpautan dengan hadits”. Mengenai difinisi ini beliau
kemukakan kerana banyaknya ilmu yang mempelajari hadis tentang hadis dan jumlah
hadis juga sangat banyak, selain itu masa pembukuannya dan penerbitannya di antara
ilmu-ilmu hadits itu sendiri tidak dalam satu periode yang sama.
Ilmu Hadits menurut ulama Mutaqadimin adalah ilmu yang mempeajari tentang cara-
cara persambungan hadits sampai kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam dari
segi ihwal para periwayatnya, kedabitan, keadilan, dan dari segi bersambung tidak segi
sanadnya dan sebagainya.

Ilmu Hadits menurut ulama Mutaakhirin terbagi menjadi dua, yaitu ilmu hadits riwayah
dan imu hadits dirayah. Kedua ilmu inimerupakan batasan yag sudah ditetapkan oleh
para ulama-ulama mutaakhirin. Berikut ini adalah penjabaran dari keduanya, sebagai
berikut:

1. Ilmu Hadits Riwayah

Ilmu Hadits Riwayah adalah ilmu pengetahuan yang mempelajari hadits-hadits yang
disandarkan kepada Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam, baik berupa perkataan,
perbuatan, taqrir, tabi’at maupun tingkah lakunya. Ada pula menurut Ibn al-akfani
sebagaimana dikutip oleh al-Suyuthi yang saya dapatkan dari buku Ilmu Hadis milik
Drs. H. Muinzer Suparta M.A yaitu “ilmu pengetahuan yang mencangkup perkataan dan
perbuatan Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam, baik periwayatannya, pemeliharaannya,
maupun penulisan ataupun pembukuan lafaz-lafaznya”. Menurut jumhur ulama sendiri
bahwa yang dimaksud Ilmu Hadits Riwayah ialah suatu ilmu untuk mengetahui sabda-
sabda Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam, perbuatan Nabi, taqrir-taqrir Nabi dan sifat-sifat
Beliau. Dengan kata lain yang dimaksud oleh para jumhur ulama ialah Ilmu yang
membahas segala sesutu yang datang dari Nabi, baik sabdanya, perbuatannya,
taqrirnya, dan sabagainnya. Meurut ulama Tahqiq Ilmu Hadits Riwayah adalah ilmu
yang membahas cara penyambungan hadits kepada shahih al-risalah, junjungan kita
Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dari segi keadaan para perawinnya,
mengenai kekuatan hafalan dan keadilan mereka dan dari segi keadaan sanad, putus
dan berrsambungnya dan sepertinya.

Objek kajian hadits riwayah adalah bagaimana cara menerima, menyampaikan kepada
orang lain, dan memindahkan atau mendewankan. Dalam penyampaian dan penulisan
harus disampaikan apa adanya, baik yang berkaitan dengan sanad dan matannya. Ilmu
ini tidak menjabarkan tentang syadz (kejanggalan) dan ‘illat (kecacatan) matan hadits.
Kemudian didalam sini juga tida membahas tentang kualitas para perawi, keadilan,
kebatinan maupun fisiknya.

Faedah dari mempelajari lmu hadis riwayah ini adalah untuk menghindari adanya
penukilan yang salah dari sumbernya yang pertama, yaitu Nabi Muhammad Sallallahu
‘alaih wa sallam. Menurut Syuhdi Ismail dalam bukunya Pengantar Ilmu Hadits faedah
dan tujuan untuk mempelajari Hadits Riwayah adalah untuk mengertahui segala
sesuatu yang berpautan dengan pribadi nabi dalam usaha memahami dan
mengamalkan ajaran beliau guna memperoleh kemenangan dan kebahagiaan hidup di
dunia dan di akhirat. Menrut Ismil dalam bukunya tadi ulama yang terkenal atau menjadi
seorang pelopor dalam hal Hadits Riwayah ini Muhammad Ibnu Syihab Az-Zuhry.
Beliau ini adalah yang pertma-tama menghimpun hadits-hadits Nabi atas perintah Umar
bin Abdul Aziz pada masa pemerintahannya. Beiau ini terkenal karena hafalannya yang
sudah masyhur, hal ini telah diakui oleh para ulama pada saat itu. Imam Bukhari pernah
menyatakan bahwa az-zuhry mampu menghafal Al-Quran hanya dalam tempo 80
malam. Hisyam bin Malik pernah meminta tolong kepada Az-Zuhry untuk menuliskan
hadits-hadits Nabi untuk keperluan, sekitar 400 hadits ia diktekan kepada beliau.
Setelah selang waktu 1 bulan catatan itu hilang, kemudian Hisyam meminta Az-Zuhry
mendiktekannya kepada penulis, dan ternyata dua buah catatan dalam jangka waktu
yang berbeda itu tidak ada perbedaan sedikitpun.

2. Ilmu Hadits Dirayah

Ilmu Hadits Dirayah adalah ilmu yang mempelajari tentang kaidah-kaidah untuk
mengetahui hal sanad, matan, cara-cara menerima dan menyampaikan hadits sifat-sifat
hadits dan sebagainnya. Ada jga yang mendifinisikan Imu Hadits Dirayah adalah ilmu
pengetahuan untuk mengetahui hakikat periwayatan, syarat-syarat, macam-macam,
hukum-hukumnya serta untuk mengetahui keadaan para perawi, baik syarat-syratnya,
macam-macam hadits yang diriwayatkan dan segala sesuatu yang berkaitan
dengannya.

Objek kajian dari Ilmu Hadits Dirayah ini ialah keadaan para perawi dan marawiya.
Pengertian keadaan disini dimaksudkan bahwa segala sesuatu yang menyangkut
kepribadiannya, semisal akhak, tabi’at, dan keadaan hafalan. Sedangkan yang
dimaksud dengan marwi adalah kesashihan, kedhaifan, dan dari sudaut ain yang
berkaitan dengan matan.

Banyak hal yang dapat kita dapatkan dari mempelajari Ilmu Hadits Dirayah, diantaranya
yaitu faedahnya. Faedah yang didapatkan setelah mempelajari Ilmu Hadits Dirayah,
diantaranya:

a. Mengetahui pertumbuhan dan perkembangan hadits dan ilmu hadits dari masa
kemasa mulai dari masa Rasulullah sampai saat ini.

b. Dapat mengetahui tokoh-tokoh serta usaha-usaha yag telah mereka lakukan dalam
mengumpulkan, memelihara, dan meriwayatkan hadits.

c. Mengetahui kaidah-kaidah yang dipergunakan para ulama-ulama dalam


mengklasifikasi hadits lebih lanjut.
d. Dapat mngetahui istilah-istilah, nilai-nilai, dan kriteria hadits-hadits sebagai pedoman
dalam beristinbath.

Dalam hal tokoh Hadits Dirayah juga memiliki berbagai tokoh penting, diantaranya yaitu
Al-Bukhari, Muslim, At-Turmudzy dan masih banyak lagi yang lainnya.

Antara hadis yang menekankan kewajipan agar umat Islam menuntut ilmu : Sabda
Rasulullah saw yang bermaksud “Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang
lahad”. 

Sabda Rasulullah saw lagi yang bermaksud “Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri
china” 

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud “Menuntut ilmu menjadi kewajipan ke atas
setiap umat Islam”

C. WAHYU

Wahyu adalah pemberitahuan Allah kepada seorang hambanya yang dipilih di kalangan
hambanya dengan secara sulit dan rahsia berlainan dari apa yang dialami oleh manusia
biasa. Tidak dapat dinafikan lagi wahyu adalah merupakan sumber pengetahuan yang
terpenting yang telah disampaikan oleh Allah kepada manusia sama ada ianya
disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w atau melalui nabi-nabi yang terdahulu.
Wahyu merupakan teras kepada segala ilmu kerana di dalam al-Quran terkandung
pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang amat diperlukan oleh manusia untuk
kemasalahatan hidup juga perkara-perkara ghaib yang tidak dijangkau oleh akal
manusia
Aliran ilmu pengetahuan dalam Islam, Yahudi, Buddha dan Hindu dikesan mempunyai
acara-acara ritualisme seperti amalan kerohanian peringkat tinggi dalam mencari
sumber ilmu pengetahuan. Penggunaan mantera, jampi, ayat-ayat suci dan dengan
proses ibadat secara amalan kebatinan dan rohani dilakukan untuk memperolehi
sumber-sumber ilmu pengetahuan dari alam magis atau daripada Tuhan.

Tradisi timur yang amat dipengaruhi oleh amalan keagamaan dan kepercayaan agama
menilai kebenaran atau ketepatan sesuatu ilmu pengetahuan mestilah bersumberkan
ilmu wahyu. Ilmu pengetahuan perlu diselarikan dengan kebenaran yang sahih dan
tidak terkeluar dari sumber utama, iaitu kitab Al Quran, Injil dan Taurat. ‘Sumber wahyu,
tidak syak lagi merupakan sumber pengetahuan yang terpenting dalam tradisi agama-
agama besar yang tumbuh di Timur, khususnya agama-agama langit (samawi) seperti
agama Yahudi, Nasrani, dan Islam’[5].

Pegangan utama dan sumber rujukan utama kepada kitab Al Quran, Injil dan Taurat
menyebabkan aliran epistemologi sejarah timur tertakluk dengan nilai-nilai ketuhanan
dan moraliti yang tinggi. Segenap penulis atau pengkaji wajib bertanggungjawab dalam
memastikan setiap bentuk penulisan pensejarahan tidak berlawanan dengan hukum
Tuhan serta undang-undang hukum-hakam agama yang tidak boleh berubah mengikut
kehendak emosi atau akal semata-mata. Bagi agama Islam, Al Quran dan hadis-hadis
dari Nabi Muhammad s.a.w dianggap sebagai wajib secara mutlaknya untuk dipercayai
atau dirujuk di dalam setiap penulisan pensejarahan.

D. INTUISI / ILHAM

Intuisi atau ilham juga boleh menjadi sumber pengetahuan manusia yang amat
berguna. Ianya merupakan pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses
pemikiran yang tertentu. Contohnya seseorang yang mempunyai masalah yang sedang
menumpukan pemikiran nya terhadap penyelesaian masalah tersebut, tiba-tiba menjadi
jalan penyelesaian tanpa perlu berfikir panjang seolah-olah kebenaran yang dicari
datang sendiri. di dalam Islam ilham ini boleh dikenali dengan istilah "firasat" atau pun
pandangan bashirah (tembus) yang dikurniakan oleh Allah kepada para Ulama.

E. Akal

Akal adalah merupakan sumber utama pengetahuan manusia malah perbezaan antara
manusia dan haiwan adalah melalui hasil tamadun yang diusahakan oleh manusia
berpunca dari pemikiran akal manusia yang kreatif. Dengan akal manusia dapat
menimbang dan membezakan antara yang baik dan buruk walupun mungkin ianya tidak
bersifat kebenaran mutlak namun memadia untuk mengatasi masalah kehidupan
seharian. Bagaimanapun Allah menyuruh manusia menggunakan semaksima mungkin
kedua-dua daya akal dan pancaindera yang dianugerahkan kepadanya agar dapat
sampai kepada pengetahuan sahih dan kebenaran yang tidak menyesatkan. Al-Quran
banyak menyebut seruan serta galakan daripada Allah agar manusia dapat
memerhatikan alam sekeliling mereka dengan akal dan pancaindera bagi mencari
kebenaran hakiki.

F. Pancaindera
Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman, penglihatan, pendengaran dan deria
rasa juga
merupakan ilmu pengetahuan yang utamadan amat berguna bagi manusia untuk
berinteraksi
sesama manusia dan alam sekelilingnya dengan mudah dan betul. Kesemua
merupakan satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui beberapa
percubaan dan
pengalaman yang berulang-ulang.

KEPENTINGAN ILMU DALAM SESEBUAH TAMADUN


Pendidikan Islam mempunyai kekuatannya yang tersendiri kerana dengannya kita
berupaya meletakkan asas yang kukuh dalam pembinaan tamadun manusia yang
cemerlang dalam aspek duniawi juga ukhrawi. Dalam al-Quran terdapat banyak ayat
yang mengutarakan aspek pendidikan dalam pembinaan tamadun manusia, bahkan
penurunan al-Quran itu sendiri bermatlamat untuk mendidik  manusia untuk membina
sifat-sifat murni masyarakat. Proses pengajaran ilmu memainkan peranan penting
dalam pembangunan tamadun. Dalam ajaran islam didikan Tauhid memberi impak
yang besar terhadap transformasi manusia. Menurut islam, ilmu yang yang terhasil
daripada pendidikan sempurna dapat meninggikan darjat seseorang di dunia dan
akhirat. Begitu  juga  dengan  hadith  dan  sunnah  Rasulullah  saw, banyak daripada
riwayat-riwayat Baginda yang menjurus kepada kepentingan pendidikan dalam
memperkasakan tamadun ummah dan dikuatkan lagi dengan beberapa contoh tindakan
yang Baginda saw laksanakan dalam menggalakkan umat  Islam  untuk  mencintai 
ilmu  pengetahuan. 

Oleh  yang  demikian Rasulullah saw mempromosikan ilmu pengetahuan dalam


kalangan umat Islam yang bermatlamat untuk memperkasakan kualiti dan nilai tamadun
manusia. Sejarah membuktikan kejayaan tamadun islam silam lahir kerana terdapat
budaya penghayatan ilmu dalam kalangan masyarakat. Ini terbukti juga di dalam al-
quran ada menyebut ‘tuntutlah ilmu sampai ke negeri china’.

Sejarah telah membuktikan bahawa kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat
dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu
bangsa. Ini kerana ilmu akan mengangkat darjat seseorang atau sesuatu bangsa itu ke
arah kemuliaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Kepentingan ilmu ini
telah diakui sendiri oleh Rasulallah s.a.w melalui wahyu dan ilham yang disampaikan
kepada baginda yang mana ilmu sangat penting untuk kemajuan sesuatu bangsa.

Ia juga terbukti dari ajaran Islam yang telah mengangkat begitu tinggi darjat ilmu.
Dengan ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia
dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan
dengan musuh. Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah
akan menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-
perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada
dalam perkara agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi. Pelbagai jenis ilmu
yang dituntut seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu pertanian dan sebagainya
yang dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia. Orang yang berilmu
dapat mendekatkan didrinya dengan Allah kerana ilmu merupakan jalan menuju
kebahagian di akhirat. Di antara kepentingan-kepentingan ilmu dapat dijelaskan di sini
ialah :
a) Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu
bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam al-Quran yang
bermaksud : " Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah ornag-
orang yang berilmu" (al-Fathur:ayat 28)

b) Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf dikalangan manusia. Firman Allah
yang bermaksud : " Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang
tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk
hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana" (al-Zumar : ayat 9)

c) Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan
masyarakat. Firman Allah yang bermaksud : "Allah mengangkat beberapa darjat orang-
orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan" (al-Mujadalah : 11)

d) dengan ilmu manusia dapat menjalankan tugas ibadah (sama ada ibadah umum atau
ibadah khusus) dan dapat melaksanakan peranan sebagai khlifah Allah di muka bumi.
PEMBAHAGIAN ILMU DALAM ISLAM

Terdapat dua jenis ilmu dalam islam iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.
Adapun ilmu fardu ain boleh dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu:

1. Tauhid ( ilmu ketuhanan)

Ilmu tauhid adalah perkara asas kepada umat islam untuk mengetahui perkara-
perkara berkaitan akidah dan keimanan. Sebagai contoh mengetahui sifat-sifat
wajib bagi Allah SWT, sifat-sifat mustahil bagi allah SWT, mengenali malaikat dan
kejadiannya dan sebagainya.

2. Feqah (ilmu ibadah)

Ilmu feqah adalah ilmu untuk mengetahui berkaitan ibadah seperti solat, puasa,
taymmum, dan sebagainya. Hal ini penting agar ibadah yang dilakukan sah dan
diterima oleh Allah SWT. Selain itu ianya juga untuk mengetahui hal-hal yang
berkaitan dengan jual beli, menurut islam serta nikah kahwin dan hidup
berkeluarga.

3. Tasawuf

Ilmu ini membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan sifat mahmudah


(terpuji) dan sifat mazmumah (tercela)
KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11; Allah mengangkat darjat orang-orang
yang beriman dikalangan kamu dan juga yang menuntut ilmu, dan sesungguhnya Allah
mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Daripada Abu Darda’, bawahasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda:


“Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan
permudahkan jalannya ke syurga dan sesungguhnya para malaikat menguncupkan
sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang
dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon
ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada di
dalam air. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham,
yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barang siapa yang menuntut ilmu itu, maka
sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yang paling banyak.”
(Hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu
Hibban)

Kepada mereka yang selalu ke majlis ilmu, semestinya selalu mendengar hadith dan
ayat Quran di atas. Setiap kali penceramah dan muzakkir ingin memulakan kuliah dan
tazkirah mereka, mereka selalu diingatkan betapa pentingnya menuntut ilmu. Begitulah
lumrahnya, orang yang berilmu sentiasa berada di dalam kehidupan yang baik, jika ilmu
yang dipelajarinya itu benar, dan diamalkan apa yang dipelajari.

Majlis ilmu tidak terhad sahaja kepada majlis-majlis tazkirah, kuliah-kuliah di masjid,
ceramah-ceramah agama, forum hal ehwal Islam. Skop menuntut ilmu sangat luas.
Walaupun seorang yang berada di dihadapan computer ingin mencari ilmu pun dikira
sebagai menuntut ilmu. Oleh itu, tidak dapat untuk kita menuntut ilmu dimana-mana,
dan untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran daripada Allah Subhanahu wa ta’ala.

Rasulullah juga pernah bersabda; ilmu itu adalah khazanah bagi orang-orang Islam,
maka jadilah antara 4 golongan majlis ilmu yang mendapatkan keredhaan dari Allah,
dan 4 golongan tersebut ialah:

1) Orang yang bertanya; 


2) Orang yang mengajar; 
3) Orang yang mendengar; dan
4) Orang yang suka pada orang yang berada dalam majlis ilmu.

Maka jelaslah, betapa mudahnya kita untuk mendapat ganjaran dari majlis ilmu.
Dengan hanya menyukai orang-orang yang pergi ke majlis ilmu, kita dengan mudahnya
telah tergolong dalam 4 golongan yang diredhai Allah.

Dalam konteks manusia, ilmu yang dipelajari hendaklah seimbang dunia dan akhirat. Di
dalam kesibukan kita mempelajari ilmu-ilmu dunia, ilmu akhirat juga penting untuk
menjadi pelengkap kehidupan manusia. Usrah-usrah dan kuliah-kuliah adalah peluang
yang baik untuk kita seimbangkan ilmu dunia dan di akhirat. Disinilah keberkatan ilmu
dapat disemai dan yang menjadi penyuluh manusia di dunia.
FAKTOR-FAKTOR PENGGALAKKAN ILMU PENDIDIKAN DALAM SESEBUAH
TAMADUN

1) Melahirkan generasi Al-Quran

Al-Quran sebagai rujukan utama samaada aspek perundangan mahupun ilmu


pengetahuan.Melahirkan generasi al-Quran bermaksud membina masyarakat yang
mengkaji menyelidiki dan memahami segala isi kandungan al-Quran.Ini adalah kerana
di dalam al –Quran terkandung pelbagai bidang ilmu pengetahuan.anataranya ialah
astronomi, biologi, sains, perubatan dan matematik.Sungguhpun al-Quran telah
diturunkan lebih daripada 1400 tahun yanglampau namun masih banyak lagi isi
kandungan yang tidak dapat diterokai oleh manusia sehingga sekarang.Ini jelas
membuktikan bahawa sekiranya generasi al-Quran dibina maka secara tidak langsung
mewujudkan genarasi yang memebudayakan ilmu kerana ilmu itu sendiri berteraskan
al-Quran

2) Perubahan nilai dan pandangan hidup

Bagi mewujudkan ilmu yang bersepadu dalam masyarakat perlulah kepada perubahan
nilai dan pandangan hidup.Nilai dan pandangan hidup yang dimaksudkan itu mestilah
berasaskan kepada aqidah islamiyyah, sesuai dengan kejadian manusia yang
mempunyai unsure-unsur rohani dan jasmani serta peranan manusia sebagai
pemenang amanah atau khalifah danpentadbir alam.pandangan dan nilai hidup yang
perlu mengambil kira bahawa alam ini bukan sahaja bersifat material tetapi juga bersifat
non-material atau metafizik.Sistem nilai ini yang mementingkan ilmu dalam pembinaan
individu dan masyarakat.

3) Peranan Pemimpin dan Pemerintah

Pemimpin atau pemerintah juga tidak terkecuali dalam mewujudkan pembudayaan ilmu
di kalangan masyarakat.Pelbagai insentif yang boleh dijalankan oleh pihak
pemerintah.Antaranya ialah dengan memperbanyakkan program atau kegiatan-
kegiatan yang berunsurkan ilmiah tidak semata-mata hiburan.Contohnya
mempromosikan secara besar-besaran kepadan seminar-seminar dan sebagainya.Jika
di tinjau, promosi program yang berasaskan ilmiah amatlah kurang sekali jika
dibandingkan promosi album.filem, konsert artis yang diajalankan dengan
hebatnya.Situasi begini haruslah diubah oleh pihak pemerintah.Pemerintah juga boleh
meningkatkan lagi kemudahan prasarana ilmu di seluruh pelusuk daerah. Pemerintah
mempunyai kuasa yang cukup di dalam memastikan pembudayaan ilmu tidak
diabaikan.Pelbagai langkah lagi yang boleh dilaksanakan pemerintah seperti
mengadakan kempen kesedaran dan kepentingan ilmu dalam menjalani kehidupan
harian.
4) Peranan dan Kedudukan golongan ilmuan dan pendidik.

Golongan ulama (ilmuan) dan pendidik memainkan peranan penting dalam


menyedarkan masyarakat yang jahil tentang budaya ilmu.Kesedaran mereka tentang
kesepaduan ilmu sangat penting supaya peranan mereka tidak disekunderkan oleh
golongan lain seperti ahli-ahli pendidik yang mengambil kesempatan dari kelesuan
ulamak dan pendidik.Kedudukan mereka sebagai pakar rujuk dan pendidik yang
mereka bawa berteraskan aqidah islamiyyah
hendaklah mendapat tempat sewajarnya dalam masyarakat.Tugas mendidik bukan
sahaja dibebankan kepada ahli-ahli agama seperti ustaz dan ustazah, imam atau guru-
guru agama tetapi juga haruslah dilakukan oleh semua golongan.

5) Kesedaran dan Peranan ibu bapa

Proses pembudayaan ilmu bermula dari rumah dimana ibubapa mempunyai peranan
yang amat besar di dalam menghidupkan pembudayaan ilmu. Sebagai ibubapa
tindakkannya akan menjadi teladan kepada anak-anak. Oleh itu ibu bapa mestilah
menjadi role model kepada anak-anak dengan memperbanyakkan bahan bacaan dan
prasarana keilmuan yang mencukupi di dalam rumah.Contohnya menyediakan satu
bilik khas bagi tujuan rujukan dan sebagainya.Disamping itu juga ibu bapa boleh
memberi sokongan dan galakan yang berupa material ataupun moral kepada anak-
anak seperti membiayai penyertaannya di seminar atau konvensyen

6) Kemudahan pembelajaran yang Baik dan sempurna

Kemudahan dan kelengkapan yang baik dan sempurna serta terkini sangatlah
diperlukan dalam mewujudkan suasana atau keadaan yang selesa dalam proses
pembelajaran. Institusi-institusi pendidikan dari peringkat rumah ke institusi pengajian
tinggi hendaklah dilengkapi dengan kemudahan yang tercanggih supaya murid-murid
dan pelajar-pelajar tidak ketingggalan maklumat dalam melahirkan budaya ilmu
KESAN PENGABAIAN ILMU PENDIDIKAN DALAM SESEBUAH TAMADUN

 Kata Dr.Aidh Al-Qarni, "Kehidupan seorang penuntut ilmu bagaikan sebuah kebun, di
dalamnya terdapat berbagai macam pohon, bunga, buah-buahan dan sungai yang
selalu mengalir. Adapun kehidupan seorang yang bodoh dan tidak mahu belajar
bagaikan padang pasir yang gersang, panas dan menakutkan". Padang pasir yang
gersang tidak dapat menghasilkan apa-apa. la mengeluarkan bahang panas dan sang
serigala pun sukar hidup di sana. Itulah ibarat orang tidak dapat menguasai ilmu yang
berguna.

Kiasan yang dikemukakan oleh Dr. Aidh Al-Qarni di dalam bukunya, "Cahaya Agama"
(Hakadza Haddastanaz-Zamaan), cukup indah dan tepat tatkala beliau membicarakan
perihal penuntut yang rajin belajar (dan mendapat ilmu) dengan penuntut yang malas
belajar (dan tidak mendapat ilmu). Sukar sekali mereka itu untuk meningkatkan diri
sendiri apa lagi untuk membangun masyarakat dan negara. Sebaliknya orang yang
berilmu dan memanfaatkan ilmu bakal memakmurkan alam seluruhnya.

Allah menggambarkan orang yang mempunyai ilmu dengan yang tidak seperti orang
yang buta dan orang yang melihat. Dalam Qur’an surat Al Fathir ayat 19 – 22 Allah
berfirman: “dan tidaklah sama oang yang buta dengan orang yang melihat. Dan tidak
(pula) sama gelap gelita dengan cahaya. Dan tidak (pula) sama yang teduh dengan
yang panas. dan tidak (pula) sama orang yang hidup dengan orang yang mati.
Sesungguhnya Allah memberikan pendengaran kepada siapa yang dikehendakiNya
dan kamu sekali kali tiada sanggup menjadikan orang yang di dalam kubur dapat
mendengar.”

Demikian Allah menggambarkan orang yang tahu mengenai ilmu agama dengan orang
yang tidak tahu. Itulah sebabnya kita harus mengkaji ilmu agama agar termasuk
kedalam orang orang yang medapat petunjuk. Maka dari itu, mengkaji agama
hukumnya wajib bagi setiap muslim, dan yang pasti yang kita kaji adalah Al Qur’an dan
as Sunnah.
Masyarakat yang tidak berilmu akan menyebabkan runtuhnya sesebuah negara. hal ini
kerana, tanpa ilmu, negara akan menjadi mundur, masyarakat akan hidup dalam zaman
kegelapan kerana ilmu itu adalah cahaya, cahaya yang menyuluh kepada kegelapan.
Oleh yang demikian, maka islam mewajibkan umatnya untuk menuntut ilmu. Selain itu,
masyarakat yang tidak berilmu juga akan mudah ditipu oleh masyarakat lain.
Sebagaimana yang kita ketahui, musuh kita disebelah barat senantiasa menintip
kelemahan-kelemahan umat islam dan menunggu masa untuk menghancurkan kita.

Dalam era globalisasi ini kita dapat lihat betapa masyarakat bukan islam telah maju ke
hadapan dalam memiliki ilmu pengetahuan. Mereka telah berjaya menemui inovasi baru
serta kejuruteraan yang hebat yang mampu mengalahkan umat Islam. Itu adalah
hakikat yang perlu diterima dan disedari oleh setiap umat Islam.
Masyarakat yang tidak berilmu juga akan sentiasa dipandang rendah oleh masyarakat
lain. Mereka tidak akan dihormati, dan akan dipandang hina kerana ketiadaan ilmu
pada mereka. Demikianlah sebagaimana Allah menerangkan beza antara orang yang
berilmu dan tidak berilmu, kerana orang yang berilmu akan berada pada darjat yang
tinggi, sedangkan orang yang tidak berilmu akan berada pada darjat yang rendah.
KESIMPULAN

Lihatlah betapa tabah dan cerdik para cendikiawan dan para ilmuan Islam dalam
mencernakan ilmu yang dipelajari untuk dicanang dalam kehidupan seharian, dengan
berjaya mencipta pelbagai kemudahan untuk kegunaan manusia pada zaman tersebut.
Betapa cekal dan sabar mereka melakukan ulangan serta kajian berterusan sehingga
beratus-ratus kali percubaan eksperimen, dan tidak berputus asa walaupun ada
kalanya mereka terpaksa menerima hakikat yang sedikit mengecewakan di akhir
perjalanan.
Namun bagaimana pula kita melihat kesungguhan mahasiswa pada zaman
ini,adakah sama dengan apa yang telah dipertontonkan oleh mereka? Jentik hati tanya
iman.
Justeru itu, semangat dan perjuangan perlulah dimulakan pada saat ini. Terutama
dikalangan para ilmuan, di mana mereka tidak perlu alpa, dan leka serta membuang
masa dengan hanya berpeluk tubuh bagaikan ‘orang tidur disorokan bantal’ tanpa perlu
berusaha mencari kelainan dalam memahatkan sejarah pada catatan diri sendiri yang
bisa menjadi sebutan masyarakat disekeliling.
Umat Islam perlulah berhenti menyalahkan orang lain sepanjang hidup mereka.
Sikap inilah yang akan melemahkan kekuatan umat Islam itu sendiri serta membatutkan
usaha-usaha untuk membangunkan kembali ketamadunan silam. Kerana sikap inilah
juga akan mencetuskan perpecahan sesama mereka dengan berlaku perkara-perkara
yang merugikan keseluruhan umat Islam. Inilah usaha-usaha yang telah ditabur oleh
barat yang dirancang secara terperinci, halus dan rapi untuk melihat Islam terus
ketinggalan dan luput dari sejarah kegemilangan terdahulu. Maka hendaklah umat
Islam itu berubah secara keseluruhan dan sedar dari lamunan yang berpanjangan,
dengan bangkit memberi sumbangan sosial, tenaga, buah fikiran, dan berkorban dalam
satu barisan serta menggembleng arah tuju yang sama lagi mantap. Jalan-jalan inilah
yang akan menyelamatkan mereka dari terjatuh ke dalam lubang-lubang kehinaan dan
kemunduran yang telah diciptakan oleh pihak barat.
Sejak kejatuhan pemerintahan Kerajaan Islam Uthmaniah secara rasminya
kepada rejim yahudi Mustapha Kamal Attartuk pada tahun 1924M sehinggalah
kini,bermakna sudah hampir 87 tahun umat Islam kehilangan arah tuju dalam erti kata
yang sebenar, dan masih lagi di dalam kerabaan malam yang bersuluh malap mencari
jalan pulang. ”Bagaikan hilang tempat berpaut”,  suatu ungkapan bidalan yang cukup
sinonim dengan situasi sekarang, sesuai menggambarkan keadaan umat Islam selepas
keruntuhan sistem pemerintahan terakhir umat Islam sejak dari zaman pemerintahan
agung Baginda Nabi Muhammad saw. Dalam kejatuhan yang tiada berpenghujung,
pihak barat telah mengaburi umat Islam dengan pelbagai usaha dan dakyah dalam
usaha untuk memesongkan cara berfikir umat Islam,dan yang lebih jauh lagi
memesongkan akidah yang tulen dengan menyogok fahaman sekular yang
berkonsepkan pemisahan agama dari urusan kehidupan dan pemerintahan. Maka
jelaslah, pihak barat telah berjaya memisahkan kebanyakan umat Islam dari
mempunyai minat dan kesungguhan di dalam menguasai ilmu-ilmu Islam, sains dan
teknologi.
Menghadapi cabaran barat seharusnya menjadi agenda utama umat Islam
disamping tidak meninggalkan perkara-perkara penting yang lain. Bersatu di bawah
satu matlamat bagi mendaulatkan Islam di bawah satu panji berlatarbelakangkan
konsep Islamiah dalam kehidupan. Umat Islam perlu memperkasakan diri mereka
dengan kepelbagaian ilmu dan kebolehan terutama yang berkait rapat dengan jalur
lebar teknologi, penyiaran, bidang kejuruteraan, sains, biologi, bio-kimia, angkasa lepas
(astronomi), dan sebagainya. Tanpa mengalpakan ilmu-ilmu yang lain yang terlebih
utama, seperti ilmu-ilmu fardhu ain dan segala macam ilmu dalam agama yang
berkaitan Fekah, Tafsir, Hadith, Bahasa Arab, dan sebagainya. Dengan peranan ilmu
inilah yang akan menjadi pelita sebagai garis panduan kita menuju Allah Taala.
RUJUKAN

1. http://tentangilmupendidikan.blogspot.com/2014/04/5-peranan-ilmu-dalam-
membangun.html
2. http://azizharjinesei2015oktober.blogspot.com/2015/10/konsep-ilmu-dalam-tamadun-
islam.html
3. PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM (Edisi Ringkasan)

Anda mungkin juga menyukai