Anda di halaman 1dari 12

BAB 2 : ULUM SYARIYYAH - (SYARIAH ISLAM)

T.7 BAB 2 Isu-isu Semasa Syariah Islam


i. Amalan muamalat Islam
ii. Perubatan

SINOPSIS

Menjelaskan kepada pelajar mengenai sistem kewangan Islam (pinjaman, saham,


takaful) dan isu-isu perubatan (ubatan, pemindahan organ dan pembedahan
kosmetik)

.HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar dapat menerangkan hukum isu syariah Islam dalam perkara berikut :

i. sistem kewangan Islam (pinjaman, saham, takaful)


ii. Perubatan (ubatan, pemindahan organ dan pembedahan kosmetik)

ISI PEMBELAJARAN

ISU-ISU SEMASA SYARIAH ISLAM

Al Qard atau Pinjaman:

Al Qard ialah penyerahan sesuatu barang atau harta


daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat
barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya
akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang
penambahan.
JENIS-JENIS HUTANG

1.Al A’riah: pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman
kepada peminjam bagi tujuan penggunaan manfaat barang atau harta tersebut secara percuma

2.Al Qard: ialah pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau
komoditi yang boleh dianggarkan dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau
timbangan.

Orang yang berhutang mempunyai tanggungjawab untuk memulangkan barang yang


sama atau serupa dengan apa yang dipinjam tanpa apa-apa tambahan terhadap harta
yang dipinjam itu. Sebarang tambahan terhadap barang atau wang yang diberi pinjam
adalah ditegah dalam Islam kerana ia dianggap sebagai riba

Dalil Pengharaman
riba

ِّ ‫ َوأ َ َح َّل هللاُ البَ ْي َع َوح ََّر َم‬Maksud Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga)
Firman Allah ‫الربَوا‬
dan mengharamkan riba Surah Al baqarah ayat 275

Maka setiap penambahan atau faedah ke atas hutang disebabkan peminjam lewat
menjelaskan hutang atau faedah yang ditetapkan pada awal kontrak pinjaman,
kedua-duanya adalah riba yang diharamkan oleh hukum syara

RUKUN PINJAMAN

1. Orang yang memberi pinjaman


2. Orang yang meminjam
3. Barang yang dipinjamkan
4. Lafaz (aqad)
SYARAT ORANG YANG MEMBERI PINJAMAN

i. Orang tersebut mempunyai hak dan kuasa ke atas barang yang dipinjamkan.
ii. Berakal dan baligh
iii. Kerelaan sendiri
iv. Manfaat dan kegunaan barang yang dipinjamkan di bawah kekuasaannya.
v. Bersetuju dengan tujuan dan tempoh pinjaman yang dipohon oleh peminjam.

SYARAT ORANG YANG MEMINJAM

i. Berakal dan baligh


ii. Mengetahui dalam mengendalikan barang pinjaman dengan betul bagi
tujuan keselamatan
iii. Memulangkan barang pinjaman setelah tamat tempoh pinjaman/ perjanjian

Isu-isu berkaitan Pinjaman

1. “Wang faedah yang diperolehi dari bank atau institusi kewangan adalah haram
digunakan untuk diri sendiri tetapi hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.”

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan 1993

2. Caj perkhidmatan 3% PTPTN adalah tidak menyalahi syara, dengan syarat ia


adalah kos sebenar pengurusan teknikal, Manakala caj yang dikenakan melebihi
kos sebenar adalah haram.

Majlis Fatwa Kebangsaan & Majlis Fiqh Sedunia dibawah OIC

3. Tidak harus menggunakan kad kredit konvensional di waktu kewujudan Kad


Kredit Islam. Denda kelewatan melangsaikan bil wajib minima yang dikenakan
kepada pemegang kad kredit konvensional adalah haram kerana terdapat unsur
Riba An-Nasiah

Kesatuan Fiqh Antarabangsa OIC 2000


Qard Al-Hasan

- Transaksi pemberian hutang atau pinjaman wang yang bebas daripada unsur
riba dan mengutamakan kebajikan dan keadilan sosial.
- Hukumnya adalah sunat
- Nilai Qard al-Hasan lebih baik daripada pemberian sedekah bersandarkan
hadith Nabi S.A.W:
“Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda”.
Rasulullah bertanya kepada Jibrail, “Kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya
daripada sedekah?” Jawabnya, “kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan
meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang meminta pinjaman
tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan“. (Ibn Majah dan
Baihaqi).

Contoh pelaksanaan Qard Hasan di Malaysia

i. Amanah raya
ii. Skim pajak gadai Islam atau al-rahnu
iii. Koperasi yang menawarkan skim pinjaman kewangan dan pembiayaan
untuk menunaikan haji atau umrah

SAHAM

Saham ialah sejumlah unit pemilikan pelabur dalam syarikat perkongsian/awam,


yang berbeza keadaannya dengan jumlah bahagian modal dalam syarikat .

HUKUM SAHAM ADALAH HARUS JIKA:

o saham tersebut bebas daripada riba’


o pelaburan saham bukanlah di dalam syarikat korprat atau perdagangan yang
berurus niaga dalam perkara-perkara haram
o saham yang dibeli mestilah tidak mempunyai unsur spekulasi
RUKUN SAHAM

pemegang saham
pinjaman
kadar tertentu daripada keuntungan syarikat

HUKUM URUSNIAGA SAHAM SESUATU


SYARIKAT
a) Syarikat yang aktivitinya halal.
Hukumnya harus bermuamalah dengan saham syarikat ini tanpa sebarang khilaf.

b) Syarikat yang aktivitinya haram.


Seperti bank yang mengamalkan riba, syarikat pembuatan arak dan sebagainya.
Hukumnya haram secara ittifaq.

c) Syarikat yang aktivitinya syubhat.


Syarikat yang mengeluarkan perkhidmatan dan barangan yang halal, tetapi
kadangkala bermuamalah dengan uruniaga yang haram , seperti syarikat
barangan elektrik, ubat-ubatan, kenderaan dan lain-lain yang membiayai aktiviti
syarikat dengan pinjaman ribawi atau urusniaga yang melibatkan riba.

Khilaf ulama :
- Pendapat pertama : Haram bermuamalah dengan saham syarikat ini selagimana
tidak 100% halal.
- Pendapat kedua : Harus bermuamalah dengan saham ni tetapi dengan syarat,
berdasarkan kaedah fiqh dan nas yang terbina di atas asas memudahkan dan
mengangkat kesusahan
- Pendapat ketiga : Makruh pendapat As-Syafie , Imam Ahmad dan lain-lain

Pendapat yang rajih ialah tidak harus bermuamalah dengan urusniaga haram
melainkan terpaksa.
Isu-Isu Saham & Pelaburan

ISU BERKAITAN ASB & ASN

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah mengesahkan harus melabur dalam saham
tersebut dan dividenya adalah halal kerana (kemaslahatan). Namun Majlis Penasihat
Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengatakan kaedah dan implementasi ASB dan
ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf patuh syariah.
(37% adalah tidak halal)

SAHAM WAQAF

Harus bagi seseorang untuk melaburkan sejumlah wang dan kemudian mewaqafnya
untuk kegunaan ramai atau apa-apa organisasi , Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia

PELABURAN EMAS DI BANK

Syarat yang perlu dipatuhi :


i. Pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank
tersebut,jika tidak ada haram dan terbatal
ii. Haram dan batal jika emas belum atau tidak diterima serta merta ketika
membuka akaun pelaburan emas itu.
iii. Pelabur/pembeli mestilah mempunyai hak tasarruf bila-bila masa
dikehendakinya.

Syarat Tambahan:
1- Tidak digunakan untuk aktivti riba
2- Jumlah emas mencukupi ketika transaksi, wujud jumlah emas mencukupi
ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
3- Cara pembayaran yang halal tunai, debit akaun sertamerta, kad debit kad
kredit Islam bank tempatan, cek tempatan. Cek antarabangsa kad kredit Islam
yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah terlarang menurut
fatwa majlis fiqh antarabangsa
4- Pemegang akaun pelaburan emas mestilah membayar zakat

TAKAFUL MENURUT ISLAM

Takaful merupakan satu usaha kerjasama, lindung-melindungi dan tolong-menolong


di antara anggota masyarakat yang menginginkan perlindungan dalam menghadapi
kemungkinan malapetaka atau bencana.

Dalilnya
“Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam melakukan kebaikan dan taqwa dan
janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa dan perseteruan”.
Al-Maidah ayat 2

PERJANJIAN PELAN TAKAFUL

i. Pembahagian keuntungan secara betul ( Konsep Mudharabah).


ii. Syarikat Takaful melabur di tempat yang halal, sebahagiannya disumbangkan
bagi menolong rakan-rakan peserta yang ditimpa kesusahan atau malapetaka.
iii. Manfaat yang akan peserta perolehi daripada skim dan pelan berkenaan.
Isu-isu Perubatan

Adakah boleh berubat menggunakan benda haram seperti arak .

i) Imam Malik dan Ahmad mengharamkan perubatan menggunakan


benda haram.

ii) Imam Abu Hanifah mengharuskan perbuatan tersebut

iii) Ulama Syafie mengharuskan dengan meletakan beberapa syarat.


a. Hendaklah perubatan yang menggunakan benda haram tersebut
ditentukan sendiri oleh seorang doktor muslim yang dikenali
sebagai seorang yang amanah ,bercakap benar dan mengambil
berat terhadap agamanya.
b. Tidak ada cara lain untuk mengubati penyakit seseorang kecuali
yang haram,dan hendaklah tidak diniatkan menggunakan benda
tersebut sebagai halal ketika mengubatinya dan tidak
menggunakanya secara kadar yang berlebihan.

HUKUM PEMINDAHAN ORGAN

Menurut Fatwa Majlis Majma Fiqh:

Memindahkan organ seseorang pesakit dari satu bahagian dari tubuhnya ke


bahagian lain tubuhnya juga. Hukumnya : HARUS, dengan syarat :

i. Kepastian manfaat yang bakal diperolehi adalah lebih tinggi dari mudarat
yang mungkin menimpa hasil pemindahan.

ii. Pemindahan tersebut tidak menyebabkan mana2 anggota yang diambil,


hilang upaya dari menjalankan fungsi asalnya.

Memindahkan organ seseorang pesakit pesakit lain. Hukumnya : HARUS , dengan


syarat :
i. Ia terdiri dari anggota yang akan pulih dan boleh tumbuh semula seperti
darah dan kulit.
ii. Mestilah penderma mempunyai keahlian dari sudut umur dan aqal dalam
membuat keputusan tersebut.
Memanfaatkan sebahagian angggota yang dipisahkan dari tubuh kerana
keperluan akibat sakit tertentu, lalu didermakannya untuk orang lain. Seperti
Kornea mata

Hukumnya : HARUS dengan syarat-syarat manfaat melebihi mudarat.

Memindahkan Organ yang boleh menyebabkan kematian penderma seperti Jantung


Hukumnya : HARAM

Memindahkan Organ yang boleh menghilang-upayakan fungsi anggota tersebut


dari tugas utamanya dalam keadaan tidak mengancam nyawa penderma. Seperti
derma kornea mata kedua-duanya, kedua-dua tangannya. Hukumnya : HARAM,
kiranya didermakan hanya sebelah kornea, terdapat khilaf di kalangan fuqaha, yang
lebih kuat adalah Haram kecuali kiranya tersangat diperlukan.

Memindahkan anggota mayat kepada seorang yang hidup yang hidupnya


bergantung kepada anggota itu. Hukumnya : HARUS, dengan syarat mendapat
keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas matinya atau izin
pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya.

Memindahkan organ binatang kepada manusia Hukumnya: HARUS, dengan


syarat haiwan yang
halal di makan dagingnya.

Menjual Organ-organ yang ingin dipindahkan atau penderma mengambil bayaran


yang ditetapkan hasil organnya

Hukumnya: HARAM, kecuali jika si penerima @ mana-mana pihak ketiga memberi


hadiah secara sumbangan penghargaan tanpa ditetapkan sebelumnya.
Menyambung anggota yang putus akibat Hukum Hudud dan Qisas Hukumnya:

a) HARAM dalam kes Hudud untuk menyambung anggota semula kerana bercanggah
dengan maqsud pelaksanaan syariah. Kecuali dalam kes tersilap (Khata’)

b) Dlm Kes Qisas : HARUS hanya dalam keadaan :-


i- Mangsa mengizinkan penyambungan dibuat selepas dilaksanakan qisas
ii- Apabila mangsa boleh disambung anggotanya yang terputus.

Pembedahan kosmetik

Pembedahan kosmetik atau lebih dikenali sebagai pembedahan plastik mula dikenali
pada pertengahan era perubatan moden. Pembedahan plastik ini merangkumi dua
keadaan iaitu:

PERTAMA : Pembedahan untuk merawat pemandangan luaran manusia yang disebabkan keaiban atau
kecacatan semulajadi yang berlaku atau disebabkan oleh faktor luaran seperti kemalangan dan kebakaran.

KEDUA : Pembedahan yang bertujuan untuk menambahkan kecantikan luaran manusia berdasarkan
kehendak nafsu semata-mata seperti membesarkan atau mengecilkan buah dada, menegangkan kulit dan
sebagainya.

Hukum pembedahan

i- Jumhur Ulama Fiqh kontemporari mengatakan harus.


ii- Sebahagian kecil daripada ahli-ahli Fiqh berpendapat haram kerana mengubah ciptaan
i- .
Allah

Pembedahan untuk merawat segala keaiban yang menyakitinya atau menyebabkan lambat pergerakanya
sekali pun terpaksa mengubah kejadian Allah adalah tidak dilarang oleh syarak.

Maka harus seseorang itu :

-Membuang gigi yang lebih pada mulutnya


-Memendekan segala yang panjang yang ada ditempat yang berlainan pada badan
-Menghilangkan lemak yang berlebihan dalam perut sekiranya memudaratkan tuan tubuh
-Membaik pulih kulit yang terbakar sama ada dengan menggunakan kulit yang diambil di
tempat lain atau dengan menggunakan sesuatu bahan yang diharuskan oleh syarak.
-Membuang payudara bagi wanita disebabkan kanser.
Pembedahan kosmetik @ solekan yang dilarang :

-Menipiskan bibir mulut ,hidung,


-Membesarkan payudara
-Membelah gigi
-Mewarnakan uban tanpa sebarang keperluan dengan celupan yang tidak dibenarkan ,
-Memakai kanta lekap yang bewarna warni bukan untuk perubatan .
-Menghilangkan anak-anak rambut yang ada dipipi bagi wanita
-Menipis atau membuang bulu kening.
-Memanjangkan rambutnya dengan memakai rambut palsu.

AKTIVITI

Bincangkan perkara perkara berikut:

1. Peranan waqaf dalam bidang pendidikan


2. Hukum mengubah ciptaan Allah
3. Lelaki lembut: Punca dan penyelesaiannya

Anda mungkin juga menyukai