Anda di halaman 1dari 7

BAB 2 ULUM SYARIYYAH - (AKHLAK ISLAM)

T.8 BAB 2 Konsep Akhlak:

i. Definisi akhlak
ii. Ciri-ciri akhlak Islam
iii. Dalil-dalil akhlak
iv. Kepentingan akhlak

SINOPSIS

Menjelaskan kepada pelajar mengenai definisi, ciri-ciri, dalil-dalil (Al-Ahzaab: 33, al-
Qalam:4) dan kepentingan akhlak Islam

HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar dapat menerangkan hukum isu syariah Islam dalam perkara berikut :

1. Definisi akhlak
2. Ciri-ciri akhlak Islam
3. Dalil-dalil akhlak
4. Kepentingan akhlak

ISI PEMBELAJARAN

KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM

Ilmu yang membahaskan


Nilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu

- bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan


- serta mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi
- bertujuan untuk membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi
- bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).
PENGERTIAN AKHLAK

Bahasa Istilah

(al-akhlaaku) jama sifat yang tertanam di


(alkhuluqu) bererti dalam diri yang dapat
tabiat,kelakuan, perangai, mengeluarkan sesuatu
tingkahlaku, maruah, adat perbuatan dengan mudah
kebiasaan. tanpa pemikiran, penelitian
dan paksaan.

(al-khalqu) bererti kejadian, Apabila perbuatan yang


ciptaan, dan juga terkeluar itu baik dan terpuji
bermaksud kejadian yang menurut syara dan aqal,
indah dan baik. perbuatan itu dinamakan
akhlak yang mulia.
Sebaliknya apabila terkeluar
(al-khulq) di dalam Al-Quran dua perbuatan yang buruk, ia
tempat sahaja, dinamakan akhlak yang
Al-Qalam:4 dan al-ahzab: 21 buruk.

PENGERTIAN OLEH SARJANA ISLAM

Imam Ghazali
radiAllahu anhu Ibn Miskawaih,
ahli falsafah Islam
AKHLAK - suatu
keadaan yang AKHLAK - jiwa yang
tertanam (sebati) di mendorong ke arah
dalam jiwa yang melahirkan perbuatan
menampilkan tanpa pemikiran dan
perbuatan-perbuatan penelitian.
dengan mudah tanpa
memerlukan pemikiran
dan penelitian.
AKHLAK MENURUT ISLAM

satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia bagi
membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah
ditetapkan oleh Allah

suatu system yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia ,interaksi hidup antara
manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, juga
dengan alam sekitar.

Hablun minallah Hablun minanas

DALIL TUNTUTAN BERAKHLAK

Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa


Tujuan utama baginda diutuskan adalah untuk membentuk akhlak yang mulia.

“Sesungguhnya aku hanya diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”


maksud hadith

Firman Allah: Surah al-Qalam(68): 4


“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.”

Firman Allah: Surah al-Ahzab (33):21


“Demi sesungguhnya, bagi kamu pada diri Rasulullah itu adalah contoh ikutan yang
baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan
baik) pada Hari Akhirat…..”

Sebagai umat Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam, kita semua dituntut agar
menjadikan baginda sebagai idola dan suri teladan yang paling utama.
KEPENTINGAN AKHLAK

1. Pemberat neraca timbangan


Perkara yang akan diambil kira oleh Allah di hari pembalasan nanti.

2. Mencerminkan keimanan
Cerminan keimanan seseorang , iman yang sempurna akan memprodukkan akhlak
yang mulia

3. Simbol tamadun manusia.


Symbol atau mercu tanda pencapaian , berjaya atau tidaknya sesuatu umat dalam
melakukan proses kemajuan dan pembangunan.

4. Pemangkin perubahan
Krisis yang dihadapi oleh dunia adalah merupakan kejiwaan dan kerohanian

CIRI-CIRI AKHLAK ISLAM

Mutlak tidak boleh dipinda atau diubahsuai,

engkap
semua aspek kemanusiaan - rohaniyyah,
Lengkap
Menyeluruh jasmaniyyah dan aqliyyah
Menyeluruh

seluruh individu tanpa mengira keturunan,


Menyeluruh
warna kulit, pangkat, tempat, dan masa.

Memenuhi rohaniyah dan jasmaniyyah


Seimbang aqliyyah, dan antara kehidupan dunia dan
akhirat.

Mencakupi suruhan tidak boleh mengutamakan atau


dan larangan mengabaikan salah satu - samada
suruhan atau larangan

Bersih dalam cara dan metod perlaksanaan menurut


perlaksanaan kehendak Islam.
FUNGSI AKHLAK

AKHLAK ISLAM

Mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan manusia

1. Segala tindakan manusia, secara sedar dan dengan ikhtiar


2. Mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan.
3. Nilai akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa dan yang baik akan di balas
baik

Menilai perilaku, perbuatan dan tindakan manusia yang dilakukan dalam lingkungan
dan suasana berikut

1. Dilakukan secara sedar dan niat.


2. Dilakukan dengan ikhtiar sendiri
3. Dilakukan dengan sengaja, tidak lupa atau tersalah

Aspek penilaian akhlak Islam meliputi


hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar,
hubungan dan tanggungjawab dengan diri sendiri dan sebagainya,
PERBEZAAN ANTARA AKHLAK DAN MORAL

AKHLAK MORAL
Bahasa Arab bererti perangai, tingkah Bahasa latin moralis atau mores iaitu
laku, perilaku, tatasusila dan budi jamak kepada perkataan mos bererti
pekerti kebiasaan iaitu perbuatan, budi
pekerti dan perangai

Prinsip utama; pembinaan akhlak Merupakan tindakan lahiriyyah


dan rohaniah manusia antaranya lain: manusia dalam hubungan sesama
Beriman kepada Allah manusia berdasarkan kepada
Membenarkan risalah pemikiran dan pandangan umum
Muhammadiyyah dan dalam sesuatu kumpulan,
mengamalkannya serta masyarakat, pada sesuatu
menjadikannya uswah hasanah kumpulan, masyarakat, pada
Membenarkan Al-Quran Al-Karim sesuatu masa dan tempat tertentu
dan As-Sunnah beserta dengan
mengamalkan dan berakhlak
dengan perintah dan arahan
kedua-duanya
Niat baik dan benar dalam
melaksanakan tingkah laku yang
baik
Sentiasa prihatin terhadap hukum
halal haram

Menilai perbuatan manusia menurut Nilaian bersifat relatif, subjektif dan


ukuran Al-Quran dan As-Sunnah, temporal. boleh berubah menurut
sesuatu lingkungan pemikiran,
suasana dan tempat
AKHLAK YANG AGUNG

Bagi seorang Muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri Nabi
Muhammad sallallahu alaihi wasallam kerana sifat-sifat dan perangai yang terdapat pada
diri Baginda adalah sifat-sifat yang terpuji dan merupakan uswah hasanah. Iaitu contoh
tauladan terbaik bagi seluruh kaum Muslimin. Allah subhaanahu wa taaala sendiri memuji
akhlak Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam di dalam Al-Quran sebagaimana
firmanNya:
Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung. (Al-Qalam:4)

Dasar akhlak Islamiyyah terkandung di dalam risalah yang dibawa oleh Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam. Risalah itu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah yang
dimanifestasikan oleh perbuatan dan cara hidup Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
sendiri.
Perilaku dan cara hidup Rasulullah itu menjadi ikutan dan contoh tauladan untuk
kesempurnaan hidup manusia.

Info akhlak
1. Pakaian : Menurut Islam pakaian bagi seseorang muslim mestilah menutup aurat.
Seandainya mereka tidak menutup aurat maka ia telah dianggap sebagai orang yang
tidak berakhlak kerana telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah
swt. Berbeza dengan moral, jika seseorang itu mendedahkan aurat tetapi masih
mempunyai perlakuan yang baik, maka mereka masih dianggap bermoral oleh
sesetengah pihak.

2. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan : Fenomena seumpama ini sudah
menjadi suatu lumrah bagi masyarakat di Barat dan masyarakat kita. Berdasarkan
penilaian Barat perkara ini masih dianggap bermoral, sebaliknya jika dilihat dari sudut
akhlak Islam, perlakuan sedemikian sudah dianggap tidak berakhlak.

3. Bersalaman : Bersalaman di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya


adalah haram menurut Islam walaupun tujuannya untuk merapatkan hubungan.
Tetapi perkara ini dibolehkan dalam sistem moral.

AKTIVITI

1. Senaraikan antara akhlak yang baik dan buruk sepanjang pemerhatian anda di
kolej.

Anda mungkin juga menyukai