Anda di halaman 1dari 5

T.

4 BAB 1 SUMBER ILMU


1) Sumber ilmu dalam Islam
2) Konsep wahyu, akal dan indera

SINOPSIS
Menjelaskan kepada pelajar mengenai sumber ilmu dalam Islam dan
konsep wahyu, akal dan indera.

HASIL PEMBELAJARAN

i. Menjelaskan sumber ilmu dalam Islam


ii. Menjelaskan konsep wahyu, akal dan indera

ISI PENGAJARAN
Sumber ilmu
1. Wahyu

1.1 Al-Quran

Maksud al-Quran

Wahyu yang disampaikan kepada nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril a.s.

1.2 Al-Hadith
Maksud Hadith

Hadith ialah sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w sama ada perkataan,
perbuatan , sifat atau taqrir (persetujuan) baginda Rasulullah.

Kedudukan Hadith Sebagai Sumber Ilmu

Walaupun pada dasarnya hadith adalah ucapan Rasulullah, namun ia sebenarnya


adalah wahyu daripada Allah. Maknanya daripada Allah, cuma dituturkan oleh
Rasulullah melalui susunan bahasa baginda sendiri. Sebagaiman firman Allah dalam
surah al-Najm ayat 3-4,

bermaksud: “Dan (Muhammad s.a.w) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung


dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang
diperkatakannya itu (Quran atau Hadith) tidak lain adalah wahyu yang diwahyukan
kepadanya”.

Surah al-Nisa’ ayat 80, bermaksud;


:” Sesiapa yang taat kepada Rasul s.a.w. maka sesungguhnya ia taat kepada Allah”.

Peranan Hadith

Al-Hadith adalah sumber ilmu yang kedua selepas al-Quran

1. Menjadi penghurai dan pentafsir kepada ayat-ayat al-Quran yang bersifat


mujmal.
2. Sebagai penguat atau penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat dalam
al- Quran.
3. Mengkhususkan ayat-ayat al-Quran yang bersifat umum
4. Menjadi rujukan sekiranya tidak terdapat nas al-Quran dalam satu-satu
masalah.
2. AKAL

Genius

Akal adalah mahkota kepada manusia. Antara peranan yang dimainkan oleh akal
manusia antaranya:

1. Dapat membezakan antara kebenaran dan keburukan


2. Dapat menerokai penemuan-penemuan baru.
3. Dapat mengangkat martabat manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi
ini.
4. Dapat menginsafi dan menyedari hakikat jati diri.
5. Dapat berfikir dan merenung ciptaan Ilahi untuk menghampir diri kepadaNya.

Hubungan Akal Dengan Wahyu

Keperluan antara wahyu dan akal dalam memahami agama boleh diibaratkan seperti
lampu dengan bateri. Kedua-dua itu sama penting untuk memberi cahaya dan
panduan kepada manusia. Berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk
mencari makna, mencari pemahaman, membuat pertimbangan, membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah. Kemampuan dan kepintaran manusia adalah tidak sama.
Ada yang diberi kekuatan akal dan bakat yang istimewa dan ada yang sebaliknya.

Akal manusia macam payung terjun, apabila terbuka baru ia berfungsi! bukalah minda
anda!

Kemampuan Akal

Wahyu adalah tapak tempat untuk akal berfikir, laksana kapal di lautan biar sekuat
mana gelombang yang melambung, ia tetap berpandukan kepada kompas untuk
sampai ke destinasi. Biar apa pun bentuk fikiran yang dihadapinya ia tetap teguh
berpegang kepada prinsip Islam. Fikirannya tidak akan sesat kerana neraca
pertimbangannya jelas, tetap dan kukuh. Melalui wahyu, kemampuan akal dikenal
pasti. Tidak semua perkara mampu dicapai dengan akal. Bila tiba ke tingkat tertinggi
pencapaian akal, manusia berpindah pula kepada renungan mata batinnya untuk
melihat dan meninjau. Rujukannya pada waktu itu adalah wahyu.

Wahyu menyifatkan orang-orang yang tidak menggunakan perasaan dan akal mereka
adalah seperti binatang. Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 22,

bermaksud; ” Sesungguhnya ternakan yang paling jahat di sisi Allah iaitu manusia yang
bisu, tidak pandai menggunakan akal.”

Keterbatasan Akal

Pertama: Faktor waktu dan tempat. Oleh kerana itu, akal manusia sentiasa bertanya,
bila?, di mana?, bagaimana? dan sebagainya.

Kedua: Ketidakmampuan akal memastikan salah satu daripada dua kemungkinan


mengenai sesuatu di atas dunia ini; contohnya ramalan hujan dan sebagainya

Imam Syafe’i pernah berkata:

“Sesungguhnya akal fikiran manusia sangat terbatas jangkauannya, sebagaimana terbatasnya


indera penglihatan kita”.

3. INDERA

Setiap orang mempunyai kekuatan indera yang tersendiri. Namun ransangan-ransangan,


bukan datang dari dalam dirinya sendiri sahaja, tetapi juga dari luar. Indera manusia ini
memiliki unsur yang menghubungkannya dengan dunia luar. Dengan adanya elemen
tersebut, indera sanggup menjangkau serta menjalin hubungan dengan alam sekitarnya.
Indera itu dinamakan pancaindera, meliputi indera penglihatan, pendegaran, bau, rasa
dan sentuhan. Kelima-lima indera itu mempunyai kaitan dengan alam kejiwaan yang
bersifat emosional, seperti perasaan benci, cinta, senang, marah, juga sifat sesuatu benda
seperti panas, sejuk dan sebagainya.
Indera Sebagai Sumber Ilmu

Ilmu daripada sumber indera boleh diperolehi melalui pengalaman, pembacaan,


ujikaji, penyelidikan, pengamatan, penglihatan dan seumpamanya. Semua ini boleh
dikesan dengan menggunakan kekuatan pancaindera sama ada secara terus atau
dengan bantuan alat. Imam Ghazali berpendapat, ilmu melalui indera ( al-ma’rifah al-
hissiyah ) ialah usaha untuk mendapat gambaran atau memerhati hakikat sesuatu
benda. Sejak manusia dilahirkan, jiwanya diibaratkan kain putih kemudian
dicorakkan dengan pelbagai warna. Corak ini membentuk imej-imej yang seterusnya
melahirkan fikiran-fikiran tertentu.

Batas-Batas Indera

Sesunguhnya indera yang ada pada kita mempunyai kelemahan dan terbatas sifatnya.
Contoh-contoh yang menunjukkan kelemahan indera dalam menangkapi sesuatu
ialah.

i. Manusia memerlukan alat untuk mengukur darjat kepanasan, suhu udara,


kelambatan tiupan angin dan sebagainya.
ii. Terbatas jangkauanya; contohnya, ruang angkasa penuh dengan suara yang
tidak terjangkau oleh indera pendegaran manusia.
iii. Bergantung kepada sesuatu untuk mengenal sesuatu di sekitarnya; contohnya,
indera penglihatan memerlukan cahaya untuk melihat sesuatu. Demikian pula
sesuatu yang berukuran kecil hanya dapat dilihat dengan alat bantuan pembesar.

Fikirkan….
Orang barat mengatakan ilmu sains mampu memberi kehidupan sehingga menolak
konsep ketuhanan?.
Albert Enstien; “ Agama tanpa sains buta, sains tanpa agama tempang.”
Al-Ghazali: “Agama dan akal umpama bateri dan lampu “

Anda mungkin juga menyukai