Anda di halaman 1dari 13

CTU 101

ASAS KEFAHAMAN ISLAM DALAM REALITI SEMASA

TAJUK : MAQASID SYARIAH DALAM


MEMELIHARA AKAL DAN NYAWA

NAMA PENSYARAH : USTAZ ABD MUNIR BIN MOHAMED NOH

KELAS : AC1101A

NAMA AHLI KUMPULAN NO PELAJAR


NUR FATIHAH BINTI MOHD AZLAN 2020464378
NURUL SYAZA AISYAH BINTI YOSRI 2020851836
RUSYDINA ZAFIRAH BINTI RUSLI 2020896086
FATIN NABIHAH BINTI MEOR MOHD 2020457862
FAZLI
1.0 MAKSUD SYARIAH

Syariah merupakan satu perkataan yang sering disebut dalam hal-hal biasa
kehidupan yang berkaitan dengan hukum hakam, halal dan haram, mahkamah syariah,
undang-undang syariah, makanan yang halal dan haram, minum arak yang tidak
dibenarkan serta membunuh orang yang merupakan satu perbuatan dosa besar.
Syariah juga merupakan kerangka. Apa yang berada di dalamnya itulah yang menjadi
modus operandi bagi setiap manusia yang mukallaf. Syariah datang adalah untuk
menguruskan kehidupan manusia di dunia dan ia menyediakan hukum, dasar dan
amalan terbaik syariah (syariah best practices) yang diilhamkan daripada al-Qur’an
dan hadis Nabi Muhamad SAW.

Dari segi bahasa, syariah bermaksud pandangan dan jalan yang lurus. Ia juga
berkongsi kata dasar dengan perkataan syur’at al-ma’ yang bererti tempat keluar air
yang digunakan untuk minum, menyiram dan memberi minum haiwan. Allah SWT
berfirman yang bermaksud:

… untuk setiap umat antara kamu, Kami berikan kamu aturan, yakni syariah atau
jalan yang terang …

(Sural al-Maidah: 48)

Dari segi istilah pula, syariah secara umumnya bermaksud segala perintah yang
diwahyukan oleh Allah SWT ke atas manusia dari segi akidah, amaliyyah dan akhlak.
Namun dalam pengertian yang khusus, syariah merujuk kepada perintah Allah SWT
dari segi amaliyyah sahaja. Amaliyyah merujuk kepada amalan dan aktiviti zahir
manusia.

1
1.1 TUJUAN SYARIAH DITURUNKAN

(1) Syariah diturunkan adalah untuk kesejahteraan, kebaikan, keharmonian


hidup manusia bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga.

(2) Jika syariah diibaratkan sebagai bangunan, maka hukum syariah adalah
tapaknya. Syariah sebagai payung bagi tujuan keadilan, rahmat dan
kebaikan secara keseluruhannya.
(3) Para ulama’ bersepakat bahawa syariah merupakan kebaikan. Di mana ada
kebaikan, maka di situlah syariah Allah SWT manakala di mana ada syariah
Allah SWT di situlah ada juga kebaikan.

1.2 KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

(1) Syariah mengajar manusia untuk sentiasa berbicara tentang fakta dan ilmu.
Syariah sangat mementingkan ketelitian dalam menyelesaikan masalah yang
timbul dalam kalangan umat. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab tidak
boleh memberikan jawapan sama ada ya atau tidak namun jawapan yang
diberikan mestilah berdasarkan fakta, ilmu dan melakukan rujukan kepada
pihak-pihak yang berkaitan. Allah SWT telah menciptakan manusia
sebagai makhluk yang boleh berfikir, maka manusia perlulah berfikir
berorientasikan hukum dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
(2) Syariah menjadikan manusia bebas untuk hidup mengikut cara atau kaedah
yang difahami oleh diri masing-masing. Dalam ayat tentang standard
manusia terbaik, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “ Maka
bertakwalah kamu kepada Allah mengikut kesanggupan (kemampuan)
kamu”. Allah SWT menjelaskan bahawa tahap takwa seseorang manusia
adalah berbeza-beza mengikut kemampuan masing-masing. Hanya Allah
SWT sahaja yang tahu dan memahami tahap kemampuan setiap manusia.
Oleh itu, manusia sesama manusia tidak boleh menilai tahap ketakwaan
sesama diri kerana hanya Allah SWT yang mengetahui tahap kehidupan
seseorang itu dan bagaimana sumbangannya dalam mentaati Allah SWT
dengan cara atau kaedahnya yang termampu.
2
(3) Syariah juga memperjelaskan lagi segala garis panduan yang telah termaktub
di dalam al-Qur’an. Tujuannya adalah untuk memudahkan umat manusia
untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai hukum-hukum syarak
berdasarkan dalil dan hujah yang terdapat di dalam al-Qur’an, hadis dan
sunnah Rasulullah SAW.

2.0 MAQASID SYARIAH

2.1 PENDAHULUAN
Maqasid syariah menjadi agen penyelesai kepada isu-isu pemikiran Islam
kontemporari. Pada era klasik, ilmu maqasid diletakkan di bawah ilmu usul fiqh
namun kini telah menjadi satu bidang ilmu yang tersendiri yang dibahaskan dalam
pelbagai peringkat. Menurut Siddiq Fadzil, maqasid syariah merupakan suatu ilmu
yang mengutarakan rahsia, nilai, matlamat, hikmah, prinsip dan kebijaksanaan di
sebalik hukum syarak (Jasser Auda, 2015). Maqasid dapat menjawab persoalan
seperti apa, bagaimana serta mengapa. Tambahan pula, memahami maqasid syariah
amat penting dalam era kebangkitan tajdid dan ijtihad yang semakin berkembang
khususnya di Malaysia yang mempunyai kaum yang berbilang kaum.

2.2 DEFINISI MAQASID SYARIAH

Ilmu maqasid syariah dikatakan sebagai gambaran pandangan setiap sarjana demi
perubahan dan pembangunan perundangan Islam walaupun secara faktanya semua
maqasid ini dikeluarkan daripada teks-teks al-Qur’an dan al-Sunnah. Maqasid syariah
merupakan kata jamak daripada maqsad dan al-maqsid dari perkataan qo-so-da yang
membawa beberapa maksud seperti:

(1) Menuju ke satu arah.


(2) Jalan yang lurus-“Dan kepada Allah jua tertentunya urusan memberi
panduan yang menerangkan jalan yang lurus”.(Surah al-Nahl (16):9)

Maqasid syariah dari sudut istilah pula terdapat pelbagai definisi yang diberikan
oleh para ulama’, antaranya ialah:
3
(1) Syeikh ‘Alal al-Fasi- tujuan-tujuan syariat serta rahsia-rahsianya yang telah
ditetapkan oleh Allah SWT pada setiap hukum-hakam.
(2) Dr. Yusof al-Qaradawi- maqasid syariah ialah mendatangkan kebaikan
kepada manusia dan menolak kemudaratan.
(3) Dr. Muhammad ‘Uqlah- maqasid syariah ialah setiap urusan mempunyai
makna, hikmah, nilai yang bersifat tinggi, diwujudkan bagi mencapainya
melalui nas atau hukum-hukum dalam syariah.

2.3 MAQASID SYARIAH DALAM SEJARAH PERUNDANGAN ISLAM

Era perundangan Islam bermula di Mekah kerana Mekah merupakan sebuah pusat
pentadbiran yang agak teratur sistemnya disebabkan menjadi lokasi
pedagang-pedagang luar yang datang berniaga. Pada zaman jahiliyyah, bangsa Arab
hidup dalam keadaan berpindah randah (badwi) tanpa mempunyai kerajaan dan
undang-undang. Sistem pengadilan adalah berdasarkan tradisi dan adat turun-temurun
seperti seorang lelaki boleh mengahwini dua orang adik beradik perempuan, amalan
riba dibenarkan serta hukuman potong lidah bagi sesiapa yang membuat tuduhan
palsu. Islam bermula sejak turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW
dengan disertakan panduan melalui al-Qur’an dan hadis. Ini menyebabkan sedikit
demi sedikit adat dan pengamalan turun-temurun masyarakat Arab jahiliyyah mula
dihapuskan.

Nabi Muhammad SAW menyampaikan Islam berpandukan al-Qur’an, hadis dan


ijtihad dalam mentadbir dan menyebarkan Islam selama 23 tahun di Mekah. Ketika
itu, bagindalah yang menjadi tempat rujukan utama bagi segala persoalan mengenai
hukum malah baginda juga yang membenarkan para sahabat berijtihad dalam keadaan
tertentu sebagaimana yang diketahui melalui hadis daripada Sayyidina Muaz bin Jabal
r.a ketika beliau diutuskan ke Yaman sebagai gabenor dan hakim. Menurut Marwan
Bukhari A.Hamid, maqasid syariah sebenarnya wujud sejak zaman Nabi Muhammad
SAW dan para sahabat lagi. Baginda merupakan insan yang paling arif dalam rahsia
dan tujuan syariah.

4
Para sahabat Khulafa al-Rasyidin bertanggungjawab memimpin umat Islam
selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW selama 29 tahun. Pemerintahan ini bermula
daripada Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a, Sayyidina Umar bin al-Khattab r.a,
Sayyidina Uthman binAffan r.a sehinggalah Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a di mana
kesemua mereka mentadbir berpandukan al-Qur’an, al-Sunnah dan ijtihad.
Pertumbuhan umat manusia yang semakin ramai mencambahkan isu dan
permasalahan dari segi hukum dan tatacara kehidupan. Dalam hal ini, Islam adalah
agama yang fleksibel dan sentiasa meraikan suasana dan keadaan setempat. Dengan
prinsip yang tetap, Islam menawarkan penyelesaian yang bersifat anjal dan boleh
berubah mengikut zaman.

Selain al-Qur’an dan hadis, ijtihad juga digunapakai bagi menerbitkan hukum.
Ijtihad terhasil daripada penyelidikan hukum para mujtahid yang berkelayakan.
Salah satu syaratnya adalah mesti mahir dalam memahami ilmu maqasid jika tidak
dikhuatiri mereka akan menjadi seperti ahli bid’ah dan pengikut hawa nafsu yang
hanya melihat al-Qur’an secara zahir tanpa mengambil intipati yang betul dan tanpa
melihat kepada maqasid. Selepas era sahabat, golongan tabi’in dan ulama’-ulama’pula
yang menjalankan kerja-kerja penyelidikan hukum. Antara ulama’-ulama’ silam yang
muncul selepas zaman sahabat adalah seperti ‘Izzuddin bin ‘Abdussalam, al-Qarafi
dan al-Syatibi manakala ulama’-ulama’ moden kontemporari adalah seperti
Muhammad Tahir bin ‘Asyur, ‘Alal al-Fasi, Ahmad al-Raisuni dan Yusuf
al-Qaradawi.

3.0 PEMBAHAGIAN MAQASID SYARIAH

Ilmu ini pada mulanya adalah sebahagian daripada usul fiqh tetapi Syeikh
Muhammad Tahir bin ‘Asyur telah mengambil pendekatan untuk menjadikan ilmu
maqasid dalam disiplinnya yang tersendiri. Menurut beliau,seorang mujtahid perlu
menguasai ilmu usul fiqh dan maqasid dengan sangat baik kerana kedua - duanya
ibarat ruh dan jasad (Mohd Rumaizuddin Ghazali, 2014)

5
3.1 MAQASID SYARIAH UMUM

Ianya merujuk kepada tujuan umum setiap pensyariatan hukum. Contohnya,kenapa


diwajibkan solat? Jawapannya adalah untuk memperoleh kebaikan di dunia dan di
akhirat. Kenapa perlu memilih pemimpin yang adil?Jawapannya adalah untuk
menjaga sistem keadilan dalam masyarakat. Semua jawapan adalah bertumpu kepada
tujuan umum bagi mencapai kebaikan dan menolak sebarang keburukan. Di bawah
kategori inilah letaknya lima penjagaan asas yang penting ata semua manusia iaitu
agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

3.2 MAQASID SYARIAH KHUSUS

Melihat kepada hikmah yang lebih khusus dalam bidang - bidang tertentu. Contohnya,
maqasid syariah dalam hal kekeluargaan - apa hikmahnya hak melafazkan talak di
tangan suami? Dalam hal kewangan - kenapa riba diharamkan dan sebagainya.

3.3 MAQASID SYARIAH SEBAHAGIAN

Melibatkan perkara - perkara yang perlu diambil kira bagi menentukan hukum sama
ada wajib,sunat,haram atau sebagainya. Hukum - hukum ini menjadi batas atau
sempadan bagi manusia dalam tindak - tanduk perbuatannya bagi mengelakkan
berlaku huru - hara dalam masyarakat. Ulama’ fiqh menamakan pembahagian ketiga
ini sebagai hikmah pensyariatan sesuatu hukum. Kemudian ia diganti dengan istilah
‘illah (sebab)yang digunakan dalam qiyas.

4.0 MAQASID SYARIAH DALAM MEMELIHARA NYAWA DAN AKAL

4.1 DEFINISI MENJAGA NYAWA


Menjaga nyawa merujuk kepada pemberian oleh Allah SWT kepada semua manusia
tanpa mengira warna kulit, agama, keturunan dan sebagainya. Nyawa dianggap
pemula bagi kehidupan manusia. Nyawa setiap manusia tidak berhak dicemari oleh
sesiapa pun tanpa hak kerana nyawa manusia adalah suci. Firman Allah SWT yang
bermaksud:
6
“Barangsiapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana orang
itu (membunuh) orang lain atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi,
maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan sesiapa yang
memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara
kehidupan manusia semuanya”.

(al-Ma’idah, 5:32)
4.2 CARA MENJAGA NYAWA
Cara pemeliharaan nyawa terbahagi kepada dua bahagian oleh ulama’ iaitu dari
segi wujud dan dari segi ‘adami. Dari segi wujud ialah pensyariatan perkahwinan.
Islam melarang manusia melakukan zina dan maksiat dan lebih menggalakkan
perkahwinan. Ini bertujuan melahirkan generasi muslim bagi mengembangkan
benih-benih Islam yang murni melalui ikatan suci yang sah. Firman Allah yang
bermaksud:
“dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan
rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri,
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannnya antara
kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan . Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi keterang-terangan bagi orang-orang yang berfikir.”

(al-Rum, 30:21)

Dari segi adami’ pula adalah pemeliharaan nyawa sebelum berlaku kebinasaan.
Adanya larangan dan tegahan oleh Allah SWT untuk berbuat pembunuhan
membuktikan perlindungan terhadap nyawa manusia. Allah SWT banyak memberi
peringatan tentang penganiayaan ini dan akibat beserta balasan yang bakal diterima
oleh pesalah jika melakukannya. Ini bertujuan agar manusia berjaga-jaga dan
mengambil pengajaran. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“…dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah
(membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) .
Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.”

(alAn’am, 6:151)
7
4.3 KEPENTINGAN MENJAGA NYAWA

Islam amat menghargai kepentingan menjaga nyawa. Dalam Islam, perbuatan


membunuh adalah sesuatu yang amat dilarang oleh Allah SWT. Pemeliharaan diri
setiap manusia daripada bahaya sentiasa digalakkan kerana perbuatan itu
memusnahkan generasi manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“ Dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri. Sesungguhnya
Tuhan itu penyayang kepadamu.”

(al-Baqarah, 2:256)

“ Bahawa siapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana


hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri, maka bererti
orang itu telah membunuh manusia seluruhnya. “

(al-Imran, 3:20)

Nyawa manusia merupakan milik mutlak Allah yang wajib dihargai serta di
syukuri.Tindakan membunuh sama ada diri sendiri atau orang lain adalah haram dan
berdosa besar. Penetapan hukuman qisas terhadap pembunuhan sengaja membuktikan
betapa prihatin dan syariah Islam meraikan perkara tersebut. Firman Allah SWT yang
bermaksud:

“ Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu,
bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas
dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan
luka-luka hendaklah dibalas dengan (seimbang).”

(al-Ma’idah: 45)

8
5.0 DEFINISI MENJAGA AKAL

Akal ialah anugerah yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada manusia. Pemeliharaan
akal ertinya memberi perlindungan kepada akal manusia dari apa-apa yang akan
merosakkannya. Akal wajib dipelihara dan dipupuk dengan nilai-nilai mulia dan ilmu
pengetahuan yang bermanfaat. Fungsi akal sangat hebat dan menakjubkan. Sesuatu
yang menakjubkan ini bukan diberikan secara percuma. Ia perlu digunakan dengan
sebaik mungkin bagi tujuan kebaikan. Semua unsur-unsur yang menjurus kepada
kerosakkan akal haruslah dihindari.

Harun Nasution menjelaskan perkataan akal dalam pengertian islam bukanlah otak,
tetapi akal adalah daya berfikir yang terdapat dalam jiwa manusia. Perkataan akal
diambil daripada bahasa Arab al-aql atau aqala. Perkataan ‘aql telah digunakan oleh
bangsa Arab sebelum kedatangan agama Islam.

Kamus dewan mendefinisikan akal sebagai budi, fikiran, daya upaya, ikhtiar, muslihat
atau tipu daya. Kamus-kamus bahasa pula mendefinisikan akal (secara harfiah)
sebagai pengertian al-imsak (menahan), al-ribath (ikatan), al-hijr (menahan), al-nahy
(melarang) dan al-man’u (mencegah).

Ibn Manzur memberi pengertian al-’aql dengan enam pengertian iaitu akal fikiran,
menahan, mencegah, membezakan, tali pengikat dan ganti rugi. Daripada pengertian
tersebut, Syed Muhammad Naquib al-Attas menyimpulkan bahawa akal sebagai organ
yang ‘mengikat’ dan ‘menahan’ objek ilmu dengan kata- kata atau bentuk-bentuk
yang lain

5.1 CARA MENJAGA AKAL


Terdapat pelbagai cara untuk menjaga akal. Yang pertama, manusia dapat menjaga
akal dengan sentiasa bersyukur. Manusia diberi akal oleh Allah untuk membezakan
dengan makhlukNya yang lain. Hal ini kerana hanya manusia sahaja yang Allah
kurniakan akal. Manusia harus menggunakan akal yang dimiliki untuk menikmati dan
mengagumi keindahan yang diciptakan oleh Allah agar manusia lebih bersyukur dan
mendekatkan diri dengan Allah
9
“ Dialah yang menjadikan kalian memiliki pendengaran, penglihatan dan hati supaya
kalian bersyukur”. (an-Nahl/16:78)

Yang kedua, manusia dapat menjaga akal dengan menjadikan akal sebagai jalan untuk
memahami agama dan menuntut ilmu. Kita dapat menggunakan akal dengan
memahami ilmu agama dan memanfaatkannya dalam kehidupan seharian. Mendalami
ilmu terutamanya ilmu agama adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam.
“Orang yang paling baik di masa jahiliyah adalah orang yang paling baik setelah
masuk Islam, jika mereka menjadi seorang yang faqih (ahli dan alim dalam ilmu
syariat).” Hadis Riwayat Bukhari. Hadis tersebut menjelaskan bahawa orang yang
terbaik ialah orang yang menggunakan akalnya untuk menuntut ilmu yang bermanfaat
dan menjadikannya sebagai amalan dalam kehidupan.

Yang ketiga, manusia dapat menjaga akal dengan sentiasa berfikir secara positif.
Manusia seharusnya berfikiran positif dalam menjalani kehidupan seharian. Sebagai
contoh, apabila ditimpa ujian sentiasa berfikir atau memperingati diri bahawa ujian itu
untuk menguji keimanan seseorang dan juga ada hikmah disebalik ujian yang
ditimpakan. Hal ini akan meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah.
Dengan pemikiran yang positif, kita dapat melaksanakan segala perintahNya dengan
baik dan meninggalkan segala laranganNya

5.2 KEISTIMEWAAN AKAL

Akal yang dikurniakan kepada manusia amat istimewa. Keistimewaan akal yang
pertama ialah berupaya untuk mencari petunjuk kepada kebenaran dan meninggalkan
segala larangan. Yang kedua, akal menjadikan manusia seorang yang bertakwa dan
bertamadun. Yang ketiga, akal menjadikan manusia lebih mulia berbanding makhluk
yang lain. Yang keempat, dengan menggunakan akal manusia boleh membangunkan
kemajuan dan boleh melahirkan kehidupan yang bertamadun. Kerana itu, pada hari ini
kita dapat lihat begitu banyak kemajuan dan ciptaan teknologi yang canggih dalam
kehidupan seharian.

10
5.3 PERKARA YANG MEROSAKKAN AKAL

➢ Mengambil makanan atau minuman yang haram seperti minum arak


➢ Membaca atau menonton bahan-bahan lucah
➢ Sentiasa berfikiran negatif dan tidak sihat
➢ Tidak membaca al-quran. Membaca al-quran akan memberikan banyak manfaat
kepada badan termasuklah menajamkan akal fikiran

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulan,daripada tajuk Maqasid Syariah dalam Memelihara Akal dan Nyawa


ialah kita haruslah mengikuti dan menjalankan semua ketetapan maqasid syariah yang
telah ditetapkan kepada kita. Ianya kerana sebagai seorang muslim yang berpegang
teguh kepada agama, kita perlulah mematuhi apa sahaja yang telah ditetapkan olehnya.
Seperti apa yang kita pelajari dalam tajuk ini, kita haruslah mempraktikkan maqasid
syariah seperti memelihara nyawa dan juga akal kita agar kita berubah menjadi
seorang yang lebih baik. Dalam konsep menjaga nyawa,nyawa setiap manusia
perlulah dijaga dan tidak berhak dicemari oleh sesiapa sahaja. Dari segi akal pula,
ianya wajib dipelihara dan dipupuk dengan nilai - nilai mulia dan juga ilmu yang
bermanfaat. Maqasid syariah yang terbahagi kepada tiga juga perlu diikuti dengan
baik,kerana ianya dapat mendatangkan kepetingan seperti menentukan halal atau
haram bagi kita umat Islam. Ianya juga dapat melihat hikmah yang lebih khusus
dalam bidang yang terperinci. Akhir sekali ianya juga menuju kepada tujuan umum
bagi mencapai kebaikan dan menolak keburukan.

11
7.0 RUJUKAN

Muhammad Saiful Islami Mohd Taher (2019),Asas Kefahaman Islam dalam Realiti
Semasa,Kedah Darul Aman : Percetakan Fikrah Bakti Enterprise
(23 Oktober 2020)

Encik Shaik Abdullah,Syariah Islam dalam


https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/syariah (24 Oktober 2020)

Terbaekk MyBos (2020),Kepetingan Syariah dalam Kehidupan dalam


https://academia.edu/13655730/KEPENTINGAN_SYARIAH_DALAM_KEHIDUPA
N (24 Oktober 2020)

Jabatan kemajuan islam malaysia (2016) huraian aplikasi 5 Prinsip Maqasid Syariah
dalam Tabir Urus dalam
http://www.islam.gov.my/bahagian-maqasid-syariah/1181-huraian-aplikasi-5-prinsip-
maqasid-syariah-dalam-tabir-urus (27 Oktober 2020)

Dalamislam (2020) 17 Cara Memelihara Akal dalam Islam dalam


https://dalamislam.com/info-islami/cara-memelihara-akal-dalam-islam
(27 Oktober 2020)

Syakirah Muzaidey (2018) Menjaga Keselamatan Jiwa dan Nyawa sebagai Objektif
Pengurusan Islam dalam
http://issuu.com/syakirahmuzaidey/docs/menjaga_keselamatan_jiwa_atau_nyawa_ee7
0cfa4e6a4ed (24 Oktober 2020)

12

Anda mungkin juga menyukai