Anda di halaman 1dari 8

1.

Pengenalan
Sumber tamadun Islam terbahagi kepada dua iaitu, sumber wahyu dan sumber
sekunder. Sumber wahyu terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah, manakala sumber
sekunder terdiri daripada Ijmak dan Qiyas.
Sumber sekunder berperanan sebagai pengukuh kepada penjanaan Tamadun Islam.
Antaranya ialah ijtihad, ijmak ulama` dan al-Qias. Kesemua sumber ini dihasilkan oleh
pemikir Islam yang berusaha mencernakan Islam dalam kehidupan umat Islam yang
semakin kompleks. Pemikiran intelek dan ulama Islam yang melahirkan pelbagai kaedah
Islam tetap berdasarkan firman Allah dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW.
Qiyas merupakan salah satu sumber sekunder Tamadun Islam. Qiyas bermaksud
menyamakan sesuatu pekara yang tidak dinyatakan hukumannya dengan pekara lain
yang telah dinyatakan hukumannya disebabkan ada persamaan antara keduanya dari
segi `illah (sifat) (Azhar Mad. Aros, 2004). Sebagai contohnya, pengharaman dadah
yang diqiyaskan dengan pengharaman arak yang kedua-duanya mempunyai sifat yang
memabukkan. Bukan itu sahaja, Qiyas juga merupakan sumber rujukan yang keempat
selepas al-Quran, al-Sunnah dan Ijma`.
Qiyas menurut istilah ahli ushul fiqih adalah menyamakan suatu hukum dari peristiwa
yang tidak memiliki nash hukum dengan peristiwa yang sudah memiliki nash hukum
(sebab sama dalam illat hukummnya). Berikut ini beberapa contoh qiyas syara dan
qiyas buatan yang mempertegas definisi di atas:
a) Minum khamar adalah suatu peristiwa yang hukumnya telah ditetapkan dengan
nash, iaitu haram. Ditunjukkan dengan firman Allah Swt.

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi,


(berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah termasuk
perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat
1

keberuntungan. (QS. Al-maidah: 90), dengan illat memabukkan. Maka semua hasil
perasan (minuman) yang mempunyai illat memabukkan, hukumnya disamakan
dengan khamar dan haram diminum.
b) Pembunuhan ahli waris terhadap yang mewariskan adalah peristiwa yang hukumnya
telah ditetapkan dengan nas, iaitu terhalangnya si pembunuh untuk mendapatkan
hak waris. Ditunjukkan oleh sabda nabi Saw:
Seorang pembunuh tidak mendapat harta warisan (dari yang dibunuh), dengan illat
bahawa pembunuhan itu memajukan sesuatu sebelum waktunya, maka tujuan itu
ditolak dan dihukum dengan tidak mendapat bagian waris. Pembunuhanpembunuhan wasiat oleh yang menerima wasiat memiliki illat ini, sehingga
hukumnya disamakan dengan pembunuhan yang mewariskan oleh ahli waris, dan
pembunuh (penerima wasiat) tidak mendapat bagian yang diwasiatkan dari orang
yang berwasiat.
c) Jual beli pada saat adzan hari Jumaat adalah peristiwa yang hukumnya ditetapkan
dengan nash, iaitu makruh. Ditunjukkan oleh firman Allah Swt:
Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, maka
bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang
demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (QS. Al Jumuah:9)
Hal ini kerana ada illat kesibukan yang melupakan shalat. Sewa-menyewa, gadai
atau akad muamalah apa saja yang pada saat adzan shalat Jumat memiliki illat ini, iaitu
kesibukan yang melupakan shalat, maka hukum akad-akad tersebut disamakan dengan
jual beli dan makruh dilakukan pada saat adzan shalat. (Ros Aiza Mohd Mokhtarl et. al.
2011).
Pada semua contoh di atas, peristiwa yang tidak mempunyai nash dalam
hukumnya disamakan dengan peristiwa yang mempunyai nash dalam hukumnya,
2

kerana memiliki kesamaan dalam illat hukumnya. Menyamakan hukum antara dua
kejadian kerana memiliki illat hukum yang sama (qiyas). Sedangkan ungkapan ulama:
menyamakan suatu kejadian dengan kejadian yang lain, memadukan peristiwa dengan
peristiwa lain atau menarik suatu hukum dari kejadian ke kejadian yang lain adalah
istilah yang sama dan pemahaman yang sama.

1.0 Kesan-kesan Qiyas Terhadap Keamanan dan Kesejahteraan dalam Kehidupan


Manusia Sejagat.
Qiyas merupakan salah satu sumber-sumber Tamadun Islam yang sememangnya
mampu memberi kesan kepada keamanan dan kesejahteraan dalam kehidupan
manusia sejagat. Dalam konteks ini, kebanyakan manusia sejagat terutamanya mereka
yang menganut agama Islam akan melakukan sesuatu perkara berpandukan kepada
undang-undang dan hukum yang terkandung di dalam Qiyas. Oleh yang demikian,
manusia sejagat yang berlandaskan kepada Qiyas dalam kehidupannya mampu
mewujudkan keadaan yang harmoni di samping mampu memelihara keamanan dan
kesejahteraan hidup.
Bertitik tolak daripada itu, masyarakat yang berpandukan kepada Qiyas dalam
kehidupan mereka dapat mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu aktiviti atau
perkara yang boleh menimbulkan pertelingkahan dan perselisihan faham dengan orang
lain. Sebagai contohnya, masyarakat yang tidak berpegang kepada ajaran Qiyas dalam
kehidupannya sering kali menimbulkan pelbagai masalah sekiranya dibandingkan
dengan mereka yang taat setia kepada ajaran Qiyas. Di sini, mereka yang tidak
menerima ajaran Qiyas ini akan melakukan sesuatu aktiviti seperti mengambil dadah
dan meminum arak. Dalam hal ini, mengambil dadah dan meminum arak sememangnya
mampu membuatkan seseorang individu melakukan perkara yang boleh mencetuskan
perkelahian. Hal ini demikian kerana mereka yang berada dalam keadaan mabuk tidak

dapat berfikir secara waras. Keadaan ini secara tidak langsung membolehkan keamanan
dan kesejahteraan dalam kehidupan manusia sejagat akan tergugat.

Maka insaflah dan ambillah pelajaran wahai orang-orang yang berakal fikiran serta
celik mata hatinya. (Surah Al-Hasyr, 59:2).
Ayat tersebut menuntut manusia mengambil iktibar terhadap sesuatu. Dalam konteks
ini, perkataan iktibar bermaksud memindahkan dan melangkaukan pemikiran, hukum
dan kesimpulan terhadap sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku pada zaman lampau
kepada sesuatu yang berlaku pada masa kini. Sebagai contohnya, baginda SAW ketika
pegawainya, iaitu, Mua`z dan Abu Musa al-Asy` keluar dari kota Madinah, telah
memperakui sah dan benarnya pernyataan kedua-dua sahabatnya itu yang akan
menggunakan kaedah ijthihad (termasuk Qias) untuk menyelesaikan sesuatu perkara
dalam kehidupan manusia sejagat sekiranya kaedah penyelesaian masalah tersebut
tidak terdapat keterangan dalam al-Quran dan al-Sunnah. (Ab. Aziz Mohd Zin, 2006).
Baginda menunjukkan kebanggaannya atas dedikasi utusannya yang bersedia untuk
berijthihad dengan menggunakan fikiran mereka berasaskan penggunaan qias dalam
menyesaikan perkara yang tiada jawapan penyelesaian daripada al-Quran dan alSunnah.
Penghayatan yang seterus ini juga amat berkaitan dengan perhubungan masyarakat
terutamanya dalam hubungan menjaga hak asasi manusia dan tidak mencerobohinya.
Jika berlaku pencerobohan maka hukuman tertentu menantinya. Hukuman yang
ditetapkan bukan semata-mata bertujuan untuk menghukum si penjenayah tetapi
membendung masyarakat dari melakukan jenayah tersebut. Bagi mencapai matlamat
inilah disyariatkan agar melaksanakan undang-undang jenayah Islam seperti hudud,
qiyas dan takzir. Sebagaimana firman Allah dalam Al-quran yang bermaksud:

Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan
sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang
zalim (Surah al-Baqarah:229)
Garis panduan yang telah ditetapkan dalam syariat Islam adalah untuk membawa
kepada kebaikan sebanyak yang mampu kepada manusia dan bukannya kemudharatan.
Dengan perkataan lain, Qiyas mampu membuka jalan ke arah yang lebih jernih agar
manusia tidak terus berada dalam kejahilan. (Sazelin Arif et. al. 2007). Keadaan ini
secara tidak langsung telah membuktikan betapa pentingnya penggunaan Qiyas dalam
kehidupan manusia sejagat kerana ia bukan sahaja mengelakkan manusia daripada
saling memusuhi antara satu sama lain malah keamanan, keharmonian dan
kesejahteraan hidup dapat dikekalkan.
Bertitik tolak daripada itu, Qias sememangnya memainkan peranan penting untuk
menegakkan keadilan dalam kehidupan manusia sejagat. Salah satu contoh yang
menunjukkan kepentingan Qiyas sebagai panduan hidup manusia sejagat adalah seperti
berikut: Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan
membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan
bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan,
supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan
keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi
manusia.
(Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan
faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata
pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk)
menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal
balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha
Kuasa (Surah Al-hadid : 25).

Sehubungan dengan itu, Qiyas adalah untuk memperjelaskan lagi segala garis
panduan yang telah termaktub didalam kitab suci Al-quran. Tujuannya adalah bagi
memudahkan umat manusia untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai
hukum-hukum dalam Islam berdasarkan hujah yang terdapat di dalam Al-quran.
Keadilan dalam Islam adalah bermaksud mengambil hak dari orang zalim dan
meletakkannya kepada orang yang dizalimi dan tertindas. Hal ini dijelaskan
sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu
kepada tidak berlaku adil (kepada sesiapajua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada
taqwa. (Al-Ma'idah: 8)
Secara keseluruhannya, keamanan dan kesejahteraan dalam kehidupan manusia
sejagat tidak dapat dikecapi seandainya tiada Qiyas atau dikenali sebagai hukum
tamadun Islam. Hal ini demikian kerana manusia sejagat yang tidak mengamalkan Qiyas
sebagai panduan hidupnya sememangnya akan melalukan sesuatu perkara atau aktiviti
yang boleh menyebabkan kehidupan tidak teratur. Dalam hal ini, manusia sejagat seperti
ini sering kali mengulang perbuatan yang negatif iaitu meminum arak dan mengambil
dadah yang secara tidak langsung telah mengakibatkan akal dan fikirannya tidak dapat
berfungsi secara waras. Keadaan ini secara tidak langsung mengakibatkan individu
tersebut acap kali mencetuskan pergaduhan kerana mereka yang berada dalam
keadaan mabuk tidak menyedarkan diri daripada melakukan perbuatan yang elok atau
sebaliknya. Justeru itu, Qiyas merupakan salah satu sumber-sumber tamadun Islam
yang memberi kesan yang agak baik dalam kehidupan manusia sejagat.

2.0 Penutup
Secara kesimpulannya, penggunaan Ijmak dan Qiyas dan pengiktirafan tamadun Islam
terhadap kedua-dua daripada sumber sekunder tersebut telah mengemukakan kaedah
yang jelas kepada umatnya untuk membolehkan mereka menangani sebarang
permasalahan yang baru berlaku atau yang muncul dalam masyarakat manusia dimanamana sahaja dan dalam apa jua situasi sekalipun. Mereka akan sentiasa terikat dengan
prinsip dan hukum ajaran Islam walaupun ketika menangani masalah yang baru dan
tidak pernah dibincangkan pada zaman lampau kerana masalah tersebut belum diikenali
oleh peradaban manusia pada zaman lampau.
Kemajuan sains dan teknologi kini telah membolehkan manusia mencapai
penemuan baru yang banyak. Dalam hal ini, tamadun Islam berupaya untuk
menjelaskan perspektifnya yang tersendiri terhadap penemuan-penemuan tersebut
dengan adanya penemuan ijmak dan qiyas. Kenyataan ini menjelaskan lagi relevensi
dan kesesuaian Islam untuk dijadikan sebagai agama dan asas pembinaan tamadun
manusia sejagat kerana ia berupaya memenuhi tuntutan dan keperluan manusia dalam
apa jua lokasi. Itulah ciri utama Tamadun Islam di samping ciri keselariannya dengan
fitrah atau sifat-sifat tabiat manusia, alam dan masyarakat.
Konklusinya,

manusia

sejagat

yang

berlandaskan

kepada

Qiyas

dalam

kehidupannya mampu melahirkan insan yang sentiasa dipandang tinggi dan dihormati
orang lain. keadaan ini demikian kerana mereka yang berpandukan kepada Qiyas ini
sememangnya manusia yang taat setia kepada hukum dan undang-undang yang bukan
mendatangkan kesan yang membebankan malah menyebabkan kehidupan semakin
bertambah harmoni, sejahtera, aman dan damai.

Senarai Rujukan
Buku
Ab. Aziz Mohd Zin. (2006). Tamadun Islam dan Tamadun Melayu. Kuala Lumpur : Universiti
Malaya.
Abdul Rahman Nawas, Nawaee Mohammad, Omardin Haji Ashaari dan Arip Saaya. (1995).
Tamadun Islam. Kuala Lumpur : Pustaka Haji Abdul Majid
Azhar Mad. Aros. (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Selangor : Oxford
Fajar.
Ros Aiza Mohd Mokhtarl, Abdul Hakim Mohad, Dayang Hafizah Abang Basir, dan Siti
Halimah Puting. (2011). Tamadun Islam & Tamadun Asia. Puchong : Multimedia Sdn.
Bhd.
Sazelin Arif, Ahmad Ridzuan Mohd Noor, Nooraini Sulaiman, Mahadi Abu Hassan, dan Ali
Hafizar Mohamad Rawi. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor :
McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Lampiran

Anda mungkin juga menyukai