Anda di halaman 1dari 12

CTU 101

(Bab 7 Syariat Islam)


7.0 Pendahuluan
Pengertian Syariat Islam

BAHASA
 Sumber air minum ( mawrit al ma’li al istiqa’) atau
jalan lurus (at thariq al mustaqim) .

ISTILAH
 Perundangan-undangan yang diturunkan Allah SWT bagi hamba-hamba-Nya,
baik dalam persoalan akidah, ibadah , akhlak, mu’amalah (pendidikan,
ketenagakerjaan, peradilan, sumberdaya alam, pengentasan kemiskinan,
politik luar negeri dll) untuk meraih kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Perkaitan atau mempunyai sama maksud dengan
syariat

 Fiqh atau feqah, iaitu keilmuan atau kefahaman mengenai hukum-hukum


syariah.

 Ketentuan hokum samada harus, wajib, sunat, makruh, haram, sah, batal,
dan sebagainya.

 Hukum, iaitu ‘Khitab’ atau mesej Allah yang berkait dengan perbuatan
mukallaf.
7.1 Maqasid Syariah (Tujuan Syariah)

 Maksud dari segi bahasa boleh ditafsirkan sebagai tujuan syariah yang boleh
menghasilkan maslahat (kebaikan) kepada umat dan mencegah kemudaratan.
Maqasid syariah menamin kemaslahatan (kebaikan) kepada semua manusia
serta menghindarkan lemudaratan atau keburukan.
Tujuan Maqasid Syariah Diturunkan
a)Memelihara kesucian agama
-Untuk membebaskan manusia dari kesesatan khurafat, tahyul, munafik,dan syirik.
-Untuk menjaga agama, Islam mewajibkan jihad dan mengenakan siksa bagi yang murtad.
b)Menjaga nyawa dan anggota tubuh badan manusia
-Menjaga nyawa iaitu menjaga jiwa seseorang dari di bunuh dan menjaga tubuh dari cedera.
-Sesiapa yang membunuh atau mencederakan anggota tubuh dengan sengaja wajib
dijatuhkan hukuman qisas .Firman Allah Surah Baqarah 2:179.
-Untuk Melindungi nyawa syariah Islam mengharamkan manusia membunuh diri dan
mengambil nyawa tanpa hak.
c)Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal
-Akal merupakan anugerah istimewa yang diberikan oleh Allah kepada manusia.
-Dengan akal juga manusia diberi status khalifah untuk memakmurkan bumi.
-Wajib menuntut ilmu untuk menambahkan kekuatan berfikir.
d)Menjamin kehormatan dan maruah diri
-Kemuliaan dan keperibadian seseorang amat penting dalam kehidupan seseorang.
-Islam dibina atas dasar akhlak yang mulia. Sabda Rasullah SAW: “Sesungguhnya aku
diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.
-Seluruh perintah dan larangan Allah bertujuan membentuk keperibadian yang
mulia.
e)Menjamin usaha pemilihan dan penguasan harta
-Harta adalah amanah Allah untuk diuruskan oleh manusia.
-Untuk memperoleh harta, Islam mensyariatkan kita supaya wajib berusaha mencari
rezeki yang halal.
-Islam tidak melarang mencari harta, namun riba, judi, rasuah dan pengurangan
dalam timbangan adalah dilarang sama sekali.
-Islam telah menetapkan cara untuk membelanjakan hara seperti zakat, sedekah dan
wakaf
Jenis-jenis Maslahat
 Maslahat dharuriyyat- merupakan objektif yang mana kehidupan agama dan keduniaan
manusia tertegak dengannya, jika sekiranya ia tiadak ada nescaya hidup manusia di
dunia ini akan menghadapi kesukaran baik di dunia mahupun akhirat.
 Maslahat hajiyyah- iaitu kepentingan yang diperlukan olah manusia bagi memberi
kemudahan san menghilangkan kesempitan dengan ketiadaannya. Manakala
ketiadaannya pula tidaklah sihingga membawa kepincangan dalam hidup manusia
sebagaimana ketiadaan al-dharuriyyat, tetapi ia akan membawa kesukaran dalam
kehidupan mereka.
 Maslahat tahsiniyyat dan kamaliyyat- Iaitu semua keperluan dan perlindungan yang
diperlukan agar kehidupan menjadi baik dan lebih baik lagi,mudah dan lebih mudah
lagi, lapang dan lebih lapang lagi, begitu seterusnya. Dengan kata lain adalah
keperluan yang diperlukan manusia agar kehidupan mereka berada dalam keadaan
mudah, aman serta lapang.
7.2 Kepentingan Syariah Dalam Kehidupan

 Syariah merupakan peraturan lengkap dan menjadi panduan semua umat


Islam yang merangkumi pelbagai hukum dan peraturan manusia dalam semua
aspek kehidupan.

Antara kepentingan syariah dalam kehidupan:


a)Untuk mendidik manusia
b)Sebagai penyelesai masalah
c)Penegak keadilan
7.2.1 Ciri-ciri Syariah atau Perundangan
Islam
 Berorientasikan Wahyu

 Bersifat Universal

 Syumul dan Lengkap

 Sepadu dan Seimbang


7.3 Khilafiyah

 Khilafiyah dari segi bahasa bereti “perbezaan pendapat, pandangan, atau


sikap”. Masalah khilafiyah ialah hukumnya tidak disepakat oleh para ulama
dan perbezaan ini berlaku dalam kalangan umat Islam yang bukan dalam
masalah fiqh sahaja tetapi sebagai berbagai.
 Perbezaan pendapat dan pandangan:
a)waktu puasa/ idul fitri, idul adha, bacaan solat.
b)memahami hakikat sumber agama, perselisihan mengenai sahih atau
tidaknya hadis.
Kesimpulan
Syariahadalah jalan yang menuntut kita kepada Allah dengan mengikuti
ketetapan-Nya dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad, sehingga kita
mendapat redha dan syurga-Nya, juga dijauhkan dari kemurkaan Allah dalam
pengertian yang nyata. Syariat adaka hukum-hukum (peraturan) yang diturunkan
Allah SWT, untuk dijadikan panduan kepada manusia bagi mengatur dan menata
kehidupan manusia , mengarahkan kepada jalan kebenaran. Melalui syariah-Nya
yang mana dengan syariah tersebut, akan melahirkan kesedaran untuk
diperlakukan dengan tuntutan Allah dan Rasulnya.
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai