Anda di halaman 1dari 4

Yang Berusaha Pn Sadiah binti Maalip, pensyarah ketrampilan berbahasa

dan

berkomunikasi,

Fakulti

Pengajian

Sosial

Universiti

Kebangsaan

Malaysia,rakan- rakan seperjuangan serta hadirin dan hadirat yang dirahmati


sekalian
Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT , kerana dengan limpah
dan kurnianya, dapat kita bersama-sama berkumpul dalam majlis ilmu ini. Di
hari yang indah lagi ceria

ini, saya ingin membincangkan tentang

pencemaran bahasa melayu dalam media massa.


Hadirin dan hadirat sekalian,
Pada asalnya bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia,
manakala bahasa Austronesia pula berasal daripada keluarga Austris. Selain
daripada rumpun bahasa Austronesia terdapat beberapa rumpun lain seperti
rumpun bahasa Astro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina. Kemudiannya
rumpun bahasa Austronesia ini terbahagi kepada empat kelompok yang lebih
kecil iaitu bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara seperti
bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak dan banyak lagi. Seterusnya ialah
bahasa-bahasa Polinesia seperti bahasa Hawaii, Tonga, Maori dan Haiti.
Kemudian adalah bahasa Melanesia iaitu bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji,
Irian dan Kepulauan Caledonia. Manakala yang terakhir ialah bahasa-bahasa
Mikronesia seperti bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina
dan Gilbert. Bahasa Melayu yang dituturkan pada masa dahulu merupakan
bahasa Melayu kuno dan ianya berbeza dengan yang digunakan pada masa
sekarang. Bahasa Melayu juga berkembang mengikut perubahan abad.
Selain itu, bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca bagi seluruh
Kepulauan Melayu.
Media Massa merupakan satu media yang secara khususnya menjadi sumber
rujukan serta bahan bacaan bagi semua masyarakat. Kehadiran media
massa banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat samada melalui media
cetak atau media elektronik. Seiring dengan perkembangan dunia pada

masa sekarang, media massa memainkan peranan yang penting dalam


memartabatkan bahasa Melayu. Ini kerana ia merupakan sumber rujukan
utama bagi masyarakat dewasa ini. Namun begitu, ada sesetengah individu
yang cuba merosakkan bahasa menggunakan kemudahan yang ada. Perkara
seperti ini perlu ditangani oleh semua pihak terutama pihak yang terlibat
dalam mengatasi masalah ini. Penegasan penggunaan bahasa perlu selalu
dipantau

dan

diberi

perhatian

sewajarnya.

Tujuannya

adalah

untuk

mengawal pencemaran bahasa Melayu yang semakin menular dalam


kalangan masyarakat kita pada masa sekarang. Dikhuatiri pada masa
sekarang adalah penggunaan bahasa Melayu dalam media elektronik. Oleh
itu, hal ini perlu diketahui punca terjadinya serta cara atau kaedah untuk
mengatasi masalah yang semakin lama menjadi faktor kemerosotan kualiti
bahasa Melayu.
Hadirin sekalian,
Kecelaruan bahasa dari sudut definisinya ialah penggunaan bahasa
yang bercampur aduk antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Selain itu,
kecelaruan

bahasa

ini

dikenali

juga

dengan

bahasa

rojak.

Contoh

penggunaannya ialah pada perkataan sureheboh. Masalah ini berpunca


melalui media elektronik yang banyak menggunakan bahasa campuran
Melayu-Inggeris. Walaupun terdapat dua jenis media massa iaitu media
cetak dan media elektronik, secara nyata media elektronik lebih banyak
memberi pengaruh yang besar dalam penyalahgunaan bahasa. ini kerana,
penulisan dalam media cetak sering dipantau. Berbeza dengan media
elektronik yang terdiri daripada siaran televisyen, internet dan komunikasi
yang berkaitan dengan sistem pesanan ringkas (SMS). Kecelaruan bahasa
yang dapat dikesan oleh masyarakat umum adalah melalui media siber iaitu
internet. Ianya seiring dengan bercambahnya laman-laman sosial yang
banyak memberi pengaruh. Contohnya laman facebook, friendster dan
myspace. Laman-laman seperti ini amat diminati oleh masyarakat masa kini
terutama peringkat remaja. Sememangnya melalui laman tersebut dapat

mendekatkan hubungan antara yang jauh dengan yang dekat. Namun ianya
akan menjadi sebaliknya apabila setiap komunikasi menggunakan bahasa
yang mudah dan bercampur aduk.
Secara umumnya, masyarakat sekarang mementingkan dialek
setempat yang secara langsungnya meninggalkan bahasa baku yang
sebenarnya. Lebih buruk lagi ianya digunakan dalam komunikasi serta
penulisan yang melibatkan urusan rasmi. Contohnya penggunaan dalam
penulisan ilmiah yang disebarkan melalui media elektronik, melibatkan
penulisan blog, rencana dan surat rasmi. Sememangya hal ini ingin dielakkan
bagi setiap individu terbabit, namun kadangkala ia terjadi secara tidak
sengaja. Ini disebabkan pengaruh daripada pertuturan seharian yang biasa
menggunakan dialek setempat atau lebih tepat lagi dialek negeri. Antara
masyarakat yang sukar untuk mengubah dialek mereka ialah masyarakat di
kawasan pantai timur dan utara. Contohnya negeri Kelantan dan Kedah. Oleh
sebab itulah penggunaan bahasa baku mereka agak lemah. Antara dialek
Kelantan ialah tok se dan gapo.
Sepertimana yang telah diketahui umum, sistem pesanan ringkas
yang menjadi alat penghubung pada masa sekarang banyak membawa
kemudaratan kepada penyalahgunaan bahasa Melayu. Hal ini menjadi
semakin membimbangkan apabila

ianya

menjadi

punca

kemerosotan

penguasaan bahasa Melayu di kalangan masyarakat terutama pelajar


sekolah.

Ini

kerana

mereka

terbawa-bawa

singkatan

tersebut

dalam

penulisan esei di sekolah. Penggunaan bahasa ringkas yang menjadi


penghubung dalam sistem pesanan ringkas tidaklah menjadi satu kesalahan
sekiranya ianya hanya digunakan untuk tujuan perhubungan semata-mata.
Namun, masalah yang timbul sekarang penyalahgunaan bahasa tersebut
terbawa-bawa kepada penggunaan rasmi sehingga merosakkan bahasa asal.
Hadirin sekalian,

Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa antara media


elektronik dan media cetak, media elektronik lebih banyak membawa
kemudaratan dalam pencemaran bahasa Melayu. Hal ini kerana kebanyakan
pengaruh terdapat dalam media siber iaitu laman-laman sosial yang
terdapat

dalam

internet.

Selain

itu,

sistem

pesanan

ringkas

(SMS)

merupakan alat komunikasi yang berdasarkan media elektronik juga kerana


menghubungkan dua individu dalam talian yang jauh. Tanpa panduan
khusus, penggunaan bahasa SMS yang tidak terkawal dan sewenangwenangnya, terutamanya yang dipaparkan pada skrin televisyen atau
komputer akan memberikan impak yang negatif terhadap perkembangan
bahasa Melayu.
Oleh itu, arus globalisasi yang membawa kepada perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi yang melanda dunia hari ini sewajarnya tidak
dibiarkan mempengaruhi, melemahkan dan menghakis bahasa Melayu.
Ianya sepatutnya dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kemajuan dan
perkembangan positif bahasa Melayu tinggi yang merupakan gambaran
kebijaksanaan bangsa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu yang tinggi
mencerminkan kesopanan serta kesantunan pekerti bangsa Melayu itu
sendiri. Jangan sekali-kali mengabaikan kemurnian bahasa sendiri dalam
mengejar arus kemodenan dan inginkan kemajuan. Kemajuan akan lebih
dicapai sekiranya setiap individu memartabatkan bahasa Melayu untuk
dibawa dan ditunjukkan pada mata dunia.

Anda mungkin juga menyukai