Anda di halaman 1dari 34

KATA TUNGGAL

DAN
KATA MAJMUK
Panitia Bahasa Melayu
Kata Tunggal
• Perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan
atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke
dalam jenis kata tunggal.
• Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk
dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang
lain. Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku
kata.
• Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan
kepada dua jenis:
a.      Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri :
Contoh:          
(i)         Kamu.            
(ii)        Sudah?                       
(iii)       Ini?
b.         Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan
sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk
melaksanakan tugas nahunya.
Contoh:          
(i)         di mana?         
(ii)        ke Kuala Lumpur       
(iii)       dari Terengganu
Bentuk Kata Tunggal

i.          Satu suku kata


Pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu
adalah seperti yang berikut :

Suku Kata Perkataan Suku Kata Perkataan


KV yu KVKK bank
VK am KKKV skru
KVK bah KKKVK skrip
KKVK stor

Jadual 1 : Satu Suku Kata


Bentuk Kata Tunggal

ii.          Dua suku kata


Antara pola-pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah seperti yang
berikut :

Suku Kata Perkataan Suku Kata Perkataan


V + KV aku KV + VK buah
V + VK ais KV + KV buku
V + KVK adik KV + KVK telur
VK + KV undi KVK + KV lampu
VK + KVK ambil KVK + KVK bintang
KV + V doa

Jadual 2 : Dua Suku Kata


Bentuk Kata Tunggal

iii.          Tiga suku kata


    Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak kecil. Namun
demikian pola-pola susunan konsonan-vokalnya agak
banyak. Perkataan tiga suku kata ini banyak terdiri daripada kata-kata
pinjaman. Antara pola-polanya :
 Suku kata Perkataan Suku kata Perkataan
KV + V + KV suara KV + KV + KV Teruna
KV + V + KVK ziarah KV K+ KV + KV Bendera
V + KV + V usia VK + KV + VK ilmiah
KV + KV + V semua V + KV + VK elaun
KVK + KV + V mentua KV + KV + KVK kelawar
KV + KV + VK seluar KVK + KV + KVK martabat
KVK + KV+ VK manfaat KV + KVK + KV belanja
V + KV + KV utara KVK + KVK + KV sempurna
V + KV + KVK ijazah KV + KVK + KVK selumbar
VK + KV + KV antara
Jadual 3 : Tiga Suku Kata
Bentuk Kata Tunggal

iv.          Empat suku kata


Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat
suku kata dan lebih. Kebanyakan perkataan ini ialah kata pinjaman.
Antara contoh-contohnya :

Suku Kata Perkataan Suku Kata Perkataan

KV + KV + VK + KV keluarga KV + KV + KV + KVK salasilah

KV + KVK + KV + KV sederhana KVK+KV+KV+KVK sentimeter

KVK + KV + KV + KV laksamana KVK+ KVK + KV + KV singgahsana

KVK + KV + V + KV sentiasa KV + KV + V + KVK nasional

KV + KV + KV + KV bidadari V+KV+KVK+KV+ KV universiti

Jadual 4 : Empat Suku Kata atau Lebih


Bentuk Kata Tunggal

v. Akronim
Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal
suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai
kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar ( Tatabahasa Dewan, 1996 ).

Akronim Rangkai Kata

Bernama Berita Nasional Malaysia

Gapena Gabungan Penulis Nasional

Mara Majlis Amanah Rakyat

Jadual 5 : Akronim
Kata Majmuk
Bentuk kata majmuk lahir melalui proses pemajmukan, iaitu
proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan
bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.
a. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.
b. Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.
Pengelompokan Kata Majmuk:

a. Rangkaian Kata Bebas


nasi minyak bom tangan jalan raya
air hujan Perdana Menteri Profesor Madya

b. Istilah Khusus
garis pusat pita suara urus setia
cari gali kanta tangan kertas kerja

c. Mendukung Maksud Kiasan


kaki bangku berat tangan ringan mulut
makan angin angkat bakul batu api duit kopi
• Perlu ditekankan bahawa gandingan dua kata atau lebih jika
boleh disisipkan kata lain antara gandingan perkataan itu tidak
dikira sebagai majmuk. Ia akan menjadi frasa. Contohnya:
   Muda mudi boleh menjadi muda dan mudi
  Hitam legam boleh menjadi hitam lagi legam
   Hujan renyai boleh menjadi hujan yang renyai
• Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk
mendukung makna tertentu berlaku dengan tiga cara, iaitu:
a. Kata Majmuk Umum
b. Kata Majmuk Istilah
c. Kata Majmuk Kiasan/Peribahasa
Kata Majmuk Umum

• Kata majmuk biasa


Alat tulis, adat resam, kereta api, lapangan terbang, nasi minyak, tengah
hari

• Kata Majmuk Gelaran


Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Timbalan Menteri, Peguam
Negara, Duta Besar
Kata Majmuk Istilah Khusus
• Kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang.
Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata umum
atau istilah khusus.
• Telefon mudah alih, teknologi maklumat, kertas kerja
Kata Majmuk Kiasan
• Kata majmuk jenis ini mempunyai maksud selain daripada maksud
harafiahnya, misalnya:
• Masam muka, tebal muka, curi tulang, makan angin
• Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang
berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama.    
Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.
• Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan
untuk menyatakan makna kesangatan.

• Misalnya,
a. cantik jelita bererti sangat cantik
b. hancur lebur bererti hancur sama sekali
c. sunyi sepi bererti sangat sunyi
• Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja
terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.
• Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada
bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda
separa seperti bebawang, jejari,kekuda, dan sebagainya.
• Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah
apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan
walaupun.
• Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air
mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi,
dan hak cipta.
Bentuk Kata Majmuk
Dari segi bentuknya, kata majmuk terbahagi
kepada beberapa kelas seperti yang berikut :
• kata nama majmuk
• kata bilangan majmuk
• kata adjektif majmuk
• kata kerja majmuk
• kata sendi majmuk
• kata keterangan majmuk
• kata hubung majmuk
• Contoh kata nama majmuk :
air mata, buah mulut, cita rasa,
daun telinga, ganti rugi, hak cipta.
• Contoh kata bilangan majmuk :
tiga puluh, dua pertiga, dua ratus lima puluh.
• Contoh kata adjektif majmuk :
aman damai, buta huruf,
cantik jelita, gagah perkasa,
merah jambu, iri hati, kelam kabut.
• Contoh kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu
darihal, daripada, kepada.
Tugas Kata Majmuk
Kata majmuk mempunyai dua tugas
seperti yang berikut:
• menetapkan kelas kata dasar. Contohnya :
air (kata nama) + mata (kata nama)
air mata (kata nama)

lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif)


lemah lembut (kata adjektif)

dari (kata sendi) + pada (kata sendi)


daripada (kata sendi)
Tugas Kata Majmuk
Kata majmuk mempunyai dua tugas
seperti yang berikut:
• mengubah kelas kata dasar. Contohnya :
apa + bila
(kata ganti tanya) (kata keterangan tanya)
apabila (kata hubung)

alim (kata adjektif) + ulama (kata nama)


alim ulama (kata nama)

cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif)


cerdik pandai (kata nama)

Anda mungkin juga menyukai