Anda di halaman 1dari 2

Bahasa Melayu STPM Kertas 2 (910/2)

Nota
PENGGAL MORFOLOGI
2

BENTUK KATA : KATA TUNGGAL

1. KONSEP
 Kata tunggal ialah perkataan yang belum menerima sebarang proses
morfologi.
 Akronim (perkataan yang terhasil daripada cantuman huruf, suku kata, atau bahaigan
lain daripada serangkaian perkataan) termasuk dalam kata tunggal.
 Kata tunggal, jika diperluas, dapat membentuk kata terbitan, kata ganda, atau
kata majmuk.
 Terdiri daripada satu morfem bebas atau hanya satu bentuk dasar
 Boleh terdiri daripada kata nama (KN), kata kerja (KK), kata adjektif (KA), atau
kata tugas (KT)

2. JENIS KATA TUNGGAL


(a) Kata sempurna = kata yang dapat berdiri sendiri, dan boleh menjadi ayat minimal

 Kita. (KN)  Ambil. (KK)


 Sungai. (KN)  Pergi! (KK perintah)
 Apa? (KN tanya)  Harum. (KA)
 Minum. (KK)  Bijak. (KA)

(b) Kata tugas = lazimnya kata sendi nama, yang memerlukan kata sempurna untuk
membawa makna tatabahasa

 dari (bandar)  kepada (siapa?)


 dengan (kereta)  daripada (papan lapis)
 untuk (mereka?)

3. BINAAN KATA TUNGGAL


(a) Kata tunggal boleh dibina daripada sekurang-kurangnya satu suku kata hingga
beberapa suku kata.

Jumlah Binaan Binaan


Contoh Contoh
suku kata suku kata suku kata
cat (KN) KVK wah (KT) KVK
Satu
lap (KK) KVK eh (KT) VK
pintu (KN) KVK + KV plastik (KN) KKVK + KVK
Dua halang (KK) KV + KVK mahu (KT) KV + KV
cerdik (KA) KVK + KVK akan (KT) V + KVK
1
KVK + KV + KV +
kelapa (KN) KV + KV + KV berdikari (KK)
KV
Tiga
KVK + KV +
tempurung (KN) terima (KK) KV + KV + KV
KVK
KV + KV + V + KV + KVK + KV +
Empat keluarga (KN) sayembara (KN)
KV KV
cenderawasih KVK + KV + KV V + KV + KVK +
Lima universiti (KN)
(KN) + KV + KVK KV + KV

(b) Kata tunggal juga terdiri daripada kata akronim.


= Kata akronim ialah kata yang terhasil daripada percantuman antara huruf, suku
kata, dan bahagian tertentu daripada serangkaian perkataan.
 Sesuatu kata yang mengalami proses itu dianggap akronim hanya apabila dapat
dilafazkan sebagai kata yang wajar.
 Jika hanya dapat disebut huruf demi huruf, bentuk itu bukan akronim, tetapi
singkatan, seperti JKR (Jabatan Kerja Raya), UPM (Universiti Putra Malaysia), dan
sebagainya.

Contoh
Bentuk cantuman
Akronim Rangkaian kata asal
 ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri
Huruf dengan huruf
 ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia
 Kobena Koperasi Belia Nasional
Suku kata dengan suku
 Hakis Habis kikis
kata
 Purata Pukul rata
 Intan Institut Tadbiran Awam Negara
Huruf dengan suku kata Perlindungan Hidupan Liar dan Taman
 Perhilitan
Negara
2

Anda mungkin juga menyukai