Anda di halaman 1dari 3

Bahasa Melayu STPM Kertas 2 (910/2)

Nota
PENGGAL MORFOLOGI
2

PROSES PEMBENTUKAN KATA : PENGAKRONIMAN

1. KONSEP
 Pengakroniman ialah proses membentuk perkataan dengan mencantumkan
bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan yang menghasilkan perkataan
baharu.
 Bahagian yang dicantumkan terdiri daripada huruf, suku kata, atau bahagian lain
daripada perkataan yang terlibat.
 Perkataan yang terhasil dipanggil kata akronim.
 Akronim bersifat satu perkataan dan termasuk dalam bentuk kata tunggal.

2. CIRI-CIRI KATA AKRONIM

(a) Akronim ditulis dan disebut sebagai satu perkataan yang utuh.
 IPTAR
 Perhilitan
 debunga

Oleh itu, bentuk yang berikut, yang disebutkan hurufnya satu persatu, tidak
dianggap sebagai akronim, tetapi dipanggil singkatan.

 KDN
 SPRM
http://dermagabmk1.blogspot.com

 UKM

(b) Akronim mengekalkan makna pada rangkai kata asalnya.

 panggung wayang gambar = pawagam


 jentera tolak = jentolak
 Petroleum Nasional Berhad = Petronas

(c) Akronim memendekkan sebutan.

 tadika : taman didikan kanak-kanak


 Perkim : Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
 hakis : habis kikis
1
(d) Akronim membentuk kata tunggal. Walaupun terdapat kata akronim kelihatan
seperti kata terbitan, imbuhan yang ada sudah tidak berfungsi.

 berdikari
 Perhilitan
 Bernama

3. JENIS PENGAKRONIMAN

(a) Berdasarkan cara penulisan, terdapat tiga jenis akronim:1

(i) Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata = terdiri daripada kata nama khas,
dan ditulis dengan huruf besar keseluruhannya.
 ABIM = Angkatan Belia Islam Malaysia
 IKIM = Institut Kefahaman Islam Malaysia
 ADUN = Ahli Dewan Undangan Negeri

(ii) Gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata dengan
suku kata = terdiri daripada kata nama khas, huruf pertamanya sahaja
dieja dengan huruf besar.

 Perkeso = Pertubuhan Keselamatan Sosial


 Bernama = Berita Nasional Malaysia
 Mabbim = Majlis Bahasa Brunei Darussslam, Indonesia, Malaysia
 Perhilitan = Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

(iii) Gabungan suku kata dengan suku kata = daripada kata nama am, ditulis
dengan huruf kecil keseluruhannya.

 kugiran = kumpulan gitar rancak


 cerpen = cerita pendek
 asbut = asap dan kabut
 pulihara = pulih dan pelihara
http://dermagabmk1.blogspot.com

(b) Berdasarkan cara percantuman bahagian-bahagian perkataan, kata akronim


dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat jenis:2

(i) Cantuman huruf awal perkataan


 IPTAR = Institut Penyiaran Tun Abdul Razak
 JAIS = Jabatan Agama Islam Selangor
 pati = pendatang asing tanpa izin

1 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008): hlm. 66-67; Tatabahasa Asas (2012): hlm. 38-39
2

2 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008): 105-106


(ii) Cantuman huruf dan suku kata perkataan
 Proton = Perusahaan Otomobil Nasional
 Intan = Institut Tadbiran Awam Negara
 Mara = Majlis Amanah Rakyat

(iii) Cantuman suku kata awal perkataan


 tadika = taman didikan kanak-kanak
 pawagam = panggung wayang gambar
 Gapena = Gabungan Persatuan Penulis Nasional

(iv) Cantuman bahagian awal perkatan pertama dengan bahagian lain


perkataan yang mengikutinya

 jenama = jenis nama


 purata = pukul rata
 berdikari = berdiri di atas kaki sendiri
http://dermagabmk1.blogspot.com
3

Anda mungkin juga menyukai