Anda di halaman 1dari 3

1

h
t
t
p
:
/
/
d
e
r
m
a
g
a
b
m
k
1
.
b
l
o
g
s
p
o
t
.
c
o
m


Bahasa Melayu STPM Kertas 2 (910/2)




1. KONSEP
Pengakroniman ialah proses membentuk perkataan dengan mencantumkan
bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan yang menghasilkan perkataan
baharu.
Bahagian yang dicantumkan terdiri daripada huruf, suku kata, atau bahagian lain
daripada perkataan yang terlibat.
Perkataan yang terhasil dipanggil kata akronim.
Akronim bersifat satu perkataan dan termasuk dalam bentuk kata tunggal.

2. CIRI-CIRI KATA AKRONIM

(a) Akronim ditulis dan disebut sebagai satu perkataan yang utuh.
IPTAR
Perhilitan
debunga
Oleh itu, bentuk yang berikut, yang disebutkan hurufnya satu persatu, tidak
dianggap sebagai akronim, tetapi dipanggil singkatan.
KDN
SPRM
UKM

(b) Akronim mengekalkan makna pada rangkai kata asalnya.

panggung wayang gambar = pawagam
jentera tolak = jentolak
Petroleum Nasional Berhad = Petronas

(c) Akronim memendekkan sebutan.

tadika : taman didikan kanak-kanak
Perkim : Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
hakis : habis kikis


Nota
PENGGAL
2
MORFOLOGI
PROSES PEMBENTUKAN KATA : PENGAKRONIMAN

2




h
t
t
p
:
/
/
d
e
r
m
a
g
a
b
m
k
1
.
b
l
o
g
s
p
o
t
.
c
o
m


(d) Akronim membentuk kata tunggal. Walaupun terdapat kata akronim kelihatan
seperti kata terbitan, imbuhan yang ada sudah tidak berfungsi.

berdikari
Perhilitan
Bernama


3. JENIS PENGAKRONIMAN

(a) Berdasarkan cara penulisan, terdapat tiga jenis akronim:
1


(i) Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata = terdiri daripada kata nama khas,
dan ditulis dengan huruf besar keseluruhannya.
ABIM = Angkatan Belia Islam Malaysia
IKIM = Institut Kefahaman Islam Malaysia
ADUN = Ahli Dewan Undangan Negeri

(ii) Gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata dengan
suku kata = terdiri daripada kata nama khas, huruf pertamanya sahaja
dieja dengan huruf besar.

Perkeso = Pertubuhan Keselamatan Sosial
Bernama = Berita Nasional Malaysia
Mabbim = Majlis Bahasa Brunei Darussslam, Indonesia, Malaysia
Perhilitan = Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

(iii) Gabungan suku kata dengan suku kata = daripada kata nama am, ditulis
dengan huruf kecil keseluruhannya.

kugiran = kumpulan gitar rancak
cerpen = cerita pendek
asbut = asap dan kabut
pulihara = pulih dan pelihara

(b) Berdasarkan cara percantuman bahagian-bahagian perkataan, kata akronim
dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat jenis:
2


(i) Cantuman huruf awal perkataan
IPTAR = Institut Penyiaran Tun Abdul Razak
JAIS = Jabatan Agama Islam Selangor
pati = pendatang asing tanpa izin





1
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008): hlm. 66-67; Tatabahasa Asas (2012): hlm. 38-39
2
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008): 105-106

3




h
t
t
p
:
/
/
d
e
r
m
a
g
a
b
m
k
1
.
b
l
o
g
s
p
o
t
.
c
o
m


(ii) Cantuman huruf dan suku kata perkataan
Proton = Perusahaan Otomobil Nasional
Intan = Institut Tadbiran Awam Negara
Mara = Majlis Amanah Rakyat

(iii) Cantuman suku kata awal perkataan
tadika = taman didikan kanak-kanak
pawagam = panggung wayang gambar
Gapena = Gabungan Persatuan Penulis Nasional

(iv) Cantuman bahagian awal perkatan pertama dengan bahagian lain
perkataan yang mengikutinya

jenama = jenis nama
purata = pukul rata
berdikari = berdiri di atas kaki sendiri

Anda mungkin juga menyukai