Anda di halaman 1dari 62

BKi10203

MORFOLOGI
TATABAHASA

 Tinjauan dalam bidang tatabahasa


dilakukan dalam dua segi iaitu :
 dari segi cara perkataan dibentuk daripada
bunyi-bunyi bahasa (morfologi)
 dari segi perkataan-perkataan disusun menjadi
ayat (sintaksis)
MORFOLOGI

Morfem Perkataan

Bebas Terikat Akar Dasar

Bentuk Kata

Tunggal Terbitan Majmuk Ganda

Proses Pembentukan Kata

Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaaan

Golongan Kata

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas


STRUKTUR KATA
 Susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang
(dalam tulisan) yang menjadi unit bahasa yang
bermakna.
 Menggabungkan abjad untuk membentuk
perkataan yang ada makna.
 Contoh;
(n, a, s, i – na + si = nasi)
 gabungan abjad n,a,s,i menghasilkan struktur
kata na+si dan mewujudkan perkataan yang
bermakna iaitu nasi.
BENTUK KATA

Menurut Tatabahasa Dewan, terdapat empat bentuk


kata dalam bahasa Melayu iaitu :
1. Kata tunggal
2. Kata terbitan
3. Kata majmuk
4. Kata ganda
KATA TUNGGAL
 Perkataan yang tidak menerima sebarang
imbuhan, pemajmukan atau penggandaan
 Terdapat dua jenis kata tunggal :
 Kata tunggal satu suku kata (yu, wang, roh)

 Agak terhad dan berpotensi untuk

diperluas menjadi kata terbitan (bercat,


mengecat,pengecat)
 Kata tunggal dua suku kata atau lebih (apa,

duri, ambil dll)


PERSUKUAN KATA TUNGGAL

 Kata tunggal boleh terdiri daripada 1,2,3,4,5


dan 6 suku kata.
 Boleh terdiri daripada :
 Satu vokal sahaja

 Satu vokal yang disertai satu konsonan

 Satu vokal dengan beberapa konsonan

 Konsonan boleh hadir di hadapan, belakang

atau serentak di hadapan dan di belakang


 Ada konsonan yang boleh hadir bergugus
KATA TUNGGAL SATU SUKU
KATA
1. KV (ru, ya, yu)
2. VK (am)
3. KVK (sen, bah, tin)
4. KKVK (stor, gred, draf)
5. KVKK (bank, golf, teks)
6. KKKV (skru)
7. KKVK (skrip, spring)
KATA TUNGGAL DUA SUKU KATA

1. V + KV (ela, aku, ubi)


2. V + VK (aib, aur, air)
3. V + KVK (adik, emas, ekor)
4. VK + KV (undi, asli, unta)
5. VK + KVK (ambil, iblis, umpan)
6. KV + V (dua, bau, ria)
7. KV + VK (jauh, liar, kuih)
8. KV + VK (jala, pasu, teko)
9. KV + KVK (jarum, telur, hiris)
10. KVK + KV (lampu, binti, senda)
11. KVK + KVK (sandar, jemput, sunting)
KATA TUNGGAL TIGA SUKU KATA
1. Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata
dalam bahasa Melayu agak kecil, tetapi pola
suku katanya agak banyak, iaitu 19.
2. Sebahagian daripada perkataan tiga suku
kata merupakan kata pinjaman
Kata Tunggal Tiga Suku Kata
1. KV + V + KV (cuaca, biasa, biola)
2. KV + V + KVK (siuman, tualang)
3. V + KV + V (usia, idea, urea)
4. KV + KV + V (mulia, barua)
5. KVK + KV + V (tempua, mentua)
6. KV + KV + VK (sekian, haluan, seluar)
7. KVK + KV + VK (mendiang, tempias)
8. V + KV + KV (utara, ilahi, asasi)
9. V + KV + KVK (ijazah, amaran)
10. VK + KV + KV (indera, isteri, umpama)
11. KV + KV + KV (delima, budaya, teruna)
12. KVK + KV + KV (menteri, penjuru)
13. VK + KV + VK (ilmiah, ikhtiar)
14. V + KV + VK (elaun, akaun, ideal)
15. KV + VK + KVK (belukar, binatang, selaput)
16. KVK + KV + KVK (matlamat, sembilan)
17. KV + KVK + KV (belanja, terumbu, royalti)
18. KVK + KVK + KV (sempurna)
19. KV + KVK + KVK (belimbing, selumbar, kelompok)
KATA TUNGGAL EMPAT SUKU
KATA
1. Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri
daripada empat suku kata
2. Kebanyakannya merupakan kata pinjaman

KV + KV + VK + KV (keluarga, biduanda)
KV + KVK + KV + KV (sederhana, belantara)
KVK + KV + KV + KV (laksamana, sandiwara)
KVK + KV + V + KV (sentiasa)
KV + KV + KV + KV (bidadari, serigala, sanubari)
KV + KV + KV + KVK (salasilah, perajurit)
KATA TUNGGAL LIMA DAN ENAM
SUKU KATA
1. V + KV + KVK + KV + KV (universiti)

2. KVK + KV + KV + KV + KVK (cenderawasih,


kosmopolitan)

3. KV + KV + KV + KV + KV + KV (maharajalela)
KATA TERBITAN
 Bentuk perkataan yang dihasilkan melalui
proses pengimbuhan
 Pengimbuhan bermaksud menggandingkan
imbuhan sama ada awalan, akhiran, apitan
atau sisipan pada kata dasar.
 Imbuhan merupakan morfem terikat
manakala kata dasar adalah morfem bebas
yang dapat menerima imbuhan.
KATA MAJMUK
 Bentuk kata yang dihasilkan melalui proses
merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang
membawa makna tertentu, dan bertindak
sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh
menerima sebarang penyisipan unsur lain.
 Contohnya:
 bumiputera, warganegara,
 bagaimana,apabila dll.
KATA GANDA

 Kata yang dihasilkan dengan menggandakan


atau mengulangi kata dasar sama ada kata
ganda tersebut diulang secara keseluruhan
atau pada bahagian tertentu dan dengan
imbuhan atau tanpa imbuhan. Contoh:
 kanak-kanak, rumah-rumah.
PEMBENTUKAN KATA

PROSES PEMBENTUKAN KATA


PEMBENTUKAN KATA
 Proses bagaimana sesuatu kata itu dicipta,
dibentuk, atau diwujudkan dalam sesuatu
bahasa, daripada tiada kata kepada ada kata.
 Pewujudannya dalam bahasa Melayu melalui
dua sumber, iaitu:

 Asal bahasa

 Pembentukan melalui proses tertentu


PEMBENTUKAN KATA
Perluasan kata melalui asal bahasa seperti dari:

 Keluarga Indonesia
 Keluarga Melanesia
 Keluarga Mikronesia
 Keluarga Polinesia
BAHASA NUSANTARA bahasa-bahasa Kepulauan Bah. Melayu
Melayu atau Bahasa Bah. Jawa
Nusantara Bah. Tagalog

BAHASA MELANESIA bahasa-bahasa di Kepulauan Bah. Gedaged


Fiji, Irian and Kepulaun Bah. Mota/Motu
Caledonia Bah. Yaben

BAHASA MIKRONESIA bahasa-bahasa di Kepulauan Bah. Chamorro


Marianna, Marshall, Carolina Bah. Pallau
dan Gilbert Bah. Yap

BAHASA POLINESIA Bah. Hawaii


Bah. Mouri
Bah Samoa
CONTOH

Bahasa 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Jawa siji loro telu papat lima enem pitu walu sango sepuluh

Hawaii kahi elua kolu ha lima ono hiku fwalu iwa hulu

Maori tahi rua toru wha rima ono wahitu waru iwa tekau

Palau tasi lua tolu fa lima ono fitu valu iva sefulu

chamorro mais hugua tolu fatfat lima gunu fiti gualu sigua fulu
a

Tongan toha va tolu fa nima ono fitu valu hiva fulu

Tagalog isa dalaw tatlo apat lima anim pito walo siam sangpul
o
PEMBENTUKAN KATA MELALUI PROSES
TERTENTU
PERLUASAN MAKNA
 Pembentukan perkataan dengan cara ini
adalah dengan mengambil kata-kata yang
telah sedia ada dan kemudiannya
diperluaskan maknanya dalam hal-hal lain.
 Misalnya, perkataan telah diperluaskan
maknanya ,bukan sahaja merujuk kepada
manusia, malahan kepada haiwan juga.
PINJAM
TERJEMAH/PEMINJAMAN KATA
 Pembentukan kata melalui proses ini banyak
digunakan dalam bahasa Melayu.
 Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan
daripada bahasa Ingggeris dan bahasa Arab
sehingga perkataan tersebut menjadi sebati.
 element – elemen
 diplomat – diplomat
PENYEMPITAN MAKNA
 Penyempitan makna adalah gejala yang terjadi
pada sebuah kata yang pada mulanya
mempunyai makna yang cukup luas, kemudian
berubah menjadi terbatas hanya pada sebuah
makna saja.
 Misalnya kata sarjana yang pada mulanya
bererti ‘orang pandai’ atau ‘cendikiawan’,
kemudian disempitkan maknanya kepada
sejenis kelulusan.
PERUBAHAN MAKNA

 Terdapat kata yang mengalami perubahan


makna kata dari makna asalnya.

 Contohnya kata ceramah dalam bahasa


Indonesia yang dulunya berarti 'cerewet',
tetapi sekarang kata itu bererti pidato atau
berucap.
PENGIMBUHAN
 Proses menggandingkan imbuhan pada kata
dasar.
 Merupakan proses membentuk perkataan dengan

cara menambahkansesuatu perkataan dengan


imbuhan-imbuhan tertentu supaya wujud satu
perkataan yang membawa konsep yang baru.
Contohnya perkataan tulis dapat menghasilkan :
 tulisan penulisan bertulis
 menulis penulis tertulis
PENGIMBUHAN

 Berasaskan posisi, imbuhan dapat dibahagi


kepada empat (Nik Safiah Karim ,1993).

 Imbuhan awalan
 Imbuhan akhiran
 Imbuhan apitan
 Imbuhan sisipan
JENIS-JENIS IMBUHAN
Terdapat 4 jenis imbuhan iaitu :
 Awalan – hadir sebelum kata dasar: Misalnya, ber-
berjalan
 Akhiran – hadir sesudah kata dasar: Misalnya, -kan
berikan
 Apitan – hadir mengepit kata dasar: Misalnya, ke…an
keindahan
 Sisipan – hadir di celahan kata dasar: Misalnya –el-
telunjuk
IMBUHAN AWALAN
1. Awalan Kata Nama
 Bergabung dengan kata dasar membentuk kata
nama
 Contohnya pe + lukis = pelukis
2. Awalan Kata Kerja
 Bergabung dengan kata dasar membentuk kata
kerja
 Contohnya me + lukis = melukis
3. Awalan Kata Adjektif
 Bergabung dengan kata dasar membentuk kata
adjektif
 Contohnya se + putih = seputih
IMBUHAN AKHIRAN
1. Akhiran kata nama
 Bergabung dengan kata dasar membentuk
kata nama
 Contohnya: ajar + an = ajaran

2. Akhiran kata kerja


 Bergabung dengan kata dasar membentuk
kata kerja
 Contohnya: ajar + kan = ajarkan
IMBUHAN APITAN
1. Apitan Kata Nama
 Bergabung dengan kata dasar membentuk kata nama
 Misalnya : pe...an + laksana = pelaksanaan

2. Apitan Kata Kerja


 Bergabung dengan kata dasar membentuk kata
kerja
 Misalnya : me…kan + maju = memajukan

3. Apitan Kata Adjektif


 Bergabung dengan kata dasar membentuk kata
adjektif
 Misalnya : ke…an + melayu = kemelayuan
IMBUHAN SISIPAN
 Imbuhan yang hadir antara kata dasar.
 Bentuk ini tidak lagi produktif dalam bahasa Melayu
iaitu tidak ada lagi perkataan baharu yang dibentuk
dengan menggunakan imbuhan sisipan.
 Contoh imbuhan sisipan ialah -el-, -er-, -em-, dan –in-.

 Terdapat dua (2) jenis imbuhan ini:


 Sisipan kata nama

 Sisipan kata adjektif.


IMBUHAN SISIPAN

Contoh Imbuhan Sisipan

kelawar k+el+elawar – kelelawar


gentar g+em+entr – gementar
kabut k+el+abut - kelabut
tunjuk t+el+unjuk - telunjuk
kuping k+er+uping - keruping
suling s+er+uling - seruling
IMBUHAN PINJAMAN
.
 Umumnya kita dapat membahagikan unsur-unsur
imbuhan asing ini kepada tiga (3) kumpulan
mengikut imbuhan itu berasal :

 Imbuhan sanskrit
 Imbuhan Arab-Parsi
 Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris
IMBUHAN BAH. SANSKRIT
Imbuhan Awalan
Contoh Makna Imbuhan Contoh
Imbuhan
maha paling/ tahap terbesar mahasiswa
tata suatu susunan/ tatanegara
peraturan)
pra sebelum/ syarat prasekolah
swa sendiri swatenaga (tenaga sendiri)
tuna tidak / tidak tunakerja (penganggur)
mempunyai / tiada
eka,dwi, tri bilangan: satu, dua, tiga dwibahasa

panca lima
IMBUHAN SANSKRIT

Imbuhan akhiran
Contoh Makna Imbuhan Contoh
Imbuhan

wan, man pelaku sesuatu perbuatan/ sasterawan


pekerjaan/ tugas/ pemilik seniman
sesuatu sifat)

wati, nita padanan untuk akhiran wan sasterawati


dan man) biasanya untuk seniwati
wanita)
IMBUHAN ARAB-PARSI

 Awalan
 Bi bererti tidak
contoh: bilazim (tidak lazim)
biadab (tiada adab)
 Akhiran
wi , -- i, -- iah, -- at, -- in, -- ah
contoh:
duniawi, alamiah, hadirin, hadirat, qariah
dll.
IMBUHAN YUNANI-LATIN-INGGERIS

Imbuhan awalan
Contoh Imbuhan Makna Imbuhan Contoh

pro bersetuju/ memihak prokerajaan

anti tidak bersetuju antikerajaan

poli banyak poliklinik

auto secara bersendirian automatik

sub sebahagian daripada subtopik


keseluruhan
supra melebihi/ mengatasi supragolongan
IMBUHAN YUNANI-LATIN-INGGERIS

Imbuhan Akhiran
Contoh Contoh Perkataan
imbuhan
-isme nasionalisme

-ik fonetik

-si klasifikasi

-al klinikal

-is ekonomis
PEMAJMUKAN
 Perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan
dua kata dasar atau lebih dan perkataan yang
terhasil membawa makna tertentu.
 Bertindak sebagai satu unit dan biasanya dieja
terpisah
 Contoh : rumah sakit, biru laut, telefon bimbit
dan sebagainya.

+
PERBEZAAN KATA MAJMUK DENGAN
FRASA
 Dua perkataan yang digabung menjadi
kata majmuk bertindak sebagai satu unit
dengan maksud tidak boleh menerima
sebarang penyisipan

 Misalnya, rumah batu – tidak dapat


disisipkan perkataan ‘yang’ – rumah yang
batu
JENIS KATA MAJMUK
1. Kata
majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas.
Contohnya : bandar raya, hijau daun,
terima kasih, Duta Besar, Profesor Madya

2. Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus


Contohnya : deria rasa, segi tiga, pil khayal

3. Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu


simpulan bahasa
Contohnya : kaki ayam, panjang tangan
KATA MAJMUK
 Terdapat sejumlah perkataan yang secara lazimnya
dianggap satu perkataan dan dieja secara bercantum
walaupun kelihatan terdiri daripada gabungan
perkataan.
 Kata majmuk ini merupaka kata majmuk yang
penggunaannya sudah mantap sebagai perkataan yang
utuh walaupun bentuk kata tersebut ternyata
mempunyai dua kata dasar.
 Dieja sebagai satu perkataan
KATA MAJMUK YANG MANTAP

antarabangsa setiausaha

beritahu tandatangan

bumiputera tanggungjawab

jawatankuasa warganegara

kakitangan pesuruhjaya

kerjasama sukarela

olahraga suruhanjaya

matahari peribadi
PERHATIAN
 Terdapat sebilangan kata yang bukan kata
majmuk tetapi seakan-akan kata majmuk,
contohnya:

1 Kata adjektif Sukacita, dukacita

2 Kata sendi nama daripada,

3 Kata hubung manakala, padahal, apabila,


barangkali, kadangkala, walhal

4 Kata tanya bagaimana


PENGGANDAAN

 Perkataan yang mengalami proses pengulangan


pada kata dasar,sama ada secara penuh,separa
atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi
tertentu.

 Terdapat tiga jenis penggandaan:


- Penggandaan penuh
- Penggandaan separa
- Penggandaan berentak
PENGGANDAAN PENUH

 Proses yang mengulangi seluruh kata dasar


 2 jenis penggandaan penuh:

i) kata dasar tidak menerima imbuhan


cth: sekolah – sekolah-sekolah
makan – makan-makan
ii) kata dasar menerima imbuhan
cth: pelari – pelari-pelari
kekasih – kekasih-kekasih
PENGGANDAAN SEPARA
 Proses yang mengulangi sebahagian kata dasar sahaja.

 Berlaku pada 2 jenis kata dasar:


 Kata dasar tunggal yang melibatkan pengulangan
suku kata pertamanya serta letak pengulangan pada
bahagian kata dasar.
vokal mengalami proses pelemahan iaitu menjadi
e pepet, contoh:
jari jajari jejari
pohon popohon pepohon
kuda kukuda kekuda
PENGGANDAAN SEPARA

 Kata dasar berimbuhan penggandaan separa hanya


mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan.
berlaku pada kata kerja dan kata adjektif dan
terletak pada bahagian belakang dan hadapan

Kata dasar Penggandaan di depan


berimbuhan dan belakang
1 Tersenyum Tersenyum-senyum
2 Bercakap Bercakap-cakap
3 Bantu Bantu-membantu
4 Tari Tari-menari
PENGGANDAAN BERENTAK
 Proses mengulangi kata dasar mengikut rentak bunyi
tertentu dalam kata dasar.
 Kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang
atau diubah.
 Terbahagi kepada 3 jenis:

i) Penggandaan berentak pengulangan vokal


- bunyi yang diulang ialah vokal iaitu mempunyai
keharmonian vokal.
Cth: sayur - sayur-mayur
ramah – ramah-tamah
PENGGANDAAN
ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan
-penggandaan berlaku pada persamaan bunyi-bunyi
konsonan,
Cth: kayu - kayu-kayan
tanah - tanah-tanih

iii) Penggandaan berentak bebas


-rentak bunyi tidak mengandungi ciri-ciri persamaaan
pada bunyi vokal dan konsonan
Cth: titik - titik-bengik
kusut - kusut-masai
KATA AKRONIM
 Mengikut Tatabahasa Dewan, kata akronim juga
tergolong sebagai kata tunggal.

 Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk


dengan menggabungkan huruf awal, suku kata atau
gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu
rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai
kata yang wajar.
GABUNGAN HURUF AWAL
 Akronim ini dibentuk daripada gabungan beberapa
huruf awal daripada satu rangkai kata dan
keseluruhannya ditulis dengan huruf besar.
 Contoh:

 ABIM - Angkatan Belia Islam


Malaysia
 UMNO - United Malays National
Organization
 EON - Edaran Otomobil Nasional
GABUNGAN SUKU KATA

 Gabungan suku kata ditulis dengan huruf kecil


keseluruhannya, jika bukan nama khas.
Contoh:
 tabika ~taman bimbingan kanak-kanak
 Kugiran ~kumpulan gitar rancak
 Pawagam ~panggung wayang gambar
GABUNGAN HURUF AWAL DAN
SUKU KATA
 Gabungan huruf awal dan atau suku kata itu
menjadi nama khas, kata itu ditulis bermula
dengan huruf besar. Contoh:
 Mara ~Majlis Amanah Rakyat
 Perhilitan ~perlindungan Hidupan Liar Taman
Negara.
 Intan ~Institut Tadbiran Awam Negara
 Bernama ~Berita Nasional Malaysia
GABUNGAN SUKU KATA DAN KATA

 Gabungan suku kata dengan bahagian-bahagian


lain yang mengikutinya.
 Keseluruhannya ditulis dengan huruf kecil
kecuali kata nama khas.
 Jentera tolak ~jentolak
 Debu bunga ~debunga
 Kemasa kini ~kemas kini
KESIMPULAN
 Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
struktur, bentuk dan penggolong kata.

 Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau


lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang
bermakna.

 Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada


bentuk tunggal atau hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

 Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan


perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar
fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai