Anda di halaman 1dari 37

‫سفينة الصالة‬

‫للسيد عبد الله بن عمر بن يحيى الحضرمي الشافعي‬


‫مع ترجمتها اللغة الماليوية‬
‫بسم الله الرحمن الرحيم‬
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang

‫الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين‬
Segala puji hanya tertentu bagi Allah iaitu Tuhan semesta alam. Dan selawat serta
salam tercurah kepada baginda Penghulu kita iaitu Nabi Muhammad, juga terhadap
keluarga, sahabat sekalian.

‫أول ما يجب على كل مسلم اعتقاد معنى الشهادتين وتصميم قلبه عليه‬
Perkara pertama yang wajib dikerjakan oleh setiap muslim adalah meyakini makna
dari 2 kalimah syahadah dan menetapkan hati padanya.

‫ أعلم وأعتقد بقلبي وأبين لغيري أن لا معبود بحق في‬: ‫ومعنى أشهد أن لا إله إلا الله‬

‫ منزه‬،‫ مفتقر إليه كل ما عداه ؛ متصف بكل كمال‬:‫ وأنه غني عما سواه‬، ‫الوجود إلا الله‬

‫عن كل نقص وما خطر بالبال لم يتخذ صاحبة ولا ولدا ؛ ولا يماثل في ذاته وصفاته‬

‫وأفعاله أحدا‬
Makna dari kalimat “‫ ”أشهد أن ال إله إال هللا‬adalah; Aku meyakini dan mengi’tiqodkan dalam hati
dan aku juga mengutarakannya pada orang lain bahwa tidak ada Tuhan yang berhak
disembah kecuali Allah, sesungguhnya Dialah zat yang tidak berhajat kepada yang lain,
sebaliknya semua yang lain daripada dirinya berjajat kepadaNya. Dialah zat yang bersifat
dengan semua sifat kesempurnaan, suci dari semua kekurangan dan semua yang terlintas
di fikiran. Dia tidak memiliki teman dan juga anak, dan tak ada satupun yang menyerupai
zat, sifat-sifat dan perbuatan-perbuatanNya”.
‫ أعلم وأعتقد بقلبي وأبين لغيري أن سيدنا محمد بن عبدالله‬:‫ومعنى أشهد أن محمد رسول الله‬

‫ يجب على كافة الخلق تصديقه‬،‫ صادق فيما أخبر به‬،‫ عبد الله ورسوله إلى كافة الخلق‬،

‫ ومن خالفه فهو عاص‬،‫ فمن كذبه فهو ظالم كافر‬،‫ و يحرم عليهم تكذيبه ومخالفته‬،‫ومتابعته‬

.‫خاسر‬

Sedangkan makna dari kalimat “‫ ”أشهد أن محمد رسول الله‬adalah; “Aku meyakini dan
mengi’tiqodkan dalam hati dan aku juga mengutarakannya pada orang lain bahwa
junjungan kita, Muhammad bin Abullah adalah hamba Allah dan sekaligus sebagai
utusanNya bagi semua makhluk. Beliau benar pada apa saja yang ia sampaikan,
diwajibkan bagi semua makhluk untuk mempercayai dan mengikutinya, dan
diharamkan bagi mereka mendustakannya dan menyalahinya. Maka barangsiapa
mendustakannya, ia termasuk orang yang zalim dan kafir, dan barangsiapa
menyalahi aturannya, maka termasuk orang yang melakukan kedurhakaan (maksiat)
yang akan merugi”.

،‫ وجعلنا ممن يحيي أحكام شر يعته‬،‫ ورزقنا كمال التمسك بسنته‬،‫وفقنا الله ل كمال متابعته‬

.‫ وحشرنا في ووالدينا وأولادنا وإخواننا وأحبابنا وجميع المسلمين آمين‬،‫وتوفانا على ملته‬
Semoga Alloh memberikan kekuatan bagi kita untuk mengikuti beliau, menjadikan
kita berpegang teguh pada sunah beliau, menjadikan kita sebagian dari orang-orang
yang menghidupkan hukum-hakam syari’atnya, mati dengan menetapi agamanya
dan berkumpul bersama kita, kedua orang tua kita, anak-anak kita, saudara-saudara
kita, orang -orang yang kita cintai dan semua orang islam. Kabulkanlah Ya Allah.
.‫ثم يجب عليه أن يتعلم شروط الصلاة وأركانها ومبطلاتها‬
Kemudian diwajibkan bagi seorang muslim untuk mempelajari syarat-syarat, rukun-
rukun dan perkara-perkara yang membatalkan solat.

:‫فشروطها اثنا عشر‬

Adapun syarat-syaratnya solat itu ada 12 perkara :

‫ الخمر والبول والغائط‬:‫ وهي‬،‫ طهارة الثوب والبدن والمكان من النجاسات‬: ‫الأول‬

‫ والميتة وشعرها وظلفها‬،‫والروث والدم والقيح والقيء والكلب والخ نزير وفرع أحدهما‬

.‫ والمذكاة المباح أكلها‬،‫وجلدها وعظمها إلا ميتة الآدمي والسمك والجراد‬


Pertama; suci pakaian, badan dan tempat daripada najis, iaitu :
1. Arak
2. Air kencing
3. Tahi
4. Tahi binatang
5. Darah
6. Nanah
7. Anjing
8. Babi
9. Anak salah satu dari anjing dan babi
10. Bangkai, termasuk rambut/bulunya, kukunya, kulitnya dan tulangnya kecuali
mayat manusia, bangkai ikan, belalang dan haiwan yang disembelih serta
yang halal dimakan.
‫فمتى لاقت هذه النجاسات ثوب الانسان أو بدنه أو مصلاه أو غيرها من الجامدات مع‬

،‫ فإن كان لها طعم أو لون أو ريح وجب غسلها حتى يزول‬،‫رطوبة فيها أو في ملاقيها‬
Maka ketika najis-najis ini menempel pada pakaian, tubuh dan tempat solat
seseorang atau menempel pada benda-benda pepejal lainnya dengan syarat najis
tersebut menempel dalam keadaan basah atau benda yang terkena najis tersebut
dalam keadaan basah, maka apabila najis yang menempel tersebut meiliki rasa,
warna atau bau, wajib membasuhnya sampai hilang.

‫ وإن لم‬،‫ثم يزيد في نجاسة الكلب والخ نزير ست غسلات واحدة منها مزوجه بتراب طهور‬

‫يكن لها طعم و لون و ريح وإن كانت من الكلب والخ نزير غسلها سبع غسلات واحدة‬

،‫ وإن كانت من غيرها غسلها مرة واحدة‬،‫منها ممزوجة بتراب طهور‬


Lalu menambah dalam penyucian najis anjing dan babi sebanyak 6 kali basuhan
yang salah satunya dicampur dengan tanah yang suci dan menyucikan, meskipun
najisnya tidak memiliki rasa, warna. Jadi, apabila pembasuhan najis dari anjing dan
babi dilakukan sebanyak 7 kali basuhan dimana salah satunya dicampur dengan
tanah yang suci dan menyucikan, sedangkan apabila najis dari selain anjing dan
babi, pembasuhannya hanya dilakukan satu kali.

‫ فإن أدخل المتنجس فيه لم‬.‫و يجب صب الماء على المتنجس إذا كان الماء دون القلتين‬

.‫يطهر وتنجس الماء وملاقيه‬


Dan wajib mengalirkan air pada benda yang terkena najis jika airnya kurang dari 2
kulah. Maka apabila benda yang terkena najis dimasukkan ke dalam air tersebut,
maka benda tersebut tidak boleh suci, sebaliknya air dan kawasan yang terkena air
tersebut menjadi najis.
‫ ثم يستنجي‬،‫و يجب عليه الإستبراء من البول حتى يغلب على ظنه أنه لا يعود ولا يخرج‬

‫ ويدل كه حتى يغلب على ظنه زوال‬،‫ويرخى دبره حتى يغسل ما في طبقاته من النجاسة‬

.‫طعم النجاسة ولونها ور يحها‬


Dan diwajibkan baginya untuk menuntaskan air kencing sehingga ia memiliki
persangkaan kuat bahwa air kencingnya tidak kembali keluar, (jika sudah tuntas) lalu
dan mengendurkan duburnya sehingga ia boleh membasuh najis pada lipatan-
lipatan dubur dan menggosoknya hingga ia memiliki persangkaan kuat bahwa rasa,
warna dan bau najisnya telah hilang.

‫ إلا إن غيرت طعمه أو‬، ‫ومتى لاقت النجاسات المذكورة الماء فإن كان قلتين لم ينجس‬

،‫ وإن كان أقل منهما ينجس بالملاقاة وإن لم يتغير‬،‫لونه أو ر يحه و يطهر بزوال التغير‬

.‫و يطهر ببلوغه قلتين‬

‫ومتى لاقت النجاسات المذكورة مائعا غير الماء تنجس بملاقاتها قليلا أو كثيرا تغير أو لم‬

.‫ قط‬،‫يتغير ولا يطهر‬


Sedangkan apabila najis - najis tersebut mengenai air, maka;
 Apabila airnya 2 kulah, tidak menyebabkan air menjadi najis, kecuali jika rasa,
warna atau baunya berubah, dan air tersebut dihukumi suci kembali apabila
perubahan tersebut telah hilang.
 Dan apabila airnya kurang dari 2 kulah, maka air tersebut dihukumi najis
dengan sebab menyentuh najis meskipun tidak berubah, dan air tersebut
menjadi suci kembali apabila menjadi 2 kulah (dengan ditambahkan air
hingga mencapai 2 kulah)
 Dan apabila najis-najis tersebut mengenai cecair selain air, maka benda cair
tersebut dihukumi najis dengan sebab menyentuh najis , sama ada cecair
tersebut sedikit atau banyak, berubah atau tidak, dan cecair tersebut tidak
dapat lagi menjadi suci.
‫ طهارة بالوضوء والغسل‬: ‫الثاني‬
Kedua; bersuci (dari hadas) dengan wuduk dan mandi.

:‫وأما الوضوء ففروضه ستة‬


Adapun wuduk, maka fardhu-fardhunya ada enam :

.‫ نية الطهارة للصلاة أو رفع الحدث أو نحوهما بالقلب مع أول غسل الوجه‬:‫الأول‬

‫ ومن الأذن إلى الأذن إلا‬،‫ غسل الوجه من مبدأ تسطيح الجبهة إلى منتهى الذقن‬:‫الثاني‬

.‫باطن لحية الرجل وعارضيه ال كثيفين‬

.‫ غسل اليد مع المرفقين‬:‫الثالث‬

‫ مسح أقل شئ من بشرة الرأس أو من شعره إذا لم يخرج الممسوح منه بالمد عن‬:‫الرابع‬

.‫حد الرأس‬

.‫ غسل الرجلين مع ال كعبين‬:‫الخامس‬

.‫ ترتيبه كما ذكرناه‬:‫السادس‬

1. Niat bersuci untuk solat atau niat menghilangkan hadas atau yang serupa
dengan kedua niat tersebut, niatnya dilakukan dalam hati bersamaan dengan
membasuh bahagian pertama dari wajah.
2. Membasuh muka dari bagian permulaan bentangan dahi (tempat tumbuhnya
rambut) sampai hujung dagu dan dari anak telinga ke anak telinga, kecuali
bahagian batin janggut lelaki yang lebat dan jambang yang lebat.
3. Membasuh tangan beserta dua siku.
4. Menyapu sedikit bahagian daripada kulit kepala atau rambut dengan syarat
rambut yang disapu tersebut tidak keluar dari batas kepala apabila disisirkan
mengikut arahnya.
5. Membasuh kedua kaki beserta dua buku kaki.
6. Semua hal diatas dilakukan secara berturutan sesuai penjelasan yang telah
dijelaskan.

‫و يجب في الوجه واليدين والرجلين غسل جزء فوق حدودها من جميع جوانبها وأن يجري‬

،‫الماء بطبعه على جميع أجزائها‬


Dan ketika membasuh muka, kedua tangan dan kedua kaki, diwajibkan membasuh
pula bahagian diluar batasannya dari semua sisinya dan mengalirkan air dengan
sendirinya keseluruh bahagiannya.

:‫ويبطل الوضوء‬
Wuduk dihukumi batal kerana:

،‫كل ما خرج من القبل والدبر عينا ور يحا‬

،‫ ولو لولده الصغير‬،‫ولمسهما ببطون الراحة أو بطون الأصابع من نفسه أو غيرة‬

‫وتلاقي بشرتي ذكر وأنثى بلغا حد شهوة ليس بينهما محرمية بنسب أو رضاع أو مصاهرة بلا‬

،‫حائل‬

.‫وزوال العقل إلا من نام قاعدا ممكنا حلقة دبره وما حوله‬
1. Segala sesuatu yang keluar dari qubul (alat kelamin hadapan) dan dubur,
yang berupa suatu benda dan angin.
2. Menyentuh qubul atau dubur dengan bahagian dalam tapak tangan atau
bagian dalam jari-jari tangan, baik yang disentuh adalah qubul atau duburnya
sendiri atau milik orang lain, dan bahkan milik anaknya yang masih kecil
sekalipun.
3. Persentuhan kulit lelaki dan perempuan yang sudah sampai pada batasan
yang dapat menimbulkan syahwat, yang tidak memiliki hubungan mahram
karena nasab, persusuan atau berambilan, dengan tanpa adanya
penghalang.
4. Hilangnya kesedaran akal, kecuali bagi orang yang tidur dalam keadaan
duduk yang tetap lingkaran dubur dan sekitarnya (tidak terbuka duburnya saat
tidur).

‫ فيجب عينا على الرجل والمرأة‬،‫وأما الغسل‬


Adapun mandi, diwajibkan bagi lelaki dan wanita apabila:

،‫إذا خرج لأحدهما مني في يقظة أو نوم ولو قطرة‬

،‫وإذا أولجت الحشفة في دبر أو قبل وإن لم يخرج مني ولا وقع انتشار‬

،‫و يجب على المرأة إذا انقطع حيضها أو نفاسها‬

.‫أو ولدت ولو علقة‬

1. Salah seorang dari keduanya mengeluarkan mani, dalam keadaan tidur atau
terjaga, meskipun hanya setitis.
2. Apabila masuk hasyafah (kepala zakar) ke dalam dubur atau qubul
(berhubungan intim), meskipun tidak sampai keluar mani dan tidak terjadi
ereksi (menegangnya zakar).
3. Wanita yang telah terputus haidnya atau nifasnya,
4. Wanita yang melahirkan, sekalipun hanya berupa segumpal darah.
:‫وفروض الغسل اثنان‬
Fardhu mandi itu ada dua perkara :

‫ نية الطهارة للصلاة أو رفع الحدث الأكبر أو نحوهما بالقلب مع أول جزء يغسله‬:‫الأول‬

.‫ فيجب إعادة غسله بعدها‬،‫ فما غسله قبلها لا يصح‬،‫من بدنه‬

‫ و يجب‬،‫ فيجب غسل باطن كثيف الشعر‬.‫ البشرة والشعر‬،‫ تعميم بدنه بالماء‬:‫الثاني‬

‫ وما يظهر من‬،‫غسل ما يراه الناظر من الأذن وما يظهر حال التغوط من الدبر وطبقاته‬

‫ فيجب أن يجري‬،‫فرج المرأة إذا جلست على قدميها وباطن قلفة من لم يخ تن وما تحتها‬

.‫الماء بطبعه على كل ذلك‬

1. Niat untuk bersuci, menghilangkan hadas besar atau yang menyerupai dua
niat tersebut, naiatnya dilakukan didalam hati bersamaan dengan
mengalirkan air pada bahagian pertama dari tubuhnya. Oleh itu, basuhan
yang dilakukan sebelumnya tidak sah (tidak dianggap), maka wajib
mengulangi mandinya setelah niat.
2. Meratakan air ke seluruh badannya. Maka diwajibkan membasuh bahagian
dalam rambut yang lebat, bahagian telinga yang boleh dilihat orang, bahagian
dubur dan lipatan-lipatannya yang terlihat ketika buang air besar, bahagian
dari faraj (vagina) seorang wanita yang terlihat ketika ia berjongkok, bahagian
dalam kulup orang yang belum dikhitan dan juga bagian bawahnya. Maka
diwajibkan mengalirkan air dengan sendirinya ke semua bahagian-bahagian
tersebut.
‫ وهو‬،‫ دخول الوقت‬:‫الشرط الثالث‬
Ketiga; masuknya waktu solat, yaitu :

،‫ وبلوغ ظل كل شئ مثله زائدا على ظل الإستواء للعصر‬،‫زوال الشمس للظهر‬

‫ وطلوع الفجر الصادق‬،‫ وغروب الشفق الأحمر للعشاء‬،‫وغروب الشمس للمغرب‬

.‫المعترض جنوبا وشمالا للفجر‬


1. Tergelincirnya matahari (condongnya cahaya matahari ke arah barat setelah
sebelumnya tepat berada ditengah) bagi solat zohor.
2. Bayangan semua benda telah melebihi bayangan yang sama dari benda
tersebut (contoh: panjang suatu benda 1 meter, bayangannya melebihi 1
meter) bagi solat asar.
3. Terbenamnya matahari bagi solat maghrib.
4. Terbenamnya mega merah dari matahari setelah terbenam bagi solat isyak.
5. Munculnya fajar sodiq, iaitu fajar yang sinarnya melintang ke arah selatan
dan utara, bagi solat fajar (solat subuh).

‫ وتأخيرها عنها من أكبر المعاصي‬،‫ وتقديمها عليها‬،‫فتجب الصلاة في هذة الأوقات‬

.‫وأفحش السيئات‬
Maka diwajibkan mengerjakan solat pada waktu-waktu ini, oleh itu
mengerjakan solat sebelum masuk waktunya dan melewatkannya dari
waktunya adalah termasuk daripada dosa besar dan sekeji-keji perbuatan
perbuatan yang buruk.
،‫ ستر ما بين سرة الرجل وركبته وجميع بدن المرأه إلا وجهها وكفيها‬: ‫الرابع‬
Keempat; Menutup bahagian tubuh di antara pusat seorang lelaki dan
lututnya, dan menutup semua bahagian tubuh wanita kecuali muka dan kedua
tapak tangannya.

‫ وعلى الرجل ستر جزء من‬،‫و يجب عليها ستر جزء من جوانب الوجه وال كفين‬

،‫سرته وما حاذاها وجوانب ركبتيه‬


Dan diwajibkan bagi wanita untuk menutupi bahagian daripada sisi-sisi muka
dan kedua telapak tangan, dan diwajibkan bagi lelaki menutupi bagian
daripada pusatnya dan bahagian tubuh yang sejajar dengannya dan juga sisi-
sisi kedua lututnya.

،‫وعليهما الستر من الجوانب لا من أسفل‬

Begitu juga diwajibkan bagi keduanya untuk menutup aurat dari arah
sekelilingnya (depan, belakang, kanan dan kirinya) bukan dari arah bawahnya
(jika terlihat dari bawah solatnya tetap sah).

،‫و يجب أن يكون الساتر يمنع حكاية لون البشرة‬

Diwajibkan pula penutupan aurat tersebut dapat mencegah terlihatnya warna


kulit (warna kulitnya tidak terlihat dalam jarak ketika berhadapan dengan
lawan bicara).

.‫وأن يكون ملبوسا أو غير ملبوس فلا تكفي ظلمة وخيمة صغيرة‬

Dan diwajibkan pula yang dipakai sebagai penutup aurat tersebut berupa
pakaian atau yang lainnya (seperti tanah liat). Maka dari itu tidak dianggap
sah keadaan yang gelap dan khemah yang kecil (maksudnya solat dengan
tidak menutupi aurat di dalam kegelapan atau khemah yang kecil tidak sah,
karena kegelapan dan khemag kecil tidak dianggap sebagai penutup aurot).
‫ استقبال القبلة بالصدر في القيام والقعود وبالمنكبين ومعظم البدن في‬: ‫الخامس‬

‫ فيصلي كيف أمكنه‬،‫ إلا إذا اشتد الخوف المباح ولم يمكنه الاستقبال‬،‫غيرهما‬

.‫ولا إعادة عليه‬


Kelima; Menghadap kiblat dengan dada pada saat berdiri (bagi orang yang
solat berdiri), duduk (bagi orang yang solatnya dengan duduk), dan dengan
dua bahu dan sebahagian besar anggota badan pada selain keduanya (selain
solat dalam keadaan berdiri atau duduk). Kecuali apabila seseorang dalam
keadaan takut yang diperbolehkan menurut agama (seperti dalam
peperangan) dan tidak memungkinkan baginya untuk menghadap kiblat,
maka dalam keadaan seperti ini seseorang boleh mengerjakan sholat
sebolehnya (menghadap ke arah manapun) dan tidak diwajibkan baginya
untuk mengulangi solatnya.

.‫ أن يكون المصلي مسلما‬: ‫السادس‬


Keenam: orang yang akan mengerjakan solat adalah orang yang beragama
islam.

‫ ولا تصح‬،‫ أن يكون عاقلا فالمجنون والصبي الذي لم يميز لا صلاة عليهما‬: ‫السابع‬

.‫منهما‬
Ketuju: orang tersebut waras akalnya, oleh itu orang gila dan anak kecil yang
belum mumayyiz tidak diwajibkan mengerjakan solat dan solat yang
dikerjakan oleh keduanya tidak sah.

‫ فالحائض والنفساء لا تصح‬، ‫ أن تكون المرأة نقية من الحيض والنفاس‬: ‫الثامن‬

،‫صلاتهما ولا قضاء عليهما‬


Kedelapan; Wanita yang telah suci daripada haid dan nifas, jadi solat yang
dikerjakan oleh wanita yang masih dalam keadaan haid dan nifas itu tidak sah dan
keduanya tidak diwajibkan mengulanginya (tidak diwajibkan mengerjakan solat yang
ditinggalkan selama haid dan nifas).
‫فإن دخل الوقت وهي طاهره فطرأ عليها الحيض والنفاس بعد أن مضى ما يسع واجبات‬

‫تلك الصلاة وجب عليها قضاؤها‬


Maka jika ketika waktu solat sudah tiba sedangkan seseorang wanita dalam
keadaan suci kemudian wanita tersebut mengeluarkan darah haid atau nifas setelah
berlalunya waktu yang mencukupi untuk mengerjakan segala kewajiban berkaitan
solat tersebut (menutup aurat, bersuci dan mengerjakan solat), maka diwajibkan
bagi wanita tersebut untuk mengulangi solat yang ditinggalkan tersebut.

‫وإذا انقطع الحيض والنفاس ولم يعد في وقت الصبح أو الظهر أو المغرب ولو بقي منه‬

،‫ وجب قضاء ذلك الفرض‬،‫ الله أكبر‬:‫قدر ما يسع‬

‫ وجب قضاء‬،‫ الله أكبر‬:‫وإن كان في وقت العصر أو العشاء ولو بقي منه قدر ما يسع‬

.‫ وهو الظهر أو المغرب‬،‫ذلك الفرض والذي قبله‬

Apabila haid dan nifas telah berhenti dan tidak keluar kembali, maka :
1. Jika berhenti keluarnya darah tersebut pada waktu subuh, zohor, atau

maghrib dan masih berbaki waktu yang cukup untuk membaca “‫”الله أكبر‬
(takbiratulihram), maka wajib mengulangi solat fardu pada waktu itu
(tergantung dari waktu berhentinya darah).

2. Jika berhenti keluarnya pada waktu asar atau isyak dan masih berbaki waktu

yang cukup untuk membaca “‫ ”الله أكبر‬, maka wajib mengulangi solat fardu
pada waktu tersebut dan solat fardu sebelumnya, iaitu solat zohor dan solat
maghrib.
‫ فمن اعتقدها سنه أو خلا قلبه‬،‫ أن يعتقد أن الصلاة المفروضة التي يصليها فرض‬: ‫التاسع‬

.‫عن العقيدتين أو التشكك في الفرضية لم تصح صلاته‬


Kesembilan; Meyakini bahwa solat fardu yang ia kerjakan hukumnya wajib, karena
itu apabila seseorang meyakininya sebagai sebuah kesunatan atau kosong hatinya
daripada keduanya atau ia ragu-ragu tentang kewajiban solat tersebut maka
solatnya tidak sah.

‫ فمن اعتقدها فروضا أوخلا قلبه عن العقيدتين‬،‫ أن لا يعتقد ركنا من أركانها سنة‬: ‫العاشر‬

.‫أو تشكك في الفرضية أو اعتقد سنة من سنن الصلاة فرضا صحت صلاته‬
Kesepuluh: Tidak meyakini salah satu dari rukun-rukun solat itu hukumnya sunat,
jadi apabila seseorang meyakini salah satu rukun tersebut sebagai sebuah
kewajiban atau kosong hati daripada keduanya atau ia ragu-ragu mengenai
kewajiban rukun-rukun tersebut atau ia meyakini salah satu perkara sunat solat
sebagai suatu kewajiban, maka sholatnya sah.

.‫ اجتناب مبطلات الصلاة الآتيه في جميع صلاته‬: ‫الحادي عشر‬


Kesebelas: Menjauhi perkara-perkara yang membatalkan solat sepanjang solatnya,
yang akan dijelaskannanti.

.‫ معرفه كيفيتها بأن يعرف أعمالها وترتيبها كما يأتي‬: ‫الثاني عشر‬
Kedua belas: mengetahui tatacara mengerjakan solat, dengan erti kata mengetahui
semua pekerjaannya dan urutan praktikal solat, sebagaimana yang nanti akan
dijelaskan.
:‫وأما أركان الصلاة تسعه عشر‬
Adapun rukun -rukun solat itu ada 19 perkara :

‫ و يحضر فيه تعيينها‬،‫ و يعبر عنه بفرض‬،‫ فيحضر في قلبه فعل الصلاة‬،‫النيه بالقلب‬: ‫الأول‬

‫ فإذا حضرت هذه الثلاثة في‬،‫و يعبر عنه بالظهر أو العصر أو المغرب أو العشاء أو الصبح‬

.‫ و يزيد استحضار مأموما إن كان جماعة‬،‫ غير غافل عنها‬،‫ الله أكبر‬:‫قلبه قال‬
Rukun ke 1: Niat didalam hati dengan cara;
 Niat didalam hatinya pekerjaan -pekerjaan solat, dan diungkapkan dengan

kata “‫”أصلي‬

 Niat didalam hatinya kefarduan solat, dan diungkapkan dengan kata “‫”فرض‬

 Niat menentukan solat yang dikerjakan, dan diungkapkan dengan kata “‫ئخاخق‬,
asar, maghrib, isyak atau subuh.

Apabila hal-hal tersebut telah dilakukan , lalu mengucapkan “‫ ”الله أكبر‬tanpa


melupakan niat-niat tersebut.

Dan apabila solatnya berjemaah, niatnya ditambah dengan “‫( “ مأموما‬jika ia menjadi

makmum), jika menjadi imam maka niatnya “‫" جماعة‬.

.‫ تكبيرة الإحرام وهي الله أكبر‬: ‫الثاني‬


Rukun ke 2: Takbiratulihram, iaitu (mengucapkan) Allahu akbar

.‫ قراءة الفاتحة في القيام‬: ‫الثالث‬


Rukun ke 3: Membaca Al-Fatihah ketika berdiri
.‫ القيام إن قدر ولو بحبل أو معين في صلاة الفرض‬: ‫الرابع‬
Rukun ke 4: Berdiri dalam solat fardu, jika ia mampu untuk berdiri meskipun dengan
bantuan tali atau orang lain yang membantu

.‫ الركوع بأن ينحني من غير إرخاء ركبتيه حتى تنال راحتاه ركبتيه‬: ‫الخامس‬
Rukun ke 5: Rukuk, dengan cara membungkukkan badan tanpa mengendurkan
kedua lututnya (kedua lutut harus tegak) sehingga tapak tangan menyentuh lututnya.

.‫ وتسكن أعضاؤه كلها‬،‫ الطمأنينه فيه بأن تنفصل حركة هو يه عن حركة رفعه‬: ‫السادس‬
Rukun ke 6: Thuma’ninah (tenang) ketika rukuk, iaitu dengan cara memisahkan
gerakan turunnya (untuk melakukan rukuk) dan berdirinya kembali (I’tidal) dan
semua anggota tubuhnya tenang.

.‫ الاعتدال بأن ينتصب قائما‬: ‫السابع‬


Rukun ke 7: I’tidal, dengan menegakkan badannya ketika berdiri.

.‫ الطمأنينه فيه كما ذكرنا في الركوع‬: ‫الثامن‬


Rukun ke 8: Thuma’ninah ketika I’tidal, sebagaimana yang telah dijelaskan dalam
rukuk.
‫ السجود الأول‬: ‫التاسع‬

‫ على مصلاه متحاملا عليها قليلا على غير متحرك‬،‫بأن يضع جبهته مكشوفة‬

‫رافعا عجيزته وما حولها على منكبيه ويديه ورأسه‬

.‫وبأن يضع جزء من كل من ركبتيه ومن باطن كل كف ومن باطن أصابع كل رجل‬

Rukun ke 9: Sujud pertama, dengan cara :


 Meletakkan dahinya yang terbuka pada tempat solatnya dalam keadaan
sedikit menekankan dahinya dengan tanpa digerakkan
 Mengangkat bahagian pinggul dan sekelingnya lebih tinggi daripada kedua-
dua bahunya, kedua-dua tangannya dan kepalanya,
 Meletakkan sebahagian daripada kedua-dua lutut, sebahagian dalam
daripada kedua-dua tapak tangan dan sebahagian dalam jari-jari daripada
kedua-duas kakinya.

.‫ الطمأنينه فيه كما ذكرنا في الركوع‬: ‫العاشر‬


Rukun ke 10: Thuma’ninah ketika sujud, sebagaimana yang telah dijelaskan dalam
rukuk.

.‫ الجلوس بين السجدتين بأن ينتصب جالسا‬: ‫الحادي عشر‬


Rukun ke 11: Duduk diantara 2 sujud, dengan cara menegakkan badannya dalam
keadaan duduk.

.‫ الطمأنينه فيه كما ذكرنا في الركوع‬: ‫الثاني عشر‬


Rukun ke 12: Thuma’ninah ketika duduk diantara 2 sujud, sebagaimana yang telah
dijelaskan pada rukuk.
‫ السجود الثاني مثل السجود الأول فيما مر فيه‬: ‫الثالث عشر‬
Rukun ke 13: Sujud kedua dengan cara seperti sujud pertama, sebagaimana
dijelaskan pada keterangan yang telah lalu.

.‫ الطمأنينه فيه كما ذكرنا في الركوع‬: ‫الرابع عشر‬


Rukun ke 14: Thuma’ninah ketika mengerjakan sujud yang kedua, sebagaimana
yang telah dijelaskan dalam rukuk.

‫ الجلوس الأخير منتصبا‬: ‫الخامس عشر‬


Rukun ke 15: Duduk tasyahud akhir dengan menegakkan badannya.

‫ قراءة التشهد فيه‬: ‫السادس عشر‬


Rukun ke 16: Membaca tasyahud (tahiyat) saat duduk tasyahud akhir.

‫ الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم بعد التشهد في القعود وأقلها اللهم صلي‬: ‫السابع عشر‬

.‫على محمد‬
Rukun ke 17: Membaca selawat kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam ketika
duduk setelah selesai membaca tasyahud akhir. Bacaannya yang minimal
“Allahumma solli ‘ala Muhammad”.

.‫ السلام بعدها في القعود وأقله السلام عليكم‬: ‫الثامن عشر‬


Rukun ke 18: Salam setelah membaca sholawat, yang dikerjakaan ketika duduk
tasyahud akhir. Minimal dengan mengucapkan; “Assalamu ‘alaikum”.
‫ الترتيب‬: ‫التاسع عشر‬

‫بأن يأتي بالنية مع التكبيرة‬

‫ثم الفاتحة في القيام‬

‫ثم الركوع مع طمأنينته‬

‫ثم الإعتدال مع طمأنينته‬

‫ثم السجود الأول مع طمأنينته‬

‫ثم الجلوس بعده مع طمأنينته‬

.‫ثم السجود الثاني مع طمأنينته‬


Rukun ke 19: Berurutan, dengan cara;
 Pertama mengerjakan niat bersamaan dengan takbiratulihram,
 Kemudian membaca fatihah, yang kesemuanya dikerjakaan saat berdiri,
 Kemudian rukuk dengan thuma’ninah,
 Kemudian i’tidal dengan thuma’ninah,
 Kemudian sujud yang pertama dengan thuma’ninah,
 Kemudian duduk dengan thuma’ninah sesudah sujud,
 Kemudian sujud yang kedua dengan thuma’ninah.
‫فهذا ترتيب أول ركعة ثم يأتي بباقي الركعات مثلها إلا أنه لا يأتي فيها بالنية وتكبيرة‬

‫الإحرام‬

،‫فإذا تمت ركعات فرضه جلس الجلوس الأخير‬

،‫ثم قرأ التشهد فيه‬

،‫ اللهم صلي على محمد‬:‫ثم صلى على النبي قال‬

.‫ السلام عليكم‬:‫ثم قال‬

Ini adalah turutan rakaat pertama, kemudian mengerjakan rakaat-rakaat lainnya


sebagaimana yang dikerjakan dalam rakaat pertama, melainkan niat dan
takbirotulihram.
 Dan apabila semua rakaat solat fardunya telah dikerjakan dengan sempurna,
lalu duduk untuk mengerjakan duduk tasyahud akhir,
 Kemudian membaca tasyahud pada duduk tasyahud akhir,
 Kemudian membaca selawat kepada nabi dengan mengucapkan;
“‫”اللهم صلي على محمد‬
 Kemudian mengucapkan “‫”السالم عليكم‬.
:‫وأركان الصلاة ثلاثة أقسام‬
Rukun-rukun solat itu terbahagi kepada 3 bahagian :

،‫ قلبي‬: ‫ الأول‬.‫وهو النيه فقط‬

Pertama; rukun yang bersifat hati (qolbi). Rukun qolbi itu hanya niat saja.

‫وشرطها‬

،‫أن تكون مع تكبيرة الإحرام‬

.‫وأن تكون في القيام‬


Syaratnya adalah :
 Dikerjakan bersamaan dengan takbiratulihram.
 Dikerjakan pada saat berdiri (bagi orang yang mampu solat dengan berdiri).

‫ القولية‬: ‫الثاني‬
Kedua; Rukun yang bersifat ucapan (qauliyah).

:‫وهي خمسة‬

،‫تكبيرة الإحرام أول الصلاة‬

،‫وقراءة الفاتحة في كل ركعة‬

،‫وقراءة التشهد‬
‫والصلاة على النبي‪،‬‬

‫وسلام آخر الصلاة‪.‬‬

‫‪Rukun qauliyah itu ada 5 perkara:‬‬


‫‪1. Takbiratulihram saat memulai solat‬‬
‫‪2. Membaca surat Al-Fatihah pada setiap rakaat solat‬‬
‫‪3. Membaca tasyahud‬‬
‫‪4. Membaca selawat kepada Nabi‬‬
‫‪5. Salam diakhir solat.‬‬

‫ثلاثتها في العقدة الأخيرة‪،‬‬


‫‪Tiga rukun yang disebutkan di akhir, dikerjakan pada saat duduk yang terakhir‬‬

‫وشرط هذه الخمسة‪:‬‬

‫أن يسمع نفسه إذا لم يكن أصم ولامانع ريح ولغط ونحوهما‪ ،‬وإلا رفع بحيث لو زال‬

‫الصمم والمانع لسمع‪،‬‬

‫وأن لاينقص شيئا من تشديداتها وحروفها‪،‬‬

‫وأن يخرجها من مخارجها‪،‬‬

‫وأن لا يغير شيئا من حركاتها تغييرا يبطل معناها‪،‬‬

‫وأن لايزيد فيها حرفا يبطل به معناها‪،‬‬

‫وأن يوالي بين كلماتها‪،‬‬


.‫وأن يرتبها على نظمها المعروف‬
Syarat dari kelima rukun ini adalah:
1. Suara bacaan tersebut boleh memperdengarkan kepada diri sendiri, jika
memang orang yang mengucapkannya tidak tuli, dan tidak terhalang oleh
angin, bunyi bising dan seumpamanya. Jadi apabila bacaan tersebut tak bisa
didengar kerana hal-hal tersebut, maka diperkirakan seumpama orang
tersebut tidak tuli dan tidak ada penghalang akan boleh didengar mendengar
bacaannya.
2. Tak ada yang kurang dari tasydid-tasydidnya dan huruf-hurufnya.
3. Dibaca sesuai dengan makhraj-makhrajnya.
4. Tidak merubah harakat-harakat dengan perubahan yang boleh merosakkan
maknanya.
5. Tidak menambahkan huruf yang akan merosakkan maknanya.
6. Kalimat-kalimatnya dibaca secara terus menerus (tidak dipisah kecuali
secukupnya saja untuk mengambil nafas)
7. Dibaca sesuai dengan urutan yang sudah diketahui.
‫الثالث ‪ :‬الفعلية‬
‫‪Ketiga; Rukun yang bersifat perbuatan (fi’liyah).‬‬

‫وهي ثلاث عشر ‪:‬‬

‫القيام‬

‫والركوع‬

‫وطمأنينته‬

‫والإعتدال‬

‫وطمأنينته‬

‫والسجود الأول‬

‫وطمأنينته‬

‫والجلوس بعده‬

‫وطمأنينته‬

‫والسجود الثانى‬

‫وطمأنينته‬
، ‫وواحد بعد آخر ركعة وهو الجلوس الأخير‬

،‫وواحد ينشأ من فعل هذه الأركان في موضعها وهوالترتيب‬


Rukun fi’liyah itu ada 13 :
1. Berdiri
2. Rukuk
3. Thuma’ninah ketika mengerjakan rukuk
4. I’tidal
5. Thuma’ninah ketika mengerjakan i’tidal
6. Sujud pertama
7. Thuma’ninah ketika mengerjakan sujud pertama
8. Duduk setelah sujud pertama
9. Thuma’ninah ketika mengerjakan duduk setelah sujud pertama
10. Sujud kedua
11. Thuma’ninah ketika mengerjakan sujud kedua
12. Dan ada satu rukun yang dikerjakan diakhir rakaat, iaitu : Duduk tasyahud
akhir
13. Dan ada satu rukun yang akan timbul apabila rukun- rukun ini dikerjakan pada
tempatnya, iaitu: Berurutan.

:‫وشرط الأركان الفعلية‬

،‫صحة ما قبلها من الأركان‬

.‫وأن لا يقصد به غيرها‬

Syarat-syarat dari rukun- rukun fi’liyah adalah :


1. Rukun yang dikerjakan sebelum rukun terdahulu telah dikerjakan dengan sah
2. Tidak ada niat lain ketika mengerjakan rukun-rukun tersebut.
:‫وأما مبطلات الصلاة فاثنا عشر‬
Perkara -perkara yang membatalkan solat itu ada 12 perkara:

.‫ فقد شرط من شروطها الإثنى عشر عمدا ولو بإكراه أو سهوا أو جهلا‬: ‫الأول‬

1. Rosak salah satu dari syarat-syarat solat 12, sama ada yang dilakukan dengan
sengaja, meskipun hal tersebut dilakukan dengan paksaan, atau lupa, atau kerana
tidak tahu.

‫ ولا‬، ‫ فإن كان سهوا أتى به إذا ذكره‬،‫ فقد ركن من أركانها التسعة عشر عمدا‬: ‫الثاني‬

.‫يحسب ما فعله بعد المتروك حتى يأتي به‬


2. Rosak salah satu dari rukun-rukun solat yang 19, yang dilakukan dengan
disengaja. Sedangkan apabila meninggalkannya kerana lupa, maka rukun
yang ditinggalkan tersebut harus dikerjakan ketika ia ingat, dan apa yang
dilakukan setelah rukun yang ditinggalkan tersebut, tidak dianggap selama ia
belum mengerjakan rukun yang ditinggalkan tersebut.

‫ ز يادة ركن من أركانها الفعلية أو إتيان النية أو تكبيرة الإحرام أو السلام في غير‬: ‫الثالث‬

.‫ فإن كان سهوا أو زاد غير ما ذكر من الأركان عمدا أو سهوا لم تبطل‬،‫محله عمدا‬
3. Menambah rukun dari beberapa rukun fi’liyah, atau mengerjakan niat atau
takbiratulihram atau salam tidak pada tempatnya, yang kesemuanya itu
dilakukan dengan sengaja. Sedangkan apabila ia mengerjakannya kerana
lupa atau ia menambahkan rukun selain rukun-rukun tersebut (iaitu rukun
qauliyah selain takbiratulihram), baik dilakukan dengan sengaja atau karena
lupa, maka solatnya tidak batal.

‫ أن يتحرك حركه واحده مفرطة أو ثلاث حركات متوالية عمدا كان أو سهوا أو‬: ‫الرابع‬

.‫جهلا‬
4. Melakukan sekali gerkan yang melampau atau 3 gerakan (kecil) yang
dilakukan secara terus menerus, baik dilakukan dengan sengaja, lupa atau
kerana tidak tahu.
‫ فإن كان سهوا أو جهلا وعذر لم تبطل بالقليل‬،‫ أن يأكل أو يشرب قليلا عمدا‬: ‫الخامس‬

.‫وبطلت بال كثير‬


5. Makan atau minum sedikit dengan sengaja, sedangkan apabila makan atau
minumnya kerana lupa atau tidak tahu (mengenai larangan melakukan hal
tersebut) dan ketidak tahuannya itu dianggap uzur, maka solatnya tidak
dihukumi batal apabila makan atau minumnya hanya sedikit, sedangkan
apabila banyak maka dihukumi batal.

.‫ فعل شيء من مفطرات الصائم غير الأكل والشرب‬: ‫السادس‬


6. Melakukan perkara-perkara yang dapat membatalkan puasa, selain makan
dan minum.

.‫ قطع النية كأن ينوي الخروج من الصلاة‬: ‫السابع‬


7. Memutuskan niat, seperti berniat keluar daripada solat.

.‫ كأن ينوي إذا جاء زيد خرجت منها‬،‫ تعليق الخروج منها‬: ‫الثامن‬
8. Menggantungkan niat keluar daripada solat, seperti berniat “jika zaid datang
maka aku akan keluar dari solat”.

‫ فتردد بين قطع الصلاة‬،‫ التردد في قطعها كأن تحدث له حاجة في الصلاة‬: ‫التاسع‬

.‫والخروج منها وبين تكميلها‬


9. Ragu-ragu dalam hal keinginan untuk memutuskan solat, seperti ketika solat
ada satu hajat, lalu ia ragu-ragu apakah akan memutuskan dan keluar dari
solat atau menyempurnakan solatnya.
‫ الشك في واجب من واجبات النية إذا طال زمنه عرفا أو فعل منه ركنا فعليا أو‬: ‫العاشر‬

.‫قوليا‬
10. Ragu-ragu dalam salah satu kewajiban dari kewajiban-kewajiban niat, apabila
keraguan itu berlangsung lama berdasarkan uruf (kira – kira waktunya cukup
untuk membaca “subhanallah”), atau keraguannya tidak berlangsung lama
tetapi keraguan tersebut pada melakukan rukun fi’liyah atau qauliyah.

،‫ كمن قام ناسيا للتشهد الأول‬،‫ قطع ركن من أركانها الفعلية لأجل سنة‬: ‫الحادي عشر‬

.‫ثم عاد له عامدا عالما‬


11. Memutuskan satu rukun yang termasuk rukun-rukun fi’liyah karena
mengerjakan perkara sunat seperti ada orang yang berdiri dan lupa tidak
mengerjakan tasyahhud pertama, setelah ia ingat kalau belum tasyahhud ia
kembali duduk untuk mengerjakan tasyahhud, dan hal tersebut dilakukannya
dengan sengaja dan juga tahu kalau hal tersebut tidak boleh dikerjakan.

‫ البقاء في ركن اذا تيقن ترك ماقبله أو شك فيه إذا طال عرفا بل يلزمه‬: ‫الثاني عشر‬

‫ فيأتي بركعة بعد سلام‬،‫ إلا إن كان مأموما‬،‫العود فورا إلى فعل ماتيقن تركه أو شك فيه‬

.‫ ولا يجوز له العود‬،‫إمامه‬

12. Tetap melanjutkan pada mengerjakan rukun solat jika ia yakin telah
meninggalkan rukun sebelumnya atau ragu mengenai rukun sebelumnya
(apakah sudah dikerjakan atau belum) dalam jangka waktu lama (dengan
perkiraan waktu thuma’ninah), bahkan ia wajib ia kembali dengan segera
untuk mengerjakan rukun yang yakin ditinggalkan atau ragu apakah sudah
dikerjakan atau belum tersebut. Namun hal tersebut dilakukan apabila
posisinya bukan sebagai makmum. Maka jika sebagai makmum, dia tidak
dibolehkan kembali untuk mengerjakan rukun tersebut, tetapi setelah imam
selesai salam wajib menambahkan satu rakaat lagi.
.‫فهذه الأحكام يلزم كل مسلم معرفتها‬
Hukum-hakam ini mesti diketahui oleh semua orang islam.

‫وللوضوء والغسل والصلاة سنن كثيرة جدا فمن أراد حياة قلبه والفوز عند ربه فليتعلمه‬

.‫ فلا يتركها إلا متساهل أولاه أو ساه أو جاهل‬،‫و يعمل بها‬


Wuduk, mandi dan sholat memiliki perkara sunat yang sangat banyak, karena itu
bagi sesiapa saja yang mahu hatinya hidup dan mendapatkan keuntungan di sisi
tuhannya, maka hendaknya ia mempelajarinya dan mengamalkannya, kerana orang
yang meninggalkannya hanyalah orang yang meremehkan, orang yang berpaling,
orang yang lupa (mengenai fadhilatnya) dan orang yang bodoh.

.‫ومما يتأكد معرفته أذكار الصلاة ونحن نذكرها هنا بإختصار‬


Sebagian perkara yang sangat dianjurkan untuk diketahui adalah zikir-zikir yang
dibaca ketika solat, disini kami akan menyatakan secara ringkas;

‫فيقول المصلي أصلي فرض الظهر أربع ركعات أداء مستقبل القبلة مأموما لله تعالى الله‬

‫ و يقول إماما بدل مأموما إن‬،‫ و يذكر عدد ركعاتها‬،‫ ويبدل الظهر في غيرها باسمها‬،‫أكبر‬

.‫ و يتركهما إن كان منفردا‬،‫كان إماما‬


1. Orang yang mengerjakan sholat mengucapkan :
Usholli fardhodh dhuhri arba’a roka’atin ada’an mustaqbilal qiblati ma’muman lillahi
ta’ala
(Ertinya : “Sahaja aku solat zohor 4 rakaat secara tunai, menghadap kiblat, sebagai
makmum, dan dikerjakan semata-mata karena Allah yang maha besar”)
Kata “dhuhur” tersebut diganti dengan yang lainnya tergantung sholat yang
dikerjakan
Dan disebutkan pula bilangan rakaat-rakaatnya (sesuai dengan solat yang
dikerjakan)
Sedangkan apabila orang yang solat tersebut menjadi imam, maka kata
“ma’muman” diganti menjadi “imaman’, dan apabila solatnya sendirian tidak perlu
menambahkan kata “ma’muman” dan “imaman’.
‫ وجهت وجهي للذي فطر السموات والأرض حنيفا مسلما وما أنا من‬:‫ثم يقول‬

‫ لا شر يك له وبذلك‬،‫ إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين‬.‫المشركين‬

.‫أمرت وأنا من المسلمين‬


2. Membaca (do’a iftitah) :
(Artinya: “Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada zat yang menciptakan
langit dan bumi, dengan berpegang teguh kepada agama yang benar, dalam
keadaan islam dan aku bukanlah terrmasuk orang-orang yang mempersekutukan
tuhan. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kerana
Allah,Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagiNya, demikianlah aku diperintah
dan aku termasuk golongan orang-orang muslim.”)

‫الحمد لله رب العالمين الرحمن‬.‫بسم الله الرحمن الرحيم‬.‫أعوذ بالله من الشيطان الرجيم‬

‫الرحيم مالك يوم الدين إياك نعبد وإياك نستعين اهدنا الصراط المستقيم صراط الذين‬

‫أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولآالضآلين آمين‬


3. (Membaca surat Al-Fatihah) :

.‫ثم يقرأ السورة‬


4. Membaca surah

،‫الله أكبر‬
5. (Setelah membaca surah dan sebelum rukuk membaca) Menyebut
“Allahuakbar”
‫ ثلاث مرات‬،‫سبحان ربي العظيم وبحمده‬
6. (Ketika rukuk membaca): “Subhaana robbiyal ‘azimi wabihamdih” (maha suci
tuhanku yang agung) dibaca sebanyak 3 kali.

،‫سمع الله لمن حمده‬


7. (Setelah rukuk dan sebelum i’tidal membaca): “Sami’allahu liman hamidah”
(Allah mendengar orang yang memujiNya).

‫ربنا لك الحمد ملء السموات وملء الأرض وملء ما شئت من شيء بعد‬
8. (Ketika i’tidal membaca) : “Robbanaa lakal hamdu mil’us samaawati wamil’ul
‘ardhi wamil’u maa syi’ta min syai’in ba’du” (Tuhan kami (hanya) untukMu lah
(segala) puji sepenuh langit dan sepenuh bumi dan sepenuh segala sesuatu
sesuai KehendakMu setelahnya)

،‫الله أكبر‬
9. (Setelah i’tidal dan sebelum sujud membaca): Menyebut “Allah akbar”.

‫ ثلاث مرات‬،‫سبحان ربي الأعلى وبحمده‬


10. (Ketika sujud membaca) : “Subhaana robbiyal a’laa wa bihamdih” (maha suci
tuhanku yang maha tinggi dan dengan memuji kepadaNya), dibaca 3 kali.

،‫الله أكبر‬
11. (Setelah sujud dan sebelum duduk membaca): Menyebut “Allahuakbar”.
.‫رب اغفر لي وارحمني واجبرني وارفعني وارزقني واهدني وعافني واعف عني‬
12. (Ketika duduk diantara 2 sujud membaca) : “Robbighfirlii warhamnii wajburnii
warfa’nii warzuqnii wahdinii wa’fu ‘annii” ("Wahai Tuhanku, ampuni dosaku,
rahmati aku, tutuplah aib-aibku, angkatlah aku, beri aku rizki, tunjukilah aku,
sehatkan aku, dan maafkan kesalahan-kesalahanku)

،‫الله أكبر‬
13. (Setelah duduk dan sebelum sujud kedua membaca): Menyebut
“Allahuakbar”.

‫ ثلاث مرات‬،‫سبحان ربي الأعلى وبحمده‬


14. (Ketika sujud kedua membaca) : “Subhaana robbiyal a’laa wa bihamdih”
dibaca 3 kali.

‫فهذه ركعة و يفعل في باقي الركعات جميع ما ذكرناه إلا النيه وتكبيرة الإحرام وهي في‬

‫الأولى‬
15. Ini pada rakaat yang pertama, dan pada rakaat-rakaat yang lain juga
mengerjakan semua hal yang telah kami jelaskan, kecuali niat dan
takbiratulihram yang hanya dikerjakan pada rakaat pertama.
‫التحيات المباركات الصلوات‬:‫وإذا زادت صلاته على ركعتين جلس للتشهد الأول فيقول‬

‫الطيبات لله السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته السلام علينا وعلى عباد الله‬

،‫الصالح ين أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمد رسول الله اللهم صل على محمد‬
16. Dan jika solatnya lebih dari 2 rakaat, duduk untuk mengerjakan tasyahud
awal, sambil mengucapkan :

“Attahiyyatul mubarokatus sholawatut thoyyibatu lillah, Assalaamu ‘alaika ayyuhan


nabiyyu warohmatullohi wabarokatuh, Assalaamu ‘alaina wa ‘alaa ‘ibaadillalhis
shoolihin, Asyhadu alla ilaala illalloh, Wa asyhadu ‘anna muhammadar rosululloh,
Alloohumma sholli ‘ala Muhammad”
(Segala penghormatan, keberkahan, rahmat dan kebaikan adalah milik Allah.
Semoga keselamatan, rahmat Allah dan berkat-Nya tetap tercurahkan kepada
engkau wahai nabi. Semoga keselamatan selalu dilimpahkan kepada kami dan
hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah. Dan
aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah. Ya Allah, limpahkanlah
rahmat ta’zim kepada Muhammad)

،‫الله اكبر‬
17. (Setelah tasyahud dan sebelum berdiri, membaca) : Menyebut “Allahuakbar”

.‫ثم يقوم و يأتي بباقي ركعات صلاته ل كن لايقرأ سوره بعد التشهد الأول‬
18. Kemudian berdiri dan mengerjakan rakaat-rakaat selanjutnya, tapi tidak lagi
membaca surat setelah tasyahud awal (pada rakaat ketiga atau keempat,
setelah membaca surat al-fatihah, tidak lagi membaca surat al-quran).
‫ و يقول فيه التحيات المباركات الصلوات‬،‫ثم إذا أتم الركعات جلس الجلوس الأخير‬

‫الطيبات لله السلام عليك أيها النبي ورحمه الله وبركاته السلام علينا وعلى عباد الله‬

‫الصالح ين أشهد أن لاإله إلا الله وأشهد أن محمد رسول الله‬

‫اللهم صلي على محمد عبدك ورسولك النبي الأمي وعلى آل محمد وأزواجه وذريته كما صليت‬

‫ وبارك على محمد النبي الأمي وعلى آل محمد وأزواجه وذريته‬،‫على إبراهيم وعلى آل إبراهيم‬

‫كما باركت على ابراهيم وعلى آل ابراهيم في العالمين إنك حميد مجيد‬

‫اللهم اغفر لي ما قدمت وماأخرت وما أسررت وما أعلنت وما أسرفت وما أنت أعلم به‬

‫مني أنت المقدم وأنت المؤخر لا إله إلا أنت ربنا أتنا في الدنيا حسنه وفي الأخرة حسنة‬

‫وقنا عذاب النار‬

‫اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر ومن عذاب النار ومن فتنة المحيا والممات ومن فتنة‬

‫المسيح الدجال‬
19. Setelah menyempurnakan semua rakaat sholat, lalu mengerjakan duduk yang
terakhir, sambil mengucapkan :
“Attahiyyatul mubarokatus sholawatut thoyyibatu lillah, Assalaamu ‘alaika ayyuhan
nabiyyu warohmatullohi wabarokatuh, Assalaamu ‘alaina wa ‘alaa ‘ibaadillalhis
shoolihin, Asyhadu alla ilaala illalloh, Wa asyhadu ‘anna muhammadar rosululloh,
Alloohumma sholli ‘ala Muhammadin, abdika, wa rosulikan nabiyyil ummiyyi wa
‘alaa ‘aali Muhammadin wa azwaajihi wa dzurriyyatihi kamaa shollaita ‘alaa
ibroohiima wa ‘ala ‘aali ibroohim,
Wa baarik ‘alaa Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa ‘alaa aali muhammadin wa
azwaajihii wadzurriyyaatihii kamaa baarokta ‘alaa ibroohima wa ‘alaa ‘aali ibroohim
fil ‘aalamiina innaka hamidum majiid,
Alloohummaghfirlii maa qoddamtu wa maa akhkhortu wa maa asrortu wa maa
a’lantu wa maa asroftu mawaa anta a’lamu bihii minni, antal muqoddimu wa antal
muakhkhiru, laa ilaaha illaa anta.
Robbanaa aatinaa fiddunya hasanah wafil akhiroti hasanah waqinaa adzaabannar.
Alloohumma innii a’udzu bika min adzaabil qobri wa min adzaabinnar wa min fitnatil
mahyaa wal mamaat wa min fitnatil masiihid dajjal
(Segala penghormatan, keberkahan, rahmat dan kebaikan adalah milik Allah.
Semoga keselamatan, rahmat Allah dan berkah-Nya tetap tercurahkan kepada
engkau wahai nabi. Semoga keselamatan selalu dilimpahkan kepada kami dan
hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahwa tiada tuhan selain Allah. Dan
aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah.
Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Muhammad, hambamu sekaligus utusanmu,
nabi yang tak dapat membaca dan menulis, dan juga kepada keluarga Muhammad,
isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau limpahkanlah rahmat ta’zim
kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim.
Dan limpahkanlah keberkahan kepada Muhammad, nabi yang tak dapat membaca
dan menulis, dan juga kepada keluarga Muhammad, isteri-isterinya dan
keturunannya, sebagaimana Engkau limpahkanlah keberkahan kepada Ibrahim dan
keluarga Ibrahim di sekalian alam, sesungguhnya Engkaulah zat yang terpuji dan
agung.
Ya Allah, Ampunilah aku akan (dosaku) yang aku lewatkan dan yang aku akhirkan,
apa yang aku rahasiakan dan yang kutampakkan, yang aku lakukan secara
berlebihan, serta apa yang Engkau lebih mengetahui dari pada diriku, Engkaulah
yang mendahulukan dan mengakhirkan, Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali
Engkau.
Ya Allah, berikanlah kepadaku kebaikan didunia dan di akhirat dan jauhkanlah aku
dari siksa neraka.
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari siksa kubur,
siksa neraka, fitnah kehidupan, fitnah kematian dan fitnah dajjal yang buta satu
matanya.
.‫السلام عليكم ورحمة الله وبركاته‬
20. (Salam dengan membaca) : “Assalaamu‘alaikum warahmatullahi
wabarakaatuh’ (Keselamatan bagi kalian, dan juga rahmat dan keberkahan
Allah).

‫وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم‬

.‫ أمين‬،‫والحمد لله رب العالمين‬

Semoga rahmat ta’zim Allah dan keselamatan-Nya senantiasa tercurahkan kepada


junjungan kita Nabi Muhammad, dan juga bagi keluarga, dan para sahabat beliau.

Dan Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan semesta Alam. Ya Allah, perkenankanlah
doa kami.

Anda mungkin juga menyukai