Anda di halaman 1dari 21

PROPOSAL PENGURUSAN PROGRAM TAHFIZ 2014

Masjid Sayyidina Ali


Abdul Halim Ismail

Satu program di bawah kelolaan

AKADEMI DARUL ILMI


Di bawah projek

Dengan Kerjasama: Jawatankuasa Masjid Sayyidina Ali Bukit Katil, Melaka.

Program Tahfiz Masjid Sayyidina Ali 2014


KERTAS CADANGAN PENGURUSAN PROGRAM TAHFIZ MASJID SAYYIDINA ALI 2014 1.0 TUJUAN Tujuan kertas kerja ini adalah untuk menerangkan dengan lebih lanjut tentang program tahfiz Masjid Masjid Sayyidina yang akan bermula April 2014. 2.0 OBJEKTIF 1. Membudayakan hafazan Al Quran di kalangan pelajar khususnya kariah Bukit Katil. 2. Melahirkan pelajar yang celik Al Quran. 3. Melahirkan pelajar yang boleh menghafaz Al Quran di usia muda. 4. Memakmurkan masjid dengan program keilmuan dari golongan muda. 3.0 BAHAN-BAHAN 1. Borang Pendaftaran pelajar 2. Resit bayaran 3. Kad bayaran 4. Fail pelajar 5. Cenderahati 6. Buku panduan kelas tahfiz 7. Takwim pelajar 8. Target pelajar 9. Buku kerja 10. Akujanji ibubapa dan pelajar 4.0 PENDAFTARAN PELAJAR 1. Ibubapa dikehendaki mengisi borang pendaftaran 2. Ibubapa akan mendapat resit bayaran 3. Ibubapa akan mendapat buku peraturan kelas pengajian 4. Kad bayaran 5. Cenderahati

PAGE

AKADEMI AL QURAN ABS DARUL ILMI

Program Tahfiz Masjid Sayyidina Ali 2014


5.0 JADUAL DAN YURAN PENGAJIAN Kelas akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi 1. Set Induksi 8.00 pagi-8.05 8.05 pagi-8.10 pagi 8.10pagi-8.20 pagi 8.20pagi-9.30pagi 9.30 pagi-9.50 pagi 9.50pagi-10.30pagi 10.30pagi-11.30tgh 12.00tgh 2. Yuran pengajian Pendaftaran Yuran Bulanan Deposit 1 bulan Fail Pelajar Ujian Buku kerja Jumlah RM 50 RM 40 RM 40 RM 3 RM 5 RM 2 RM 160 Kedatangan pelajar Asmaulhusna/Al Fatihah/ Doa Bacaan Surah Al Waqiah Kelas Al quran dan Kelas hafazan Rehat Kelas Hafazan Kelas silibus tambahan Bersurai

6.0 KOMPONEN PENGAJIAN DAN SILIBUS 1. Komponen Pengajian a. Bacaan Al Quran 2 mukasurat setiap sesi bagi memperbaiki bacaan b. Hafazan al quran 5-10 ayat bagi setiap sesi c. Kelas tajwid d. Kelas tafsir 2. Silibus pengajian Silibus pengajian adalah al quran

PAGE

AKADEMI AL QURAN ABS DARUL ILMI

Program Tahfiz Masjid Sayyidina Ali 2014


7.0 SASARAN PELAJAR DAN SYARAT KEMASUKAN Sasaran pelajar adalah kepada pelajar 7 hingga 17 tahun Terbuka kepada lelaki dan perempuan Syarat-syarat 1. Berumur 7 tahun 17 tahun 2. Boleh membaca Al Quran dengan baik 3. Mempunyai keazaman menghafaz Al Quran secara konsisten 8.0 KONSEP PENGAJARAN Guru memastikan semua pelajar duduk di dalam bulatan. Warna hijau adalah guru yang mengajar. Di dalam kumpulan tersebut. Guru memulakan dengan set Induksi. 1. Memberi salam 2. Membaca Al Fatihah 3. Membaca Doa Penerang hati 4. Menasyidkan Asmaul Husna 5. Membaca Surah Al Waqiah/ Surah Yassin 6. Mulakan kelas 7. Perhatian bahawa system pengajian adalah ( 1 to 1 ) iaitu guru akan mengajar seorang demi seorang. Berdasarkan kebijaksanaan guru untuk membuat pembahagian masa dan mukasurat secara adil. Contoh: 2 jam = 60 minit x 2 jam = 120 minit Pelajar ada 10 orang Maka setiap seorang mendapat 12 minit. 8. Guru meminta pelajar Al quran membuat bacaan sendiri iaitu melancarkan terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya 2 mukasurat untuk 1 sesi. 9. Mulakan mengajar pelajar Al Quran dengan menyemak bacaan setiap pelajar. Sekurang-kurangnya 2 mukasurat. 10. Pada masa yang sama, pelajar lain diminta membuat bacaan ulangan pelajaran yang telah dipelajari.

PAGE

AKADEMI AL QURAN ABS DARUL ILMI

Program Tahfiz Masjid Sayyidina Ali 2014


11. Pada masa itu juga pelajar Al Quran yang selesai membuat bacaan Al quran , guru meminta mereka membuat hafalan ayat-ayat Al quran berdasarkan tahap masing-masing. 12. Guru harus menggunakan kebijaksanaan untuk menentukan giliran pelajar dan memastikan pelajar tidak membuang masa dengan termenung, bercakap, bermain atau membuat bising. 13. Guru juga boleh meminta pelajar lain membantu rakan pelajar yang lain, seperti menyemak bacaan Al Quran dan menyemak hafazan pelajar sebelum tiba giliran untuk berdepan dengan guru. 14. Guru wajib merekod setiap pencapaian pelajar di dalam buku rekod harian, serta memindahkan maklumat ke dalam fail peribadi pelajar.

9.0 SISTEM REKOD Rekod merupakan pekara penting dalam melihat pencapaian setiap pelajar. Oleh itu guru wajib merekod pencapaian pelajar di dalam buku rekod harian dan fail peribadi pelajar. Contoh merekod di dalam buku rekod harian Letakkan tarikh, sesi dan hari pada sebelah tepi setiap mukasurat. Nama pelajar Tahap Bacaan: Catat nama surah dan mukasurat

PAGE

AKADEMI AL QURAN ABS DARUL ILMI

Program Tahfiz Masjid Sayyidina Ali 2014


Tahap Hafazan: catat nama surah dan ayat serta pencapaian Tulis ulasan kepada pencapaian pelajar dan catatan komitmen pelajar pada hari itu. Contoh merekod di dalam fail peribadi pelajar: Di dalam fail peribadi disediakan boring khas. Pindahkan maklumat catatan buku rekod ke dalam fail peribadi. 10.0 SISTEM PENYAMPAIAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI fail atau buku komunikasi dimana mesej/ surat boleh

Kaedah guru dan ibubapa berkomunikasi adalah dengan 1. Penyediaan disampaikan. 2. Guru perlu melampirkan sebarang notis dan mesej di dalam buku/fail komunikasi. 3. Guru sentiasa memaklumkan perkembangan pelajar kepada ibubapa mereka 11.0 SISTEM BAYARAN Pada setiap bulan ibubapa akan membuat bayaran. Pastikan kad bayaran diletakkan di dalam beg pelajar. Apabila ibubapa membuat bayaran, pastikan tulis resit, terangkan butiran resit dan serahkan kepada ibubapa. Pastikan kad bayaran ditanda dengan tandatangan ibubapa atau guru. 12.0 SISTEM UJIAN Pada setiap bulan pastikan pelajar mengambil ujian bulanan. Ujian terbahagia kepada 3 bahagian iaitu: 1. Ujian bacaan 2. Ujian bertulis 3. Ujian hafazan 13.0 SISTEM KAWALAN DAN DISIPLIN Mengawal pelajar dan menjaga disiplin mereka adalah sesuatu yang agak sukar jika guru tidak dapat menangani dengan baik. Oleh itu disini diterangkan kepada guru bagaimana mahu meminimumkan masalah ketika mengawal tingkah laku pelajar.

PAGE

AKADEMI AL QURAN ABS DARUL ILMI

Program Tahfiz Masjid Sayyidina Ali 2014


1. Meminta pelajar duduk diam 2. Membaca buku 3. Memberikan buku kerja dan buku latihan 4. Memberi giliran untuk pelajar ke tandas atau minum air 5. Meminta pelajar melakukan zikir harian 6. Membuat aktiviti bercerita

Sistem Markah Bulanan ( Sistem Pahala) Sistem ini digunakan dengan konsep mendorong pelajar berusaha melakukan kebaikan untuk mendapat markah dan tidak melakukan kejahatan agar tidak mendapat markah tolak. Pembahagian Markah Bil 1. 2. 3 4 5 6 7 8 9 Jenis Perbuatan Menghormati guru Menyusun kasut tikar Menghampar dan melipat +4 sejadah Menjadi iman Menjadi muazin Mengambil makanan Ketua pembaca doa +6 +4 +3 +5 Markah +4 +3

Menghampar dan melipat +3

Berzikir sebelum dan selepas +8 solat

10 11

Membaca buku Membersihkan belajar

+8 tempat +6

12 13

Perbuatan Baik Perbuatan tidak baik

+5 2

PAGE

AKADEMI AL QURAN ABS DARUL ILMI

Program Tahfiz Masjid Sayyidina Ali 2014


APRIL 2014 Bil Nama Pelajar Markah Jumlah Markah 1. Muhammad Amzar +1+3+7-4-6-2

14.0

SISTEM PEMBENTUKAN AKHLAK

Di dalam system pendidikan agama, satu perkara penting adalah pembentukan akhlak. Orang yang belajar agama, tetapi tidak berakhlak adalah sesuatu yang janggal dan pelik. Namun terdapat sebahagian sekolah hanya mengajar matapelajaran agama tetapi tidak dapat membentuk akhlak pelajar. Hal ini kerana apa yang diajar tidak dipindahkan kepada pelajar menjadi amalan serta guru tidak berupaya mendidik pelajar agar mengubah tingkahlaku mereka kepada lebih baik. Akhlak merupakan sesuatu perkara yang subjektif namun ia boleh diukur. Kaedah untuk mengukur akhlak pelajar dengan mengajar mereka perihal adab-adab. Pelajar yang tidak tahu adab adalah pelajar yang tidak berakhlak. Oleh itu tugas guru untuk memastikan pelajar sentiasa beradab dan berakhlak mulia. Contoh: 1. Guru memastikan pelajar masuk ke kelas dengan memberi salam dan bersalaman. 2. Guru memastikan pelajar tidak menjerit dengan kuat 3. Guru memastikan pelajar tidak mengejek rakan-rakan 4. Guru memastikan pelajar menghormati tetamu yang hadir 5. Guru memastikan pelajar menghormati ibubapa dan guru 6. Guru memastikan pelajar mengucapkan perkataan yang baik-baik sahaja. 7. Guru memastikan pelajar

PAGE

AKADEMI AL QURAN ABS DARUL ILMI

Program Tahfiz Masjid Sayyidina Ali 2014

15.0

SISTEM MENDORONG PELAJAR

Pusat tahfiz ini mengamalkan system mendorong menggunakan teknik Nabi Muhammad. Sistem ini bagi menjamin keberkesanan kaedah pengajaran dan pengukuhan pelajar. Teknik mendorong pelajar ini haruslah diamalkan oleh guru setiap kali waktu mengajar. Teknik ini sebagai panduan teras kepada kaedah guru memberikan tindakbalas ke atas sikap pelajar. Teknik ini juga memerlukan peranan guru dalam melakukan setiap masa dan dari masa ke semasa mengubah teknik mengawal disiplin pelajar dari teknik kelaziman biasa kepada teknik mendorong menggunakan teknik Nabi Muhammad. Teknik Mendorong Nabi Muhammad yang wajib digunakan: 1. Teknik Nabi Memberi Ganjaran kepada kerja dan hafazan yang dibuat oleh pelajar menggunakan teknik yag betul. Kerja yang dibuat menggunakan teknik yang salah tidak diberi ganjaran. Apabila kerja itu dibuat secara terbuka, maka ganjaran akan diberi secara terbuka. Orang yang melakukan kerka dengan teknik yang salah tidak dikritik. Contoh: 2. Teknik Nabi Tidak megaibkan pelajar yang melakukan dosa atau kesalahan di depan pelajar lain 3. Teknik Nabi memberi pujian dengan segera kepada pelajar yang melakukan kerja menggunakan teknik yang betul. 4. Teknik Nabi memberi peluang semua pelajar angkat tangan. Teknik ini adalah mahu meningkat esteem diri pelajar. Sebelum memulakan kelas, guru harus bertanya soalan yang boleh menyebabkan semua pelajar berlumba-lumba mahu mengangkat tangan. Guru akan memberi perhatian kepada semua pelajar. Contoh: Siapakah antara kamu pada hari ini yang menggosok gigi? 5. Teknik Nabi tidak memberi label yang tidak baik kepada pelajar. Nabi menggunakan teknik memberi jawatan atau label yang baik. Contoh Nabi memberi gelaran yang baik kepada para sahabatnya. Oleh itu guru harus

PAGE

AKADEMI AL QURAN ABS DARUL ILMI

Program Tahfiz Masjid Sayyidina Ali 2014


menggunakan teknik memberi label dan jawatan yang baik kepada pelajar contoh penolong guru menyemak bacaan dan penolong guru mengawal disiplin. 6. Teknik Nabi memberi 3 pilihan hukuman kepada pelajar yang membuat kesalahan. 7. Teknik Nabi memuji kepada hasil kerja bukan memuji kepada diri pelajar. 8. Teknik Nabi Menyusun skrip pelan tindakan kejayaan a. Mulakan dengan bersumpah: b. Diikuti dengan ayat ancaman: c. Diikuti dengan syarat pertama: d. Diikuti dengan syarat kedua: e. Diikuti dengan pertanyaan: f. 16.0 Diakhiri dengan syarat yang paling mudah: TEKNIK MENGHAFAZ

KAEDAH 1 Teknik Hafazan yang digunakan bagi guru untuk mengajar pelajar: Sebelum kelas pastikan pelajar: 1. Pelajar bersih daripada hadas 2. Mengambil wuduk 3. Mengambil Al quran 4. Duduk di dalam keadaan yang betul dan selesa 5. Perbetulkan niat dan menanamkan niat yang betul. 6. Membaca Doa sebelum hafazan. Teknik hafazan: 1. Guru menentukan bilangan ayat yang akan dihafaz oleh pelajar 2. Guru membacakan ayat yang akan dihafal oleh pelajar diikuti oleh pelajar. Pastikan bacaan pelajar menggunakan tajwid dan sebutan yang betul. 3. Guru memberi masa atau satu tempoh kepada pelajar untuk menghafaz ayat tersebut. Contoh 5 ayat hafazan masa yang diberikan adalah selama 7-10 minit sahaja. 4. Apabila pelajar menghabiskan hafazan pertama, tambah 5 ayat seterusnya.

PAGE

AKADEMI AL QURAN ABS DARUL ILMI

Program Tahfiz Masjid Sayyidina Ali 2014


5. Ulang pekara 1, 2 dan 3. 6. Guru menyemak hafazan pelajar dengan membetulkan kesalahan tajwid dan sebutan jika ada kemudian pencapaian pelajar dimasukkan borang pencapaian pelajar. 7. Guru harus merekod setiap hari pencapaian hafazan pelajar dan tunjukkan kepada pelajar serta terangkan pencapaian tersebut. Selepas Hafazan 1. Membaca Doa selepas hafazan ( Doa khatam Quran) 2. Guru menerangkan tentang kepentingan menghafaz Al Quran dan kepentingan mengulang-ulang ayat hafazan Guru menerangkan tabiat seorang hafiz Al Quran 1. Sentiasa menjaga makan dan minum 2. Rajin melakukan ibadah, membuat qiyamullail, 3. Tidak melakukan perkara yang sia-sia 4. Menjaga hubungan baik dengan manusia dan Allah KAEDAH 2 Sebelum Menghafal 1. Mempunyai azam dan minat yg kuat untuk menghafaz Al Quran. 2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal. 3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal. 4. Berada dalam keadaan tenang. 5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal. 6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain. 7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal. 8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal. ke dalam

PAGE

AKADEMI AL QURAN ABS DARUL ILMI

10

Program Tahfiz Masjid Sayyidina Ali 2014

Teknik Menghafal A. Teknik "Chunking"/Qitah 1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru. 2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai. 3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita. 4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya. 5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya. B. Teknik Mengulang 1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya. 2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (40 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya. 3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali

PAGE

AKADEMI AL QURAN ABS DARUL ILMI

11

Program Tahfiz Masjid Sayyidina Ali 2014


sebelum diteruskan bahagian yang kedua. 4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya. 5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya. C. Teknik Tumpu dan Ingat 1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran. 2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda. 3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mata dan tumpukan kembali kepada mashaf. 4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup. D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman 1. Pilih seorang teman yang sama minat. 2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua. 3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama. 4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain. E. Teknik Mendengar Kaset/Quran Digital 1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu. 2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali. 3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran. 4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut. 5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan. F. Teknik Merakamkan Suara 1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan

PAGE

AKADEMI AL QURAN ABS DARUL ILMI

12

Program Tahfiz Masjid Sayyidina Ali 2014


bacaan dan hafalan yang betul. 2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya. G. Teknik Menulis 1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal. 2. Kemudian semak semula dengan mashaf. 3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas. H. Teknik "Pointers" dan "Keyword" 1. Buat beberapa kotak. 2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat. 3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut. 4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan. I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur 1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur. 2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita. 3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita. J. Teknik "Mindmaping" 1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya. 2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'. 3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'.

PAGE

AKADEMI AL QURAN ABS DARUL ILMI

13

Program Tahfiz Masjid Sayyidina Ali 2014

Mengekalkan Hafalan 1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati. 2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi. 3. Kerjakan solat hajat kepada Allah. 4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz. 5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya. 6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam. 7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk. 8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.(seakan-akan sama) 17.0 SISTEM PENGAJARAN

Kaedah Tasmi

Walaupun kaedah tasmi lebih sesuai digunakan dalam kemahiran hafazan, namun anda boleh praktikkan kaedah ini dalam kemahiran bacaan Al Quran untuk menguji bacaan murid yang telah mahir dalam penguasaan membaca Al Quran. Dalam kaedah ini, murid akan diminta membaca surah surah yang ditetapkan di hadapan guru. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan. Selepas itu, murid boleh ditanya tentang hukum hukum bacaan atau tajwid dan maksud tanda tanda bacaan dalam ayat yang dibaca. Kaedah ini boleh dilakukan dengan cara sama ada guru mendengar dan meneliti bacaan murid, murid membaca secara kumpulan atau individu secara bergilir gilir atau murid membaca dengan suara yang nyaring. Antara kekuatan kaedah ini adalah seperti berikut: (i) Guru dapat memperbetulkan bacaan murid dengan tepat;

PAGE

AKADEMI AL QURAN ABS DARUL ILMI

14

Program Tahfiz Masjid Sayyidina Ali 2014


(ii) Guru dapat memastikan murid tidak melakukan kesilapan; (iii) Guru dapat mengenalpasti tahap kebolehan sebenar murid; (iv) Guru dapat mengesan kelemahan bacaan murid; dan (v) Guru dapat mendisiplinkan murid dengan baik. Kaedah Tikrar (Ulangan) Kaedah tikrar atau ulangan ini bolehlah kita samakan dengan kaedah latih tubi.Pendekatan kaedah ini adalah melakukan pembacaan atau mengingat secara berulangkali. Caranya adalah : (i) Selepas guru membaca, murid akan mengikut bacaan guru; (ii) Kemudian, seorang murid membaca dan diikuti oleh murid murid lain lalu murid murid membaca secara kelas; dan (iii) Seterusnya, murid membaca beramai ramai mengikut kumpulan, sementara kumpulan lain mendengar atau seorang sahaja murid membaca, sementara yang lain mendengar bacaan murid tersebut. Bagi menjadikan kaedah ini mendatangkan kesan yang lebih baik, ia hendaklah dilakukan secara berturutan dan berulang kali. Berhubung kaedah tikrar ini,Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan hadis yang bermaksud : Rasulullah s.a.w suka mengulang ulang suatu perkara kepada para sahabat sehingga mereka mendapat fahaman yang sebenar. Persoalan berapa kerapkah proses ulangan ini perlu dilakukan supaya ia berkesan tetapi tidak membosankan dan membuang masa, Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan sebuah lagi hadis yang bermaksud :

PAGE

AKADEMI AL QURAN ABS DARUL ILMI

15

Program Tahfiz Masjid Sayyidina Ali 2014


Rasulullah s.a.w mengucapkan tiga kali apabila bertutur dengan satu satu ayat dan kadangkala satu masalah yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w diulang sebanyak tiga kali agar para pendengar cukup jelas untuk memahaminya. Maksud hadis di atas menyatakan bahawa kesesuaian kaedah ulangan ini adalah dilakukan sebanyak tiga kali berturut turut pada masa yang sama dan jangan lupa memperuntukkan rehat satu hingga tiga minit selang di antaranya. Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik, anda boleh memperdengarkan bacaan ayat ayat Al Quran dari kaset atau bahan bahan media yang lain untuk didengar oleh murid. Kemudian, apabila murid mengikut bacaan tersebut,rakam suara murid di dalam kaset. Perdengarkan kembali rakaman tersebut kepada murid agar mereka dapat mengesan kesilapan kesilapan bacaan mereka sebelum anda membetulkan kesilapan tersebut. Antara kekuatan kaedah ini adalah : (i) Guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid; (ii) Kaedah ini sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan; dan (iii) Kaedah ini dapat membina keyakinan murid. Kaedah Talaqqi Musyafahah Talaqqi Musyafahah bermaksud pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka di mana murid menerima pengajaran dengan melihat pergerakan bibir guru dan mengikut bacaan guru. Kaedah ini merupakan kaedah mempelajari bacaan Al Quran yang tertua. Ia dipraktik oleh Malaikat Jibrail a.s kepada Nabi Muhammad s.a.w sewaktu penurunan wahyu yang pertama. Malaikat Jibrail a.s membacakan ayat ayat Al Quran kepada Rasulullah s.a.w dan baginda mengikut bacaan tersebut, lalu terus menghafaznya. Kemudian, Rasulullah s.a.w membacakan pula ayat ayat tersebut kepada para sahabat baginda. Para sahabat menulis lalu menghafaznya.

PAGE

AKADEMI AL QURAN ABS DARUL ILMI

16

Program Tahfiz Masjid Sayyidina Ali 2014

Kaedah ini boleh anda aplikasikan di dalam kelas dengan cara anda memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan guru secara beramai ramai atau guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid dan murid mengikut contoh bacaan guru secara individu. Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik, anda boleh memperdengarkan bacaan ayat ayat Al Quran dari kaset atau bahan bahan media yang lain. Carta ayat ayat Al Quran pula boleh ditulis sama ada di papan gulung, kad manila dan sebagainya. Antara kekuatan kaedah ini adalah : (i) Kaedah ini amat berkesan jika anda ingin mengenalpasti secara amali tahap kefahaman dan pelaksanaan murid terhadap hukum hukum tajwid dalam bacaan Al Quran yang meliputi makhraj makhraj huruf, sifat sifat huruf dan lain lain hukum tajwid; dan (ii) Pembelajaran boleh dijalankan sama ada di dalam atau di luar kelas

18.0

SISTEM PENGURUSAN

Sistem ini membantu pengurus Pusat tahfiz memantau aktiviti yang dijalankan di Pusat tahfiz. Operasi Pusat tahfiz adalah mengikut jadual pelajar yang telah ditetapkan. Perkara penting yang wajib dipantau oleh pengurus adalah 1. Kelas Pengajian di jalankan tepat pada masanya. Oleh itu kehadiran guru dan pelajar hendaklan dipantau. 2. Aktiviti solat hendaklah dilakukan denga cara yang betul. Guru memastikan pelajar menyusun sejadah, menyusun saf solat, memastikan ada tugasan imam dan para makmum bersedia. Imam yang bertugas hendaklah membaca setiap bacaan solat dengan kuat agar pelajar lain dapat mendengar dan boleh mengingat bacaan tersebut. 3. Aktiviti waktu makan hendaklah diatur dengan baik. Pengurus memastikan makanan disediakan sebelum waktu makan. Pelajar diminta membentangkan tikar, menyusun kumpulan waktu makan, makan dengan penuh beradab seperti doa, memuliakan kawan-kawan lain, cara duduk, dan bacaan doa.

PAGE

AKADEMI AL QURAN ABS DARUL ILMI

17

Program Tahfiz Masjid Sayyidina Ali 2014


Selesai makan ketua kumpulan haruslah memastikan talam dan tikar telah dikemas. 4. Aktiviti waktu rehat hendaklah dipantau dengan baik. Guru dan pembantu wajib memantau setiap pergerakan dan aktiviti pelajar. Guru dan pembantu harus menjaga setiap keselamatan alatan permainan dan cara permainan dilakukan. Hal ini bagi mengelak sebarang kecederaan sewaktu MASA REHAT. 5. Semua pakaian pelajar transit hendaklah dipantau dan diurus dengan baik. Hal ini mahu mengurangkan risiko kehilangan barang-barang pelajar. Guru dan pembantu harus memantau setiap pelajar mempunyai rak sendiri dan setiap barang ditulis dengan nama pelajar. 19.0 SISTEM KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN

Pusat tahifz yang bersih adalah lambing kecemerlangan sebuah Pusat tahfiz. Oleh itu guru dan pembantu harus mengawalselia dan memastikan pelajar tidak membuat sebarang kekotoran. Guru dan pembantu harus peka dengan sebarang perkara yang menyebabkan pusta tahfiz tidak dilihat sebagai tempat yang bersih.Guru dan pembantu wajib memberi arahan kepada pelajar agar membuang sampah di dalam tong sampah. Pastikan kasut pelajar disusun dengan kemas bagi memperlihatkan tanggungjawab dan disiplin setiap pelajar dan kakitangan Guru harus menyediakan jadual tugasan seperti dibawah: Hari Menyusun kasut Menghampar dan melipat tikar Menghampar dan mengemas sejadah Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat

PAGE

AKADEMI AL QURAN ABS DARUL ILMI

18

Program Tahfiz Masjid Sayyidina Ali 2014


Mengutip sampah

20.0

SISTEM KESELAMATAN

Sistem keselamatan adalah perkara paling penting yang harus diambilberat oleh setiap kakitangan dan pelajar. Semua hal-hal keselamatan adalah dibawah tanggungjawab semua orang. Perkara keselamatan yang harus diberi perhatian adalah. 1. Pintu pagar harus ditutup sentiasa 2. Pintu utama Pusat tahfiz wajib dikunci sepanjang masa 3. Ketibaan pelajar dari sekolah dan waktu ibubapa menghantar pelajar, guru dan pembantu perlu menyambut di pintu pagar agar pelajar dapat dijaga dengan baik 4. Begitu juga dengan apabila pelajar mahu ke sekolah atau apabila diambil oleh ibubapa. Guru dan pembantu perlu memastikan ibubapa sahaja yang mengambil pelajar dan jika guru dan pembantu tidak mengenali siapa yang mengambil pelajar, sila rujuk kepada pihak pengurusan sama ada terdapat pesanan dari ibubapa mahu mengambil pelajar. 5. Sebarang kes kemalangan serius dan kecil guru dan pembantu hendaklah memaklumkan kepada pengurus. Pengurus pula hendaklah memaklumkan kepada ibubapa dengan segera. Sebarang kes serius hendaklah dibawa ke klinik atau hospital berdekatan. Sebarang kes kemalangan kecil perlu hendaklah dirawat di dalam pusat tahfiz menggunakan peralatan perubatan sedia ada. 21.0 SISTEM KERJASAMA Diharapkan semua kakitangan sentiasa berkerjasama dalam menjalankan setiap tanggungjawab dan mematuhi system yang diwujudkan. Hal ini bagi menjamin Pusat tahfiz dapat diurus dan dijaga dengan lebih baik. Kakitangan tidak boleh berasa tidak puas hati jika kerja yang dilakukan lebih dari orang lain. Semua kerja kita hendaklah diserahkan kembali kepada Allah swt.

PAGE

AKADEMI AL QURAN ABS DARUL ILMI

19

Program Tahfiz Masjid Sayyidina Ali 2014


Hanya Allah yang dapat membalasnya. Jika terdapat sebarang ketidakpuasan hati maka semua diminta dibawa ke meja perbincangan agar masalah yang wujud dapat diselesaikan dengan segera dan baik. 22.0 LATIHAN GURU

Setiap guru yang mengajar akan dihantar kursus untuk memastikan guru yang ditugaskan adalah terlatih dan mampu memberi kesan yang baik kepada pelajar. Kursus wajib yang akan diberi kepada guru adalah kursus komunikasi teknik nabi dan kursus komunikasi Bahasa Melayu Tinggi. Kedua-dua kursus ini adalah kursus standard bagi setiap guru yang berkhidmat dalam akademi kami. 23.0 PENUTUP

Semoga usaha murni ini akan mendapat balasan dan rahmat dari Allah swt dan program seperti ini bakal melahirkan generasi celik Al Quran, cinta ilmu dan patuh kepada ajaran Islam.

PAGE

AKADEMI AL QURAN ABS DARUL ILMI

20

Anda mungkin juga menyukai