Anda di halaman 1dari 2

Masalah Sebutan dan Intonasi

Muhammad Rozaimie bin Arbaa


PISMP AMBILAN JANUARI 2012

Masalah
Pada minggu pertama di SK Bekenu ini, masalah yang saya ingin
fokuskan adalah masalah sebutan dan intonasi. Kebanyakan murid yang
saya ajar menghadapi pengaruh dialek (dialek sarawak) dan dialek Iban yang
agak

kuat

sehingga

menggunakannya

ketika

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran.

Analisis Masalah
Saya telah mengajar kelas tahun 5c dan 5b. sepanjang pengajaran
saya mendapati sebahagian besar murid dalam kelas ini menghadapi
masalah sebutan dan intonasi . Hal ini disebabkan kebiasaan mereka
menggunakan sebutan dialek sarawak dalam aktiviti seharian. Oleh hal yang
demikian, murid-murid ini agar sukar memperbaiki sebutan mereka biarpun
telah ditegur berulang kali ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

Cadangan
Dalam mengatasi masalah murid-murid yang lemah daripada segi
sebutan, guru akan mempelbagaikan lagi bahan bacaan bagi melatih
kemahiran berbahasa mereka daripada segi sebutan. Perhatian khusus
diberikan.

Tempoh
14 Julai 18 Julai 2014 (seminggu)
Tindakan Susulan

Bagi Tahun 5, guru telah mempelbagaikan bahan rangsangan bagi


kemahiran membaca dan bertutur. Sebagai contoh, prosa tradisional seperti
pantun dan gambar animasi membantu dan dapat menggalakkan murid
menyebut perkataan dan ayat dengan sebutan dan intoansi yang betul.Guru
akan mempelbagaikan bahan rangsangan seperti , prosa tradisional seperti
pantun dan gambar animasi membantu dan dapat menggalakkan murid
menyebut perkataan dan ayat dengan sebutan dan intoansi yang betul.
Selain itu, guru akan memberi perhatian kepada murid yang bermasalah
daripada segi intonasi dengan menggalakkan mereka membaca ketika
proses P&P di dalam kelas.
Tambahan pula, ujian penilaian membaca akan dijalankan dari semasa
ke semasa mengikut keperluan.
Kesimpulan
Peranan guru amat penting dalam membentuk dan memperbetulkan
kesalahan yang murid lakukan.

Anda mungkin juga menyukai