Anda di halaman 1dari 4

Murid Kurang Memberikan Tindak Balas Semasa Proses

Pengajaran dan Pembelajaran


Muhammad Rozaimie bin Arbaa
Masalah
Saya mendapati segelintir murid-murid di sekolah tempat saya
menjalankan latihan praktikum kurang memberikan tindak balas semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Walaupun guru telah
menggunakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang menarik, namun
mereka

masih

kurang

memberikan

tindak

balas

semasa

proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung.


Analisis masalah
Setelah

membuat

pemantauan

serta

pemerhatian,murid-murid

sekolah ini didapati kurang memberikan tindak balas semasa proses


pengajaran

dan

pembelajaran

berlangsung

kerana

mereka

tidak

menguasai asas kepada pembelajaran seperti kemahiran membaca dan


menulis. Selain daripada itu, mereka juga takut akan denda atau
hukuman-hukuman kecil yang dikenakan oleh guru seandainya memberi
jawapan atau pandangan yang salah terhadap apa yang di soal oleh guru.
Ketakutan ini telah membataskan interaksi serta maklumbalas mereka
bersama guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Peneguhan biasanya ditakrifkan sebagai sebarang ransangan yang
dapat menambahkan kebarangkalian gerak balas akan berlaku, Lee Shok
Mee (1993). Menurut Mahmood Nazar Mohamed (1990), peneguhan
positif ialah ransangan yang diberi kepada organisma selepas berlakunya
sesuatu

tingkah

laku

yang

dapat

meningkatkan

kebarangkalian

berlakunya tingkah laku yang dikehendaki.


Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, kurangnya tindak balas
murid adalah dipengaruhi oleh kurangnya rangsangan kepada murid. ini
adalah antara sebab murid-murid kurang memberikan tindak balas

semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Oleh hal yang


demikian, beberapa perkara telah dikenalpasti :

1. Murid kurang aktif semasa berada di dalam kelas


2. Murid kurang rangsangan sewaktu dalam kelas
3. Murid kurang memberikan tindak balas semasa melakukan aktiviti di
dalam kelas
4. Murid menjadi pasif apabila guru memberikan soalan
5. Murid terlalu takut kepada guru

Cadangan
Teori Kecerdasan Pelbagai Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) mengikut
Howard Gardner didefinisikan sebagai Anintelligence is the ability to
create products that are valued within one or more cultural settings.
(Gardner, 1983 ). Kecerdasan Pelbagai merangkumi lapan jenis iaitu
Verbal-Linguistik,
Interpersonal,

Logik-Matematik,

Intrapersonal

dan

Visual-Ruang,
Naturalis.

Kinestetik,

Muzik,

Verbal-Linguistik

adalah

kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalamlisan dan


penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna
perkataan dan mahir memanipulasinya. Mereka juga boleh berkomunikasi
secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis
dan menghubungkait. Logik-Matematik adalah kebolehan menaakul,
menyelesaikan
menyoal,

masalah

kritis,

cekap

kompleks,membuat
membuat

perkaitan

pengiraan,

seperti

boleh

suka

membuat

perbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan


menggunakankomputer.
Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua kebolehan matematik
dan saintifik. Visual-Ruang pula merupakan kebolehan mengesan dan
menggambarkan

bentuk,ruang,

warna

dan

garisan,

termasuklah

kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.


Seorang yang mempuyai kecerdasan ini boleh membentuk gambaran
dalam minda mereka dan melukisnya. Kecerdasan Kinestetik adalah

kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan


untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti
koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan.
Oleh hal yang demikian, antara langkah-langkah yang telah saya
ambil bagi memperbaiki kelemahan murid-muird ini adalah :
1. Mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas
2. Memberikan ganjaran dan pujian kepada murid-murid yang dapat
memberikan tindak balas yang baik di dalam kelas.
3. Mempelbagaikan bahan bantu mengajar serta aktiviti bersama
murid-murid di dalam kelas.
4. Cuba berinteraksi dan melebihkan perhatian kepada murid yang
pasif.

Tempoh
18 Ogos 22 Ogos 2014 ( seminggu )
Tindakan susulan
Walaupun

terdapat

sedikit

perubahan

yang

berlaku,

namun

fenomena ini masih lagi berlanjutan. Oleh hal yang demikian, saya
menggunakan pendekatan psikologi untuk memastikan perubahan ini
akan berterusan untuk satu tempoh yang lama.
William

James

(1890)

mendefinisikan

psikologi

sebagai

sains

kehidupan mental. John Watson (1919) pula menyarankan supaya definisi


psikologi dikaji semula bagi membolehkannya dilihat dari segi tingkah laku
yang berunsur objektif, iaitu yang boleh didaftarkan oleh sistem deria
manusia. Daripada dua pandangan tersebut, psikologi moden boleh kita
definisikan sebagai satu kajian yang saintifik tentang jiwa dan tingkah
laku manusia.
Menurut kamus dewan, ilmu mengenai jiwa atau mengenai fikiran
manusia. Psikologi juga merupakan kajian tentang proses mental dan
pemikiran, terutamanya berhubung dgn perlakuan manusia dan haiwan.

Oleh hal yang demikian, antara langkah yang saya terapkan


adalah :
1. Berkomunikasi dengan semua orang yang berada dalam
kelas.
2. Tidak

menumpukan

perhatian

yang

lebih

kepada

sesetengah murid sahaja.


3. Sentiasa melakukan aktiviti yang melibatkan semua murid.

Kesimpulan
Kesimpulannya, permasalahan berkaitan kurangnya tindak balas
murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran haruslah
ditangani dengan segera. Hal ini kerana seandainya guru tidak mengambil
peduli akan isu ini, murid-murid akan kurang mendapat input semasa
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh yang
demikian, guru-guru perlulah memastikan pergerakan serta rangsangan
murid-murid semasa berada di dalam kelas kerana ini akan akan
mempengaruhi tahap kefahaman ilmu yang mereka dapati sewaktu di
dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai