N.I.M. : 1301102010065
menjaga ajaran ALLAH adalah Umar, dan yang paling bersifat pemalu adalah Utsman." (HR
Ahmad, Ibnu Majah, Al Hakim, At Tirmidzi).
Utsman r.a adalah seorang yang sangat dermawan. Dalam sebuah persiapan pasukan,
pernah Utsman r.a yang membiayainya seorang diri. Setelah kaum muslimin berhijrah. Di
saat menhadapi kesulitan air, Utsman telah yang membeli sumur dari seorang Yahudi untuk
kepentingan kaum muslimin. Pada masa kepemimpinannya Utsman r.a merintis penulisan Al
Quran dalam bentuk mushaf. Dari lembaran-lembaran yang mulai ditulis pada masa
pemerintahan Khalifah Abu Bakar r.a.
4. Ali bin Abi Talib r.a,
Merupakan sepupu Rasulullah SAW dan kanak-kanak pertama yang masuk Islam.
Beliau yang menggantikan posisi Rasulullah SAW di tempat tidurnya saat Baginda berhijrah.
Semasa berlakunya perang Badar, Ali r.a menumpaskan seorang jaguh Quraisy iaitu Walid
ibni Utba. Beliau mengahwini Fatimah r.a, anak Rasulullah SAW. Ketika itu beliau berumur
25 tahun dan Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya Ali r.a menjual baju besi
perangnya untuk dijadikan mahar. Walaupun begitu para sahabat lain seperti Saidina Abu
Bakar, Saidina Umar, Saidina Utsman dan Saidina Abdurrahman bin Auf berbesar hati
mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan
Rasulullah SAW, kekasih yang amat mereka cintai.
5. Talhah bin Ubaidillah r.a
Yang pada perang Uhud terkena lebih dari tujuh puluh tikaman atau panah serta jari
tangannya putus. Namun Talhah r.a yang sangat berani dan kuat inilah yang menjadi perisai
melindungi Rasulullah S.A.W di saat-saat genting, beliau memapah Rasulullah S.A.W yang
tubuhnya telah berdarah menaiki bukit Uhud yang berada di hujung medan pertempuran saat
kaum musyrikin pergi meninggalkan medan peperangan kerana menganggap bahawa
Rasulullah SAW telah wafat. Saat itu Talhah r.a berkata kepada Rasulullah SAW, "Aku tebus
engkau ya Rasulullah dengan ayah dan ibuku." Nabi SAW tersenyum seraya berkata,
"Engkau adalah Talhah kebajikan." Sejak itu beliau mendapat julukan Burung Helang hari
Uhud. Rasulullah SAW pernah berkata kepada para sahabatnya, "Orang ini termasuk yang
gugur dan barang siapa yang senang melihat seorang yang syahid berjalan di muka bumi
maka lihatlah Talhah."
6. Azzubair bin Awwam r.a
Adalah sahabat karib Talhah r.a. Beliau memeluk Islam pada usia 15 tahun dan
berhijrah pada usia 18 tahun. Dengan seksaan yang dia terima dari pakciknya sendiri.
Kepahlawanan Azzubair ibnu Awwam r.a terlihat dalam perang Badar saat ia berhadapan
dengan Ubaidah bin Said Ibnul Ash. Azzubair ibnu Awwam r.a berhasil menombak kedua
matanya sehingga akhirnya ia tersungkur tak bergerak lagi, hal ini membuat pasukan Quraisy
ketakutan.
Rasulullah sangat mencintai Azzubair ibnu Awwam r.a. Beliau pernah bersabda,
"Setiap nabi memiliki pengikut pendamping yang setia (hawari), dan hawariku adalah
Azzubair ibnu Awwam."
Azzubair ibnu Awwam r.a adalah suami Asma binti Abu Bakar r.a yang menghantarkan
makanan pada Rasulullah SAW saat Baginda berhijrah bersama ayahnya. Pada masa
pemerintahan Umar r.a, saat panglima perang menghadapi tentera Romawi di Mesir. Amr bin
Ash r.a meminta bala bantuan pada Amirul Mukminin. Umar r.a mengirimkan 4000 tentera
yang dipimpin oleh 4 orang panglima, dan ia menulis surat yang isinya, "Aku mengirim
empat ribu tentera bantuan yang dipimpin oleh 4 orang sahabat terkemuka dan masingmasing bernilai 1000 orang. Tahukah anda siapa empat orang panglima itu? Mereka adalah
Ubadah ibnu Assamit, Almiqdaad ibnu Aswad, Maslamah bin Mukhalid, dan Azzubair bin
Awwam." Demikianlah dengan izin Allah, pasukan kaum muslimin berhasil meraih
kemenangan.
7. Abdurrahman bin Auf r.a,
Adalah seorang pedagang yang berjaya. Namun saat berhijrah dia meninggalkan
semua harta yang telah dia usahakan sekian lama. Namun selepas berhijrah ke Madinah,
beliau kembali menjadi seorang yang kaya raya. Dan saat beliau meninggal, wasiat beliau
adalah agar setiap peserta perang Badar yang masih hidup mendapat 400 dinar. Sedangkan
yang masih hidup saat itu hanya sekitar 100 orang, termasuk Ali r.a dan Utsman. r.a. Beliau
pun berwasiat agar sebahagian hartanya diberikan kepada Ummahatul muslimin, sehingga
Aisyah r.a berdoa: "Semoga Allah memberi minum kepadanya air dari mata air Salsabil di
syurga."
8. Saad bin Abi Waqqash r.a.
Beliau adalah orang yang mula-mula melepaskan anak panah pertama dalam membela
agama ALLAH dan juga orang yang mula-mula terkena anak panah. Seorang yang
keislamannya sangat dikecam oleh ibunya, namun tetap tabah, dan kukuh pada keIslamannya.
Saad bin Abi Waqqash r.a memeluk Islam sewaktu berusia l7 tahun, dan keislamannya
termasuk yang terdahulu di antara para sahabat. Hal ini pernah diceritakannya sendiri,
katanya:"Pada suatu saat saya beroleh kesempatan termasuk 3 orang pertama yang masuk
Islam."
Maksudnya bahawa beliau adalah salah seorang di antara tiga orang yang paling awal
masuk Islam. Sesungguhnya Saad bin Abi Waqqash r.a adalah pakcik Nabi SAW juga.
Kerana dia adalah dari Bani Zuhrah sedangkan Bani Zuhrah adalah keluarga Aminah binti
Wahab, ibunda Rasulullah SAW.
9. Said bin Zaid r.a,
Beliau adalah adik ipar Umar r.a. Adalah orang yang dididik oleh seorang ayah yang
beroleh hidayah Islam tanpa melalui kitab atau nabi mereka seperti halnya Salman Al Farisi
r.a, dan Abu Dzar Al Ghifari r.a. Banyak orang yang lemah berkumpul di rumah mereka
untuk memperoleh ketenteraman dan keamanan, serta penghilang rasa lapar, kerana Said bin
Zaid r.a adalah seorang sahabat yang sangat dermawan dan murah hati.
10. Abu Ubaidah Ibnu Jarrah r.a,
Yang akhirnya terpaksa membunuh ayahnya saat perang Badar sehingga ALLAH
menurunkan ayat Quran surah Al Mujadilah ayat 22. Begitupun dalam perang Uhud, Abu
Ubaidahlah yang mencabut besi tajam yang terlekat pada kedua rahang Rasulullah SAW, dan
dengan berbuat begitu beliau rela kehilangan giginya. Abu Ubaidah r.a mendapat gelaran dari
Rasulullah SAW sebagai pemegang amanah umat, seperti dalam sabda Baginda: "Tiap-tiap
umat ada orang pemegang amanah, dan pemegang amanah umat ini adalah Abu Ubaidah Ibnu
Jarrah."