Anda di halaman 1dari 5

SOALAN SPONTAN (P)

1. Nabi Sulaiman telah dianugerahi Allah Taala kemahiran memahami bahasa makhluk lain
seperti haiwan dan jin. Berikan 2 faedah sekiranya adik dapat mempelajari bahasa lain
selain bahasa melayu seperti bahasa Inggeris, Cina dan lain-lain.

Terima kasih kepada hakim yang mengajukan soalan. Seperti yang telah saya ceritakan,
Nabi Sulaiman telah dianugerahi Allah Taala kemahiran memahami bahasa makhluk lain
seperti haiwan dan jin. Faedah yang diperoleh sekiranya mempelajari bahasa lain ialah dapat
memahami budaya dan adat sesuatu kaum. Contohnya, jika kita fasih bahasa Arab, kita akan
lebih mudah untuk berinteraksi dengan orang Arab jika kita berkunjung ke Mekah untuk
menunaikan haji atau umrah.
Sebagai kesimpulannya, tidak rugi sekiranya kita mempelajari banyak bahasa. Rasulullah
sendiri pernah bersabda, Tuntutlah ilmu sehingga ke Negara China dan proses
pembelajaran berlaku berterusan sepanjang hayat, bak kata cerdik pandai, tuntutlah ilmu
dari buaian hingga ke liang lahad. Sekian, Terima kasih.



2. Dalam serita Peristiwa di Lembah Semut yang adik sampaikan tadi, Ratu Semut telah
menyelamatkan rakyatnya dari dipijak oleh tentera Nabi Sulaiman dengan mengarahkan
mereka masuk ke sarang. Sekiranya adik dilantik menjadi ketua pasukan perkhemahan bagi
sekolah adik, apakah 2 perkara yang adik harus titikberatkan?

Terima kasih kepada hakim yang mengajukan soalan. Seperti yang telah saya ceritakan
tadi, apabila merasakan bahaya menghampiri, Ratu Semut telah menyelamatkan rakyatnya
dari dipijak oleh tentera Nabi Sulaiman dengan mengarahkan mereka masuk ke sarang. Ini
adalah salah satu sikap terpuji yang perlu ada pada setiap pemimpin.
Jika saya dilantik menjadi ketua pasukan perkhemahan di sekolah, perkara yang perlu saya
titikberatkan ialah saya perlu memastikan semua ahli kumpulan saya berada dalam keadaan
yang selamat dan saya perlu memberikan bantuan jika mereka ditimpa kesusahan.
Contohnya seperti peristiwa di Lahad Datu yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia.
Perdana Menteri mengambil langkah bijak dengan menghantar ratusan tentera dan polis
untuk menjaga keamananan rakyat di negeri Sabah. Saya perlu menjadi seorang ketua yang
jujur, amanah dan bertanggungjawab seperti yang ditunjukkan oleh Junjungan Besar, Nabi
Muhammad s.a.w.
Kesimpulannya, kepimpinan yang cemerlang adalah terbentuk melalui gaya memimpin
yang cekap seperti kata pepatah, sekiranya guru kencing berdiri, anak murid akan kencing
berlari. Sekian, terima kasih.


3. Dalam cerita Peristiwa di Lembah Semut yang adik sampaikan tadi, seekor semut telah
berdoa kepada Allah supaya turunkan hujan kepada sekalian alam. Pada musim kemarau.
Apakah 2 perkara yang akan adik lakukan sekiranya ditimpa apa-apa musibah atau
kesusahan?

Terima kasih kepada hakim yang mengajukan soalan. Islam sebagai din yang sempurna telah
memberikan pedoman yang lengkap bagi manusia dalam menghadapi pelbagai peristiwa, baik
suka mahu pun duka.
Sabda Rasulullah,"Sungguh menakjubkan keadaan orang yang beriman, kerana semua
perkara adalah baik baginya, dan itu tidak terjadi kepada sesiapa pun kecuali kepada orang
yang beriman. Jika dia mendapat nikmat, dia bersyukur, maka itu baik baginya. Jika dia
ditimpa musibah, dia bersabar, maka itu pun baik baginya." (Hadith Riwayat Muslim).
Jika saya ditimpa musibah atau kesusahan, saya akan menghadapinya dengan penuh
kesabaran. Ini adalah kerana kesabaran itu sebahagian daripada iman,
kerana saya percaya bahawa setiap apa musibah yang berlaku ada hikmah yang
tersembunyi di sebaliknya. Allah tidak akan menguji saya dengan ujian yang tidak mampu
saya galas. Sebagai contoh, kejadian tsunami yang melanda Acheh pada tahun 2004 adalah
sebagai salah satu contoh musibah yang telah berlaku. Kita perlu bersimpati dengan nasib
mereka yang ditimpa musibah, bak kata pepatah, cubit paha kanan, paha kiri pun merasa
sakitnya. Sekian, terima kasih.
4. Dalam cerita peristiwa di lembah semut yang adik sampaikan tadi, semut telah
menyerahkan urusan rezekinya kepada Alah. Pada pendapat adik, rezeki yang
bagaimanakah mesti kita cari demi mencapai keredhaan Allah?
Terima kasih kepada hakim yang mengajukan soalan. Pada pendapat saya, rezeki yang perlu
dicari untuk mencapai keredaan Allah ialah, pertama sekali kita perlu mendapatkan keredhaan
ibu bapa kita. Sabda Rasulullah s.a.w: Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa
manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa..
Seterusnya, untuk mendapatkan rezeki yang halal dan diredhai kita perlu berusaha
bersungguh-sungguh. Sebagai contoh melakukan pekerjaan yang tidak menyalahi undang-undang
dunia amnya dan undang-undang Allah khususnya.
E_GC^4C +EEL- W-OU7 Og`
O) ^O- 1EUEO 4ljOC 4
W-ON):4> g4O7C7= ^}C^OO=- _
+O^^) 7 4N N-)lG`
Maksudnya:
Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah
kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata
bagi kamu.
Sekian, terima kasih.






5. Dalam cerita peristiwa di lembah semut yang adik sampaikan tadi, semut adalah antara
rakyat Nabi Sulaiman yang taat setia. Sebagai seeorang anak, apakah tanggungjawab anak
terhadap kedua ibu bapa.
Terima kasih kepada hakim yang mengajukan soalan. Seperti yang kita semua tahu, terdapat
banyak tanggungjawab seorang anak terhadap kedua ibu bapanya. Antaranya ialah, kita perlu
bercakap dengan baik dan lemah lembut dengan ibu bapa kita.
Firman Allah dalam surah Isra ayat 23 dan 24 yang berbunyi
_/=/~4 ElG4O W-+lu>
) ++C) ^4).4O^)4
L=O;O) _ E`) O}4Ul4C EE4gN
4OE:^- .E-4 u
E-Eg E > .E+= l]q 4
E-OOgu+> ~4 E_- LO~
VC@O ^g@
Maksudnya:
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya
semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari
keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu,
maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan
"Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka
perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).
Kita tidak boleh menjadi anak yang derhaka seperti dalam kisah Alqamah yang melebihkan
isterinya sendiri melebihi ibunya sehingga menyebabkan ibunya berkecil hati dengan Alqamah.
Alqamah hampir menghembuskan nafas terakhir tanpa mengucapkan 2 kalimah syahadah.
Namun, disebabkan kebijaksanaan Rasulullah, ibu Alqamah akhirnya bersetuju untuk
mengampunkan semua dosa Alqamah kepadanya. Begitulah kawan-kawan, betapa pentingnya
peranan ibu bapa terhadap kita. Kita juga perlu membalas jasa kedua ibu bapa kita yang telah
membesarkan dan mendidik kita supaya kita tidak dikatakan bagai kacang lupakan kulit.

Anda mungkin juga menyukai