Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum warahmaullahi wabarakatuh.

Yang dihormati pengacara majlis,panel hakim yang arif lagi bijaksana,


guru-guru, seterusnya sidang hadirin serta rakan-rakan sekalian.
Salam sejahtera pembuka bicara,
Kalam mulia membuka kata,
Hijrah rasulullah demikian tajuknya,
Buat tauladan kita semua.

Hijrah4, hijrah4..
Tika malam, datang menjelma, ku teringat kisah lama,rasulullah
menyebarkan agama islam di tentang.
Nabi Muhammad adalah rasul terakhir yang di utuskan untuk umat
manusia namun telah mendapat banyak tentangan dari kaum quraisy
sendiri dan pembesarnya. Namun dakwah itu tidak mengenal erti penat
lelah dan tidak terhenti di sekitar mekah bahkan di luar kota mekah,
termasuklah kepada orang yathrib. Hasil pertemuan rasulullah dengan
orang yathrib, maka berlakulah perjanjian Aqabah yang pertama Dan
kedua. Mereka mengajak rasulullah berhijrah di yathrib dan berjanji akan
membantu dakwah nabi di sana.
Di Malaysia, usaha yang di lakukan oleh NGO islam, untuk membantu
saudara seakidah kita di Gaza, patut di berikan pujian. Firman Allah dalam
surah Al-Maidah ayat 3.

Ertinya : dan tolong-menolonglah atas dasar kebaikan dan takwa,


janganlah kamu tolong-menolong atas dasar dosa dan permusuhan.
Jika kita membantu agama Allah, maka Allah akan membantu kita.
Sebaliknya jika kita menentang agama Allah, ketahuilah bahawa Allah
Maha kuat dan sebaik-baik pemberi balasan.

Dalam usaha untuk menggagalkan dakwah Rasulullah, kaum


musyrikin mekah sentiasa merancang dan mengatur strategi jahat untuk
menentang Rasulullah. Mereka telah berpakat untuk membunuh rasulullah
dan telah memilih pemuda dari setiap kabilah untuk menjalankan
rancangan jahat mereka itu. Mereka telah mengepong di sekeliling rumah

nabi untuk membunuh baginda. Namun perancangan Allah mengatasi


perancangan mereka, rancangan mereka di sedari oleh rasulullah. Firman
Allah dalam surah yasin ayat 9,yang bermaksud: dan kami jadikan
sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka lalu kami
tutup pandangan mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
Bersama abu bakar sebagai peneman
Mereka menuju kearah selatan,
Jalan ke utara penuh sekatan,
Gua thur tempat persembunyian.

Kawan-kawan, kita hendaklah bersabar menempuh rintangan dan ujian


dari Allah, marilah berkasih sayang sesama kita serta yakin akan
kekuasaan Allah.

Di dalam gua thur mereka bersembunyi


Mengatur langkah menyusun strategi
Musuh durjana tak jemu terus mencari
Allah selamatkan nabi di lindungi.
Ada sarang labah-labah di pintu gua
Burung bersarang dan mengeram telurnya
Demikian kuasa Allah maha esa
Selamat dari musuh durjana

Dalam perjalanan hijrah itu, rasulullah telah merancang strategi bagi


memastikan perjalanan mereka selamat.mereka telah menugaskan Asma
Bt Abu Bakar untuk membawa makanan, sementara Amir bin Fuhaira
mengintip perbualan dan percakapan, Abdullah bin Uraiqiz di tugaskan
sebagai penunjuk jalan. Setelah tiga hari di tempat persembunyian,
barulah mereka memulakan perjalanan.

Firman Allah dalam sural Al-Anfal ayat 30 yang bermaksud dan mereka
menjalankan tipu daya dan Allah juga menjalankan tipu daya. Allah
sebaik-baik yang mengagalkan tipu daya.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Begitulah perumpamaan yang
sesuai di gunakan untuk menggambarkan keadaan Baginda Nabi
Muhammad serta sahabat-sahabatnya dalam merencanakan perancangan
yang cukup strategik demi memastikan rancangan mereka untuk
membantu Nabi Muhammad menjalankan perintah berhijrah daripada
Allah Taala berjaya.
Warga pendidik, ibu bapa, dan para pelajar sekalian, antara pengajaran
yang mesti kita ambil daripada hijrah Rasullulah ke Madinah ini ialah
antaranya juga kita hendaklah saling bantu-membantu dan tolong
menolong antara satu sama yang lain apabila hendak melakukan
sesebuah pekerjaan yang besar. Kita juga hendaklah sentiasa berfikiran
positif dan tidak lokek untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang
memerlukan. Ini telah dibuktikan melalui kisah ini, Para Sahabat saling
bantu membantu dan membahagi-bahagikan tugas kepada setiap seorang
daripada mereka untuk memastikan rancangan mereka berjalan dengan
lancar.
Kawan-kawan yang dirahmati Allah,
Dengan bantuan Allah, Rasullulah dan Saidina Abu Bakar berjaya keluar
dari Mekkah menuju ke Madinah. Setibanya di Quba, perkara pertama
yang dibuat oleh Rasullullah adalah membina masjid. Rasullulah dan
beberapa orang sahabat baginda telah membina sebuah masjid. Masjid ini
merupakan masjid yang pertama dibina di dalam sejarah Islam. Walaupun
masjid ini hanya dibina dengan menggunakan batang serta pelepah
tamar, namun masjid inilah tapak bermulanya perkembangan syiar agama
Islam di Madinah.

Masjid Quba telah dibina


Syiar Islam semakin nyata
Lambang keteguhan Islam tercinta
Berkat pengorbanan sabar dan usaha
Kisah pembinaan masjid Quba ini adalah hampir sama dengan
pembinaan masjid Cina di Tasek Jaya, Ipoh, Perak. Masjid ini berjaya dibina
dengan begitu cantik sekali sehingga bukan sahaja warga tempatan yang
tertarik dengannya, bahkan warga asing sekalipun mengkagumi
pembinaannya. Selain daripada faktor binaanya, Masjid ini berjaya
menarik minat orang ramai khususnya warga tempatan untuk
mengunjunginya serta beribadat di dalamnya. Ini sememangnya adalah
satu kejayaan yang besar kepada Ummat Islam.
Warga pendidik, ibu bapa, dan para pelajar sekalian, firman Allah di dalam
surah At-Taubah ayat 108 yang bermaksud, Sesungguhnya Masjid Quba
yang didirikan atas dasar taqwa dan dari awalnya, sudah sepatutnya
engkau sembahyang di dalamnya.
Sehubungan dengan dalil yang disebutkan di atas, dapat di konklusikan
bahawa institusi masjid adalah tempat yang sangat penting bagi ummat
Islam. Di samping beribadah, kita juga boleh melakukan pelbagai aktiviti
yang berfaedah di dalamnya seperti mengadakan majlis ilmu serta
bermacam macam lagi.
Kawan-kawan yang dirahmati Allah, sambungan kepada kisah
penghijrahan Rasullullah yang amat kita cintai ini, iaitu setelah
rombongan hijrah ini membina masjid di Quba, mereka akhirnya telah
selamat sampai ke yathrib dengan selamat. Rombongan Baginda telah
disambut dengan meriah sekali oleh para penduduk Yathrib yang seudah
sekian lama menantikan kedatangan Rasulullah ke tanah mereka.

Dengan ini maka bermulalah taqwim baru dalam sejarah islam, Baginda
telah dilantik menjadi pemimpin besar di Yathib yang akhirnya bertukar
nama kepada kota Madinah Al-Munawwarah.
Sekian, Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai