Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah hi rabbil alamain….

Hari ini saya akan menyampaikan sebuah tazkirah yang bertajuk

LAILATUL QADAR

Apakah itu lailatul qadar kawan-kawan?

Umat Nabi Muhammad SAW amat beruntung kerana Allah SWT


menganugerahkan satu malam yang nilai ibadahnya lebih baik dari seribu
bulan. Ini dibuktikan menerusi Firman Allah SWT ayat 3 surah al-Qadr.
Lailatul qadri khairum min alfii shahr

Yang bermaksud

“ Lailatul qadar lebih baik dari seribu bulan.”

kawan-kawan tahu tak, Bilakah berlakunya Lailatul Qadr?

untuk pengetahuan kawan-kawan, Para ulamak sepakat mengatakan bahawa


Lailatul Qadar hanya berlaku dalam bulan Ramadan. Tetapi ada beberapa
pendapat tentang bilakah berlakunya lailatul qadar dengan lebih terperinci
antaranya:

pendapat yang pertama,


Lailatul qadar berlaku pada malam-malam 10 terakhir Ramadan.

Pendapat yang kedua pula,


Lailatul qadar berlaku pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir iaitupada
malam ke21, 23, 25, 27 atau malam ke 29.

Pendapat ketiga.
Lailatul qadar berlaku pada mana-mana malam dalam bulan Ramadan.

walau bagaimanapun, Pendapat yang paling rajih yakni kuat ialah pendapat
yang mengatakan lailatul qadar berlaku pada malam-malam 10 terakhir
Ramadan. Oleh itu kawan-kawan, umat Islam digalakkan memperkasakan
amalan-amalan mereka menjelang 10 hari terakhir Ramadan. Namun, tidak
ada hadis Nabi Muhammad SAW yang menyatakan dengan tepat bilakah
berlakunya lailatul qadar.

ini kerana, Hikmahnya adalah supaya umat Islam tidak hanya menumpukan
ibadah pada malam itu sahaja selain hanya Allah SWT yang mengetahuinya.
Kawan kawan, Cuba kita bayangkan jika lailatul qadar telah ditentukan pada
malam 27 Ramadan, tentulah pada malam-malam lain umat Islam lalai dan
leka daripada beribadah.

Realitinya berbeza, Umat Islam ketika awal Ramadan kelihatan lebih


bersungguh-sungguh mengunjungi masjid-masjid untuk beribadah
sedangkan Nabi Muhammad SAW menyarankan kepada kita supaya lebih
menumpukan pada 10 malam terakhir.

kawan-kawan, apakah petanda PETANDA BERLAKUnya LAILATUL


QADAR?
Hadis Riwayat Ahmad Bin Hanbal ada menjelaskan tentang petanda-
petanda berlaku lailatul qadar iaitu, “Tandanya adalah langit kelihatan
bersih, terang-benderang bagaikan bulan sedang purnama (seperti bulan
penuh), tidak dingin dan tidak panas…”

Manakala petanda pada paginya pula sebagaimana Riwayat Muslim, Abu


Daud dan At-tirmizi yang diriwayatkan melalui Ubai Bin Ka’ab yang
bermaksud: “Tanda kehadiran lailatul qadar ialah matahari pada keesokan
paginya kelihatan cerah tanpa sinarnya.”

Sekian sahaja tazkirah ringkas dari saya, saya akhiri tazkirah ini dengan
sebuah doa. Marilah sama-sama kita menadah tangan dan memohon
kepadanya.

“Ya Allah, terimalah segala amalan yang kami laksanakan. Ampunkanlah


segala dosa-dosa kami, ibubapa kami, guru-guru kami,ahli keluarga kami dan
sekalian Muslimin dan Muslimat. Tiada daya upaya bagi kami melainkan
dengan kehendakMu jua.”

Amiin yarobbalaallamin

Wabillahitaufikwalhidayah…

Assalamualaikum w.b.t…

Anda mungkin juga menyukai