Anda di halaman 1dari 3

KEISTIMEWAAN MALAM LAILATUL QADAR

ALHAMDULILLAH dengan rahmat-Nya jua Qari berkesempatan berada di


bulan Ramadan iaitu bulan rahmat, bulan keberkatan, bulan kesejahteraan,
bulan keampunan, kebaikan dan pahala. Bulan Ramadan memberi
kesempatan yang amat baik bagi umat Islam diSingapura meningkatkan
kualiti iman dan takwa kepada Allah Subhanahu Wataala dengan
mengerjakan amal ibadat, kerana di dalamnya terdapat Lailatulqadar yang
nilai ibadahnya lebih baik daripada seribu bulan.

Malam Lailatulqadar adalah suatu malam yang paling utama di antara


malam-malam yang ada di bulan Ramadan bahkan sepanjang tahun. Ia
adalah malam yang penuh keberkatan dan mempunyai keistimewaan.
Melakukan amal ibadat di malam tersebut adalah lebih baik ganjarannya
dari melakukan amal ibadat selama seribu bulan. 

Firman Allah di dalam surah Al-Qadr ayat 3:


Tafsirnya: Malam Lailatulqadar itu lebih baik dari seribu bulan."
Lailatulqadar adalah anugerah Allah Subhanahu Wataala hanya untuk
umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berlaku setiap kali bulan
Ramadan sepanjang tahun sampai Hari Kiamat. Lailatulqadar ialah malam
kemuliaan, malam keselamatan, malam kelimpahan rahmat Allah, iaitu
satu malam yang mengandungi peristiwa penting bagi kemuliaan insan.
Malam penuh kelebihan dan keistimewaan yang berlaku di bulan
Ramadan dengan mempunyai keutamaan seperti berikut :-

1. Malam diturunkan Al-Quran Al-Karim.


2. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.
3. Malam Malaikat Jibril Alaihissalam turun untuk
mengatur segala urusan dengan izin Allah.
4. Malam penuh kesejahteraan. KEMBALI
Adapun hikmat disembunyikan Lailatulqadar itu (tidak ditentukan
malamnya secara khusus) ialah supaya kita dapat menghidupkan semua
malam di bulan Ramadan yang mubarak ini dengan berusaha mencarinya,
meningkatkan ibadat pada setiap malam, barangsiapa sahaja di antara
kamu yang beruntung dan tepat beribadat pada malam-malam yang
mubarak itu, maka dialah yang mendapat keuntungan yang sangat besar
dan bertuah sekali.

Disebabkan untuk mendapatkan Lailatulqadar itu masih berkemungkinan


ada, walaupun tidak siapa yang tahu dan dapat memastikannya dengan
tepat bilakah datangnya Lailatulqadar itu, kerana mengikut setengah hadis
mengatakan bahawa Lailatulqadar itu ialah di malam sepuluh terakhir
bulan Ramadan sepertiman:

Hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Imam


Bukhari dari Saiyidatina Aisyah Radiallahuanha bermaksud : "Carilah
dengan berhati-hati Lailatulqadar di malam-malam yang ganjil dari sepuluh
terakhir bulan Ramadan."
Bahkan Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam sendiri menghidupkan sepuluh
malam terakhir dari bulan Ramadan itu dengan membanyakkan amal
ibadat kepada Allah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidatina
Aisyah Radiallahuanha yang bermaksud : "Bahawa Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam beriktikaf pada sepuluh terakhir bulan Ramadan, sehingga
Baginda wafat kemudian dihidupkan (disunatkan) iktikaf selepasnya oleh
para isteri Baginda."

Dari keterangan hadis di atas adalah jelas menunjukkan betapa Nabi


Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri lagi berusaha dengan bersungguh-
sungguh sehingga Baginda mengurangkan tidurnya demi mendapatkan
Lailatulqadar yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tidak
terkira itu. Oleh sebab itu Qari rasa marilah kita mengambil kesempatan
berusaha menghidupkan malam Ramadan dengan melakukan amal ibadat
pada malam-malam Ramadan ini dengan sebaik-baik mungkin seperti :

1. Beriktikaf di masjid.
2. Sembahyang berjemaah dan seterusnya
bersembahyang Tarawih dan Witir.
3. Memperbanyakkan membaca Al-Quran dan
bertadarus beramai-ramai.
4. Memperbanyakkan berdoa, beristighfar
memohon keampunan kepada Allah Subhanahu
Wataala.
5. Memperbanyakkan sembahyang-sembahyang
sunat seperti Tahajjud, Tasbih, Taubat dan lain-lain.

KEMBALI

Anda mungkin juga menyukai