Anda di halaman 1dari 14

NBWF2042

FIQH AL-SIRAH
SESI II, TAHUN AKADEMIK 2021/2022

TAJUK: PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ

NO NAMA PELAJAR NO MATRIK KELAS


1 ANIS SOFIA AQILAH BINTI HALIB HASSAN 20BE02133 BE02 3B
2 UMMI RAUDHAH BINTI ROMZANI 20BE02129 BE02 3B
3 SITI NURFITRIYAH BINTI MUSLIM 20BE02136 BE02 3B
4 SYAZA NUR AINA BINTI MOHAMED 20BE02148 BE02 3B
AZHARAN
5 NUR AIDA BINTI ELIAS 20BE02056 BE02 3B

PENSYARAH: USTAZ MOHAMED FAIROOZ BIN


MOHAMEDFATHILLAH

PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN


ISLAM DENGAN MULTIMEDIA

KELAS:
BE02
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN........................................................................................................................ 1

BUKTI AL-QURAN TENTANG PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ............................. 2

KEJADIAN SEPANJANG PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ ....................................... 4

FAKTOR BERLAKU PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ ............................................... 7

1. Memuliakan Rasulullah...................................................................................................... 7

2. Pemulauan Daripada Orang Quraisy .................................................................................. 7

3. Pemergian Abu Talib Dan Saidatina Aisyah...................................................................... 8

4. Menguatkan Ketauhidan dan Keimanan ............................................................................ 9

IMPLIKASI BERLAKU PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ ........................................ 10

KESIMPULAN ...................................................................................................................... 11

RUJUKAN .............................................................................................................................. 12
PENGENALAN

Setiap tahun pada bulan Rejab, umat Islam di seluruh dunia akan mengingati peristiwa
bersejarah yang berlaku pada bulan berkenaan iaitu Israk dan Mikraj. Seperti biasa, terdapat
pelbagai atur cara diadakan bagi memperingati peristiwa bersejarah itu yang dianggap
mengandungi rahsia dan hikmah dalam usaha kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Pengertian Israk bermaksud perjalanan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dengan
menunggang ‘Buraq’ iaitu makhluk syurga, dari Masjidilharam di Mekah menuju ke Masjid
Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada satu malam. Peristiwa itu telah dijelaskan oleh Allah melalui
firman-Nya dalam surah al-Isra’ ayat 1,

َُ‫الَمنَالْم ْس ِج ِدَا ْْلر ِامَإَِلَالْم ْس ِج ِدَاألقْصىَالَّ ِذيََبرْكناَح ْوله‬ِ ‫سب َٰحنََالَّ ِذيَأسرىَبِعب ِدَهَِۦَلي‬
ْ ْ ْ ُْ
ِ ٓۚ ِ ِ
‫۝‬ ۱ َ‫ي‬ َُ ‫يعَالْبص‬
ِ َّ ‫هَهو‬
ُ ‫َالسم‬ ُ َّ‫لنُ ِري َهُۥَم ْنَآيَٰتِناَإِن‬
Maksudnya: “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada
suatu malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Bakkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang
telah kami berkati sekelilingnya, untuk perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-
tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.” (Surah Al-Isra’ : 1)

Mikraj pula bererti Baginda dinaikkan ke langit dari Baitulmaqdis menuju beberapa
tingkat hingga langit yang ketujuh terus ke Sidratulmuntaha dan al-Mustawa.Tujuan kita
menyambut perayaan Isra’ dan Mi’raj bagi memperingati peristiwa Nabi Muhammad SAW
berjalan malam dari al-Masjid al-Haram ke al-Masjid al-Aqsa. Peristiwa ini memberi kita
banyak peringatan untuk dihayati oleh seluruh umat manusia supaya kita sentiasa berpegang
teguh akan suruhan dan larangan Allah SWT.

Oleh itu, kami memilih tajuk ini bagi merungkai dan menelurusi setiap peristiwa
penting serta usaha yang dilalui oleh Rasulullah sepanjang mengaharungi perjalanan dari
Masjidilharam di Mekah menuju ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis lalu terus menuju ke
Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah di ArashNya.

1
BUKTI AL-QURAN TENTANG PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ

Isra’ bermaksud perjalanan malam atau perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu
malam, Nabi Muhammad S.A.W. telah dibawa oleh Malaikat Jibril dengan menaiki Buraq
dari Masjid Al-Haram di Bakkah ke Masjid Al-Aqsa di Palestin yang mana ia adalah tempat
yang Allah berkati di sekelilingnya dengan tanahnya yang subur dan menghasilkan pelbagai
jenis tanaman serta buah-buahan . Di sana juga merupakan tempat asal para Nabi terdahulu.
Ia telah termaktub di dalam firman Allah Surah Al-Isra’ ayat 1,

َُ‫الَمنَالْم ْس ِج ِدَا ْْلر ِامَإَِلَالْم ْس ِج ِدَاألقْصىَالَّ ِذيََبرْكناَح ْوله‬ِ ‫حنََالَّ ِذيَأسرىَبِعب ِدَهَِۦَلي‬
ََٰ ‫ُس ْب‬
ْ ْ ْ
ِ ‫َالس ِميعَالْب‬ ٓۚ ِ ِ ِ
‫۝‬ ۱ َ‫ي‬ َُ ‫ص‬ ‫و‬ ‫هَه‬ ‫ن‬ ِ
ُ َّ ُ ‫لنُ ِري َهُۥَم ْنَ َآيَٰتن‬
َّ ‫إ‬ َ َ
‫ا‬

Maksudnya: “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada
suatu malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Bakkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang
telah kami berkati sekelilingnya, untuk perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-
tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.” (Surah Al-Isra’ : 1)

Pada malam Mikraj iaitu perjalanan Nabi Muhammad dari Masjid Al-Aqsa ke
Sidratul Al-Muntaha di langit ketujuh, baginda melihat pelbagai perkara yang aneh dan
mengejutkan hati baginda sendiri. Namun begitu, setiap apa yang dilalui oleh Rasulullah
ketika peristiwa Israk dan Mikraj itu menjadi ujian buat manusia. Allah ingin menguji
apakah manusia benar-benar beriman kepada Nabi Muhammad S.A.W. atau tidak.

Ada di antara mereka yang percaya dan ada juga yang langsung tidak percaya apa
yang dikhabarkan oleh baginda dan mengatakan ianya sekadar rekaan semata-mata dan
tahyul. Peristiwa ini berlaku kerana ia dianggap amat bertentangan dengan logik akal yang
waras. Oleh itu, kesan peristiwa ini terhadap Islam apabila ia menjadi kayu ukur terhadap
tahap keimanan para sahabat Rasulullah SAW pada ketika itu. Begitu juga dengan
pemberitahuan mengenai pohon yang dilaknat iaitu pohon Zaqqum di neraka. Ada yang
mengejek dan mengatakan Rasulullah berbohong dan gila. Walaupun Allah telah
menakutkan mereka dengan pelbagai ancaman, namun hati mereka tetap keras dan tiada
terpancar iman di dada serta menjadikannya lebih derhaka. Terdapat di dalam firman Allah
Surah Al-Isra’ Surah 60,

2
َ‫َّجَرةَ الْ َم ْلعُونَة‬ ِ ‫اك إِال فِْت نَةً لِلن‬
َ ‫َّاس َوالش‬ َ َ‫الرْؤََي الَِِّت أ ََريْن‬ ِ ‫َحا َط ِِبلن‬
ُّ ‫َّاس َوَما َج َع ْلنَا‬ َ‫كأ‬َ َّ‫ك إِ َّن َرب‬
َ َ‫َوإِ ْذ قُ ْلنَا ل‬

ً َ‫يد ُه ْم إِال طُ ْغي‬


٦٠ ‫اًن َكبِ ًريا‬
‫۝‬ ِ ‫ِِف الْ ُقر‬
ُ ‫آن َوُُنَِِّوفُ ُه ْم فَ َما يَِز‬ْ
Maksudnya : “Dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (pada malam Mikraj) yang telah
kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia; dan (demikian juga
Kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; dan Kami beri mereka takut (dengan
berbagai-bagai amaran) maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan
kekufuran yang melampau.” (Surah Al-Isra’ : 60)

3
KEJADIAN SEPANJANG PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ

Setelah hampir dua tahun kematian kedua-dua pelindung baginda iaitu bapa saudara baginda
Abu Talib dan isteri tercinta Siti Khadijah, Allah SWT telah membawa Nabi Muhammad saw
melawat alam langit yang dikatakan sebagai peristiwa Isra' dan Miraj. Peristiwa tersebut
bermula pada suatu malam bulan Rejab tahun ke 12 kenabian. Allah SWT telah membawa
Rasulullah melalui dua alam iaitu alam bumi atau alam dunia iaitu dari Mekah ke Palestin dan
alam langit atau alam akhirat iaitu ke Sidratul Muntaha dan juga ke syurga dan neraka. Sebelum
dibawa berjalan pada tengah malam, Rasulullah terlebih dahulu telah dibersihkan oleh
Malaikat Jibril dengan cara membelah dada baginda dan dibersihkan semua kotoran berupa
darah atau lendir. Kemudian ia dibasuh dengan air zam-zam yang suci. Setelah itu di dalam
hati Rasulullah telah dimasukkan hikmat dan ilmu pengetahuan sehingga menjadikan akal dan
hati semakin bersih, pintar dan penuh dengan ilmu pengetahuan.

Setelah selesai membelah dan memasukkan hikmat dan ilmu pengetahuan di dalam
dada, maka Malaikat Jibrail dan Malaikat Mikail telah membawa seekor Buraq untuk
ditunggangi oleh Rasulullah di atas belakang binatang tersebut. Maka berhijrahlah Rasulullah
bermula dari Masjidil Haram menuju ke Masjdil Aqsa di Baitul Maqdis di bumi Palestin
dengan diapit oleh Malaikat Jibrail di sebelah kanan dan Malaikat Mikail di sebelah kiri
baginda. Tempat penghijrahan mereka seperti Thaibah atau Madinah, Bukit Tursina yang
merupakan tempat Nabi Musa AS menerima wahyunya dan Baitul Laham iaitu tempat
persinggahan Nabi Isa AS. Dalam perjalanan Rasulullah di atas Buraq, baginda telah
diperlihatkan oleh Allah SWT berbagai pembalasan yang akan diterima oleh setiap orang yang
mengerjakan perbuatan dosa atau melanggar perintah Allah SWT selama hidupnya di atas
muka bumi.

Baginda akan bertanya kepada Malaikat Jibrail sepanjang perjalanan mereka tentang
perkara itu. Antaranya, Rasulullah melihat orang yang memecahkan kepala sehingga hancur,
kemudian kembali ke bentuk asal. Perkara tersebut terus berulang berkali-kali tanpa henti.
Malaikat Jibrail mengatakan itulah orang yang tidak mahu mendirikan solat di dalam hidupnya.
Terdapat juga beberapa peristiwa yang diperlihatkan kepada Rasulullah dalam perjalanan
baginda seperti larangan zina, makan riba, mengadu domba dan banyak lagi yang kesemua
balasan daripada larangan tersebut dapat dilihat secara jelas dan langsung. Setiba Rasulullah
s.a.w di Baitul Maqdis, Malaikat Jibrail menguji Rasulullah dengan dua hidangan susu dan
arak. Rasulullah SAW lebih memilih susu sebagai minuman baginda.

4
Setelah di angkat ke langit, Rasulullah dibawa melihat semua kebesaran dan kerajaan
Allah SWT di alam langit. Pada awalnya, baginda di bawa masuk ke dalam syurga dan melihat
segala nikmat di dalamnya. Kemudian dibawa pula melawat ke neraka dan melihat segala azab
yang disediakan di dalamnya. Setelah selesai melawat syurga dan neraka, Rasulullah kemudian
telah dibawa naik oleh Malaikat Jibrail ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah SWT.
Namun begitu, Malaikat Jibrail hanya mampu menemani baginda sampai setakat langit yang
ke tujuh sahaja, kerana dikatakan dirinya akan terbakar. Oleh itu, baginda naik seorang diri
untuk mengadap Allah SWT.

Sidratul Muntaha merupakan tempat yang tertinggi dan terakhir di dalam alam ciptaan
Allah SWT. Di sana juga Rasulullah dapat mendengar suara qalam sedang menulis di Luh
Mahfuz. Ketika baginda sedang berada seorang diri di Sidratul Muntaha, tiba-tiba baginda
diselubungi oleh awan yang berwarna warni. Suasananya sungguh indah sehingga tidak dapat
dibayangkan keindahannya sendiri oleh baginda. Ketika Rasulullah berada di dalam awan
tersebut, baginda telah menerima wahyu daripada Allah SWT iaitu memfardhukan 50 kali solat
dalam sehari semalam kepada baginda dan juga umat Islam. Tanpa membantah, Rasulullah
turun ke langit ketujuh dan ditegar oleh Nabi Ibrahim. Tiada apa-apa yang ditanya oleh Nabi
Ibrahim kecuali memberitahu kepada baginda tentang bumi syurga yang sangat hijau dan tanah
yang subur lalu berpesan agar memperbanyakkan menyebut kalimah tasbih, tahmid, kalimah
ratib dan takbir dengan cara menyebut Subhanallahi Walhamdulillahi Wala Ilahaillahu
Wallahu Akbar kerana kalimah ini adalah tanaman di dalam syurga.

Kemudian Rasulullah turun ke langit keenam. Di sini baginda telah berjumpa sekali
lagi dengan Nabi Musa. Tidak seperti Nabi Ibrahim, Nabi Musa telah bertanya kepada
Rasulullah tentang apakah perintah yang telah baginda terima daripada Allah. Baginda
memberitahu bahawa telah difardhukan solat sebanyak 50 kali dalam sehari semalam.
Mendengar kata-kata tersebut, maka Nabi Musa terperanjat dan menyuruh baginda kembali
mengadap Allah SWT dan meminta supaya dikurangkan jumlah solat itu. Nabi Musa
memberitahu baginda bahawa umatnya jauh lebih kuat daripada umat baginda, tetapi mereka
tidak dapat menjalankan perintah Allah yang jauh lebih ringan daripada itu.

Maka mendengar kata-kata Nabi Musa, Rasulullah kembali semula ke Sidratul


Muntaha dan terus mengadap Allah SWT yang duduk bersemayam di atas ArasyNya. Allah
telah bersetuju untuk mengurangkan solat sebanyak lima waktu sahaja. Maka yang wajib
baginda dan umat baginda kerjakan setiap hari ialah 45 kali sehari semalam. Tanpa berkata

5
apa-apa lagi maka Rasulullah terus turun ke langit keenam dan ditegur lagi oleh Nabi Musa.
Baginda memberitahu bahawa Allah SWT telah mengurangkan sebanyak lima waktu solat.
Nabi Musa menyuruh agar Nabi naik semula mengadap Allah swt dan meminta kepadaNya
agar dikurangkan lagi waktu-waktu solat itu. Lima waktu yang dikurangkan itu dianggap
terlalu kecil.

Rasulullah naik kembali untuk bertemu Allah swt dan meminta untuk mengurangkan
hanya sebanyak lima waktu sembahyang sahaja lagi. Baginda turun dan ditahan lagi oleh Nabi
Musa serta tidak berpuas hati. Sekali lagi menyuruh agar baginda kembali lagi mengadap Allah
swt untuk meminta kepadaNya dikurangkan lagi jumlah waktu sembahyang yang masih
banyak.

Peristiwa Nabi berulang alik memohon dikurangkan bilangan waktu solat kepada Allah
swt sampai Nabi telah berulang alik sebanyak sembilan kali dan tinggal jumlah waktu solat
hanya sebanyak lima waktu sahaja. Namun begitu, Nabi Musa masih lagi menyuruh Rasulullah
agar pergi mengadap Allah swt memohon kepadaNya agar dikurangkan lagi waktu solat yang
lima itu. Tetapi baginda tidak lagi mahu naik mengadap Allah swt kerana baginda malu kepada
Allah swt. Setelah itu turunlah baginda ke bumi dengan membawa perintah yang baru daripada
Allah swt iaitu perintah kewajipan mendirikan solat sebanyak lima waktu sehari semalam
seperti yang difardhukan ke atas semua umat Islam sehingga ke hari ini.

6
FAKTOR BERLAKU PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ

Apakah yang telah mendorong Allah SWT membawa Nabi Muhammad SAW mengembara
jauh iaitu dari bumi ke langit sehingga ke pangkuanNya di Sidratul Muntaha? Berikut terdapat
4 faktor berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj.

1. Memuliakan Rasulullah

Allah ingin memulihkan semangat Rasulullah S.A.W setelah menghadapi tentangan dan
siksaan daripada golongan Quraisy dan orang kafir. Selain itu juga, Allah ingin menunjukkan
kekuasaan Allah dan mukjizat yang ada pada Rasulullah S.A.W. Peristiwa itu tidak pernah
berlaku kepada para Rasul dan Nabi yang lain, hanya berlaku kepada Rasulullah S.A.W seperti
yang tertera dalam surah Al-Isra’,
ٓۚ
َ‫الَّ ِذيََبرْكناَح ْولهَُلِنُ ِري َهُۥَ ِم ْنَآيَٰتِنا‬
Maksudnya: “.. yang telah kami berkati sekelilingnya, untuk perlihatkan kepadanya
sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami.” (Q.S.Al-Isra’: 1)

Oleh itu, peristiwa ini menjadi bukti bahawa Allah menghargai dan mengangkat darjat para
Nabi. Ini kerana para Nabi dikurniakan mukjizat yang berlainan dan istimewa.

2. Pemulauan Daripada Orang Quraisy

Sebelum baginda S.A.W dijemput oleh Allah S.W.T untuk memulakan perjalanan pada malam
27 Rejab setahun sebelum peristiwa Hijrah ke Madinah mengikut pendapat yang kukuh,
baginda terlebih dahulu diuji dengan bermacam-macam ujian yang sememangnya tidak mampu
ditempuhi oleh manusia biasa. Penyiksaan ke atas orang-orang Islam bermula sejak akhir tahun
keempat kenabian. Namun iman kaum Muslimin sedikitpun tidak berubah. Bahkan semakin
teguh dan keras. Kaum musyrikin Quraisy sangat benci kepada Rasulullah, umat Islam, Bani
Hasyim serta Bani Muttalib. Mereka tidak mahu lagi berhubung malah mahu memulau baginda
serta orang Islam dengan sehebat-hebat pemulauan.

Musyrikin Quraisy telah menulis sepucuk surat yang mengandungi tulisan tentang
menyeru kepada semua penduduk Mekah agar memulau Bani Hasyim dan Bani Al-Muttalib.
Antara salah satu isi kandungan surat itu adalah kaum Quraisy jangan menerima sebarang
permintaan damai dari orang-orang Islam dan mereka yang bersimpati kepadanya sehingga
mereka menyerahkan Rasulullah untuk dibunuh. Surat tersebut telah ditulis oleh musyrik

7
Quraisy bernama Mansur bin Ikrimah. Ianya ditulis dia atas selembar kertas dan digantung di
dinding Ka’abah pada awal bulan Muharram tahun ke 7 kenabian.

Sejak dipulau oleh Masyarakat kaum musyrikin Quraisy, orang-orang Bani Hasyim dan
Bani Al-Muttalib yang Islam atau masih musyrik telah mengalami tekanan perasaan dan
kekurangan makanan. Mereka terpaksa mencatu makanan dan minuman iaitu hanya memakan
sebiji atau setengah biji kurma sehari. Pada akhir pemulauan, mereka terpaksa makan daun-
daun kayu kering bagi menahan lapar. Keperitan hidup Rasulullah dan pendokong baginda
selama di pulau sangat hebat sehingga hampir 30 bulan berlarutan tanpa henti.

3. Pemergian Abu Talib Dan Saidatina Aisyah

Kesan daripada beratnya penderitaan yang ditanggung semasa dipulau oleh kaum musyrikin
Quraisy selama tiga tahun di Syiib Abu Talib, Rasulullah telah kehilangan dua individu yang
cukup dekat di dalam hati dan hidup baginda iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan juga isteri
tercinta Siti Khadijah. Setelah bebas dari pemulauan yang dilakukan oleh kaum musyrikin
Quraisy, tiba-tiba Abu Talib yang telah berusia lebih 80 tahun telah jatuh sakit lalu meninggal
dunia. Rasulullah terkenang setiap waktu baginda bersama bapa saudaranya itu. Lebih-lebih
lagi yang paling baginda terasa adalah Abu Talib yang tidak beriman kepada seruannya itu
telah sanggup bersusah payah tinggal di Syiib Bani Hasyim kerana mahu turut merasai
penderitaan bersama-sama baginda. Rasulullah sungguh terkilan kerana tidak sempat menarik
Abu Talib memeluk agama Islam sebelum beliau meninggal dunia.

Tidak berapa lama setelah itu, isteri baginda yang tercinta Ummahatul Mukminin Siti
Khadijah binti Khuwailid yang telah berusia 65 tahun jatuh sakit lalu meninggal dunia.
Rasulullah juga turut terkenang setiap pengorbanan yang telah diberikan oleh isterinya itu
terutama untuk agama Islam. Siti Khadijahlah yang sanggup bersama baginda ketika susah dan
senang seperti bersusah payah berjumpa Waraqah bin Naufal, saudara sepupunya yang alim
menerusi kitab Taurat dan Injil bagi mengesahkan apakah perkara yang telah datang kepada
suaminya ketika di Gua Hira’.

Dengan perginya kedua-duanya, bererti hilanglah dahan tempat Rasulullah bergantung


dan bayang tempat baginda berteduh. Kematian mereka ibarat sudah jatuh ditimpa tangga
kepada diri baginda. Belum pernah baginda merasai penderitaan yang sebegini berat seperti
pada hari meninggalnya kedua-dua insan yang baginda cintai.

8
4. Menguatkan Ketauhidan dan Keimanan

Israk dan Mikraj berlaku umpama menguji keimanan Rasulullah dan sahabat baginda. Ujian
rohani dan jasmani berterusan bukan sahaja ke atas Rasulullah, malah sahabat baginda diuji
keimanan melalui tekanan politik dan psikologi. Baginda bukan sahaja diuji dengan pelbagai
kesukaran hidup, malah diejeknya Rasulullah tidak waras dan tidak lagi layak memimpin umat
Islam di Kota Makkah. Namun begitu, nilai-nilai seperti keteguhan hati, jiwa yang kukuh, dan
keyakinan terhadap Allah SWT dapat kita serap dengan baik seperti Nabi Muhammad ketika
menjalankan perintah Allah.

9
IMPLIKASI BERLAKU PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ

Isra’ dan Mikraj merupakan salah satu daripada hari kebesaran Islam selain Maulidur Rasul,
Nisfu Syaaban dan Nuzul Quran yang diraikan saban tahun. Ia dianggap peristiwa agung yang
dialami Nabi Muhammad SAW sekaligus menzahirkan kekuasaan Allah yang meliputi tiap-
tiap sesuatu. Sementara Mikraj pula merangkumi perjalanan Rasulullah SAW yang naik ke
langit dengan menunggang buraq sehingga sampai ke Sidratul Muntaha. Peristiwa ini
semestinya membawa seribu satu makna dalam Islam dan telah memberi beberapa kesan
mendalam kepada umat Islam menerusi rentetan kejadiannya.

Pertama, peristiwa Isra’ Mikraj ini mendorong kita untuk sentiasa membersihkan hati
dari perkara-perkara mazmumah. Umat Islam akan sentiasa ingat akan kisah Malaikat Jibril
yang membawa Rasulullah SAW ke telaga zam zam untuk membersihkan hatinya lalu
dimasukkan sifat-sifat yang terpuji. Sebagai umat Islam yang bertaqwa, kita akan terkesan
dengan kejadian tersebut dan akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan melindungi
hati kita dari tercemar dengan sifat-sifat negatif dan tidak mendapat keredhaan Allah SWT.

Kesan peristiwa Isra’ Mikraj yang kedua ialah menetapkan rasa takut untuk melakukan
dosa dan perkara-perkara yang membuatkan Allah murka. Rasulullah SAW telah ditunjukkan
gambaran-gambaran penyeksaan dan kenikmatan kaum-kaum terdahulu. Gambaran-gambaran
tersebut membuktikan bahawa segala perlakuan kita di dunia akan dihitung dan kita akan
mendapat balasan selayaknya. Penceritaan Rasulullah SAW mengenai gambaran-gambaran
yang dilihat baginda membuatkan umat Islam lebih takut untuk melakukan dosa dan mengelak
dari diseksa kelak di hari pembalasan.

Seterusnya, pensyariatan solat fardhu lima waktu juga merupakan kesan daripada
peristiwa Isra’ dan Mikraj. Rasulullah SAW dinaikkan ke Sidratul Muntaha yang terletak di
langit yang ketujuh untuk bertemu dengan Allah SWT dalam menerima perintah solat lima
waktu. Pada awalnya, Allah SWT telah memfardhukan ibadah solat sebanyak lima puluh kali
sehari semalam keatas Rasulullah SAW dan umatnya, namun baginda memohon keringanan
kepada Allah SWT setelah bertemu dengan Nabi Musa AS. Berkat rahmat dan kasih sayang
Allah SWT, solat yang disyariatkan akhirnya menjadi sebanyak lima waktu sehari semalam
sahaja dan sekaligus mengekalkan nilai ganjarannya sebanyak lima puluh waktu.

10
KESIMPULAN

Tuntasnya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang
diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita
menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan
menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai
kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa
mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati secara telus
kemungkinan besar manusia mampu mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan keji dan
kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam sama ada mereka
percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut. Orang-orang kafir pada zaman Rasulullah SAW
langsung tidak mempercayai peristiwa tersebut, malahan memperolok-olokkan dan
mempersendakan baginda sebaik sahaja diceritakan kepada mereka.

Kejadian yang berlaku menerusi peristiwa Isra’ dan Mikraj ini perlu diperhalusi oleh
umat Islam bagi memantapkan akidah dan keimanan mereka di samping melakukan muhasabah
diri untuk mengubah akhlak ke arah kebaikan dengan mengambil pengajaran daripada
kebesaran dan keajaiban yang berlaku ketika pelbagai peristiwa yang ditemui oleh Nabi
Muhammad SAW sebagai satu pengajaran kepada umat manusia.

11
RUJUKAN

Warisan Ilmu Publications. (2008). Sejarah dan Perjalanan Hidup Nabi Muhammad S.A.W.
(Edisi Lengkap). Kuala Lumpur: Warisan Ilmu Publications.

Abu Mus’ad Al-Husny. (2014). Sejarah Lengkap Nabi Muhammad S.A.W. Selangor:
Pustaka Ilmi (Wisma Ilmi).
Abu Fidaa’ Ismail bin Katsir. (2004). Kisah Para Nabi: Teladan Bagi Orang Berakal.
Kuala Lumpur: Darul Fajr.
Rahmah Ahmad H. Osman, Mohd Shahrizal Nasir. (2010). Karya Al-Tawabi‘ Wa Al-
Zawabi‘ Oleh Ibn Shuhayd (382-426H) Dan Risalat Al-Ghufran Oleh Al-Ma‘arri (363-
449H): Satu Adaptasi Daripada Peristiwa Isra’ Mi‘raj, 8(1), 1-17

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://www.muftiwp.gov.my/artikel/tashih-al-


mafahim/4301-tashih-al-mafahim-17-kisah-israk-dan-mi-raj-palsu-kerana-menzahirkan-
kelemahan-nabi-saw . Dimuat naik 5 Disember 2021.

12

Anda mungkin juga menyukai