Anda di halaman 1dari 3

SINOPSIS JUZUK 26

Surah Status Jumlah Ayat Halaman Mashaf

Al-Ahqaf Makkiyyah 1-35 502-506

Muhammad Madaniyyah 1-38 507-510

Al-Fath Madaniyyah 1-29 511-515

Al-Hujurat Madaniyyah 1-18 515-517

Qaf Makkiyyah 1-45 518-520

Adz-Dzariyat Makkiyyah 1-30 520-521

Surah al-Ahqaf (Bukit-bukit Pasir) Ayat 1-35

Surah ini dinamakan dengan Al-Ahqaf kerana ia adalah nama tempat tinggal kaum 'Ad (ia berada di Negara Yaman)
yang dimusnahkan oleh Allah. Nama surah ini disebut dalam ayat 21.

Dimulai dengan Allah bersumpah dengan huruf HAA, MIM untuk membuktikan al-Quran itu diturunkan oleh Tuhan
yang maha perkasa lagi bijaksana. Diakhiri dengan, Allah menggalakkan kita supaya bersabar menjalankan tanggung
jawab, seperti yang dilakukan nabi ululazmi. Tidak perlu kita memohon supaya disegerakan balasan untuk mereka.
Jika ia hendak berlaku, cukup dengan sekelip mata saja, ia akan berlaku.

Tema: Contoh penerima dan penentang Allah.

● Al-Quran diturunkan oleh Tuhan Maha Perkasa (1-3)


● Orang kafir dicabar buktikan kebenarannya (4-6)
● Mereka kata al-Quran itu sihir (7-14)
● Ibu bapa mesti dihormati (15-20)
● Contoh kaum ‘Ad (21-25)
● Allah SWT mengingatkan Nabi Muhammad SAW (26-28)
● Jin juga ambil manfaat daripada al-Quran (29-32)
● Allah pencipta langit dan bumi (33-35)

Surah Muhammad (Nabi Muhammad SAW) Ayat 1-38

Nama surah ini disebut dalam ayat ke-2 berkenaan apa yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW. Juga
dinamakan Surah al-Qital kerana surah ini mengandungi hukum-hukum peperangan dan seruan berperang.

Dimulakan dengan Allah memberitahu, jika kita tidak beriman, selalu pula mencegah orang lain membuat kebajikan,
semua amalan kita terbatal dengan sendirinya. Diakhiri dengan pernyataan, setiap manusia digesa membelanjakan
rezeki diperolehi ke jalan Allah. Siapa yang kedekut, kesannya akan memakan diri sendiri. Siapa yang ingkar, Allah
akan binasakan mereka, digantikan dengan generasi baru.

Tema: Taat kepada Nabi kayu ukur diterima amal.

1
• Dakwah Nabi Muhammad SAW selalu diganggu (1-14)
• Perumpamaan syurga yang dijanjikan (15-17)
• Beristighfarlah sebelum terlambat (18-24)
• Renungkan jika kita mati (25-32)
• Hidup dunia adalah medan permainan (33-38)

Surah al-Fath (Kemenangan) Ayat 1-29

Nama surah ini disebut dalam ayat 1. Surah ini dinamakan dengan Al-Fath kerana Allah menyebutkan banyak
penaklukkan dan kurniaan yang agung kepada Rasulullah SAW dan juga para sahabatnya. Kemenangan yang sebenar
adalah terbukanya pintu hati manusia kepada Islam kerana akhlak dan sikap Nabi Muhammad SAW.

Dimulakan dengan perakuan, bahawa nabi telah berjaya membersihkan Kaabah dari berhala, kerana itu berhaklah
orang Islam yang bersamanya mendapat keampunan dari Allah. Diakhiri dengan pernyataan, Muhammad itu utusan
Allah. Bersikap garang terhadap musuh dan bersikap penyayang terhadap orang Islam. Khusyuk beribadat sehingga
lahir kesan di dahi baginda.

Tema: Manifestasi Ilahi.

● Kemenangan orang Islam (1-7)


● Hikmah daripada perjanjian Hudaibiyah (8-17)
● Peristiwa pada perjanjian Hudaibiyah (18-25)
● Cara Allah SWT tolong orang mukmin (26-29)

Surah al-Hujurat (Bilik-bilik) Ayat 1-18

Dinamakan al-Hujurat kerana ia mengajar tentang adab bertandang ke bilik-bilik Nabi SAW.

Dimulakan dengan Allah mengingatkan kita, jangan sekali-kali menetapkan hukum sebelum merujuk kepada hukum
yang dtentukan oleh Allah dan rasul-Nya. Diakhiri dengan pernyataan, Allah tahu perkara yang terdapat di langit dan
di bumi, sama ada nyata mau pun ghaib. Dia sentiasa, melihat apa yang kita buat.

Tema: Etika sosial.

● Allah SWT mengingatkan kita (1-5)


● Selidik dahulu berita yang diterima (6-12)
● Kita dicipta untuk bersosial (13-14)
● Jika kita beriman (15-18)

Surah Qaf (Qaf) Ayat 1-45

Nama surah ini disebut dalam ayat 1. Nabi Muhammad SAW suka membaca Surah Qaf dalam solat Eid bersama
Surah al-Qamar.

Allah bersumpah dengan huruf QAAF untuk membuktikan al-Quran itu mempunyai kebaikan dan kemuliaan. Hanya
orang kafir sahaja yang berasa hairan kenapa rasul boleh diutus dari kalangan manusia biasa seperti mereka. Diakhiri
dengan pernyataan, Allah tahu apa yang mereka perkatakan. Tidak perlu mereka dipaksa beriman. Teruskan
membaca al-Quran jika kita takutkan janji Tuhan.

2
Tema: Pilihan antara petunjuk dan kesesatan.

● Al-Quran kitab yang mulia (1-5)


● Cuba lihat langit dan bumi (6-15)
● Keadaan kita pada hari kiamat (16-30)
● Keadaan orang beriman (31-37)
● Bertasbihlah memuji Allah SWT (38-45)

Surah Adz-Dzariyat (Angin yang Menerbangkan) Ayat 1-60

Nama surah ini disebut dalam ayat 1. Angin adalah sebesar-besar bukti kewujudan akhirat, ia tidak nampak melalui
mata namun realitinya ia wujud. Ia boleh membawa berita gembira dan dukacita.

Allah bersumpah dengan angin yang menerbangkan debu benih. Yang memindahkan awan. Yang melayarkan kapal.
Dan malaikat yang menjaga pergerakan alam. Diakhiri dengan perakuan bahawa orang yang tidak beriman, tetap
akan menerima balasan seperti dijanjikan.

Tema: Rezeki yang lapang dan sempit.

• Allah SWT bersumpah dengan angin (1-14)


• Jika kita beriman (15-23)
• Nabi Ibrahim AS didatangi tetamu (24-30)

Doa dalam Juzuk 26

ž ‫ َ ﱢ‬f ُ ُ ‫ ُﱢﱠ }ٓ ﱢ‬m ْ ْ fَ ُ ٰ َ َْ ً ٰ َ َ َ ْ f ْ fَ ‫ َ َ ﱠ‬fَ َ ‫ ﱠ‬fَ َ ْ َ ْf ٓ} | َ َ َ ْ َ s ْ f ْ f ٓm ْ ْf ‫َ ﱢ‬


١٥ َm ¡ ‫˜ ِﻣَﻦ ٱﻟُﻤْﺴِﻠِﻤ‬m›ِ‫ﻚ َو‬šْ‫˜ ﺗْ™ﺖ ِإﻟ‬m‫ ۖ ِإ‬lِ •‫ أﻧﻌﻤﺖ ﻋ• وﻋ ٰ• ٰو ِﻟﺪى وأن أﻋﻤﻞ ﺻ†ِﻠ ۭﺤﺎ ﺗﺮﺿﯩﻪ وأﺻِﻠﺢ ِ’ ِ“ ذر‬l ِ ‫ أن أﺷﻜﺮ ِﻧﻌﻤﺘﻚ ٱﻟ‬lِ ‫زﻋ‬j‫رب أو‬

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan
kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat
kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan
sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (Al-Ahqaf ayat 15)

Wallahua’lam

Rujukan

1. Memahami Al-Quran Petunjuk Kita, Haji Mohamed Ayob Yasin


2. Sinopsis 114 Surah, Fazrul Ismail
3. Kompas 114, Syaari Ab Rahman
4. Tadabbur Al-Quran, Syaikh Adil Muhammad Khalil

Anda mungkin juga menyukai