Anda di halaman 1dari 11

NAMA MUHAMMAD AMEER AQIL BIN MOHD SUKREY

NOMBOR MATRIK M212064104

KOD KURSUS TQH 2022

NAMA KURSUS AL-QURAN 2

KUMPULAN C

NAMA PENSYARAH NOR AIN BINTI ABDUL KHONI

TARIKH HANTAR TUGASAN 4 DISEMBER 2022


ISI KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Pengenalan 3

● Surah As-Sajdah

2. Penulisan ayat Al-Quran 4

● Surah As-Sajdah
● Surah Al-Insan

3. Kesimpulan 10

● Surah Al-Insan

4. Rujukan 11

2
PENGENALAN

● Surah As-Sajdah

Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 30 ayat. Dinamakan surah “As-Sajdah” (Perihal
Sujud), kerana pada ayat 15 ada diterangkan perihal orang-orang yang beriman dan sifat-sifat
mereka yang terpuji, iaitu apabila mereka mendengar ajaran Kitab Allah, Al-Quran mereka
segera menerimanya dan mengamalkannya lalu “sujud” sebagai bersyukur kepada Allah Ta’ala
yang telah mengurniakan mereka dengan “nikmat Islam” yang tidak ada bandingannya.
Ayat itu juga ialah ayat “Sajdah” iaitu disunatkan sujud selepas membaca atau mendengarnya.
Pada mulanya Allah Taala menerangkan kebenaran Nabi Muhammad (s.a.w.) dan kebenaran
Al-Quran yang diwahyukan kepadanya, lalu ditegaskan dasar tauhid dengan mengemukakan
sebesar-besar dalil yang membuktikan keesaan Allah Taala dan kekuasaanNya ialah seluruh alam
Kemudian ditegaskan bahawa Allah Taala hanya memberi taufiq dan hidayah kepada
orang-orang yang telah diketahuinya sedia berusaha untuk beriman dan beramal soleh , sedang
orang-orang yang kufur ingkar dengan pilihan dan ikhtiar mereka sendiri setelah diterangkan
kepadanya: mana yang benar dan mana yang salah, maka balasannya sebagaimana yang
dijanjikan iaitu azab seksa yang tidak terperi.
Setelah itu Allah Taala menegur kaum kafir musyrik mengapa mereka masih berdegil
mendustakan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad (s.a.w.) kepada mereka? Padahal
mereka kerapkali berulang alik melalui negeri-negeri yang telah dibinasakan oleh Allah Taala
kerana kederhakaan penduduknya, dan mereka dapat melihat bekas-bekas peninggalan kaum
pendurhaka yang telah dibinasakan itu?
Semasa orang-orang kafir musyrik bertanya secara mengejek-ejek. Bilakah datangnya hari
kemenangan kamu wahai orang-orang islam? Maka Allah Taala perintahkan Nabi Muhammad
(s.a.w.) menjawab bahawa hari kemenangan itu akan tiba dengan tidak syak lagi. Pada hari itu
hari kiamat tidak berguna lagi bagi orang-orang kafir iman mereka kiranya mereka hendak
beriman, dan mereka pula tidak akan diberi tempoh untuk bertaubat.

3
4
5
6
7
8
9
KESIMPULAN

● Surah Al-Insan

Surah ini adalah Surah Makkiyyah dan dikenali dengan nama Surah Insan atau ad-Dahr kerana
kedua-duanya ada dalam ayat pertama surah ini. Ianya diturunkan di awal dakwah Nabi
Muhammad di Mekah (selepas dakwah secara terbuka) dan mungkin diturunkan selepas Surah
Al-Muddaththir.

Kesimpulan yang kita boleh dapat daripada surah ini ialah ia memberitahu kepada manusia
hakikat diri mereka. Dan kemudian Allah beritahu yang jikalau mereka taat mereka akan diberi
balasan baik dan jika mereka kufur ingkar, mereka akan mendapat nasib buruk. Allah ingatkan
manusia yang asal kejadian mereka dari air mani lelaki yang bercampur air mani wanita sahaja,
tidak lebih dari itu.

Kemudian, dalam surah ini Allah menceritakan tentang hebatnya di syurga nanti ahli syurga
boleh mengawal mata air ataupun sungai supaya ianya keluar dalam rumah pada bila-bila masa
sahaja yang mereka perlukan sampai mereka tidak perlu ke luar untuk mencari air. Oleh itu,
sebagai seorang manusia yang beriman kita hendaklah berusaha sebaik mungkin untuk
mendapatkan keredhaan Allah.

Akhir sekali, surah ini juga mengingatkan manusia untuk tidak mementingkan hal dunia.
Manusia bebas untuk memilih jalannya di dunia ini. Oleh kerana itu, manusia boleh pilih mana
satu cara untuk dapat rezeki, sama ada dengan cara baik seperti bercucuk tanam; atau dia
mencari rezeki dengan cara jahat iaitu dengan mencuri. Begitu juga manusia diberi pilihan
memilih jalan agama sama ada agama kufur, agama syirik, jalan kesesatan atau jalan keimanan.
Pilihan di tangan manusia. Namun beringatlah pada hari pembalasan yang telah dijanjikan oleh
Allah kepada manusia yang ingkar terhadap perintahnya.

10
RUJUKAN

032 As Sajdah – my raudhah. (n.d.). Darussalam Media PLT ( Perkongsian Liabiliti Terhad ).
Diperoleh pada 2 Disember 2022, daripada
https://myraudhah.com/surahdansirah-homepage/032-as-sajdah/

Celik Tafsir. (2018). Surah 076: Insan. [online] Boleh didapati di:
https://celiktafsir.net/surah-076-insan/.

Rasm Uthmani. (2016). Terjemahan Al Quran Al Karim : Rasm Uthmani dalam bahasa melayu.
KARYA BESTARI SDN.BHD.

11

Anda mungkin juga menyukai