Anda di halaman 1dari 11

TAZKIRAH NUZUL QURAN

Muslim dan al-Quran

Sesungguhnya dengan turunnya al-Quran pada bulan Ramadan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah
menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah
mereka sendiri.

Ia menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang mampu
merubah sikap manusia kepada sesuatu yang positif dalam hidup mereka.

Sayidina Omar bin al-Khattab yang dulunya dikenali sebagai seorang yang bengis dan amat membenci
Rasulullah s.a.w. telah menemui jalan terbaik dalam hidupnya apabila dipertemukan dengan al-Quran
yang akhirnya memeluk Islam.

Yang menariknya, Omar telah memeluk Islam hanya kerana membaca dan menatap beberapa potong
ayat Quran daripada surah Taha dan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Omar menjadi seorang
Muslim yang amat komited dan yakin dengan Islam. Omar, setelah mengucap, terus mengisytiharkan
keislamannya kepada seteru tradisi Rasulullah termasuk Abu Jahal.

Begitulah jauhnya perbezaan Omar dengan umat Islam pada akhir zaman ini. Tetapi yang peliknya, Omar
dan umat akhir zaman juga mengharapkan untuk mendapat syurga dan rahmat pada hari pembalasan,
sedangkan cara hidup dan keyakinan mereka amat berbeza.

Apa yang dimaksudkan dengan Nuzul al-Quran?

Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Quran
pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah
sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.

Waktu turunnya al-Quran?

Allah menjelaskan dalam surah al-Qadr, bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang dikenali sebagai
Lailatul Qadr, pokok daripada ajaran isi kandungan surah ini ialah al-Quran mula diturunkan pada
malam tersebut yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan, para Malaikat dan Jibril turun ke dunia
pada malam tersebut untuk mengatur segala urusan.

Surah al-Qadr ini pula diturunkan di kota Makkah dan dihimpunkan dalam surah-surah Makkiyyah, iaitu
surah yang diturunkan sebelum hijrah baginda Rasulullah s.a.w ke Madinah, isi pengajarannya ialah
beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain.

Kenapa al-Quran diturunkan dan apakah fungsinya yang sebenar


Dalil daripada al-Quran:

1- Ayat 15-16 surah al-Maidah : Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya (Nabi Muhammad)
dari Allah dan kitab yang menerangkan (al-Quran). Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang
yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, (dan dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan
orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya dan menunjuki
mereka ke jalan yang lurus.

2- Dalam ayat 9 surah al-Hadid : Dialah (Allah) yang menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad)
ayat-ayat yang terang (al-Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (Islam).

Jelas dari keterangan kedua-dua ayat di atas menunjukkan bahawa fungsi sebenar penurunan al-Quran
ke atas manusia, tidak lain adalah untuk menyelamatkan mereka dari terus berada dalam kegelapan
dunia yang terpaksa meraba-raba serta tanpa hala tuju hidup yang jelas dan sempurna kepada cahaya
Islam, tidak cukup dengan itu, Allah SWT melalui kitabNya itu bertujuan untuk memimpin mereka ke
jalan yang benar dengan memberikan kepada mereka petunjuk kebenaran agar mereka ditempatkan ke
dalam syurga di akhirat kelak.

Dalil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w.: Dari Ali Karramallahu Wajhahu, katanya: Sesungguhnya
aku telah mendengar Rasulullah Salallahu Alayhi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya akan berlaku
fitnah yan banyak." Aku pun bertanya: "Apakah jalan keluar darinya duhai Rasulullah?" Baginda
menjawab: Kitabullah (al-Quran). Kerana di dalamnya terdapat kisah-kisah orang dan perkara sebelum
kamu dan perkhabaran tentang apa yang akan datang sesudah kamu; dan terdapat di dalamnya hukum-
hakam di antara kamu; Ia (al-Quran) adalah kata putus dan bukan senda gurau; sesiapa yang
meninggalkannya (menolaknya) kerana sombong, ia akan dibinasakan oleh Allah; dan sesiapa sahaja
yang mencari petunjuk selain darinya akan disesatkan oleh Allah; Ia adalah tali Allah yang teguh dan ia
adalah pengajaran (peringatan) yang bijaksana. Ia adalah as-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus); Ia
adalah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan
menyeleweng dan terpesong; dan Ia adalah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak samar dan berputar-
belit; dan para ulama pula tidak pernah puas menggali ilmu darinya (demikian juga) keindahan,
kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan pernah hilang dan kandungannya menakjubkan, tidak
berkesudahan. Ia adalah kitab yang jin tidak berhenti mendengarnya sehingga mereka berkata,
"Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, ia menunjuk ke jalan yang benar,
lalu kami beriman kepadanya." Sesiapa sahaja berkata dengannya, benarlah perkataannya; sesiapa yang
beramal dengannya, dia akan diganjari pahala, sesiapa yang berhukum dengannya, adillah dia dan
sesiapa yang menyeru kepadanya, nescaya dia akan diberi petunjuk Siratil Mustaqim (jalan yang lurus) -
HR Tirmizi dan Darimi.

Keterangan maksud hadis mengenai fungsi al-Quran

Memang benar dan tepat sekali penjelasan baginda s.a.w. seperti dalam hadis di atas, bahawa pada
akhir zaman akan berlaku terlalu banyak fitnah yang ditimpakan ke atas Islam dan Muslimin.
Sama ada fitnah itu dilakukan oleh mereka yang bukan Islam yang menaruh sifat benci amat mendalam
serta dendam kesumat terhadap Islam dan umatnya, ataupun dilakukan sendiri oleh mereka yang
bernama Islam.

Antara fitnah yang dilakukan oleh orang Islam sendiri seperti meninggalkan solat tanpa alasan atau
sebab yang boleh diterima kerana menonton pertandingan bola sepak, pertandingan akhir mencari
juara bintang popular dan sebagainya, tidak kurang juga golongan remaja muda dan tua yang tidak
mengenakan kod berpakaian yang disyariatkan oleh Allah SWT, terlibat dalam pembunuhan, perjudian,
rasuah, pecah amanah, penipuan dalam pilihan raya dan banyak lagi.

Kesemua yang disebutkan itu adalah fitnah yang menyukarkan golongan pendakwah untuk
menyampaikan mesej Islam kepada bukan Islam tentang keindahan agama Islam kerana tindakan-
tindakan liar itu menjadi batu penghalang kepada bukan Islam untuk menerima Islam, ataupun minat,
cenderung atau simpati kepadanya.

Justeru, yang boleh menyelamatkan keadaan dan dari fitnah-fitnah tersebut adalah kitab suci al-Quran,
kerana tujuan ia diturunkan seperti yang dijelaskan dalam ayat-ayat di atas adalah untuk
meneylamatkan bangsa manusia serta mempimpin mereka ke jalan kebenaran.

Cara bagaimana al-Quran diturunkan

Menurut Imam as-Suyuti dalam kitabnya al-Itqan: Al-Quran diturunkan ke langit dunia pada malam al-
Qadr secara sekali gus, kemudian diturunkan pula secara berperingkat selama dua puluh tahun, ada
pendapat yang mengatakan dua puluh tiga tahun dan ada pula dua puluh lima tahun sejak Nabi
Muhammad dilantik menjadi Nabi dan Rasul berdasarkan peristiwa dan keadaan tertentu yang hanya
diketahui oleh Allah SWT pada tempoh tersebut.

Tetapi kenapa al-Quran diturunkan sekali gus ke langit dunia dan diturunkan tidak sekali gus malah
berperingkat- peringkat ke atas baginda, perkara ini telah dijawab oleh Allah menerusi ayat 32 surah al-
Furqan yang bermaksud: Berkatalah orang-orang Kafir : Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepada
(Muhammad) sekali turun sahaja? Demikianlah (dengan cara itu) supaya Kami perkuatkan hatinya dan
Kami membacanya kelompok demi kelompok (secara ansur-ansuran) .

Surah pertama turun dalam al-Quran

Menurut Imam as-Suyuti, surah pertama turun secara keseluruhan isi kandungannya ialah surah al-
Muddathir, sementara riwayat Imam at-Tabarani pula surah yang sempurna diturunkan ialah al-Fatihah
dan ada pendapat yang mengatakan ialah surah al-Alaq yang diturunkan hanya lima ayat pertama.
Walau bagaimanapun mengikut susunan para ulama: Surah al-Alaq yang pertama diturunkan secara
mutlak mengikut pendapat jumhur. Surah al-Muddathir pertama diturunkan dalam konteks
menyampaikan mesej dakwah. Surah al-Fatihah pula pertama diturunkan sebagai pembuka kepada
surah-surah lain dalam al-Quran

Ayat terakhir turun dalam al-Quran


Perkara ini juga diperselisihkan oleh beberapa pendapat ulama berdasarkan riwayat hadis tertentu:

Pendapat pertama: Ayat terakhir turun ialah ayat mengenai pengharaman riba daripada ayat 278 surah
al-Baqarah: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan sisa riba
(yang belum dipungut) jika kamu benar-benar orang-orang yang beriman. ia diriwayatkan oleh Imam
Bukhari daripada Ibnu Abbas.

Pendapat kedua: Ayat 281 surah al-Baqarah: Dan peliharalah diri kamu dari (azab yang terjadi) pada
hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Ia berdasarkan riwayat an-Nasaie
daripada Ibnu Abbas dan Said Bin Jubair.

Pendapat ketiga: Ayat 282 surah al-Baqarah yang menceritakan tentang kesaksian dalam muamalat,
iaitu ayat yang terpanjang dalam al-Quran. Ia berdasarkan riwayat Said Bin al-Musaiyab.

Pendapat keempat: Ayat 3 surah al-Maidah: Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama
kamu, dan telah Aku cukupkan kepada kamu nikmat-Ku dan Aku reda Islam itu menjadi agama bagi
kamu.

Perbezaan pendapat di atas berlaku adalah disebabkan riwayatnya tidak sampai kepada Nabi
Muhammad s.a.w, ia hanya terjenti setakat di kalangan para sahabat, maka masing-masing menyatakan
keyakinan yang dipercayai yang tidak menjejaskan pegangan akidah mereka, walau bagaimanapun
menurut para ulama, kecenderungan mereka kepada pendapat keempat berdasarkan apa yang
dibacakan oleh baginda sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir untuk bertemu Tuhannya.

Apakah yang ada dalam al-Quran?

Sesungguhnya isi-isi kandungan meliputi pelbagai aspek yang diperlukan oleh manusia bagi mengurus
kehidupan mereka dengan lebih sistematik. Dalam al-Quran terdapat ayat yang mengisahkan tentang
cerita orang-orang terdahulu dan akan datang (pada hari kiamat) yang sepatutnya menjadi contoh
teladan umat Islam hari ini, kerana ayat-ayat cukup sesuai sampai bila-bila, ini menunjukkan bahawa
Allah SWT yang memiliki kitab suci tersebut bersifat Maha Sempurna dalam segenap tindak-tanduk-
Nya..

Tidak kurang juga al-Quran memberi panduan untuk beramal ibadat seperti ayat-ayat wuduk, solat,
perkahwinan, sistem kewangan, politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, alam sekitar, sains, kaji
hayat, sejarah dan banyak lagi yang tidak dapat untuk disenaraikan satu persatu di sini.

Ia juga merakamkan ayat mengenai akidah, ibadat, hubungan manusia dengan Tuhannya, penganjuran
supaya berakhlak mulia dan meninggalkan akhlak tercela, cerita tentang azab dan nikmat, syurga dan
neraka dan lain-lain.

Apa yang penting, al-Quran bukanlah kitab kuno atau doktrin yang hanya sesuai di zaman unta semata-
mata seperti yang didakwakan oleh sesetengah para ilmuan termasuk di kalangan orang Islam, malah ia
lebih kepada kitab yang memberi pedoman dan panduan berguna menuju jalan keselamatan hidup di
dunia dan akhirat dalam segenap bidang yang mereka perlukan.
Sikap Muslim terhadap al-Quran

Tidak semua di kalangan manusia yang bernama Islam memiliki cita-rasa yang sama terhadap al-Quran,
perkara ini ditegaskan sendiri oleh Allah SWT menerusi ayat 32 surah Fatiir yang bermaksud: Kemudian
kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yanag kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di
antara mereka ada yang menganiayai diri mereka sendiri, ada di antara mereka yang bersederhana dan
di antara mereka ada yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian
itu adalah kurniaan yang amat besar. Sesungguhnya di kalangan hamba Allah yang diwariskan Allah al-
Quran kepada mereka adalah yang bernama Islam (Muslimun), sedangkan Kristian, Sekular, Kapitalis,
Sosialis, Komunis dan sebagainya adalah hamba Allah yang menolak kebenaran al-Quran secara mutlak.

Namun dalam ayat di atas terdapat tiga jenis manusia di kalangan hamba Allah yang Islam yang berbeza
pendirian atau sikap mereka terhadap al-Quran:

1- Yang menganiayai diri mereka sendiri : Iaitu golongan yang kesalahan dosa mereka lebih banyak
daripada pahala kebaikan, kerana mereka tidaka membaca al-Quran, mentelaah, berdiskusi apatah lagi
untuk beramala dengan perintah Allah di dalamnya.

2- Adapun golongan yang bersederhana : Ialah golongan di mana kesalahan dosa mereka sama banyak
dengan pahala, mereka adalah golongan yang membaca al-Quran tetapi belum bersedia untuk
melaksanakan isi-isi kandungannya yang terdiri daripada hukum-hakam Allah

3- Sementara golongan yang berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan : Ialah golongan yang amat
banyak kebaikan yang dilakukannya dan amat jarang berbuat kesalahan, mereka adalah golongan yang
bersedia untuk melaksanakan hukum perintah Allah dalam al-Quran seperti hukum Hudud, Qisas dan
Tazir, kerana hukum-hukum itu sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat
manusia sepanjang masa.

Terserahlah kepada kita untuk meletakkan kedudukan diri di antara tiga jenis orang Islam seperti ayat di
atas, apa yang jelas, al-Quran bukanlah kitab untuk dipertandingkan semata-mata, malah lebih daripada
itu bagi mencapai maksud untuk mendapatkan cahaya keredaan Allah SWT.

Contoh ayat motivasi dalam al-Quran yang sepatutnya dikuasai

1- Sesungguhnya yang membaca al-Quran serta menyelidiki hikmah di dalamnya adalah mereka yang
bernama Islam, kerana orang bernama Ah Chong atau Arumugam tidak sekali-kali membacanya
melainkan mereka hendak mendekati Islam, tetapi yang menjadi tanda tanya di sini, mengapa Allah
lontarkan persoalan kepada seorang Muslim yang membaca al-Quran seperti pertanyaan-Nya dalam
ayat 101 surah Ali Imran yang bermaksud : Bagaimana kmu sampai menjadi kafir, pada hal ayat-ayat
(al-Quran) dibacakan kepada kamu dan Rasul-Nya pun berada di tengah-tengah kamu?

Ayat di atas menunjukkan kepada kita bagaimana terdapat di kalangan orang Islam menjadi kafir
sedangkan al-Quran dan Rasulullah berada di sisinya, iaitu apabila menganjurkan Musabaqah Tilawah al-
Quran, mengadakan majlis Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Israk Mikraj dan sebagainya, namun akhirnya
tidak dapat menerima petunjuk Allah malah menjadi golongan yang menentang (kafir) kebenaran.
2- Menerusi ayat 10 surah Fatir bermaksud: Sesiapa yang mahukan kemuliaan, maka bagi Allah-lah
kemuliaan itu semuanya, kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal solih
dinaikkannya.

Ayat di atas menggambarkan kepada bagaimana Allah SWT memberikan kemuliaan kepada kita sebagai
manusia akan kemuliaan-Nya agar kita menjadi golongan yang mulia, ia menunjukkan bahawa dengan
cara memberi atau mendengar perkataan dalam majlis ilmu, kuliah, ceramah atau forum agama
seseorang itu akan dimuliakan Allah SWT.

Inilah satu pendekatan yang mampu untuk mengisi kekosongan jiwa manusia pada hari ini, namun
manusia tetap angkuh disebabkan tidak berusaha untuk mendapatkan kemuliaan daripada Allah,
mereka memilih jalan yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam neraka-Nya.

Tadarus al-Quran pada bulan Ramadan

Perkataan tadarus telah dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis (hadis yang ke-36
dalam hadis 40 susunan Imam an-Nawawi), daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bersabda :
Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan bertadarus (berdiskusi
isi kandungannya) di kalangan mereka, melainkan perhimpunan mereka itu diturunkan ketenangan
daripada Allah, diliputi dengan rahmat-Nya, dikelilingi dengan para Malaikat dan Allah akan mengingati
mereka yang ingat kepada-Nya.

Menurut hadis di atas, baca disebut tilawah, sedangkan tadarus ialah berdiskusi segala isi kandungan al-
Quran, sama ada dari sudut hukum-hakam ilmu tajwid, persoalan ilmu sains meliputi persoalan kejadian
manusia, tumbuh-tumbuhan, ilmu alam, ilmu kaji hayat, cakrawala dan berbagai-bagai macam lagi yang
perlu diterokai, ayat-ayat syurga dan neraka, ayat-ayat mengenai tentang dosa dan pahala, ayat-ayat
motivasi (tazkirah) dan sebagainya yang tidak dapat dihitung dengan sepuluh jari, ia bertujuan untuk
mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Apa yang penting, Ramadan tahun ini menjadikan kita umat yang suka bertadarus (berdiskusi, mengkaji)
isi-isi kandungan al-Quran termasuklah memperelok sebutan huruf-huruf al-Quran dengan
memperdalami hukum-hukum ilmu tajwid, supaya Ramadan kali ini benar-benar meninggalkan seribu
kenangan berbanding tahun-tahun sebelum ini, sekali gus merubah keadaan diri kita kepada suka
membaca, mengkaji serta beramal dengan al-Quran, mudah-mudahan dengan cara itu kita menjadi
graduan Ramadan cemerlang pada kali ini, Amin.

Rujukan

1- Kaifa Nahya Bil Quran Nabih Zakariya Abd Rabbih Dar al-Haramain, Mesir 1983.

2- Kaifa Nataddab Maal Mashaf Muhammad Rejab Farjani Dar al-Itisom, Mesir 1976.

3- www.islamonline. net

4- www.islamweb. net 5- www.islam-qa. com


Lailatul Qadar

Keutamaan Lailatul Qadar sangat besar kerana malam tersebut menyaksikan


turunnya al-Qur'an al-Karim, iaitu kitabullah yang menjadi petunjuk bagi mereka
yang berpegang dengannya kepada jalan kemuliaan dan mengangkat ke darjat
yang mulia dan abadi..

Berikut ini adalah di antara keutamaan malam Lailatul Qadar berdasarkan dalil-dalil yang sahih.
Waktunya
Diriwayatkan dari Nabi Shalallahu 'alaihi wa Sallam bahawa malam tersebut terjadi pada tanggal
malam ke 21, 23, 25, 27, 29 dan malam-malam terakhir dari bulan Ramadhan. (Pendapat-pendapat
yang terdapat dalam masalah ini berbeza-beza, Imam al-Iraqi telah mengarang suatu risalah khusus
yang diberi judul Syarhush Shadr bi Dzikri Lailatil Qadar yang membawakan perkataan para ulama
berkaitan permasalahan ini)

Imam asy-Syafi'i berkata, "Menurut pemahamanku, wallahu a'lam, Nabi Shalallahu 'alaihi wa Sallam
menjawab bertepatan dengan yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau, "Adakah kami
mencarinya di malam ini?" Beliau menjawab, "Carilah di malam tersebut"."

Pendapat yang paling kuat, terjadinya Lailatul Qadar itu pada malam-malam terakhir bulan
Ramadhan berdasarkan hadis 'Aisyah radhiyallahu 'anha, beliau berkata bahawa Rasulullah
Shalallahu 'alaihi wa Sallam beri'tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau
bersabda:

"Carilah Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan." (Hadis Riwayat
al-Bukhari (4/225) dan Muslim (1169))

Antara Tanda-Tandanya

Dari 'Ubai radhiyallahu 'anhu ia berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia
bejana sehinggalah ia meninggi." (Hadis riwayat Muslim (762))

Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam
bersabda:

"Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga
dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah kemerah-merahan."
(Hadis Riwayat ath-Thayalisi (394), Ibnu Khuzaimah (3/231), al-Bazzar (1/486) dan sanadnya
hasan)

Setiap umat Islam pasti teringin bertemu Lailatul Qadar iaitu malam penuh rahmat
dan kemuliaan. Malam yang mempunyai 7 keistimewaan ini begitu utama dari
malam-malam yang lain kerana ia hanya boleh ditemui setahun sekali sahaja iaitu
pada salah satu daripada 10 malam terakhir Ramadhan.
Perkara itu dijelaskan dalam firman Allah :

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Al-Qadar.


Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?

(Surah Al-Qadar; Ayat 1 2)

7 Keistimewaan Lailatul Qadar tersebut adalah:~

1. Waktu Diturunkan Al-Quran

Lailatul Qadar menunjukkan keistimewaan kerana pada malam inilah Allah menurunkan
kitab suci utama iaitu Al-Quranul Karim.

Ibnu Abbas dan selainnya mengatakan, Allah menurunkan Al-Quran secara keseluruhansekaligus
dari Lauhul Mahfuzh ke Baitul Izzah yang ada di langit dunia. Kemudian Allah menurunkan Al-Quran
kepada Rasulullah tersebut secara beransur-ansursesuai dengan peristiwa dan
kejadian yang berlaku sepanjang 23 tahun.

2. Lebih Baik Dari 1000 Bulan

Keutamaan Lailatul Qadar sungguh luar biasa kerana malam ini lebih baik dari 1000 bulan dan
bersamaan dengan 83 tahun.

Allah berfirman;



Malam Lailatul-Qadar (Malam Kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan.

(Surah Al-Qadar; Ayat 3)

An NakhaI dalam Latha-if Al Maarif menyatakan, Amalan di lailatul qadar lebih baik dari amalan
di 1000 bulan. Mujahid, Qotadah dan ulama lainnya berpendapat bahawa yang dimaksudkan
dengan lebih baik dari seribu bulan adalah solat dan amalan pada lailatul qadar lebih baik dari solat
dan puasa di 1000 bulan yang tidak terdapat lailatul qadar. (Zaadul Masiir).

3. Malam Penuh Keberkatan

Lailatul Qadar adalah malam yang penuh keberkatan berdasarkan firman Allah ,

Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan


sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.

(Surah Ad Dukhan; Ayat 3)

Malam penuh berkat ini adalah malam Lailatul Qadar dan ini juga menunjukkan
keistimewaan malam tersebut. Ramai malaikat yang akan turun pada Lailatul Qadar kerana
banyaknya keberkatan pada malam tersebut dan turunnya malaikat menandakan melimpahnya
berkat dan rahmat.

4. Turunnya Jibril Dan Para Malaikat

Keistimewaan Lailatul Qadar diiringi juga dengan turunnya para malaikat yang diketuai oleh Ar
Ruuh iaitu malaikat Jibril pada malam al-Qadr dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang-
gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan seikhlas hati.

Allah berfirman,




Pada Malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka.

(Surah Al-Qadar; Ayat 4)

Keistimewaan Ar Ruuh atau Malaikat Jibril yang disebut dalam ayat di atas adalah bagi
menunjukkan kemuliaan (keutamaan) malaikat tersebut.

Sebagaimana malaikat turun ketika ada yang membacakan Al-Quran, mereka juga akan
mengelilingi orang-orang yang berada dalam majlis zikir dan majlis ilmu. Para malaikat akan
meletakkan sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu kerana malaikat sangat mengagungkan
mereka. (Tafsir Al-Quran Al Azhim, 14: 407)

5. Malam Kesejahteraan

Lailatul Qadar disifatkan sebagai keutamaan luar biasa dan kesejahteraan kerana pada malam itu
malaikat turun untuk mengucapkan Salam Sejahtera kepada seluruh penduduk bumi.

Firman Allah ;




Sejahteralah Malam (yang penuh berkat) itu hingga terbit fajar!

(Surah Al-Qadar; Ayat 5)

Mujahid menyatakan, Malam tersebut penuh keselamatan di mana syaitan tidak dapat berbuat apa-
apa di malam tersebut, baik berbuat buruk atau mengganggu yang lain.(Tafsir Al Quran Al Azhim).
Juga boleh membawa makna bahawa malam tersebut, banyak yang terselamat dari hukuman dan
seksaan kerana mereka melakukan ketaatan pada Allah ( pada malam tersebut).
6. Dicatatkan Takdir Tahunan

Lailatul Qadar adalah malam penulisan dan dicatatkan takdir tahunan. Imam Nawawi rahimahullah
dalam Syarh Muslim bahawa catatan takdir tahunan tersebut tentu saja didahului oleh ilmu dan
penulisan Allah . Takdir ini nantinya akan diperlihatkan kepada malaikat dan ia akan
mengetahui yang akan terjadi dan mereka akan melaksanakan tugas yang diperintahkan untuknya.

Allah berfirman,


Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah

(Surah Ad Dukhan; Ayat 4)

Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya menerangkan bahawa pada Lailatul Qadar akan diperhalusi di
Lauhul Mahfuzh mengenai penulisan takdir dalam setahun, juga akan dicatat ajal maut dan rezeki.
Dan turut juga akan dicatat segala sesuatu hingga akhir dalam setahun. Demikian juga diriwayatkan
oleh Ibnu Umar, Abu Malik, Mujahid, Adh Dhahhak dan ulama salaf lainnya.

Allah berfirman,





Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia
kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Umulkitab (Lohmahfuz).

(Surah Ar Rad; Ayat 39)

7. Dosa Diampunkan

Dosa setiap orang yang menghidupkan malam Lailatul Qadar akan diampunkan oleh
Allah .

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda,




Sesiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan
mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan
diampunkan.

(Hadis Riwayat Bukhari r.a.)

Anda mungkin juga menyukai