Anda di halaman 1dari 2

Pendahuluan.

Dari segi bahasa kalimah al-Quran berasal dari kata terbitan qara’a yang bererti baca. Dari segi
istilah pula ialah kalam Allah Ta’ala yang mu’jiz yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Menurut para ulama, al-Quran ialah kalamullah yang diturunkan kepada Rasulullah dalam
bahasa Arab, merupakan mujizat dan diriwiyatkan secara mutawatir serta membacanya adalah
ibadah.

Selain itu, Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat untuk membuktikan
kerasulan Nabi Muhammad, serta kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat
kesempurnaan-Nya. Ia juga mengandungi seluruh persoalan yang berkaitan dengan kehidupan
manusia iaitu mengenai kepercayaan, ibadah, muamalah, akhlak, hukum-hakam, sains dan
teknologi dan sebaginya.

Seterusnya, keindahan gaya Bahasa al-Quran dari bahasa Arab tiada tandingan. Jika
dibandingkan dengan syair dan sastera Arab, bahasa al-Quran mempunyai kelebihan dari segi
kefasihan lafaz-lafaznya, gaya bahasa yang indah dan mengagumkan. Kandungnya juga
meliputi pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Al-Quran memeliki bukti-bukti ilmiah mengenai
penciptaan langit dan bumi, permulaan kejadian manusia, matahari,bulan dan sebagainya.

Di samping itu, membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadah.
Ia merupakan satu kitab yang menjadi petunjuk untuk semua umat manusia dan rujukan utama
umat Islam di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran menjadi sumber inspirasi, bimbingan, dan
kebijaksanaan untuk berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia. Kita semua harus tahu sejarah
wahyu dan kompilasi Al-Quran supaya kita dapat memahami betapa pentingnya Kitab suci. Al-
Quran adalah titik iman utama, dan terpenting kepada asas-asas masyarakat Islam dan menjadi
dasar hukum syariah, arahan undang-undang Islam. Kita boleh mengatakan bahawa Al-Quran
adalah mukjizat yang hidup. Ia telah diturunkan kepada Baginda Nabi Muhammad (SAW) dalam
tempoh 23 tahun. Ia diturunkan secara berperingkat dan tidak seperti yang kita lihat hari ini.
Latar Belakang Surah Al-Waqiah.

Asal usul surah al-Waqiah ini diturunkan di Mekah. Surah al-Waqiah adalah surah yang ke 56 di
dalam al-Quran yang mengandungi 96 ayat. Ia tergolong surah-surah Makkiyah, diturunkan
sesudah surah Taha. Dinamai “al-Waqiah” iaitu (hari kiamat), diambil dari perkataan yang
terdapat pada ayat pertama surah. Surah ini menjelaskan tentang kejadian hari kiamat, syurga
dan neraka. Ia juga diceritakan tentang keberuntungan orang-orang yang masuk syurga dan
juga kecelakaan bagi orang-orang yang masuk neraka.

Selain itu, surah al-Waqiah menjelaskan bahawa pada hari kiamat nanti manusia akan
terbahagi kepada tiga golongan iaitu yang pertama golongan yang segera melakukan kebaikan
iaitu golongan ini adalah para Nabi. Golongan kedua pula ialah golongan kanan iaitu orang
yang beriman iaitu golongan orang yang soleh, para penjihad dan orang-orang yang sabar dan
ikhlas melalui penderitaan dan kesukaran semata-mata untuk melalui jalan Allah. Dan golongan
yang ketiga ialah golongan kiri iaitu orang yang mengingkari Allah SWT iaitu golongan yang
mendustakan ayat al-Quran. Untuk golongan pertama dan kedua Allah telah menyediakan
balasan yang baik kerana telah berjuang ke jalan Allah. Sementara golongan ketiga pula Allah
telah menyediakan balasan yang buruk lagi hina. Walaupun golongan ini mempunyai semua isi
kekayaan di dunia namun ianya tidak akan dapat menebus dirinya dengan kekayaan itu.
Golongan mana yang akan manusia pilih semuanya adalah terserah kepada individu itu sendiri.
Seperti huraian penulis, setiap individu mempunyai kunci masing-masing melalui amal
perbuatannya. Kunci untuk membuka pintu neraka ataupun pintu syurga.

Seterusnya, surah ini begitu jelas sekali menyuruh umat manusia supaya sedar bahawa
manusia perlu meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan
mempercayai rukun iman yang kelima iaitu mempercayai kewujudan hari kiamat. Pada hari
kiamat semua manusia seawal Nabi Adam sehinggalah ke akhir-akhir zaman manusia akan
dihitung dan diberi ganjaran di atas setiap bentuk perbuatan mereka. Di hari itu nanti tidak akan
ada seorang pun yang mampu menyembunyikan apa-apa jua serta mendustakan apa-apa jua
melainkan semuanya sudah diketahui.

Anda mungkin juga menyukai