Anda di halaman 1dari 20

AKIDAH ISLAMIAH [GHAIBIYAT]

2012003692 201300 201300 201300 201300 MUHAMMAD IZHAR BIN AZALAN BADRI FIRDAUS RIDWAN ANGAH DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM

BIL
1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9)

TAJUK
Beriman dengan hari akhirat Kiamat dalil Al-Quran dan hadis Tanda kiamat kecil dan besar Syafaat dan bahagian-bahagiannya. Hisab Al-hawd Mizan Sirat Syurga dan neraka

PETA

BERIMAN DENGAN HARI AKHIRAT


Setiap muslim wajib beriman dengan hari akhirat,jadi apakah yang dimaksud dengan hari akhirat? Didalam buku Akidah Islamiah karanganan Abdul latif muda dan Dr Rosmawati Ali Mat Zin menyatakan bahawa setiap muslim wajib mempercayai dan berkeyakinan bahawa ada kehidupan lain selepas kehidupan di dunia kehidupan lain tersebut ialah Allah s.w.t membangkitakan manusia dan segala makhluk lain selepas kematian mereka untuk di hisab(hitung) dan diberi balasan yang setimpal dengan apa yang mereka kerjakan semasa hidup di dunia. Firaman Allah s.w.t s.w.t :

(88) "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,

(89) "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah s.w.t dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

[surah al-syuara 26:88 dan 89] Seharusnya sebagai hamba kita haruslah melakukan amal kebajikan dengan sebanyakbanyaknya mengumpulkan pahala agar kita tidak menyesal pada hari yang dijanjikan. Maka pada hari yang dijanjikan itu terdapat dua golongan yang pertama dan orang yang berunutung dan kedua ialah orang yang kerugian. Allah s.w.t berfirman :


sesunguhnya telah rugilah orang yang mendustakan pertemuan menghadap Allah s.w.t;sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka ,mereka berkata: aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuiakan dalam dunia! Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di belakang bereka ,ingatlah amat buruk apa yang mereka pikulkan. [surah al-anam 6:31] Dalam surah ini Allah s.w.t menceritakan bahawa orang yang rugi itu ialah orang yang mengingkari apa yang disampaikan kepada mereka tetapi mereka mendustakan setiap apa yang disampaikan terdapat banyak contoh yang boleh kita dapat dari ayat Al-Quran sebagai panduan kepada kita namun masih ramai dikalangan kita yang tidak mengambil pengajaran, mereka berangapan bahawa hari yang dijanjikan itu masih terlalu awal dan tidak perlu

tergopoh-gapah untuk melakukan amal kebajikan,ingatlah sesunguhnya kematian itu tidak kenal tua atau muda apabila ia telah sampai maka tiada siapa dapat menghalangnya dari merentap ruh keluar dari jasad maka ketika itu tiada guna tanggisan dan penyesalan seperti pepatah melayu nasi sudah jadi bubur.

KIAMAT

Seperti mana yang kita ketahui setiap permulann pasti ada pengakhiran,seperti manusia bermula dengan air kemudian hidup dan akhirnya ajal datang menjemput seperti juga dunia ini yang sudah lama dijadikan oleh Allah s.w.t untuk manusia menjadi khalifah,maka hayat dunia ini telah nabi Muhammada gambarkan didalam peristiwa israa mikraj apabila nabi menaiki buroq(kendraan yang pantas) lalu nabi melintasi seorang yang tua dan sangat bongkok hingga nabi bertanyakan kepada malaikat jibril yang menemani baginda, kata nabi muhammad: wahai jibril siapakah itu? Maka jawab jibril: itulah umur dunia ini mengambarkan dunia ini umurnya sudah pun terlalu tua .Pada akhir ini kita sering mendengar berita tentang kejadian alam yang semakin tidak stabil,gempa bumi,banjir kilat,ribut taufan,tanah runtuh,peperangan, dan sebegainya. Sebagai umat islam yang beriman dengan rukun iman yang enam, kita yakin bahawa hari kiamat itu suatu yang pasti dan benar didalam Al-Quran telah menjelas peristiwa-peristiwa yang akan berlaku dan nabi Muhammad juga sering bersabda tentang kejadian-kejadian yang bakal menimpa umatnya di akhir zaman ini.
Firman Allah s.w.t:


apabila bumi itu digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat 1 dan bumi mengeluarkan beban yang berat 2 [surah:al-zalzalah 1-2]

Ayat ini menerangkan tentang keadaan dimana sewaktu kiamat sedang berlaku dan bumi ini digongcangkan seprti air yang digoncangkan didalam botol maka keluarlah apa yang ada pada isi bumi seperti lava yang panas dan bukit yang menjadi pasakan bumi runtuh hancur lebur segala-galanya ketika itu lah manusia berlari mendapatkan perlindungan maka tiada perlindung manusia pada hari itu hari yang dijanjikan oleh Allah s.w.t datang dengan sebenar-benarya . Sabda baginda Nabi Muhammad s.a.w : Bertaubatlah Kamu Sebelum Ruh Keluar Dari Halkum Dan Sebelum Matahari Terbit Dari Barat [kitab riadussolihin bab taubat] Baginda bukanlah ahli astronami tetapi atas mukjizat baginda, baginda mengambarkan kepada umatnya bahawa fenomena alam yang akan berlaku sewaktu akhir zaman maka beruntunglah mereka yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat kerana pintu taubat akan tertutup sewaktu matahari terbit dari barat. Amat banyak hadis dan ayat Al-Quran yang menceritakan hari kiamat dan tanda-tanda kecil dan besar yang bakal berlaku dan sedang berlaku pada hari ini ,sedar ataupun tidak waktu kiamat sudah pun tiba tetapi tanda-tanda yang kecil itu amat banyak dan apabila tanda-tanda

besar sudah tiba maka bersiap sedialah kita untuk menghadapinya sebagai hamba Allah s.w.t yang bertaqwa.

TANDA KECIL KIAMAT

Hijaunya Bumi Arafah. Lahirnya Ramai Anak-Anak Hasil Perbuatan Zina Yakni Dari Perkahwinan Tidak Sah Atau Perceraian Yang Tidak Diluluskan Oleh Mahkamah. Keluar Sejenis Binatang Dari Perut Bumi Yang Digelar Dabbatul Ardhi. Keluar Asap Tebal Dibumi Hijaz. Munculnya Nabi-Nabi Palsu, Semuanya Berjumlah 30 Orang. Berlaku Perang Besar Di Kawasan Kaukasus. Runtuhnya Kaabah Akibat Diserang Oleh Orang Habsyah. 3 Kali Gempa Bumi. Bermulalah Kekuasaan Dajjal. Munculnya Imam Mahdi. Turunnya Nabi Isa A.S.Dan Membunuh Dajjal. Keluarnya Suku Yakjuj Dan Makjuj. Diangkat Al-Quran Dan Ilmu-Ilmu Agama (Addin) Dari Manusia. Matahari Terbit Dari Ufuk Barat. Terdengar Tiupan Sangkakala Pertama, Kedua. TANDA BESAR

Zina Bermaharajalela Penaklukan Baitulmuqaddis Pemimpin Yang Terdiri Dari Orang Yang Jahil Dan Fasik Bermaharajalela Alat Muzik Menghias Masjid Dan Membanggakannya Munculnya Kekejian, Memutuskan Kerabat Dan Hubungan Dengan Tetangga Tidak Baik Ramai Orang Menuntut Ilmu Kerana Pangkat Dan Kedudukan[Perlu Rujukan] Ahli Ibadat Yang Jahil Dan Ulama Yang Fasik Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat Mengucapkan Salam Kepada Orang Yang Dikenalnya Sahaja Banyak Berlaku Peperangan Demi Peperangan Banyaknya Berlaku Gempa Bumi[5] Banyaknya Berlaku Huru-Hara Yang Menyebarkan Kejahatan[5] Banyaknya Berlaku Pergaduhan Dan Pembunuhan. Keluar Dajal Keluar Yakjud Majud Imam Mahdi Tiupan Terompet

PADANG MAHSYAR
Padang Mahsyar / Mahsyar tanah berpasir putih yang sangat luas dan datar, dimana tidak terlihat dataran rendah maupun tinggi di akhirat. Di Padang Mahsyar inilah semua makhluk Allah s.w.t yang berada di tujuh lapis langit dan bumi termasuk malaikat, jin, manusia, binatang berkumpul dan berdesak-desakan. Setiap manusia pada hari pengadilan akan hadir di Padang Mahsyar, diiringi oleh dua malaikat, yang satu sebagai pengiringnya dan yang satu lagi sebagai saksi atas segala perbuatannya di dunia. Manusia yang pertama kali dibangkitkan oleh Allah s.w.t adalah Nabi Muhammad. Hari-hari di Padang Mahsyar itu disebut sebagai Yawm al Mahsyar .

Firman Allah s.w.t :


(6) Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan),


(7) Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);

[Surah al-Nazi'at

(8) Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut,

(9) Pemandangannya tunduk gerun.


(10) Mereka (yang ingkar) berkata: "Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu?

(11) "Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?"


(12) Mereka berkata lagi (secara mengejek: "Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!"


(13) (Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua), -


(14) Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata.

KEADAAN MEREKA YANG DIBANGKITKAN KELAK.

1. Keadaaan bersendirian

Firman Allah s.w.t s.w.t


Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar). [18 Surah an-Naba]

2. Keadaaan buta

Firman Allah s.w.t s.w.t


Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. [124 Surah Taha]

3. Keadaaan kelabu matanya

Firman Allah s.w.t :


(100) Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu, maka sesungguhnya ia pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat.


(101) Mereka kekal di dalam (azab) dosa itu; dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka pada hari kiamat,


(102) (Iaitu) hari ditiup Sangkakala, dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam keadaan kelabu matanya.

4. Keadaaan menyeret muka, buta, bisu dan pekak

Firman Allah s.w.t :


(97) Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah s.w.t maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.

[Surah al-Israk:97]

5. Keadaaan duduk berlutut di keliling Neraka Jahanam

Firman Allah s.w.t :


(68) Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling neraka Jahannam.


(69) Sesudah itu, sesungguhnya kami akan cabut dari tiap-tiap golongan, mana-mana orang yang sangat derhaka kepada (Allah s.w.t) Ar-Rahman, di antara mereka.


(70) Kemudian, sesungguhnya Kami lebih mengetahui akan orang-orang yang lebih patut diseksa dan dibakar dangan api neraka itu.


(71) Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.


(72) Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertaqwa, dan kami akan biarkan orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu.

SYAFAAT

Syafaat membawa maksud suatu bntuk pertolongan dengan memohon kepada Allah s.w.t untuk kebaikan manusia di hari akhirat kelak. Contonya seperti : syafaat nabi s.a.w supaya melepaskan orang berdosa daripada menerima azab neraka . justru itu syafaat mrupakan salah satu ktegori doa pada hari ini tiada siapa dapat memberikan pertolongan kecuali dengan izin Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t:


(52) Dan (ingatkanlah) masa Allah s.w.t berfirman: "Panggilah sekutu-sekutuKu yang kamu katakan itu (untuk menolong kamu); lalu mereka memanggilnya, tetapi sia-sia sahaja, kerana makhluk-makhluk itu tidak menyahut seruan mereka: dan kami jadikan untuk mereka bersama sebuah tempat azab yang membinasakan.

[surah alkahfi 18:52] Justeru itu syafaat itu mereuapakan pertolongan khusus sesiapa yang diizinkan oleh Allah s.w.t seperti rasul serta orang yang salih. Firman Allah s.w.t:


(23) Dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah s.w.t kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah s.w.t, (maka orang-orang yang hendak memohon syafaat terpaksa menunggu izin itu dengan penuh perasaan takut dan bimbang) sehingga apabila dihapuskan Allah s.w.t perasaan takut dari hati mereka (dengan pemberian izin itu) bersukarialah mereka dengan bertanya-tanyaan sesama sendiri: "Apakah yang telah dititahkan oleh Tuhan kamu?" Sebahagian di antara mereka menjawab: "Tuhan telah menitahkan kebenaran"; dan Dia lah jua Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar kekuasaanNya.

[surah al-saba 34:23]

KETEGORI SYAFAAT SYAFAAT UMUM SYAFAAT KHUSUS:

Syafaat umum: 1.syafaat rasul syafaat orang soleh. 2.syafaat rasul syafaat khusus.

Syafaat umum ini diberikan oleh kepada nabi muhammad s.a.w sahaja Syafaat khusus yang Berlaku dalam hal berikut: Ketika Allah s.w.t mengeluarkan orang islam melakukan dosa besar dari neraka dan mereka di masukan kedalam syurga dan mereka ini dipangil jahananmiyyin(bekas ahli neraka jahanam).

AL-HISAB
Apabila semua manusia dibangkitkan maka mereka akan dihisab olh Allah s.w.t atas berbuatan mereka di atas dunia semasa hidup selepas mereka baligh dan diberikan kitab kanan dan kiri maka dua malaikat itu melaksanakan tugasan mereka dengan penuh amanah tanpa sedikitpun khianat atas tugasan yang diberikan oleh Allah s.w.t . Firman Allah s.w.t:


(18) Pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi (kepada Allah s.w.t) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi

[surah alhaqqah 69:18] Dan mereka menyangka bahawa Allah s.w.t tidak ketahui apa yang mereka kerjakan namun semua itu diketahui berserta bukti yang jelas nyata dan terang tanpa meninglkan sedikit pun dari apa yang dikerjakan .justru itu ulama sentiasa supaya menghintung amalan yang kita kerjakan seperti kata-kata saidina umar: Hisablah Diri Kamu Sebelum Kamu Dihisab.

AL-HAWD

Al-hawd merupakan air yang apabila diminum seseorang iti tidak akan dahaga selamanya dan banyak hadis-hadis yang menybut tentang al-hawd seperti mana dijelaskan oleh nabi muhammad s.a.w antara sifat-sifat al-hawd : 1.Jumlah Cawan Banyak Dari Bintnag Yang Disediakan Disitu. 2.Siapa Yang Minum Tidak Akan Rasa Dahaga Selamanya 3.Airnya Jernih Daripada Susu 4.Rasanya Manis Daripada Manisan Madu 5.Airnya Harum Dari Kasturi 6.Panjangnya Hawd Adalah Sejauh Perjalanan

AL-MIZAN
Mizan dari sudut bahasa terkenal atau diketahuai.istilah pula ialah suatu alat yang dijadikan Allah s.w.t sbagai alat timbangan baik atau buruk.timbangan akan dilakukan selepas hisab penerimaan buku catatan amalan. Firman Allah s.w.t:


Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.

[surah al-abiya 21:47]

Justru itu kesudahan seseorang itu berdasarkan timbangan amal tersebut jika berat timbangan amal buruknya ia dikalangan orang yang celaka.sebagai konklusinya pada hari akhirat nanti segala amalan manusia zahir atau batin akan dijelmakan oleh allaj dan bentuk jirim dan jisim dan manusia dapat melihat bentuk dan kadarnya dengan jelas dan yakin tanpa keraguan.

SIRAT
Dari sudut bahasa : jelas dan terang .Dari sudut istilah ilah titian atau jambatan yang merntangi pintu neraka sampai ke syurga .oleh itu sesiapa yang tidak bisa melepasi titian itu maka ia akan tergelincir dari titian itu lalu ke dalam neraka dan sesiapa yang berjaya melintasi maka ia akan menuju ke syurga . Firman Allah s.w.t:


Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah s.w.t, Dengan yang demikian itulah Allah s.w.t perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

[surah al-anam 6:153]

SYURGA
Merupakan satu tempat gajaran yang diberi oleh Allah s.w.t kepada para Nabi Dan Rasul hamba-hambanya yg soleh .

firman Allah s.w.t Taala :


Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orangorang yang bertaqwa [Ali Imran 3:133]

SYURGA Syurga Adn Syurga Naim Syurga Maawa Syurga Darussalam Syurga Darul Muqomah Syurga Maqomul Amin Syurga Khuldi Syurga Firdaus

NERAKA
Neraka merupakan satau tempat siksaan bagi mereka yang melangar arahan nya dan meningalkan suruhanya dan melakukan dosa besar dan kecil

firman Allah s.w.t :


Dan peliharalah diri kamu dari api neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir

[Ali Imran 3:131]

NERAKA Neraka Hawiyah Neraka Jahanam Neraka Jahim Neraka Saqor Neraka Sair Neraka Wail Neraka Hutamah

Anda mungkin juga menyukai