Anda di halaman 1dari 11

KOLEJ TEKNIKAL YAYASAN SABAH

TUGASAN INDIVIDU (30%)

SESI 2 2020/2021

KOD KURSUS : MPU 2222

NAMA KURSUS : ETIKA PROFESIONAL

TARIKH EDAR : 11JANUARI 2021

TARIKH DIHANTAR/TEMPOH : 29JANUARI 2021

NAMA PENSYARAH : NORFADHILAH BINTI SALAMA @ SALAMAT


TAJUK : INDIVIDU YANG MENYALAHGUNAKAN KUASA
MAKLUMAT PELAJAR:

BIL NAMA NO. MATRIK PROGRAM


01. NUR FARAHANA BINTI ABD RAJAK KYS211DPAK0014 DPAK
@ AJIS
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA


SURAT
01. PENGENALAN Ms/3
02. INDIVIDU YANG MENYALAHGUNAKAN KUASA Ms/4
03. KESALAHAN DAN HUKUMAN Ms/5-6
04. SKOP KERJA YANG TELAH DISALAHGUNAKAN Ms/7-8
05. KESIMPULAN Ms/9
06. RUJUKAN Ms/10
07. LAMPIRAN GAMBAR/VIDEO Ms/11

TIDAK PERLU LAGI LETAK "Ms"


PENGENALAN

Rasuah ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk

seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan

dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan,

upah dan diskaun. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat

kesalahan rasuah yang utama iaitu meminta atau menerima rasuah, menawar atau memberi

rasuah, membuat tuntutan palsu dan menyalagunakan jawatan atau kedudukan.

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana

undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan

ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah di kalangan penguatkuasa adalah perkara biasa di

kebanyakan negara pengeluar petroleum dan negara miskin terutamanya di Amerika Latin.

Rasuah yang wujud dalam bidang politik dan pentadbiran mungkin berbentuk sama ada

ringan atau berat, terancang atau tidak. Rasuah tidak sekadar memudahkan atau menggalakkan

jenayah pemalsuan wang, cetak rompak dan penyeludupan.

MANA NOMBOR MUKA SURAT?


INDIVIDU YANG MENYALAHGUNAKAN KUASA

GAMBAR 1 : ................................................

NAMA: Sahrum Ayumi Yussof

UMUR : 54 Tahun

PEKERJAAN: Guru Besar Sekolah Rendah (SK)

TEMPAT KERJA: Sekolah Kebangsaan Tanah Rata, Cameron Highlands.


KESALAHAN DAN HUKUMAN

KENAPA TIADA PERENGGAN

Sahrum Ayumi Yussof, 54 telah menerima suapan wang yang berjumlah RM6,918 daripada

Zainal Muhammad menggunakan transaksi akaun Maybank milik tertuduh pada bulan Ogos,

September dan Disember 2018 sebagai imbuhan untuk kelulusan tender pembekalan makanan

di sekolah itu yang diketahui ada hubungan rasmi dengan tugasnya.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan menerima suapan yang berjumlah

RM2,430 pada 16 Ogos 2018 manakala pertuduhan kedua melibatkan tertuduh menerima

suapan kedua pada 24 September 2018 bernilai RM765. Sementara itu bagi pertuduhan ketiga,

pada 17 Disember 2018, tertuduh didakwa menerima suapan berjumlah RM3,723.

Tertuduh yang diwakili peguam Zameri Mat Nawang, memohon hukuman minimum daripada

mahkamah berdasarkan pengakuan bersalah anak guamnya dan kerjasama yang diberikan

sepanjang perbincangan berlangsung serta situasi masa depan tertuduh yang akan ditamatkan

perkhidmatan. Penguambela juga memohon mahkamah mempertimbangkan rayuan tertuduh

dengan alasan isteri tidak bekerja dan seorang anaknya masih bersekolah, selain daripada

menjaga ibu uzur dan menanggung seorang anak saudara serta mempunyai komitmen bulanan

yang tinggi. Dalam penghujahan balas, Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia (SPRM), Siti Sarah Zainal Abiddin memohon mahkamah agar memberi

hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat tanpa mengambil

kira nilai suapan sekali gus perbuatan tertuduh menerima suapan mencalar imej penjawat

awam.
Kesemua kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman

penjara selama tempoh dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika didapati bersalah.

Walau bagaimanapun, hakim memutuskan hukuman denda RM5,000 bagi setiap satu

pertuduhan, jika gagal membayar denda dikenakan hukuman enam bulan penjara dan Sijil

Simpanan Premium bernilai RM20,000 dilucutkan hak Kerajaan Malaysia kepada SPRM.
SKOP KERJA YANG DISALAHGUNAKAN EXTRA IDEA HANYA 1?

SKOP KERJA GURU BESAR:


TIDAK PERLU BUAT COLLUM/KOTAK

1. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua


kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya.
2. Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan teratur,
berkesan dan mengikut peracangan.
3. Memastikan penubuhan persatuan, kelab sukan permainan dan pasukan-pasukan unit
pakaian seragam.
4. Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan bahawa
pelaksanaanya berjalan dengan lancar.
5. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan
perbelanjaan pembangunan.
6. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwim sekolah yang telah disusun dan
ditetapkan itu berjalan dengan lancar.
7. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menetukan perjalanannya dilakukan
dengan cara yang baik dan teratur.
8. Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan bukan guru
untuk pengayaan dirinya.
9. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala keputusan
dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
SKOP KERJA YANG DISALAHGUNAKAN

SAMA SEPERTI SUB TOPIK DIATAS,


D ULANG-ULANG DAN ULANG.

Guru besar di Sekolah Kebangsaan Tanah Rata, Sahrum Ayumi Yussof telah mengaku

bersalah kerana menerima suapan yang berjumlah RM6,918. Hal ini menjelaskan bahawa

beliau telah menyalahgunakan kuasanya dengan menerima rasuah.

Rasuah adalah perbuatan yang keji menyebabkan lebih banyak mendatangkan mudarat

daripada manfaat dan iainya merupakan antara penyebab kemunduran sesebuah negara. Antara

sebab guru besar menerima rasuah ini berpunca daripada perbelanjaan yang melebihi

pendapatan yang diperolehi. Selain itu, kos sara hidup juga tinggi yang turut menyumbang

berlakunya gejala rasuah ini. Seterusnya, beban hutang merupakan antara punca berlakunya

gejala rasuah.

Rasuah ini boleh diatasi dengan masyarakat kita perlu berbelanja mengikut kemampuan diri.

Ramai dalam kalangan kakitangan kerajaan di peringkat profesional dan sokongan yang rata-

rata adalah terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah. Selain itu, melaporkan

mengenai penyelewengan yang dilakukan, jika sekiranya ianya melibatkan sesiapa sekalipun

sewajarnya sebagai seorang guru yang bertanggungjawab setiap penyelewengan yang berlaku

mesti dilaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan penguatkuasaan dapat diambil.
KESIMPULAN

Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia harus bersatu padu dan berganding bahu dalam memerangi

gejala rasuah ini, setiap pihak di setiap lapisan masyarakat mempunyai peranan dan

tanggungjawab yang baik. Sebagai seorang guru, seharusnya kita memainkan peranan dengan

menyampaikan pendidikan mengenai keburukan amalan rasuah dan berusaha menjauhi gejala

tersebutserta menjadi role model kepada masyarakat. Hal ini terkandung di dalam surat

pekeliling ikhtisas bilangan 17 tahun 1997 yang menggesah kepada guru untuk memasukkan

elemen pencegahan rasuah di dalam sukatan pelajaran dan menyarankan kepada para guru

untuk menjadi role model yang baik bagi diikuti oleh pelajar. Sangat tidak wajar bagi seorang

guru untuk terlibat di dalam amalan rasuah kerana guru adalah harapan bagi masyarakat, guru

adalah golongan yang dipercayai oleh masyarakat dan guru adalah rujukan masyarakat.
RUJUKAN

RUJUKAN SALAH FORMAT

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Rasuah

https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=103&contentid=1793&cat=BM

http://gurubesarcorner.blogspot.com/2015/04/tugas-utama-guru-besar.html?m=1

https://www.scribd.com/document/255642587/Isu-3-Rasuah-Dikalangan-Guru
LAMPIRAN

Gambar pelaku jenayah rasuah, Sahrum Ayumi Yussof


LAMPIRAN HANYA
GAMBAR TIADA PATAH
PERKATAAN.
TIDAK PERLU SEBAB SDH ADA PADA SUB TOPIK INDIVIDU YANG
MENYALAHGUNAKAN KUASA.

Anda mungkin juga menyukai