Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2019


SEMESTER 1 TAHUN 4

TUGASAN 1:
PENULISAN AKADEMIK

Nama Pelajar : AHMAD ZARFAN NAJMI BIN MOHD NASRI


Angka Giliran : 2019312340155
No. Kad Pengenalan : 000726-03-0891
Kumpulan /Unit : PENDIDIKAN JASMANI
Kod Kursus : EDUP 3083
Nama Kursus : ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN
PROFESIONALISME GURU
Nama Pensyarah : PUAN ROHA BINTI TAMIT
Tarikh Hantar : 27 SEPTEMBER 2022

Pengakuan Pelajar
Saya sudah membaca dan
dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah.
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Senarai Kandungan

1.0 PENGENALAN.............................................................................................................................3
2.0 ISU-ISU DAN INTEGRITI GURU.........................................................................................................3
3.0 KESAN DAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU-ISU INTEGRITI GURU........................................5
3.1 ISU PECAH AMANAH DAN RASUAH.............................................................................................5
3.2 ISU GURU ROGOL MURIDNYA.....................................................................................................6
4.0 KESIMPULAN....................................................................................................................................7
RUJUKAN...............................................................................................................................................8
1.0 PENGENALAN

Guru adalah seorang insan yang mana sangat penting dalam kehidupan kita iaitu
seorang individu yang bertanggungjawab dalam memberikan ilmu pengetahuan kepada kita
sejak dari bangku sekolah. Gelaran seorang “cikgu” adalah satu gelaran yang mana akan
sering dikenakan kepada mereka yang bergelar guru sampai bila-bila tidak kira walaupun
telah meninggal dunia. Hal ini kerana, pekerjaan seorang guru adalah kerja yang dihormati
oleh setiap lapisan masyarakat tidak kira umur, bangsa, mahupun agama yang mana guru
adalah insan yang bertanggungjawab dalam memberi didikan kepada semua orang dari
zaman sekolah sehingga seseorang itu berjaya. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap orang
yang berjaya pada hari ini adalah bermula dengan didikan seorang guru ketika di alam
persekolahan dari darjah 1 sehingga tingkatan 5 serta ada juga yang sampai tingkatan 6.
Tanpa kehadiran guru, seseorang bahkan terlihat seperti hilang tempat pergantungan untuk
menagih ilmu (Nur hidayah et. al.,2021). Maka dari itu, dapat kita perhatikan bahawa guru ini
adalah insan yang sengat diperlukan oleh setiap lapisan masyarakat dalam mendapatkan
ilmu pengetahuan. Tidak dapat dinafikan bahawa guru ini mempunyai tanggungjawab yang
tinggi dalam menjaga keterampilan mereka sebagai seorang guru agar sentiasa dihormati
oleh orang sekeliling. Persoalannya ialah, berdasarkan anggapan bahawa profesion guru
sebagai seorang profesional, bincangkan isu-isu dan integriti guru berkaitan Peraturan
Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam dalam kalangan guru?

2.0 ISU-ISU DAN INTEGRITI GURU

Isu yang pertama adalah berkenaan pecah amanah atau rasuah. Hal ini demikian
kerana berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
perkara 4 (2a) iaitu seseorang pegawai tidak boleh membelakangkan tugas awamnya demi
kepentingan peribadinya. Menurut Berita Harian 18 Mei 2022, Guru didakwa guna syarikat
sendiri bekal barang kepada sekolah. Isu ini berkenaan dengan seorang guru yang
menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
untuk membeli peralatan sukan bernilai RM2,353.66 daripada Syarikat Hazwan Event
Management yang juga adalah syarikat miliknya pada 17 Oktober 2017 (Nur Izzati
Mohamad, 2022). Isu ini bukanlah isu yang baru lagi di negara kita kerana perkara sebegini
sering berlaku dalam sesetengah guru yang tidak amanah dalam menjalankan pekerjaan.
Mereka merasakan bahawa dengan jawatan yang mereka ada, mereka boleh melakukan
apa-apa perkara yang mana menguntungkan pihak mereka terutamanya yang memiliki kerja
sebagai usahawan selain guru. Hal ini demikian kerana, mereka merasakan bahawa gaji
yang mereka dapat dari pekerjaan sebagai guru tidak cukup dalam menampung
perbelanjaan harian mereka dan menyebabkan mereka menceburi bidang usahawan.
Namun begitu, penyalahgunaan kuasa dalam mendapatkan keuntungan terhadap kedai hak
milik mereka adalah salah di sisi undang-undang. Permasalahan ini boleh diertikan sebagai
pecah amanah kerana menjalankan kerja hanya untuk kepentingan diri sendiri dan bukan
menurut peraturan yang ditetapkan.

Seterusnya, isu dan integriti yang timbul berpunca daripada guru adalah isu guru
merogol muridnya. Perkataan “rogol” adalah perkara sensitif untuk didengari dalam
kalangan masyarakat kerana dianggap menjijikkan dan sangat dibenci oleh semua lapisan
masyarakat. Baru-baru ini, timbul isu yang mana seorang guru yang berasal dari Tumpat,
Kelantan telah merogol dua orang pelajar perempuan dari sebuah sekolah menengah di
kawasan Bintulu, Sarawak. Guru tersebut telah melarikan diri tanpa jejak dan masih dalam
buruan pihak polis. (Kawi, 2022). Dari isu ini dapat kita perhatikan bahawa guru yang mana
dianggap sebagai ibu bapa kepada para muridnya di sekolah telah melanggar etika sebagai
seorang guru sampai melakukan tindakan terkutuk iaitu merogol muridnya sendiri. Isu ini
tidak boleh dipandang remeh kerana telah mencemarkan nama baik seorang pendidik. Hal
ini secara tidak langsung membuatkan segelintir masyarakat pada hari ini tidak
mempercayai dengan guru di sekolah kerana risau sekiranya ada dari kalangan ahli
keluarga mereka mengalami masalah yang sama seperti dua orang murid dari Bintulu,
Sarawak. Tidak dapat dinafikan bahawa, isu-isu seperti ini bukan hanya mendatangkan
kesan kepada seorang guru itu, malahan mendatangkan kesan buruk dari segi anggapan
masyarakat terhadap semua guru yang ada di negara kita.
3.0 KESAN DAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU-ISU INTEGRITI GURU

3.1 ISU PECAH AMANAH DAN RASUAH

Kesan daripada isu ini adalah, seseorang guru itu akan dikenakan tindakan undang-
undang sesuai dengan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Nilai jaminan yang
dikenakan untuk setiap kes rasuah adalah berbeza mengikut nilai rasuah yang diterima dan
berdasarkan budi bicara pihak hakim mahkamah itu sendiri. Menurut kamus dewan edisi ke-
4 (2010), rasuah diertikan dengan pemberian dengan niat menyogok atau menyuap wang
untuk kepentingan mereka sendiri. Seterusnya, setelah guru itu dikenakan tindakan undang
akibat daripada pihak berkuasa, secara tidak langsung perkara tersebut telah memalukan
nama guru itu dan ahli keluarganya sekali. Tidak dapat dinafikan bahawa apabila seseorang
dikenakan hukuman yang berpunca daripada rasuah atau pecah amanah, mereka tidak
akan lagi dipercayai oleh orang sekeliling kerana permasalahan seperti ini.

Langkah untuk mengatasi isu pecah amanah dan rasuah dalam kalangan guru
adalah dengan cara menjalankan kempen benci rasuah dalam kalangan guru di sekolah.
Hal ini demikian kerana, dengan adanya kempen seperti ini, pihak guru akan didedahkan
dengan maklumat-maklumat penting berkenaan dengan kesan dari pengambilan serta
pemberian rasuah. Contohnya, bagi penjawat awam seperti seorang guru yang melakukan
rasuah atau pecah amanah akan dikenakan denda sebanyak RM 10,000 minimum dan 5
tahun penjara. Tidak dapat dinafikan dengan adanya kempen-kempen seperti ini yang di
adakan oleh pihak pentadbir sekolah dapat membantu dalam memberi kesedaran terhadap
bahaya pecah amanah dan rasuah. Oleh itu, pihak berwajib perlulah kerap dalam
menjalankan kempen atau program-program yang mana bersifat positif dalam menerapkan
kepentingan menjauhi rasuah atau pecah amanah.

Kempen benci rasuah yang dijalankan dalam kalangan guru di sekolah bersesuaian
dengan pelan pembangunan profesionalisme berterusan (PPPB) bagi DG41 di mana guru
perlu memahami dan melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab dengan penyeliaan
dan bimbingan. Kempen yang dirancang oleh pihak berkuasa menggalakkan dalam
penekanan terhadap tanggungjawab menjaga amanah dalam kalangan guru. Bersesuaian
dengan kerjaya guru yang dihormati dan dipandang tinggi oleh setiap lapisan masyarakat,
PPPB DG41 dapat memastikan bahawa guru dapat dibimbing agar dapat melaksanakan
setiap tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.
3.2 ISU GURU ROGOL MURIDNYA

Kesan daripada isu guru rogol murid ini akan menyebabkan murid tersebut
mengalami trauma yang memakan jangka masa yang lama. Hal ini demikian kerana, apabila
remaja yang mana pergi sekolah dengan niat untuk menuntut ilmu mengalami situasi yang
tidak diingini seperti rogol akan menyebabkan murid tersebut tidak mahu lagi melanjutkan
pelajaran di sekolah. Mangsa rogol akan risau sekiranya mereka pergi ke sekolah akan
dipandang sinis oleh rakan-rakannya yang lain kerana telah “pecah dara”. Murid tersebut
juga risau sekiranya situasi yang sama akan berulang kembali kepada mereka sekiranya
masih meneruskan pembelajaran di sekolah tersebut. Bagi guru itu sendiri akan
mendatangkan kesan terhadap pandangan masyarakat kepada guru-guru yang lain di
sekolah. Masyarakat akan mula mengata bahawa guru sekarang adalah guru yang tidak
bertamadun dan bermacam-macam lagi. Keadaan ini secara tidak langsung membuatkan
murid-murid akan hilang hormat kepada guru mereka di sekolah.

Langkah untuk mengatasi isu guru merogol murid ini adalah dengan mengenakan
undang yang ketat dan pelaku dijatuhi hukuman yang berat. Pihak berkuasa juga boleh
mencabut hak merek sebagai guru dan dilucutkan dari jawatan tersebut. Hal ini demikian
kerana, sekiranya guru seperti ini masih dikekalkan dengan kerjanya sebagai guru, risau
akan mendatangkan permasalahan yang sama pada masa akan datang. Pihak atasan juga
bertanggungjawab dalam memenjarakan pelaku rogol seperti ini agar tidak melakukan
kegiatan yang sama terhadap masyarakat sekeliling. Dengan cara ini, secara tidak langsung
akan menampakkan ketegasan pihak atasan dalam menangani permasalahan seperti ini.
Oleh itu, pihak berkuasa perlulah mengenakan tindakan undang-undang yang ketat
terhadap guru yang merogol muridnya agar dapat hukuman yang setimpal dan
mengembalikan rasa hormat kepada masyarakat pada masak akan datang.

Dengan adanya pelaksanaan undang-undang yang ketat, setiap guru akan


merasakan bertanggungjawab dalam menangani setiap isu yang boleh menjejaskan nama
baik seorang guru. Bersesuaian dengan pelan pembangunan profesionalisme berterusan
(PPPB) DG44 di mana guru sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan
penyeliaan dan bimbingan yang minimum serta mampu menyelesaikan masalah. Dengan
adanya PPPB DG44 ini, guru lain akan merasa takut untuk melakukan hal permasalahan
yang melanggar undang-undang dari pihak berkuasa. Perkara ini perlu dipandang serius
kerana sekiranya setiap guru tidak menghayati dan menerapkan setiap aspek dalam PPBN
DG44 dalam diri mereka, risau sekiranya akan ada lagi isu-isu yang sama oleh guru lain di
luar sana.

4.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, apa yang disimpulkan adalah tugas seorang guru ini adalah tugas yang
mana sering dipandang tinggi oleh setiap lapisan masyarakat bersesuaian dengan kerja
guru itu sendiri iaitu menyampaikan ilmu. Oleh hal demikian, sebagai seorang guru yang
mempunyai jiwa pendidik, guru tersebut perlulah sentiasa menjaga tingkah laku yang baik
tidak kira sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah. Guru perlu elakkan diri mereka
daripada terjebak dengan apa-apa isu yang mana boleh mencemarkan nama baik seorang
pendidik. Oleh itu, setiap guru perlu mematuhi setiap peraturan tatakelakuan dan tatatertib
penjawat awam yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Malaysia bersesuaian dengan
pelan pembangunan profesionalisme berterusan yang diberikan oleh pihak kerajaan
mengikut peringkat-peringkat yang telah ditetapkan.
RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kawi, M. R. (2022, Ogos 17). Berita Harian. Retrieved from Berita Harian Online:
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/08/989534/guru-disyaki-rogol-pelajar-
hilangkan-diri

Nur Hidayah et. al. (2021). Persepsi Bakal Guru Terhadap Kerjaya, Peranan dan Beban
Tugas Profesion Perguruan Masa Kini. Malay Language Education Journal. Vol 11, Bil. 2
(Nov. 2021): 26-38.

Nur Izzat Mohamad (2022). Guru Didakwa Guna Syarikat Sendiri Bekal Barang Kepada
Sekolah. Berita Harian. 18 Mei 2022.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/05/956780/guru-didakwa-guna-syarikat-
sendiri-bekal-barang-kepada-sekolah

Anda mungkin juga menyukai