Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

No. Tajuk Muka surat

1 Penghargaan 2

2 Penulisan Reflektif 3
Berdasarkan Artikel

3 Refleksi 10

4 Rujukan 11

5 Lampiran 12

PENGHARGAAN
1|Pengantar Pendidikan
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya, dapatlah saya
menyiapkan kerja kursus ini. Alhamdulillah. Seperti pepatah melayu ada
mengatakan hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Berasaskan pepatah
inilah terhasilnya kerja kursus pendek Pengantar Pendidikan ini.

Pertama sekali, ingin saya tujukan lafaz penghargaan dan ribuan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing saya dalam subjek Pengantar Pendidikan ini iaitu
En. Baskaran A/L Kannan yang banyak memberi dorongan, bimbingan dan komen-
komen yang membina sepanjang penghasilan kerja kursus ini bukan sahaja dari
aspek penyampaian maklumat bahkan dari segi motivasi. Hasil daripada usaha
beliau yang sangat murni ini telah memberi saya dan juga rakan sekelas yang lain
semangat untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan lebih baik.

Sekalung penghargaan juga buat semua pihak yang terlibat tidak kira
secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan kerja kursus ini terutama
sekali kepada rakan yang banyak membantu meminjamkan buku rujukan walaupun
kami bukan dari kumpulan kelas yang sama dan terima kasih juga kepada rakan-
rakan sekelas yang bijak menjalankan peranan masing-masing dalam memberi
tunjuk ajar.

Akhir sekali, saya tujukan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
yang tidak ternilai kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi dorongan dan
sokongan kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.

Saya berharap agar kerja kursus ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya
bukan sahaja untuk generasi guru pelatih hari ini bahkan generasi akan datang dan
dapat membuka minda masyarakat tentang konsep-konsep asas Etika dan
Profesion Keguruan.

PENULISAN REFLEKTIF :

2|Pengantar Pendidikan
Berdasarkan artikel (“Bedah siasat” guru bermasalah)

Oleh: Muhammad Nazirul Syaqim bin Mustafa

Apakah yang dimaksudkan dengan profesion keguruan? Tentu ramai yang masih
belum cukup jelas tentang definisi profesion keguruan ini. Perkataan “profesion”
boleh dimaksudkan sebagai sesuatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh
orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap
jujur, dedikasi,bertanggungjawab, dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi
bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. “Peguruan”
pula, mengikut Kamus Dewan (1989),di bawah konteks pendidikan guru, diertikan
sebagai pengajaran, misalnya perguruan kepada guru pelatih, murid, dan
sebagainya. Manakala, perkataan “keguruan” boleh diertikan sebagai perkara yang
berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan
sebagai guru. Misalnya, masyarakat menyanjung sifat-sifat keguruan iaitu peranan
dan tugas guru yang luhur. Berdasarkan konsep profesion, perguruan dan keguruan
ini, maka profesion perguruan bolehlah ditakrifkan sebagai pekerjaan pengajaran
yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas, misalnya latihan yang
dijalankan di dalam institusi perguruan. Manakala, profesion keguruan merupakan
pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti
guru. Seperti yang telah dijelaskan di atas, setiap profesion mempunyai kod etika
masing-masing yang telah ditentukan oleh organisasinya. Etika merupakan suatu
sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem
dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang buruk
dan yang salah, dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.
Di dalam profesion keguruan, setiap guru haruslah mematuhi kod etika itu demi
menjaga status, akhlak, dan maruah dalam profesionnya. Di Malaysia, “ Tatasusila
Profesion Keguruan” telah dijadikan landasan bagi guru-guru di Malaysia untuk
menjaga imej profesionnya. Mengikut “Tatasusila Profesion Keguruan” ini, guru-guru
mempunyai tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibu bapa,
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara, serta tanggungjawab terhadap
rakan sejawat dan profesion keguruan.

3|Pengantar Pendidikan
Profesion perguruan merupakan salah satu profesion yang dianggap murni dan
disanjung tinggi oleh masyarakat kita. Tugas guru ini tidak boleh dipandang remeh
kerana merekalah yang membentuk anak bangsa kita mencorak kemajuan negara
kita di masa hadapan. Mereka dianggap sebagai tunggak pembangunan dan
kemajuan teknologi sesebuah negara. Guru merupakan pejuang barisan hadapan
dalam usaha mendidik anak bangsa. Menjadi guru bukan semata-mata memegang
satu pekerjaan atau profesion yang dihormati sejak zaman-berzaman, malah
bertanggungjawab untuk mencorak masa depan anak didik,menentukan jenis insan
yang dihasilkan dan membentuk bangsa yang akan dijelmakan. Sungguhpun
profesion perguruan adalah bidang yang mulia, namun tahap kemuliaannya
bergantung kepada sejauh mana seseorang guru itu dapat meletakkan diri mereka
di peringkat yang tinggi dan terhormat. Sejak kebelakangan ini, dapat kita perhatikan
bahawa profesion perguruan ini semakin dipandang rendah oleh masyarakat. Hal ini
berikutan munculnya kes-kes dan isu-isu yang negatif yang membabitkan guru.
Rungkaian isu-isu negatif ini sememangnya menggemparkan banyak pihak terutama
masyarakat kita yang semakin kurang percaya dengan tanggungjawab yang digalas
oleh guru-guru sekarang. Siapakah yang harus dipersalahkan sekarang?

Berdasarkan artikel yang saya pilih iaitu “ Bedah Siasat Guru Bermasalah” yang
diambil daripada Harian METRO Online yang bertarikh 29 April 2007, dikarang oleh
Zainuddin Zain dan Asmizan Mohd Samiran, terdapat beberapa isu penting yang
boleh dikaitkan dengan masalah profesion keguruan di negara kita sekarang. Isu
utama yang ingin ditonjolkan dalam artikel ini ialah masalah salah laku guru
terhadap anak murid. Dewasa ini, satu demi satu kejadian salah laku guru terhadap
anak murid mereka timbul di negara kita. Timbulnya isu-isu yang semakin meningkat
bak cendawan tumbuh selepas hujan ini semakin membimbangkan banyak pihak
terutamanya golongan ibu bapa. Berdasarkan artikel ini, sekurang-kurangnya enam
kes telah dilaporkan oleh pihak media mengenai salah laku guru pada bulan
tersebut. Antara kes-kes yang terlibat ialah kes guru mencabul pelajar, kes guru
terlibat dengan penagihan dadah dan yang terbaru, kes seorang guru wanita yang
didakwa mengetuk kepala muridnya dengan kasut tumit tinggi. Ke mana hilangnya
rasional guru-guru ini sehingga sanggup melakukan perkara-perkara tersebut?
Sememangnya perbuatan seperti ini manjatuhkan maruah profesion keguruan yang

4|Pengantar Pendidikan
selama ini dipandang tinggi oleh masyarakat sejak zaman-berzaman. Perbuatan
guru-guru ini jelas telah lari daripada konsep kod etika keguruan yang sepatutnya
dijadikan panduan guru-guru. Mengikut Tatasusila Profesion Keguruan
Malaysia,guru perlu bertanggungjawab terhadap pelajar. Seharusnya, guru
hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar mereka
daripada hal-hal lain. Selain itu, guru hendaklah menunjukkan teladan dan tingkah
laku yang baik kepada para pelajar. Apabila terjadinya isu seperti ini, pada
pandangan saya, beberapa langkah yang serius perlu diambil untuk agar isu seperti
ini tidak berulang. Guru-guru yang terlibat dengan isu seperti ini harus didenda dan
ditamatkan profesion mereka sebagai guru. Hal ini seterusnya dapat memberi
pengajaran kepada guru-guru yang lain agar mematuhi kod etika keguruan dan
menjaga maruah profesion ini. Selain itu, guru-guru harus ditanam dengan sikap
sabar dan diajar untuk mengawal emosi mereka ketika mengajar.

Selain daripada itu, faktor tekanan yang dihadapi oleh guru di dalam profesion
mereka merupakan salah satu lagi isu yang terdapat di dalam artikel ini. Ada
sebahagian guru yang tidak berminat untuk menjadi guru, sebaliknya ianya
dilakukan kerana terpaksa dan seterusnya,menimbulkan tekanan dalam diri mereka.
Hal ini mendorong guru-guru tersebut untuk melaksanakan tanggungjawab mereka
secara sesuka hati. Bila tidak minat, bagaimana seseorang guru itu hendak
menyesuaikan diri dengan kerenah murid-murid. Sudah tentu mereka akan mudah
hilang rasa sabar dan selalu marah, hinggakan pada satu tahap, mereka akan lupa
tanggungjawab mereka sebagai guru. Sebab-sebab seperti inilah yang sedikit
sebanyak menyumbang kepada masalah tingkah laku guru yang mungkin sanggup
memukul anak murid mereka kerana tidak dapat mengawal emosi mereka. Hal ini
sememangnya bercanggah dengan Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia iaitu
tanggungjawab guru terhadap pelajar serta tanggungjawab guru terhadap profesion
keguruan. Dalam hal ini, tanggungjawab guru terhadap pelajarnya ialah mereka
sepatutnya bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,
mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Tanggungjawab guru
terhadap profesion keguruan yang boleh dikaitkan dalam isu ini pula ialah guru
sepatutnya berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab
mereka dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan

5|Pengantar Pendidikan
kemajuan ikhtisas dan sosial. Untuk mengatasi masalah emosi dan mental dalam
diri guru, aktiviti seperti bina insan guru perlu dikerapkan kerana aktiviti seperti ini
dapat menguatkan fizikal dan mental para guru serta menjadikan mereka lebih
bersedia untuk berhadapan dengan murid-murid. Selain itu, matapelajaran seperti
Kecerdasan Emosi perlu ditekankan dalam pembelajaran bakal-bakal guru.

Seterusnya, gaji guru juga menjadi salah satu isu permasalahan yang ditonjolkan
dalam artikel ini. Menurut artikel, ramai guru tertekan kerana gaji yang diterima oleh
mereka serta kemudahan yang dinikmati tidak setimpal dengan tanggungjawab yang
perlu dipikul oleh mereka. Hal ini dikatakan kerana ada antara mereka yang terpaksa
menyelia dan menghadiri beberapa aktiviti dan program di sekolah di luar waktu
pengajaran walaupun mereka mempunyai tanggungjawab yang lain seperti
menguruskan keluarga sendiri. Tidak diakui, tugas guru ini memang berat kerana
mereka mempunyai banyak tugas selain daripada mengajar. Walaupun mempunyai
tanggungjawab lain dalam hidup mereka, mereka perlu lebih fokus dalam profesion
ini. Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa soal masalah gaji guru ini
sepatutnya tidak perlu ditimbulkan oleh guru-guru. Mereka sepatutnya menerima
dengan ikhlas atas segala keistimewaan yang telah diberikan. Tanggungjawab
seorang guru ialah mengajar dan bukan meminta. Sebagai seorang guru, mereka
haruslah ikhlas dalam melaksanakan tugas mereka. Tambahan pula, sekarang ini,
ada guru yang diberi elaun tambahan terutama guru-guru yang mengajar di kawasan
pedalaman. Selain itu, guru-guru pakar dan guru-guru cemerlang juga diberikan
keistimewaan yang lebih seperti kenaikan gaji. Sepatutnya, dengan adanya intensif-
intensif seperti ini, guru-guru seharusnya mempertingkatkan lagi mutu kerja mereka
serta berhenti merungut tentang soal gaji. Mengikut Kod Etika Keguruan, iaitu
tanggungjawab guru terhadap pelajar, guru seharusnya membimbing dan mengajar
seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam matapelajaran yang diajar di bilik
darjah tanpa mengharakan sebarang bayaran. Oleh itu, guru seharusnya bersyukur
dengan apa yang mereka terima dan terus mempertingkat mutu kerja mereka.

6|Pengantar Pendidikan
Dalam profesion perguruan, mentaliti seseorang guru amatlah penting terutama
ketika proses pengajaran berlaku. Isu mentaliti ini juga merupakan salah satu isu
yang akan dikupas berdasarkan artikel ini. Menurut artikel, ramai guru yang masih
mempunyai mentaliti atau pemikiran ditakuk lama. Masih ramai yang menganggap
bahawa setiap murid yang diajar akan mengikut kata mereka, walhal, realitinya hari
ini ramai murid-murid yang tidak mendengar kata atau dengan kata yang lebih
mudah,nakal. Hal ini telah diperkatakan oleh Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim
Pheng. Diakui, murid-murid zaman sekarang memang sukar patuh kepada arahan.
Mereka bukan lagi seperti murid-murid zaman dahulu, yang patuh dengan arahan
guru serta takut dimarahi guru. Jika dulu, guru dibenarkan oleh ibu bapa untuk
memukul anak mereka dengan tujuan mendidik mereka dengan sempurna. Hal yang
sebaliknya berlaku pada zaman sekarang. Ibu bapa pasti melenting jika anak
mereka diusik oleh guru. Disebabkan hal ini, ada segelintir murid yang lebih berani
melawan dan memarahi guru mereka, malah ada yang berani memukul. Hal ini
menyebabkan guru zaman sekarang berasa tertekan. Walaubagaimanapun, saya
berpendapat guru tidak perlu berasa begitu. Mereka seharusnya berani menghadapi
semua ini kerana mereka sudah dibekalkan ilmu yang cukup ketika menjalani latihan
keguruan. Pelbagai program telah dilaksanakan Kementerian Pelajaran Malaysia
dalam membentuk jati diri guru serta mengubah mentaliti mereka untuk befikiran
positif. Antaranya adalah seperti Kem Bina Insan Guru serta pelbagai lagi. Selain itu,
guru seharusnya lebih banyak didedahkan dengan kemajuan teknologi dan informasi
terkini. Hal ini kerana murid zaman sekarang lebih tertarik dengan kepesatan
teknologi ini. Jangan biarkan murid-murid memandang rendah terhadap guru
disebabkan kelemahan guru dalam bidang teknologi. Guru juga perlu berusaha
mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan
dengan rumahtangga, seperti yang tertera dalam Tatasusila Perguruan Malaysia,
iaitu tanggungjawab guru terhadap ibu bapa. Cuba wujudkan keakraban dalam
hubungan antara guru dengan ibu bapa murid-murid. Dengan ini, guru akan lebih
mudah mengawal tingkah laku murid-murid dalam proses persekolahan. Hal ini juga
akan memudahkan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, masyarakat dan
institusi pendidikan, seperti yang disebut dalam Tatasusila Profesion Keguruan, iaitu
di dalam tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara.

7|Pengantar Pendidikan
Tugas sebagai guru tidaklah mudah seperti yang dijangkakan. Dewasa ini, kita
sering mendengar bahawa guru sering dipersalahkan jika ada apa-apa perkara
buruk yang berlaku membabitkan guru dan anak murid. Berdasarkan artikel, Lok Yim
Pheng, Setiausaha Agung NUTP berkata bahawa jika sesuatu salah laku
membabitkan guru berlaku, kesalahan berkenaan tidak seharusnya diletakkan ke
atas guru berkenaan semata-mata. Isu yang ingin diketengahkan di sini ialah guru
sering dipersalahkan. Persoalannya di sini, mengapa hanya menuding jari kepada
guru sahaja? Sebagai contoh, kalau kita membicarakan tentang masalah guru
memukul pelajar. Pasti banyak tafsiran yang berbeza mengenai guru yang jahat.
Jika di sekolah menengah, murid-murid pasti mengatakan guru yang jahat akan
selalu menghalang atau mengawal mereka dari segi kesalahan. Keikhlasan guru
yang cuba mendisiplinkan mereka disalah tafsirkan sebagai jahat. Mereka lupa
bahawa guru melakukan semua itu untuk kebaikan mereka juga. Bagi sesetengah
ibu bapa pula, pasti mereka kurang bersama anak-anak dalam kehidupan seharian
dek sibuk dengan pekerjaan. Kadangkala mereka tidak tahu apa yang dilakukan
oleh anak mereka, tetapi bila guru cuba memperbetulkan tingkah laku anak murid
mereka, pasti ibu bapa akan melenting. Mereka beranggapan bahawa guru itu
mendera anak mereka sahaja. Alangkah baiknya jika ibu bapa faham dengan apa
yang dilakukan oleh guru dan berterima kasih kepada guru. Ibu bapa seharusnya
sedar,apa yang dilakukan oleh guru adalah untuk mengawal sikap anak mereka
yang mudah terpengaruh di saat usia kanak-kanak dan remaja ini. Oleh itu, sebagai
guru, mereka perlu sabar dalam menghadapi masalah seperti ini. Jika ada apa-apa
maklumat mengenai murid-murid yang ingin disampaikan kepada pihak ibu bapa,
cuba sampaikan dengan teliti dan bijaksana. Hal ini adalah seperti yang terkandung
dalam Tatasusila Profesion Perguruan iaitu tanggungjawab guru terhadap ibu bapa.

Kesimpulannya, pelbagai kesan negatif akan berlaku sekiranya masalah-masalah


dalam Profesion Perguruan tidak ditangkis. Sebagai guru, mereka seharusnya
memahami konsep-konsep asas di dalam etika dan profesion keguruan. Mereka
juga harus menjalankan kerja sebagai guru berpandukan Tatasusila Profesion
Perguruan Malaysia yang berpaksikan empat peranan penting iaitu tanggungjawab

8|Pengantar Pendidikan
terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibu bapa, tanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara serta tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
perguruan. Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke
hadapan. Oleh itu, Profesion Keguruan ini harus dimantapkan lagi dengan
melakukan beberapa perubahan. Setiap perubahan dalam kurikulum pendidikan
yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam Profesion Keguruan. Oleh
itu adalah mustahak bagi guru-guru untuk sentiasa berusaha mempertingkatkan
kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah
tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani. Namun kini,
sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai satu profesion
adalah bergantung kepada tanggapan masyarakat. Hal ini kerana masih ada lagi
yang memandang rendah terhadap profesion perguruan .Adakah peranan guru
semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada
kerjaya yang diiktiraf sebagai profesional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam
dan arkitek? Dalam konteks ini pihak kerajaan perlu berusaha dan bekerja keras
dalam menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani
ramai. Menurut Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar
dan Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM),
beliau menegaskan dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain
daripada peranan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan
masyarakat, para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam
meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan
pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi. Ingatlah, tanpa guru, siapalah kita.

9|Pengantar Pendidikan
REFLEKSI

Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-
Nya,akhirnya dapat saya menyempurnakan tugasan ini.

Sepanjang melakukan tugasan ini, saya telah melalui pelbagai masalah.Salah


satu masalah yang dihadapi ialah saya tidak mempunyai mesin pencetak sendiri
untuk mencetak tugasan ini. Walaubagaimanapun, saya mengatasi masalah ini
dengan meminjam mesin pencetak rakan saya. Masalah lain yang saya hadapi ialah
ketika hendak memulakan tugasan, komputer riba saya menghadapi sedikit masalah
yang mengganggu saya untuk memulakan tugasan. Walaubagaimanapun, saya
mengatasi masalah ini dengan memperbaiki komputer riba saya. Saya juga
mempunyai masalah untuk mendapatkan maklumat daripada internet kerana
kemudahan internet yang disediakan di sini sering terganggu. Masalah ini dapat
saya atasi dengan meminjam “broadband” kawan saya.

Secara keseluruhannya, saya dapati tugasan ini telah memberi banyak


pengajaran dan faedah kepada saya. Melalui tugasan ini, saya lebih dapat
memahami tentang konsep-konsep asas di dalam etika dan profesion
keguruan.Tugasan ini juga telah membantu saya memahami dengan lebih
mendalam masalah-masalah yang muncul dalam Profesion Keguruan. Sebagai
seorang bakal guru, saya sedar bahawa guru mempunyai tanggungjawab yang berat
bukan sahaja kepada pelajar malah kepada rakan sejawat satu profesion, ibu bapa,
masyarakat dan negara. Peranan guru sangat penting kepada masyarakat
khususnya dalam mendidik anak bangsa. Oleh itu, saya akan berusaha untuk
melakukan yang terbaik dalam memartabatkan profesion perguruan ini.

Kesimpulannya, saya berharap tugasan ini akan dapat membantu menjadikan


kehidupan saya lebih baik pada masa akan datang dan Profesion Keguruan ini terus
dipandang tinggi oleh masyarakat kita.

10 | P e n g a n t a r Pendidikan
RUJUKAN

 Ee Ah Meng, 1998. Pendidikan di Malaysia : Guru Sebagai Satu Profesion.


Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

 Esah Sulaiman, 2003. Amalan Profesionalisme Perguruan : Profesionalisme


Perguruan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim.

 Choong Leon Keow, 2008. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia : Pelan


Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kumpilan Budiman Sdn
Bhd,Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

 http://www.pkkperak.com/portal/modules.php?name=News&file=print&sid=85

 http://www.ppdkerian.edu.my/portal/modules.php?
name=News&file=article&sid=500

 http://nayie.blogspot.com/2009/04/isu-isu-dan-konsep-profesion-
perguruan.html

 http://awangputat.blogspot.com/2010/04/ke-mana-hala-tuju-profesion-
keguruan.html

 http://nahnuali.blogspot.com/2010/04/profesion-keguruan.html

 http://gurumalaysia.wetpaint.com/page/Isu+Hangat

11 | P e n g a n t a r Pendidikan
LAMPIRAN

12 | P e n g a n t a r Pendidikan

Anda mungkin juga menyukai