Anda di halaman 1dari 3

Contoh Memo Terbuka

Datuk Abd. Hakim Borhan

Datuk Bandar Kuala Lumpur

Menara DBKL, Jalan Raja Laut

50350 KUALA LUMPUR                                                            25 JULAI 2008

Datuk,

RAYUAN PEMBATALAN KONSERT INUL DARATISTA DI BUKIT JALIL


Saya mewakili  lebih 200 orang ahli Persatuan Pengunjung Tetap Kelab Dangdut atau
ringkasnya, PEKEDUT, ingin melahirkan rasa kecewa di atas tindakan Datuk
membatalkan permit konsert ratu dangdut Indonesia, Inul Daratista yang dijadual
berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini Ahad ini.
2. Mungkin bagi Datuk muzik dangdut mengundang maksiat dan mendatangkan dosa
tetapi adakah Datuk terlupa yang pihak Datuk jugalah yang mengeluarkan lesen kelab
dangdut di Kuala Lumpur sehingga kami ahli-ahli PEKEDUT sering dibaling penyapu oleh
isteri kami kerana asyik balik lewat pasal pergi dangdut!

3. Mungkin bagi Datuk muzik dangdut ‘low class’ tetapi tidakkah Datuk sedar yang
ramai wakil rakyat sering ke kelab dangdut tiap kali ada Perhimpunan Agung UMNO
sehinggakan pemilik kelab dangdut terpaksa bayar overtime pada kakitangannya.
Diulang, wakil rakyat tau! Jadi istilah ‘low class’ tidak timbul malah Datuk sebenarnya
yang ‘low class’ kerana tak join diaorang, hehehe

4. Sedarkah Datuk yang disebabkan dangdutlah, ramai anak muda kita yang tak
berpelajaran boleh mencari rezeki. Sebagai contoh anak jiran saya, Rozana, kalau
ikutkan keputusan SPMnya, dia hanya dapat kepujian dalam subjek Pendidikan Jasmani
(yang lain semua fail) namun kini Rozana mampu tinggal di kondominium Mont Kiara
setelah memegang jawatan GRO di Kelab Dangdut Seroja. Staf Datuk? Jangan kata
kerani, pegawai yang ada ijazah pun belum tentu dapat bayar sewa flat kat Jalan
Pekeliling tu.
5. Jangan pergi jauhlah, anak buah saya si Ucop tu, kalau bukan kerana bekerja
sebagai BOUNCER di Kelab Dangdut Mawar Biru, nak beli rantai basikal BMX pun kena
pinjam ceti tau!

6. Berbalik pada Inul, apa dosa dia? Yang berdosanya kita kerana kerana kitalah yang
bantai beli CD dan DVD Goyang Gerudinya hingga menyebabkan dia memilih untuk terus
menyanyi dan melakukan aksi geleknya, kalau ikutkan Inul dulu cita-citanya nak jadi
nurse je. Bak kata pepatah, bukan salah ibu mengandung, salah syarikat pembekal
kondom kerana meletakkan harga kondom yang agak tinggi di pasaran (err…ok tak
peribahasa ni)

7. Datuk, sayugia diingatkan. Takpayahlah Datuk hipokrit, silap haribulan Datuk sendiri
ada menyimpan koleksi DVD Konsert Inul Daratista dari volume 1 hingga 25, termasuk
konsert jelajah Pulau Jawanya tahun lepas, ye tak? ye tak? ye tak?

8. Kami ahli-ahli PEKEDUT juga meminta Datuk mempertimbangkan semula rancangan


untuk membatalkan kosert ini kerana kami difahamkan, lebih 20,000 buruh binaan dari
Indonesia merancang untuk mogok sekiranya Inul tidak dibenarkan nyanyi, Datuk kena
faham, ada di antara mereka sanggup menangguhkan hasrat untuk pulang ke kampung
Hari Raya akan datang semata-mata kerana nak beli tiket konsert Inul. Bagi mereka Inul
ibarat Ajinomoto, biar banyak MSG, janji Mee Bakso enak sekali.
9. Akhir kata, kami ahli-ahli PEKEDUT juga meminta Datuk melihat kembali laporan
kewangan DBKL tiap-tiap tahun. Mana mungkin DBKL boleh buat jalan, turap jalan, bina
lebih banyak rumah flat dan tanam lebih banyak pokok bunga kat Parlimen sekiranya
pemilik dangdut tak bayar cukai perniagaan kat u all. Kalau semua pemilik dangdut buat
petisyen hilang kepercayaan pada Datuk, nescaya kesannya lebih dahsyat daripada
petisyen hilang kepercayaan wakil rakyat Sabah kat Pak Lah.

10. Di atas alasan panjang lebar yang kami berikan tadi, diharap sangat agar Datuk
timbangkan balik keputusan melarang Inul menyanyi kat Bukit Jalil Ahad ni. Kalau nak
batalkan juga, kami cabar Datuk tutup semua kelab dangdut. Tukar je jadi kelab
menjahit atau kelab tarian pocho-pocho kat KL, baru orang putih kata ‘fair and square’.
Amacam, ada berani?

Yang benar,

Megat Kulop bin Yeop Gantang PJK, AMN, KMN, RTM, NTV, KTM
Setiausaha Kerja 1 PEKEDUT

c.c Pengerusi Pergerakan Pemuda Negeri-Negeri

     Pengerusi Belia 4B Semenanjung

     Ketua Rela Daerah

     Datin Rokiah Mat Lela (Ketua Penaja Rombongan Cik Kiah Kg. Chubadak)

     Pengerusi JKKKK Wilayah Utara

     En. Mat Seman Abu (Ketua Pasukan Kompang dan Rodat Kg. Bunut Payong)

Anda mungkin juga menyukai