Anda di halaman 1dari 60

Ismailomar's Blog

MY MEMOIR AND BULLETIN.

HIKAYAT PANGLIMA AGUNG:Bab 1- Perang Kuala Kedah(1641Masehi)


Sang suria sudah hampir-hampir terbenam di ufuk barat,melemparkan cahaya merahkuningnya menerobosi celah-celah dedaun kayu di Kampung Kuala Kedah. Angin petang menderu sepi,dedaun kelapa meliuk-lintuk dipuput bayu bagaikan jejari lentik penari jelita. Burung-burung riuh berbunyi di dahan menikmati udara petang yang nyaman setelah sehari suntuk keluar mencari rezeki.Namun,kanak-kanak masih leka bermain di halaman,berlarilarian dan berkejar-kejaran. Di serambi rumah yang sederhana besarnya,dua orang lelaki separuh usia masih asyik berbual-bual tanpa menghiraukan suasana hingar-bingar di halaman. Mana Si-Kuntum tak nampak-nampak dari tadi?tanya lelaki gemuk berkulit cerah berpakaian segak kepada teman perbualannya yang berkulit sawo matang.Orangnya sederhana sahaja tetapi tegap,lengannya berulas,dadanya yang tidak berbaju kelihatan berotot. Mengikut abangnya barangkali,jawabnya lanjut sambil mengerling acuh tak acuh ke halaman.Si-Bujang tu dah 6 tahun menuntut di Tanah Rencong.Baru sepurnama pulangnya. Lelaki berpakaian segak batuk-batuk kecil bagaikan kurang senang nama itu disebut. Jadi,apa keputusanmu,Jalil?dia meminta pendapat. Beginilah,Tok Penghulu,lelaki yang dipanggil Jalil itu agak keberatan.Perkara jodoh bukan perkara kecil. Berilah hamba tempoh barang seminggu dua.Perlu hamba duduk berbincang dengan isteri hamba Siti. Baiklah,aku beri tempoh dua minggu,Tok Penghulu bangun tergesa-gesa dari duduknya,diikuti oleh Jalil.Selepas habis tempoh,akan kuhantar rombongan meminang. Terima sahajalah,Jalil.Anakku Wan Perkasa dengan anak gadismu itu memang sudah sepadan,bak pinang dibelah dua. Ya,Tok,hanya itu yang mampu dijawab Jalil,wajahnya agak keruh. Tanpa menghulur tangan berjabat salam,Tok Penghulu terus turun dari serambi,memakai capalnya lalu bergegas meninggalkan pekarangan rumah. Jalil memerhati sehingga Tok Penghulu hilang dari penglihatan,kemudian memanjang leher meninjau ke halaman seperti mencari sesuatu. Mana budak-budak ni,dah dekat nak senja belum balik-balik lagi,rungutnya pada diri sendiri,kemudian memekik memanggil isterinya.Siti!Oi,Siti! Di saat itu,Bujang sedang leka menunjukkan apa yang dipelajari di seberang laut kepada adik perempuannya,Kelmarin abang dah tunjuk enam jurus,petang ini jurus ketujuh,namanya Jurus Sitir.Caranya begini,Bujang pun menunjukkan caranya,diperhati dengan teliti oleh Kuntum.Yang kelapan Jurus Keawal,yang kesembilan Lewatan.! Abang cepat sangat,susah Kuntum tak ingat,rungut Kuntum.Kenapa nama jurus pelikpelik belaka sampai susah nak sebut? Manalah abang tahu,bidas Bujang.Itulah yang abang pelajari di Acheh dulu. Ketika itu terdengar sayup-sayup nama mereka dipanggil dari arah rumah. Mak dah panggil tu,Kuntum mengingatkan abangnya. Kau baliklah dulu,nanti mengamuk pula Mak dengan Ayah,Bujang menolak bila Kuntum memegang tangan mengajaknya pulang bersama.Abang nak mandi dulu. Dua beradik itu pun berpisah,seorang pulang ke rumah,seorang lagi menuju ke perigi.

Selesai menjamu selera malam itu,Jalil termenung seorang diri di serambi,matanya memerhati suasana alam yang bermandikan cahaya bulan.Isterinya Siti sedang mengemas pingganmangkuk.Dalam dalam rumah kedengaran suara Bujang mengajar adiknya membaca AlQuran. Wajahnya murung bila mengenangkan rahsia yang selama ini terpendam. Siti,mari sini sekejap,dia memanggil tanpa menoleh kea rah isterinya. Siti yang berusia 30an dan masih cantik menawan bak anak dara mengerutkan dahi dan keningnya,hairan dengan telatah suaminya.Tanpa banyak soal,dia bangun meninggalkan pinggan-mangkuk yang belum habis dikemas lalu melenggang mendekati suaminya. Duduk,pelawa Jalil bila melihat isterinya masih tercegat.Ada perkara penting. Siti pun duduk bersimpuh di hadapan suaminya,tangannya mencapai bekas pinang. Jalil membiarkan dahulu isterinya mengapur dua helai daun sirih,sehelai dihulurkan padanya,sehelai lagi dikunyahnya. Mahukah kau berbesan dengan Tok Penghulu?Jalil terus bertanya sambil mengunyah sirih yang diberikan isterinya. Apa salahnya,ujar Siti gembira.Wan Teratai orangnya cantik,masih muda walaupun janda.Kata orang,janda berhias.Bujang pula dah besar-panjang,dah masuk 18 tahun usianya. Bukan Teratai dengan Bujang yang abang maksudkan,tempelak Jalil. Jadi,abang maksudkan Kuntum?Siti terkejut.Kuntum tu masih dara sunti,usianya baru 12 tahun. Apa yang dia tahu tentang hidup berlaki. Tapi,Tok Penghulu mahu bermenantukan Kuntum,Jalil menegaskan.Nak dijodohkan dengan anak solongnya Perkasa,abang Teratai. Abang tak kasihan kat Bujang?Siti merendahkan suaranya seperti orang berbisik.Siti tengok dia dengan Kuntum begitu serasi,begitu padan. Sudah sampai masanya abang berterus-terang dengan Bujang. Inilah yang memeningkan kepala,sahut Jalil,juga berbisik.Abang tak sampai hati..! Tiba-tiba suara lantang memberi salam dari halaman.,Assalamualaikum! Waalaikumussalam,Jalil dan Siti sama-sama bangun.Siti berundur ke dalam rumah. Naiklah,pelawa Jalil.Siapa tu? Aku,Jalil,balas lelaki berpakaian pendekar yang datang itu. Siapa tu,bang?tanya Siti dari dalam. Pegawai dari istana,sediakan air dan makanan,beritahu Jalil pada isterinya,kemudian segera menjemput pegawai itu,Silakan naik,Datuk Panglima Dermang. Pendekar yang dipanggil Panglima Dermang itu ketawa kecil,menanggalkan capalnya lalu naik ke atas serambi. Tak payahlah panggil aku Panglima,Jalil,kata Panglima Dermang merendah diri ketika mereka berpelukan.Pangkat kau dulu lebih besar. Dah enam tahun kita tidak berjumpa,tegur Jalil setelah mereka duduk bersila di natas tikar mengkuang.Apa mimpi yang membawa kau kemari?Orang-orang di istana sihat? Mereka semua sihat adanya,balas Panglima Dermang.Jalil,aku membawa perutusan penting dari Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan. Kau diminta mengajar silat kepada anakanak muda di desa ini sebagai persediaan menghadapi musuh. Bagaimana dengan Tok Penghulu?tanya Jalil pada sahabat lamanya. Panglima Dermang tidak terus menjawab.Dia membiarkan sahaja isteri Jalil masuk membawa hidangan berisi minuman dan makanan lalu masuk semula ke dalam. Di kampung ini,Tok Penghulu yang menjadi guru silat,tambah Jalil lagi sambil menghulurkan cangkir minuman kepada tetamunya.Tak mahu aku dituduh seperti kaduk naik junjung.

Panglima Dermang menghirup air minumannya seteguk.Kau dah tak bersilat lagi? Ada juga sikit-sikit,jawab Jalil,sama-sama minum.Tapi hanya sekadar mengajar anakanakku Bujang dan Kuntum.Orang lain tak tahu aku pandai bersilat. Bujang?Khabarnya dia dah lama merantau ke Acheh,sampuk Panglima Dermang. Baru sebulan dia balik kemari,Jalil meninjau ke dalam rumah.Bujang!Oh,Bujang! Bujang pun datang dengan berkain pelikat,berbaju Melayu dan berkopiah. Bujang,kau ingat lagi pada Datuk Panglima Dermang?tanya Jalil. Sebagai jawapan,Bujang tunduk melutut bersalam dengan panglima itu.Agak lama juga Panglima Dermang menatap wajah Bujang seolah-olah membaca sesuatu yang tertulis. Duduklah dulu,Bujang,pelawa Panglima Dermang apabila Bujang berpaling hendak pergi.Perkara penting ini juga melibatkan kau.Sebagai anak,kau boleh bantu ayahmu. Bujang pun duduk bersila di sisi ayahnya,menunggu perkara yang akan disampaikan. Begini ceritanya,Panglima Dermang meneruskan.Portugis baru sahaja kalah. Melaka sekarang diperintah oleh Belanda.Pada mulanya kita semua menyokong Belanda. Sebab itulah Aceh dan Johor menghantar angkatan perang membantu Belanda mengalahkan Portugis. Tetapi,sejak akhir-akhir ini,Belanda mula menunjukkan belangnya.. Memang dari dulu lagi aku tak percaya,Jalil tiba-tiba mencelah bagaikan melepaskan dendam yang terbuku di hati.Portugis dan Belanda sama sahaja,sama-sama ingin menjajah orang Melayu di rantau ini. Tepat sekali,Jalil,sokong Panglima Dermang.Belanda memang bijak melaga-lagakan kita.Dulu mereka bersahabat dengan Acheh,Johor dan Perak.Sekarang mereka memusuhi Johor pula.Khabar berita yang terakhir kuterima,Belanda sudah bergabung dengan Aceh dan Siam untuk menyerang negeri Kedah ini.: Menyerang negeri ini?Kenapa pula sampai jadi begitu?tingkah Jalil. Belanda memaksa baginda Sultan menandatangani perjanjian perdagangan,Panglima Dermang tidak jemu-jemu bercerita.Baginda enggan kerana ternyata perjanjian itu berat sebelah,lebih menguntungkan Belanda.Lantas Belanda memberi kata dua. Kalau baginda Sultan berkeras juga,negeri ini akan dirampas dengan menggunakan kekerasan. Ini bererti peperangan,jelas Jalil. Tidak ada jalan lain lagi,Jalil,Panglima Dermang menerangkan lagi.Belanda memberi tempoh tiga bulan. Sebab itulah baginda Sultan mahu seluruh rakyat Kedah ini bersiapsedia.Anak-anak muda perlu dilatih dengan ilmu persilatan. Kau tidak boleh menolak titah baginda ini,Jalil. Apa kurangnya kau,Dermang?bantah Jalil.Kau seorang panglima raja. Inilah masalahnya,Panglima Dermang memaklumkan.Silat Cekak hanya diajar kepada para panglima dan dilarang keras diajar kepada orang lain. Kau handal dalam Silat Sendeng,bolehlah kau perturunkan ilmu itu kepada orang-orang di sini. Apa pula kata Tok Penghulu nanti,Jalil menyuarakan kebimbangannya. Aku dengar dia mengajar sejenis silat yang dibawanya dari Kelantan,Panglima Dermang menjawab sambil mengunyah sepotong kueh.Silat itu dipercayai menggunakan ilmu kebatinan yang diragui.Apa nama silatnya? Silat Megat Terawis,tutur Bujang perlahan setelah melihat ayahnya diam sahaja. Kau belajar silat itu,Bujang?tanya Panglima Dermang. Tidak,Datuk,ujar Bujang.Tapi,hamba pernah ikut Perkasa ke gelanggang. Malam ini khabarnya ada upacara mandi minyak dan ujian ilmu kebatinan. Kalau begitu,apa ditunggu lagi?Ayuh kita ke sana sekarang juga,pinta Panglima Dermang lantas bangun,diikuti oleh Jalil dan Bujang.

Ketibaan mereka bertiga tidak disambut oleh sesiapa kerana semua perhatian tertumpu ke tengah gelanggang. Tok Penghulu sendiri duduk bersila di tepi pintu masuk,matanya pejam seperti orang bertafakur menghening cipta. Di tengah gelanggang,sebuah kawah yang sedang menggelegak dikerumuni beberapa orang anak muda yang diketuai Perkasa. Mereka sedang menjalani ujian mandi minyak. Seorang demi seorang menceduk minyak panas itu lalu menyimbah ke seluruh tubuh-badan masing-masing tanpa sebarang kesan melecur.Semua penonton kagum dengan kejadian luar-biasa itu tetapi Panglima Dermang ,Jalil dan Bujang kelihatan tenang sahaja. Mereka sudah biasa dengan kejadian-kejadian seperti itu. Bujang sendiri pernah menyaksikannya beberapa kali ketika di Tanah Acheh. Selesai upacara mandi minyak,anak-anak muda yang bakal menerima ujian selanjutnya berbaris di hadapan Tok Penghulu.Sejenak kemudian,Tok Penghulu membuka matanya lalu bangun mencapai sebilah parang panjang.Dilibasnya parang itu beberapa kali. Sebagai membuktikan parang itu tajam,dia menetak batang pisang yang diletakkan di situ. Sekali tetak,batang pisang itu putus dua. Kemudian,dia mara mendapatkan anak-anak muridnya yang masih tercegat menunggu.Dia menghampiri anaknya Perkasa. Bagaikan sudah mengerti,Perkasa pun melutut menundukkan kepalanya,diikuti oleh semua rakan-rakannya. Tok Penghulu mengangkat parang panjang,dihayun kuat-kuat ke batang tengkuk Perkasa.Kedengaran bunyi hentakan yang kuat..Namun,Perkasa tidak mendapat sebarang kecederaan. Tok Penghulu mengulangi pula perbuatan tersebut ke atas anak-anak muridnya yang lain. Seorang demi seorang dipancungnya tanpa belas kasihan,tetapi semuanya kebal,tidak lut oleh senjata.Para penonton menyaksikan kejadian itu dengan penuh ngeri,ada yang menjerit ketakutan. Selesai ujian kekebalan itu,Tok Penghulu melihat anak-anak muridnya penuh bangga, kepuasan jelas kelihatan pada wajahnya. Ujian terakhir adalah ujian Semilir Sakti,katanya lantang sambil isyarat kepada Perkasa supaya meneruskannya.Tok Penghulu kembali ke tempat duduknya. Ketika itu dia terpandang Panglima Dermang,Jalil dan Bujang. Dia pun tampil bersalam dengan mereka bertiga dengan penuh hormat lalu mempelawa mereka duduk bersamanya. Perkasa tampil ke tengah gelanggang,diikuti oleh lima orang rakannya yang bersenjata lengkap.Dengan bersenjatakan parang,golok,keris dan kayu,mereka mengelilingi Perkasa sambil membuka langkah silat.Perkasa juga membuka langkah dengan bunga-bunga tarian silat yang cantik. Para penonton menanti dengan cemas. Tiba-tiba dengan serentak mereka menyerang Perkasa.Anehnya,baru dua-tiga tapak menerkam,mereka terhoyong-hayang seperti dipukul angin kencang,senjata di tangan terpelanting ke tanah. Bila mereka cuba pula menyerang dengan tangan kosong,hasilnya serupa juga. Mereka gagal merapati Perkasa bagaikan dihalang sesuatu kuasa yang tidak kelihatan pada pandangan mata kasar.Akhirnya,mereka mengalah lalu tunduk menyusun sembah.Perkasa menepuk belakang dan bahu rakan-rakannya beberapa kali sebelum berpaling menghadap ayahnya sambil menyusun sembah,diikuti yang lain.Tok Penghulu yang berpuas hati dengan ujian tersebut member isyarat supaya mereka kembali ke tempat duduk masingmasing. Para penonton mula bercakap-cakap sesama sendiri tanpa diketahui buah-butirnya. Itulah keistimewaan Silat Megat Terawis,Tok Penghulu menerangkan kepada Panglima Dermang penuh bangga.Hamba warisi dari moyang hamba Megat Terawis. Ilmunya lengkap zahir dan batin.Mula-mula dilarang diajar kepada yang bukan keturunan Megat.Tapi sekarang dibolehkan,asalkan patuh pada petua dan pantang-larang. Hebat sekali,Panglima Dermang memuji.Jalil dan Bujang turut mengangguk. Datuk Panglima boleh mencuba salah seorang anak murid hamba,Tok Penghulu mempelawa,nada suaranya seakan-akan mencabar. Tak apalah,Panglima Dermang menolak lembut.Kedatangan hamba sebenarnya hendak menyampaikan amanat Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan. Dipersilakan,Datuk,Tok Penghulu member keizinan.

Panglima Dermang pun bangun,menarik nafas dalam-dalam,kemudian memberi salam dengan suara yang lantang,Assalamualaikum,semua! Salamnya dijawab oleh para penonton dan suasana bertukar menjadi sepi,masing-masing ingin melihat adegan selanjutnya. Hamba Datuk Panglima Dermang dari istana Kota Naga,Panglima Dermang memperkenalkan dirinya.Hamba membawa titah perintah dari Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Rijaluddin Muhamad Syah,sultan yang memerintah negeri kita sekarang ini.Panglima Dermang diam sejenak sambil membetulkan kedudukan keris panjang yang tersisip kukuh di celah bengkung merahnya,kemudian menyambung,Perbuatan anak-anak muda di sini mempelajari seni silat di bawah pimpinan Tok Penghulu adalah bertepatan dengan kehendak baginda Sultan. Baginda mahu semua rakyat negeri ini bersiap-siaga untuk menghadapi peperangan. Negeri kita diancam musuh. Kompeni Belanda yang dibantu oleh Angkatan Perang Acheh dan Siam akan menyerang kita bila-bila masa sahaja. Oleh itu,pertahankanlah bumi Kedah yang kita cintai ini hingga ke titisan darah yang terakhir! Allahuakbar!sahut anak-anak murid Tok Penghulu,disambut pula oleh para penonton tiga kali berturut-turut. Hamba bangga dengan semangat waja tuan-tuan semua,ujar Panglima Dermang terharu.Untuk menguatkan lagi barisan pertahanan kita,hamba dengan rasminya melantik sahabat hamba Abdul Jalil sebagai ketua menjaga keselamatan kampong ini. Seperti yang dijangka,pengumuman itu disambut dingin oleh mereka yang hadir.Masingmasing diam membisu.Tok Penghulu sendiri berubah air mukanya. Panglima Dermang pun menjemput Jalil dan Bujang berdiri bersamanya. Pak Guru Abdul Jalil akan dibantu oleh anaknya Bujang mengajar Silat Sendeng, bermula dengan kampung ini,seterusnya ke kampung-kampung lain di seluruh negeri Kedah.Demikian kehendak dan titah perintah baginda Sultan. Tok Penghulu bangun menghampiri Panglima Dermang.Bagaimana dengan hamba, Datuk Panglima?dia melemparkan pertanyaan bertubi-tubi.Apakah Silat ini tidak cukup bagus? Tidakkah nanti akan memecah-belahkan rakyat jelata? Hamba hanya menyampaikan titah perintah baginda Sultan,Panglima Dermang menegaskan.Untuk makluman semua,sewaktu di Johor dulu,Pak Guru Jalil bergelar Orang Kaya Seri Bija Di Raja.Kami berjuang bersama para pendekar dan hulubalang Melayu lain menentang Portugis di Kota Melaka.Berperang dan membunuh adalah pekerjaan kami! Suasana menjadi sepi,tidak ada yang berani bersuara. Para penonton memandang Jalil dengan penuh kekaguman. Tiba-tiba Perkasa bangun menghampiri ayahnya. Bagaimana dengan Bujang?dia bertanya sambil memerhati Panglima Dermang dari ekor mata.Layakkah dia?Setahu hamba,dia tak pernah belajar silat. Bujang hendak menjawab tetapi ditahan oleh Panglima Dermang. Bujang anak Pak Guru Jalil,tentulah dia belajar secukupnya dari ayahnya,Panglima Dermang membela.Sementelah lagi,dia turut merantau ke Acheh selama enam tahun untuk menambah ilmu di dada. Hamba rasa dia cukup layak memikul tanggung-jawab ini. Tunjukkan kehandalannya,baru hamba percaya,Perkasa mencabar. Panglima Dermang terdiam. Dia menoleh ke arah Tok Penghulu seperti meminta pandangan tetapi Tok Penghulu seolah-olah merestui kata-kata anaknya. Panglima Dermang pun mengangkat bahu lalu menyerahkan perkara itu kepada Bujang. Aku tidak suka mencabar,Perkasa,tegas Bujang setelah melihat ayahnya mengangguk memberi keizinan.Akan tetapi,aku juga tidak suka dicabar. Dipersilakan,wahai Pendekar Bujang,pelawa Perkasa dalam sindiran. Tanpa teragak-agak,Bujang pun mengikut Perkasa ke tengah gelanggang. Kerana kau tak bersenjata,aku akan menyerangmu dengan tangan kosong,jelas Perkasa lalu merendahkan badan memasang kuda-kuda tanda bersedia.

Bujang tidak pedulikan gelagat Perkasa itu.Sebaliknya dia menghampiri kawah yang berisi minyak panas. Diceduknya minyak itu sedikit dengan tangannya lalu disimbah ke arah Perkasa.Demi terkena percikan minyak panas di kakinya,Perkasa tiba-tiba terloncat kepanasan. Para penonton terkejut. Mana ilmu kebalmu?Bujang bertanya tenang,sindirannya halus. Bukan main marah lagi Perkasa kerana dimalukan begitu di hadapan khalayak ramai. Dia sudah lupa janjinya untuk hanya bermain tangan kosong. Sambil membuka bunga silat,dia melepaskan satu pukulan jurus ke arah Bujang.Ramai yang menyangka pasti Bujang akan terkulai maut di situ juga atau sekurang-kurangnya muntah darah. Bujang bertahan dengan kedua-dua tapak tangannya dihala ke arah Perkasa,badannya bergoyang sedikit seperti ditiup angin namun kakinya tidak berganjak walau seinci. Tiba-tiba dengan izin Allah Taala,Perkasa terpelanting ke belakang,ilmu jurus yang ditujukan kepada Bujang memakan dirinya sendiri. Dia jatuh menggelepar seperti ayam disembelih,nafas-nya tercungap-cungap. Tok Penghulu menerkam ke arah anaknya dengan cemas,sempat ditoleh ke arah Bujang dengan rasa marah yang tidak terhingga. Bujang tetap tercegat di tempatnya sambil berpeluk tubuh. Sekonyong-konyong,Perkasa mencabut keris di pinggang ayahnya,lantas bingkas bangun menerpa ke arah Bujang bagaikan harimau lapar. Bujang!salah seorang rakan Perkasa menjerit sambil melontar sebilah golok kecil. Bujang mengelak tikaman Perkasa yang datang seperti peluru derasnya sambil menangkap golok yang dilontar.Melihat tikamannya terbabas,Perkasa bersedia untuk menyimbat kerisnya. Sekelip mata kemudian,golok di tangan Bujang menghiris dada Perkasa. Perkasa mengaduh kesakitan sambil menekap dadanya.Bila tangannya diangkat, dia cemas melihat luka di dadanya.Ayah! Perkasa!sekali lagi Tok Penghulu menyerbu mendapatkan anaknya. Jangan bimbang,Perkasa,tegas Bujang dengan tenang.Hanya kulitmu yang luka. Panglima Dermang tampil ke sisi Bujang.Kamu semua sudah berpuas hati?jerkahnya lantang ke arah penonton.Ilmu di dada,jika digunakan untuk berbangga,inilah akibat-nya! Sekarang mari kita bersatu semula!Lupakan angkara dan sengketa! Panglima Dermang membawa Bujang mendapatkan Perkasa dan Tok Penghulu. Jika ada salah-silap,jangan disimpan di dalam hati,ujar Panglima Dermang menghulurkan tangan memohon maaf dari Tok Penghulu.Tok Penghulu menerima maaf yang dipinta. Bujang mencontohi perbuatan Panglima Dermang.Mulanya Perkasa agak keberatan,namun setelah melihat ayahnya angguk kepala,dia mencapai tangan Bujang yang dihulurkan dan mereka berpelukan tanda bermaaf-maafan. Inilah yang ingin hamba lihat,tegas Panglima Dermang bangga sambil memaut bahu Tok Penghulu. Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh!Sekarang,marilah kita eratkan tali siratulrahim antara kita,sama-sama kita hadapi musuh durjana. Keesokan harinya selepas menunaikan sembahyang subuh bersama ayahnya dan Panglima Dermang di ruang tetamu,Bujang bersiap-siap hendak ke hutan. Dia membawa golok dan beliung bersama. Nak ke mana ni,Bujang?tegur Panglima Dermang yang muncul bersama ayahnya entah dari mana.Kami baru sahaja berjalan-jalan memeriksa barisan pertahanan kita. Cadang hamba nak ke hutan,Datuk,ujar Bujang penuh hormat.Nak mencari batang nibung untuk dibuat bilah anak panah. Jangan lama sangat,pesan ayahnya.Datuk Panglima ini ada hal penting nak dibawa berbincang dengan kau. Oh ya,ambil ini,Jalil menghulurkan sebilah keris pendek dan sepasang kerambit kepada Bujang.Keris pendek itu bersarung dan berhulu gading bertatahkan batu-batu permata aneka warna. Apa ini,ayah?Bujang tercengang. Sudah sampai masanya kau memiliki senjata itu,Bujang,jelas Jalil ringkas.

Kau memang berhak memilikinya,tambah Panglima Dermang pula penuh erti. Tanpa banyak soal-jawab,Bujang terus menyisip keris itu ke pinggang,kedua-dua bilah kerambit disembunyikan di dalam kain ikat pinggang.Selepas bersalam dengan mereka berdua,Bujang pun beredar pergi. Dia melalui batas bendang menuju ke arah pinggir hutan.Sampai di kawasan dusun yang bersempadan dengan hutan,tiba-tiba dia terserempak dengan seorang gadis. Oh,Kak Teratai rupanya,tegur Bujang malu-malu.Buat apa di sini pagi-pagi buta begini,Kak? Mencari pucuk ubi kayu untuk dibuat ulam,ujar Teratai lembut. Terima kasih kerana memberi golok semalam,Bujang menuturkan. Sama-sama,balas Teratai.Kakak memang tak sampai hati melihat Bujang tidak bersenjata melawan Perkasa.Lagipun,Perkasa mungkir janji. Lupakan saja apa yang berlaku,Kak,jawab Bujang.Hamba pergi dulu,ya? Yalah,Bujang,tingkah Teratai lemah-lembut,jelingan matanya penuh bermakna. Tanpa menyedari apa-apa,Bujang bergegas meninggalkan Teratai.Jelingan mata Teratai menghantar Bujang sehingga Bujang tidak kelihatan lagi,senyuman manis tidak lekang dari bibirnya. Di halaman rumah,Kuntum juga tersenyum sendirian sambil memberi makan ayam. Namun,meskipun matanya memandang ke situ,hati dan perasaannya bagaikan berada di tempat lain.Kerana terlalu asyik melayan perasaan,tidak disedari kedatangan emaknya. Apa yang kau senyumkan pagi-pagi buta begini?tanya Siti pada anaknya. Kuntum tersentak dari lamunan.Tak ada apa-apa,Mak,dia berdalih.Saja Kuntum tertarik melihat telatah ayam-ayam tu. Mak nak ke sungai membasuh,jawab Siti sambil menjinjing bakul berisi pakaian yang hendak dibasuh.Kalau Perkasa datang bersama ayahnya,jangan nak menggatal pula.Cepatcepat pergi panggil Mak. Kuntum terkejut tetapi tidak berkata apa-apa. Untuk menutup perasaannya,dia segera menabur padi sambil berkeriuk memanggil ayam-ayam mengisi tembolok. Teringat kata-kata emaknya,dia termenung seketika. Perkasa?Jauh panggang dari api,rungutnya sendirian meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Sampai di tepi sungai,Siti melihat tiada sesiapa di situ. Ternyata dia yang paling awal, Orang lain belum lagi nampak batang hidung. Dia pun memunggah kain-baju dari dalam bakul dan mula membasuh di pinggiran batu.Tanpa disedarinya,beberapa pasang mata sedang memerhati dari celah belukar. Mata yang memandang penuh bernafsu bertambah ghairah bila melihat Siti duduk mencangkung,punggungnya yang bulat bergerak-gerak setiap kali dia menyental pakaian di atas batu. Tambah menghairahkan melihat Siti hanya berkemban,menampakkan pangkal dada yang membengkak. Masih genit,bisik seorang lelaki dalam pelat bahasa yang agak asing. Persis perawan,bisik rakannya pula,juga dengan pelat bahasa yang sama. Apa ditunggu lagi,ayuh kita kenduri dia,rakan lain pula menyarankan. Siti yang tidak menyedari bencana yang menanti merasa tubuhnya dipeluk dari belakang oleh sepasang tangan yang kuat.Bila dia cuba menjerit meminta tolong,mulut-nya pula ditekup rapat-rapat. Badannya diseret beramai-ramai ke kawasan lapang di balik belukar. Kain batiknya diselak ke atas,pahanya direnggangkan.Dia cuba menggelupur tapi apakan daya tenaganya tidak mampu melawan tenaga lima-enam orang lelaki asing itu. Seorang lelaki bermisai dan berjambang melondehkan seluarnya lalu melutut di celah kangkang Siti.Tiba-tba Siti merasa satu tusukan yang amat menyakitkan apabila lelaki itu menghentakkan punggungnya ke celah kangkang Siti.Siti menjerit,meraung dan meronta-ronta ingin melepaskan diri,namun suaranya tenggelam dalam kerongkongnya sendiri. Lelaki itu terus menghentak-hentak punggungnya dengan penuh rakus.Sebentar kemudian, dia

mengeluh,matanya terkebil-kebil penuh nikmat.Dia bangun sambil tersenyum puas mengenakan semula seluarnya.Tempatnya diambil alih oleh rakannya pula. Siti hanya mampu melihat dirinya diperkosa seorang demi seorang oleh lelaki-lelaki asing itu. Mula-mula terasa sakit bukan kepalang.Tetapi,lama-kelamaan,dia tidak merasa sakit lagi, sebaliknya dia merasa dirinya bagaikan hanyut dan terus hanyut ke alam impian yang begitu mengasyikkan.! Bujang yang lalu di kawasan itu tiba-tiba terhenti apabila cuping telinganya mendengar suara orang mengeluh dari balik belukar. Dia segera menghampiri belukar itu. Demi terpandang sahaja perbuatan biadap yang berlaku di depan matanya,badannya terus menggeletar menahan rasa geram yang membuak-buak. Beliung di tangannya dibaling sekuat hati,tepat menembusi kepala lelaki keparat yang sedang menggomoli perempuan itu. Belum sempat lelaki-lelaki lain menyedari apa yang berlaku,Bujang terus menerpa dengan golok terhunus di tangan,menetak dan menikam,memarang dan menyimbat dengan tidak membilang lawan lagi. Musuh-musuhnya tumbang macam batang pisang. Sedar-sedar dia tercegat sendirian dengan musuh-musuh bergelimpangan,ada yang terburai perut,ada juga yang hamper putus kepala. Dia tercegat dengan golok berlumuran darah. Dilihatnya perempuan yang menjadi mangsa perkosa itu sudah pengsan. Disarungkan goloknya,lekas-lekas dihampiri perempuan malang itu. Mak?terpancut kata-kata itu. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Bujang menarik nafas panjang mengawal perasaan marahnya.Dicapainya kain batik yang terdapat di situ.Ketika hendak menutup tubuh-badan emaknya,dia terpandang kesan-kesan lebam dan sisa-sisa air mani berlendir putih yang masih bertakung.Lekas-lekas dia memalingkan mukanya ke arah lain sambil menyelubungi badan emaknya dengan kain itu. Dia bingkas bangun mengamati mayat-mayat itu,rasa geramnya kembali memuncak. Baru tangannya mengepal hulu golok,kedengaran suara emaknya mengeluh lemah. Dia segera berlutut mendapatkan emaknya.Mak! Bujang..!suara emaknya begitu lemah,matanya kuyu. Mak tak apa-apa,hanya pengsan,Siti berbohong bila Bujang cuba mengangkatnya. Kau pergi ke sana,jangan pandang ke sini. Bujang pun berundur beberapa langkah membelakangi emaknya.Fikirannya berkecamuk mengenangkan peristiwa yang baru berlaku.Hatinya bercampur-baur antara geram dan sedih,geram kerana perbuatan biadap lelaki-lelaki itu dan sedih kerana emaknya telah ternoda. Kau nampak apa yang berlaku,Bujang?tanya Siti pada anaknya. Bujang melihat emaknya sudah memakai semula kain kembannya,rambutnya yang kusutmasai sudah dibetulkan. Air mata mengalir membasahi pipinya. Tidak,Mak,Bujang berbohong. Siti tahu anaknya berbohong.Dia memandang Bujang lama-lama,mata mereka bertembung.Demi menjaga maruah Mak dan ayahmu,rahsiakanlah apa yang telah kau nampak,terketar-ketar suara Siti.Biar pecah di perut,jangan pecah di mulut. Bujang bersumpah,Mak.,suara Bujang juga terketar-ketar. Sekarang,pergi cari Ayahmu,maklumkan pada Datuk Panglima atau Tok Penghulu,Siti memeluk Bujang sambil teresak-esak menahan sedu.Mak nak pergi mandi. Bujang segera berlari meminggalkan emaknya. Pagi itu juga mayat-mayat itu diusung dan diletakkan di halaman rumah Tok Penghulu.Penduduk kampung datang berpusu-pusu untuk menyaksikan mayat-mayat yang tidak dikenali itu. Kehandalan Bujang membunuh lima orang musuh sekali gus menjadi buah mulut orang,baik di kalangan dewasa,apa lagi di kalangan anak-anak muda yang sebaya dengannya. Siapa kenal mereka ini?tanya Tok Penghulu kepada penduduk kampung. Tiada siapa yang menjawab,masing-masing menggelengkan kepala. Orang luar,sahut Jalil yang sama-sama menguruni mayat-mayat itu.

Memang orang luar,Panglima Dermang mengesahkan.Melihat pada cara pakaian mereka,hamba yakin mereka merupakan soldadu Belanda. Kalau mereka soldadu Belanda,kenapa kulit mereka sawo matang?tanya Perkasa, Jangan jadi bodoh,herdik Tok Penghulu pada anaknya.Mereka hanya askar-askar upahan Belanda.Mereka berasal dari Kepulauan Melayu juga. Mungkin dari Pulau Rempah atau Pulau Perca,Jalil pula memberi pandangan. Masa zaman Portugis dulu,orang-orang dari sana ramai juga yang menjadi perajurit upahan. Tak mustahil mereka memilih Belanda pula setelah Portugis kalah. Yang itu orang Acheh,Ayah,sampuk Bujang yang berdiam diri sejak tadi.Bujang kenal melalui rencong yang dibawanya. Betul katamu,Bujang,balas Jalil setelah melihat dengan teliti.Yang itu pula, melihat pada cacah dilengannya ialah orang Siam. Jadi,memang sah Belanda sudah bergabung dengan Acheh dan Siam,mereka sudah berada di perairan kita,Panglima Dermang berpaling ke arah Tok Penghulu dan sahabatnya Jalil.Kerahkan semua penduduk kampung,dirikan kubu,buat barisan pertahanan! Hamba akan kembali ke istana memohon bantuan pendekar dan hulubalang mempertahankan Kuala Kedah ini. Bila Datuk Panglima hendak berangkat?tanya Tok Penghulu. Sekarang juga,tegas Panglima Dermang.Bujang,kamu ikut Datuk sebagai teman. Padamu,Jalil,aku serahkan keselamatan kampung ini semasa ketiadaanku.Pegang amanah ini baik-baik. Tok Penghulu boleh bantu Pak Guru Jalil. Jalil memandang pada Tok Penghulu dan sama-sama mengangguk tanda setuju. Bujang,pergilah berkemas,pinta Panglima Dermang.Kita akan bertolak ke istana Kota Naga pagi ini juga. Tidak lama kemudian,Bujang and Panglima Dermang berperahu mudik ke hulu. Bujang berpakaian seperti kebanyakan orang kampung dengan berselimpang kain pelikat dan berikat pinggang,rambutnya yang agak panjang menutup telinga dibelit dengan semutar. Bezanya dia membawa keris pendek berhulu gading,lambang darah bangsawan.Salah satu kerambitnya tersorok dalam ikat pinggang,sebilah lagi sudah dihadiahkan pada Kuntum.Dia turut membawa bungkusan berisi kain persalinan. Mereka sama-sama berdayung dengan Panglima Dermang duduk di hadapan sebagai penunjuk jalan sementara Bujang di belakang sebagai pengemudi.Oleh kerana waktu itu air pasang,mudahlah mereka berdayung tanpa perlu menongkah arus.Perahu mereka meluncur dengan laju menghala ke hulu Sungai Kedah. Sepeninggalan anaknya bersama sahabat lamanya,Jalil yang mula dipanggil Pak Guru oleh penduduk kampung tidak membuang masa lagi. Kepada kaum lelaki yang masih bertenaga telah diberi tugas membina kubu dan menggali parit di sekitar kawasan kampung di keduadua tebing sungai.Kubu dibina dengan menggunakan batang nibung dan batang buluh,kota tua yang diperbuat daripada batu oleh orang-orang dahulukala turut sama dibaiki. Pagar duri dipasang. Parit yang digali dipacak dengan buluh-buluh runcing,ditutup dengan daun pisang serta ditaburi pasir supaya tidak kelihatan oleh musuh. Kawalan rapi diadakan sepanjang masa di pintu-pintu masuk.Kaum perempuan pula diberi tanggung-jawab menyediakan makanminum di samping tugas tambahan meraut bilah nibung untuk dijadikan anak panah.Parang, golok,lembing dan semua senjata diasah serta dikilir tajam-tajam. Kanak-kanak dan warga tua tidak lagi bebas berjalan-jalan,sebaliknya disuruh berada di rumah masing-masing. Pak Guru dan Tok Penghulu bergilir-gilir mengawasi setiap pekerjaan. Menjelang tengahari,mereka berhenti rihat sekejap,kemudian menyambung semula pekerjaan mereka hingga ke petang. Petang itu,Panglima Dermang dan Bujang berhenti di satu kawasan lapang di tebing sungai.Selepas mengerjakan sembahyang,mereka membuka bekalan yang dibawa lalu duduk di atas akar banir mengalas perut. Mereka tidak bercakap-cakap, masing-masing diam melayan fikiran sendiri. Selesai menjamu selera,mereka meneruskan perjalanan dengan perahu mudik ke hulu.

Selama di Tanah Acheh,apa yang kamu pelajari,Bujang? tanya Panglima Dermang sambil mendayung perahu bersama Bujang. Ilmu persilatan,Datuk,jawab Bujang. Selain dari ilmu persilatan?Panglima Dermang cuba mengorek rahsia. Ilmu tarekat,Datuk,ujar Bujang.Kami diajar membersihkan hati dengan zikrullah, mudahmudahan tercapai maqam yang tertinggi dalam persulukan. Tarekat dari mana?Naqsyabandiah?tanya Panglima Dermang lagi. Tarekat yang dibawa oleh Wali Sembilan,Bujang menerangkan.Tarekat ini bersandarkan ajaran Sultanul Aulia Sheikh Abdul Qadir Jailani. Panglima Dermang angguk kepala tanda faham.Siapa guru tarekatmu? Sheikh Abdullah,balas Bujang.Dikenali juga sebagai Tok Serban Hijau ataupun Tok Haji Putih. Tok Haji Putih penjaga Gunung Jerai?tanya Panglima Dermang,terkejut. Ya,katanya dia memang berasal dari Gunung Jerai,Bujang mengiyakan. Tahukah kamu siapa Sheikh Abdullah?bila Bujang menggeleng kepala,Panglima Dermang meneruskan.Dialah yang mengIslamkan Maharaja Derbar Raja,sultan Kedah yang ke Sembilan.Maharaja Derbar Raja kemudian menukar namanya menjadi Sultan Muzaffar Shah,sultan Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Kisah ini berlaku kira-kira 500 tahun yang silam. Bujang tidak menjawab,sebaliknya mendengar dengan teliti segala yang disampaikan oleh Panglima Dermang. Sheikh Abdullah kembali ke rahmatullah ketika menjalankan titah sultan membina menara azan di puncak Gunung Jerai,Panglima Dermang bercerita lagi.Jenazahnya dikebumikan di Padang Tok Sheikh dan masih ada lagi di sana sampai sekarang. Bujang masih berdiam diri,hanya tangannya tidak henti-henti mendayung. Kalau Sheikh Abdullah sudah meninggal dunia,soalnya sekarang siapa yang mengajarmu ilmu tarekat di Acheh,bidas Panglima Dermang.Masakan orang sudah mati boleh hidup kembali. Sheikh Abdullah masih hidup di alam ghaib sebagai Wali Allah,Bujang menjawab tenang.Dek kerana maqamnya terlalu tinggi,dia juga mampu menjelma di alam nyata bercampur-gaul dengan manusia biasa. Kamu yakin itu Sheikh Abdullah?tempelak Panglima Dermang. Mungkin syaitan atau jin yang menyamar dan mengaku sebagai Sheikh Abdullah.Syaitan boleh menjelma menjadi siapa sahaja kecuali Nabi Muhammad s.a.w. Syaitan tidak sama dengan Wali Allah,Bujang membela dirinya. Tapi,syaitan boleh menyamar menjadi Wali Allah,tingkah Panglima Dermang. Hanya jauhari yang mengenal maknikam,Bujang terus membela diri.Datuk bersoal-jawab perkara ghaib bersandarkan pandangan akal.Walhal,akal kita sangat terhad. Sebab itulah guru hamba melarang keras perkara ini dibawa berbincang, kelak menambah keliru.Begitulah yang telah terjadi kepada Al-Halaj dan Sheikh Siti Jenar sehingga mengorbankan nyawa mereka. Panglima Dermang terdiam,terkesima dengan penerangan Bujang yang panjang-lebar itu.Dia mula kagum dengan ilmu yang ada pada Bujang. Hamba juga berguru dengan Sheikh Amiruddin Sheikh Abdurrauf Al-Fansuri atau dikenali sebagai Sheikh Kuala,tambah Bujang menguatkan hujah-hujahnya. Di mana kau menetap semasa menuntut ilmu di Acheh?tanya Panglima Dermang. Di Singkel,ujar Bujang.Madrasah Dayah Simpang Kanan.Puteri Seri Alam Permaisuri yang menanggung segala perbelanjaan hamba ketika di sana.

Puteri Seri Alam itu ialah Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah,Ratu Acheh yang mengambil-alih kuasa selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani yang berasal dari Pahang Inderapura,ulas Panglima Dermang dengan penuh kekaguman.Kalau kau dibiayai baginda, tentu kau bukan sebarang orang,Bujang. Senjakala telah berlabuh di Kuala Kedah ketika Kuntum menghayun langkah ke perigi tidak jauh dari rumahnya untuk mengambil air sembahyang. Perigi yang dipagari atap nipah itu kelihatan samar-samar sahaja lantaran dinaungi pepohon rendang.Bulan belum menampakkan diri di balik awan. Meskipun keselamatan kampung masih terkawal rapi,hati Kuntum berdebar-debar ketika menghampiri perigi itu,bulu romanya tegak berdiri seperti ada sesuatu yang tidak kena.Namun,dilawan perasaan gusarnya,digagahi juga.Dia terus mencapai timba upih,lantas mencedok air perigi yang jernih itu.Tiba-tiba dari belakangnya kedengaran orang berdehem. Sepantas kilat,dia menoleh ke arah suara itu,Perkasa tercegat berpeluk tubuh di pintu pagar,mulutnya tersenyum lebar. Seorang diri sahaja,Kuntum?sindir Perkasa. Ya,Perkasa,balas Kuntum selamba.Nak ambil air sembahyang. Tak elok anak dara sunti macam kau seorang diri senja-senja begini,Perkasa mula merapati Kuntum.Bujang tidak ada di sini,biar aku temankan kau. Janganlah buat aku begini,Perkasa,Kuntum merayu bila Perkasa cuba memegang tangannya.Kalau orang kampung nampak,tak manis. Kenapa pula tak manis?Perkasa cuba membelai rambut Kuntum yang panjang terhurai tetapi tangan ditepis oleh Kuntum.Tak lama lagi kau akan jadi tunangku. Orang tua kita sudah berunding,hanya menanti hari yang sesuai untuk kusarungkan cincin ke jari manismu,Kuntum. Aku tak mahu,bentak Kuntum.Aku sudah ada yang punya. Oh,tak mahu,ya?Biar aku ajar kau sampai kau mahu!Perkasa terus menyambar tangan Kuntum,dikilasnya tangan itu ke belakang.Dia merapatkan mukanya untuk mencium pipi Kuntum yang gebu itu. Perkasa!suara halus tiba-tiba menengking dari tepi perigi. Perkasa terkejut melihat kakaknya Teratai datang.Niat jahatnya terpaksa dilupakan. Apa kakak buat di sini?dia bertanya keras. Jangan kurang ajar dengan Kakak,Perkasa,marah Teratai menghampiri mereka berdua.Sebelum orang lain nampak,baliklah. Kau tak ada maruah,Perkasa?Buat malu Ayah dengan Mak sahaja! Kakak jangan cari pasal,Perkasa memberi amaran,tidak mahu berganjak dari situ. Kau nak lawan Kakak,silakan,Teratai menyingsing lengan bajunya dan mengikat selindang ke pinggang.Jangan ingat Kakak takut. Langkah mayat Kakak dulu kalau kau hendak berjahat dengan Kuntum! Perkasa masih berdegil,kakinya tidak berganjak walau sejengkal. Baliklah,Perkasa,tiba-tiba kedengaran suara Bujang dari balik pagar. Kuntum dan Teratai terkejut.Perkasa lebih-lebih lagi terkejut. Bu..Bujang?Perkasa tergagap-gagap.Bukankah..kau..kau! Baliklah sebelum badanmu bermandi darah,tegas suara Bujang lagi. Perkasa terus lari susup-sasap meninggalkan kawasan perigi itu. Kakak balik dulu,Kuntum,Teratai tersipu-sipu minta diri Kuntum hanya angguk kepala,perasaannya masih terkejut dengan kehadiran abangnya yang tidak sangkasangka.Cepat pula abangnya balik dari istana. Abang,dia menyeru riang,lantas lari ke sebalik pagar perigi untuk menemui abangnya.Lagi sekali dia terkejut.Tiada sesiapa di situ.Abang?Abang..!

Kuntum..!Bujang tersentak lalu membuka matanya. Sambil menggenyeh-genyeh matanya,dia memerhati ke sekeliling.Segera dia sedar di mana dia berada sekarang. Hai,Bujang,tegur Panglima Dermang sambil tersenyum.Kalau pun bercinta, masakan terbawa-bawa ke dalam mimpi. Dilihatnya Panglima Dermang masih mendayung.Hari sudah pun senja. Maafkan hamba,Datuk,Bujang mencapai kayu pendayungnya dan mula mendayung.Hamba keletihan tadi,terlelap pula. Tak apa,Bujang,balas Panglima Dermang tenang.Kita sudah hampir sampai. Istana Kota Naga?tanya Bujang dengan gembira. Bukan,Panglima Dermang tergelak.Ini Kampung Anak Bukit.Dari sini kita terpaksa ikut daratan. Perahu kita terpaksa ditinggalkan sahaja di sini. Kita berjalan kaki,Datuk?tanya Bujang.Gelap ni. Bulan belum terbit. Kita singgah sekejap di teratak Tok Peran,Panglima Dermang menjawab.Tok Peran penjaga binatang kenaikan Sultan dan kaum-kerabat baginda.Bolehlah kita pinjam gajah atau kuda untuk ke istana. Hah?Ga..ga..gajah?Bujang terperanjat,suaranya tergagap-gagap. Panglima Dermang ketawa kecil.Kenapa,Bujang?Kau takut gajah? Bukan takut,Datuk,Bujang memberi alasan.Cuma..hamba belum pernah menunggang gajah,apa lagi kuda. Kalau kau hendak jadi panglima,kau kena belajar menunggang gajah dan kuda. Kalau begitu,tak jadi panglima pun tak mengapa,balas Bujang. Panglima Dermang ketawa terbahak-bahak mendengar alasan yang dianggap lucu itu. Bujang hanya tersenyum pahit. Kita mendarat di sana,Panglima Dermang menuding ke arah kawasan lapang di tebing sungai itu. Mereka membelok haluan perahu lalu sama-sama mendayung menghala ke sana.Sebaik sahaja perahu mencecah tebing,Bujang terus melompat ke darat,diikuti oleh Panglima Dermang. Tempat ini sesuai benar dibuat tapak istana,kata Bujang memerhati sekitar sambil menggalas bungkusan pakaiannya. Mungkin juga,Panglima Dermang menambat perahu ke pelepah nipah dan turut sama memerhati kawasan sekitar.Jika benar telahan kamu,akan Datuk persembahkan ke bawah Duli Baginda. Ayuh,kita ke teratak Tok Peran. Bujang bergegas mengekori Panglima Dermang melalui sebatang denai yang bengkangbengkok seperti ular dipalu. Tiba di tempat yang dimaksudkan,Tok Peran sedang leka menyalakan unggun api untuk menghalau nyamuk dan agas.Beberapa ekor gajah dan kuda kelihatan berhampiran teratak beratap rumbia itu.Gajah-gajah telah dirantai ke perdu pokok,pergelangan kaki dipasang simpai.Kuda pula berada dalam kandang buluh,sedang mengunyah rumput. Demi terpandang wajah Panglima Dermang,Tok Peran terus tunduk menyusun sembah penuh takzim. Tok Peran,Panglima Dermang memegang bahu Tok Peran dan menyuruhnya berdiri.Ini sahabat baik hamba.Bujang namanya.Baru datang dari Kuala Kedah. Ya,Datuk,sahut Tok Peran,teragak-agak hendak bersalam dengan Bujang. Kami perlu ke istana dengan segera,Panglima Dermang terus menerangkan tujuan nya.Negeri kita dilanda mala petaka,musuh akan menyerang bila-bila masa. Hamba faham,Datuk,Tok Peran tunduk.Akan hamba sediakan kenaikan ke istana.Datuk pilih gajah atau kuda?

Gajah,jawab Panglima Dermang sambil tersenyum.Sahabat hamba ini belum biasa menunggang kuda. Hamba akan sediakan seekor gajah,Tok Peran juga tersenyum menampakkan giginya yang tinggal sebatang.Datuk berdua berihatlah dulu.Buatlah teratak buruk pacal hamba ini bak rumah sendiri. Selepas berihat seketika dan menunaikan sembahyang maghrib,mereka pula bertolak menaiki gajah yang digembala oleh Tok Peran. Perjalanan menempuh denai melalui hutan kecil,belukar,paya dan sawah-bendang membawa mereka ke sebuah kawasan perkampungan yang luas dengan rumah-rumah kediaman yang berselerak tidak tentu arah.Cahaya sang rembulan yang terang menampakkan istana Kota Naga tersergam megah di tengah-tengah rumah penduduk.Kawasan istana yang luas itu dikelilingi kubu batang nibung yang ditajamkan di hujungnya,tingginya kira-kira dua kali tinggi orang dewasa.Pintu gerbangnya ada dua,keempat-empat penjuru kubu itu didirikan balai kecil tempat para pengawal bertugas. Tiba di hadapan pintu gerbang yang dikawal oleh dua orang pengawal berlembing, gajah itu pun direndahkan badannya. Panglima Dermang dan Bujang menggelungsur turun dari belakang gajah. Setelah melambaikan tangan pada Tok Peran tanda berterima kasih,mereka berdua pun mendekati pintu gerbang itu.Dua pengawal yang bertugas itu hendak menyergah tetapi tidak jadi apabila mengenali Panglima Dermang.Datuk Panglima Dermang,tegur salah seorang pengawal.Selamat datang. Ke Bawah Duli Tuanku sedang bersidang dengan para pembesar di balai rong seri. Pucuk dicita ulam mendatang,balas Panglima Dermang.Mari,Bujang. Pintu gerbang dibuka. Mereka berdua pun masuk ke pekarangan istana yang luas itu. Panglima Dermang terus membawa Bujang menuju ke bangunan istana kayu yang agam itu. Dua orang pengawal berlembing yang mengawal pintu istana mengelak memberi laluan.Mereka menghala ke sebuah ruangan yang luas.. Dua orang lagi pengawal berlembing berjaga di pintu masuk ke balai itu. Persidangan yang sedang berjalan rancak itu berhenti apabila Panglima Dermang masuk bersama Bujang.Ikut apa yang Datuk buat,bisiknya pada Bujang. Bujang angguk tanda faham. Mereka pun mara selangkah,tunduk melutut menyusun jari sepuluh,bangun semula,mara lagi selangkah lalu tunduk melutut menyusun sembah. Tiga kali berturut-turut perbuatan itu diulang baru mereka berhenti di hadapan tahta di mana baginda Sultan sedang bersemayam. Baginda diapit oleh permaisuri dan putera sulongnya. Di kirikanan baginda duduk para pembesar dalam dua barisan. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun,sembah patik harap diampun,Panglima Dermang menyusun sembah.Patik bersama sahabat patik masuk mengadap,ampun Tuanku. Siapakah sahabatmu itu,Datuk Panglima?tanya baginda merenung Bujang. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun,sembah patik harap diampun,Panglima Dermang menyusun sembah lagi.Ada pun pacal sahabat patik ini namanya Bujang, berasal dari Kuala Kedah,berhajat memperhambakan diri ke bawah Duli Tuanku,ampun Tuanku. Beta sedang bersidang dengan para pembesar,titah baginda setelah puas mengamati Bujang.Walau bagaimana pun,hajat itu beta perkenankan.Bawa Si-Bujang ini berjumpa Ketua Hulubalang supaya diberi jawatan pendekar. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun,sembah patik harap diampun,Panglima Dermang menyusun sembah lagi.Sebelum patik menguruskan perkara perjawatan sahabat patik ini,patik mohon limpah perkenan Tuanku untuk mempersembahkan satu perkara penting yang menyentuh soal keselamatan negeri Kedah DarulAman ini. Beta baru sahaja berbincang dengan para pembesar tentang perkara keselamatan negeri kita ini,sahut baginda.Teruskan,Datuk Panglima Dermang Seri Wangsa. Panglima Dermang pun menerangkan apa yang telah berlaku di Kuala Kedah kepada baginda Sultan di hadapan semua pembesar yang hadir di balai rong seri itu. Diceritakan tentang ancaman baru dari Belanda,Acheh dan Siam. Diceritakan usaha memperkembangkan silat di

kampung itu yang dipelopori oleh Tok Penghulu dan kini diambil-alih oleh Pak Guru Abdul Jalil. Diceritakan juga kejayaan Bujang,anak Pak Guru,membunuh lima orang soldadu Belanda yang menceroboh kawasan kampung. Akhir sekali,Panglima Dermang memohon bantuan pendekar dan hulubalang untuk mempertahankan Kuala Kedah yang dianggap pintu masuk penting ke negeri ini. Suasana dalam balai rong seri itu sunyi sepi ketika Panglima Dermang bercerita, masing-masing memasang telinga mendengar dengan teliti,terutama sekali baginda Sultan.Jika sebelum ini Bujang tidak dipandang sebelah mata pun,ramai para pembesar mula memberi perhatian sebaik sahaja cerita itu tamat. Baginda Sultan sendiri tidak lepas-lepas memerhati Bujang dari atas tahtanya sambil berbisik-bisik dengan permaisuri serta putera sulongnya. Tunku Mat Akib,tiba-tiba titah baginda memecah kesunyian.Sebagai pemangku Bendahara,apa katamu dalam perkara keselamatan negeri kita ini? Tunku Mat Akib menyusun sembah dari tempat duduknya yang paling hampir dengan tahta.Ampun Tuanku beribu-ribu ampun,sembah patik harap diampun. Ada-pun keselamatan Negeri Kedah DarulAman ini berada dalam keadaan terkawal. Kota Siputih masih dijaga oleh Datuk Setia Raja dan Datuk Johan Pahlawan. Kota Ulu Merpah dijaga oleh Datuk Paduka Maharaja Pahlawan Berma Raja,Kota Bukit Meriam sampai ke Kerian dijaga oleh Datuk Tan Derma Dewa,manakala Pulau Langkawi masih dijaga oleh Datuk Seri Kerma Jaya.Tiada ancaman musuh yang diterima setakat ini.Kejadian di Kuala Kedah yang baru disampaikan oleh Datuk Panglima Dermang hanyalah perkara kecil yang tak perlu diperbesarbesarkan. Ampun Tuanku. Sembah durhaka patik sembahkan,Bujang menyampuk sambil menyusun sembah, perbuatannya mengundang jelingan tajam dari pemangku Bendahara.Pada akal bicara patik,perkara keselamatan bukan perkara kecil.Patik yakin semua pintu kuala di negeri Kedah ini sudah dikepung pihak musuh.Malahan,kawasan istana ini juga turut dikepung. Kata-kata Bujang itu mengejutkan baginda serta ramai pembesar lain. Bagaimana kamu tahu tentang perkara ini,Bujang?tanya baginda. Firasat patik,ujar Bujang dengan tenang.Firasat patik mengatakan begitu. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun,sembah patik harap diampun,Panglima Dermang cepatcepat mencelah bila para pembesar mula berbisik-bisik sesama sendiri.Patik sokong pandangan sahabat patik ini.Pada pengamatan patik,negeri ini memang sedang diancam Angkatan Perang dari luar.Dan,patik percaya kita semua sudah dikepung musuh,hanya khabar beritanya belum kita terima. Jika sudah demikian,hantar utusan ke seluruh pelusuk negeri pada malam ini juga, titah baginda kepada semua pembesar.Kerahkan semua pendekar dan hulubalang bersiapsedia.Letakkan meriam,lela dan rentaka di sekitar istana.Keluarkan bahan letupan,senjata serta kelengkapan dari gedung. Tiba-tiba Tunku Mat Akib menyusun sembah mencelah,Ampun Tuanku beribu-ribu ampun,sembah patik harap diampun.Usah duduk sebelum melunjur,mendengar guruh di langit air tempayan usah dicurahkan,ampun Tuanku. Apa salahnya kita sediakan payung sebelum hujan,baginda turut berkias.Bersurai semua. Semua pembesar menyusun sembah ketika baginda Sultan,permaisuri dan raja muda berangkat meninggalkan balai rong seri. Bujang juga tidak terkecuali.Alat bunyi-bunyian yang terdiri dari gendang,serunai dan gong kedengaran dari sudut balai. Setelah mereka bertiga pergi,barulah para pembesar bangun dan bersurai meninggalkan tempat duduk masing-masing.Bunyi-bunyian pun dihentikan. Bujang,mari ikut Datuk,Panglima Dermang mengajak Bujang.Bujang dibawa keluar dari bangunan istana dan ditunjukkan balai tetamu.Tunggu di sini.Datuk hendak menemui Ketua Hulubalang tentang jawatanmu.

Bujang patuh pada arahan Panglima Dermang.Setelah Panglima Dermang menghilang semula ke dalam istana,Bujang termangu-mangu seorang diri di balai tetamu itu. Dia pun merebahkan badan di atas tikar mengkuang,bungkusan pakaiannya dijadikan bantal.Baru terasa letih setelah sehari suntuk mengembara meninggalkan kampung-halamannya.Akhirnya,dia terlelap. Di Kuala Kedah,Kuntum masih belum tidur meskipun malam kian larut.Suasana sunyi sepi kecuali bunyi dengkuran emaknya dari bilik sebelah. Ayahnya keluar menjaga keselamatan kampung.Bila teringatkan Bujang,dia meraba ke bawah bantal lalu mengeluarkan sebilah kerambit pemberian abangnya itu. Kerambit itu lebih kecil dan sesuai dipakai sebagai cucuk sanggul. Kuntum bangun menguak jendela.Alam di luar jendela cerah bermandikan cahaya bulan.Dihunusnya kerambit itu.Dengan bantuan cahaya bulan,dia memeriksa mata kerambit yang tajam bak sembilu itu. Kerambit itu disarungkan semula.Dia termenung di jendela mengenangkan abangnya yang jauh di istana. Rasa sebak menyebabkan airmatanya mengalir perlahan-lahan tanpa disedari.Kasih-sayang pada abangnya begitu mendalam,namun tiada tempat untuk dicurahkan perasaan itu.Untuk menceritakan pada ibu dan ayahnya,dia segan. Untuk meluahkan pula pada Bujang,..ah,dia malu.Kadangkala terlintas juga dalam hatinya bahawa dia tidak akan kahwin selagi belum menemui calon suami seperti abangnya.Kalaulah Bujang bukan abangnya! Melihat bulan terang di langit,Kuntum mendapat satu akal. Dia menutup jendela. Dalam kegelapan bilik itu,dia menukar pakaian.Kemudian,dia menikus keluar dari biliknya,kakinya hati-hati memijak lantai supaya tidak berbunyi dan boleh mengejutkan emaknya yang sedang nyenyak. Sampai di muka pintu,perlahan-lahan dibuka pintu itu,perlahan-lahan pula ditutupnya. Langkahnya senyap menuruni anak tangga. Berpijak sahaja di tanah,dia menarik nafas lega. Cepat-cepat dia beredar meninggalkan kawasan halaman rumah itu. Kuntum faham benar selok-belok kampung itu. Setiap lorong,setiap denai,setiap lopak diketahuinya.Tambahan pula malam itu bulan terang.Sebentar sahaja dia sudah tiba di rumah Tok Penghulu yang terletak di tengah perkampungan itu. Namun,dia tidak menuju ke tangga.Sebaliknya dia menghampiri sebuah bilik di hujung sekali. Setelah memastikan tiada sesiapa di situ,dia pun memanjat tiang lalu berdiri di atas pelapik tiang.Kak!Kak Teratai!serunya perlahan sambil mengetuk jendela. Sebentar kemudian,jendela terbuka sedikit.Kuntum? Ya,Kak,bisik Kuntum,matanya liar melihat kalau-kalau ada orang datang.Ada hal sikit. Nanti Kak turun,bisik Teratai lalu menutup semula jendela. Kuntum turun dari tiang dan menunggu di bawah rumah.Sebaik sahaja Teratai menjelma,Kuntum terus memegang tangannya mengajak pergi ke suatu tempat. Mereka memilih kawasan sawah kerana kawasan pantai dikawal orang. Apa halnya malam-malam buta begini?tanyta Teratai. Bagaimana rasanya orang berkahwin?Kuntumk bertanya kembali. Itu yang nak ditanya?Teratai tertawa kecil.Manalah Kakak tahu,Kuntum. Tak tahu?Bukankah Kak pernah berkahwin?Kuntum kehairanan.Kak janda. Memang Kakak seorang janda,balas Kuntum.Janda berhias. Kuntum kurang faham, Memang Kuntum takkan faham,Kuntum baru berusia 12 tahun,Teratai menjelaskan.Tunggulah sampai Kuntum berkahwin dengan Perkasa dan jadi adik ipar Kakak. Janda berhias tu apa,Kak?Kuntum terus bertanya. Kakak tak sempat bersama suami,Teratai menerangkan dengan sabar.Pada malam pengantin,Kakak datang bulan. Lepas itu,suami Kakak mati dibunuh lanun di laut.Tak sempat dijamahnya tubuh Kakak seperti yang sepatutnya.Kakak masih suci seperti anak dara.Itulah yang dimaksudkan dengan janda berhias. Oh begitu,angguk Kuntum tersipu-sipu.Kak tak nak cari suami lain?

Teratai tertawa kecil.Perempuan mana yang tak nak bersuami,Kuntum.Tapi,takkan pula perigi mencari timba.Kita tunggulah orang masuk meminang. Bagaimana kalau Kak kahwin dengan Abang Bujang?tanya Kuntum pula. Bujang?Teratai terdiam sejenak.Memang Kakak terpaut hati padanya.Tapi dia dua tahun lebih muda dari Kakak.Apa pula kata orang kalau kami jadi suami-isteri. Apa nak dihairankan?balas Kuntum.Nabi Muhammad pun jauh lebih muda dari Siti Khatijah ketika mereka berkahwin. Dia nabi,kita ni siapa,:ujar Teratai.Tapi,kalau dah jodoh,apa boleh buat! Bolehkah seorang gadis berkahwin dengan abangnya sendiri?tanya Kuntum lagi. Astaghfirullahalazim,apa yang kau cakap ni,Kuntum?Teratai urut dada.Mana boleh seorang adik berkahwin dengan abangnya sendiri.Haram,Kuntum.Berdosa besar. Kenapa kau tanya soalan seperti ini? Tak ada apa-apa,Kaksaja bertanya,Kuntum member alasan. Kalau tiada apa-apa,masakan tempua bersarang rendah,sindir Teratai. Belum sempat Teratai bertanya selanjutnya,tiba-tiba kedengaran bedilan meriam dari arah laut,bunyi gegak-gempita seperti bertih digoreng.Di sana-sini kedengaran letupan apabila peluru meriam jatuh ke darat. Cepat balik,Kuntum!jerit Teratai cemas.Kita jumpa lagi. Mereka bergegas lari pulang seperti lipas kudung di celah-celah bunyi bedilan. Bedilan meriam juga mengejutkan Bujang dari tidur.Dia bingkas bangun,lantas memandang sekeliling.Baru dia sedar dia masih berada di balai tetamu.Bedilan demi bedilan kedengaran dari luar pagar istana.Pintu gerbang dan kubu batang nibung berlubang terkena peluru meriam.Suasna di pekarangan istana menjadi kelam-kabut, pendekar dan hulubalang berlarilarian tidak tentu arah.Dia ternampak seorang gadis sunti sebaya Kuntum berdiri di tengah pekarangan menjinjing suatu bungkusan. Hei,budak!Lalu dari situ!Merbahaya!jerit Bujang meluru ke hadapan. Budak?Berani kamu panggil budak?gadis itu menempelak. Degil betul kau,Bujang menyambar tangan gadis itu lalu menariknya ke tempat yang agak selamat.Apa kau buat di sini,hah? Mencari pendekar baru bernama Bujang,balas gadis itu. Hamba Bujang,jawab Bujang,agak terkejut. Oh,kamu Bujang,ya?Ini bingkisan dari Datuk Panglima Dermang.Nah,ambil! Selepas menghulurkan bungkusan itu kepada Bujang,gadis sunti itu berlari masuk ke istana tanpa menoleh ke belakang lagi.Bujang geleng kepala melihat gelagat yang kurang menyenangkan itu.Bungkusan itu dibukanya. Rupanya pakaian pendekar berwarna hitam sedondon.Dia pun berlari semula ke balai tetamu. Di situ dia menukar pakaian lamanya dengan pakaian pendekar yang baru diterimanya.Keris pendek berhulu gading itu disisipnya di kiri ikat pinggang,kerambitnya pula di sebelah kanan. Lain-lain pakaian disimpan di dalam buntil,buntil itu pula diikat di belakangnya. Dia sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Tembakan balas dari dalam istana mula kedengaran.Meriam,lela dan rentaka berbunyi sebagai menyahut cabaran pihak musuh.Bujang mencari Panglima Dermang tetapi kelibat panglima itu tidak kelihatan di mana-mana. Dia terus mendekati kumpulan pendekar yang sedang membedil. Apa yang dibedil?tanya Bujang pada salah seorang pendekar. Musuhlah,siapa lagi,balas pendekar itu separuh menyindir. Nampak musuhnya?tanya Bujang lagi. Tak nampak apa-apa,akui pendekar itu.Kami bedil sahaja,untung-untung kena.

Perbuatanmu kurang bijak,tiba giliran Bujang menyindir.Membazir peluru. Berhenti.Berhenti membedil. Kalau kita tak bedil,kita dibedil,tingkah pendekar lain pula. Musuh juga seperti kita,membedil dengan membuta-tuli,tegas Bujang.Kita perlu jimat peluru.Perintahkan semua pendekar supaya berhenti membedil. Pendekar-pendekar itu pandang-memandang.Baiklah,hamba pergi sekarang,seorang pendekar akhirnya mengalah lalu mematuhi perintah Bujang. Bujang menunggu di situ sambil meninjau kawasan pekarangan istana. Tidak lama kemudian,meriam,lela dan rentaka tidak berbunyi lagi.Hanya bedilan meriam musuh kedengaran dari luar. Apa tindakan kita seterusnya?tanya pendekar yang baru balik dari menjalankan suruhan Bujang.Takkan nak tunggu sampai siang. Kita tunggu sampai hari siang,tegas Bujang lagi.Sementara itu,perkemaskan barisan pertahanan kita.Mana-mana yang luka,ubati mereka.Yang mati syahid,bawa mayat mereka ke tempat yang sesuai untuk disembahyangkan. Baiklah,balas pendekar itu.Dia tidak kenal siapa Bujang kerana tidak pernah melihatnya sebelum ini.Namun,dia percaya Bujang salah seorang panglima muda yang baru dilantik baginda Sultan.Hamba Pendekar Kundang. Bujang nama hamba,Bujang menyambut tangan yang dihulur tanda bersahabat. Kemudian,Bujang mula berjalan memeriksa barisan pertahanan di semua penjuru pekarangan istana itu. Dia memastikan setiap pendekar dan hulubalang bersiap-sedia dengan senjata masing-masing. Dia memastikan semua meriam,lela dan rentaka siap untuk memuntahkan peluru pada bila-bila masa. Dia memastikan juga setiap orang berada di tempat yang ditetapkan secara bergilir-gilir. Kundang,Bujang memanggil sahabat barunya itu. Ya,Panglima?Kundang segera mendapatkan Bujang. Kumpulkan semua ahli panah,cari seberapa ramai yang boleh,pinta Bujang.Kita berkumpul di sini. Baik,Panglima,Kundang tergesa-gesa pergi mencari mereka yang diperlukan. Bujang menunggu di situ dengan sabar sambil mendengar sahaja bunyi bedilan meriam pihak musuh yang tidak jemu-jemu membedil persekitaran istana.Pendekar Kundang muncul kembali tidak lama kemudian dengan ahli-ahli panah yang terpilih. Ini sahaja yang sempat hamba cari,Panglima,Pendekar Kundang memaklumkan sambil mengesat peluh.Ada lebih-kurang 50 orang semuanya. Mana panah hamba?tanya Bujang. Mereka bercakap-cakap.Seorang pendekar tampil membawakan Bujang sebusur panah serta uncang bergalas mengandungi anak-anak panah. Begini rancangan kita,Bujang menerangkan sambil menggalas uncang anak panah itu bersama buntilnya,tangannya memegang busar panah.Kita berpecah kepada lima kumpulan.Hamba mengetuai kumpulan pertama,Kundang kumpulan kedua,lain-lain kumpulan lantik ketua masing-masing. Melihat mereka mengangguk tanda faham,Bujang meneruskan.Sebaik sahaja bulan menghilang dan malam menjadi gelap-gulita,kita menyusup keluar. Tugas kita ialah mencari di mana musuh bersembunyi dan menyerang-hendap mereka.Kita balik kemari sebelum matahari terbit. Faham semua? Sekali lagi mereka mengangguk tanda mengerti rancangan Bujang itu. Kita bersurai sekarang,perintah Bujang lagi.Kumpulan hamba,berkumpul dekat balai tetamu.Hamba mahu sepuluh orang sahaja. Mereka pun bersurai dan mula memilih kumpulan masing-masing.

Sementara menunggu mereka membuat keputusan,Bujang memeriksa tali busar pasannya untuk memastikan tali itu benar-benar tegang serta masih kukuh. Setelah berpuas hati,dia pun beredar ke balai tetamu.Baru dia sedar dia belum lagi menunaikan sembahyang Maghrib dan Isyak kerana tertidur.Segera dia mengambil air sembahyang dari tempayan yang terletak di tepi tangga lalu naik ke atas balai menyempurnakan rukun Islam yang kedua itu.Selepas memberi salam,dilihatnya Panglima Dermang sedang menunggunya di atas tangga.Lekaslekas dia menghabiskan doa,kemudian mencapai busar panah,uncang anak panah dan buntil. Dah lama Datuk menunggu?tegurnya sambil bersalam dengan panglima itu. Tak lama,Datuk baru keluar dari istana selepas berbincang dengan Raja Muda dan Raja Temenggung,jawab Panglima Dermang,memerhati busar panah Bujang. Tentang apa.Datuk?tanya Bujang sambil menggalas uncang anak panahnya. Tentang apa lagi kalau bukan tentang peperangan,tingkah Panglima Dermang. Dah sah dan nyata dugaanmu tidak meleset.Ramai pembesar mula percaya pada katakatamu,Bujang.Baginda Sultan sendiri buntu memikirkan bagaimana hendak melarikan diri dari kepungan musuh. Melarikan diri melalui pintu gerbang bererti menempah maut,kata Bujang., Tepat sekali seperti titah baginda,balas Panglima Dermang.Buat sementara waktu,kita terpaksa bertahan sambil cuba mencari jalan yang terbaik keluar dari mala petaka ini. Tidak ada jalan keluar lain selain dari pintu gerbang?tanya Bujang. Setahu Datuk,tidak ada,jelas Panglima Dermang.Kecuali kita terbang seperti burung atau menjadi manusia halimunan. Kalau begitu,kita terpaksa bertahan sehingga datang bantuan,ujar Bujang. Sekonyong-konyong muncul sepuluh orang pendekar yang lengkap dengan panah berkumpul di hadapan balai tetamu itu.Seorang pendekar mara selangkah-dua di hadapan Bujang lalu berkata,Kami sudah bersedia,Panglima. Bersedia?Panglima Dermang terpinga-pinga.Bersedia apa? Oh,ini orang-orang hamba,Datuk,Bujang menyatakan.Kami merancang hendak menyerang-hendap pihak musuh ketika hari masih gelap.InsyaAllah,kami akan kembali sebelum subuh. Sudah dimaklumkan rancanganmu ini pada baginda Sultan?tanya Panglima Dermang.Pada baginda wajib diberitahu terlebih dahulu sebarang tindakan. Sekarang waktu dharurat,Datuk. Tidak ada masa lagi,beritahu Bujang. Kalau begitu,biar Datuk maklumkan bagi pihak dirimu,Bujang,Panglima Dermang memerhati pendekar-pendekar itu.Ini sahaja yang ada? Ada empat kumpulan lagi seramai ini,jelas Bujang.Kami bergerak berasingan. Bapa borek anak rintik,ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,tutur Panglima Dermang penuh bangga.Pergilah,Bujang.Jalankan tanggung-jawab dan amanah yang diberikan.Kau memang layak bergelar panglima. Bujang dan anak buahnya bersalam-salaman dengan Panglima Dermang sebelum beredar pergi. Mereka beredar ke tepi pintu gerbang yang tertutup rapat. Kumpulan-kumpulan lain juga siap menunggu di situ. Kita tunggu di sini,beritahu Bujang pada mereka.Gelap sahaja nanti,kita terjun dari atas kubu dan lari bersembunyi.Kalau bertembung dengan musuh,jangan teragak-agak untuk membunuh! Selepas Bujang dan kawan-kawannya pergi,Panglima Dermang tergesa-gesa masuk ke dalam bangunan istana dan nyaris-nyaris berlanggar dengan Raja Muda. Nak ke mana macam kucing beranak ni,Datuk Panglima?tegur Raja Muda.

Oh,Tunku Mahmud,Panglima Dermang menyusun sembah.Sebenarnya patik nak masuk mengadap ke bawah Duli Tuanku. Paduka Ayahanda sudah beradu,balas Raja Muda yang berusia kira-kira suku abad itu.Jika ada sebarang kemusykilan,beta masih ada. Bukankah beta Raja Muda. Benar,Tunku,akui Panglima Dermang. Perihal apa yang hendak dipersembahkan,Datuk?tanya Raja Muda. Begini,Tunku,beritahu Panglima Dermang.Sahabat patik Pendekar Bujang baru sahaja berlepas bersama kawan-kawannya. Mereka bercadang hendak menyerang-hendap musuh ketika waktu gelap. Menyerang-hendap?Berapa ramai dalam kumpulannya,Datuk? Lima kumpulan,Tunku.Lebih-kurang 50 orang bilangannya. Patik dengar mereka semua memanggilnya panglima. Panglima?tanya Raja Muda.Siapa yang melantiknya jadi panglima? Patik kurang periksa,Tunku,jawab Panglima Dermang. Kalau begitu,panglimalah gelarannya mulai saat ini,titah Raja Muda.Akan beta sahkan perihal perlantikan ini dengan Paduka Ayahanda.Memang dari awal-awal lagi beta sudah nampak sifat-sifat kepimpinannya. Satu perkara lagi,Tunku,sampuk Panglima Dermang.Pendekar Bujangmaksud patik,Panglima Bujang ada bertanya jika ada jalan lain keluar dari istana ini selain dari keduadua pintu gerbang itu.Kalau ada,mudahlah kumpulannya menyusup keluar tanpa dikesan musuh yang menunggu di luar kubu. Nampaknya tak ada jalan lain lagi,Datuk,Raja Muda termenung seketika.Tapi..,dengar cerita,moyang beta pernah menitahkan supaya dikorek sebatang sungai kecil dari Kota Naga ini hingga ke kaki Gunung Keriang.Sungai ini juga sampai ke Bukit Pinang.Gunanya untuk mengairi sawah-bendang.Tapi,dek kemarau yang panjang,sungai itu sudah kering.Yang tinggal sekarang hanyalah belukar dan hutan pokok buluh. Hutan pokok buluh?tanya Panglima Dermang kehairanan. Oh ya,moyang beta juga turut menanam pokok buluh kuning di sepanjang tebing sungai,jelas Raja Muda.Pokok-pokok itu dah jadi hutan sekarang. Patik rasa sungai itulah jalan keluar dari sini,Tunku,balas Panglima Dermang seolah-olah memikirkan sesuatu.Lalang dan belukar boleh ditebas,lorong boleh dirintis,sungai yang sudah kering itu boleh diteroka menjadi jalan rahsia yang akan membawa kita semua keluar dari kepungan pihak musuh. Geliga betul buah fikiran Datuk,puji Raja Muda pada Panglima Dermang,wajah-nya berseri-seri gembira.Sekarang juga akan beta titahkan para pendekar dan hulubalang melaksanakan tuas-tugas itu. Panglima Dermang turut sama gembira.Namun,beberapa saat kemudian,wajahnya tiba-tiba bertukar muram.Sahabat hamba,Tunku. Dia perlu dimaklumkan tentang penemuan jalan baru ini. Pergilah sebelum terlambat,Datuk,gesa Raja Muda. Di kala itu,kelima-lima kumpulan pemanah yang baru ditubuhkan itu sudah pun mengorak langkah kerana bulan sudah menghilang dan malam kembali gelap-gelita. Bujang mendahului mereka terjun dari atas kubu ke luar pekarangan istan. Di bawah naungan kegelapan malam,mereka lari susup-sasap meninggalkan kubu dan bersembunyi tanpa disedari oleh pihak musuh yang berkawal. Mereka bersembunyi mengikut kumpulan masingmasing. Kumpulan Bujang bersembunyi dalam hutan pokok pisang.Dalam keadaan samarsamar itu,Bujang menghitung anak buahnya.

Semua ada di sini?bisik Bujang pada rakan-rakannya yang masih termengah-mengah melepas penat. Mereka hanya mampu mengangguk. Bujang mengesat peluh dan membiarkan mereka berihat seketika. Selepas ini,kita kurang bercakap,Bujang memberi arahan.Kita lebih menggunakan bahasa isyarat.Siulan burung,contohnya. Burung apa,Panglima?tanya seorang pendekar.Hamba hanya pandai meniru siulan burung murai. Mulut kau pun macam mulut murai,Bedul, sindir rakannya. Kau pula burung hantu,Bachok,Bedul menyindir kembali. Tak kisahlah burung apa pun asalkan burung,celah Bujang sebelum rakan-rakan lain menyampuk menambah bising.Hamba akan berbunyi seperti burung merbuk. Hamba Mamat meniru burung tekukur,sambut pendekar yang ketiga. Hamba Semaun meniru burung merbah. Hamba Damak meniru burung tempua. Hamba Dali,sahut pendekar keenam.Burung pipit. Hamba Salleh,burung enggang,sambut pula pendekar ketujuh. Sampai giliran pendekar kelapan dan kesembilan,mereka diam tidak menjawab. Kenapa,Galak?tanya Pendekar Salleh. Dah habis nama burung,balas Galak selamba.Yang lain menutup mulut menahan ketawa..Kau pula,Jerjaka? Aku lagi teruk,ujar Jerjaka.Aku tak tahu bersiul. Sekali lagi rakan-rakan lain menutup mulut menahan ketawa. Banyak sangat burung,terkeliru pula nanti,Bujang memutuskan.Biar hamba saja yang bersiul.Sekali bererti mara,dua kali berhenti,tiga kali bersembunyi.Jika hamba bersiul panjang,maksudnya kita berundur dan lari menyelamatkan diri masing-masing. Setuju,Panglima,jawab Bedul.Rakan-rakan lain angguk kepala. Kita mengorak langkah sekarang,perintah Bujang lalu bersiul sekali meniru bunyi burung tekukur.Mereka terus bergerak dalam kegelapan malam itu. Keadaan sebaliknya berlaku di Kuala Kedah. Kerana tidak henti-henti dihujani peluru meriam,barisan pertahanan tidak mampu bergerak,apa lagi menyerang balas. Mereka berlindung di balik kubu,di dalam kota tua,di belakang pokok kelapa atau di mana-mana sahaja yang dianggap selamat.Setakat ini,hanya sebuah rumah ranap diterjah peluru,yang terkorban atau tercedera belum diketahui. Berdiri di sebelah Tok Penghulu di balik kubu,Pak Guru Jalil hanya mampu melihat perkampungan mereka dibedil bertalu-talu. Di laut yang gelap,samar-samar kelihatan tujuh buah kapal mengepung pintu kuala. Api bersemburan keluar dari muncung meriam setiap kali bedilan dilakukan. Sekarang sudah larut malam,Tok Penghulu bersuara.Sampai bila mereka hendak membedil kita? Sampai ke siang? Sekejap lagi mereka akan berhenti,balas Pak Guru Jalil penuh yakin. Kenapa Pak Guru kata begitu?tanya Tok Penghulu.Setahu hamba,sejak dari senja lagi mereka tidak henti-henti membedil. Pengalaman,Tok Penghulu,Pak Guru Jalil menerangkan,mengenangkan masa silamnya.Meriam kalau diguna terlalu lama,jadi panas.Kalau terlalu panas,larasnya merekah atau pecah.Meriam yang rosak tidak berguna lagi. Kalaulah Badak Berendam dan Katak Puru masih elok,baru bertemu buku dengan ruas,Tok Penghulu mengeluh sedih.

Badak Berendam?Katak Puru?Pak Guru Jalil kebingungan. Meriam purba di kota itu,Tok Penghulu menunjuk ke arah kota tua yang tidak sempat dibaiki.Kata orang,meriam keramat,boleh meletup sendiri.Dek kerana ada yang melanggar pantang,kedua-dua pucuk meriam itu merajuk.Sekarang tidak kelihatan lagi,mungkin sudah tenggelam ke dalam laut. Pak Guru Jalil hanya berdiam diri,tidak mengiyakan atau menafikan. Baginya,Alam Melayu ini penuh dengan kisah-kisah dongeng seperti itu. Mereka juga ada senjata api kecil yang meletup seperti lela,kata Tok Penghulu. Istinggar,pemuras,senapang dan pistol,Pak Guru Jalil menjelaskan.Juga boleh membunuh dari jauh.Tapi terlalu lambat untuk mengisi peluru. Kalau hujan,tak boleh digunakan langsung. Panah dan lembing juga yang lebih berguna,Tok Penghulu memuji senjata milik orang Melayu.Boleh membunuh dari jauh.Senyap.Boleh digunakan bila-bila masa tak kira siang atau malam. Ada orang Melayu yang memiliki ilmu jurus,boleh meragut nyawa musuh dari jauh,sambut Pak Guru Jalil.Kenapa tak digunakan cara halus itu? Tok Penghulu sedar kata-kata berbaur sindiran itu ditujukan padanya. Jurus silat cara ghaib hanya digunakan pada waktu kecemasan,dia membela. Begitu juga dengan ilmu kebal,hanya waktu dharurat boleh digunakan,sambung Tok Penghulu bila melihat Pak Guru Jalil diam membisu.Ramai orang menyangka ini ilmu sihir.Sebenarnya tidak.Inilah al-maunnah,bantuan dari Allah. Pak Guru batuk-batuk kecil sambil mendongak ke langit.Nampaknya malam semakin tua,katanya meminta diri.Biarlah hamba periksa kampung seberang sebelum hamba pulang berihat.Tok Penghulu tunggu sampai hamba kembali. Dengan kata-kata itu,Pak Guru Jalil pun meninggalkan Tok Penghulu seorang diri mengawasi barisan para pengawal.Dengan orang yang berilmu tinggi,dia gemar berhujah bertukar-tukar fikiran tetapi dengan mereka yang ilmunya tidak setinggi mana,dia lebih suka memilih jalan berdiam diri.Sebelum ke kampung seberang, dia singgah di muara memeriksa rotan manau yang direntang dari sini ke seberang sungai. Rotan itu bertujuan menghalang kapal-kapal dari masuk ke pintu kuala. Setelah berpuas hati,dia bersampan ke seberang sungai,peluru meriam yang berterbangan di atas kepalanya tidak dihiraukan. Pada saat itu di suatu kawasan terpencil,Bujang mendongak ke langit mengamati gumpalan awan tebal yang mula menutupi bintang.Kawan-kawannya juga turut sama memandang ke langit yang semakin gelap.Angin malam bertiup kencang. Nak hujan nampaknya,Panglima,Bedul yang paling hampir dengan Bujang bersuara perlahan. Bagus,sambut Bujang.Tugas kita bertambah mudah. Benar,Panglima,sokong Mamat.Pergerakan kita pasti sukar dikesan musuh. Bachok menjelma dari dalam gelap,mukanya berminyak.Memang sah,pihak musuh berkhemah di hadapan tidak jauh dari sini.lapornya.Ada kira-kira seratus khemah. Senyap sahaja.Mungkin dah tidur.Pengawal ada dua orang,Panglima. Kalau begitu,jangan berlengah lagi,perintah Bujang.Kita berpecah tiga. Kau Bachok bawa Bedul dan Mamat,bergerak dari kanan.Semaun,Damak dan Dali,kau, bertiga mara dari arah kiri. Salleh,Galak dan Jerjaka ikut hamba.Beri isyarat bila sudah bersedia. Mereka terus bergerak dengan senyap,meninggalkan Bujang bersama Salleh,Galak dan Jerjaka. Kau bertiga mara dari sini,perintah Bujang lagi.Hamba akan memintas dari belakang.Ingat isyarat masing-masing.

Sejenak kemudian,mereka berempat pula menghilangkan diri ke dalam kegelapan malam yang hitam pekat. Kawasan yang dimaksudkan itu asalnya ditumbuhi lalang serta rumput liar tetapi telah ditebas untuk dijadikan penempatan sementara.Khemah-khemah dari belulang didirikan,unggununggun api dinyalakan untuk memasak,menghalau nyamuk dan menerangi tempat itu.Kumpulan soldadu yang keletihan menjamu selera ala kadar sebelum mencari tempat tidur.Ada yang terus tidur tanpa mempedulikan soal makan-minum lagi.Menjelang tengah malam,kawasan perkhemahan itu sunyi-sepi bagaikan tiada berpenghuni melainkan dua orang soldadu bersenjata api yang mundar-mandir membuat kawalan.Pengawal itu juga kelihatan terkuap-kuap menahan rasa mengantuk.Tiba-tiba dua bilah anak panah melayang entah dari mana lalu hinggap menembusi leher mereka.Mereka jatuh menggelepar seperti ayam kena sembelih. Sejurus kemudian,muncul sembilan lembaga dari tiga penjuru dengan senjata terhunus di tangan.Mereka terus menyerbu ke dalam khemah.Dari arah lain,Bujang menghunus keris dan kerambitnya lantas turut sama menyerbu ke khemah berhampiran.Bunyi orang mengaduh kesakitan kedengaran silih-berganti di sana-sini, merebak dari khemah ke khemah.Agak lama juga bunyi itu berlarutan sebelum hilang ditelan kesepian malam.Sepuluh lembaga itu berkumpul semula sebelum menghilangkan diri ke dalam gelap. Malam itu,satu demi satu kawasan perkhemahan musuh diserang-hendap.Serangan dilakukan dengan senyap dan pantas sehingga tidak ada yang sedar,apa lagi melawan. Mujurlah hujan tidak turun meskipun angin bertiup kencang dan langit hitam pekat tidak berbintang. Menjelang dinihari,Bujang dan rakan-rakannya berjaya menghampiri pintu gerbang istana.Pengawal yang bertugas mengenali mereka.Pintu gerbang pun dibuka dan mereka semua berkumpul di pekarangan istana. Bau masam peluh berbaur dengan bau hanyir darah yang datang dari pakaian mereka. Bersurai semua,perintah Bujang.Kita jumpa lagi malam nanti. Setelah kawan-kawannya bersurai,Bujang menuju ke balai tetamu.Dia merasa hairan melihat bangunan istana agak lengang seperti ditinggalkan orang.Pendekar dan hulubalang yang kelihatan juga terasa berkurangan,tidak seperti pada mula-mula dia menjejak kaki ke sini.Namun,dia beranggapan sebilangan besar yang lain masih tidur atau sedang berihat setelah berjaga sepanjang malam.Dengan anggapan itu,dia pun pergi mandi membersihkan badan,serta membasuh pakaian yang kotor.Melihat kesan-kesan darah yang terpercik pada pakaian,dia teringat dia telah mengambil banyak nyawa manusia sepanjang malam itu.Puluhan,mungkin ratusan nyawa melayang di hujung senjatanya.Keris dan kerambitnya telah memakan banyak korban.Belum dikira lagi musuh yang dipanahnya.Belum dikira lagi bilangan musuh yang dibunuh oleh kawan-kawannya Bedul,Bachok,Mamat,Semaun,Damak,Dali,Salleh,Galak dan Jerjaka.Kundang dan lain-lain kumpulan pasti membunuh ramai musuh juga!Biarlah.Hatinya puas.Nyawa-nyawa itu memang dihalalkan! Bujang kembali ke balai tetamu menunaikan sembahyang subuh keseorangan.Kerana keletihan,wirid dan doanya ringkas sahaja.Selepas menyidai pakaiannya yang baru dibasuh,dia terus merebahkan badan di atas tikar mengkuang di balai tetamu itu lalu berzikir dalam hati sampai terlena.! Pagi itu,saki-baki pendekar dan hulubalang yang tinggal mempertahankan istana Kota Naga menerima kejutan.Musuh yang mengepung mereka didapati tidak ramai jika dibandingkan sebelum ini.Dianggarkan beribu-ribu musuh mengepung dan membedil mereka kelmarin,hari ini tinggal tidak sampai 200 orang.Bedilan meriam tidak kedengaran lagi walaupun semua muncung meriam dihala ke arah kubu.Akhir-nya rahsia itu didedahkan oleh salah seorang rakan Bujang.Maka hebuhlah satu istana.Bujang dan rakan-rakan seperjuangannya disanjung,nama mereka harum meniti dari bibir ke bibir. Namun berita kejayaan itu hanya berlegar di kalangan pendekar dan hulubalang yang ada di istana pada waktu itu.Baginda Sultan,kaum-kerabat baginda serta para pembesar,dengan diiringi oleh ratusan pengawal terpilih telah menghilangkan diri sejak semalam lagi.Tiada siapa yang tahu bagaimana

rombongan di raja itu berjaya melepaskan diri dari kepungan musuh secara senyap tanpa disedari oleh penjaga pintu gerbang. Bujang menyedari kenyataan itu selepas terjaga dari tidurnya.Dia terjaga apabila terdengar orang menyebut namanya.Digenyehnya mata,dilihatnya seorang pendekar yang tidak dikenali tersenyum-senyum memandangnya. Ada apa,tuan hamba?tanya Bujang sambil bangun menyapu air liur basinya. Panglima Bujang,sapa pendekar itu penuh hormat.Hamba Pendekar Malik,rakan Pendekar Kundang.Hamba membawa bingkisan dari Yang Mulia Raja Kedah. Di mana baginda?tanya Bujang menerima bingkisan bergulung kuning itu. Duli Yang Mulia Baginda Sultan dengan kaum-kerabat baginda serta semua pembesar sudah meninggalkan istana bersama sejumlah besar barisan pendekar dan hulubalang,Pendekar Malik menjelaskan dengan panjang-lebar.Hanya kita yang tinggal.Sebelum pergi,Yang Mulia Raja Muda telah melantik Paduka Panglima mengetuai saki-baki barisan pertahanan yang ada.Bingkisan kuning bercop mohor itu sebagai buktinya. Bujang membuka bingkisan bertulis Jawi yang tertera cop mohor kesultanan Kedah DarulAman.Diam-diam dibacanya bingkisan itu.Menurut bingkisan itu,hamba bergelar Panglima Agung,katanya pada Pendekar Malik. Itulah yang hamba dengar,Paduka Panglima,ujar Pendekar Malik sambil tersenyum. Terlalu tinggi penghormatan ini,balas Bujang.Hamba tidak layak. Penghormatan diberikan kepada yang layak,Pendekar Malik membetulkan kenyataan Bujang.Walaupun Paduka Panglima jauh lebih muda dari kami semua,Paduka Panglima memang layak.Paduka Panglima mampu menewaskan lima musuh sekali gus. Malam tadi sahaja,Paduka Panglima bersama Kundang serta rakan-rakan lain telah berjaya membunuh lebih seribu orang musuh!Jasa Paduka Panglima memang tidak ternilai harganya. Baiklah,Bujang menyimpan bingkisan itu di dalam buntilnya.Kumpulkan semua pendekar dan hulubalang yang ada,kita berjumpa dekat pintu gerbang. Baik,Paduka Panglima,Pendekar Malik segera meninggalkan tempat itu. Bujang turun ke tanah menuju ke tempayan,membasuh muka dan berkumur-kumur mulut.Kemudian dia menncapai pakaiannya di jemuran yang sudah kering.Dia segera menyalin pakaian di badannya dengan persalinan pendekar warna hitam sedondon yang dibasuhnya pagi tadi. Semua pendekar dan hulubalang sudah berkumpul di tepi pintu gerbang bila Bujang tiba di sana sambil menggalas buntil dan memegang busar panah.Dia melihat rakan-rakannya yang diketuai oleh Kundang juga turut sama berkumpul,lengkap dengan panah masing-masing. Ini sahaja yang ada?tanya Bujang pada Pendekar Malik. Benar,Paduka Panglima,Pendekar Malik membalas penuh takzim. Bujang mengintai melalui pintu gerbang.Berapa ramai musuh di luar? Ada kira-kira dua ratus orang,Panglima,jawab Pendekar Kundang pula.Nampaknya mereka hanya mengepung kita tapi tak berani menyerang. Bujang diam sejenak memerhati mereka semua sekilas pandang. Baginda Sultan sudah pergi,semua pembesar telah lari,kata Bujang dengan tenang sambil memerhati mereka satu persatu.Hanya tinggal kita untuk mempertahankan istana yang kosong ini. Para pendekar dan hulubalang berpandangan sesama sendiri,masih tidak faham maksud katakata Bujang. Bilangan musuh pun tidak ramai,sambung Bujang lagi,pandangan matanya seolah-olah menembusi kubu batang nibung itu. Bujang terdiam seketika,ingatan pada keluarganya menjelma.

Kuala Kedah memerlukan bantuan,akhirnya Bujang menyatakan niatnya.Hamba terpaksa meninggalkan tempat ini. Sesiapa yang ingin mengikut hamba,bersiap-sedialah.Sesiapa yang ingin tinggal,pertahankan istana ini hingga ke titisan darah yang terakhir. Kami semua mengikut Panglima Agung,jerit Bedul dengan lantang.Bachok,Dali dan rakanrakan lain yang turut bersama Bujang semalam mengangguk-angguk kepala tanda sebulat suara dengan Bedul.Begitu juga dengan Pendekar Malik dan rakan-rakannya yang lain yang tidak dapat mengikut Bujang semalam membuat keputusan mengikut Bujang kali ini.Tambah memeranjatkan,kedua-dua penjaga pintu gerbang turut mengangguk seperti burung belatuk. Kalau semua ikut hamba,siapa nak menjaga istana ini?tanya Bujang. Biarlah,Panglima,jawab Pendekar Kundang.Istana ini dah tidak bertuan.Siapa nak rampas,rampaslah. Kami tetap taat dan setia pada Panglima Agung!tempik pula Galak. Disambut beramairamai oleh yang lain tanda muafakat telah tercapai. Macam mana dengan musuh di luar?tiba-tiba Pendekar Salleh bertanya lantang. Semua menjadi diam. Kerana terlalu ghairah,mereka terlupa musuh yang menunggu di luar kubu. Bujang juga baru teringat halangan-halangan yang perlu mereka tempuh sebelum berjaya keluar dari istana ini. Kita amuk saja mereka,Panglima!Semaun tiba-tiba mencadangkan. Ya!Kita amuk!!jerit yang lain menyokong cadangan Semaun. Bujang terdiam bagaikan berfikir,kemudian memanggil Pendekar Kundang dengan menggamit tangannya.Pendekar Kundang tergesa-gesa maju ke hadapan. Kundang,perintah Bujang.Bawa dua-tiga orang pengiring,pergi cari wakil mereka.Katakan pada mereka,kita akan meninggalkan istana ini tanpa pertumpahan darah.Kita jangan dihalang,menghalang bererti berperang. Baik,Panglima,Pendekar Kundang memberi isyarat pada Bedul dan Bachok, mereka bertiga pun segera keluar melalui pintu gerbang yang dibuka sedikit. Yang lain-lain,pergilah berkemas,perintah Bujang lagiMana-mana barang yang boleh dibawa,bawalah.Selepas sembahyang zohor,kita bertolak ke Kuala Kedah. Tanpa membuang masa,mereka berpecah mengikut haluan masing-masing untuk melaksanakan tugas yang diperintah.Tinggal Bujang seorang diri berhampiran pintu gerbang itu. Dia pun memanjat kubu lalu meninjau di luar pekarangan istana. Dilihatnya Kundang,Bedul dan Bachok sedang bercakap-cakap dengan seorang perajurit Siam sambil menuding ke arah istana.Oleh kerana jarak terlalu jauh,suara mereka tidak kedengaran.Namun,dari jarak itu jelas kelihatan beberapa orang perajurit lain sedang bersembunyi di sebalik semak sambil menimang lembing hendak merejam ke arah Kundang dan dua rakannya. Tunggu!Bujang menghalang,sedar-sedar dia sudah tercegat di sebelah Kundang. Kundang,Bedul dan Bachok terperanjat.Begitu juga perajurit Siam yang sedang berbincang dengan mereka.Lain-lain perajurit yang cuba menyerang dengan lembing menghilangkan diri ke dalam semak.Kundang,Bedul dan Bachok seperti tertanya-tanya bagaimana Bujang boleh sampai di situ dalam sekelip mata.Perajurit Siam itu kelihatan menggaru-garu kepalanya yang hampir botak,San ma jak nai?(Dari mana kau datang?) Bujang sendiri tidak menyedari perbuatan yang dianggap luar biasa itu.Dia hanya mengetahui nyawa rakan-rakannya terancam. Bagaimana dengan rundingan,Kundang?tanya Bujang tenang. Kundang bagaikan baru sedar dari mimpi.Semuanya berjalan lancar,Panglima Saki-baki orang-orang Siam yang menjadi tali-barut Belanda bersetuju untuk berdamai,sambung Bedul pula.Mereka tidak ingin berperang lagi.Kita bebas untuk keluar dari sini bila-bila masa.

Alhamdulillah,tutur Bujang lalu berpaling dan melangkah pulang ke kubu. Bedul,Kundang dan Bachok memandang sesama sendiri,kemudian lekas-lekas mengikut Bujang sambil menggeleng kepala.Di belakang mereka,perajurit Siam itu masih tergaru-garu.Tiba di hadapan pintu gerbang,langkah Bujang terhenti. Begitu juga dengan Kundang,Bachok dan Bedul yang hairan melihat gelagat Bujang. Bujang memerhati pintu gerbang,menoleh ke belakang melihat wakil perajurit Siam sudah hilang,termenung sejenak seperti memikirkan sesuatu. Dia bagaikan hendak bertanya suatu perkara pada rakan-rakannya,tetapi tidak jadi.Dia terus memasuki pintu gerbang yang sudah dibuka tanpa sepatah kata.Rakannya bertiga mengikut dari belakang. Berbanding dengan nasib mereka,nasib penduduk Kuala Kedah belum pasti. Terang-terang tanah lagi,pihak musuh telah memulakan serangan hebat. Meriam dari tujuh buah kapal yang berlabuh di muara sungai tidak berhenti-henti memuntahkan peluru ke darat.Musuh tidak memilih sasaran lagi.Pokok,rumah dan apa sahaja yang disyaki dijadikan tempat perlindungan dibedil bertalu-talu.Kota tua yang menunggu masa menyembah bumi turut menjadi sasaran.Beberapa buah rumah ranap terkena bedilan,pokok kelapa putus dua dan terdengar desas-desus mengatakan sudah ada penduduk yang terkorban atau luka parah. Barisan pertahanan yang dipimpin oleh Pak Guru Jalil dan dibantu oleh Tok Penghulu tidak dapat berbuat apa-apa melainkan berlindung di balik kubu dan hanya mampu melihat kerosakan demi kerosakan menimpa kampung kesayangan mereka itu. Menjelang tengah hari,bedilan pun berkurangan. Hanya sekali-sekala peluru meriam dimuntahkan ke darat seolah-olah ingin memberitahu bahawa peperangan masih belum berakhir.Pak GuruJalil dan Tok Penghulu tetap tidak berganjak dari tempat masing-masing. Perkasa,cari kawan-kawanmu,pergi periksa bagaimana keadaan orang-orang kita semua,termasuk orang kampung,Tok Penghulu mengarah anaknya. Jangan berlama,pesan Pak Guru Jalil pula,matanya tidak lepas-lepas memandang ke laut.Hamba rasa musuh akan naik ke darat. Selepas memberi isyarat pada anaknya supaya pergi,Tok Penghulu turut sama memerhati kapal-kapal itu. Memang benar,berpuluh buah perahu yang sarat dengan soldadu Belanda sudah meninggalkan kapal dan mula menghampiri pesisir pantai. Apa daya kita,Pak Guru?tanya Tok Penghulu teragak-agak.Kita lawan? Lawan tetap lawan,tegas Pak Guru Jalil.Tapi kalau mereka berniat baik,kita sambut dengan baik. Pak Guru Jalil pun keluar dari kubu lalu menunggu kedatangan rombongan berperahu itu.Tok Penghulu juga mengikut dengan mengajak beberapa orang anak buahnya bersama.Di bawah terik matahari,Pak Guru Jalil menunggu dengan tenang. Sebaik sahaja perahu-perahu itu hendak mencecah gigi air,Pak Guru Jalil mengangkat tangan menghalang kemaraan mereka. Niat baik mari,niat jahat pergi!jeritnya lantang. Tanpa disuruh,lebih ramai barisan pertahanan muncul memagari pesisir pantai di kiri-kanan Pak Guru Jalil,masing-masing membawa panah,lembing serta lain-lain senjata. Melihat terlalu ramai yang menunggu di darat,seorang lelaki kurus-tinggi yang bertindak sebagai ketua memberi arahan kepada anak buahnya. Sejurus kemudian, hanya sebuah perahu bermuat tiga soldadu tinggal,perahu-perahu lain berpatah balik ke kapal masingmasing.Kerana waktu itu air laut sedang surut,perahu itu terpaksa di tinggalkan agak jauh.Soldadu kurus-tinggi dan dua orang rakannya terpaksa meranduk selut dan lumpur. Pak Guru Jalil mendahului Tok Penghulu mara beberapa langkah untuk menyambut ketibaan wakil musuh itu.Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat ketiga-tiga pendatang itu tampak seperti orang Melayu serta berpakaian seperti orang Melayu. Assalaualaikum,soldadu kurus-tinggi memberi salam. Waalaikumussalam,balas Pak Guru Jalil.Apa khabar,Panglima Paringgit dari Padang Datar?

Orang Kaya Seri Bija Di Raja?mereka terus berpelukan seperti dua bersaudara. Lama benar kita tidak berjumpa,ya?tanya Panglima Paringgit.Buat apa Orang Kaya berada jauh dari Bumi Johor? Panjang ceritanya,Gocah,Pak Guru Jalil enggan mengulas lanjut.Ini sahabat hamba Tok Penghulu kampung ini. Panglima Paringgit bersalam pula dengan Tok Penghulu.Begitu juga dengan dua orang yang mengiringinya dari kapal. Kahar,Nyak,kalian berdua kembali ke lancang,tiba-tiba Panglima Paringgit memberi perintah.Beritahu semua perajurit supaya hentikan bedilan. Bukan orang lain yang kita ketemu melainkan saudara seagama juga. Bagaimana dengan orang-orang Holanda itu,Panglima?tanya anak buahnya. Tidak mengapa,balas Panglima Paringgit.Tuan Kapitan pasti mengerti. Dengan arahan itu,kedua-dua pengiring Panglima Paringgit pun berpatah balik menuju ke perahu yang ditinggalkan. Balik ke tempat masing-masing,perintah Pak Guru Jalil pula pada orang-orang yang berkerumun di situ.Dia pun mempelawa pahlawan Acheh itu ke rumahnya. Di saat Panglima Paringgit menikmati jamuan tengah hari di rumah Pak Guru Jalil,Bujang mula bertolak meninggalkan istana Kota Naga bersama para pendekar dan hulubalang. Di bawah rimbunan buluh berhampiran Bukit Pinang,baginda Sultan serta kaum-kerabatnya turut santap bersama para pembesar.Panglima Dermang bersama kira-kira 300 pendekar dan hulubalang yang dipimpinnya juga duduk berihat sambil memakan bekalan yang dibawa. Di sebelahnya duduk Tunku Mahyuddin timang-timangan Tunku Mahmud,Raja Muda Kedah. Apa pendapatmu,Datuk Panglima?tanya Raja Muda sambil menjeling ke arah ayahandanya dan bondanya yang duduk mengisi selera bersama kedua-dua adinda-nya Tunku Pangiran dan Tunku Rahimah. Kita berundur bukan bererti kalah,Tuanku,Panglima Dermang menjawab.Tapi, kita berundur untuk menguatkan lagi pertahanan kita dan menyerang balas.Tentang istana Kota Naga,patik percaya orang-orang kita akan berperang bermati-matian mempertahankannya dari jatuh ke tangan musuh. Bukan itu yang beta maksudkan,Datuk,Raja Muda membetulkan.Perihal lantikan sahabat Datuk sebagai Panglima Agung,patutkah beta berbuat demikian tanpa memaklumkan terlebih dahulu pada Paduka Ayahanda beta? Patik rasa tindakan Tunku tepat dan kena pada waktunya,Panglima Dermang memberi sokongan padu.Patik juga yakin Duli Yang Mulia ayahanda Tunku tidak akan membantah. Dari riak wajah,ternyata Duli Yang Mulia Sultan turut berkenan pada Panglima Agung. Beta gusar hati,Raja Muda meluahkan kebimbangannya.Perlantikan Panglima Agung sudah pasti akan mengundang rasa cemburu di kalangan pembesar,lebih-lebih lagi sepupu beta Tunku Muhammad Akib. Dia bercita-cita besar hendak menjadi Raja Bendahara. Biarkanlah,Tunku,pujuk Panglima Dermang.Lumrah alam memang begitu. Ada orang suka pada kita,ada juga yang tidak suka. Tiba-tiba seorang pengawal berdatang sembah,Ampun Tuanku Yang Mulia Raja Muda, Ke Bawah Duli Tuanku ingin tahu ke mana arah hendak dituju? Ke mana lagi kalau bukan ke Kuala Kedah,ujar Raja Muda Pengawal itu segera mendapatkan baginda Sultan menyampaikan jawapan itu. Dengan tidak semena-mena,baginda membasuh tangan lalu bangun menghadapi semua pembesar.Datuk-Datuk semua,titahnya lantang seperti bertitah di atas tahta di balai rong seri.Beta bersama permaisuri,puteri serta putera-putera beta akan berundur mencari perlindungan di Kuala Kedah.Tunku Mat Akib beta amanahkan menjaga dan mempertahankan Kota Naga bersama hulubalang yang masih ada di sana.Datuk Lela

Pahlawan dan Panglima Jaya,kamu berdua balik ke Kota Palas dan Kota Bukit Meriam untuk membantu Datuk Seri Paduka Enggreha Dewa. Datuk Setia Raja dan Datuk Johan Pahlawan,kamu berdua pula balik ke Kota Siputih.Begitu juga dengan Datuk-Datuk lain,baliklah ke tempat masing-masing.Bila keadaan di dalam negeri sudah aman,akan beta titahkan kamu semua mengadap. Setelah bertitah agak lama,baginda Sultan pun duduk semula lalu memberitahu pengawalnya supaya bersiap-sedia untuk berangkat. Maka berpecahlah rombongan di raja itu seperti yang dititahkan. Bujang mengepalai gerombolan pendekar dan hulubalng meninggalkan istana Kota Naga selepas matahari tergelincir ke barat.Dia berada di hadapan sekali kerana dia masih ingat lorong gajah yang dilalui bersama Panglima Dermang dan Tok Peran tempoh hari. Di belakangnya mengekor ahli-ahli gerombolan yang lain membawa senjata dan kelengkapan masing-masing.Ada juga yang memikul lela dan rentaka, peluru serta ubat letupan.Sepucuk meriam turut dibawa bersama,dipikul oleh dua orang. Di belakang sekali ialah isteri dan anakanak mereka yang turut serta berpindah ke Kuala Kedah memulakan kehidupan baru. Walaupun matahari terik di atas kepala,mereka tidak merasa panas kerana dinaungi pepohon kayu yang tumbuh rendang di hutan belantara itu.Lewat petang ketika hampir dengan kampung Anak Bukit,Bujang berhenti kerana dihalang di tengah jalan.Dia dihalang oleh seorang lelaki tua berjubah putih,berserban hijau dan berkain pelikat,janggut separas dada berwarna putih bersih seperti kapas dibusar.Wajah lelaki tua itu begitu bersih. Pada waktu yang sama Bujang tercium bau yang sangat harum seperti zafaran. Assalamualaikum,Bujang memberi salam,hatinya tiba-tiba berdebar. Waalaikumussalam,jawab lelaki berjubah itu sambil tersenyum. Pendekar,hulubalang serta lain-lain ahli gerombolan turut sama berhenti kehairanan tetapi tidak ada yang berani merapati Bujang. Cucu hendak ke Kuala Kedah?tanya lelaki bersuara garau itu. Benar,Tok,balas Bujang tenang,debaran hati berkurangan.Tapi kami bercadang hendak bermalam di teratak Tok Peran tidak jauh dari sini. Kalau ditunggu besok hari,sudah terlambat,lelaki berserban hijau itu menerangkan dengan perlahan,tenang tetapi jelas.Di hadapan sana ada sebatang sungai.Orang menyebutnya Sungai Babur.Ikut sungai itu,pasti tidak sesat. Siapa gerangan Tok sebenarnya?tanya Bujang ingin tahu. Panggil sahaja Sharif Aznan,lelaki berjanggut putih itu menyatakan. Kita teruskan perjalanan ke Sungai Babur,Bujang memaling mukanya memberitahu Kundang dan Bedul yang paling hampir.Di sana kita akan naik rakit sampai ke Kuala Kedah. Kundang dan Bedul hanya mengangguk seperti orang bodoh. Bila Bujang menoleh semula ke hadapan,lelaki tua itu sudah ghaib dari pandangan. Subhanallah!bisiknya perlahan,kagum dengan kejadian yang baru berlaku. Tanpa berlengah lagi,dia mengangkat tangan memberi isyarat supaya bergerak. Benar seperti kata orang tua bernama Sharif Aznan itu.Tidak berapa jauh dari situ, mereka menemui sebatang sungai yang airnya amat jernih sehingga kelihatan ikan yang berenang di dalamnya.Lebih menghairankan lagi apabila di tebing sungai itu juga terdapat beberapa buah rakit buluh,siap dengan galah kemudi.Tanpa berfikir panjang,Bujang terus naik ke atas sebuah rakit,diikuti oleh Bachok,Bedul,Kundang, Mamat,Semaun,Damak,Dali,Salleh,Galak dan Jerjaka.Rakit-rakit lain juga turut dinaiki orang satu per satu. Tidak berapa lama kemudian,rakit-rakit itu mula mudik ke hilir dibawa arus sungai. Panglima berihatlah,biar kami yang kendalikan rakit ini,Kundang menawar diri.

Bujang tidak berkata apa-apa.Dia duduk mencangkung di tepi rakit dan mula mengambil air sembahyang.Petang itu buat pertama kali dalam hidupnya,Bujang bersembahyang asar di atas rakit. Baru sahaja dia memberi salam selepas tahayat akhir,tiba-tiba dari arah hadapan kedengaran menggerutup bunyi bedilan meriam. Dia bingkas bangun sebelum sempat berdoa. Bunyinya dekat sekali,Panglima,kata Bachok.Semua memandang ke hadapan. Tak mungkin kita sudah hampir dengan laut,sambut Bujang,perasaanya teruja. Bedilan meriam itu juga mengejutkan Pak Guru Jalil dan Panglima Paringgit yang sedang berbual-bual kosong di bawah rumah.Mereka berkejar ke kubu di mana Tok Penghulu berada.Yang menghairankan tiada peluru meriam yang terbang ke daratan.Sebaliknya,enam buah kapal itu sedang membedil sebuah kapal yang lebih kecil di hujung sekali. Sialan!maki Panglima Paringgit.Holanda membedil lancang kami! Kenapa?tanya Tok Penghulu kehairanan. Barangkali disangkanya kami orang Acheh mahu membelot! Memang orang-orang Barat tidak pernah percaya pada kita rumpun Melayu,Pak Guru Jalil meluahkan kebenciannya yang membuak-buak. Tiba-tiba Perkasa termengah-mengah mendekati Tok Penghulu.Ayah..,Bujang sudah sampai.membawa bantuan. Mereka semua..naik rakit! Tiga pasang mata berpaling melihat Perkasa.Di mana?tanya Tok Penghulu. Perkasa hanya mampu menuding ke arah hulu sungai. Alhamdulillah,teriak Pak Guru Jalil demi mengenali anaknya di hadapan sekali. Bujang berdiri memandang ke hadapan dengan mata yang tidak berkelip. Subhanallah,serunya,hampir-hampir menitiskan air mata. Di mana kita,Panglima?tanya Bachok dari belakang. Kampung hamba Kuala Kedah,ujar Bujang seperti dalam mimpi. Mustahil,bantah Salleh.Kita baru saja naik rakit. Mustahil atau tidak,kita sudah sampai,sambut Jerjaka pula. Tiada perkara yang mustahil di sisi Allah,balas Bujang dengan penuh terharu. Dia memberi isyarat pada Kundang supaya mengemudi rakit ke tebing. Ketibaan Bujang membawa bantuan dari istana disambut meriah oleh barisan pertahanan dan semua penduduk kampung.Mereka saling bersalam-salaman antara satu sama lain.Pak Guru Jalil sendiri memeluk erat anak lelakinya,tiada kata-kata yang mampu diucapkan. Kepada mereka-mereka yang baru datang,sila ikut hamba ke balai raya,jemput Tok Penghulu dengan ramah.Tuan hamba semua akan ditempatkan di situ buat sementara waktu. Pak Guru Jalil,Tok Penghulu dan Panglima Paringgit agak terkejut bercampur hairan melihat seorang demi seorang pendekar dan hulubalang yang baru datang bersalam dengan Bujang dengan penuh adat-istiadat seolah-olah Bujang seorang pemimpin yang sangat disegani. Setelah mereka semua pergi mengikut Tok Penghulu ke balai raya,Bujang berpaling ke arah ayahnya dan baru menyedari kehadiran tetamu kurus-tinggi berpakaian seperti orang Acheh. Oh ya,Bujang,Pak Guru Jalil memperkenalkan.Ini Panglima Paringgit, sahabat lama Ayah. Bujang tersenyum menghulur tangan pada panglima itu.Ketika bersalam,Panglima Paringgit terperanjat melihat keris pendek berhulu gading yang tersisip di pinggang Bujang.Mulutnya ingin bertanya sesuatu tetapi tidak jadi. Baliklah berihat dulu,Bujang,Pak Guru Jalil menasihati anaknya.Ayah dengan Panglima Gocah hendak memeriksa kawasan perkubuan.

Baiklah,Ayah,balas Bujang lalu mencium tangan ayahnya. Kepulangan Bujang disambut dengan peluh-cium oleh emak dan adiknya.Emaknya menitiskan air mata kegembiraan demi melihat anak lelakinya selamat.Kuntum pula tersipusipu,wajahnya merah padam,selepas mencium pipi abangnya. Kau tentu penat,pergilah berihat,Bujang,pelawa emaknya. Tak apalah,Mak,Bujang menolak.Letih Bujang tak seberapa. Dulu abang balik kenapa tak beritahu?desak Kuntum memaut tangan abangnya Bila abang balik?Bujang kehairanan. Hari tu,masa Kuntum kat perigi,Kuntum menerangkan.Perkasa datang ,cuba nak ganggu Kuntum.Mujurlah Kak Teratai tolong.Lepas tu,abang datang. Abang datang?Bujang bertambah hairan. Ya,abang,Kuntum menegaskan.Memang abang datang.Kalau abang tak percaya, tanyalah Perkasa dan Kak Teratai.Mereka ada sama.Kami tak nampak abang tapi kami boleh dengar suara abang dengan jelas.Abang kata kat Perkasa;Baliklah se-belum bermandi darah! Apa ni?Sekejap kata balik,sekejap kata tak nampak tapi dengar suaraMak peninglah!Siti merungut.Kau dua beradik bersembanglah dulu,Mak nak ke reban mencari ayam buat lauk malam ini. Bujang hanya memandang emaknya melenggang pergi.Dia teringat kembali mimpinya ketika tertidur dalam sampan tempoh hari.Mimpinya tentang Kuntum diganggu Perkasa sama dengan kejadian yang benar-benar berlaku semasa ketiadaannya. Mungkin juga ini salah satu tanda yang selalu disebut oleh guru tarekatnya di Acheh dulu. Kenapa abang diam?tanya Kuntum,mengejutkan Bujang dari lamunan. Tak ada apa-apa,Bujang menghulurkan buntilnya kepada Kuntum.Tolong simpan barangbarang ini,abang ada hal sikit. Belum sempat Kuntum bertanya dengan lebih lanjut,Bujang berpaling dan terus pergi dari situ.Tidak diceritakan pada Kuntum hal yang dimaksudkan itu.Tetapi dia tahu apa yang perlu dilakukan sebelum kudis menjadi tokak.Dugaannya tepat.Perkasa berada di bawah pokok ru berhampiran kubu,sedang berbual-bual dengan kawan-kawan seperguruan.Salah seorang rakan itu mencuit bahu Perkasa mengatakan sesuatu.Mereka semua memerhati ke arah Bujang. Apa khabar,Bujang?Bila kau Pang!Satu tamparan kencang hinggap di pipi Perkasa,menyebabkan Perkasa terjatuh ke tanah yang berpasir itu.Belum sempat dia bangun,dadanya tiba-tiba dipijak Bujang. Sekali lagi kau ganggu Kuntum,nahas!Bujang memberi amaran. Kawan-kawan Perkasa menghunus senjata dan mula mengepung Bujang. Baliklah,pinta Bujang pada mereka,memandang ke kiri dan ke kanan.Baliklah jika tidak mahu bermandi darah. Teringatkan kejayaan Bujang membunuh lima musuh beberapa hari yang lalu,rasa gerun mematikan niat mereka.Mereka tidak jadi menyerang. Mereka menyarungkan senjata masingmasing lalu tergesa-gesa meninggalkan Perkasa. Perkasa pula tergamam,tergamam kerana kata-kata itulah yang didengarnya di perigi ketika dia cuba mengganggu Kuntum tempoh hari..Dia ingin bertanya tetapi Bujang terus pergi dari situ tanpa menoleh ke belakang lagi. Bujang yang pulang tergesa-gesa dengan langkah yang panjang tiba-tiba dikejutkan oleh bunyi tempikan gajah dari arah dusun buah-buahan.Marahnya pada Perkasa hilang sertamerta. Dia berlari ke pinggir sawah.Dugaannya tidak meleset.Dia mendapati rombongan di raja sudah sampai.Lima ekor gajah yang membawa baginda Sultan,kaum-kerabat baginda, bekalan makanan,kelengkapan perang serta lain-lain peralaran diiringi oleh kira-kira 300 orang pendekar dan hulubalang yang diketuai oleh Panglima Dermang.Tiada pembesar-

pembesar lain yang kelihatan.Rombongan itu berarak perlahan melalui batas bendang dan sawah padi.Baginda Sultan serta semua kaum-kerabat dinaungi oleh payung kuning manakala pengiring hadapan sekali membawa panji-panji di raja yang berlambangkan kesultanan Kedah Darul-Aman.Di belakang sekali ialah hulubalang berkuda. Rupanya bukan Bujang sahaja yang menyaksikan ketibaan rombongan bergajah itu. Teriakan Daulat Tuanku!tiga kali berturut-turut dari arah rumah Tok Penghulu menandakan para pendekar dan hulubalang yang tiba terlebih dahulu bersama Bujang turut melihatnya. Begitu juga orang-orang kampung yang keluar memukul kompang meraikan keberangkatan baginda Sultan yang sudi mencemar duli. Oleh kerana terlalu gembira, mereka terlupa seketika kapalkapal musuh yang sedang berlabuh di laut. Bujang sendiri pun tumpang gembira,lebih-lebih lagi bila melihat Panglima Dermang melambai-lambai ke arahnya.Dia lantas membalas lambaian itu. Malam itu baginda Sultan seisi keluarga menjadi tetamu kehormat Tok Penghulu. Mereka dijamu dengan makan-minum dan dihiburkan pula oleh tarian serta nyanyian dari gadis-gadis desa yang dipimpin oleh Teratai.Pak Guru Jalil dan Panglima Paringgit juga hadir sama meraikan majlis yang sederhana tetapi meriah itu. Secara tidak langsung,Bujang terpaksa mengambil-alih tugas ayahnya membuat kawalan. Dia mengambil langkah berjaga-jaga dengan menempatkan sebilangan besar ahli bermain panah di sepanjang kubu di pesisir pantai.Dia sendiri membuat rondaan dari semasa ke semasa sambil menikmati halwa telinga dari nyanyian merdu gadis-gadis desa terutama sekali Teratai.Ketika meronda itulah,dia terserempak sekali lagi dengan Perkasa dan rakan-rakannya . Kau buat apa di sini?herdiknya lantang sambil memegang hulu parang. Meronda,balas Bujang selamba.Kau juga patut ikut sama,Perkasa.Takkan nak diharapkan orang luar memepertahankan kampung ini sedangkan kita berlepas tangan. Awas sikit mulutmu,Bujang!Jangan terlalu celupar!bentak Perkasa.Petang tadi,kau pukul curi! Sekarang,cubalah sekali lagi kalau kau anak jantan! Kau tak serik-serik lagi,Perkasa.Kenapa kau suka mencari geruh denganku? Kenapa?Perkasa menjegilkan matanya.Kerana kau jadi duri dalam dagingku!Kaulah batu penghalang antara aku dengan Kuntum. Perkasa,Perkasa,Bujang geleng kepala.Aku abangnya,aku berhak menjaga maruahnya. Kalau kau benar-benar berhajat,masuklah meminang secara beradat.Kita orang Melayu kaya dengan adat resam. Perkasa ingin berhujah lagi tetapi tidak jadi.Melihat kedatangan beberapa orang pendekar, dia segera mengajak kawan-kawannya pergi dari situ. Siapa tu,Panglima?tanya Kundang yang datang bersama Bedul dan Bachok. Perkasa anak Tok Penghulu,jawab Bujang ringkas. Patutlah,sambung Bedul pula.Bagaimana acuan begitulah kuehnya. Kenapa pula kau berkata begitu?Bujang ingin tahu. Tadi kami baru sahaja menyaksikan Tok Penghulu dan anak buahnya membuat persembahan,cerita Bachok pula.Adakah patut depan Duli Yang Mulia Baginda Sultan, mereka menunjukkan kehebatan?Mereka seperti tak umpamakan langsung baginda sebagai seorang raja yang berdaulat. Apa yang dipertunjukkan?tanya Bujang lagi. Biasalah,jawab Kundang pula.Ilmu kebal.ilmu jurus,makan kaca,makan bara api. Macamlah mereka sahaja yang mampu buat begitu. Perbuatan seperti itu boleh membawa riak dan takbur,tegas Bujang. Tepat sekali,Panglima,sokong Bedul,Bachok angguk kepala tanda sokongan. Oh ya,Datuk Panglima Dermang minta hamba serahkan parang lading pada Panglima, Kundang menghulurkan senjata itu kepada Bujang.

Terima kasih banyak-banyak,Bujang menolak dengan lembut.Hamba sudah memiliki keris dan kerambit. Tapi,ini senjata rasmi para pendekar dan hulubalang negeri Kedah,khusus digunakan dalam peperangan,Kundang menggesa. Kalau dah begitu,tak apalah,Bujang menerima parang lading itu. Bujang meneruskan rondaan bersama mereka. Datuk Panglima Dermang hairan bagaimana kita sampai di sini lebih awal sedangkan mereka terlebih dahulu bertolak meninggalkan Kota Naga, Pendekar Kundang membuka cerita terbaru.Mereka naik gajah walhal kita hanya berjalan kaki dan berakit. Betul,Bujang,akui Panglima Dermang di hadapan Panglima Paringgit dan Pak Guru Jalil apabila perlara itu ditanya padanya malam itu. Malam semakin larut tetapi mereka masih berada di serambi bertukar-tukar pengalaman. Sebenarnya,hamba dibantu oleh Sharif Aznan,Bujang menjelaskan. Sharif Aznan?Pak Guru Jalil memandang Panglima Dermang.Siapa Sharif Aznan? Dialah yang Bujang temui berhampiran Kampung Anak Bukit,Bujang menjawab pertanyaan ayahnya.Dia menyuruh kami mengikut Sungai Babur untuk sampai ke Kuala Kedah ini. Sharif Aznan?Sungai Babur?Panglima Dermang berfikir sejenak.Mengikut cerita orang,Sharif Aznan itu Imam Di Raja kepada Almarhum Sultan Muzaffar Shah kira-kira 100 tahun yang silam.Dia sudah lama meninggal dunia. Meninggal dunia?Bujang seperti tidak percaya.Masih lagi terbayang-bayang padannya wajah Sharif Aznan yang bersih lagi jernih itu. Sungai Babur pula di mana?tanya Pak Guru Jalil. Dulu semasa pemerintahan Almarhum Sultan Muzaffar,memang ada sungai bernama Sungai Babur,jelas Panglima Dermang lagi.Tetapi sungai itu sudah lenyap,mungkin telah dipugar menjadi sawah-bendang dan kawasan perkampungan. Kata orang tua-tua,Sungai Babur mengalir masuk ke Sungai Kedah ini. Aneh sungguh,Pak Guru Jalil menyatakan sambil merenung anaknya.Imam Raja yang sudah meninggal dunia,Sungai Babur yang tidak wujud lagi! Keris itu lagi aneh,sampuk Panglima Paringgit,menuding ke arah keris pendek berhulu gading di pinggang Bujang.Hamba pernah melihat Almarhum Sultan Iskandar Muda Acheh memakainya sebelum dihadiahkan kepada puteri bongsu kesayangan baginda iaitu Tengku Chut Narasari. Bujang melihat ayahnya dan Panglima Dermang saling pandang-memandang bagaikan menyembunyikan suatu rahsia.Apa lagi yang Panglima ketahui tentang keris itu? tanya Pak Guru Jalil pada Panglima Paringgit. Kata orang lama,keris itu asalnya milik Almarhum Sultan Sulaiman Shah yang pernah memerintah negeri ini,Panglima Paringgit menerangkan. Tiba-tiba Panglima Dermang menyampuk,Ayahanda kepada baginda Sultan Kedah sekarang.Almarhum ditawan dan dibawa ke Acheh bersama kira-kira tujuh ribu rakyat negeri ini..Memang keris itu milik Almarhum. Lain pula cerita yang hamba dengar,Pak Guru Jalil berselisih pendapat.Kata Almarhum Tengku Chut Narasari sebelum dia mangkat,keris itu namanya Keris Sempana Riau,milik suaminya Almarhum Sultan Abdullah sebagai hadiah perkahwinan mereka,asalnya dari Bukit Siguntang Mahameru dan dipusakai turun-temurun oleh raja-raja Melaka sebelum Melaka jatuh ke tangan Portugis. Bisa bapa tengok keris bersejarah itu?pinta Panglima Paringgit pada Bujang. Tanpa membantah,Bujang menyerahkan keris itu bersama sarungnya sekali. Panglima Paringgit membelek keris itu penuh minat,terutama sekali batu-batu permata berbagai warna yang melengkari hulu dan sarung keris.Dia cuba menghunus keris itu tetapi tidak dapat.

Memang ketat,Pak Guru Jalil menjelaskan pada Panglima Paringgit. Sejak hamba menyimpannya sampai sekarang,tak pernah dihunus.Hamba pernah mencuba beberapa kali namun gagal.Kata orang,barang siapa berjaya menghunus keris itu,dialah pemerintah sebenar Negeri Johor yang berakar dari kesultanan Melaka. Panglima Dermang pula mengambil keris pendek itu lalu cuba dihunusnya tetapi tidak berjaya juga.Macam ada satu kuasa ghaib yang menahannya,katanya dengan kagum. Cuba kau hunus pula,Bujang. Keris itu berpindah tangan.Bujang menatang keris itu seketika seolah-olah memohon restu.Bagi hamba,keris tetap keris,tidak lebih dari itu,katanya sambil menyentak. Sekali sentak,terhunuslah keris itu,disertai oleh bau yang harum semerbak.Suasana menjadi sunyisepi bagaikan berada di alam lain. Sarungkan keris itu!Jika dihunus,ia meminta nyawa!terdengar suara garau sayup-sayup dari atas bumbung rumah.Ditikam di hulu sungai,mati ikan di kuala! Semusim pencuri menggalas,ditikam jejak mati jua! Bujang terkejut bagaikan baru sedar dari mimpi.Begitu juga dengan Pak Guru Jalil, Panglima Dermang dan Panglima Paringgit. Bujang lekas-lekas menyarungkan keris itu,lantas bau yang harum semerbak pun hilang seperti ditiup angin malam. Sudah sah dan nyata,kaulah bakal menjadi raja yang berdaulat,Bujang,Panglima Dermang menyatakan.Jalil,aku rasa sudah tiba masanya kau berterus-terang dengan Bujang tentang siapa dirinya yang sebenarnya. Aku pun rasa begitu,Dermang,ujar Pak Guru Jalil dengan sayu,kemudian menjenguk ke dalam rumah memanggil isteri dan anaknya,Siti!Kuntum!Mari kemari sebentar! Siti dan anaknya Kuntum yang rupanya sedang memasang telinga dari dalam segera bagun menuju ke serambi lalu duduk bersimpuh di sebelah Pak Guru Jalil. Sebenarnya,Bujang,kau bukan anak kandung kami,Pak Guru Jalil mendedahkan rahsia yang lama terpendam sambil memandang isterinya.Nama kau yang sebenarnya ialah Tengku Alang Iskandar,satu-satunya zuriat keturunan Almarhum Sultan Abdullah dengan isterinya Tengku Chut Narasari dari Acheh.Kau juga cucu Almarhum Sultan Iskandar Muda pemerintah Acheh yang terbilang itu. Benarkah begitu,Mak?tanya Bujang,suaranya berubah. Benar,Nak..,Siti tidak dapat menahan sedu-sedannya. Ayahmu mangkat di Pulau Tambelan akibat serangan Portugis,Pak Guru Jalil meneruskan lagi,suaranya terkawal.Ibumu berjaya kami selamatkan.Tetapi lukanya terlalu parah.Mayatnya kami semadikan di lereng bukit di Lembah Bujang,masih ada lagi sampai sekarang.Sebab itulah kami namakan kau Bujang. Rupanya selama ini hamba anak pungut,ujar Bujang perlahan dengan suara yang tertahantahan,air mata membasahi pipinya.Rupanya hamba anak yatim piatu. Janganlah kau cakap begitu,Bujang,Siti meraung sambil memaut tangan Kuntum yang turut sama mengalirkan air mata.Kami menyayangi kau sama seperti kami menyayanyi Kuntum.Kau sudah kami anggap seperti anak kandung sendiri. Betul cakap ibumu itu,Bujang,Pak Gurun Jalil menyokong,suaranya terputus-putus. Ayah,Mak,terima kasih banyak-banyak kerana membesarkan Bujang selama ini,Bujang menyeka air matanya.Jasa kebaktian Ayah dan Mak,sungguh tulus dan ikhlas,hanya Tuhan yang dapat membalasnya.Maafkan,Bujang. Bujang bangun bersalam dengan ayahnya,ibunya,Panglima Dermang serta Panglima Paringgit lalu turun ke tanah dan menghilangkan diri ke dalam gelap menuju ke arah kubu pertahanan. Amat memilukan,Panglima Paringgit geleng kepala. Kebenaran terpaksa dinyatakan,biar betapa pahit sekali pun,jelas Pak Guru Jalil. Ada satu lagi kebenaran yang terpaksa kau lakukan,Jalil,melihat semua mata tertumpu padanya,Panglima Dermang meneruskan.Kahwinkan Bujang dengan Kuntum.

Kahwin?Pak Guru Jalil melopong. Kau suka jika dikahwinkan dengan Bujang?tanya Panglima Dermang pada Kuntum. Kuntum tidak menjawab.Dia hanya tunduk tersipu-sipu,wajahnya merah padam. Diam ertinya bersetuju,kata Panglima Dermang pada Siti dan Pak Guru Jalil.Mereka berdua bukan adik-beradik,bukan muhrim. Daripada kau terus menanggung dosa,lebih baik kahwinkan sahaja mereka. Tapi,mahukah Bujang?tanya Pak Guru Jalil.Kuntum sudah dianggapnya seperti adik kandungnya sendiri. Pada pandanganku,mereka sudah lama menaruh hati antara satu sama lain,cuma tidak dinyatakan,Panglima Dermang memberi pandangan sambil menjeling pada Kuntum yang tidak berani mengangkat muka.Kasih-sayang mereka lebih daripada kasih-sayang seorang adik dengan abang. Memang elok benarlah mereka dojodohkan dengan segera supaya tidak timbul fitnah. Tapi sekarang,kita sedang berperang,Pak Guru Jalil memberi alasan. Buat secara ringkas,Jalil,Panglima Dermang mencadangkan.Kahwinkan mereka dulu, bila dah aman baru buat khenduri secara besar-besaran.Kalau kau izinkan,besok aku runding dengan Datuk Seraja Imam yang turut mengiringi baginda Sultan. Terpulanglah padamu,Dermang,Pak Guru Jalil mengalah sambil melemparkan pandangan pada isterinya yang turut menguntum senyum.Mana-mana yang elok,kau uruskanlah. Syukur Alhamdulillah,sambut Panglima Paringgit pula. Tanpa mengetahui rancangan yang telah diatur itu,Bujang membuat kawalan seperti biasa di sepanjang kubu dengan dibantu oleh Kundang dan Bedul. Ini tak boleh jadi,rungutnya pada mereka berdua.Masakan kita hendak menunggu sahaja musuh datang menyerang. Jadi,apa rancangan Panglima?tanya Kundang. Kita serang-hendap mereka seperti yang kita lakukan di Kota Naga dulu,saran Bujang. Tapi,dulu musuh di darat,Panglima?bantah Bedul pula.Sekarang,musuh kita di atas kapal di tengah laut.Takkan kita nak berenang ke sana. Apa salahnya kita berenang,Bujang berkeras.Kau penakut kah? Bukan penakut,Panglima,tapi.! Panglima,Kundang mencuit lengan Bujuang sambil menuding ke arah pinggir laut. Musuh?tingkah Bedul mengangkat parang ladingnya. Kita tunggu dulu,perintah Bujang. Dari arah laut yang hitam pekat itu,mereka ternampak susuk tubuh beberapa lembaga sedang berenang ke pantai.Hoi!Orang Kedah! Jangan serang!Kami orang Acheh! Barangkali anak buah panglima Acheh itu,kata Kundang. Kau berdua duduk di sini,jaga orang-orang kita,Bujang menegaskan.Biar hamba pergi siasat. Bujang keluar dari kubu lalu merapati gigi pantai. Dilihatnya tujuh orang Acheh itu masih berendam dalam air laut,masih menyimpan rasa curiga. Naiklah,pelawa Bujang.Jangan cuba melakukan sebarang tipu-helah! Mereka pun naik ke darat mendapatkan Bujang.Mereka menggigil kesejukan. Lancang kami terbakar diserang Holanda dan tenggelam,salah seorang dari mereka menerangkan,gigi berlaga menahan sejuk.Yang lain terkorban dan mati lemas. Hanya kami bertujuh sahaja dipanjangkan umur. Bukankah kamu bersahabat dengan Belanda?sindir Bujang.

Holanda memang tidak bisa dipercaya,gerutu seorang lagi mengertap bibirnya penuh dendam sambil menoleh ke arah kapal-kapal yang berlabuh di tengah laut. Perkasa!jerit Bujang ke arah kubu.Bila Perkasa muncul bersama dua orang kawannya, Bujang memerintah,Bawa mereka berjumpa Panglima Paringgit.Ingat,mereka jangan diapaapakan. Setelah orang-orang Acheh itu dibawa pergi,Bujang mendapatkan Kundang dan Bedul. Kau tengok,katanya sambil memandang ke arah kapal.Kalau mereka boleh berenang dari tengah laut hingga ke pantai,apa bezanya kita. Bezanya mereka terdesak,Panglima,balas Kundang.Mereka terdesak kerana hendak menyelamatkan nyawa masing-masing. Orang terdesak sanggup melakukan apa sahaja. Kalau kita berenang ke sana,bererti kita sengaja menempah maut,tambah Bedul pula. Bujang tidak menjawab.Sebaliknya dia mencabut sebilah anak panah dari uncang yang digalas oleh Bedul.Mata anak panah itu diuji dengan ibu jarinya.Tajam.Kemudian,diambilnya sehelai daun kelapa kering dari pelepah yang terdapat di tepi perdu kelapa itu. Kundang dan Bedul memerhati gelagatnya dengan penuh kehairanan. Apa rancangan Panglima?Kundang memberanikan diri bertanya. Bujang tidak terus menjawab pertanyaan itu. Dia memandang ke arah kapal-kapal musuh seperti memikirkan sesuatu.Anak panah,dibalut dengan perca kain,direndam dalam damar atau minyak jarak,dicucuh dengan gobek api,pasti mudah menyala,katanya penuh teka-teki. Sediakan orang-orang yang cekap memanah.Hamba ada satu rancangan. Awal dinihari itu,seluruh kampung terkejut melihat keenam-enam buah kapal Belanda yang mengepung perairan itu dijilat api.Mereka beramai-ramai berkerumun di sepanjang kubu bagaikan menyaksikan satu temasya.Api mula membakar layar kapal.Keadaan yang riuhrendah di atas kapal kedengaran hingga ke pantai,anak-anak kapal berlari-larian cuba memadam kebakaran tersebut.Namun,sebuah kapal terbakar hangus dimamah api manakala lima buah lagi berjaya diselamatkan meskipun semua layarnya rentung.Di hujung pantai yang agak tersembunyi,Bujang dan rakan-rakannya yang hanya bercawat berjaya naik ke darat lalu hilang ke dalam belukar berhampiran.Sebentar kemudian,mereka muncul semula dengan berpakaian lengkap.Tanpa sepatah kata,mereka berpecah lalu menghilangkan diri di dalam kegelapan malam. Bijak,puji Panglima Paringgit sambil sama-sama memerhati ke laut.Tindakan Orang Kaya memang bijak.Sekarang,kapal Holanda cuma tinggal lima. Hamba tidak tahu-menahu langsung dalam kejadian ini,Pak Guru Jalil menafikan dakwaan rakan lamanya itu.Barangkali Tok Penghulu tahu. Hamba pun tak tahu apa-apa,Tok Penghulu turut menafikan. Hamba rasa hamba tahu siapa,Panglima Dermang mencelah,memerhati sekitar kawasan kubu yang gelap itu.Mana Bujang,Jalil? Tadi aku nampak dia dengan kawan-kawannya ada di hujung kubu,balas Pak Guru Jalil. Panglima Dermang memangil seorang pendekar yang dikenalinya,Mamat,kamu cari Panglima Agung di hujung sana,bawa dia kemari. Baik,Datuk,Pendekar Mamat bergegas pergi. Pak Guru Jalil,Tok Penghulu dan Panglima Paringgit menunggu dengan seribu tanda-tanya.Tidak lama kemudian, Pendekar Mamat kembali bersama Bujang. Kau ke mana,Bujang?terus Panglima Dermang bertanya. Ada di sana,Datuk,balas Bujang dengan selamba.Hamba turut sama menyaksikan temasya api di tengah laut bersama kawan-kawan. Pak Guru Jalil menatap wajah Bujang.Dia tahu anak angkatnya yang bakal menjadi menantunya itu berbohong.Namun,dia hanya berdiam diri.Panglima Dermang juga diam sambil tersenyum sumbing.

Bau apa tu?hidung Tok Penghulu kembang-kempis. Minyak jarak,Tok,ujar Bujang dengan tenang.Tadi hamba nyalakan obor. Teruskan kawalan,Bujang,perintah Pak Guru Jalil.Jangan bertindak melulu. Ingat,kau tu bakal menjadi pengantin baru,sindir Panglima Dermang.Darahmu manis. Bujang hanya mengangguk lalu berpaling dan segera beredar pergi.Pak Guru Jalil dan Panglima Dermang saling berpandangan manakala Panglima Paringgit dan Tok Penghulu tidak mengesyaki apa-apa. Sarang tabuan sudah dijolok,kata Pak Guru Jalil perlahan.Bersiap-sedialah untuk menghadapi sebarang kemungkinan dari pihak musuh. Ramalan Pak Guru Jalil tepat sekali.Sebaik sahaja matahari terbit di ufuk Timur,kampung itu mula dihujani dengan tembakan meriam dari arah laut.Kelima-lima kapal Belanda itu terusmenerus membedil seolah-olah ingin menebus kekalahan mereka semalam. Peluru gugur di sana-sini meranapkan rumah,memusnahkan kubu dan menumbangkan pokok. Pak Guru Jalil,Panglima Dermang dan Panglima Paringgit berkejar ke kubu selepas sembahyang subuh.Begitu juga dengan Tok Penghulu yang turut sama membawa Raja Muda.Perkasa dan rakan-rakannya juga tidak ketinggalan,bercampur-gaul dengan Bujang serta lain-lain pendekar dan hulubalang.Turut sama ialah anak buah Panglima Paringgit.Semua mengambil tempat masing-masing.Baginda Sultan berlindung di rumah Tok Penghulu bersama permaisuri,putera dan puterinya. Gajah dan kuda yang diikat ke pokok dengan segera disembunyikan di dalam dusun dan belukar. Dalam keadaan kelam-kabut itu,sudah kedengaran jeritan mereka yang terkena serpihan peluru.Mereka yang luka dipapah ke balai raya,mana-mana yang terkorban diusung ke surau.Pihak pendekar dan hulubalang membalas serangan dengan bedilan meriam,rela dan rentaka yang dibawa dari istana Kota Naga.Namun,senjata api mereka yang terlalu sedikit tidak terlawan bedilan pihak musuh yang kedengaran menggerutup seperti bertih digoreng. Sialan!Lihat di sana!Panglima Paringgit menunjuk dengan rencongnya. Mereka melihat sepuluh buah kapal sedang belayar kemari dari arah utara. Angkatan Perang Siam,balas Panglima Dermang yang mengenali bendera di hujung tiang layar.Rupanya mereka bersembunyi di kawasan perairan kita dan menunggu masa yang sesuai untuk membantu Belanda. Dua kali sialan!tuding Panglima Paringgit ke selatan pula. Dari arah selatan,lima buah kapal juga sedang belayar kemari. Armada Belanda,jelas Pak Guru Jalil.Tentu dari Melaka,kemari untuk membantu. Tunku Mahmud,kata Panglima Dermang pada Raja Muda.Eloklah Tunku bawa Duli Baginda Sultan dan semua kerabat Tunku berlindung di dalam hutan. Molek sekali,Datuk,balas Raja Muda lalu meninggalkan kubu bersama Tok Penghulu. Bujang,perintah Pak Guru Jalil pula.Suruh semua kaum perempuan dan kanak-kanak bersembunyi di dalam hutan dan dusun. Baik,Ayah,Bujang mengajak beberapa orang rakannya turut sama.Kundang,kau bawa empat-lima orang,mulakan dari sana. Kau pula,Bedul,bawa kawan-kawan dan mula dari arah sebelah sini. Tanpa berlengah,Bujang terus berlari ke rumahnya.Dilihatnya emak angkatnya dan bakal isterinya sedang berlindung di bawah rumah.Mak,Kuntum,kemas apa-apa yang perlu dan cepat pergi bersembunyi di dalam hutan. Bujang,..Mak takut..,teriak Siti sambil memeluk anaknya. InsyaAllah,kita akan selamat,pujuk Bujang.Pergi lekas,Mak. Bujang berlari ke halaman rumah.Dengan menjadikan kedua-dua tapak tangannya sebagai corong,dia memekik ke sekitar,Semua orang perempuan!Kanak-kanak!Cepat pergi ke hutan dan dusun! Bersembunyi di sana!

Bujang pergi dari rumah ke rumah dan mengulangi perbuatan yang sama dengan peluru meriam berdengung-dengung di atas kepala seperti lebah.Setelah yakin semua kaum wanita dan kanak-kanak sudah diberitahu,dia bergegas kembali ke kubu. Di laut,lima kapal Belanda dari selatan dan sepuluh kapal Siam dari utara mula bergabung melancarkan serangan besar-besaran.Bunyi dentuman meriam seperti petir mengganas. Kubu yang diperbuat daripada batang nibung itu mula hancur satu demi satu dimamah peluru meriam.Begitu juga kota purba itu,tidak henti-henti dibedil dari laut. Sudah ada mayat yang bergelimpangan.Mana-mana yang cedera parah kedengaran mengeluh dan merintih kesakitan. Darah merah tumpah di sana-sini membasahi bumi. Itulah,sarang tabuan jangan dijolok,kalau dijolok inilah akibatnya,rungut Pak Guru Jalil yang berlindung di sebalik perdu pokok bersama Panglima Dermang dan Panglima Paringgit. Tidak jauh dari situ,Bujang bersama beberapa orang rakannya yang berlindung di belakang pohon kekabu terdengar rungutan itu.Mereka saling pandang-memandang. Jadi,Pak Guru tahulah kami yang membakar kapal-kapal itu semalam?pertanyaan dari Kundang lebih berupa kenyataan. Pak Guru Jalil hanya diam. Jika ditunggu pun,lambat-laun musuh pasti menyerang kita juga,Bujang membela diri bagi pihak rakan-rakannya yang terlibat. Jalil,Panglima Dermang mencelah sebelum terjadi perang mulut.Kau tunggu di sini. Aku dengan Bujang hendak melihat keadaan baginda Sultan. Pak Guru Jalil hanya angguk kepala. Bujang pun mengikut Panglima Dermang ke rumah Tok Penghulu.Mereka dapati rumah itu sudah kosong ditinggalkan orang.Begitu juga dengan rumah-rumah lain di sekitar, sudah ditinggalkan tidak berpenghuni.Beberapa buah rumah runtuh menyembah bumi. Tanpa sepatah kata,Panglima Dermang mengajak Bujang menuju ke hutan. Ketika mereka melalui kawasan sawah padi yang sedang masak ranum,Panglima Dermang berhenti di atas batas lalu berkata pada Bujang,Jika ternyata kita akan kalah, bakar semua ini,jangan biarkan jatuh ke tangan musuh. Apakah kita akan kalah,Datuk?tanya Bujang. Kita tidak dapat melawan takdir,bukan?kata-kata itu mengesahkan jawapan dari Panglima Dermang.Samaada kita berundur atau mati dalam perjuangan. Hamba lebih rela berpecah kulit berkecai tulang daripada berundur,tegas Bujang. Syabas,Bujang,balas Panglima Dermang dengan terharu.Kaulah pejuang sejati. Datuk rela mati bersamamu daripada membiarkan bumi Kedah yang tercinta ini dicemari musuh laknat. Mereka bergegas ke kawasan hutan yang menjadi tempat perlindungan sementara. Di situ sudah didirikan pondok pisang sesikat,tikar mengkuang dijadikan hamparan,tungku tempat memasak dan menjerang air juga telah disediakan.Penduduk kampung yang terdiri dari kaum wanita,kanak-kanak serta warga tua memilih tempat masing-masing di bawah pepohon rendang. Para pengawal duduk dalam kelompok sendiri dalam keadaan berjaga-jaga.Baginda Sultan serta kaum-kerabat berihat-rihat di bawah naungan payung kuning. Bujang ternampak Siti dan Kuntum berbual-bual kosong dengan Teratai, isteri Tok Penghulu serta lain-lain perempuan. Ada juga dua-tiga orang ibu sedang menyusu bayi dalam kendongan. Niat Bujang hendak menemui Kuntum bertanya khabar tidak jadi apabila Panglima Dermang mencuit bahunya dan menuding ke tempat baginda Sultan.Dia pun mengikut Panglima Dermang ke sana. Mereka berdua menyusun sembah lalu duduk berhampiran dengan Tunku Mahmud Raja Muda. Kedatanganmu memang dinanti-nantikan,Datuk Panglima,titah baginda Sultan sambil mengipas-ngipas badannya dengan kipas berwarna kuning.Beta bersama Anakanda Raja Muda baru berkira-kira hendak menjemput Datuk kemari. Ada perihal penting. Perihal apa,Duli Tuanku?sembah Panglima Derma.

Begini,Datuk,Baginda Sultan menjeling sekali ke arah Bujang.Beta rasa peperangan ini akan berakhir dengan kekalahan di pihak kita.Musuh yang menyerang terlalu ramai,tidak terlawan oleh pendekar dan hulubalang kita.Oleh itu,beta seisi kerabat sebulat suara hendak berundur ke Padang Jangam,seterusnya ke Singgora. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun,sembah Panglima Dermang mengikut adat yang sepatutnya.Jika putih titah Tuanku,putihlah patik.Jika hitam titah Tuanku,maka hitamlah juga patik.Dicincang patik lumat,dibakar patik hangus.Ampun Tuanku. Baginda Sultan tersenyum mendengar sokongan Panglima Dermang itu. Sebelum beta berangkat pergi,beta berkenan menyempurnakan dua permintaan,titah baginda menoleh ke arah Tunku Balqis.Oleh kerana Datuk Seraja Imam pun hadir sama,Beta berkenan menjodohkan puteri bongsu beta dengan Panglima Agung. Bujang dan Panglima Dermang sama-sama terkejut.Suasana di situ tiba-tiba menjadi senyap dan sepi,masing-masing memasang telinga.Bujang melirik ke arah Kuntum dan tahu Kuntum juga telah mendengar titah itu.Dia tidak berani menjeling ke arah Tunku Balqis yang pernah ditengkingnya tempoh hari. Permintaan yang kedua ialah,baginda mengeluarkan sebilah keris panjang berwarna hitam dari lipatan kain kuning.beta ingin menganugerahkan Keris Panjang Diraja ini kepada bakal menantu beta secara rasmi sebagai sah perlantikannya sebagai panglima yang membawa gelaran Paduka Panglima Agung.Terimalah keris ini,Anakanda. Antara sedar dengan tidak,Bujang menerima sahaja keris panjang lok sembilan yang dihulur itu. Menjunjung kasih,Tuanku,Panglima Dermang menuturkan bagi pihak Bujang. Bujang berterima kasih dengan menyusun jari sepuluh sambil menunduk. Itulah Keris Berayat,titah baginda kepada Bujang.Ada orang menyebutnya sebagai Keris Hitam Bersepuh Emas,ditempah khas oleh pandai besi untuk pakaian para panglima pilihan beta. Menjunjung kasih,Tuanku,Bujang meniru kata-kata Panglima Dermang.Patik juga memohon limpah perkenan ke Bawah Duli Tuanku agar diperkenankan satu lagi permintaan. Permintaan apakah itu,wahai Anakanda?tanya baginda mesra. Ampun Tuanku,sembah Bujang sambil melirik sekali ke arah Kuntum.Jika tidak menjadi keberatan ke Bawah Duli Tuanku,izinkanlah patik turut mengawini adik angkat patik yang bernama Kuntum anak Pak Guru Jalil. Apa?jerkah baginda sambil bingkas bangun seperti jerat membidas.Wajah baginda merah padam kerana terlalu murka.Ditenungnya Bujang tajam-tajam seperti hendak ditelannya Bujang hidup-hidup.Suasana menjadi sunyi-sepi,hanya kedengaran siulan burung di kawasan sekitar.Bujang tunduk menekur bumi,tidak berani menentang wajah baginda. Pada waktu itu,semua orang menyangka pasti Bujang akan menerima hukuman bunuh di situ juga. Tiba-tiba baginda Sultan ketawa terbahak-bahak sehingga matanya berair.Tindakan baginda mengendurkan suasana tegang.Masing-masing mengurut dada dan menarik nafas lega. Bujang sendiri agak terkejut dengan perubahan tingkah-laku baginda itu. Belum pernah terjadi dalam sejarah hidup beta,seorang lelaki ingin berkahwin serentak, titah baginda lagi sambil menggosok matanya.Puteri beta pula akan bermadu dengan gadis dari rakyat jelata.Tak apa,beta perkenankan.Panggil Pak Guru Jalil kemari sebagai wali. Seorang pendekar bangun menyusun sembah lalu segera beredar menjalankan titah itu. Anakanda Tunku Balqis,duduklah di sebelah Panglima Agung,pinta baginda dengan lembut pada puteri kesayangannya.Tunku Balqis menyusun sembah lalu bangun mengatur langkah mendekati Bujang dengan dipimpin tangan oleh Paduka Bonda Wan Fatimah yang bergelar Permaisuri.Tunku Balqis didudukkan di sebelah Bujang.Paduka Bonda juga duduk bersimpuh menemani puterinya.

Kuntum,duduk di sana,titah baginda Sultan seterusnya sambil menuding ke tempat kosong di sebelah Bujang. Dengan ditemani emaknya,Kuntum pun duduk bersimpuh di sebelah kiri Bujang. Pak Guru Jalil datang tidak lama kemudian bersamaTok Penghulu dan Panglima Paringgit setelah dijemput pengawal.Mereka bertiga menyusun sembah penuh takzim lalu duduk di belakang Bujang. Wali dan saksi sudah lengkap,jalanlankan upacara pernikahan,Datuk Seraja Imam,titah baginda.Datuk Seraja Imam menyusun sembah,bangun,kemudian duduk bersila di hadapan Bujang.Dia terus menjabat tangan Bujang.Disaksikan oleh mereka yang hadir,di celah-celah dentuman meriam musuh,pagi itu juga Bujang selamat diijabkabulkan dengan Tunku Rahimah timang-timangan Tunku Balqis dan Kuntum adik angkatnya. Siti dilihat menyapu air mata dengan lengan bajunya tanda terlalu gembira. Selepas doa ringkas dibacakan oleh Datuk Seraja Imam,Tunku Mahmud Raja Muda bangun menghadiahkan sepasang persalinan lengkap kepada Bujang.Baginda Sultan bangun memerhati semua hadirin. Perkahwinan ini ibarat bidan terjun,titah baginda sambil tersenyum.Tiada cincin berian, maskahwin pula hanya empat kupang.Apa boleh buat,kita sekarang dalam darurat.Namun pun begitu,apabila negeri ini sudah aman,akan beta adakan majlis ini secara besar-besaran mengikut adat-istiadat istana yang telah dipusakai turun-temurun dari moyang beta Maharaja Derbar Raja.! Sebutir peluru sesat tiba-tiba terkena sebatang pokok tidak jauh dari baginda,menyebabkan pokok itu tumbang dan nyaris-nyaris menimpa baginda. Majlis yang sepatutnya meriah tibatiba bertukar menjadi kelam-kabut.Semua terperanjat dan bingkas bangun. Patik bermohon diri,sembah Bujang ringkas.Sambil mencapai keris panjang yang baru dianugerahkan,dia berpaling dan terus berlari keluar dari kawasan itu menghala ke pantai, persalinan lengkap hadiah perkahwinannya dilupakan.Turut dilupakan ialah kedua-dua isteri yang baru dikahwininya. Tak mengapa,Tuanku,sembah Panglima Dermang apabila melihat baginda Sultan mula cemas.Itu cuma peluru sesat.Keadaan di sini masih selamat.Izinkan kami kembali ke pantai menjalankan tugas dan tanggung-jawab. Baginda Sultan hanya mengangguk,matanya liar memerhati sekeliling kalau-kalau ada lagi peluru sesat yang datang.Panglima Dermang,Panglima Paringgit dan Pak Guru Jalil segera bergegas pergi.Tinggal Tok Penghulu menemani isteri dan anak gadisnya. Tiba di pantai,Bujang melihat langit telah bertukar menjadi mendung dan cuaca yang tadinya cerah menjadi redup.Awan tebal berwarna gelap menunjukkan bibit-bibit hujan. Namun,bedilan dari kapal-kapal musuh tidak berkurangan,malah bertambah ganas.Mereka tidak akan berhenti sehingga negeri Kedah menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan takdir Allah,menjelang tengah hari,hujan turun dengan lebatnya,disertai angin ribut. Kapalkapal musuh menghadapi kesukaran kerana dilambung ombak tinggi.Bedilan meriam tidak kedengaran lagi. Bantuan dari Allah,Pak Guru Jalil menyatakan di celah-celah bunyi hujan lebat. Panglima Dermang dan Panglima Paringgit mengangguk,turut bersetuju dengan kenyataan itu. Semua senjata api mereka tentu basah,tak boleh digunakan lagi,Bujang yang berlindung berhampiran memberi pandangan. Pak Guru Jalil dan Panglima Dermang saling memandang.Apa lagi yang kau rancang, Bujang?tanya Panglima Dermang. Tak ada apa-apa,Datuk,Bujang tersengih lalu berlari menemui beberapa orang kawankawannya yang sedang berteduh di bawah pokok.Melihat wajah Bujang,mereka sudah menduga Bujang pasti sedang merancang sesuatu. Mana yang lain-lain?tanya Bujang pada Dali.

Ramai yang pergi ke seberang sungai,jawab Dali,dagunya menggelatuk menahan rasa sejuk.Tok Penghulu dan anaknya Perkasa yang perintahkan. Kundang,Bedul,Mamat dan Bachok ada hamba lihat dekat kubu tadi. Kau kesejukan,Dali?tanya Bujang sambil mengesat mukanya. Sikit-sikit,Panglima,Dali tersengih seperti kerang busuk. Tak lama lagi kau akan berpeluh,balas Bujang.Musuh pasti menyerang. Hah?Musuh menyerang?Mana?Dali menyambar parang ladingnya. Sabar dulu,pujuk Bujang.Sekarang hujan masih turun.Bila hujan berhenti nanti,hamba yakin musuh akan menyerbu ke darat dan menyerang kita secara berhadapan. Habis,apa yang perlu kita lakukan sekarang?Dali ingin tahu. Maklumkan kepada semua kawan-kawan di sebelah sini supaya jangan leka,Bujang memberi peringatan.Jika ternampak musuh,panah betul-betul,jangan sampai terbabas. Panglima hendak ke mana pula?Dali bertanya risau. Ke seberang,ujar Bujang.Hamba hendak meninjau kubu sebelah sana. Bujang terus berlari pergi dari situ,badannya membongkok menahan titisan air hujan. Rupanya rancangan yang sama turut disarankan oleh Panglima Dermang.Jalil,kata-nya sambil memerhati kabus yang menutupi perairan dan menghadkan pemandangan mereka di darat.Gerak hatiku mengatakan musuh akan menyerang sebaik sahaja hujan reda atau berhenti. Kita akan berhadapan dengan mereka. Kalau begitu,kita perlu persiapkan diri,Pak Guru Jalil menggenggam erat senjatanya. Kau jaga kawasan sini,Jalil,perintah Panglima Dermang.Panglima Gocah,bawa semua anak buahmu ke kota purba dan kawal kawasan itu. Dengan bilangan pendekar dan hulubalang yang ada,mudah-mudahan dapat kita bertahan hingga ke malam. Kau ke mana pula,Dermang?tanya Pak Guru Jalil. Aku hendak mengadap ke Bawah Duli Tuanku memberi laporan,Panglima Dermang memberitahu.Lepas itu,aku akan ke seberang sungai memeriksa pertahanan kita di sana. Kata Perkasa,dia memerlukan bantuan kerana ramai juga kawan-kawannya gugur terkena serpihan peluru. Tanpa mengetahui bahaya yang menanti,Bujang meminjam sebuah sampan yang tertambat di tebing sungai lalu berdayung menyeberangi kuala sungai yang luas itu.Rotan yang direntang di pintu kuala itu dijadikan pedoman supaya sampan tidak hanyut dibawa arus deras. Hujan masih turun mencurah-curah. Tiba di seberang,dia terus melompat ke tebing. Ketika dia mengikat tali sampan ke pancang,tanpa diduga dia diserang dari belakang oleh beberapa orang musuh.Kerana dia belum bersedia,dia hanya sempat berguling mengelak serangan pertama itu yang nyaris-nyaris hinggap di tubuhnya.Selepas itu dia terus bertindak balas tanpa membilang lawan lagi dengan menggunakan parang lading. Dia menetak dan menikam,memarang dan merodok dengan tidak teragak-agak lagi,menggunakan segala kepandaian dan kemahiran bersilat yang dipelajarinya.Sejenak kemudian,musuhnya jatuh bergelimpangan satu demi satu sambil mengerang kesakitan,darah yang mengalir dari liang luka bercampur-baur dengan air hujan. Bujang mengesat mukanya sambil memerhati musuh-musuhnya yang tewas di hujung lading.Tujuh orang semuanya,dua orang masih menggelepar lemah,bakinya tidak berkutik lagi. Dia mendengus puas,matanya liar memerhati kalau-kalau masih ada lagi musuh yang bersembunyi di situ.Dalam bunyi desiran air hujan itu,telinganya menangkap bunyi orang berlari pantas sambil menjerit meminta tolong.Suara itu dicamnya.Kak Teratai! Bujang?Lari,Bujang!jerit Teratai sambil berlari menghampiri Bujang. Bujang melihat seorang musuh sedang mengejar Teratai sambil menimang pedangnya. Sini,Kak!jerkah Bujang sambil menerpa ke hadapan.

Melihat Bujang,Teratai membelok sedikit menghala ke arahnya.Oleh kerana tanah licin dibasahi hujan,kaki Teratai tergelincir dan Teratai jatuh tersembam di atas tanah.Musuh yang berjaya mengejarnya terus mengangkat pedang tinggi-tinggi,hendak diparangnya Teratai.Waktu itu,Bujang tidak berpeluang membantu Teratai melainkan dengan satu cara. Sepantas kilat,dia melontar parang lading yang digenggamnya ke arah musuh.Parang itu berputar di udara,kemudian hinggap di pangkal leher musuh itu hingga tembus ke belakang. Teratai menjerit apabila melihat badan musuh itu hendak tumbang menimpa dirinya. Seperti jerat membidas,Bujang menerkam lantas menyambar hulu parangnya.Sambil menarik parang lading itu,dia menendang dada musuhnya.Ketika musuhnya terhoyong-hayang hendak jatuh,dia melibas kuat-kuat dengan parangnya tepat mengenai batang tengkuk musuhnya.Kepala musuhnya itu pun jatuh tergolek di atas tanah,diikuti pula oleh badannya. Cepat,Kak,Bujang menarik tangan Teratai menuju ke sampan.Sebaik sahaja mereka selamat berada dalam sampan,Bujang tidak bertangguh lagi,terus mendayung dengan pantas menuju ke seberang sana,sejauh mungkin dari tempat kejadian itu.Arus sungai yang deras, ditambah pula dengan hujan yang turun bagaikan dicurah dari langit,menyukarkan pergerakan Bujang. Teratai membantu dengan menimba air yang bertakung dalam sampan menggunakan tangannya.Setelah bersusah-payah melawan arus,akhirnya mereka selamat tiba di seberang.Bujang melompat ke darat lalu membantu Teratai turun dari sampan. Mereka segera berlari di dalam hujan menuju ke perkampungan. Sana,Bujang menuding ke arah sebuah dangau di tepi sawah.Tanpa membantah,Teratai mengikut sahaja apabila Bujang menarik tangannya menuju ke dangau itu. Barulah mereka terlindung dari hujan. Mereka duduk berhimpit-himpit di atas gelegar buluh dalam keadaan basah kuyup. Melihat Teratai menggigil kesejukan,giginya berlaga,bibirnya pucat lesi, Bujang terus mendakap Teratai untuk memanaskan badan. Di saat itu,tiada yang terlintas dalam hati Bujang melainkan rasa kasihan terhadap Teratai.Teratai juga membalas pelukannya dengan merangkul pinggangnya.Sama-sama membisu,sama-sama menanti hujan berhenti. Agak lama juga mereka dalam keadaan itu,barulah Teratai tidak menggigil lagi. Kakak buat apa di sana?Bujang mengambil peluang bertanya. Ayah dengan Mak,ujar Teratai perlahan,suaranya masih lemah.Dia orang risau.Perkasa tak balik-balik sejak semalam.Kak pergi cari dia.Tiba-tiba.. Kak ditangkap musuh?Bujang menokok-tambah. Tak sempat,balas Teratai.Kakak ternampak Perkasa ditangkap bersama Dogol dan Mat Kelubi.Kawan-kawannya yang lain terkorban.Kak pun terus lari,lari dan lari sampai terserempak dengan Bujang.Mujurlah Bujang ada. Kalau tidak,entahlah apa nasib Kakak. Kak berihatlah dulu,nanti Bujang hantar pulang,nasihat Bujang dengan lembut. Teratai terus meletakkan kepalanya di atas ribaan Bujang.Tangan Bujang membelai-belai rambut Teratai yang kusut masai itu.Hujan masih juga turun.Dia memejam matanya dan cuba melupai mala petaka yang sedang menimpa kampung itu. CIS!Berani kau berdua berlaku sumbang,ya?terdengar suara lantang Tok Penghulu menengking dengan penuh kemarahan,mengejutkan Bujang. Matanya terkebil-kebil melihat Tok Penghulu tercongok di hadapan dangau bersama Panglima Dermang,Raja Muda serta beberapa orang penduduk kampung.Ayahnya juga hadir,wajahnya muram. Wajah Tok Penghulu pula kelihatan bengis seperti ular membelit,tangannya memegang erat sebilah keris.Hari masih siang tetapi hujan sudah pun berhenti.Suara lantang itu turut mengejutkan Teratai yang kelihatan terpinga-pinga. Bujang segera melepaskan Teratai dari pelukannya. Kami tak buat apa-apa,Ayah,Teratai cuba memberi penjelasan. Diam!tengking Tok Penghulu,matanya terbeliak.Oh,aku suruh kau cari adikmu Perkasa, kau cari jantan lain,ya? Sebenarnya bukan begitu,Bujang cuba membela Teratai.

Jangan cuba menegakkan benang basah!marah Tok Penghulu lagi.Panglima konon. Sungguh tak disangka-sangka,seorang panglima kesayangan raja ditangkap basah ketika berpelukan dengan seorang janda muda! Ayah,kami tidak melakukan apa-apa,Bujang cuba merayu Pak Guru Jalil. Sebagai jawapan,Pak Guru Jalil hanya mampu menggelengkan kepala,wajahnya masih muram. Sumpah,kami tak melakukan apa-apa,Teratai menyokong dakwaan Bujang.Hujan lebat turun.Badan kami basah kuyup.Kami berpelukan untuk memanaskan badan.Lepas itu, kami tertidur dalam dangau ini. Patik baru sahaja membunuh lapan orang musuh yang cuba menangkap Teratai,Bujang beralih pula pada Raja Muda.Patik cuba menyelamatkan Perkasa,namun gagal.Perkasa ditangkap musuh dan dipercayai di bawa naik ke kapal.Selepas kejadian itu,kami berihat di sini sampai tertidur. Itukah yang sebenarnya berlaku?tanya Panglima Dermang pula. Demi Allah,Datuk,hamba berkata benar,Bujang bersumpah bersungguh-sungguh. Ayah percaya kau tidak berbohong,Pak Guru Jalil bersuara,wajahnya tidak muram lagi. Kalau sudah demikian,anggaplah perkara ini selesai,Raja Muda memutuskan. Selesai?Tok Penghulu membantah.Bagaimana dengan maruah patik,Tunku?Bagaimana dengan maruah anak patik?Mulut manusia tidak boleh ditutup.Orang kampung akan berkatakata.Patik malu,Tunku. Di mana nak patik sorokkan muka patik ini? Hanya satu cara sahaja untuk menebus maruah ini,Raja Muda beralih menatap wajah Bujang.Panglima Agung,kahwinilah anak Tok Penghulu ini. Kahwin?Bujang terperanjat. Kenapa tidak?tingkah Raja Muda.Kita ada cukup saksi.Lebai Isa boleh jadi imam. Sudah cukup rukun dan syarat untuk mengesahkan pernikahan. Tapi,Tunku,Bujang membantah.Patik sudah ada dua isteri. Itu yang kamu risaukan,Panglima?Raja Muda tersenyum.Bukankah lelaki dibenarkan berkahwin sampai empat. Panglima baru nak masuk tiga orang. Jawapan Raja Muda itu menyebabkan beberapa orang tertawa lucu. Macam mana ni,Ayah?Bujang cuba meminta pandangan Pak Guru Jalil. Tepuk dada tanya selera,jawab Pak Guru Jalil sambil tersenyum. Di dangau itu juga Bujang dinikahkan dengan Teratai oleh Lebai Isa,imam di kampung itu.Bujang merasa seperti bermimpi.Baru semalam dia mengawini Kuntum dan Tunku Balqis,kini Teratai pula menjadi isterinya yang sah.Ketika doa selamat dibacakan,datang Pendekar Kundang dengan tergesa-gesa menyusun sembah. Yang Mulia Tuanku Raja Muda,sembahnya terputus-putus kerana menahan penat selepas berlari.Pihak musuh sudah bersiap-sedia hendak menyerbu ke pantai. Tanpa menunggu titah dari Raja Muda,Pak Guru Jalil dan Panglima Dermang terus berpaling dan bergegas ke pantai.Lebai Isa dan lain-lain penduduk kampung cabut lari. Tinggal Tok Penghulu bersama Raja Muda. Teratai,jaga dirimu baik-baik,pesan Bujang pada isteri yang baru dikahwininya. Dengan kata-kata itu,dia juga meninggalkan tempat itu menuju ke pantai. Beta hendak ikut berperang,Raja Muda membetulkan kerisnya. Jangan,Tunku,Tok Penghulu menahan.Tunku Raja Muda,bakal menjadi pemerintah negeri ini.Kalau diketahui ayahanda Tunku,tentu baginda murka. Masakan beta hendak berpeluk tubuh dan melihat sahaja sedangkan rakyat sanggup berjuang bermati-matian demi mempertahankan negeri yang berdaulat ini?Raja Muda menyelar pedas.Maklumkan pada Paduka Ayahanda dan Bonda beta.

Tok Penghulu tidak mampu menahan kemahuan kuat Raja Muda itu. Dia memandang sahaja Raja Muda berlari pergi dari situ sebelum dia sendiri berpaling mengajak anaknya Teratai kembali ke tempat persembunyian. Di perairan Kuala Kedah,pihak musuh sudah pun bersedia.Perahu-perahu yang sarat berisi askar upahan sudah diturunkan ke air dan kini sedang didayung ke pantai.Mereka bergerak dalam beberapa barisan yang panjang dari hujung sini hingga ke hujung sana.Bendera dan panji-panji berkibaran seperti bunga lalang ditiup angin. Para pendekar dan hulubalang sudah berkerumun di sepanjang pantai menanti ketibaan musuh.Bujang tanpa berlengah lagi terus mendapatkan mereka. Kedua-dua pasukan itu sudah berhadapan tetapi belum ada tanda-tanda peperangan akan bermula. Seorang lelaki berkulit putih yang besar tinggi bangun bercekak pinggang,memerhati ke kiri dan ke kanan.Tanpa sepatah kata,dia mencabut sepucuk senjata api pendek dari celah tali pinggangnya lalu melepaskan satu das tembakan ke darat.Seorang pendekar rebah, dadanya bersarang dengan peluru.Rupanya tembakan dari lelaki asing itu adalah satu isyarat. Dengan segera askar-askar upahan itu bertempik lantang lalu mendayung dengan laju merapati pantai. Serang!terdengar pekikan lantang Panglima Dermang sebaik sahaja askar-askar itu melompat ke darat.Serentak dengan itu,Bujang turut mengikut barisan pendekar dan hulubalang menyerbu melancarkan serangan. Maka bertemulah dua pasukan itu secara berhadapan.Keris,parang lading,golok dan parang milik orang Melayu bertemu pedang dan sangkur dari Barat dan pedang panjang dari Siam.Gemerincing bunyi senjata berlaga,percikan bunga api terpancar bila besi berlaga dengan besi.Sekali-sekala terdengar bunyi tembakan senjata api ringan dilepaskan dari pihak musuh. Di saat-saat genting seperti itu,Bujang tidak nampak sesiapa melainkan musuhnya. Dia menyerang bagaikan harimau terlepas dari kandang,melibas ke kiri dan ke kanan.Parang ladingnya yang hauskan darah itu meragut nyawa musuh satu persatu.Pergerakannya lincah dan tangkas,kedua-dua kakinya bagaikan tidak berpijak ke bumi. Pak Guru Jalil yang bertarung tidak jauh dari Bujang juga tidak kurang handalnya, setiap tikaman dan tetakannya memakan korban.Umpama harimau yang menyembunyikan kuku, hari itu terserlah kependekarannya dalam silat sendeng yang dibawanya dari Johor. Begitu juga dengan Panglima Dermang dan Panglima Paringgit,masing-masing berpeluang menunjukkan kehebatan yang setaraf dengan gelaran mereka.Panglima Dermang sebagai ayam tambatan Sultan memang digeruni sejak dulu. Panglima Paringgit pula menggunakan kesempatan itu untuk membalas dendam di atas pengkhianatan musuh.Oleh kerana terlalu asyik berperang,mereka tidak nampak Raja Muda yang turut menyumbangkan tenaga dan rela bergadai nyawa demi negeri Kedah tercinta.Biarlah dia mangkat di medan perang asalkan namanya terbilang dalam lipatan sejarah. Lewat petang,perang pun berakhir dengan kemenangan di pihak orang-orang Melayu. Soldadu-soldadu Belanda dan kuncu-kuncunya bertempiaran lari menyelamatkan diri, meninggalkan mayat-mayat rakan mereka bergelimpangan di sepanjang pantai itu. Manamana yang tidak sempat ke perahu jatuh tersungkur terkena anak panah atau direjam dengan lembing. Mayat-mayat juga terapung-apung di laut dipukul ombak.dan terperosok di dalam parit tertikam buluh runcing yang dipasang.Para pendekar dan hulubalang bersorak tanda menyambut kemenangan itu. Mayat-mayat musuh dicampak ke laut,mayat-mayat rakan diusung pergi untuk disemadikan.Mana-mana yang luka dipapah pergi untuk diubati. Bujang tersandar ke sebatang pokok sambil mengambil nafas,peluh bercucuran membasahi muka dan badan,parang lading yang berlumuran darah masih tergenggam erat.Percikan darah musuh turut mengotori pakaiannya yang serba hitam.Bau hanyir darah menusuk lubang hidung.Dia membetulkan kedudukan dua bilah kerisnya yang tersisip di belakang dan di rusuk kiri,memeriksa kerambitnya masih ada dalam ikat pinggang sebelum beredar dari pokok itu. Harap-harap mereka serik hendak menyerang lagi,Bujang terdengar ayahnya berkata kepada Panglima Dermang dan Panglima Paringgit.Melihat mereka,dia menarik nafas lega lalu menghampiri mereka. Mereka juga nampak gembira melihatnya.

Kau tak apa-apa,Bujang?Pak Guru Jalil meraba-raba pakaian Bujang yang penuh darah. Alhamdulillah Bujang selamat,Ayah,balas Bujang.Dia melihat pakaian mereka ber-lumuran dengan darah. Kau tak penat kah,Bujang?tanya Panglima Dermang bila melihat Bujang bernafas seperti biasa,berbanding dengan mereka yang masih tercungap-cungap. Penat juga,Datuk,ujar Bujang.Tetapi dalam tarekat,kami diajar mengawal pernafasan seiring dengan zikrullah.Ilmu tenaga dalam,kata setengah orang. Tinggi juga ilmu pencak silatmu,joko,Panglima Paringgit memuji.Tidak ramai pria seusia denganmu punya kepandaian seperti itu. Bujang yang tidak suka dipuji merasa gelisah dan cuba mencari tajuk baru,Tadi hamba ternampak macam Raja Muda di sana.Sekarang dah menghilang entah ke mana. Raja Muda Tunku Mahmud?mata Panglima terjegil.Dia ikut sama berperang? Apa salahnya,Pak Guru Jalil membela.Bukankah dia bakal menjadi raja di negeri ini? Dia perlu tunjukkan contoh tauladan yang baik kepada rakyat. Kau tak tahu,Jalil,Panglima Dermang mengeluh.Kalau terjadi sesuatu peri ke atas Tunku Mahmud,batang tengkuk kita jadi galang gantinya!Biar aku pergi cari dia dan pastikan dia selamat. Beta sihat wal-afiat,sampuk Raja Muda dari belakang. Mereka berempat segera berpaling menyusun sembah. ErrTunku dari mana gerangan?Panglima Dermang bertanya cemas bila ternampak tompok-tompok darah di baju Raja Muda. Dari mana lagi kalau bukan dari tempat Paduka Ayahanda,Raja Muda berbohong,mata-nya dikenyitkan pada Bujang.Oh,darah ini?Tadi beta turut membantu mengusung orang-orang kita yang lukaMungkin darahnya terkena persalinan beta. Kalau tidak keberatan,biar patik iringi Tunku balik ke tempat yang lebih selamat,pinta Panglima Dermang.Di sini banyak mara bahaya. Tak apalah,Datuk,Raja Muda menolak.Beta boleh menjaga diri sendiri. Sia-sia sahaja beta berguru dengan Datuk jika tidak digunakan di medan perang. Syarat berkata boleh,adat berkata tidak,Panglima Dermang tetap mempertahankan kepercayaannya.Tunku dari keturunan raja yang berdaulat.Patik takut ditimpa tulah jika melanggar adat. Ada-ada saja Datuk ni,balas Raja Muda tetapi masih tidak berganjak dari situ. Kata orang,ular menyusur akar takkan hilang bisanya.Betul tak Adinda Tengku Alang Iskandar timang-timangan Panglima Agung timang-timangan Bujang? Penghormatan itu terlalu tinggi buat patik,Bujang merendah diri. Kalau mengikut rasminya padi,makin tunduk semakin berisi,puji Raja Muda lagi. Sekali lagi Bujang merasa gelisah kerana dipuji berlebihan.Dia bimbang kalau-kalau pujian menjadikan dirinya riak dan takbur serta mengkufuri nikmat Allah. Ayah,biar Bujang menemui kawan-kawan bertanya khabar dan berita,Bujang minta diri sambil menyusun sembah pada Raja Muda.Dia menemui kawan-kawannya sedang memeriksa senjata-senjata musuh yang dirampas serta lain-lain barang berharga yang ditinggalkan.Di antaranya ialah pedang,pistol,penggesek api,kompas dan teropong Barang-barang itu memang sudah dikenali oleh masyarakat setempat tetapi terlalu sukar diperolehi kerana hanya terhad pada orang atau golongan tertentu,selain harganya terlalu mahal. Inilah senjata makan tuan,kata Kundang pada sahabatnya Badek sambil menimang selaras pistol Belanda,kemudian ternampak Bujang datang,Panglima,boleh hamba ambil pistol ini buat kenang-kenangan? Senjata itu tidak berguna lagi,balas Bujang.Pelurunya basah.

Tapi boleh dikeringkan atau diganti peluru baru,Panglima,jawab Badek pula. Terpulanglah,Bujang mengubah tajuk.Bagaimana dengan orang-orang kita? Mat Kelubi dan Basiron terbunuh kena tikam,Adi mati tertembak,Kundang memberi laporan.Dua-tiga orang lagi luka-luka kecil. Bujang tidak mengenali Mat Kelubi dan Basiron.Namun,dia turut bersedih di atas nasib malang yang menimpa mereka.Innalillahiwainnailaihrajiun,tuturnya perlahan.Mereka mati syahid, gugur sebagai bunga bangsa. Kundang dan Badek terdiam mendengar kata-kata itu.Baru mereka sedar peperangan belum lagi tamat dan mereka juga mungkin menerima nasib yang sama seperti rakan-rakan mereka. Hamba kalau boleh tak mahu mati muda,kata Kundang akhirnya.Hamba ingin hidup hingga seratus tahun lagi. Ajal tidak mengenal tua atau muda,tegur Bujang.Bila sudah ajal,tidak dapat ditolak lagi. Namun,berpantang maut sebelum ajal. Panglima,musuh datang lagi,Badek mencelah,menunjuk ke arah laut. Bujang dan Kundang segera menoleh ke sana.Semua perahu sudah pun sarat dengan askar-askar upahan Belanda,kini perahu-perahu itu sedang didayung kemari. Isikan ini semua dengan peluru baru,berikan pada kawan-kawan yang tahu menggunakannya,Bujang memberi perintah.Siap-sedia di tempat masing-masing. Sambil mencapai busar panah,Bujang mara ke gigi air menunggu kedatangan musuh.Dia turut diapit oleh Panglima Dermang dan Pak Guru Jalil. Melihat perahu-perahu musuh semakin hampir,Bujang mengenakan anak panahnya. Ditarik tali busar dengan tenang,diamati sasarannya betul-betul,kemudian dilepaskan anak panah itu. Seorang soldadu Belanda yang berada di hadapan sekali tercampak ke laut dengan anak panah tertancap di dada.Bujang memanah lagi dan seorang lagi soldadu menerima habuan yang sama. Mereka mengangkat bendera putih,Pak Guru Jalil mencuit bahu Bujang.Tandanya mereka ingin berunding atau menyerah kalah. Bujang menurunkan busar panahnya,namun anak panah masih terpasang pada tali busar. Jangan-jangan ini tipu-helah musuh,Panglima Dermang berkata penuh curiga. Kita tengok dulu permainan mereka,sambut Pak Guru Jalil.Jika mereka berlembut, kita terima dengan tangan terbuka.Jika mereka berkeras,kita tentang habis-habisan. Sebuah perahu yang membawa bendera putih dan dinaiki lima orang soldadu menghampiri pantai manakala yang lain-lain menunggu di laut.Ketika hampir sampai,seorang lelaki kulit putih yang besar-tinggi turun dari perahu itu lalu meranduk air laut hingga ke pinggir pantai. Dia berhenti sambil memegang bendera tidak jauh dari tempat Bujang,Panglima Dermang dan Pak Guru Jalil sedang menunggu. Goedemiddag,heren,lelaki asing besar-tinggi itu mengangkat tangan sebagai tanda hormat.Mijn naam is Kapetein Van Houtman.Kan ik spreken met je hoofd? Panglima Dermang dan Pak Gurun Jalil saling pandang-memandang.Mereka tidak memahami apa yang dituturkan oleh lelaki asing itu.Begitu juga Bujang. Mungkin bahasa Belanda,Bujang menerka. Memang bahasa Belanda,sampuk Panglima Paringgit yangm muncul dari belakang mereka.Katanya dia bernama Kapitan Van Houtman. Panglima memahami bahasa Belanda?tanya Pak Guru Jalil. Sikit-sikit,jawab Panglima Paringgit.Sudah lama juga hamba bergaul dengan mereka.Tetapi,hamba tidak bisa berbicara bahasa Belanda. Apa yang dikehendakinya?tanya Panglima Dermang pula. Dia mahu berunding dengan kepala desa atau ketua kampung di sini.

Tok Penghulu tidak ada di sini,Pak Guru Jalil memberitahu kapitan Belanda itu. We moeten praten!desak Kapitan Van Houtman dalam bahasanya.U moet overdragen of vernietigen wijn deze hele village! We zal braden in je houses!We zal vermoorden je mannen en verkrachting uw vrouwen! Sialan!marah Panglima Paringgit yang memahami kata-kata kapitan itu. Apa katanya?tanya Panglima Dermang,tidak sabar-sabar ingin tahu. Kapitan Holanda itu minta kita menyerah kalah,Panglima Paringgit menjelaskan kepada mereka semua.Jika tidak,seluruh kampung ini akan dimusnahkan,rumah-rumah akan dibakar hangus,orang lelaki akan dibunuh,yang perempuan akan dirogol. Cis!Biadap!Panglima Dermang memengkis menghunus kerisnya. Sabar,Dermang,Pak Guru Jalil cepat-cepat menenangkan sahabatnya. Bujang pula bertindak memanah bendera putih yang dipegang oleh kapitan itu. Bendera itu terjatuh ke dalam laut lalu dihanyutkan ombak.Kapitan itu memandang tajam ke arah mereka,wajahnya merah seperti udang dibakar,U zal alle betreur uw actie!makinya sebelum berpaling meranduk air laut kembali ke perahunya. Bilangnya kita akan menyesal dengan tindakan kita ini,terjemah Panglima Paringgit. Mereka yang akan menyesal kerana memijak bumi Kedah ini,tegas Panglima Dermang. Kalau diikutkan hati,mahu saja hamba bunuh kapitan sialan itu! Membunuh orang dari belakang,bukan pendekar namanya,tegur Pak Guru Jalil. Tiba-tiba Bujang menghunus keris panjang hitam bersepuh emas anugerah baginda Sultan itu.Seinci bumi Melayu dijajah,akan kusukat dengan darah!katanya perlahan tetapi tegas sambil mencium keris panjang itu,mata terpejam seolah-olah membayangkan perjuangan suci yang bakal ditempuhnya. Meremang bulu tengkuk Panglima Dermang mendengar kata-kata penuh bersemangat itu.Begitu juga dengan Pak Guru Jalil. Panglima Paringgit pula bagaikan terpukau.Tidak mereka sangka bahawa suatu hari nanti,kata-kata itu akan menjadi sumpah keramat orangorang Melayu menentang Belanda ratusan tahun lamanya. Bujang menyarungkan semula keris itu dengan semangat baru yang berkobar-kobar. Ayuh,Panglima Dermang memecah kesunyian itu dengan memekik ke arah para pendekar dan hulubalang.Siap-sedia semua!Kali ini,kita berperang habis-habisan! Hidup atau mati! Allahuakbar! Allahuakbar!!!disambut pula oleh semua pendekar dan hulubalang,bergemuruh bunyinya seakan-akan kedengaran pada penghuni alam ghaib yang bermastautin di Gunung Jerai yang tersergam megah itu. Petang itu,seluruh pelusuk kampung diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.Mana-mana kubu yang rosak dibaiki semula Di samping pesisir pantai,tebing-tebing sungai dan kawasan yang bersempadan dengan hutan juga dikawal rapi.Beberapa orang ditugaskan meninjau sebarang pergerakan musuh dari atas pokok.Pak Guru Jalil dan Panglima Dermang dengan dibantu oleh Panglima Paringgit menggunakan pengalaman masing-masing menyusun semula barisan pertahanan yang dibahagi kepada tiga kelompok.Kelompok pertama terdiri dari ahli-ahli panah yang akan memulakan serangan ketika musuh masih jauh.Kelompok berlembing akan menyusul kemudian sebagai sokongan.Kelompok terakhir ialah mereka yang akan berperang secara berdepan dengan musuh.Tok Penghulu pula diberi tanggung-jawab menjaga kebajikan kerabat di raja dan mereka-mereka yang tidak ikut berperang. Bujang dikerah ayahnya membantu Tok Penghulu di tempat perlindungan sementara di kawasan hutan dan dusun.Meskipun dia lebih rela berada di barisan hadapan menghadapi tentangan musuh,kemahuan ayahnya terpaksa diturut.Pada waktu itu,dia tidak nampak hikmah tersembunyi di sebalik permintaan ayahnya itu.Rupanya kesempatan itu diberi supaya dia dapat bermesra dengan isteri-isterinya.

Alangkah lazatnya hidup bersuami-isteri,katanya pada Teratai sambil mencapai kain menutup tubuhnya.Teratai yang hanya berkemban tersenyum puas,rambutnya mengerbang tidak terurus,matanya layu.Dia ingat-ingat lupa apa yang berlaku di atas dangau itu.Yang dia ingat,mereka berdua berbual-bual kosong.Dari bual-bual membawa kepada gurau-senda,cuitmencuit dan gesel-menggesel.Sedar-sedar dia sudah ditindih dari atas.Sekali tikam,berubahlah dirinya dari seorang janda muda yang masih perawan kepada seorang isteri yang melonjaklonjak kepuasan. Tak sangka abang ganas,kutuk Teratai dalam pujian.Macam harimau. Bujang ketawa berdekah-dekah.Mari kita pergi mandi,dia mengajak isterinya.Nanti kalau orang tahu,malu kita. Apa yang nak dimalukan,kitakan dah jadi suami-isteri yang sah,tingkah Teratai. Selepas mandi di anak sungai dan memakai pakaian yang lengkap,mereka duduk-duduk di atas batu.Dulu abang anggap Teratai macam kakak,tak sangka pula akan jadi isteri abang,Bujang mengingatkan semula kisah mereka sambil tersenyum. Teratai memang dah lama menaruh hati pada abang,Teratai mendedahkan rahsia dirinya yang terpendam sambil mengeringkan rambut.Tapi,,yalah,Teratai segan dan malu.Segan pada Pak Guru dan Mak Siti.Malu pada diri sendiri kerana Teratai lebih tua dari abang,janda pula tu. Janda bukan sebarang janda,sindir Bujang.Teratai cuba mencubit tapi sempat dielaknya. Kalau ada kesempatan,mahukah abang lakukan pada Kuntum dan Tunku Balqis sepertimana abang lakukan pada Teratai?tanya Teratai berterus-terang. Masakan boleh,tegas.Mereka berdua masih budak-budak,ibarat bunga yang belum berkembang,ibarat buah yang baru hendak berputik.Lainlah dengan Teratai. Kalau ditakdirkan kita dapat anak,Teratai mahu anak lelaki,Teratai tersenyum simpul membayangkan masa depannya.Anak lelaki akan jadi pahlawan,jadi perwira yang handal macam ayahnya juga. Apa salahnya kalau dapat anak perempuan,Bujang juga mula berangan-angan.Arwah emak abang seorang serikandi Acheh yang syahid fisabillah ketika berperang dengan Portugis.Tun Fatimah serikandi Melaka.Lailasari anak Tun Perak.Dang Lenggang. Dang Wangi.Ramai lagi perempuan yang jadi pahlawan perkasa seperti lelaki. Sebut pasal Perkasa,ayah sekarang dah jadi macam orang tak betul,jelas Teratai pada suaminya.Ayah asyik termenung teringatkan Perkasa sejak Perkasa kena tangkap. Sendiri buat sendiri tanggung,sindir Bujang.Kalau tangan yang mencincang,bahu terpaksa memikulnya. Perkasa tu bukan orang lain,adik ipar abang juga,Teratai memgingatkan. Mereka terkejut,perbualan mereka terhenti bila kedengaran bunyi ranting patah seperti dipijak orang.Bila ditoleh ke arah itu,mereka ternampak Kuntum dan Tunku Balqis dengan timba upih di tangan masing-masing.Mereka bingkas bangun dari atas batu itu. Apa Kuntum buat di sini?Bujang menutup rasa malunya dengan pertanyaan. Kami kemari mengambil air,wahai cik abang dan cik kakak,sindir Kuntum. Teratai balik dulu,abang,Teratai minta diri.Kakak balik dulu,Kuntum,Tunku Balqis. Yalah,jawab Kuntum acuh tak acuh.Tunku Balqis hanya memandang tajam. Abang sekarang dah sombong,tak hendak berjumpa Kuntum lagi,Kuntum merungut setelah Teratai pergi. Abang banyak kerja,Bujang memberi alasan yang difikirnya masuk akal. Banyak kerja pun,sempat bermadu kasih dengan Teratai,ya,Kuntum?sindir Tunku Balqis sambil menjeling tajam pada Bujang. Kau berdua cemburu,ya?balas Bujang.Teratai bukan orang lain,madumu juga.

Yalah,dah puas berulam jantung,berulam pucuk pegaga pula,sindir Kuntum lagi. Pucuk muda ada,pucuk tua juga yang dimakan,Tunku Balqis turut menyindir. Cis,kita hendak berdamai,orang pula mengada-ngada,Bujang mula hilang sabar. Baiklah,jika berdegil juga,abang boleh ceraikan kau berdua di sini juga. Mendengar perkataan cerai,Kuntum dan Tunku Balqis terkedu.Timba upih terlepas dari tangan Kuntum.Tunku Balqis pula menggeletar seluruh badan.Melihat keadaan mereka, hati Bujang yang panas beransur menjadi sejuk.Dia menyesal juga memarahi mereka dan bercakap mengikut nafsu. Sambil menggelengkan kepala,dia terus meninggalkan mereka berdua yang masih tergamam. Mengapa kau muram sahaja,Bujang?tanya emaknya sebaik sahaja Bujang sampai di kawasan perlindungan. Tak ada apa-apa,Mak,Bujang menyembunyikan perasaannya.Mak buat apa tu? Menabur kemayan sebelum dihampar tikar dan dipasang kelambu,Siti menjelaskan pada menantunya.Gunanya untuk menghalau lipan,kala jengking dan ular.Kalau perang berlarutan,terpaksalah kami tidur dalam hutan malam ini. Mak,Bujang dah.,dia membisikkan sesuatu ke telinga ibu mertuanya. Yakah?Siti tersenyum lebar,hatinya kembang.Syabas,Bujang.Akhirnya kau berjaya juga membuktikan kelakianmu. Mak tumpang gembira. Tapi,Mak,dengan Kuntum belum lagi,suara Bujang rendah bagaikan orang yang putus asa.Dengan Balqis pun belum lagi. Sabarlah,Nak,pujuk Siti mencubit manja pipi menantunya.Mereka masih mentah. Dengan mereka tak boleh berkasar.Ibarat menarik benang dalam tepung,tepung tidak tumpah,benang tidak putus. Terima kasih,Mak,ujar Bujang malu-malu.Oh ya,kelambu Kuntum di mana? Buat apa di sini?Nanti Mak balik sediakan bilik buat kau berdua,Siti menuding ke arah yang dimaksudkan dengan seribu makna. Bujang tersenyum-senyum mendengar jawapan itu lalu beredar ke tepi periuk untuk menjamah ubi yang baru direbus. Makanan di situ agak mewah. Selain dari buah-buahan yang sedia ada di dusun,nasi berlauk ikan bakar dan berulam pucuk gajus yang dicicah dengan sambal belacan turut dihidangkan. Air kopi juga dijerang.Pendek kata,masalah makan-minum bagi para pendekar dan hulubalang yang sedang berperang tidak timbul. Ketika bersiar-siar di sekitar kawasan itu,Bujang mula terasa bosan. Tempatnya di kubu menangkis serangan musuh,bukan di sini menjaga kaum perempuan,kanak-kanak dan orangorang tua. Sultan dan kaum-kerabatnya tidak perlu dijaga kerana mereka sudah ada pengawal sendiri yang bertugas sepenuh masa. Puas Kanda mencari,kiranya Adinda Tengku Alang ada di sini,tegur Raja Muda dengan gembira ketika mereka berselisih tidak jauh dari dusun.Bujang juga agak terkejut dengan pertemuan itu dan cepat-cepat menyusun sembah menghormati abang iparnya yang bakal mewarisi tahta kesultanan Kedah. Terlintas juga di hatinya hendak melarang Raja Muda supaya jangan memanggil dirinya dengan nama bangsawan itu.Namun,larangan itu mati di hujung lidah. Tadi,Adinda Tunku Balqis menangis-nangis mengadu hal pada Paduka Ayahanda dan Bonda, Raja Muda terus bercerita.Katanya,dia dan Kuntum sudah diceraikan sebelum disentuh.Raja Muda memandang tepat ke wajah Bujang. Patik tak pernah menceraikan mereka,Bujang menafikan bersungguh-sungguh.Patik cuma beri amaran.Barangkali mereka tersalah dengar,lTunku. Kanda pun percaya itulah sebenarnya yang berlaku,Raja Muda bersetuju.Ah,budak-budak sedang membesar,kadangkala perangai mereka keanak-anakan.Oh ya,persalinan lengkap seorang panglima bergelar sudah Kanda jumpai dalam simpanan.Akan Kanda utuskan pengawal menyampaikannya kepada Adinda Tengku Alang

Tak apalah,Tunku,Bujang menolak dengan lembut.Persalinan pendekar yang baru patik terima ini pun masih elok lagi.Kesan darah sudah patik basuh. Apa salahnya dibuat simpanan,gesa Raja Muda.Lagipun,kurang manis menolak anugerah dari Paduka Ayahanda. Baiklah,Tunku,Bujang mengalah.Patik terima anugerah itu.Menjunjung kasih. Setelah berpisah dengan Raja Muda,Bujang segera ke pantai,segan kalau-kalau terserempak pula dengan bapa mertuanya baginda Sultan.Walaupun berdarah raja tetapi dibesarkan sebagai rakyat biasa,dia merasa kekok bergaul dengan golongan istana yang kaya dengan adat-istiadat.Dia tidak pandai berbahasa dalam,apa lagi menggunakan bahasa yang berbungabunga. Senja sudah berlabuh tetapi belum ada tanda-tanda musuh akan menyerang.Namun pun begitu,kawasan kubu tetap dikawal rapi oleh pendekar dan hulubalang.Bujang melihat banyak perahu yang sarat memuatkan askar-askar upahan Belanda sudah pun berada di laut tetapi mereka masih lagi berkerumun di sekitar kapal mendengar ucapan yang berapi-api dari ketua masing-masing.Bendera kompeni Belanda yang berbelang hijau-putih-merah dengan lambang seperti burung hantu berkibar megah ditiup angin. Apa pendapat Panglima?tanya Kundang apabila Bujang mendekatinya dan sama-sama memandang ke laut.Mungkinkah mereka akan menyerang kita malam ini? Tipu-muslihat mereka sukar diramal,balas Bujang.Walau bagaimanapun,kita perlu berwaspada setiap masa.Kalau kita tersalah langkah,kecundang jadinya. Panglima nampak keletihan,Kundang menyarankan.Panglima baliklah berihat dulu. Biar kami bergilir-gilir teruskan kawalan.Kalau ada apa-apa hal,akan hamba usul utusan menjemput Panglima. Baiklah,saranan Kundang seperti orang mengantuk disorongkan bantal.Lepas sembahyang Isyak,hamba kembali. Kejadian seterusnya berlaku tanpa dirancang tetapi sudah ditetapkan Allah sebagai ujian ke atas hamba-hambaNya.Bujang kembali ke rumahnya yang kosong itu untuk mengerjakan sembahyang Maghrib dan Isyak.Selepas sembahyang,dia tertidur keletihan dalam bilik yang disangkanya bilik Kuntum. Siti pula tergerak hati hendak mengambil sesuatu yang tertinggal di rumah.Setelah berpesan .pada anaknya Kuntum supaya memanaskan makanan buat suaminya yang belum balik-balik sejak siang tadi,Siti pun melenggang pulang ke rumahnya yang sudah ditinggalkan itu.Dia terlupa langsung janjinya pada menantunya petang tadi. Bulan berbentuk sabit sudah kelihatan di langit tetapi cahayanya tidak cukup kuat untuk menerangi alam. Namun pun begitu,Siti yang sudah masak dengan selok-belok jalan di perkampungan itu tidak menghadapi kesulitan.Mudah sahaja dia menemui rumahnya.Seperti sudaj dijangka, rumah itu gelap tidak berlampu.Dengan berhati-hati Siti menaiki tangga lalu naik ke atas rumah.Pintu dibukanya.Ketika itu,kedengaran bunyi dengkuran dari arah bilik tidurnya. Dia tersenyum lebar dalam kegelapan itu.Tentu suaminya keletihan dan tertidur di dalam bilik. Siti menikus menghampiri bilik tidur itu,tangannya menyingkap kain langsir yang digantung sebagai pintu itu.Di dalam kegelapan itu,dia tidak nampak susuk-tubuh suaminya yang sedang berbaring itu.Diraba perlahan-lahan dengan tangan,ternyata suaminya hanya berkain pelikat.Nafsunya tiba-tiba bergelora.Sejak dia diperkosa beramai-ramai tempoh hari,suaminya tidak pernah menyentuhnya lagi.Mungkin terlalu sibuk dengan tugas.Peluang keemasan itu akan digunakan sepenuhnya.Dia yang masih berusia 33 tahun masih memerlukan kehangatan seorang lelaki bergelar suami.Suasana yang gelap itu memudahkannya menanggalkan semua pakaiannya tanpa dilihat sesiapa.Dengan nafsu yang tidak dapat ditahan-tahan lagi,dia terus merapati suaminya. Bujang terjaga apabila terasa tubuhnya ditindih.Darah mudanya menggelegak,di matanya terbayang wajah Kuntum yang manis berlesung pipit.Tubuh yang menindihnya itu dirangkulnya.Isterinya sudah basah,dengan mudah sahaja Bujang menjalankan tanggung-

jawabnya sebagai suami.Sebentar kemudian,mereka seperti dua ekor harimau yang sedang bergomol.Tiada kata-kata yang kedengaran kecuali bunyi dengusan,keluhan dan rengekan. Agak lama juga mereka dalam keadaan seperti itu,akhirnya masing-masing terkulai kepenatan.Hanya nafas mereka yang kedengaran. Terima kasih,Kuntum,tutur Bujang perlahan sambil mencium dahi isterinya.Kemudian dia meraba-raba mencapai pakaiannya lalu segera keluar dari bilik itu. Siti tergamam apabila nama Kuntum disebut.Tambah mengejutkan lagi apabila dicamnya suara menantunya itu.Astaghfirullah..dia mengurut dada penuh kesal.Belum sempat dia berkata seterusnya,Bujang sudah pun menghilangkan diri dari bilik yang gelap itu. Siti merasa seperti hendak menangis.Lekas-lekas dia memakai pakaiannya sebelum peristiwa hitam itu diketahui oleh orang lain.Dia tidak menunggu menantunya lagi.Dia keluar melalui pintu dapur,berhati-hati turun ke tanah,kemudian cepat-cepat mengharung kegelapan malam meninggalkan tempat itu. Bujang yang tidak menyedari langsung hakikat kejadian itu terus mandi di perigi,mengena kan pakaiannya semula dan naik ke atas rumah mengambil senjatanya.Abang pergi dulu, Kuntum,serunya ke arah bilik tidur.Tiada jawapan dari isterinya.Barangkali dia terlalu letih,fikir Bujang. Dalam perjalanan kembali ke kubu,dia tersenyum sendirian mengenangkan kejadian manis yang baru berlaku.Teratai sudah Kuntum pun sudah,hanya Balqis yang belum diterokainya.Senyumannya bertambah lebar. Berlainan dengan Siti,sebaik sahaja dia berada agak jauh dari rumahnya,dia berhenti di bawah sebatang pokok dan menangis bersungguh-sungguh.Tangisannya tertahan-tahan, takut kalaukalau didengar orang pada malam gelap itu. Dia merasa dirinya begitu berdosa pada suaminya,anaknya dan menantunya. Walaupun tidak disengajakan,dia merasa bersalah kerana terlalu mengikut serakah nafsu tanpa usul-periksa terlebih dahulu. Kalaulah dia atau Bujang membuka mulut awal-awal lagi walau sepatah,pasti kejadian terkutuk itu tidak akan berlaku.Pasti mereka cam suara masing-masing.Patutlah terasa lain semasa bersama tadi, terasa lebih hebat dan lebih nikmat,rupa-rupanya..!Sedu-sedan Siti bertambah sayu pada malam itu. Setelah puas mencurahkan air mata penyesalan,dia pun beredar ke tepi anak sungai untuk membasuh mukanya.Dia berjanji dan bersumpah rahsia itu akan dibawa ke kubur,sesiapa pun tidak akan mengetahuinya,lebih-lebih lagi suaminya dan anak-menantunya. Khabarnya Perkasa sudah dibawa ke atas kapal,Bujang tiba-tiba menyampuk di celah-celah perbualan kosong kawan-kawannya di bawah pokok itu.Mereka semua berhenti bercakap apabila mendengar suara Bujang. Apa yang hamba dengar begitulah yang berlaku,Panglima?seperti biasa Kundang mendahului rakan-rakan lain menjawab.Selepas ditangkap,dia dibawa ke sana. Siapa yang nampak kejadian itu?tanya Bujang ingin kepastian. Hamba,Panglima,Mamat mengangkat tangan setelah rakan-rakan lain berdiam diri.Hamba ada bersama Perkasa ketika kejadian itu.Malah,hamba nyaris-nyaris kena tangkap kalaulah Teratai anak Tok Penghulu tidak datang.Musuh tidak jadi mengejar hamba dan mengejarnya pula. Bujang teringat kembali peristiwa dia menyelamatkan Teratai dengan membunuh tujuh orang musuh.Di kapal mana dia dikurung? Itu hamba kurang periksa,Panglima,jawab Mamat.Yang lain geleng-geleng kepala. Perkasa mesti diselamatkan,Bujang membuat keputusan yang mengejutkan semua. Bukankah Perkasa itu musuh ketat Panglima?Bachok cuba memberi alasan. Dia juga adik ipar hamba,Bujang menegaskan,menentang wajah mereka seorang demi seorang.Hamba akan pergi siasat di kapal mana dia dikurung.Sesiapa yang ingin turut serta, bersiap-sedialah dengan sampan. Tapi,Panglima,bantah Bedul.Musuh sedang menunggu dengan perahu di laut,sedia untuk menyerang kita pada bila-bila masa sahaja malam ini. Bagus,tegas Bujang memandang ke laut.Ini memudahkan kerja hamba.

Rakan-rakannya berpandangan sesama sendiri,masing-masing kelihatan bingung. Kami kurang faham,Panglima,balas Dali bagi pihak semua. Perhatian musuh lebih tertumpu pada kawasan pantai ini,Bujang menjelaskan kebuntuan mereka.Jika dipintas dari belakang,mereka tidak akan ketahui atau sedar. Barulah mereka kelihatan mengangguk-angguk tanda faham. Kalau setakat nak memintas musuh dari belakang,kami sendiri boleh lakukan,Bachok berkata penuh yakin.Panglima tak perlu pergi.Serahkan sahaja tugas itu pada kami. Tetapi Perkasa itu musuh ketat hamba,Bujang memulangkan paku buah keras. Dia juga adik ipar Panglima,Bachok tersengih,menyedari sindiran itu ditujukan padanya. Bujang tersenyum mamandang Bachok dan rakan-rakan lain. Bagaimana hendak dilakukannya,Panglima?tanya seorang lain. Belum sempat Bujang menjawab,Jerjaka cepat-cepat mencelah,Itu pun kau tak tahu,Tunggal?Kau ni benak betul!Senang sahaja.Kita cari sampan,kita dayung sampai ke hujung pantai.Bila dah jauh dari perhatian musuh,barulah kita pintas mereka dari belakang. Betul!Betul!kawan-kawan lain bersetuju.Hanya Tunggal masih tergaru-garu. Siapa yang ingin menawarkan diri?tanya Kundang selaku ketua mereka. Boleh dikatakan semua mengangkat tangan serentak dengan penuh rela. Tak perlu ramai sangat,Kundang menolak tawaran mereka.Dua orang sudah sukup. Seorang memintas dari utara,seorang lagi dari selatan. Mereka masih mengangkat,seolah-olah berlumba supaya dipilih. Apa kata kalau kita gunakan serampang dua mata?tanya Bujang penuh teka-teki. Rakan-rakan lain tidak faham maksud kata-kata itu dan mula berbisik sesama sendiri. Hamba pun tak faham,Panglima,balas Kundang bila Bujang menoleh padanya. Kita semua pergi,Bujang memutuskan.Kumpulan kita berpecah dua.Kumpulan pertama tugasnya mencari dan menyiasat di mana Perkasa dikurung.Kumpulan kedua pula mengawasi kalau-kalau musuh datang.Manalah tahu malang tidak berbau. Sekali lagi mereka mengangguk-angguk,bersetuju dengan buah fikiran Bujang. Otak Panglima memang bergeliga,puji Tunggal.Bak kata orang,lempar batu sembunyi tangan. Eh,salah tu,Tunggal,Semaun menegur.Sepatutnya,sambil menyelam minum air. Gelagat Tunggal dan Semaun itu menimbulkan gelak-ketawa di kalangan mereka. Ketawa mereka terpancung mati apabila terdengar bedilan meriam dari kapal musuh. Masing-masing lari berselindung di balik pokok,tunggul kayu dan pongsu. Ada juga yang mengikut langkah Bujang merebahkan diri ke tanah. Bedilan dari kapal dilepaskan bertalu-talu,api menyembur dari muncung meriam,peluru berdengung-dengung di udara sebelum jatuh ke darat. Bujang merangkak merapati belakang kubu di mana ayahnya berada tadi.Ayahnya dan Panglima Dermang tidak kelihatan,yang ada hanyalah mertuanya Tok Penghulu bersama Panglima Paringgit. Panglima Dermang menemani Raja Muda ,ayahmu pun ikut sama,Tok Penghulu menerangkan tanpa ditanya. Bujang angguk kepala. Sekonyong-konyong muncul dua lembaga dari belakang.Melalui susuk tubuh,Bujang mengenali mereka sebagai ayahnya dan Panglima Dermang. Jangan bimbang,Pak,bisik Bujang pada mertuanya Tok Penghulu.Kami akan selamatkan Perkasa. Belum sempat Tok Penghulu menjawab,Bujang sudah merangkak pergi. Bujang merangkak pergi mendapatkan kawan-kawannya yang setia menunggu. Habis sahaja membedil,pihak musuh akan menyerbu ke pantai menyerang kita habishabisan,Bujang meramalkan.Kalau kita hendak mengorak langkah,inilah masanya. Kami setuju,Panglima,segera Kundang meningkah.

Nak mampus?terdengar suara Tunggal merungut.Tak dengar bunyi bedilan itu? Kau tak nak ikut,tak apa,Tunggal,marah Bachok.Kami bukan pengecut macam kau. Betul kata Bachok itu,tegas Bujang.Tugas ini bukan paksaan.Sesiapa yang tidak mahu ikut serta bolehlah bertahan di sini bersama lain-lain pendekar dan hulubalang.Tidak ikut bukan bererti pengecut. Mereka semua diam membisu,tidak berani bersuara,lebih-lebih lagi Tunggal yang menyedari keceluparan mulutnya dan Bachok yang terlalu cepat membuat tuduhan melulu terhadap Tunggal. Kundang,kau bawa kumpulanmu dan pintas dari arah utara,Bujang memberi arahan selanjutnya.Kau pula,Bachok,pintas dari arah selatan.Jangan lupa bawa panah masingmasing,kalau-kalau terserempak dengan musuh. Setelah mereka berpecah mengikut kumpulan masing-masing dan menghilangkan diri di dalam kegelapan itu,tinggal Bujang bersama beberapa orang pendekar menanti serangan musuh berikutnya. Tidak lama kemudian,bedilan meriam tidak lagi kedengaran.Satu tiupan semboyan berbunyi nyaring dari arah kapal.Bagaikan isyarat,semua perahu yang sudah lama menunggu mula bergerak berduyun-duyun ke arah pantai. Ramalan Panglima Agung tepat sekali,kata seorang pendekar pada rakan di sebelahnya yang tidak menyedari kehadiran Bujang.Rakannya cepat-cepat mencuit bahunya lantas menuding ke arah Bujang. Ingat baik-baik corak pertempuran,Bujang mengambil kesempatan mengingatkan mereka semua.Pasukan pemanah dulu,disusuli oleh pasukan berlembing.Akhir sekali,baru kita amuk beramai. Serangan tiga serangkai,balas seorang pendekar.Panah,lembing,amuk. Tepat sekali,Bujang memuji pendekar itu.Sekarang bersedialah untuk menghadapi askaraskar burung hantu. Mereka diam membisu,perhatian tertumpu ke laut.Tiada seorang pun di situ,termasuk Bujang sendiri,yang menyangka bahawa suatu hari kelak istilah tiga serangkai dan burung hantu akan digunakan secara meluas di kalangan para pejuang menentang Belanda sebagai bahasa rahsia. Rupanya pihak Belanda juga tidak kalah dengan tipu-helah.Pengalaman berpuluh-puluh tahun menjadikan mereka mahir dalam siasah peperangan di laut dan di darat.Serangan dilancarkan dalam beberapa gelombang.Sebaik sahaja hampir dengan pantai,gelombang pertama membedil ke arah kubu dengan istinggar.Apabila gelombang pertama kehabisan peluru,gelombang kedua pula mengambil alih sementara gelombang pertama tadi mengisi peluru.Gelombang kedua kemudian diambil-alih oleh gelombang ketiga manakala gelombang pertama pula bersedia mengulangi serangan.Begitulah yang mereka lakukan bergilirgilir.Namun demikian,keadaan malam yang gelap menyukarkan mereka mencari sasaran,apa lagi jika membedil secara rambang.Setiap kali gelombang-gelombang itu membedil,menggerutup bunyinya tetapi tiada peluru yang mengenai barisan pertahanan. Bujang yang cuba membaca tipu-helah musuh itu agak keliru juga. Begitu juga dengan Panglima Dermang,Pak Guru Jalil,Panglima Paringgit dan Tok Penghulu.Masing-masing tidak dapat menduga langkah musuh seterusnya.Para pendekar dan hulubalang tetap berada di tempat masing-masing serta menunggu perintah dengan sabar. Ini tak boleh jadi,gerutu Panglima Dermang.Apa yang mereka tembak? Mungkin sebagai umpan supaya kita keluar dari kubu,Pak Guru Jalil membuat andaian. Panglima Paringgit dan Tok Penghulu yang berada tidak jauh dari situ tidak berkata apa-apa. Pendapat itu turut dikongsi oleh Bujang dan rakan-rakannya.Memang musuh mengumpan kita tetapi untuk apa?katanya perlahan seolah-olah pada dirinya sendiri. Mereka takkan menembak hanya untuk suka-suka,Panglima,sambut seorang pendekar.

Bujang mengangguk.Di kala itu samar-samar dia ternampak seakan-akan buah kelapa timbultenggelam dilambung ombak,beratus-ratus buah banyaknya,terlalu hampir dengan pantai.Sepantas kilat,dia sudah menduga tipu-helah musuh. Barisan pemanah!Bersedia!dia menjerit lantang memberi arahan.Arahan itu merebak dengan pantas dari mulut ke mulut.Dalam beberapa detik sahaja,semua panah di sepanjang pantai itu diangkat dan dihala ke arah laut.Pak Guru Jalil dan Panglima Dermang yang turut mendengar Bujang memberi arahan tidak membantah.Secara tidak langsung,mereka berdua mengiktiraf Bujang sebagai panglima perang walaupun usianya masih muda. Sejurus kemudian,benda-benda terapung yang menyerupai buah kelapa itu bertukar menjadi lembaga manusia.Beratus-ratus soldadu Belanda melonjak dari dalam air dan terus menyerbu ke darat. Panah!perintah Bujang.Panah semua! Barisan pemanah patuh pada perintah itu.Sebaik sahaja soldadu-soldadu itu memijak pantai,mereka dihujani oleh anak panah yang muncul dari kegelapan. Jeritan kesakitan kedengaran di sana-sini menandakan serangan itu tidak sia-sia.Sudah kelihatan mayat bergelimpangan di atas pasir.Gelombang pertama,kedua dan ketiga pula mula merapatkan perahu masing-masing ke pantai,me3nggantikan istinggar dengan pedang. Lembing!perintah Bujang lagi apabila melihat musuh semakin ramai menyerbu ke pantai seperti kelekatu di waktu senja.Lembing pula digunakan untuk membantu pasukan pemanah.Namun,lebih banyak perahu meninggalkan kapal,lebih ramai musuh mula memenuhi kawasan perairan seperti cendawan tumbuh lepas hujan. AMUK!jerit Bujang sekuat hati sambil menyerbu dengan parang ladingnya. Bagaikan harimau putus rantai,para pendekar dan hulubalang mara bersama Bujang.Lalu berlakulah pertempuran sengit pada malam yang gelap itu. Keseluruhan kawasan pantai dari hujung sini hingga ke hujung sana penuh dengan manusia yang menyabung nyawa bermati-matian. Suasana menjadi hingar-bingar dengan pekikan,jeritan serta bunyi senjata berlaga. Mayatmayat mula tumbang seperti lalang ditebas,darah mula tumpah membasahi pasir. Dalam keadaan yang kelam-kabut dan gelap-gulita itu,ada juga yang tertikam kawan sendiri Sambil mencantas parang ladingnya ke kiri dan ke kanan,Bujang mendapat satu akal untuk membezakan kawan dengan lawan.Allahuakbar!jeritnya lantang setiap kali menghayun parang ke badan musuh.Para pendekar dan hulubalang akhirnya memahami maksud dan tujuan laungan itu lalu meniru perbuatan panglima perang mereka. Bergema laungan Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!dari segenap penjuru setiap kali membunuh musuh. Selain membezakan antara kawan dengan musuh,laungan itu memberi semangat dan perangsang kepada mereka yang berjuang mempertahankan kampung yang tercinta. Laungan kalimah itu lama-kelamaan menimbulkan rasa gerun di hati musuh.Tambahan pula,kekuatan orang Melayu seolah-olah tidak dapat dikalahkan. Musuh mula bertempiaran lari menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam laut mencari perahu.Ada yang cuba lari ke dalam kubu tetapi segera dikejar dan dibunuh.Ramai juga yang terjerlus ke dalam parit dan mati ditusuk buluh runcing. Mana-mana yang sempat melarikan diri dengan segera berdayung ke kapal yang berlabuh. Kesudahannya,barisan pendekar dan hulubalang yang mempertahankan kampung itu beroleh kemenangan. Di sana-sini berkumandang laungan Allahuakbar!sebagai menyambut kemenangan mereka. Bujang menarik nafas lega apabila melihat ayahnya selamat.Turut terselamat ialah Panglima Dermang,Tok Penghulu serta Panglima Paringgit.Badan masing-masing berbau peluh dan darah,baju basah lencun seperti boleh diperah.Panglima Dermang segera memberi perintah supaya mayat-mayat musuh dicampak ke laut manakala mayat rakan-rakan seperjuanganya diusung pergi untuk disemadikan.. Keadaan tidak mengizinkan Bujang menunggu lebih lama lagi.Untuk mengetahui siapa di antara rakan-rakannya yang terselamat dan siapa pula yang terkorban amat sukar. Tambahan pula,dia mempunyai rancangan lain yang belum diselesaikan. Tanpa berlengah lagi dia menuju ke hujung pantai yang jauh dari kawasan perkampungan. Di situ dia duduk tersandar

ke sebatang pokok menunggu ketibaan Kundang,Bachok serta rakan-rakan lain yang pergi mencari Perkasa.Baju dan seluarnya koyak-rabak terkena senjata musuh. Dalam cahaya samar-samar itu,dia memeriksa seluruh badan kalau-kalau ada yang terluka. Syukurlah,dia tidak mendapat mendapat sebarang kecederaan teruk kecuali calar-balar di beberapa tempat.Dia terus menunggu dan menunggu,matanya berkisar ke kiri dan ke kanan memerhati kalau-kalau ada musuh yang datang. Lantaran terlalu lama menunggu,pinggangnya terasa sakit,kakinya kebas.Ketika dia cuba membetulkan kedudukan badan yang lebih selesa,dia terpandang dari sudut matanya beberapa lembaga berjalan terhendap-hendap menuju kemari. Mereka datang dari arah utara menghala ke perkampungan.Bujang bersiul meniru bunyi burung merbuk. Langkah mereka terhenti.Bujang bersiul lagi,lebih kuat. Panglima Agung?tanya satu suara yang dikenali Bujang. Hamba di sini,Kundangbalas Bujang sambil bangun menghilangkan lenguh. .Ternyata suaranya juga dicam oleh mereka lalu mereka bergegas menghampirinya. Kami berjaya balik dengan selamat,Panglima,Kundang melaporkan. Dah jumpa Perkasa?tanya Bujang tanpa membuang masa. Belum,Panglima,suara Kundang merendah.Tetapi,dari perbualan anak kapal,kami dapat tahu Perkasa berada di atas kapal induk,dikurung di bawah geladak. Kau faham bahasa Belanda?tanya Bujang hairan. Mereka bercakap Siam,Panglima,sampuk Dali pula.Hamba faham bahasa mereka. Sudah tentu mereka perajurit Siam yang diupah oleh Belanda. Mana sampanmu?tanya Bujang lagi. Ada di sana,kami sembunyikan dalam belukar,Kundang menuding ke arah yang dimaksudkan tanpa mengesyaki apa-apa.Bujang terdiam sejenak seperti memikirkan suatu perkara,dalam kepalanya sudah ada rancangan baru untuk menyelamatkan Perkasa. Matlamat kita belum tercapai,katanya perlahan.Perkasa masih di tangan musuh. Hari masih gelap,Panglima,Kundang mencadangkan.Kita masih ada masa untuk pergi menyelamatkan Perkasa. Kamu semua keletihan,baliklah berihat,Bujang menolak cadangan itu. Kau orang semua balik berihat dulu,perintah Kundang kepada rakan-rakannya.Tetapi dia tidak mengikut mereka.Dia melihat sahaja mereka beredar pergi.Kumpulan Bachok balik ikut arah selatan.Ada Panglima melihatnya? Belum lagi,jelas Bujang enggan mendedahkan rancangannya.Kau pun baliklah dulu. Sebelum subuh kita jumpa di sana.Hamba ada satu rancangan yang nekad. Kami akan tetap bersama Panglima,Kundang memberi jaminan. Jangan terlalu ramai,pesan Bujang.Bawa empat-lima orang sahaja,muat satu sampan. Oh ya,jangan lupa bawa gobek api,minyak jarak dan damar. Baik,Panglima,Kundang berjanji.ErrPanglima nak ke mana? Mengadap baginda Sultan,jawab Bujang ringkas. Di kala kaum lelaki sibuk menguruskan mayat yang terkorban,kaum wanita juga terpaksa bersengkang mata menyediakan makan-minum buat mereka yang masih berperang. Makanan pun ringkas sahaja,hanya bubur nasi atau kanji yang dimasak dalam kawah. Untuk membasahkan tekak,air kopi disediakan.Sesiapa sahaja bebas datang dan pergi. Tugas Siti dan anaknya Kuntum ialah menjaga api kawah supaya makanan tidak sejuk. Kalau mengantuk,pergilah tidur,Siti menyarankan bila melihat anaknya terkuap-kuap menahan rasa megantuk. Kuntum hanya menggelengkan kepala menolak saranan itu. Siti serba salah.Kelambu sudah disediakan buat anak-menantunya meraikan perkahwinan mereka. Dia sendiri sengaja memberi peluang kepada mereka.

Pergilah,Kuntum,gesa Siti lagi.Untung-untung Bujang ada di sana. Entah di mana untungnya,Kuntum masih liat hendak pergi.Hidup bermadu. Kuntum,tak baik kau cakap begitu,marah Siti.Kau tahu tak,kalau kau rela suamimu berkahwin lain,Allah akan menyediakan sebuah mahligai emas buatmu di syurga nanti. Habis tu,kenapa Mak tak suruh Ayah menikah lain?bidas Kuntum. Kuntum,jaga mulutmu,Siti memberi amaran.Kau tak umpamakan Mak lagi. Jodohpertemuan sudah ditentukan Allah,bukan kita yang minta.Lagipun Mak dengan ayahmu hidup bahagia. Kuntum terdiam,terpukul dek kata-kata emaknya. Siti pun tidak lagi mahu melayan karenah anaknya.Dia memasukkan sepotong kayu ke bawah kawah dan melihat api mula menjilat kayu itu.Dibalik-balikkan pula bara dengan batang bemban supaya api sama rata.Bila ditoleh ke belakang,Kuntum sudah pergi. Dia tersenyum sendirian,jeratnya sudah mengenai.Bujang yang berada tidak jauh dari situ juga tersenyum melihat Kuntum melenggang pergi.Dia terus mengikut Kuntum. Di dalam kelambu,Kuntum resah-gelisah,matanya belum mengantuk.Bedilan dan pekikan dari pantai tidak kedengaran,malam sunyi-sepi kecuali bunyi kuang dan dengkuran,namun matanya masih segar.Tilam kekabu hadiah emaknya tidak banyak membantunya.Angin dingin yang meresap masuk melalui kelambu membuat dia bertambah rimas. Tiba-tiba dalam kesamaran malam itu,dia ternampak pintu kelambu diselak dan satu lembaga menyelinap masuk. Darahnyab tersirap ke kepala,hatinya bergemuruh.Abang? Ya,sahut suara itu perlahan.Kuntum mengurut dada bila mengenali suara suaminya. Namun,hatinya bertambah bergemuruh bila suaminya baring di sebelahnya.Hidungnya kembang-kempis bila tercium bau masam peluh dan bau hanyir darah. Pergilah mandi dulu,tukar pakaian abang,katanya memujuk,hidungnya bagaikan tersumbat.Kain basahan dan pakaian kering tersidai kat ampaian di luar. Lega rasa hati Kuntum bila suaminya keluar dari kelambu tanpa membantah. Baru dia dapat bernafas dengan sempurna.Namun,debaran hatinya masih kencang.Dia tahu niat suaminya ke situ. Walaupun usianya baru 12 tahun,dia sudah mengerti maksud hubungan suamiisteri.Kerap juga dia terdengar suara emaknya mengeluh nikmat bila ditindih ayahnya di bilik tidur mereka.Dia tidak nampak perlakuan mereka tetapi dia dapat membayangkan apa yang berlaku.Perasaannya memuncak.Dia hanya mampu mengeluh sendirian.Dia pun bukan budakbudak lagi,ketika usianya 9 tahun dia sudah datang bulan.Ertinya sekarang dia sudah subur dan sudah bersedia menjadi seorang ibu.Ah,bagaimana rasanya ditiduri seorang lelaki bernama suami?Dia tidak sabar-sabar menanti,meskipun hatinya berdebar. Bujang kembali dengan hanya berkain basahan,badannya segar selepas mandi di anak sungai berhampiran.Ketika menghampiri kelambu,terdengar dengkuran perlahan dari isterinya.Dia memasang telinga mendengar dengan teliti tarikan nafas isterinya yang turun-naik dengan tenang.Memang sah.Dah tidur rupanya,rungutnya perlahan sambil menggelengkan kepala menuju ke ampaian. Dia ternampak sebuah bungkusan kain kuning di perdu pokok.Bungkusan itu dbukanya.Diam-diam dia menyarungkan persalinan anugerah Sultan itu. Siti yang termangu-mangu seorang diri agak terkejut melihat Bujang datang.Menantunya sudah lengkap berpakaian seorang panglima,siap dengan baju layang. Cepatnya,tegur Siti sambil tersenyum,membandingkan pengalamannya bersama menantunya semalam yang begitu lama dan mengasyikkan.Segaknya berpakaian.Nak ke mana ni,Bujang?Kuntum apa khabar? Dia sudah tidur,Mak,balas Bujang perlahan.Bujang nak jumpa Teratai dan Balqis pula. Siti terkejut bila tiba-tiba Bujang melutut bersalam dengannya.

Mak,tutur Bujang tertahan-tahan.Maafkan segala salah-silap Bujang.Halalkan makanminum Bujang selama ini. Terima kasih banyak-banyak kerana membesarkan Bujang seperti anak sendiri.Budi baik Mak dan Ayah,hanya Allah yang dapat membalasnya. Eh,kenapa kau cakap begitu?hati Siti tersentuh.Macam orang nak mati. Manalah tahu,malang tidak berbau,Bujang melepaskan tangan ibu mertuanya. Adat dalam peperangan,sekelip mata jiwa melayang.Sampaikan salam Bujang pada Ayah dan Kuntum.Kasihan,Kuntum tertidur ketika menunggu Bujang. Mak pun minta maaf jika Mak bersalah ,Bujang,Siti mengertap bibir mengenangkan peristiwa antaranya dengan menantunya.Kadang-kadang tidak disengajakan. Sama-sama,Mak,balas Bujang,tidak menyedari maksud yang tersirat. Selepas itu,Bujang terus berpaling dan pergi dari situ,tidak sanggup berlama lagi. Seolah-olah sudah berpakat,Teratai juga sedang menunggu Bujang di bawah pokok di tepi anak sungai tidak jauh dari tempat Siti.Emak dan ayahnya sudah lama berdengkur dalam kelambu,namun Teratai masih menunggu kedatangan suami kesayangannya. :Puas abang mencari,di sini rupanya Teratai,tegur Bujang dari belakang. Abang,Teratai berpaling dan terus memeluk suaminya erat-erat.Tataplah wajah Teratai lama-lama.Pandanglah Teratai puas-puas. Eh,kenapa cakap macam tu?Bujang menyesat air mata isterinya.Abang kan masih di sini? Entahlah,abang,Teratai tidak dapat menahan sedunya.Teratai rasa seolah-olah kita tidak akan berjumpa lagi selepas ini.Kata orang,hidup tunangnya mati. Abang pun merasa berat hati hendak meninggalkan Teratai,suara Bujang juga tertahantahan,dadanya sebak.Tetapi apa boleh buat,peperangan belum tamat. Namun,dengan izin Allah,insyaAllah,abang akan kembali menemui Teratai. Kalau takdirnya kita tidak bertemu lagi,ampunilah segala dosa Teratai,relakanlah pemergian Teratai! Sudahlah,pujuk Bujang.Jangan menangis lagi.InsyaAllah segalanya akan selamat. Bujang segera berpaling,tidak sanggup lagi bertentang mata dengan isterinya. Abang,ujar Teratai sayu,menyebabkan langkah Bujang terhenti.Teratai tetap sayang pada abang dunia dan akhirat. Bujang yang membelakangi isterinya menelan air liur menahan sebak,air matanya turut mengalir.Abang juga sayang pada Teratai,suara Bujang berubah.Cepat-cepat dia meninggalkan isterinya tanpa menoleh ke belakang lagi. Teratai menangis tersedu-sedu, hancur-luluh rasa hatinya,seolah-olah tidak sanggup berpisah dengan suaminya. Berbeza pula halnya dengan Tunku Balqis.Ketika Bujang sampai di tempat itu,Balqis dan semua kaum-kerabatnya sudah beradu di dalam kelambu kuning masing-masing. Kerana dikawal ketat oleh pengawal,Bujang tidak berpeluang berjumpa dengan isterinya dari istana itu. Dia hanya melihat dari jauh sebelum menghilangkan diri ke dalam kegelapan malam. Semua sudah bersedia?tanya Bujang sebaik sahaja menemui Kundang di kubu. Sudah,Panglima,jawab Kundang sambil memerhati Bachok,Semaun dan Jerjaka.Ini sahaja yang sempat hamba jemput mengikut Panglima. Kita berlima sudah memadai,Bujang memandang ke langit yang berbintang.Fajar akan menyingsing tidak lama lagi.Eloklah kita bertolak sekarang,kita balik sebelum hari siang. Baiklah,Panglima,sahut Kundang.Bachok,Semaun dan Jerjaka angguk kepala. Dengan senyap mereka berlima beredar meninggalkan kawasan kubu menuju ke hujung pantai di mana sampan mereka disembunyikan. Pak Guru Jalil dan Panglima Dermang yang sedang berbual-bual kosong ternampak Bujang dan empat rakannya lalu di situ tetapi mereka tidak mengesyaki apa-apa.Mereka terus berbual sambil berkawal bersama lain-lain pendekar dan hulubalang.

Tidak lama kemudian,kesepian awal subuh itu tiba-tiba dipecahkan oleh bunyi bedilan meriam bertalu-talu dari arah kapal-kapal yang berlabuh.Para pendekar dan hulubalang yang sedang berihat,membasahkan tekak atau berbual-bual kosong segera berkejar ke tempat masing-masing menyahut seruan perjuangan.Mati atau hidup,semuanya di tangan Allah. Tok Penghulu yang dikejutkan dari tidurnya turut mengumpulkan semua anak muridnya seolah-olah sudah merasa berakhirnya peperangan ini,anak and isterinya tidak dipedulikan langsung,hasratnya hanya ingin membalas dendam perbuatan musuhnya terhadap Perkasa yang belum tentu hidup atau mati.Baginda Sultan juga terbangun awal lalu menitahkan semua kaum-kerabat dan para pengawal supaya bersiap-sedia untuk berundur lebih jauh ke dalam hutan jika keadaan bertambang meruncing.Siti bersama anaknya Kuntum turut mengikut lainlain penduduk kampung lari sehelai-sepinggang bersembunyi di tempat yang selamat,meninggalkan kain-baju dan periuk-belanga begitu sahaja. Bubur nasi yang di dalam kawah,air kopi dan ubi rebus yang masih panas juga ditinggalkan.Masing-masing diburu rasa takut yang luar biasa. Dalam keadaan kelamkabut itu,Bujang dan rakan-rakannya berjaya memintas kapal induk dari belakang.Di atas kapal itu dipercayai Perkasa dikurung sebagai tawanan.Kedatangan mereka tidak disedari pengawal yang asyik memandang ke darat yang terus-menerus dihujani peluru meriam.Sementelah pula hari masih gelap,fajar baru sahaja menyingsing dan sang suria belum lagi menampakkan diri di ufuk Timur.Sampan yang dinaiki mereka berlima itu dirapatkan ke tali sauh.Bujang berdiri memegang tali sauh sementara rakan-rakannya mengawal sampan supaya tidak hanyut dilambung ombak. Di sini kita berpisah,Bujang menatap wajah mereka satu persatu.Andainya kita hilang di dunia,di akhirat pasti berjumpa. Panglima,ambil ini sebagai perlindungan,Kundang menghulurkan sepucuk pistol. Hamba tak biasa menggunakannya,Bujang menolak. Senang saja,Panglima,Kundang menunjukkan caranya.Tarik pelantuk ke atas,kemudian tekan picunya.Kundang terus juga menghulurkan pistol itu kepada Bujang. Mahu tidak mahu Bujang terpaksa menerimanya.Diselitnya senjata itu di sebelah keris panjangnya.Hidup Melayu,ucapnya.Allahuakbar. Allahuakbar,sambut rakan-rakannya,tidak terlalu lantang,takut didengari pengawal. Tanpa berlengah lagi,Bujang pun memanjat tali sauh itu. Kundang melihat seketika,kemudian mencapai tali sauh itu.Jaga baik-baik sampan ini, pesannya kepada rakan-rakannya yang tinggal.Aku nak ikut Panglima. Bachok,Semaun dan Jerjaka saling berpandangan,terkejut dengan tindakan Kundang. Tapi,Kundang,Bachok cuba membantah. Tak ada tapi-tapi lagi,tegas Kundang.Jaga sampan.Tengok kalau-kalau ada pengawal. Tanpa mahu bertekak lagi,Kundang terus memanjat tali sauh mengikut Bujang. Bujang yang menyedari perbuatan Kundang itu tidak dapat berbuat apa-apa lagi kerana masa terlalu suntuk. Dia terus memanjat ke buritan kapal. Di situ,dia menjenguk ke atas sambil memerhati dengan teliti.Setelah dipastikan tiada pengawal atau anak kapal lain,dia terus melompat ke atas geladak kapal. Di atas geladak,dia menanti Kundang untuk menarik tangannya. Setelah mereka selamat berada di atas geladak,kedua-duanya menghunuskan senjata sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan. Kundang menuding ke arah pintu geladak yang membawa ke tempat kurungan. Bujang angguk. Selepas memberi isyarat kepada Kundang supaya menunggu di situ,Bujang meluru ke pintu geladak. Sebuah tangga yang dipasang menegak kelihatan menuju ke bawah.Dia meluru turun,matanya liar mencari Perkasa. Dalam kegelapan yang hanya diterangi lampu lilin,akhirnya dia ternampak Perkasa di dalam salah sebuah bilik kurungan.Walaupun Perkasa tidak dirantai,bilik kurungan itu dipasang jerejak besi dan kunci dengan mangga tembaga. Perkasa,serunya perlahan menerusi jerejak besi itu. Perkasa yang sedang tidur mengerekot terkejut,matanya terkebil-kebil.Bujang?

Bujang memberi isyarat kepada Perkasa supaya diam.Mana kuncinya?tanya ia perlahan. Ada pada pengawal,bisik Perkasa bangun mendapatkan Bujang. Bujang geleng kepala,kemudian menyarungkan keris panjangnya.Tidak ada pilihan lagi. Dia terpaksa menggunakan segala kepandaiannya di saat-saat genting itu. Bismillahirrahmanirrahimkun-fayakun!Bujang memegang jerejak besi itu kuat-kuat lalu mengopaknya.Dengan izin Allah Taala,terkopaklah jerejak besi itu.Apabila sudah cukup luas,Perkasa segera keluar dari kurungan itu.Bujang mendahului Perkasa memanjat tangga ke atas geladak.Namun,mala petaka menunggu mereka di atas geladak. Sebaik sahaja Bujang dan Perkasa keluar ke geladak,kelibat mereka dilihat oleh seorang pengawal yang sedang bertugas di atas tiang layar.Semua tidak menyangka terdapat pengawal di situ.Apabila disergah pengawal tersebut,masing-masing terkejut. Koi suk kroo!jerkah pengawal itu sambil menimang istinggar.Tham gum lung pai nai? Lari!Bujang menolak Perkasa ke arah Kundang sambil menghunus pistolnya dan berguling ke hadapan.Satu das tembakan kedengaran dari atas tiang,peluru yang ditujukan pada Bujang terkena geladak.Bujang menenang pistolnya ke atas tiang layar. Cepat!Lari!!jeritnya lagi bila melihat Kundang dan Perkasa masih terkial-kial memanjat buritan kapal mencari tali sauh. Dia mengangkat pelantuk lalu menarik picu pistol seperti yang ditunjukkan oleh Kundang tadi.Namun,kerana dia belum pernah menggunakan senjata jenis itu,tembakan yang dihala ke arah pengawal Siam di atas tiang layar itu tersasar jauh. Pa sa Malayu!jerit pengawal itu ke arah pengawal-pengawal lain di hujung kapal. Si nai?tanya salah seorang pengawal itu ssambil menghunus pedang. Si nun!jerit pengawal itu pada rakan-rakannya,menuding ke arah Bujang. Melihat Kundang dan Perkasa masih menuruni tali sauh,Bujang menyerbu ke arah tiga orang perajurit Siam yang berkawal di hujung kapal.Kerana kerisnya tidak sempat dihunus, dia menggunakan pistol kosong itu sebagai senjata. Sebelum diserang,dia terus menyerang.Pistol itu dihayun ke kiri dan ke kanan seperti menghayun kayu belantan. Ketangkasannya tiada tolok bandingan. Dalam beberapa saat sahaja,ketiga-tiga pengawal itu jatuh menggelepar dan terus tidak sedarkan diri akibat pukulan yang hinggap di kepala masing-masing. Dia mendengus kepuasan. Dijenguknya ke bawah,dilihatnya Kundang dan Perkasa sudah selamat berada di atas sampan bersama Bachok,Semaun dan Jerjaka. Bunyi bising hentakkan sepatu kedengaran dari bawah geladak.Lebih ramai pengawal muncul dari sana. Si nun!jerit pengawal di atas tiang memberitahu rakan-rakannya. Bujang cuba menembak pengawal itu tetapi pistolnya tidak meletup.Menyedari pistol itu kehabisan peluru,dia membalingnya ke arah para pengawal yang sedang menyerbunya,lantas menghunus keris panjangnya untuk membuat perhitungan terakhir. Baru sahaja tangannya mengepal hulu keris,beberapa das tembakan kedengaran dari arah pengawal-pengawal itu, api tembakan jelas kelihatan dalam kegelapan subuh itu.Peluru berterbangan mencari sasaran.Sebutir peluru hinggap di kepala Bujang.Tiba-tiba sahaja Bujang terasa kepalanya sakit bukan kepalang,telinganya berdesing,terpancar cahaya seperti kilat di ruang matanya. Allah!hanya perkataan itu yang sempat disebutnya. Selepas itu,dia tidak ingat apa-apa lagi,semuanya serba gelap. Kundang dan Perkasa yang berada dalam sampan melihat samar-samar badan Bujang jatuh ke laut selepas kena tembak.Begitu juga Bachok,Semaun dan Jerjaka yang sedang terkial-kial mendayung sampan. Bujang,jerit Perkasa seperti hendak menangis. Sabarlah,pujuk Kundang,suaranya sedih.Lebih baik kita pergi sementara hari masih gelap. Bujang terkorban semata-mata kerana hendak menyelamatkan hamba,keluh Perkasa.

Kundang dan rakan-rakannya hanya mampu membisu menahan sebak di dada.Sampan yang didayung semakin jauh dari kapal musuh.Beberapa orang pengawal cuba menembak di dalam kegelapan itu tetapi peluru mereka lesap entah ke mana.Perkasa mengalirkan air mata mengenangkan pengorbanan sahabatnya yang kini menjadi abang iparnya. Di pantai,para pendekar dan hulubalang bersedia menanti kemaraan pihak musuh.Beratusratus buah perahu yang membawa askar-askar upahan Belanda mula merapati gigi air. Panglima Dermang memberi perintah,maka berterbangan anak panah meluncur ke hadapan mencari mangsa.Kerana keadaan masih gelap,hanya beberapa musuh sahaja berjaya dipanah manakala yang lain-lain terus mara ke pantai. Pak Guru Jalil pula memberi perintah supaya menggunakan lembing.Pasukan berlembing pula mengambil giliran menyerang musuh.Lembing direjam dan dilontar bertubi-tubi.Namun,serangan itu juga gagal menahan kemaraan musuh yang semakin hebat.Kerana musuh terlalu hampir,panah dan lembing tidak dapat digunakan lagi. Serang!perintah Tok Penghulu pula. Dia terus menyerbu ke barisan musuh bersama anakanak muridnya,diikuti oleh Panglima Paringgit yang memimpin orang-orang Acheh,Panglima Dermang,Pak Guru Jalil serta semua pendekar dan hulubalang yang ada di situ.Bertembunglah dua gerombolan besar yang berlainan matlamat pada subuh yang hening itu.Jerit-pekik,bunyi gemercing senjata berlaga dan bunyi mengaduh kedengaran di sana sini dari kedua-dua belah pihak. Perkasa,Kundang dan rakan-rakan lain tiba dengan sampan tidak lama kemudian.Mereka berlima yang masih bersedih di atas kehilangan Bujang terus menerkam ke medan perang tanpa berlengah lagi.Kematian Bujang akan mereka bela.Hutang darah dibayar darah. Allahuakbar!jerit Kundang,mencontohi perbuatan Bujang sambil menghayun parang ladingnya ke badan seorang musuh.Jeritannya itu disambut oleh pendekar dan hulubalang lain yang sedang berperang. Kerana menyangka Bujang ada bersama,mereka bagaikan mendapat semangat baru. Maka bergemalah laungan itu dari segenap penjuru pantai. Kundang mengalirkan air mata mendengar laungan suci itu.Panglima Agung sudah mati tetapi semangatnya tetap hidup subur di kalangan pendekar dan hulubalang,menjadi lambang perjuangan bangsa Melayu menentang penjajah. Di kala matahari menjenguk dari sebelah ufuk Timur,pertempuran masih berlarutan dan tidak menampakkan tanda-tanda akan berhenti.Bilangan kedua-dua belah pihak masih ramai meskipun mayat bergelimpangan dan bertindih-tindihan di merata tempat.Mana-mana yang luka-parah mengerang kesakitan menunggu ajal,ditinggalkan begitu sahaja dan tidak lagi dipedulikan langsung.Kalau sebelum ini barisan pertahanan bersatu padu di bawah pimpinan Bujang,keadaan sekarang sudah menampakkan keretakan.Telah wujud beberapa kelompok. Tok Penghulu dan anak muridnya dalam satu kelompok,Panglima Paringgit dengan orangorang Acheh dalam kelompok lain pula. Kundang dan rakan-rakannya yang ikut berpindah dari istana Kota Naga bersama Bujang berada dalam kelompok yang tersendiri pula,lebihlebih lagi bila berita kematian Bujang merebak dari mulut ke mulut.Perkasa sendiri menyertai kelompok Kundang semata-mata ingin membalas dendam. Lain-lain pendekar dan hulubalang memilih Panglima Dermang dan Pak Guru Jalil sebagai pemimpin mereka.Keretakan itu rupanya dapat dikesan oleh Kapitan Belanda yang meneropong dari atas kapalnya.Dia segera memberi perintah supaya lebih ramai askar-askar upahan atau soldadu dihantar ke darat untuk mengasak barisan pertahanan. Turut menyedari keretakan itu ialah Raja Muda yang memerhati dari atas sebuah bukit kecil.Keretakan bererti kelemahan.Kelemahan akan membawa kepada kekalahan. Dia segera turun menemui semua penduduk kampung yang berlindung di dalam hutan dan dusun supaya mengikut rombongan di raja berundur dari situ.Tidak lama kemudian,mereka pun berundur meninggalkan perkampungan itu menuju jauh ke dalam hutan belantara.Mereka membawa barang-barang ringkas yang diperlukan sahaja.Ada juga yang berundur sehelai sepinggang.Baginda Sultan yang menaiki gajah,dinaungi payung kuning serta diiringi kirakira seratus pengawal mengetuai pengunduran itu.Baginda diapit oleh Raja Muda dan Tunku Pangeran.Turut berundur ialah ketiga-tiga isteri Bujang yang belum mengetahui nasib suami mereka.Kuntum berundur bersama emaknya sambil menggalas bungkusan.Teratai juga

mengikut emaknya manakala Tunku Balqis lebih bernasib baik kerana menaiki gajah bersama bondanya Tunku Permaisuri Wan Fatimah Pengunduran itu tidak disedari langsung oleh mereka yang masih berperang di pantai. Mereka berperang bermati-matian demi keselamatan anak-isteri dan kaum-keluarga yang mereka percaya masih berlindung di pinggir hutan. Dermang,Pak Guru Jalil mengelak dan menetak seorang musuh.Kau nampak Bujang? Tidak,balas Panglima Dermang sambil memancung leher seorang musuh.Aduh! Dermang!Pak Guru Jalil ternampak Panglima Dermang terhoyong-hayang ditikam musuh dari belakang.Dia segera menyerbu menetak kelapa musuh itu,kemudian cepat-cepat memeluk Panglima Dermang supaya rakannya itu tidak jatuh.Cepat,bawa Datuk Panglima pergi!perintahnya pada beberapa pendekar berhampiran. Ketika Panglima Dermang dipapah pergi,Pak Guru berundur sambil menangkis serangan musuh yang datang tanpa hentihenti.Berundur semua! BERUNDUR!!jeritnya kuat-kuat. Jeritan itu didengar oleh Tok Penghulu,Panglima Paringgit dan Kundang. Lalu mereka mula berundur bersama kelompok masing-masing.Sambil berundur,mereka menepis,mengelak dan menangkis setiap serangan.Jika ada peluang,mereka membalas serangan.Tindakan mereka tepat pada waktunya kerana semakin ramai musuh membanjiri kawasan pantai itu.Kapitan Belanda turut menaiki sebuah perahu membawa bendera kompeninya untuk dipacak di darat. Perkasa yang ternampak ayahnya dengan segera menyertai rakan-rakan seperguruannya yang sedang berundur sambil membalas serangan. Kau selamat,Perkasa?tanya Tok Penghulu dari ekor mata. Ya,ayah,balas Perkasa sambil menepis tikam musuh.Bujang yang selamatkan. Aduh!Tok Penghulu tiba-tiba menjerit,dadanya ditembusi lembing musuh. Ayah,Perkasa cuba membantu ayahnya tetapi gagal. Unduraduh!sebilah pedang pula menembusi dada Tok Penghulu. Ayah?Perkasa tidak dapat merapati ayahnya kerana diserang bertubi-tubi.Semasa bertarung itu,dia lihat ayahnya jatuh tersembam di atas pasir.Seorang askar Siam mengangkat pedangnya tinggi lalu menghayun ke tengkuk ayahnya.Tengkuk ayahnya putus, kepalanya tergolek seperti buah kelapa.Ayah.! Melihat Tok Penghulu gugur,anak muridnya yang masih tinggal segera berpaling dan lari bertempiaran.Mereka tidak percaya guru mereka yang kebal dan memiliki ilmu jurus boleh mati dibunuh musuh.Mereka lari dengan tidak menoleh ke belakang lagi.Ditinggalkan sebatang karah,Perkasa juga terpaksa lari menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa pedang musuh.Dia terpaksa lari biarpun hatinya geram di atas kematian Bujang dan ayahnya. Sambil berlari,dia menangis tersedu-sedu. Akhirnya barisan pertahanan Kuala Kedah hancur-musnah.Mana-mana yang masih hidup lari bercempera menyelamatkan diri dan nyawa.Mana-mana yang tidak sempat lari menjadi mangsa,disembelih dan dipancung tanpa belas kasihan.Seluruh kawasan pantai itu penuh dengan askar-askar upahan Belanda.Kapitan Belanda naiki ke darat membawa benderanya. Dengan megah dipacaknya bendera itu di atas tanah tanda kemenangannya. Dia berdiri angkuh bercekak pinggang. Branden de huizen!Branden het dorp!! BURN ALLES!!!perintahnya lantang kepada askaraskar upahannya.(Burn the houses!Burn the village!Burn all!) Tidak lama kemudian,rumah-rumah di perkampungan itu dibakar hangus. Turut dibakar ialah sawah padi yang sudah masak tetapi tidak sempat dituai.Mereka-mereka yang berjaya berundur ke tempat yang lebih selamat melihat dengan sayu api yang marak menjilat apa sahaja serta asap hitam yang naik berkepul-kepul di udara.Ada yang menitiskan air mata mengenangkan penat-lelah dan titik-peluh mereka selama ini hangus begitu sahaja di depan mata.Ayam-itik,kerbau-lembu,harta-benda,malah pusara kaum-keluarga atau sanak-saudara terpaksa ditinggalkan begitu sahaja.Kampung Kuala Kedah hanya tinggal kenangan bagi mereka.Kenangan yang tidak mungkin dilupakan.

Kota
Post Comment

46

1301550756

comment-form-te

abf886abe2

Bottom of Form Top of Form

subscribe /hikayat-panglima

11168560

http://ismailomar.w w idget

622054f8ac

Sign me up!

Bottom of Form

Anda mungkin juga menyukai